Posts Tagged ‘wajik durian’
Wajik Durian
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Ramadhan hampir datang kembali.
Terlalu cepat masa berlari,
makin dekat waktu untuk bertemu Ilahi.
Harap amalan kita bertambah dari hari ke hari
Raikanlah Ramadhan dengan majlis yang diberkati
Oleh Ilahi yang Maha memberi lagi Maha Suci.
*****************************
Semalam pihak helwa taman kami baru sahaja mengadakan gotong royong di surau sempena menyambut Ramadhan. Tapi saya terlupa pula membawa kamera untuk merakamkan kehebatan ibu-ibu taman kami berkemas di surau. Bermacam-macam gaya.
Ibu-ibu di sini memang kreatif. Bukan saja bab menghias rumah dan memasak perlukan kekreatifan tapi bab mengemas pun kena kreatif juga. Bayangkan, syiling surau yang tinggi mampu di buang sawangnya hanya dengan melemparkan kain buruk lembap sahaja. Dah tangga tak ada, manakala jika di panjat guna kerusi pun masih tak sampai lagi.
Sampai tersangkut kain buruk tu kat speaker berhampiran syiling. Puaslah mencari batang kayu untuk menjoloknya. Gunakan kerusi pun masih tak sampai. Nasib baiklah ada yang tinggi dan kurus sikit. Jadi dapatlah saya menjolok kain buruk tersebut.
Memang begitulah sepatutnya ibu-ibu sekarang perlu kreatif dalam semua hal. Apatah lagi dalam menangani masalah anak-anak sekarang ini. Bak kata orang-orang tua dulu, anak masa kecil memang tak banyak masalah setakat meragam dan sakit-sakit sahaja. Tak melibatkan pihak luar tapi bila dah remaja dan dewasa “baru tahu langit tu tinggi atau rendah”.
OKlah kali ini saya tak bercadang untuk mengupas masalah “Baru tahu langit tu tinggi atau rendah”, mungkin lain kali. Saya cuma nak beri resepi wajik durian yang baru saya sediakan untuk gotong royong semalam.

Wajik Durian










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
