Posts Tagged ‘telah di bayar’

Guru-guruku.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

SELAMAT HARI GURU

Saya tidak mempunyai artikel yang menarik untuk di kongsikan tentang guru.  Walaubagaimanapun saya amat menyanjung tinggi dan berterima kasih pada guru-guru saya yang terdahulu terutama guru agama saya sekarang iaitu Ustazah Salbiah Omar.  Ustazah Ruzaimah dan Ustazah Zuraini.  Kesemuanya pernah saya menuntut ilmu dengan mereka.  Semuanya hebat-hebat belaka.  Terima kasih atas ilmu yang di beri dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.  Di sini ingin saya berikan sedikit info tentang mereka.

  1. Ustazah Salbiah Omar. Berumur 50′an dan seorang pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia.  Tinggal di Taman Exora, Senawang, Seremban. Rumah saya dengan rumahnya tak jauh.  Berkelulusan Al-Azhar Mesir.  Pernah mengikuti kelas pengajiannya selama hampir 4 tahun setiap hari(sesekali ada juga tak datang).  Seorang yang tak kenal erti penat lelah.  Jika tiada jemputan ke majlis ilmu yang lain, dia sememang mengadakan kelas setiap pagi(kuliah dhuha dari 8am – 10.30am) dan malam(lepas maghrib hingga 10.30pm).  Dia telah membeli 2 buah rumah kedai(berada di Dataran Senawang dan juga di Taman Kemuning) khusus untuk pengajian yang di buatnya hampir setiap hari).  Katanya inilah hasil duit yang di terimanya semasa memberi kuliah/program agama.  Seorang yang cukup bersederhana dan suka membantu anak-anak muridnya yang di dalam kesusahan.  Seorang yang tegas dan di katakan “mulut celupar”.  Namun demikian dengan dialah saya banyak mendapat ilmu.  Kerana takut di tegur saya jadi berhati-hati bila berhadapan dengannya.  Dengan dia jugalah saya banyak berubah menjadi lebih baik.  Maaf sebab gambarnya tiada.  Bila ada kelapangan akan saya cuba hubungi dia untuk memanjangkan kisahnya.  Sekarang saya jarang mengikuti kelasnya cuma sesekali sahaja kerana sebab-sabab yang tak dapat di elakkan.  Terima kasih Ustazah Salbiah Omar.
  2. Ustazah Ruzaimah.  Berumur 40′an.  Berkelulusan dari UKM dan sekolah pondok(maaf saya tak tau sekolah pondok mana).  Juga seorang pendakwah bebas yang tinggal di Kampung Sentosa Seremban.  Sekarang saya mengikut pengajian dengannya setiap Jumaat di  taman saya.  Seorang yang lemah lembut dan boleh di bawa berbincang.  Saya lebih berani dengannya jika bertanya sebarang soalan dan kadang-kadang saya berani bertanya soalan yang rasanya tak sependapat dengannya.  Sebab dalam banyak hal ilmuan agama yang kadang-kadang tak sama pendapat tapi semuanya boleh dipakai.  Namun demikian saya tetap menghormatinya sebagai seorang guru agama.  Berkelulusan dalam bidang Medical(doctor perubatan) namun meninggalkan profesyennya dan menjadi suri rumah/pendakwah.  Di beritakan dia hidup bermadu(4 orang semuanya) tapi tinggal dengan rukun dan damai bersama-sama suami(ustaz) dan madu-madunya.  Inilah yang ingin saya tanya tapi tak tertanya lagi pada dia.  Ingin mengorek rahsia kebahagian hidupnya kerana saya tau tak ramai yang sangup di madukan walaupun dari kalangan ahli agama sendiri.  Mempunyai 7 orang anak yang hidup tapi madu-madunya saya tak tau berapa orang.  Seorang yang cukup simple dan pada mulanya saya tak taupun dia mempunyai ijazah kedoktoran.  Tapi semasa mengajar saya dapat lihat di memang seorang yang pakar dalam bidang perubatan.  Nantilah saya, ambil gambarnya bila jumpa dia jumaat ni.  Anda takut di madu?  Nantilah bila keadaan sesuai saya akan tanyakan tip-tip yang boleh di kongsi bersama jika anda bermadu atau ingin di madu.
  3. Ustazah Zuraini Yaakob.  Berumur 30′an.  Berkelulusan dari UM.  Seorang ustazah di sekolah menengah di Rembau dan tinggal di Rembau(dulu satu taman dengan saya).  Mempunyai 5 orang anak.  Sesekali di jemput membuat kelas Agama dan seorang yang suka mendekati masyarakat.  Semasa tingaal di taman ini dialah yang mengaktifkan aktiviti di taman ini terutama sekali untuk Helwa.  Apabila dia berpindah dari taman kami(helwa), program pun dah mulai kurang aktif.  Seorang yang boleh di bawa berbincang dan senang menerima pendapat orang lain.  Saya selalu merujuk dengannya jika ada apa-apa masalah.  Saya jarang bertemu dengannya tapi selalu berhubung dengan talipon sahaja.  Gambarnya pun saya tak ade.  Nantilah bila jumpa saya ambil gambar untuk blog ini.

Inilah antara guru-guru saya yang amat saya kasihi dan sanjungi.  Terima kasih atas ilmu-ilmu yang Ustazah-ustazah berikan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.  Guru juga seperti ibu kitakan?.  Jadi saya gunakan puisi yang di sediakan oleh Ustaz Halim(Inijalanku.wordpress.com) untuk mereka.  Oleh kerana ustaz Halim membenarkan sesiapa sahaja menggunakan artikelnya jadi saya ambil kesempatan ini menggunakan artikelnya.  Memang artikelnya menarik-menarik belaka.  Kalau ikutkan semuanya saya nak ambil tapi saya ambil yang bersesuaian dengan blog saya je.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….
Mak
Bila bangun tidur, aku cari….
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .
mak
Bila nak bermanja, aku dekati….
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….
mak
Bila nakal, yang memarahi aku….
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….
mak
Bila takut, yang tenangkan aku….
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….
mak
Aku selalu teringatkan ….
mak
Bila sedih, aku mesti talipon….
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil…
“mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….
mak
Bila ada masalah, yang paling risau….
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. …
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….
mak
Yang selalu berleter kat aku…
mak
Yang selalu puji aku….
mak
Yang selalu nasihat aku….
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri….


Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….
mak


Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….
mak


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon
mak


Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….


Tapi kalau mak sudah tiada…..…..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

“Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis

“Telah Dibayar”

pada mukasurat yang sama ditulisnya.

dari Ustaz Halim Seremban(inijalanku.wordpress.com)

Terima kasih ustaz Halim.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled February 6, 2012
     k […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.