Posts Tagged ‘talapia steam’
Mengabadikan Kenangan
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hari Sabtu(27/3/2010) lepas, Helwa taman saya mengadakan program “Ramah Mesra bersama Helwa”. Ia sempena juga Hari Kesihatan dan Usahawan Taman serta juga Hari Kantin sekolah Kafa Taman kami. Kami mengadakan program tersebut di Surau taman.
Cumanya di sini saya ingin mengabadikan kenangan untuk Program Helwa(Program yang lain tak pergi) yang mana saya turut terlibat untuk menjayakan program tersebut. Walaupun anak saya terlibat disebelah paginya saya tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada lagi saki baki persiapan yang belum disiapkan. Tambahan pula saya dipertanggunjawabkan untuk program Pertandingan Masakan(terkilan juga tak dapat masuk pertandingan ni..). Kad untuk perserta dan kad tanda Pemenang(tak tau namanya) masih belum siap lagi. Nak dijadikan cerita printer pula meragam dan inknya pun habis, jadi bertambah lambatlah siapnya.
Di bawah ini khas untuk orang taman saya yang nak lihat gambar program tersebut. Maaflah saya tak pergi cuci gambar tu. Kalau nak, ambil(copy & paste) je kat blog saya ni yaa..

Antara muslimah yang datang untuk program Helwa. Beramah mesra sementara menunggu program di mulakan.

Di mulakan dengan bacaan doa oleh ustazah(menantu Kak Normah yang pernah saya ceritakan sikit kisahnya, maaflah namanya panjang sangat sampai tak ingat). Di sebelahnya Cikgu Hasni yang menjadi MC










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
