Posts Tagged ‘seribu daya’
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Scallop Traditional adalah nama yang saya beri untuk Haritage Scallop yang kebiasaannya di panggil namanya. Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dengan tepat cara menghasilkannya dan terlalu susah pula untuk mencari orang yang boleh menunjuk ajar cara yang betul.
Saya sendiri suatu ketika dahulu begitu susah untuk mencari guru mengajar membuat jenis scallop tambah-tambah pula bagi mereka yang ingin mengajar/belajar secara percuma. Saya sangat berterima kasih kepada Ustazah Zuraini kerana suatu ketika dulu dia sangup mengajar secara percuma cara menjahit langsir yang betul kepada ibu-ibu di taman tempat saya tinggal.
Walaupun dia tidak mengajar(tidak tahu menghasilkan Scallop jenis ini) paten ini, tetapi asas yang telah di beri membolehkan saya mengolah dan menghasilkan dengan baik scallop ini.
Kami sebenarnya banyak berkongsi ilmu cara menghasilkan langsir. Yang saya tak tahu, saya tanya pada dia. Manakala mana yang dia tak tahu dia tanya pada saya.
Jadi paten jenis ini saya mencuba sendiri, sehingga berjaya menghasilkannya dengan baik.
Oleh kerana terlalu minat menjahit langsir dan dek kerana banyak mencuba sendiri, banyak juga kain langsir yang saya beli rosak dan tidak boleh di gunakan dek kerana banyak kali mencuba. Itulah pengalaman saya suatu ketika dulu semasa mula-mula belajar menjahit.
Sekarang ni pun, kalau dah tak menjahit, skill akan hilang/berkurangan, jadi bila sesekali nak menjahit tu.. akan lari juga sedikit/silap juga. Maklumlah manusia biasa.
Saya cuba berpegang pada Ayat al-Quran surah Al-Baqarah(lihat sidebar) di dalam blog ini. Namun demikian seperti yang biasa saya katakan saya ini manusia biasa, ada juga rasa sayang dan kedekut di dalam hati ini.
Namun dengan cara ini, saya cuba mendidik diri saya, supaya senang memberi pada yang memerlukan, walaupun keIkhlasan itu Allah sahaja yang tau. Saya cuba mendidik hati supaya tidak berkira-kira. Harap-harap suatu hari nanti ia benar-benar ikhlas seperti yang Allah inginkan. Ameen.












