........
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Pola Langsir

Cara Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Untuk Hiasan Dalaman

Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Recent Comments

Posts Tagged ‘poligami’

Pizza Kak Faridah untuk Dijual

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Secara kebetulan Jiran setaman saya baru mula menjalankan “perniagaan dari rumah” antaranya pizza, kek coklat, Coklat cookies(yang ni rasanya saya nak tolong jualkan secara on line, harap-harap dapat komisyen dari dia, he..he..he…).

Jadi saya nak tolong promosikan produk dia.  Ini untuk orang-orang sekitar Seremban ya…  Akan di hantar di hadapan rumah anda. InsyaAllah.

Kelas Pengajian petang Jumaat yang lepas dia jamu ustazah dan kami yang mengikuti kelas itu, jadi saya sertakan sedikit gambarnya untuk anda yang ingin buat pembelian.

Kak Faridah tuan punya perniagaan, ketua Helwa taman kami. Dia juga merupakan orang kuat Muslimah Pas cawangan Senawang. Sesiapa yang selalu pergi markas PAS, mesti kenal dia. Tapi dalam perniagaan ini, anak daranya, Ayu menjadi orang kuat/tukang buat/pakar masak.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan dan pertanyaan selanjutnya bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.  Hai orang Seremban, sokonglah “Perniagaan orang Islam”.  Dia juga ada menjual produk-produk halal.

Tapi… bagi anda yang nak Keju Mozzarella Halal(khas untuk pizza) boleh dapatkan di sini(bagi orang Seremban),  atau di sini jika mereka yang nak tau lebih lanjut/nak jadi agen/nak jadi pengedar.  Ia adalah buatan orang Melayu.  Jika anda nak resepi Pizza Halal sila Klik di sini(Resepi sayalah).

Yang ni saya nak jual on line. Tapi masih dalam peringkat perbincangan dengan Kak Faridah. Saya pun dah rasa, memang sedap. Anak saya makan dalam masa 1/2 hari dah habis(yang beratnya dalam 250g).

Manakala yang bawah ni ialah semasa kami menjamu selera kat surau.  Sudi-sudikanlah melihatnya..  Saya tukang ambil gambar, jadi gambar tak de..

Tengah menikmati hidangan yang di bawa.

Last kopek. Lepas ni saya pula dah beranggan-anggan nak bawak set ayam golek. Tunggu...

Antara orang yang saya kagumi kat taman saya. Kak Normah, ibu tunggal kematian suami membesarkan 8 orang anaknya sendirian dan telah berjaya melahirkan 2 orang Al-hafiz dan 2 orang lagi dalam pengajian untuk al-hafiz. Hebat bukan!

Ustazah Rozimah.

Gambar di atas ialah gambar ustazah yang mengajar kami pada petang Jumaat(3.00pm) setiap minggu. Juga mempunyai anak yang al-hafiz.  Sekarang sedang mengajar kami kitab “Penawar bagi Hati”. Juga seorang yang hebat!

Bermadu,  empat orang semuanya.  Mampu hidup serumah bersama madu-madunya. Dah banyak yang saya tahu tentangnya kerana kami suka bertanya padanya tentang keluarganya.

Dia kata yang lebih kurang maksudnya, “Biasalah, masalah tetap ada, setakat ni boleh diatasi.  Ketua keluarga adalah paling penting.  Ilmu agama mesti ada serta diamalkan dan mesti kuat”.

Ialah… tak ramai yang sanggup seperti itu.  Bagi membuatkan orang-orang senang menerima hukum Tuhan dia akan memberitahu jika ada yang bertanya tetapi tidak pernah menampakkan tanda-tanda riak/menunjuk-nunjuk atas kehebatannya atau madu-madunya atau pun suaminya.

Katanya lagi, “Kami seperti kawan-kawan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain”.

Pastilah suaminya yang hebat kerana mampu membimbing isteri-isterinya.  Juga mampu melahirkan anak-anak yang hebat-hebat dalam bidang agama. Al-hafiz-al-hafiz, ustaz-ustaz, membuka madrasah sendiri dan banyak lagi. Saya dah pun minta izin untuk bercerita  tentangnya di dalam blog ini, tapi.. dia gelak je. Nanti kena tanya lagi sampai dia cakap OK. Sikit-sikit dah pun saya ceritakan… Maaf ya ustazah.

Saya amat mengharapkan ustazah mengizinkan saya bercerita tentang kisah keluarganya, bukan untuk apa-apa, bukan tak de cerita lain, memang banyak cerita lain yang nak saya ceritakan cuma masa tak mengizinkan saya untuk menulisnya.

Segala cerita samada tentang diri saya atau apa sahaja yang saya tulis di dalam blog ini bukannya untuk saje-saje nak buat artikle untuk dapatkan pengunjung, sudahpun di niatkan kerana Allah Ta’ala(harap-harap Allah menerimanya). Sebagai panduan untuk kehidupan kita di dunia yang sementara ini, yang penuh pancaroba ini.  Samada baik ataupun buruk semuanya boleh di gunakan untuk panduan anda yang belum merasainya.  Pengalaman, pengetahuan, kesabaran dan sentiasa memohon pertolongan Allah, akan dapat mengatasi segala-galanya, InsyaAllah.

Tapi cerita Ustazah saya ni memang berbeza.  Saya tak pernah dengar dan tau cerita seperti ini.  Memang boleh dijadikan panduan untuk anda yang tidak boleh/sanggup menerima Poligami.  Saya, insyaAllah sanggup, tapi belum jadi lagi.  Bila dah jadi nanti tak taulah :) , :( .  Dah cakap dengan suami kalau dia nak bermadu saya boleh terima, insyaAllah.

Bak kata ustazah Rozimah, “Samada suka atau tak suka, kita kena terima kerana kita orang  Islam dan hukum itu dari Allah serta kita mengharapkan keredhaan Allah, yang mana Dialah penentu di mana kita berada di Akhirat kelak”.

Jadi bagi kita yang mengharapkan keredhaan Allah dan mengaku Allahlah cinta pertama kita, kenalah terima samada suka ataupun tak suka jika perkara tersebut berlaku pada diri kita.  Buat permulaannya, kita terimalah walaupun terpaksa dan memaksa diri.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Setuju

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya  sangat bersetuju dengan pendapat Ummi Munaliza dari  blog “Field of  Dreams”. Memang saya sudah terfikir untuk menulis tentang perkara ini cuma untuk mengolah perkataan yang baik dan sedap di baca tu, memerlukan masa untuk menzahirkannya.  Oleh kerana kak Ummi lebih dulu menyatakan perkara tersebut jadi saya ambil sahaja dari blognya.  Kerana saya amat bersetuju 100%.  Ya…, mungkin umur saya dengan umurnya lebih kurang sama jadi pemikiran pun mungkin lebih kurang sama dan mungkin juga matlamat saya dan kak Ummi  sama.  Wallahhu A’lam.

Namun saya tidak berani mengatakan saya mampu melakukan apa yang dikatakan oleh Kak Ummi.  Takut nanti bila terjadi pada diri saya sendiri,  lain pula jadinya.  “Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya”.  Di bawah ini adalah antara petikannya.

***************dari blog Fields of Dreams***************

Alangkan alam yang bergerak menurut apa yang diperintah dan ditetapkan oleh Allah pada orbitnya pun ada ketika berlaku gerhana apabila kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan.  Ini kan pula kita manusia yang sentiasa bergerak dalam berbagai arah.

Read the rest of this entry »

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Terima kasih utk..
Anak Muda
  • SELAMA HAYAT INI..... March 10, 2010
    “Barakallahu lakuma....wabaraka ‘alaikuma..wajama’a bainakuma fikhair..” Meriah berkumandang lagu daripada Maher Zain,mengingatkan saya kepada kemeriahan majlis pernikahan sebelas tahun yang lalu. Kenangan indah penyatuan hati antara saya dan suami.Masih terbayang saat-saat manis ketika baru bergelar seorang isteri. Bagai terasa kekalutan dan rasa bimbang ya […]
    Ummu Husna
  • Hak Wanita yang Berzina March 10, 2010
      Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini : 1)   Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya? 2)   Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama […]
    ummuabbas
  • Sehari Sahaja Selesai March 9, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهKita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang Mengajar kita, Allah yang Mengatur serta Mencipta Segala-galaNya... ( QS An Nahl : 78 )Alhamdullilah, seharian semalam menguruskan bo […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 5 BINTANG UNTUK TV1 March 9, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung.Boleh dikatakan tv1 amat jarang kami tonton....sekali sekala andai ada rakaman Majlis Menghafaz Al Quran, atau jika nak tengok pembaca beritanya yang berlesung pipit+bertudung tu..(tak gitu abang? heh heh) Tapi, sekarang ada rancangan yang sangat bagus untuk anak-anak dan mak bapak anak-anak. Rancangan ADIK-ADIKKU. Walaupun […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • USIA YANG MAKIN MENINGKAT January 27, 2010
    Masa yang berlalu, seiring dengan anjakan usia. Hari ini usia diri genap 28 tahun.Rasulullah SAW:المؤمن عبد بين مخافتين من ذنب قد مضى لا يدري ما يصنع الله فيه ومن عمر قد بقي لا يدري ماذا يصيب فيه من الهلكات(Orang Mukmin hamba antara dua yang menakutkan. Antara dosa yang telah berlalu, ia tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Allah padanya (hukuman). Dan […]
    Al-Atiff
  • SUARA HATI.. March 9, 2010
    Hasrat hati mahu jadi seorang penulisSeorang penyairSeorang yang pandai bermain bahasaSeorang yang pandai mengadun setiap butir kalimahAgar setiap orang yang bacaAkan mengagumi..Akan terkesan..Akan menjadikan diri ini idolaNamun..Aku tahu..Siapa aku..Kemampuanku..Kebolehanku..Juga..aku juga tahu bahawa aku tidak sehebat mereka-mereka itu..Namun aku juga tahu […]
    Hani
  • Bila Tiba 36 Minggu... March 5, 2010
    Bismillah al-Rahman al-RahimMinggu ni usia kandungan ku ini mencecah minggu ke 36.. ikutkan baby dah matang dan bila2 masa jer boleh keluar dari rahim mama ni. Rabu lepas berkesempatan menjenguk baby yang dinanti2 ni, appointment dengan gynae.. Alhamdulillah baby berkembang dengan sepatutnya, berat yang mencecah 2.72 kg ( wah! baby mama ni membesar bagai jua […]
    ummumishkah
  • Amira Berpesan... March 5, 2010
    Saya selalu berpesan pada Amira setiap kali bersalam sebelum dia ikut Daddy kesekolahnya..Pertama" Amira belajar rajin-rajin yer" atau " Amira belajar baik-baik yer"Kedua"Amira makan banyak-banyak tau" ....saya pesankan ini sebab Amira ni susah benar nak makan di rumah. Harap-harap kat sekolah di seronok nak makan bersama kenkaw […]
    sumaiyah_nda
  • apam pisang coklat March 10, 2010
    apam pisang yg menyelerakan................ermm dr blog kekawan umi yg baik hatihttp://anissdairy.blogspot.com/ Salam..ermm kelmarin umi gi jalan2 di hujung jari jer...ermm singgah kat blog kak anisdiary ni..ermmmm~~`http://anissdairy.blogspot.com/ teruja lak umi bila masuk blog ni..apa taknyer rajin sungguh akak kita sorang ni...ermm "umi pandai salin […]
    UMILIYA
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats