Posts Tagged ‘nik nurmadihah’

Nik Nurmadihah

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Melebihi sebulan saya tidak dapat menupdate blog ini.  Bukan kerana apa-apa cuma saya masih tidak boleh menjadualkan diri saya supaya sentiasa menulis artikle di blog ini. Ini kerana saya rasakan blog ini masih tidak mendapat sambutan dan rasanya masih tiada keistimewaannya berbanding blog yang lain.  Walaubagaimanapun saya cuba meneruskan juga.

Pagi ini seperti biasa, saya berkemas di rumah.  Biasanya saya tidak lama berada di tingkat atas, sekejap aje, ambil kain-kain kotor untuk di basuh dan kemas sedikit untuk bilik sendiri.  Menyapu di tingkat atas seminggu sekali sahaja. Tapi hari ini saya berkemas di seluruh kawasan di tingkat atas, dari bilik sendiri hingga ke anak-anak.  Di tambah pula minggu hadapan saya akan menerima tetamu dari kampung.  Jadi kemaslah bilik-bilik anak-anak bujang yang berselerak kerana tetamu kami akan tidur di bilik mereka.  Ya lah, untuk menerima dan memuliakan tetamukan di tuntut di dalam Islam.  Di tambah pula datang dari kampung, kan ia membawa rezeki untuk tuan rumahnya.  Jadi hari ni lamalah sikit saya berada di tingkat atas untuk berkemas dan menghilangkan bau-bau yang kurang menyenangkan.  Taulah anak-anak ni, baju mereka berperap di sudut sana-sini.  Boleh dikatakan setiap hari saya mengingatkan mereka, baju yang kotor letakkan di dalam baldi yang telah di sediakan untuk setiap seorang. Kemas bilik, kemas bilik….  Mereka kata, dah kemas tapi tak taulah apa yang di kemas, sama je rupanya.  Di tambah pula sekarang ni mereka basuh baju sendiri guna berus/tangan, jadi baju kotor mereka memang berlonggok-longok.   Memang sejak hujung tahun lepas(masa cuti sekolah), kami sekeluarga membasuh baju secara manual.  Mesin basuh rosak, jadi sampai sekarang tak terbeli lagi.  Jadi tiga orang anak bujang, saya suruh mereka basuh baju sendiri.  Manakala yang lain saya yang basuhkan.  Secara tak langsung dapat juga saya mendidik mereka  dan juga menambah aktiviti yang ada dirumah.  Kalau tak masa cuti sekolah asyik menghadap tv dan tidur jelah nampaknya.  Kalau tak disuruh tak tau nak buat apa.  Nasib baiklah kami tak de Astro, kalau tak, tak cukup masa nak di tengok tv.

Jadi pagi ni sempatlah saya buka tv dan mendengar(berkemas.., tentulah tak sempat tonton) MHI di TV3.  Memang hari ini saya sungguh bertuah.  Alhamdullillah kerana berpeluang melihat sendiri wajah adik Nik Nurmadihah.  Memang ceritanya tersiar di mana-mana sahaja samada di blog-blog, akhbar-akhbar maupun tv.   Sudah lama saya ingin mengulas cerita anak istimewa ini.  Tetapi  rasanya kebanyakan blog memperkatakan tentangnya.  Jadi ceritanya lebih kurang sama je.  Di tambah pula saya menunggu radio Ikim menyiarkan dokumentari tentang Nurmadihah yang akan di siarkan pada 10.30 a.m hari jumaat tapi tarikhnya tak tau bila.  Tapi sampai sekarang masih tak di siarkan lagi.  Tak taulah kalau saya dah terlepas.  Tapi tak pelah sebab saya dapat melihat sendiri kat tv.  Lagipun radio Ikim pernah menemubual  secara langsung dan saya dapat mengikuti temuramah tersebut.

Memang nampaknya anak ini seorang yang hebat se hebat keputusan SPMnya.  Bukan sahaja hebat di dalam pelajaran tetapi hebat berkata-kata samada semasa di dalam radio maupun di hadapan kamera tv yang di siarkan secara langsung.  Seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak nampakpun macam orang kampung semasa dia berkata-kata.  Biasalah kalau tak biasa di temuramah tentulah tergagap-gagap tapi nampaknya dia tidak.  Terserlah kejujuran dan ke ikhlasannya kerana semasa di temuramah pengacara tu mengatakan dia berpuasa kerana kesusahannya, tetapi dia mengatakan itu adalah kerana Allah, kerana ia merupakan amalan sunat yang baik di amalkan.

Walaupun dia adalah seorang anak jika di bandingkan dengan saya ni,  tetapi kita boleh ambil satu tips daripadanya iaitu semasa di tanya apakah amalan/doa yang di amalkannya.  Dia menjawab dengan baik sekali iaitu doa itu yang pentingnya adalah kehadiran diri kita semasa berdoa(bukannya cakap je tapi hati dan fikiran kelain) dan bersungguh-sungguh mengharapkan pertolongan Allah.  Bahasa tidak menjadi masalah samada bahasa arab atau melayu.

Tetapi apa yang saya dengar semasa di radio Ikim dulu, dia seorang yang sentiasa bangun malam untuk bermunajat kepada Allah.  Walaupun ia bukan keluar dari mulutnya tetapi Pengetuannya mengingatkannya semoga meneruskan amalan yang biasa di lakukannya iaitu bertahajud dan berpuasa sunat.  Oh! hebatnya anak ini.  Bertuahlah ibunya.  Patutlah Allah memberikan keistimewaan kepadanya.   Buku mengenai dirinya dan keluarganya pun dah di terbitkan.  Saya harap saya dapat membeli buku tersebut untuk di baca dan menjadi panduan untuk saya sekeluarga membina keluarga yang tetap di jalan Allah.

Dan satu lagi saya amat memuji sikap ayahnya apabila di puji, ia mengatakan saya tidak layak menerima pujian ini, ibunya yang layak menerimanya kerana dialah yang banyak mendidik anak-anak.  Dan pesanan daripada ayahnya untuk semua ibubapa, “berilah/sediakanlah keperluan keluarga dari sumber-sumber yang halal dan terutamanya makanan yang halal dan tidak syubaha’”.  Tengoklah, ayahnya pun dari golongan orang yang baik-baik.  Dan tak hairanlah mendapat anak-anak yang baik juga.

Oleh itu para ibu sekelian marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita sebaik mungkin.  Berusaha sehabis-habisnya untuk menjadikan anak-anak kita insan-insan yang berjaya di dunia dan akhirat.  Amalkan apa yang saje yang di sarankan oleh Allah dan Rasulnya dan lakukan seikhlas mungkin.  Ada hikmatnya disebalik kejayaan yang di ketahui umum Nik Nurmadihah ini, sekurang-kurangnya kita berasa lebih bersemangat dan bersabar didalam mendidik anak-anak kita.  Kejayaan Nik Nurmadihah yang sentiasa mengamalkan apa yang di sarankan oleh Islam boleh membuka mata mereka-mereka yang sentiasa memperlekehkan ajaran dan amalan yang di bawa oleh Islam terutamanya umat Islam itu sendiri yang tidak yakin dengan apa yang di sarankan oleh Islam.  Oleh itu bersama-samalah kita berusaha ke arah itu.  Semoga kita sentiasa berada di jalan yang di redhai oleh Allah dalam kita mendidik anak-anak kita.

Dan saya amat mengharapkan anak-anak saya menjadi seperti anak ini(Nik Nurmadihah) walaupun tidak sepandainya tapi cukuplah sebaiknya yang sentiasa mendahulukan Allah dari segala-galanya. Amin, amin ya Robbil alamin.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam

Nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • TAHNIAH ADINDA May 23, 2012
    SELAMAT MEMULAKAN HARI BARU DI IPT BUAT ADINDA KU MOHD ZAID & NURUL SYAKIRAHSEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN KASIH ILAHI […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 26, 2012
    […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Orang Asing. May 26, 2012
    P&P saya terganggu sebentar,GPK HEM meminta sedikit masa."Siapa yang mengejek-ejek Tanmoli tadi,cuba angkat tangan"Saya tahu solan GPK Hem itu tidak akan mendapat respon melainkan semuanya diam. Ya Saya sudah pasti benar,tidak akan.Saya membiarkan GPK Hem meneruskan leteran.Penduduk disekitar sekolah saya mejoriti kaum peribumi. Jawa,banjar dan […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • SAHABAT...KERANA ALLAH KITA BERSUA... May 29, 2012
     Aku bukanlah jelmaan malaikataku hanyalah manusia biasasetiap detik menyentuh dosanamun aku juga hamba Allahsetiap detik mahu menyapu dosa agar hatiku dihiasi pahala.Allah takdirkan kita berjumpabersua mukasama-sama berkongsi rasasama-sama mencari erti bahagia InsyaAllah kita akan temui bahagia Pabila Redha DIA kita jumpa..."Hidup Ini Indah jika segala […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.