Posts Tagged ‘langsir’
Anggaran Ukuran valance/kepala langsir.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Ketinggian langsir penyeri (Pelmet).
Berikut adalah jadual cadangan anggaran ketinggian pelmet(ia juga boleh di gunakan untuk penyeri lain seperti box pleat, scallop dll) mengikut ketinggian pelindung/penutup langsir anda.
JADUAL: CADANGAN ANGGARAN KETINGGIAN
PENYERI PELMET.
|
Ketinggian pelindung/penutup
|
Ketinggian penyeri |
Catatan |
| 1. hingga 85 inci
2. 85 inci - 95 inci 3. 95 inci - 105 inci 4. 105 inci ke atas |
15 inci - 17 inci
17 inci - 21 inci 21 inci - 23 inci 25 inci - 27 inci |
* ketinggian bahagian tepi(kiri & kanan) pelmet tidak melebihi separuh daripada ukuran tinggi pelindung/penutup. |
Contohnya : Oleh kerana Ukuran tinggi langsir pelindung/penutup kami 65 inci, kami memilih ketinggian penyeri pelmet 15 inci – 17 inci. Rujuk jadual di atas dan gambar rajah di bawah.

Rajah di atas menunjukkan contoh ukuran yang digunakan.
Untuk keterangan lebih lanjut sila layari hijab-batik.com bagi pembelian ebook Cara Menjahit Langsir ILHAM NISHA(set 2- Pelmet).
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi
EBOOK Dah siap, dah boleh di beli…
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Posting kali ni cuma nak beritahu ebook ku dah keluar. Bolehlah anda yang berminat masuk kat web site http://www.hijab-batik.com.
Dah beberapa bulan tertangguh. Ada yang bertanya tetapi jawapannya tak seperti yang di beritahu. Maaflah sebab ada sedikit masalah-masalah teknikal dan sedikit sibuk. Memang pada mula dijangkakan cepat siapnya tapi nak buat macamana, aku dah cuba yang terbaik seperti juga “moto” baruku “Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi”.
Memang pada mula(azam tahun baru kononnya), tahun ni nak siapkan 3 buah ebook tapi ni dah pertengahan tahun baru siap satu sahaja. Tak taulah tercapai ke tidak. Tapi tak pe, masih ada masa, ku cuba usahakan.
Sekarang ni dah bulan Jun, dah hampir nak raya(raya ingat, tapi 3 bulan sebelum raya iaitu bulan-bulan yang mulia tak dikira dan tak di masukkan di dalam kalender ingatan), betul tak?
Jadi lepas ni ku rasa nak banyak menulis tentang cara membuat langsir, gubahan bunga dan seumpamanya. Rasanya tentu ramai yang nak tau dan jangan lupa berikan komen dan tanyalah sebarang permasalan tentangnya. Kalau boleh jawab ku jawablah. Kalau tak boleh minta maaf banyak-banyaklah. Kalau ada yang boleh jawab tolonglah jawapkan. Ini pun dalam katageri ibumithali jugakan? Tapi, kalau nak buat tu, jangan ada rasa nak menunju-nunjuk, jadilah.
Sebab ustazahku, Ustazah Zuraini(memang ‘terre’ menjahit langsir) ada beritahu, nak rumah cantik tu boleh, tapi janganlah ada sifat-sifat ingin menunjuk-nunjuk antaranya masa nak raya je rumah cantik, langsir cantik. Sebab masa tu kan ramai orang ziarah menziarahi. Jadi masa tulah nak tunjuk langsir cantik, hiasan dalam rumah cantik, perabut baru, kuih bermacam-macam jenis dan macam-macam lagi.
Memang “Allah itu cantik dan suka yang cantik-cantik” . Tapi bukan masa-masa tertentu sahaja. Bukan masa nak raya atau masa nak kenduri kahwin je. Sepatutnya sepanjang masa tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan lebih-lebih sehingga bergolok bergadai sebab nak cantik. Itu tak ikhlas namanya.
Kalau nak pasang langsir pun, janganlah besok nak raya malam ni baru pasang. Sampai tak tidur malam nak hias rumah. Tapi tak tidur malam dek berQiam tak pa jugak. Kalau pasang langsir baru sebelum puasa lagi, itulah yang terbaik. Itulah kata Ustazahku. Aku ni bukan ahli dalam bidang ni, jadi segala pandangan dan teguran dari Ustazah tu perlulah di ambil kira.
Aku sebenarnya memang suka mengait sesuatu perkara tu dengan pandangan Islam yang ustazah dan ustaz beritahu. Tapi kekadang takut juga, orang fikir aku ni ‘terre’ bab-bab ni. Ingin ku beritahu di sini, aku bukan orang yang ahli di dalam bidang agama ni. Nanti orang tanya macam-macam pulak, tak dapek den nak jawab do… Mengaji Quran pun belum habis.
Mengaji masa budak-budak dulu lain dengan mengaji masa dah tua ni. Sekarang ni lebih mendalam lagi. Kalau harapkan cara kita ngaji masa budak-budak dulu, memang tungang langgan, banyaknya kesalahan sebutan dan makhrajnya yang tak betul.
Jadi walaupun umur dah tua, jangan malu-malu untuk belajar terutama ilmu agama. Ia bekalan untuk kita menemui Allah nanti. Menuntut ilmu salah satu cabang perjuangan dan siapa mati di dalam menuntut ilmu ia di kira mati syahid. Cuma kita perlu mengikhlaskan diri bukanya nak belajar ilmu agama kerana malu kat orang sebab tak pandai. InsyaAllah kita akan mati di dalam syahid walaupun kita baru belajar ﺎ ﺏ ﺕ .
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita beramai-ramai belajar mengaji ke, belajar bersuci ke, belajar sembahyang ke. Tak rugi… Masuk syurga terus, sapa tak nak…. Ops kena tambah sikit nanti orang salah faham pulak. Mati dalam dalam kategari syahid tapi masuk syurga terus tu urusan Allah. Yang penting kita berusaha ke arah itu, seperti yang ku beritahu “Usaha mesti, Kejayaan jangan di nanti, Serahkanlah pada Ilahi”.
Dari cerita ebook sampai ke cerita ni pulak. Panjang jugak posting ku kali ni. Ingatkan nak beritahu sikit je.
O.klah setakat ini dulu.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.











.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
