Posts Tagged ‘kuat’
Tepung Pelita berperasa Labu.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Beberapa hari saya tidak menjenguk blog ini, sudah ada benda asing yang memasuki blog ini. Mohon maaf jika ada yang link ke blog saya tetapi entah apa-apa yang terkeluar, itu bukan saya yang tulis tapi tak taulah dari mana datangnya. Itu sebabnya saya buang users yang tak tau dari mana datangnya serta tidak tau siapa orangnya. Terlalu banyak juga komen-komen spam yang perlu di buang di dalam blog ini. Jadi jika ada yang mendaftar di blog saya tetapi saya buang, maaflah ya, sebab takut benda-benda macam inilah yang memasuki blog saya. Mohon maaf banyak-banyak.
Lama benar rasanya saya tidak memberi resepi di blog ini. Bukannya tak ada resepi tetapi minat nak menulis dan menaip panjang-panjang tu tak kunjung sampai. Tapi tak pe…. Ok. mari kita cuba resepi ini.
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan labuh yang telah di rebus dan dikisar.
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa di perah menjadi 4 cawan santan
sedikit kapur dan garam.
Caranya:
1. Tepung, air, gula, labu dair air kapur di bancuh hingga sebati.
2. Masukkan tepung yang di adun dan kacau hingga masa dan berkilat.
3. Masukkanlah ke dalam acuan yang disukai.
4. Kemudian masukkan tepung 4 sudu dan garam tadi kedalam perahan santan. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
5. Masakkan santan yang di adun tadi dan kacau hingga pekat dalam keadaan api yang sederhana atau kecil.
6. Setelah pekat angkat santan dan curahkan ke atas yang di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
8. Bolehlah di makan.
SELAMAT MENCUBA….
.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Mutiara Kata(3)
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hiasan
Ini untuk anda semua yang berkunjung ke blog saya. Renunglah untuk diri kita sendiri.
******************************
Badwi : Aku mahu menjadi orang yag paling berilmu.
Rasullullah : Bertakwalah kepada Allah, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling berilmu.
(Imam Ahmad)
——————————-
Badwi : Aku mahu menjadi orang yang paling adil.
Rasullullah : Inginkanlah sesuatu untuk orang lain sebagaimana engkau inginkan untuk diri sendiri, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling adil.
(Imam Ahmad)
——————————-
Badwi : Aku mahu menjadi orang yag paling baik.
Rasullullah : Berbuat baiklah kepada orang lain, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling baik.
(Imam Ahmad)
——————————-











.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
