Posts Tagged ‘kata-kata ulama’
Mutiara Kata
Firma Allah dari Al-Quran, Hadith Nabi, Kata-Kata dari Ulama yang boleh di jadikan panduan dan pegangan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Hai anak adam! Sesungguhnya Kami telah turunkan untuk kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan”
(Surah Al-A’raf: 26)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau purera-putera suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putera-putera saudara laki-laki mereka atau putera-purera saudara-saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki mereka yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang tidak mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, hai orang-orang beriman, supaya kamu beruntung.”
(Surah An-Nur: 31)
Sabda Nabi s.a.w
Apakah engkau mempunyai harta? Jawab orang itu: Ya, Tanya Nabi s.a.w. lagi: Harta yang macam mana? Jawab orang itu: Dari macam-macam harta yang diberikan Allah kepadaku. Kata Nabi lagi: Jika DIA telah memberikanmu harta, bukankah bagus sekali ditunjukkan kesan nikmat Allah kepadamu serta kedermawanNYA kepadamu?!”
(Riwayat Nasa’i)
Di atas adalah antara Dalil-Dalil yang membolehkan umat Islam terutamanya wanita muslimah dalam soal berpakaian dan perhiasan. Untuk keterangan yang lebih lanjut sila rujuk Buku Halal dan Haram dalam Islam oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, terjemahan Syed Ahmad Semait. Diterbitkan oleh Pustaka Islamiyah Pte. Ltd. Singapura. (m/s 127 Soal Pakaian dan Perhiasan).
dan
Tafsir Wanita, (m/s 697)”Tentang Menundukkan Pandangan dan tidak Menampakan Perhiasan” oleh Syaikh Imad Zaki Al-Barudi. Di terbitkan oleh Pustaka Al-Kautsar, Indonesia.
Tahukah anda, wahai para muslimah sekelian?
Ibu kepada Rabi’ah Al-Rayi iaitu salah seorang guru Al-Imam Malik, sanggup membelanjakan wang yang di berikan oleh suaminya sebelum pergi berperang(berjihad) sebanyak 30,000 dinar(mungkin 3 juta sekarang) tanpa menggunakan sedikitpun untuk dirinya sendiri dan memberikan semuanya kepada guru-guru anaknya dengan harapan supaya guru-guru tersebut dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap anaknya.
Untuk cerita yang lebih lanjut dapatkan buku “SEORANG IBU…. BUKAN SEBARANG IBU” oleh Muhammad Hasan terjemahan Kamaludin Mustapha, diterbitkan oleh DEWAN PUSTAKA FAJAR, Selangor.
Bagaimana dengan kita? Adakah kita sedemikian atau lebih mengutamakan rumah dan hiasan di dalamnya(langsir ke?), atau kereta yanga cantik dan mewah atau barang kemas sehingga ke siku?
Fikir-fikirkanlah.
Firman Alllah yang bermaksud,
Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.
(Surah Al-Baqarah:Ayat 207)
Firman Allah yang bermaksud,
……Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan di sempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan di aniaya.
(Surah Al-Anfal: ayat 601)
Firma Allah yang bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”
(Surah At-Taubah: ayat 24)
Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu. Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu. Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu”
Dari buku BIMBINGAN MUKMININ,
terjemahan Syed Ahmad Semait,
Pustaka Nasional, Singapura.
Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri. Akan di sambung kemudian.
Ada sesiapa yang ingin menyumbangkan mutiara kata yang baik-baik? Di persilakan menghantar mutiara kata anda kepada saya melalui contact form di bawah.
Dari : http://www.hijab-batiki.com.
Wassalam.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
