Posts Tagged ‘hati’
Jendela Hati
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Semoga anda dalam keadaan tenang dan gembira. Begitu lama sekali saya tidak menambah n3 baru di dalam blog ini. Walaupun pada mulanya saya memang nak tutup sahaja blog ini tetapi apa yang ingin saya lakukan selalu sahaja tidak menjadi. Ada sahaja bisikan yang datang menerpa tiba-tiba. Ketika solat sebelum fajar, tiba-tiba sahaja ada lintasan datang mengingatkan tidak perlu di tutup blog ini dan teruskan dengan diberi ilham lain pula yang lebih berguna. Aduh! adakah ini bisikan syaitan lagi kerana datang waktu tengah solat. Walaupun tidak beristikharah saya mengambil keputusan untuk meneruskan. Jadi beberapa jam setelah blog ini ditutup saya bayar semula duit domainnya. Untuk mengelakkan n3 spam yang selalu masuk ke blog saya ini, jadi saya masukkan dulu puisi yang sempat saya buat petang tadi.
Jendela Hati
Ku kuak kembali Jendela Hati
dari luar ku pandang ke dalam
ah! kabur dan kelam
di manakah harus ku mulakan
menyuluh jalan kehidupan.
Wahai hati,
Jendelamu telah terbuka
Untuk mencari makna bahagia
Wahai hati,
Jendelamu telah terbuka
Carilah cinta Ilahi
dengan azam yang tinggi
Janganlah kau jatuh lagi.
Wahai insan,
Berilah aku peluang
untuk meneguk kasih sayang
Janganlah ambil kesempatan.
Wahai Tuhanku,
Tunjukilah aku jalan kebenaran
Kuatkan aku walaupun keseorangan
Untuk terus maju kehadapan
Janganlah serahkanku pada petualang.
Wahai Tuhanku,
Berilah aku kejayaan
Dalam menempuh kehidupan
Walaupun sakit, terus melawan
ku inginkan kebaikkan di pengakhiran.
Wahai Tuhanku,
SyurgaMu yang ingin kukecapi
Penghujungnya kejayaan yang tertinggi
Selamat di Negeri Abadi.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Hiasan Dalaman Dekorasi Ketakwaan
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hiasan Dalaman,
Agh…..h!
Terlalu sukar untuk dinyatakan
Kebenaran maupun kepalsuan
Kerna akulah yang akan kepedasan
Mengigit, mengunyah maupun menelan
Chilie merah yang cantik pada pandangan.
Hiasan Dalaman,
Agh…..h!
Terlalu sukar untuk diterangkan
Kerna zahirnya sudah kelihatan
Mengambarkan Dalaman yang payah untuk dibicarakan
Hanya Tuhan yang tahu apa yang disimpan.
Hiasan Dalaman,
Agh…..h!
Anggota luaran telah membuktikan
Mata memandang hati menzahirkan
Kata hatikah yang ingin diturutkan?
Atau Ar-Rahman yang perlu didahulukan.
Hiasan Dalaman
Agh…..h!
Terlalu sukar untuk dimengertikan
Aku masih mencari jawapan
Mencari makrifat yang didambarkan
Kerna aku hamba ciptaan Tuhan
Yang lemah dalam penilaian
Yang kalah dalam percaturan
Yang selalu marah bila diberi ingatan
Yang selalu menjeling bila ditunjukkan jalan
Yang selalu angkuh dengan pendirian
Yang ingin menang dalam perdebatan
Yang ingin hebat pada pandangan
Yang ingin berjaya dalam kehidupan










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
