Posts Tagged ‘erobik’
Poco-poco ke erobik?
Assalamualaikum, apa khabar semua.

Entah kenapa tiba-tiba tergerak hati, nak merakamkan aktiviti yang di lakukan oleh kaum ibu di hadapan rumahku setiap pagi di antara pukul 7.30 a.m hingga 8.30 a.m setiap pagi kecuali hari Ahad(kalau tak silap). Di kawasan padang permainan kanak-kanak inilah mereka melakukan aktiviti mereka hampir setiap hari. Kata mereka untuk kesihatan diri dan menyihatkan badan. Maklumlah umur semakin meningkat jadi badan pun meningkat besarnya.
Setakat ini aku masih lagi tidak bersedia untuk bersama dengan aktiviti ini. Mungkin sibuk atau mungkin ia tak sesuai denganku kerana perasaan maluku masih menebal di jiwa, apatah lagi berada di kawasan yang terbuka seperti itu.
Sekarang ni memang demam poco-poco. Banyak kawasan perumahan di sekitar Seremban ini mengadakan aktiviti poco-poco untuk kaum ibu mereka, termasuklah taman tempatku tinggal. Bukan sahaja mereka yang setaman dengan ku tetapi ada yang dari taman yang berhampiran tamanku juga turut bersama. Sekarang ni dah bertambah ahlinya, dah bertambah ramai.
Aktiviti ni dah bermula dari tahun lepas lagi. Dan dengarnya mereka pernah di tegur untuk tidak melakukan di kawasan lapang. Maklumlah poco-poco tu ada unsur tarian sedikit, dan di lakukan di tempat lapang. Tapi sekarang ni dah di tukar kepada erobik, maka unsur-unsur tarian tu dah tak de. Di tambah pula yang mengendalikan tu, menyelitkan sedikit unsur-unsur Islami.
Semoga ia tidak menjadi kesalahan di sisi Islam dan semoga ia tidak menjadi satu bahan cerita/fitnah di mata yang melihatnya.
Ialah kebanyakkan orang tahu menyalahkan sahaja tetapi tidak memberikan satu alternative lain. Mereka merasakan mereka tidak salah sebab niatnya nak menjaga kesihatan tubuh badan supaya lebih cergas dan tidak mudah mendapat penyakit yang membahaya seperti lemah jantung dan sebagainya. Maklumlah umur dah semakin meningkat dan penyakit pun mudah menyerang.
Mereka tak di beritahu kenapa perkara tu salah. Tahap ilmu kita ni terutamanya ilmu agama, kan berbeza. Jadi cara pemikiran kita pun berbeza. Lain padang kan lain belalangnya, bak kata pepatah melayu. Pendekatan itu kadang-kadang tak kena, menyebabkan teguran kita tidak di pedulikan. Malah kadang-kadang kita yang kena balik. Berpoco-poco tu tak salah jika kena pada tempatnya seperti di lakukan di tempat yang tertutup dan tidak di lihat oleh orang lelaki. Nasib baik juga, ada yang perihatin dan cuba membawa pendekatan yang lebih baik dan elok. Tak de lah yang kata nanti, “semuanya tak boleh, semuanya salah”.
Alhamdulillah.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
