Posts Tagged ‘doa selamat’
Upgrade Kentang Putar & ColeSlaw Anda
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Jumaat lepas sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba, helwa taman kami mengadakan majlis doa selamat. Memang meriah dengan makanan dari ahli-ahli helwa taman kami, walaupun kehadiran tidaklah membanggakan. Biasalah majlis-majlis seperti ini memang kurang mendapat sambutan tambah pula di buat kat surau. Kalau kat rumah tu ramai sikit sebab jiran-jiran yang tak pernah/jarang pergi ke surau pun hadir sekali. Walaubagaimanapun Alhamdulillah.
Seperti yang telah saya beritahu pada artikel yang lepas, saya bercadang membawa set ayam panggang, iaitu ayam panggang, coleslaw, kentang putar dan roti arab. Resepinya semua ada dalam blog ini. Klik kat bahagian resepi dan carilah ya… Cumanya saya nak beritahu sedikit tambahan untuk menyedapkan lagi kentang putar dan coleslaw anda. Untuk resepi cara saya anda boleh lihat di sini untuk kentang putar dan di sini untuk coleslaw.
Untuk kentang putar tu saya cadangkan tambahkan sedikit mayonis dan gaulkan hingga rata. Tapi anak-anak saya tak suka kalau saya tambahkan apa-apa dalam kentang putar sekadar sedikit garam sahaja. Kalau search dalam internet ni ada yang kata tambah susu cair, terpulanglah pada anda. Oh ya satu lagi, sebaiknya gunalah kentang import dan semasa blend tu lama sikit supaya ia nampak lebih putih dari warna asal kentang tersebut.
Manakala untuk coleslaw pula, kata kak Zarimah(masa majlis doa selamat itu hari) untuk mengelakkan coleslaw tu terlalu berair, sebelum letak mayonis eloklah digaul dengan garam dan lemon dulu. Secara kebetulan coleslaw yang saya bawa tu berair sikit jadi dia beritahulah caranya. Kalau ikutkan cara saya, saya toskan dengan meletakkan di dalam peti sejuk sehari semalam. Tapi tu hari tak sempat, pagi jumaat tu baru saya mula nak meracik-racik kobis dan lobak. Terima kasih kak Zar, dapat juga tambahan ilmu. Maklumlah saya ni tak belajar secara formal cuma suka cuba-cuba je.
Oklah untuk hari ini, di bawah ni saya sertakan sedikit gambar semasa majlis tersebut. Sudi-sudikanlah.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
