Posts Tagged ‘blog’
Hijrah…..
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Harap Maaf. Ada beberapa artikel saya yang saya simpan( kadang-kadang terkeluar juga) dalam proses transfer data ke blogsport. Mana yang saya rasa tak sesuai dan berbentuk cerita peribadi dan keluarga tu saya telah pun transfer sikit-sikit ke blog saya di blogsport. Jadi kemungkinan blog ini dikhaskan untuk cerita-cerita yang umum. Harap maaf.
Hidup ini begitulah ada masa terpaksa membuat keputusan untuk kebaikkan diri sendiri, keluarga maupun umum tapi apapun yang di atas sekali ialah Allah. Semoga sentiasa ada yang mengingatkan samada secara teguran terus, sendiran, dari artikel dan sebagainya. Alhamdulillah dan terima kasih kerana anda memainkan peranan membetulkan yang tak betul kepada yang betul, yang kurang baik kepada yang lebih baik, yang baik kepada yang terbaik dan seterusnya. Saya menghargai segalanya dan tiada apa-apa yang tersimpan dan yang tersinggung di hati. Untuk itu saya ambil balik puisi lama yang ada di dalam blog ini, yang sesuai untuk di renungkan….
Hijrah…,
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.
Mujahadah….,
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin.
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.
Oleh itu…,
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bulatkan niat,
Kuatkan munajat.
Semuanya…,
Bukan kerana manusia,
Bukan ingin dipuja,
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.
Tapi untuk Allah yang Esa,
Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.
Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Perniagaan Online.
Assalamu’alaikum semua dan apa khabar?
Alhamdulillah, baru lepas menyiapkan tempahan “BELIAN POLA LANGSIR”. Dua tempahan(dari Terengganu dan Gemas) minggu lepas yang tak sempat saya siapkan, manakala satu lagi tempahan(Penang) yang di mesej dan emailkan semalam. Baru hari ini dapat saya settlekan kesemuanya. Mohon berbanyak maaf kepada anda yang membuat belian tetapi lambat sikit saya hantar. Ada juga mesej yang lambat saya jawab. Minggu lepas sibuk sikit. Sibuk dengan urusan anak2/keluarga sendiri. Sibuk sangat tidak juga.
Cumanya sekarang saya terpaksa menyusun jadual harian mengikut keutamaan. Perniagaan on line ni jatuh No. 3, kalau mengikut keutamaannya. Pertama urusan saya dengan Allah dan kedua urusan dengan anak2.
Keterangan yang saya nyatakan di sini juga bagi menjawab banyak pertanyaan daripada rakan-rakan samada yang telah lama saya kenali(sejak dari sekolah dan juga masa kerja dulu) maupun yang kenal di alam maya ini.
Alhamdulillah ramai yang mengambil berat dan bertanyakan khabar. Terima kasih banyak-banyak di atas keperihatinan anda semua. Cumanya ingin saya beritahu di sini, insyaAllah semuanya masih cukup, walaupun kebanyakkan orang risau(saudara mara dan jiran tetangga) tentang keperluan harian kami sekeluarga. Melihatkan saya seakan-akan tidak berkerja, dari mana datangnya duit ya? Duit pencen arwah suami tak banyak mana. Alhamdulillah saya tetap bekerja walaupun duduk di rumah. Saya menjalankan kerja secara online(Perniagaan di talian), lagipun saya tak berapa suka berjumpa dengan orang.
Jadi jual kat internet ajelah nampaknya. Saya harap lepas ni dapat mengubah perangai saya yang suka memerap dalam rumah je. Jadi…, kalau ada yang yakin dengan produk saya boleh beli, kalau tak yakin abaikan sahaja. Saya pun tidak memaksa sesiapa membeli barang saya dan tiada yang rasa terpaksa. Jika berjumpa dengan orang nanti mungkin mereka rasa terpaksa membeli, kerana kasihan. Rasanya cara saya ni menepati syariat. Mudah-mudahan… ameen.
“Duit?” banyak manapun tak cukup. Sikit ke, banyak ke sama je. Jadi saya mengambil keputusan mencukupkan apa yang ada. Mungkin juga Allah ingin saya membuat apa yang telah saya katakan di dalam blog saya di sini http://ibumithali.com/2010/01/alighnment-lari/ , bukan setakat pandai cakap je tetapi kena buat apa yang dicakap. Bersederhana. Berbelanja mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan.
Begitulah kata2 Ulama Islam, “Allah memberi mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan kita” jika kita ingin mencari redhanya. Begitu juga jika mengamalkan sunnah Nabi s.a.w, dari segi berpakaian, makan minum dan keperluan kehidupan. Jadi saya perlu “mengukur baju di badan sendiri, bukannya mengikut badan orang lain”.
Saya lebih mengutamakan apa yang perlu di utamakan. Jika ada kelapangan baru saya mengusahakan yang lainnya. Selalu berfacebook dan berblog ini juga merupakan salah satu usaha saya untuk menambah pendapatan.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.












.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
