Posts Tagged ‘belon’
Sukan PASTI peringkat Daerah Rembau
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Dengan niat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang berbentuk Islami, ingin saya paparkan program PASTI peringkat Daerah Rembau. Tambah-tambah pula orang kuat PAS/PASTI mengharapkan setiap ibubapa yang menghantar anak-anaknya ke Tadika PASTI boleh mempromosikan produk-produk yang mereka sediakan, jadi saya mengambil kesempatan tersebut dengan menyiarkannya di blog saya.
Sudi-sudikanlah melihatnya….
Diadakan di padang Sekolah Rendah Senawang, Seremban pada 04.04.2010. Program tersebut di mulakan seawal 7.30a.m dengan perbarisan oleh anak-anak PASTI dari tadika PASTI diseluruh Daerah Rembau. Perbarisan tersebut di menangi oleh PASTI Al-Amal Taman Marida, tempat anak saya belajar. Malangnya tak dapat saya sertakan gambarnya, saya datang lewat. Anak-anak bujang saya yang tunggu adiknya pula, tak bawa kamera untuk merakamkan detik tersebut.
Banyak hadiah di bolot oleh Pasti Al-Amal Taman Marida. Walaupun sekolah tersebut tak ramai muridnya tetapi guru-gurunya sungguh berdedikasi dan mampu melahirkan anak-anak yang hebat dalam sukan mahupun pelajaran. Tahniah untuk cikgu Ros, Azizah dan Ummi.
Di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat saya ambil…

Antara ibubapa yang hadir.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
