Posts Tagged ‘azam’

Jendela Hati

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Semoga anda dalam keadaan tenang dan gembira.  Begitu lama sekali saya tidak menambah n3 baru di dalam blog ini.  Walaupun pada mulanya saya memang nak tutup sahaja blog ini tetapi apa yang ingin saya lakukan selalu sahaja tidak menjadi.  Ada  sahaja bisikan yang datang menerpa tiba-tiba.  Ketika solat sebelum fajar, tiba-tiba sahaja ada lintasan datang mengingatkan tidak perlu di tutup blog ini dan teruskan dengan diberi  ilham lain pula yang lebih berguna.  Aduh! adakah ini bisikan syaitan lagi kerana datang waktu tengah solat.  Walaupun tidak beristikharah saya mengambil keputusan untuk meneruskan.  Jadi beberapa jam setelah blog ini ditutup saya bayar semula duit domainnya.  Untuk mengelakkan n3 spam yang selalu masuk ke blog saya ini, jadi saya masukkan dulu puisi yang sempat saya buat petang tadi.

 

Jendela Hati

 

Ku kuak kembali Jendela Hati

dari luar ku pandang ke dalam

ah! kabur dan kelam

di manakah harus ku mulakan

menyuluh jalan kehidupan.

 

Wahai hati,

Jendelamu telah terbuka

Untuk mencari makna bahagia

 

Wahai hati,

Jendelamu telah terbuka

Carilah cinta Ilahi

dengan azam yang tinggi

Janganlah kau jatuh lagi.

 

Wahai insan,

Berilah aku peluang

untuk meneguk kasih sayang

Janganlah ambil kesempatan.

 

Wahai Tuhanku,

Tunjukilah aku jalan kebenaran

Kuatkan aku walaupun keseorangan

Untuk terus maju kehadapan

Janganlah serahkanku pada petualang.

 

Wahai Tuhanku,

Berilah aku kejayaan

Dalam menempuh kehidupan

Walaupun sakit,  terus melawan

ku inginkan kebaikkan di pengakhiran.

 

Wahai Tuhanku,

SyurgaMu yang ingin kukecapi

Penghujungnya kejayaan yang tertinggi

Selamat di Negeri Abadi.

 

Wallahhua’lam.

 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

 

 

 

Ada apa pada Maal Hijrah atau Awal Muharam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera?

Apa khabar semua?  Tentunya masing-masing tengah sibuk sekarang.  Maklumlah di hujung tahun banyak perkara yang perlu di buat.  Yang berniaga mahupun bekerja tentunya sibuk dengan urusan kerja, samada nak tutup akaun ke, nak habiskan stok ke atau macam-macam lagi.  Tapi bagi saya ni sebagai suri rumah dan ibu pula, sibuk juga.  Yalah, anak-anak nak sekolah jadi keperluan persekolahan banyak yang perlu di beli.  Nasib baik jugalah anak-anak saya lelaki, jadi tak delah kena jahit baju sekolah(baju kurung dan tudung) untuk dia orang.  Beli je kat kedai apek kat tepi longkang kat pekan Seremban tu?  Murah sikit dan dapat tawar menawar.  Tapi sebaiknya carilah kedai Islam.  Dapat juga kita menolong sesama Islam.

Ada juga kena buat sikit-sikit, kena lipatkan dan jahitkan kaki seluar anak yang terlalu panjang. Tang pergi membeli barang-barang sekolah tu suami saya dah beraskan.  Dia yang bawa anak-anak untuk beli barang-barang keperluan sekolah.  Saya dan dua orang anak yang masih kecil dan nakal ni tak ikut.  Duduk di rumah je.  Hai kalau bawak dia orang ni, bukannya dapat membeli atau memilih tapi kena jaga diaorang yang tak tau duduk diam. Berlari sana berlari sini, asyik mengejar diaorang jelah nampaknya.  Jadi saya buat keputusan tak perlu pergi.  Di tambah pula saya ni memang tak suka keluar ketempat-tempat awam.  Kalau ada keperluan saya je yang mana dia orang(anak-anak dan suami) tak boleh tolong, baru saya keluar.  Percaya tak? Walaupun rumah saya ni berhampiran Giant Senawang (Belakang Giant je), tapi boleh di kira dengan jari berapa kali saya pergi Giant dalam setahun.  Tak sampai 10 kali dan ada satu tahun tu tak sampai 5 kali.

Barang-barang keperluan rumah kebanyakkan suami bersama anak-anak yang beli setiap bulan dan saya tak ikut pergi beli.  Alhamdullillah saya mendapat suami yang pandai membeli barang-barang dapur dan juga pandai ke dapur walaupun saya duduk kat rumah. Tapi bukan bermakna saya tak keluar rumah.  Hari-hari saya keluar terutamanya waktu sekolah kerana kena jemput anak-anak balik sekolah dan sesekali ke Masjid/Surau dengar Kuliah Agama.  Tak taulah ia satu keburukan atau kebaikan perangai saya ni, memang tak suka berjalan-jalan.  Patutkah saya mengubah perangai saya ni?

Itulah intro untuk tajuk yang saya pilih untuk kali ini.  Ya,  ada apa pada Maal Hijrah? Perlukah kita menyambutnya?

Sebagai seorang Islam yang cuba mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang sebenar-benarnya, pastilah ia merupakan hari/bulan yang penting.  Kalau kebanyakkan orang menyambut tahun baru masihi secara besar-besaran kenapa kita tidak menyambutnya cara besar-besaran juga.  Dan sudah tentulah sambutan amat jauh berbeza dengan tahun baru masehi.  Islam ada caranya tersendiri dan terbaik di lakukan.

Maaflah saya tidak mengaitkan Maal Hijrah  dengan Penghijrahan nabi kita atau yang biasa orang bicarakan.  Kebanyakkan orang dah tahu dan yang paling arif untuk menceritakannya ialah para ustaz dan ustazah.  Tapi saya lebih suka jika ia di kaitkan dengan kehidupan kita sekarang ni.  Terlalu banyak amalan yang di lakukan oleh para soleh solihin dahulu kita tinggalkan dan kita berbangga dengan amalan yang di bawa oleh orang bukan Islam.  Kalau orang lain menunggu detik 12 malam sebagai klimaksnya.  Kenapa tak kita mulakan 12 malam itu permulaannya.  Kalau dia orang tidak tidur untuk menuggu 12 malam dan diteruskan dengan perkara yang tidak berfaedah,  kenapa tidak kita bangun tidur dan tidak tidur untuk mengingati Allah pemberi nyawa dan banyak lagi limpahan yang di berikan kepada kita, malah kita selalu melupakannya.  Kenapa tidak malam itu kita gunakan untuk muhasabah diri kita dan menanamkan satu tekad dan azam baru untuk tahun seterusnya.  Jadi fakir-fikirkanlah.

Perubahan dan azam perlu di lakukan.  Umur pun dah berubah.  Kalau dalam bulan Islam sesiapa yang mencecah umur 36 tahun(ikut tahun masehi) tapi dalam Islam umurnya telah di tambah 1 tahun lagi.  Jadi umur saya telah menghampiri 43 tahun walaupun umur saya akan masuk 42 tahun pada tahun hadapan, yang tinggal beberapa hari lagi.  Nak tau kenapa?  Sebab dalam bulan Islamkan kurang 10 hari(tak de tarikh 31hb dalam bulan hijrah)  setiap tahun.  Jadi kalau dah 36 tahun darab 10 setiap tahun. Jumlahnya dah menghampiri setahunkan?  Jadi kita kena tambahlah setahun.  Betul tak?  Kalau tak faham tanyalah yang arif?

Dah tua rupanya aku ni.  Rasanya baru lagi aku kahwin.  Tapi anak-anak dah ramai dan dah besar panjang.  Singkatnya hidup ini, terlalu cepat berlalu.  Entah bila Allah akan menjemput kita.  Sudah bersediakah kita menghadapi kehidupan seterusnya.  Kehidupan di dunia mahupun di akhirat.  Kalau nak di ikutkan memanglah tak pernah cukup apa yang kita lakukan tapi kita terus berusaha untuk mempersiapkan diri samada untuk hidup di dunia mahupun di alam lain nanti.  Allah akan melihat segala usaha kita dan keikhlasan kita serta kesabaran kita.  Dia akan menilainya sampai ke tahap manakah kita.  Jadi sama-samalah kita berusaha kearah kebaikan.  Tingkatkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah.  Perbanyakkan mengadu denganNya daripada kita mengadu dengan orang.  InsyaAllah Allah akan memberikan jalan yang terbaik untuk kita menghadapi kehidupan ini.  Walaupun sesukar mana sekalipun jika kita mengadu padaNya tanpa rasa putus asa pasti Allah tunjukkan jalan.

Jadi buatlah perubahan  dan azam yang terbaik.  Jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan kita untuk membuat sebarang perubahan dan azam di tahun baru ini.  Semoga kita sentiasa  di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah Subhanahuwata’ala.  Amin, amin ya Robbil alamin.

Jangan lupa petang ni sama-samalah kita lakukan “Doa Akhir dan Awal tahun”.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430H.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam

Nisha.

Selamat datang ya Ramadhan, selamat tinggal syaitan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua.  Semoga semuanya di dalam lindungan Allah di tambah di bulan yang amat-amat mulia ini.

Hari ini merupakan hari ke lima kita berpuasa.  Cuaca baik buat masa ini.  Bukannya apa hari tak berapa panas dan selalu hujan, jadi tak berapa terasa letihnya.  Maklumlah di awal bulan puasa ni untuk menyesuaikan diri dengan bulan ini mungkin ada kesulitan sikit lainlah jika kita dah mula praktis berpuasa di bulan-bulan yang di sunatkan kita berpuasa.

Inilah masa yang sesuai bagi kita menanamkan azam baru jika di bandingkan apabila kita berazam semasa di awal tahun tak kiralah tahun orang putih ke atau pun tahun Hijrah ke.  Inilah masanya untuk kita cuba mengubah segala-galanya terutama kepada perkara-perkara yang baik.  Di tambah pula waktu ni setan-setan semuanya dah di ikat, tinggal lagi nafsu sendiri je yang kena kita lawan.

Walaupun setan dah di ikat tapi sebenarnya kita tak rasa macam dia tengah di ikat.  Sebab tak rasa pun perubahannya.  Jangan tak percaya dan tak yakin pulak setan-setan tu di ikat,  nanti macam tak percaya apa yang telah di beritahu dalam al-Quran.  Bahaya tu! Melibatkan akidah kita, kalau tak percayakan perkara-perkata sebegini.

Ya lah macamana nak rasa akan ketiadaan setan-setan tu sebab bebulan-bulan dalam setahun dia mentarbiah kita supaya ikut apa yang dicakap/suruhnya.  Dah menjadi darah daging kita.  Cuma sebulan dalam bulan Ramadhan ni je dia tak boleh mengganggu kita.  Jadi kalau setan tu bercuti dalam sebulan pun tak jadi apa, tak ada apa-apa perubahan pun jika kita tak benar-benar bertekad untuk meninggalkan benda-benda yang tak baik tu.  Itulah kata-kata yang saya dengar dari Ustazah yang keudara di Radio IKIM baru-baru ni.  Seperti andaian yang saya nyatakan ni contohnya dari kecil lagi mak kita ajar  makan nasi, tiba-tiba tak yah makan nasi tapi ganti dengan kentang ke, jagung ke, camne rasanya.  Boleh ke tak perlu makan nasi dalam sebulan?  Tentu susahkan.  Seperti merokok juga,  mungkin mula-mula dulu, kawan-kawan suruh cuba rasa.  Tapi bila dah biasa tak payah di suruh/di sogok, pandai je kita nak cari rokok kat mana.  Macamtulah setan tu.  Mula-mula disuruh, di pujuk, di putarbelitkan fakta tapi lepas tu tak payah setan suruh beria-ia, kita sendiri dah tahu apa nak buat.  Itulah antara bisikan Iblis(ada bukunya, carilah di toko-toko buku Agama).

Cubalah kita andaikan macammana jika kita dah biasa buat sesuatu tu tapi bila dah tak buat,  kan teringat-ingat jugak.  Seperti contoh merokok tadi.  Bagi perempuan pulak kalau dah biasa suka mengumpat  tiba-tiba nak berhenti,  bukan senangkan?  Kalau suka melepak pulak, tak kiralah samada anaknya(sedia maklumlah kat mana), bapaknya(kat kedai kopi) atau emaknya(berkumpul depan rumah dengan jiran-jiran),  jika tiba-tiba nak tinggalkan perkara-perkata tu, bukannya senang woi!  Tiba-tiba je kita duduk rumah tak keluar-keluar, tentulah ada yang datang panggil kita untuk mesyuarat, nanti tak cukup korum pulak.  Betul tak.  Itulah lagi antara belitan iblis.

Sementara tak ada sebarang gangguan dari syaitan ni, bolehlah kita berazam tinggalkan perkara-perkara yang tak baik tu.  Jika sebelum ini kita sembahyang tak cukup lima waktu bolehlah lepas ni cukupkan lima waktu.  Manakala yang lelaki tu kalau dulu walaupun sembahyang tapi tak pernah ke Masjid/surau  bolehlah lepas ni teruskan ke masjid/surau kerana di bulan ni, ramai orang yang ke masjid/surau untuk berterawih.  Dan lepas ni walaupun dah tak berterawih, boleh teruskan untuk waktu sembahyang lima waktu atau setidak-tidaknya waktu Maghrib dan Isyak ataupun setidak-tidak dalam seminggu tu 2/3 kali kita menjenguk masjid/surau.

Manakala bagi yang perempuan/wanita tu pergilah sesekali ke Masjid/surau untuk menuntut ilmu terutama ilmu akhirat kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya.  Jika suami tidak berupaya mengajar kita, mintalah izin suami untuk belajar di luar rumah samada secara percuma atau berbayar.  Macammana nak jadi ibu mithali jika ilmu agama tak ada  atau kurang di dada kita.  Tapi kekadang heran juga saya bila orang kata tak de masa ke, sibuk bebeno ke, masanya tak kena ke atau apa-apa jelah.  Tapi masa pergi tempat lain ada pulak, kena pulak masanya, boleh pulak di adjust masanya.  Seperti shoping, tengok wayang/tv atau berkumpul/mesyuarat dengan jiran-jiran. Betulllah kata pepatah melayu “kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.  Seperti saya ni, saya suka belajar dan cuba belajar memasak ke, menjahit ke atau apa-apa je tapi belajar agama tu liat sikit.  Saya paksakan diri untuk hadir ke masjid/surau.  Kalau tak, semua benda saya tak tahu.  Dan itulah juga kerja syaitan untuk menjadikan kita malas, tak minat dengan perkara-perkata yang baik terutama bab-bab agama ni.  Kita kena lawan. Melawan syaitan itu kan satu jihad dengan syarat, niatkan kerana Allah.  Kita pasti mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Oleh itu, sementara syaitan tak de dekat kita di bulan puasa ni,  tanamkanlah azam dan tekat untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.  Jadilah yang terbaik untuk Allah, Rasul, ibu bapa, suami dan anak-anak.  Jika kita boleh jadi yang terbaik untuk lima perkara di atas nescaya perkara lain akan selesai sedikit demi sedikit dengan sendirinya. Insyaallah.  Dengan itu ucapkanlah selamat tinggal untuk selama-lama kepada syaitan-syaitan yang selalu mengajak kita kepada perkara-perkara yang tidak baik.  Amin, amin ya Robbil alamin.

SELAMAT BERPUASA DAN BERTEKAD/BERAZAMLAH UNTUK BERJUMPA MALAM LAILATUQADAR DI 1O MALAM HARI TERAKHIR RAMADHAN NANTI.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • TAHNIAH ADINDA May 23, 2012
    SELAMAT MEMULAKAN HARI BARU DI IPT BUAT ADINDA KU MOHD ZAID & NURUL SYAKIRAHSEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN KASIH ILAHI […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 26, 2012
    […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Orang Asing. May 26, 2012
    P&P saya terganggu sebentar,GPK HEM meminta sedikit masa."Siapa yang mengejek-ejek Tanmoli tadi,cuba angkat tangan"Saya tahu solan GPK Hem itu tidak akan mendapat respon melainkan semuanya diam. Ya Saya sudah pasti benar,tidak akan.Saya membiarkan GPK Hem meneruskan leteran.Penduduk disekitar sekolah saya mejoriti kaum peribumi. Jawa,banjar dan […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • SAHABAT...KERANA ALLAH KITA BERSUA... May 29, 2012
     Aku bukanlah jelmaan malaikataku hanyalah manusia biasasetiap detik menyentuh dosanamun aku juga hamba Allahsetiap detik mahu menyapu dosa agar hatiku dihiasi pahala.Allah takdirkan kita berjumpabersua mukasama-sama berkongsi rasasama-sama mencari erti bahagia InsyaAllah kita akan temui bahagia Pabila Redha DIA kita jumpa..."Hidup Ini Indah jika segala […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.