Posts Tagged ‘anak lelaki’
Jengahan Tahun Baru.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Jengahan Pertama
Terlalu pantas masa beredar. Rasanya baru sahaja tahun baru menjengah. Sedar tak sedar sudah melewati seminggu tahun baru 2010 manakala tahun baru Hijrah telah menghampiri bulan Safar pula.
Terasa reda sedikit lelah. Maklumlah rumah yang bagai tongkang pecah telah dapat dipulihkan semula. Mana tidaknya musim cuti sekolah di dalam rumah pun boleh dijadikan padang. Batang paip boleh dijadikan kayu hoki. Itulah kreativiti suami saya untuk memudahkan anak-anaknya bermain. Akhirnya terpaksa dilarang kerana dijadikan pedang untuk main lawan-lawan. Mana tidaknya yang bermain dari anak yang besar sekali hinggalah yang kecil sekali.
Urusan persekolahan anak-anak juga menjadikan saya lebih sibuk dari biasa. Banyak perkara terpaksa di rombak dan difikirkan untuk kebaikkan bersama. Namun demikian segalanya dapat diselesaikan kerana semua ahli keluarga saya memainkan peranan masing-masing dan sama-sama berkerjasama. Alhamdulillah.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
