Posts Tagged ‘alam jin’
Pahit Manis Kehidupan
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Selesai sahaja cuti sekolah yang baru lepas terasa macam satu bebanan yang berat telah mampu diturunkan. Walaupun masih ada rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguhnya, walaupun pinggang masih terasa sakitnya tetapi sudah boleh badan ini berdiri tegak. Nafas pun sudah terasa lancar seperti sediakala. Namun bukan bermakna tiada apa bebanan dan halangan yang bakal terjadi di masa akan datang. Semuanya akan datang dan pergi bersilih ganti, maka bersedialah kita untuk terus menghadapi segala ranjau duri kehidupan, asam garam kehidupan atau pahit manisnya kehidupan dan pelbagai perumpamaan yang boleh digunakan.

Di dalam sengsara pasti ada bahagia, di dalam suka pasti ada duka, susah tentu ada senangnya dan begitulah seterusnya. Cumanya di sini ingin saya selitkan sedikit ‘memori cuti sekolah’ untuk tatapan anda semua. Sedikit sebanyak yang telah saya lalui di musim cuti sekolah yang lalu. Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tidak juga untuk membesarkan mana-mana pihak termasuklah diri saya sendiri. Terimalah seadanya dan janganlah ada rasa curiga dan buruk sangka…










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
