Cara Menggantung Langsir – Pelmet

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sudah dalam minggu ke dua kita di bulan Ramadhan ini.  Semoga anda semua berjaya dalam pencarian dan target anda.

Di sini ingin saya meraikan pertanyaan samada melalui blog ini mahupun melalui emel yang dihantar kepada saya.  Al-maklumlah tak lama lagi nak meraikan Hari Raya. Saya mengharapkan kepada anda yang meminati hiasan dalaman(langsir) berpuas hati dan terjawab segala persoalan yang mungkin tertanya-tanya di hati anda.  Cara yang saya tunjukkan di bawah ini, saya ambil dari ebook Pelmet yang telah saya sediakan dan sudah pun dijual untuk anda yang meminati bidang jahitan langsir ini.  Jika inginkan lebih lanjut lagi bolehlah anda berkunjung ke website http://www.hijab-batik.com.

Menggantung Pelmet.

1.   Untuk penyeri pelmet, cara yang terbaik ialah menggunakan pelekat bertindih. Ia akan kelihatan lebih tegang, rata dan cantik jika anda menggunakan pelekat bertindih. Untuk menggunakan pelekat bertindih anda perlu menggunakan trek yang mempunyai permukaan selebar 1 inci bagi melekat salah satu pasangan pelekat bertindih tersebut di trek langsir anda. Anda boleh menggunakan gam yang bersesuaian atau terkuat untuk melekatkan pelekat bertindih ke trek anda. Gam tersebut biasanya boleh di dapati di kedai-kedai hardware yang berhampiran tempat anda.

2.   Manakala pasangan pelekat yang satu lagi, di lekatkan pada bahagian atas Pelmet tersebut.

Read the rest of this entry »

CINTA LUAR BIASA (bhg 2)

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hadith Qudsi-Nya yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah,

Rasullallah s.a.w bersabda  “Allah berfirman yang bermaksud :

“Tidak ada amal yang dikerjakan hamba-Ku, dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada-Ku, yang lebih Aku cintai, selain ibadah wajib yang Aku perintahkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.”

(HR Bukhari).

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

CINTA LUAR BIASA

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tiada kata yang mampu ku lakarkan

Hanya lagu memberi gambaran

Puisi akan menyusul kemudian

Untuk anda yang budiman

Semoga kedatangannya menambahkan keimanan

Juga ketakwaan yang tidak mampu ditawarkan

Oleh makluk bergelar hamba Tuhan

Selain pengabadian diri  yang tiada tandingan

Untuk Tuhan semesta Alam, ya..Rahim ya..Rahman.

Salam Ramadhan untuk semua.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Upgrade Kentang Putar & ColeSlaw Anda

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jumaat lepas sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba, helwa taman kami mengadakan majlis doa selamat.  Memang meriah dengan makanan dari ahli-ahli helwa taman kami, walaupun kehadiran tidaklah membanggakan.  Biasalah majlis-majlis seperti ini memang kurang mendapat sambutan tambah pula di buat kat surau.  Kalau kat rumah tu ramai sikit sebab jiran-jiran yang tak pernah/jarang pergi ke surau pun hadir sekali. Walaubagaimanapun Alhamdulillah.

Seperti yang telah saya beritahu pada artikel yang lepas, saya bercadang membawa set ayam panggang, iaitu ayam panggang, coleslaw, kentang putar dan roti arab.  Resepinya semua ada dalam blog ini.  Klik kat bahagian resepi dan carilah ya…  Cumanya saya nak beritahu sedikit tambahan untuk menyedapkan lagi kentang putar dan coleslaw anda.  Untuk resepi cara saya anda boleh lihat di sini untuk kentang putar dan di sini untuk coleslaw.

Untuk kentang putar tu saya cadangkan tambahkan sedikit mayonis dan gaulkan hingga rata.  Tapi anak-anak saya tak suka kalau saya tambahkan apa-apa dalam kentang putar sekadar sedikit garam sahaja.  Kalau search dalam internet ni ada yang kata tambah susu cair, terpulanglah pada anda.  Oh ya satu lagi, sebaiknya gunalah kentang import dan semasa blend tu lama sikit supaya ia nampak lebih putih dari warna asal kentang tersebut.

Manakala untuk coleslaw pula, kata kak Zarimah(masa majlis doa selamat itu hari) untuk mengelakkan coleslaw tu terlalu berair, sebelum letak mayonis eloklah digaul dengan garam dan lemon dulu. Secara kebetulan coleslaw yang saya bawa tu berair sikit jadi dia beritahulah caranya. Kalau ikutkan cara saya, saya toskan dengan meletakkan di dalam peti sejuk sehari semalam.  Tapi tu hari tak sempat,  pagi jumaat tu baru saya mula nak meracik-racik kobis dan lobak. Terima kasih kak  Zar, dapat juga tambahan ilmu.  Maklumlah saya ni tak belajar secara formal cuma suka cuba-cuba je.

Oklah untuk hari ini, di bawah ni saya sertakan sedikit gambar semasa majlis tersebut.  Sudi-sudikanlah.

Read the rest of this entry »

Wajik Durian

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ramadhan hampir datang kembali.

Terlalu cepat masa berlari,

makin dekat waktu untuk bertemu Ilahi.

Harap amalan kita bertambah dari hari ke hari

Raikanlah Ramadhan dengan majlis yang diberkati

Oleh Ilahi yang Maha memberi lagi Maha Suci.

*****************************

Semalam pihak helwa taman kami baru sahaja mengadakan gotong royong di surau sempena menyambut Ramadhan.  Tapi saya terlupa pula membawa kamera untuk merakamkan kehebatan ibu-ibu taman kami berkemas di surau.  Bermacam-macam gaya.

Ibu-ibu di sini memang kreatif.  Bukan saja bab menghias rumah dan memasak perlukan kekreatifan tapi bab mengemas pun kena kreatif juga.  Bayangkan, syiling surau yang tinggi mampu di buang sawangnya hanya dengan melemparkan kain buruk lembap sahaja.  Dah tangga tak ada, manakala jika di panjat guna kerusi pun masih tak sampai lagi.

Sampai tersangkut kain buruk tu kat speaker berhampiran syiling.  Puaslah mencari batang kayu untuk menjoloknya.  Gunakan kerusi pun masih tak sampai.  Nasib baiklah ada yang tinggi  dan kurus sikit.  Jadi dapatlah saya menjolok kain buruk tersebut.

Memang begitulah sepatutnya ibu-ibu sekarang perlu kreatif dalam semua hal.  Apatah lagi dalam menangani masalah anak-anak sekarang ini. Bak kata orang-orang tua dulu, anak masa kecil memang tak banyak masalah setakat meragam dan sakit-sakit sahaja.  Tak melibatkan pihak luar tapi bila dah remaja dan dewasa “baru tahu langit tu tinggi atau rendah”.

OKlah kali ini saya tak bercadang untuk mengupas masalah  “Baru tahu langit tu tinggi atau rendah”,  mungkin lain kali.  Saya cuma nak beri resepi wajik durian yang baru saya sediakan untuk gotong royong semalam.

Wajik Durian

Read the rest of this entry »

Bekalan ke Destinasi Terakhir.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ketika saya mencari-cari keputusan apa yang patut saya buat,  Allah telah memilih manusia-manusia mulia untuk mengutuskan sesuatu untuk saya fikirkan.  Terima kasih Allah dan terima kasih kepada manusia-manusia yang sentiasa menulis perkara-perkara yang baik untuk difikirkan serta dimanfaatkan bersama.

Saya begitu tersentuh dengan kisah si penjual tempe yang tersiar di blog Ros Illiyyuun.  Panjang kisahnya,  kalau nak baca pergi ke blog dia(klik di sini).

Begitu juga ustaz/ustazah yang melahirkan hasil tulisan yang baik untuk pengunjung blognya antaranya Ummu Husna dan Ummu Abbas yang begitu bermanfaat hasil tulisannya.  Semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal dari “Pemberi Ilham” kepada mereka.

Ya.., sebagai manusia biasa yang hina dina di sisi Penciptanya, sering saje apa yang dirancang tidak terjadi seperti apa yang diharapkan.  Bukannya sesekali perkara tersebut terjadi malah berkali-kali tetapi tidak bererti saya telah putus harap, cumanya saya sebagai manusia berdosa dan bernoda sekadar meluah rasa.  Tanpa disedari tersalah kira dan terlepas bukan pada tempatnya. Pun begitu saya kira tidak mengaibkan diri sendiri tetapi dengan niat di hati ingin memberi ingatan pada yang sudi untuk berfikir demi kebaikan diri anda sendiri mahupun ahli keluarga sendiri.

Ya…, memang saya akui seperti kata “Genta-Rasa” dari ustaz Pahrol,

“…Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Read the rest of this entry »

Dari Seremban ke Gaza.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Program yang diadakan di surau taman saya baru-baru ini.

Hari Sabtu lepas(bukan hari ini), di Surau taman perumahan saya, telah diadakan ceramah Israk Mikraj yang bertajuk ‘Dari Seremban ke Gaza’.

Setiap kali berlakunya perkara besar yang tersebar diseluruh pelusuk dunia, yang berkisar tentang Palastine, pastinya ahli jawatan kuasa surau tidak lupa untuk mengingatkan dan menyedarkan para jemaah untuk sentiasa prihatin kepada saudara kita di sana, yang dilanda musibah.

Tahniah untuk ahli jawatan kuasa surau Taman Alamanda, Senawang, Seremban, yang sentiasa bergerak untuk kemaslahatan penduduk taman ini terutamanya.

Kali ini program tersebut telah disampaikan oleh pun Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang badan NGO ini bolehlah anda ke
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/

Saya kira, kebanyakan umat Islam yang prihatin dan mengharapkan Syurga Allah sebagai  destinasi terakhirnya, pasti sudah tahu apa yang telah berlaku di Palastine.  Betapa jahat dan kejam Israel sudah pun termaktub di dalam Al-Quran.  Jika pun kita tidak melihat gambar dan video serta pelbagai media massa yang memaparkannya, kita tentu yakin dan percaya apa yang tertulis di dalam Al-Quran Kalammullah yang kita baca setiap hari.

….Pasti dan pasti, tiada ragu-ragu lagi…..

Read the rest of this entry »

Rendang Pegaga Ayam

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya baru sahaja menyiapkan satu tudung yang ditempah oleh kawan setaman.  Ada sepuluh helai lagi yang perlu saya siapkan untuknya.  Dia menginginkan tudung yang boleh dipakai dengan senang dan cepat tetapi menepati ciri-ciri pemakaian tudung Islam yang sebenar.  Maklumlah cikgu duduk kat Seremban tapi mengajar di Rembau, jadi pagi-pagi tu nak cepat je..

Saya cuba membuat apa yang dimahukannya.  Jadi saya berikan nama ‘Tudung Ilham Nisha’.  Jadi berikut lebih kurang rupanya.

Pandangan dari belakang. Bahagian tepinya(utk bahagian bahu supaya boleh dipin), telah sedia dikedutkan supaya terhasilnya kedut(scallop). Bertujuan untuk mengurangkan bentuk-bentuk yang mungkin kelihatan di bahagian dada.

Bahagian kepalanya mempunyai pengeras dan juga ada bahagian penutup bawah dagu. Oleh kerana kain ni lembut/bergetah jadi saya membuat 2 lapisan/kepingan kain. Labuh tudung ini sehingga bawah pinggan. Jadi lebih kurang seperti tudung bulat biasa cuma menggunakan kain yang berbeza. Hanya sarung, terus terlekap di kepala, tak perlu pakai pin di kepala tetapi guna pin bahagian bahu untuk menetapkan kedudukannya.

Sebenarnya ada dua design.  Satunya tak perlu guna pin tapi lurus bulat bahagian bawahnya.  Satu lagi perlu guna pin di bahagian bahu supaya ia kelihatan berkedut/berscallop di bahagian dada.  Di masa akan datang saya akan cuba ambil gambar yang telah siap di pakai.  Modelnya masih tak ada…. Read the rest of this entry »

Pahit Manis Kehidupan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Selesai sahaja cuti sekolah yang baru lepas terasa macam satu bebanan yang berat telah mampu diturunkan.  Walaupun masih ada rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguhnya,  walaupun pinggang masih terasa sakitnya tetapi sudah boleh  badan ini berdiri tegak.  Nafas pun sudah terasa lancar seperti sediakala.  Namun bukan bermakna tiada apa bebanan dan halangan yang bakal terjadi di masa akan datang.  Semuanya akan datang dan pergi bersilih ganti,  maka bersedialah kita untuk terus menghadapi segala ranjau duri kehidupan, asam garam kehidupan atau pahit manisnya kehidupan dan pelbagai perumpamaan yang boleh digunakan.

Di dalam sengsara pasti ada bahagia, di dalam suka pasti ada duka, susah tentu ada senangnya dan begitulah seterusnya.  Cumanya di sini ingin saya selitkan sedikit ‘memori cuti sekolah’ untuk tatapan anda semua.  Sedikit sebanyak yang telah saya lalui di musim cuti sekolah yang lalu.  Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tidak juga untuk membesarkan mana-mana pihak termasuklah diri saya sendiri.  Terimalah seadanya dan janganlah ada rasa curiga dan buruk sangka…

Read the rest of this entry »

Harga Setitis Darah

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jari-jemari ini telah lama ingin menari, ingin menulis sesuatu tentang Yahudi.  Namun saya cuba bersabar dan bertenang untuk beberapa ketika.  Ingin melihat dan membaca artikel dan komen-komen yang tertulis di blog-blog lain.  Kalau nak ikutkan darah muda sudah lama saya menghentam apa yang tersirat di dalam hati.  Namun, ketika ini saya sedang belajar menjadi seorang tua yang mampu bertenang dan berfikir sebelum melontarkan kata-kata.  Walaupun kekadang terserlah juga keceluparannya.

Ya.., dalam meniti perjalanan hidup yang tak tahu bila kesudahannya, kadang-kadang tergelincir, harap-harap saya tidak jatuh terus ke dalam gaun yang dalam kerana jika ingin bangkit semula amat payah rasanya.

Alhamdulillah dan tahniah bagi mereka yang syahid.  Amat bertuah mereka-mereka yang Syahid Akhirat, yang gugur dalam perjuangan menegakkan Islam.  Kerana segala kesalahan mereka tidak perlu dihisab kecuali hutang-hutang yang mereka tinggalkan.

Saya juga ingin syahid seperti mereka, seperti mereka yang terbunuh di perjalanan ke Palastine,   di dalam kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara.  Walaupun mungkin dalam bentuk dan cara yang berbeza, syahid akhirat adalah idaman/matlamat saya.  Sesungguhnya saya takut akan balasan yang akan saya terima disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya.

Agh… Neraka, cukup menyiksakan.  Sedangkan dihiris pisau semasa memasak pun sakit rasanya, sedangkan tercucuk sirip/insang ikan pun sakitnya berpanjangan, inikan pula neraka yang lebih dahsyat sakitnya.

Setiap hari kita melakukan dosa, setiap perkataan yang kita lontarkan akan dikira, jelingan mata kita akan dikira kerana pastinya hati akan berkata-kata. Marahkan anak-anak juga akan dikira walaupun ia benar dan patut kerana selalunya dalam keadaan marah kita tak sempat ingatkan Allah.  Sekadar mampu menyebut dibibir nama Allah tapi dihati tidak terasa. Itulah hakikatnya saya dan saya sedang cuba untuk bermujahadah ke arah itu.

Justeru itu, saya amat mengkagumi semangat NGO terutamanya dari Malaysia.  Mereka mempunyai semagat jitu.  Antara lontaran kata-kata mereka yang membakar semangat saya, yang lebih kurang bunyinya

“ini hanya cebisan sahaja, sikit sahaja, mereka yang berada di Palastine lebih teruk dan lebih siksa/susah lagi”.

Betapa kuatnya jiwa-jiwa mereka, tidak merasa serik dan semangat mereka bertambah kuat untuk terus berjuang.  Bertuahnya mereka kerana Allah mencampakkan kekuatan yang luar biasa.  Sudah tentulah mereka bukannya calang-calang manusia.

Isteri Rantisi-Ummu Muhammad.

Dari ismamelaka.com

Saya amat mengkagumi pejuang-pejuang Palastine terutama Sheikh Ahmad Yasin dan Rantisi.  Setiap kali saya merasakan diri saya lemah dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas saya, saya akan mencari buku-buku yang boleh membangunkan kekuatan diri antaranya kisah pejuang-pejuang Palastine.  Kisah mereka entah berapa kali saya baca dan setiap kali saya membaca pasti air mata saya berjujuran keluar.  Kagum dengan kekuatan dalaman yang ada pada mereka.  Sedangkan kita di sini sedikit sahaja masalah yang melanda sudah rebah ke tanah. Kadang-kadang tidak mampu bangun untuk mengubah apa yang telah punah dan musnah. Read the rest of this entry »

Dibotox Penuh Keanggunan.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Dibotox Penuh Keanggunan.

Ketika bunga harum berkembang,
Rerama datang bertandang,
Madunya dihisap sang Kumbang,
Akhirnya layu di dalam gengaman.

Sang Kancil berlari-larian,
Sang Monyet melompat kegirangan,
Sang Harimau mengintai penuh harapan,
Mencari mangsa yang boleh dimakan.

Ayam dan itik di halaman,
Kambing sedang mencari makan,
Sang Ular merayap perlahan-lahan,
Mencari mangsa yang mampu ditelan.

Begitu indahnya taman-taman kehidupan,
Beredar mengikut pusingan,
Segala yang terjadi ada tujuan,
Mengikut ketentuan Tuhan.

Yang terjadi adalah ketentuan Tuhan
Mendidik insan lebih beriman
Walaupun tidak mampu difikirkan.

Begitulah dengan diriku,
Hatiku merasa sayu,
Diriku merasa malu,
Kerana aku tidak mampu,
Melawan apa yang berlaku.

Tika semangatku kuat
Kehendakku tidak mampu disekat
Kekuatanku tidak mampu digugat
Kerja siang malam  tanpa penat
Segala halangan dapat ku kerat.

Hanya satu tak mampu ku lawan
kekuatanku hilang dengan takdir Tuhan.

Tika aku beranggan-anggan tinggi,
tiba-tiba ku tersungkur ke bumi.

Ketika ku mengharapkan kecantikan asli,
ku sangka diriku anggun sekali,
muka ku gebu dan berisi,
ku cuba cerminkan diri,
Ya … Allah, mukaku berot  sana sini,
Kesakitannya hanya Ilahi yang mengetahui,
Semoga dosa-dosaku berlalu pergi,
Ku dibotox sakit gigi.
(he.., he.., he..)

Jari jemariku tidak mampu menari,
Dapurku tidak berasap lagi,
Jahitanku tidak mampu ku sudahi,
Rumahku bagai tongkang pecah kembali,
Kerna membelek mukaku yang anggun sekali.
(he.., he.., he..).

Mungkin juga ketakwaanku nipis sekali,
Tidak mampu melawan kesakitan yang di beri,
Harapanku dosa-dosaku berlalu pergi.

Maafkan aku pembaca blog ini,
Rancangan yang diatur tergendala lagi.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Rojak Special Ilham Nisha

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sudah lama saya tak memberi resepi untuk blog ini dan semestinya juga untuk pengunjung setia blog ini.  Kali ini saya nak berikan resepi kegemaran ahli keluarga saya.

Pada saya, rojak merupakan makanan seimbang kerana semuanya ada.  Dan jangan lupa lebihkan sayurnya.  Mari kita cuba resepi ini.

Rojak Special Ilham Nisha

Rojak special Ilham Nisha

Untuk  kuah rojak segera

  1. 3 cawan Chilies sos
  2. 3-5 biji Kentang(rebus dan blend hancur)
  3. Tepung jagung(jika tak mahu gunakan kentang)
  4. Chile kering/api
  5. 2 gengam Kacang tanah goreng(blend halus)
  6. Bawang putih (3-5 ulas)
  7. Bijan (jika mau)
  8. 1 cawan gula
  9. Garam secukup rasa
  10. Air (lebih kurang 2/3 jug)

Read the rest of this entry »

Perempun Tua Itu

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Perempuan Tua itu
Tinggal seorang diri
Anak-anaknya tidak peduli
Rumah usang semak sekali

Perempuan Tua itu
Jalannya bagaikan kura-kura
Bagaimana mau dibawa bersama.

Perempuan Tua itu
Giginya sudah tiada
Makannya berselerak, bagai anak kecil sahaja
Malu di buatnya.

Perempuan Tua itu
Kencingnya merata-rata
Bau busuknya tidak terkira.

Perempuan Tua itu
Cakapnya merepek tak tentu hala
Entah mana hujung pangkalnya.

Perempuan Tua itu
Ibu siapakah dia?
Nenek siapakah dia?
Makcik siapakah dia?
Atau
Kitakah perempuan tua itu suatu hari nanti?

Perempuan Tua itu
Sanggupkah kita menghadapinya?

Perempuan Tua itu
Sungguh mencabar berhadapan dengannya
Bersabarlah dengan kerenahnya
Ganjarannya besar tak terhingga
Syurga yang tiada tandinganya.

Perempuan Tua itu
Usah difikirkan sejarah silamnya
Usah ditanya kenapa begitu jadinya
Yang penting ganjaran pahalanya
Juga redha yang Maha Esa
Penyelamat kita di Akhirat sana.

Perempuan Tua itu
Usahlah dihina
Usah dilayan seperti  barang tidak berharga
Kerna dia manusia mulia
Di sisi Penciptanya.

Read the rest of this entry »

Di Ampaian Kasih-Mu.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Di Ampaian Kasih-Mu.

Fajar menyingsing di ufuk meninggi
Nyaman dan dinggin  di subuh hari
Burung-burung turut menyanyi
Menghirup udara segar di waktu pagi.

Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa
Kelembutannya mendamaikan jiwa.

Dedaun melambai mesra
Menenangkan hati yang bergelora.

Beburung berterbangan di atas sana
Mengundang gembira rasa di dada.

Segalanya menyerikan dunia nan fana
Penanda hebatnya Sang Pencipta.

Kala mentari terik
Tiba-tiba hujan membisik
Tanpa mampu diselidik
Walaupun sekadar rintik-rintik
Tanpa terasa terpercik
Bisanya rasa tertukik.

Pun begitu pelanggi selalunya muncul
Setelah hujan panas mula berundur
Memberikan harapan yang telah luntur
Timbullah kekuatan baru yang luhur.

Indahnya malam dalam kegelapan
Diserikan bintang-bintang yang berkerlipan
Rembulan memancarkan sinar kekuatan
Terserlahlah awan-awan yang keputihan
Memberi petanda penuh harapan
Walaupun rindu sang Pungguk belum kesampaian.

Kala manusia terleka
KAU memberi tanda
Awan gelap tanda berjaga-jaga
Mungkin bencana akan tiba
Mungkin juga pelindung dari bahaya
Bagi mereka yang mampu membaca
Begitulah kasihnya Pemilik dunia.

Wahai Pemilik sejagat yang kurindu
Ku ingin selamanya berada di sisi-MU
Walaupun sekadar di Ampaian kasih-MU.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Anggaran Ukuran valance/kepala langsir.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ketinggian langsir penyeri (Pelmet).

Berikut adalah jadual cadangan anggaran ketinggian pelmet(ia juga boleh di gunakan untuk penyeri lain seperti box pleat, scallop dll) mengikut ketinggian pelindung/penutup langsir anda.

JADUAL: CADANGAN ANGGARAN KETINGGIAN

PENYERI PELMET.

Ketinggian pelindung/penutup

Ketinggian penyeri

Catatan

1. hingga 85 inci

2. 85 inci  -  95 inci

3. 95 inci  -  105 inci

4. 105 inci ke atas

15 inci  -  17 inci

17 inci  -  21 inci

21 inci  -  23 inci

25 inci  -  27 inci

* ketinggian bahagian tepi(kiri & kanan) pelmet tidak melebihi separuh daripada ukuran tinggi pelindung/penutup.

Contohnya : Oleh kerana Ukuran tinggi langsir pelindung/penutup kami 65 inci, kami memilih ketinggian penyeri pelmet 15 inci – 17 inci.  Rujuk jadual di atas dan gambar rajah di bawah.

Rajah di atas menunjukkan contoh ukuran yang digunakan.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari hijab-batik.com bagi pembelian ebook Cara Menjahit Langsir ILHAM NISHA(set 2- Pelmet).

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Terima Kasih Stormreaders

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Klik pada gambar untuk membuat belian.

Hari ini, 17.04.2010, lebih kurang pukul 11.45a.m saya menerima bungkusan dari pos laju yang di hantar dari Stormreaders.  Syabas dan terima kasih Stormreaders kerana sampai tepat pada hari yang di janjikan.  Dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat.  Walaupun terdapat masalah pada e-store saya dan juga terpaksa menghabiskan duit topup saya menghampiri harga buku(dlm RM30.00) untuk menalifon ke Stormreaders supaya semuanya dapat dihantar seperti yang dijanjikan.  Walaupun saya bukanlah ahli/pengedar yang aktif namun mereka tetap melayan saya dengan baik.

**********

***

Tak de gambar buku “Hadiah buat Muslimah”.  Kamera rosak.  Jadi saya upload “tudung buat muslimah” yang bakal saya jual tak lama lagi.  Ada tudung bulat dan ada tudung separa bulat.  Ada juga set tudung(sarung tangan dan kaki dari kain yang sama).  Malangnya kamera rosak jadi tak bolehlah… buat masa sekarang.  Sepatutnya saya dah boleh uploadkan klip video untuk telekung, tak sempat nak buat klip video, kamera dah rosak.

Itulah satu-satunya kamera saya, yang saya gunakan untuk buat klip video, tapi malang, innalillah….  Mungkin Allah tak izinkan saya buat masa ini untuk saya menjual telekung dan tudung.  Mungkin juga tak jadi langsung.  Wallahhua’lam.

**********

***

Read the rest of this entry »

Sukan PASTI peringkat Daerah Rembau

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Dengan niat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang berbentuk Islami, ingin saya paparkan program PASTI peringkat Daerah Rembau.  Tambah-tambah pula orang kuat PAS/PASTI mengharapkan setiap ibubapa yang menghantar anak-anaknya ke Tadika PASTI boleh mempromosikan produk-produk yang mereka sediakan, jadi saya mengambil kesempatan tersebut dengan menyiarkannya di blog saya.

Sudi-sudikanlah melihatnya….

Diadakan di padang Sekolah Rendah Senawang, Seremban pada 04.04.2010.  Program tersebut di mulakan seawal 7.30a.m dengan perbarisan oleh anak-anak PASTI dari tadika PASTI diseluruh Daerah Rembau.   Perbarisan tersebut di menangi oleh PASTI Al-Amal Taman Marida, tempat anak saya belajar.  Malangnya tak dapat saya sertakan gambarnya, saya datang lewat.  Anak-anak bujang saya yang tunggu adiknya pula, tak bawa kamera untuk merakamkan detik tersebut.

Banyak hadiah di bolot oleh Pasti Al-Amal Taman Marida.  Walaupun sekolah tersebut tak ramai muridnya tetapi guru-gurunya sungguh berdedikasi dan mampu melahirkan anak-anak yang hebat dalam sukan mahupun pelajaran.  Tahniah untuk cikgu Ros, Azizah dan Ummi.

Di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat saya ambil…

Antara ibubapa yang hadir.

Read the rest of this entry »

Bukan kerana Jenama

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Kebelakangan ini kebanyakkan akhbar, tv, radio mahupun di blog-blog banyak memperkatakan tentang masalah sosial di kalangan anak-anak remaja/muda.  Masalah membuang anak di merata tempat seolah-olah seperti membuang sampah.  Astaghfirullah…

Ya…  memang sungguh mencabar apabila berhadapan dengan anak muda/remaja sekarang ini.  Saya juga mempunyai anak-anak remaja dan pelbagai pengalaman yang telah saya tempuhi samada dengan anak sendiri, adik sendiri juga dengan anak remaja yang tak saya kenali siapa ibubapanya, juga yang saya kenali ibubapanya.  Ingin saya coretkan sedikit pengalaman saya yang berhadapan dengan mereka.  Semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda menghadapi kerenah anak-anak remaja.

Pastinya setiap dari kita, mengalami masalah yang sama ataupun berbeza, tapi masih lagi tidak berjumpa penyelesaiannya.  Mungkin pengalaman dan cara saya mengatasinya boleh memberikan anda sedikit ilham.

Jika pun ia satu kesilapan yang saya lakukan, mungkin boleh diambil ikhtibar supaya tidak terjadi kepada anda ataupun boleh dijadikan landasan untuk anda menangani masalah anak-anak anda suatu hari nanti.

Read the rest of this entry »

Mengabadikan Kenangan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hari Sabtu(27/3/2010) lepas, Helwa taman saya mengadakan program “Ramah Mesra bersama Helwa”.  Ia sempena juga Hari Kesihatan dan Usahawan Taman serta juga Hari Kantin sekolah Kafa Taman kami. Kami mengadakan program tersebut di  Surau taman.

Cumanya di sini saya ingin mengabadikan kenangan untuk Program Helwa(Program yang lain tak pergi) yang mana saya turut terlibat untuk menjayakan program tersebut.  Walaupun anak saya terlibat disebelah paginya saya tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada lagi saki baki persiapan yang belum disiapkan.  Tambahan pula saya dipertanggunjawabkan untuk program Pertandingan Masakan(terkilan juga tak dapat masuk pertandingan ni..).  Kad untuk perserta dan kad tanda Pemenang(tak tau namanya) masih belum siap lagi.  Nak dijadikan cerita printer pula meragam dan inknya pun habis, jadi bertambah lambatlah siapnya.

Di bawah ini khas untuk orang taman saya yang nak lihat gambar program tersebut.  Maaflah saya tak pergi cuci gambar tu.  Kalau nak,  ambil(copy & paste) je kat blog saya ni yaa..

Antara muslimah yang datang untuk program Helwa. Beramah mesra sementara menunggu program di mulakan.

Di mulakan dengan bacaan doa oleh ustazah(menantu Kak Normah yang pernah saya ceritakan sikit kisahnya, maaflah namanya panjang sangat sampai tak ingat). Di sebelahnya Cikgu Hasni yang menjadi MC

Read the rest of this entry »

Wadih

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tahukah anda kebanyakkan makanan Jepun adalah haram dimakan walaupun di sediakan oleh orang Islam dan restoran tersebut juga kepunyaan orang Islam?  Yang menyebabkan haram dimakan adalah kerana sosnya mengandungi arak.  Begitulah yang telah didedahkan oleh Majalah Al-Islam untuk bulan Mei 2009.   Sudah puas saya mencari majalah tersebut di dalam simpanan di rumah saya namun tak tahu ke mana menghilangnya jadi saya tidak dapat buktikan apa-apa di sini.

Cubalah bertanya kepada yang arif tentang hal ini.  Cuma sekadar peringatan kepada anda yang ingin mencari keredhaan Allah.

Saya sebenarnya sejak dari dulu lagi(masa kerja) teringin sangat makan makanan Jepun terutamanya sushi(betul ke ejaannya?), namun tidak pernah kesampaian.  Tambah-tambah pula masa kerja, kawan-kawan asyik cerita pasal makan kat sana sini.

SyukurAlhamdulillah,  rupanya ada hikmat disebaliknya.  Namun demikian banyak lagi makanan lain yang shubahah.  Antaranya yang berkenaan keju, kerana saya suka buat cheese kek dan juga pizza.  Tapi sekarang dah ada orang melayu yang buat keju.  Jadi rasanya lebih selamat.

Semoga kita semua sentiasa cuba memperbaiki diri dan pemakanan kita ke arah kebaikkan.  Makanan yang haram dan shubahah adalah antara punca-punca menjadikan hati kita susah untuk dibentuk dan susah untuk menerima kebaikkan. Read the rest of this entry »

Terlena di Lembah Hina

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sungguh nyenyak tidurnya si pemuda yang jika di amati amat tampan wajahnya. Wajah kuniaan Ilahi yang patut disyukuri.  Wajah yang menjadi kegilaan para gadis untuk ditatapi.  Wajah kebangaan ibubapanya semasa bayi.  Wajah kerlingan jiran tetangga kerana dia dicemburui.

Tapi sayang, ketampanannya tidak dihargai, kerana tidak di tatap di cermin peribadinya setiap hari iaitu dengan bermuhasabahkan diri sehingga ke hati dan sanubari  sehingga hilang segala seri. Sepatutnya setiap hari berkali-kali perlu dia mencerminkan diri, untuk menghindar dan mengurangkan jika ada palitan kotoran di dalam dirinya. Palitan najis yang mungkin mengundang bau yang tidak di gemari oleh orang sekelilingnya.  Palitan sisa makanan yang dimakannya tengahari tadi.  Palitan pen yang tidak sengaja terconteng dimukanya atau palitan serta percikan air lumpur yang tersimbah di mukanya semasa dalam perjalanan balik dari kerja serta pelbagai palitan lagi yang mungkin singgah di mukanya tanpa disedari.

Sayang, ketampanan wajahnya terlindung oleh mukanya yang kelihatan berserabut tidak terurus.  Dia telah pergi jauh di dunianya sendiri tanpa perlu memikirkan hal lain yang terjadi di sekelilignya.  Alam syurgawi baginya, alam yang sungguh menyeronokkan baginya tetapi sungguh hina bagi sesiapa yang berakal bila melihatnya.  Ya, alam khayalan bagi yang telah menikmatinya.  Sunggu…h!  ketagih di buatnya.  Sesiapa yang telah terjerumus ke lembah itu sungguh susah untuk melangkah keluar dari lembah itu.  Walaupun apa ayat yang di berikan, walaupun apa benda yang boleh dan mahu di sumbatkan tetapi pasti sumbatan itu tercampak keluar dan mampu mempengaruhi persekitarannya.  Begitulah kuat tersebarnya dan berkembangnya udara atau gas lembah hina itu.  Mengembang, terus mengembang dan terus merebak di persekitarannya serta mampu memlebarkan dan membesarkan lagi jajahannya.

Read the rest of this entry »

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Kelihatan Kecil Tetapi Membahagiakan Isteri February 1, 2012
    Kecil Tetapi Bermakna Pagi tadi, saya mendapat sedikit asma. Semasa baru terasa lelah di dada, saya sedang menidurkan si kecil berusia 11 bulan. Suami yang berada di samping perlahan-lahan bangun untuk mengambil inhaler tanpa saya memintanya berbuat demikian. Tersentuh juga … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • SEDIH January 14, 2012
    ~sedih.... hanya Allah tempat bergantung harap~ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled February 6, 2012
     k […]
    ::Umiliya6677::
  • SUGAR GLIDER owh SG.... February 2, 2012
    Assalamualaikum...Bz Melanda Semua Staff di Opis sini.....huhuhu...best...tapi nak gak citer sikit about what happen yesterday...Ada pembaca yang pernah baca pasal pets keinginan ibusumaiyah?...pet kecil cinonet itu...tak per-tak per....boleh rujuk di link ni   : SUGAR GLIDER Semalam, ibu print n google maklumat di internet berkenaan SG ni....yaAllah....bany […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Muhammad Manusia Agung February 5, 2012
    Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehi […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 11, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.