........
PROMOSI PRODUK
OOPS! You forgot to upload swfobject.js ! You must upload this file for your form to work.
March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Pola Langsir

Cara Menggunakan Pola
EBOOK LANGSIR

Untuk Hiasan Dalaman

Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Recent Comments

Koleksi Pola Terbaru

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Saya ingin mengwar-warkan produk terbaru dari hijab-batik.com untuk anda yang berminat dengan Langsir.    Jika ada yang berminat, silalah, jangan lupa berkunjung ke hijab-batik.com.

Di bawah ini adalah produk-produk yang terbaru.

Boxpleat

Pelmet

Read the rest of this entry »

Kentang Putar

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan selamat berangkat kepada anda yang akan berkunjung ke rumah Allah.  Semoga membawa kejayaan yang tiada tandingan di dunia ini iaitu Haji Mabrur. Semoga kunjungan ke Raudah dan Kaabah akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Oleh kerana kebanyakan jemaah haji dah mula sibuk sekarang ni.  Kita yang tak pergi ni pun sibuk juga.  Sibuk untuk persiapan hari raya haji pula.  Taklah sesibuk masa raya puasa.  Tapi rasanya eloklah kita sibuk-sibukkan diri untuk mengira budget, berapa bahagian boleh kita berkorban untuk tahun ini.  Bukan setakat duit je tapi hati dan perasaan juga patut kita fikirkan.

Bolehkah kita berkorbon hati dan perasaan kita? Bolehkah kita lebih pentingkan orang lain pada diri sendiri?  Hanya iman yang boleh menjawab semuanya.

Read the rest of this entry »

Roti Canai Goreng.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Pergi order dengan orang lain”.   Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mamak/bangla(Tak pasti…), selepas En. Juli membuat order.   Suami saya merasa hairan.

En. Juli, kawan kepada suami saya menceritakan pengalamannya, semasa dalam perjalanan balik dari sebuah restoran yang selalu di kunjunginya untuk bersarapan pagi.   Suami saya dan En. Juli ni, memang ngam, selalu minum bersama dan tolong menolong di dalam melakukan kerja yang di tugaskan, di Hospital Besar Seremban.

Read the rest of this entry »

Pusaka ke Neraka

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Mak, kenapa tak sama banyak je mak?.  Kenapa Ila lebih, saya dapat sikit? Lebihnya bukan sikit-sikit.  Kalau setakat setengah ekar ke 1 ekar ke boleh juga saya terima.  Ini lebih dari separuh.  Dahlah macam tu, duit pun dia lebih juga”.  Tijah membantah.

“Alah…h Jah, adik kau tu kan nak berniaga.  Dia ada masalah sikit dengan perniagaannya.  Jadi boleh juga dia cagarkan tanah peninggalan ayah tu untuk perniagaannya.  Anaknya pulak ramai yang masih bersekolah, yang belajar lagi.  Dia perlukan banyak duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya”.

“Anak-anak Jahkan semuanya dah lepas.  Dah tak ada tangunggan lagi.  Dah tak pening kepala nak cari duit untuk perbelanjaan anak-anak.  Cuma untuk belanja diri sendiri je”.  Maknya menyangah.

Salim anak yang tua pula meluah, “Mak…, patutnya anak lelaki yang lebih kalau ikutkan.  Islam pun kata macam tu.  Cuba mak tanya Ustaz Shofi, macammana cara yang baik dan betul untuk bahagi-bahagikan harta-harta ni”.

Maknya terus membantah,”Ikut ajelah apa yang mak kata.  Engkau orang apa tau.  Duduk dahlah jauh-jauh belaka.  Adik kau je yang dekat dengan kampung ni.  Dia yang selalu menjenguk dan menguruskan tanah-tanah peninggalan ayah kau tu.  Dia juga yang selalu datang dan ziarah mak, sediakan makan minum mak”.

Adik mereka yang kecil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju,   Terus tersenyum-senyum malu, “Ialah bang, akak.  Betul kata mak tu.  Selama ni saya yang cari orang tolong bersihkan kebun tu, racunkan rumput, tebang pokok-pokok yang menyemakkan kebun tu.  Cari orang yang ingin torehkan getah tapi duitnya kita bagi sama banyak.  Sakit pening masa arwah ayah tu dulu saya yang uruskan, nak harapkan abang dan kakak jauh-jauh belaka.  Dah tu balik sekali-sekala aje”.  Mengiakan kata-kata ibunya.

“Ah…h! Kau memang macam tu,  membodek emak nombor satu.  Semuanya kau nak sapu”.  Kata kakaknya, Tijah.

Setelah puas bertegang urat.  Namun tiada muafakat.  Walaupun telah di beri taklimat, keputusan ibunya tetap muktamat.

“Tak pelah mak.  Kami pun tak tau nak cakap apa lagi.  Uruskanlah semuanya sendiri atau suruh anak menantu yang mak sayangi.  Kami ni tak reti.  Kita lihatlah apa yang jadi nanti”.  Kata Zul, abang keduanya mengalah.

Entah berapa kali mereka berbincang dan mengata dari belakang.  Itulah keputusannya, itulah juga kata-kata maknya.  Sudah tidak boleh di ubah-ubah lagi.  Terlalu susah untuk menyedarkan dan mengingatkan emaknya.  Entah apa ubat, entah apa ayat yang diberikan oleh Ila, membuatkan emak mereka terikat dengan katanya yang bulat.  Keputusannya sudah muktamat.

Akhirnya mereka bersepakat, terus tanamkan tekad untuk tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku walaupun masa telah lama berlalu mereka tetap seperti itu.

Di tepi Jendela

Nenek tua itu duduk di tepi jendela.  Menyelek-nyelak tabir usang yang tidak berganti malah tidak di basuh entah berapa tahun lamanya.

Tabir itu sepatutnya menyerikan suasana di rumahnya tetapi telah menyemakkan mata yang memandangnya serta memburukkan lagi  suasana di dalamnya. Mana tidaknya, rupanya yang kusam, lebam, balam, menambahkan serta memburukkan lagi suasana suram, muram dan guram.  Berhabuk, berbintik-bintik hitam, bertahi lalat malah telah tercarik bagaikan di cakar sang kucing liar.

Sebenarnya bukan kucing yang mencakar, bukan jari-jemari nenek tua itu yang mencakar-cakar tabir itu, tetapi cakaran waktu, cakaran masa dan cakaran hari-hari yang telah bersilih ganti yang datang dan pergi.  Cakaran-cakaran serta carikan-carikan yang membuktikan telah bertahun ia setia di sisi jendela itu.  Seusia cakaran dan carikan yang ada di hati nenek tua itu.

Hujan panas, siang malam malah ribut taufan yang silih berganti akan terus mengoyakkan tabir itu, akan berterbanganlah carikan tabir lalu jatuh ke lantai serta mereputlah di situ, tiada siapa yang mahu tahu.

Tiada siapa yang ambil tahu, tiada siapa yang ingin membantu.  Namun nenek itu terus menunggu.

Tabir itu sepatutnya boleh melindungi cahaya yang panas terik, telah boleh menerobos ke dalam rumah. Tabir itu boleh menapis serta menghalang habuk dan debu-debu kotor dari memasuki rumah itu tetapi ia telah boleh menyusup masuk di celah-celah belahan carikan-carikannya.  Hujan panas yang kebiasaannya tidak lebat tetapi memudaratkan itu juga mampu masuk ke dalam rumah itu.  Apatah lagi hujan lebat, hujan batu juga ribut taufan sudah pastilah meluru masuk ke rumah usang itu.

Usang.

Usang, seusang penghuninya. Senada sahaja apa yang ada di dalam.

Nenek tua itu masih di situ, masih lagi menyelak-nyelak tabir usang itu, mengintai-intai di luar jendela itu.  Mengharapkan sapaan salam dari tetamu.  Namun tiada siapa yang datang menyapa.  Yang kedengaran hanyalah sapaan ayam itik di lamannya, serta kucing yang menjadi teman lamanya.

Nenek tua itu masih di situ, di jendela itu. Mengharapkan sapaan dari anak menantu serta cucu yang di rindu. Padahal suatu ketika dulu, rumah ini sentiasa ceria, sentiasa bercahaya dengan gelak tawa, dengan gurau senda ahli keluarganya. Tapi sayang semuanya telah tiada, hanya kenangan yang terus bertakhta di hati nenek tua.

Syawal telah pun berakhir.  Tiada siapa yang sudi datang ke rumah usang itu.  Tiada Mercedess bermata bundar yang mau mengegar laman usang itu. Tiada Alphart yang mau merapat ke laman usang itu.  Tiada kereta lama yang terbatuk-batuk enjinnya yang menjenguk ke laman usang itu.  Malah basikal pun tidak mahu lalu di situ. Tiada siapa yang ingin singah untuk menjengah nenek tua itu.

Kasihan dia, mengapa begitu jadinya.

Dia masih di situ.  Membayangkan kenangan dulu.   Bayangan yang masih terbentang di ingatannya, yang masih terang benderang menyuluh hidupnya.  Dia rindukan hilai-tawa, jerit-pekit, senda-gurau juga tanggis-mengada serta rajuk-hiba cucu-cucunya.  Melihat keletah dan telatah cucunya, hatinya menjadi bahagia.  Dia merasakan hidupnya cukup bermakna lagi penuh sempurna ketika itu.

Tapi sekarang kasihan dia, mengapa begitu jadinya.

Nenek tua itu masih di situ, masih di jendela itu,  Meniti hari-harinya tuanya yang tak menentu.  Menanti dan terus menanti mengharapkan anak-anaknya kembali.  Tapi apakan daya, syawal pun sudah meninggalkan kita.  Harapan sudah pudar jadinya dan rasa kecewa pula yang bertakhta.

Nenek tua itu masih di situ, menunggu dan terus menunggu, di jendela yang kaku,  menanti kehadiran anak menantu serta cucu.  Apakah masih ada waktu untuk mereka bertemu, untuk melepaskan rindu, untuk bercerita dan mengadu, untuk berbaik tanpa cemburu, sebelum senja berlalu, sebelum malam membisu, sebelum badan sejuk kaku,  hanya Allah sahaja yang tahu.

Apakah hati mereka sudah beku?  Tidak adakah rasa sayu? Tidak adakah rasa terharu?  Tidak adakah rasa malu?  Membiarkan ibunya begitu.  Ibunya menanggis tersedu-sedu.

Kenangan lalu

Dia terkenangkan anaknya Kamal.  Anak pertamanya yang tinggal di Kuala Perlis.  Sudah lama dia tidak balik ke kampung halamannya.  Jauh adalah alasan utamanya.  Masalah kewangan juga antara puncanya.  Walaubagaimanapun setahun sekali akan pulang juga ke kampung Sentosa, kampung halamannya.  Tetapi semenjak ibunya membahagikan harta pusaka keadaan sudah berubah.  Dia sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak balik ke kampungnya.  Sebenarnya hatinya telah terluka.

Anak ke duanya pula, walaupun berada di Kuala Lumpur, masih tidak boleh balik ke kampung, katanya, “Kerjanya tak menentu, waktu cuti pun bertugas juga”.  Itulah jawapannya bila sesekali emaknya menelefon.

“Budak-budak ni pun sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen.  Hari cuti pun ada kelas, jadi susah sikitlah nak balik ke kampung”.  Sambungnya lagi.

Manakala anak ketiganya, Tijah pula sudah berubah, katanya, “Abang Din sibuk sejak kebelakangan ini mak, selalu outstation jadi Tijah ikut ke mana abang pergi”.  Itulah antara jawapan yang biasa di beri bila emaknya berada di talian talefon.  Sebelum ini dia jarang mengikut suaminya.  Sejak anaknya besar dia selalu mengikut suaminya.  Sebenarnya hatinya tersinggung dengan sikap ibunya yang melebihkan adiknya.

“Ilakan ada, diakan anak kesayangan mak.  Diakan dekat dan selalu menjenguk mak” Terkedu dan terbisu nenek itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut celupar anaknya.  Bagaikan “memulangkan paku buah keras” pada ibunya.

Mereka memberikan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa ibunya.  Mereka marah pada ibunya.  Mereka cemburu dengan adiknya.  Mereka sudah lama tidak bertanya khabar tentang adiknya, juga ibunya.  Biarlah begitu, mereka tidak mahu bertemu dengan adiknya.  Mereka sudah tidak mau melihat muka adiknya.

Manakala anak kesayangan nenek itu, anaknya yang bongsu yang tinggal di bandar berhampiran kampungnya.  Suatu ketika dulu memang selalu menjenguk nenek itu.  Makan minumnya sentiasa terjaga.  Bajunya sentiasa di basuh dan di lipatnya.  Rumahnya selalu di kemaskan, di sapu lantainya, di tukar langsirnya, di potong rumput halaman rumahnya.

Tapi…, semenjak dia mendapat dan membolot kebanyakan harta pusaka peninggalan ayahnya,  dia sudah jarang balik ke kampung, menjenguk ibunya walaupun dekat sahaja.

“Sibuk”  Perkataan yang selalu keluar dari mulut Ila pada emaknya.   Perniagaannya bertambah maju sekarang ini.  Nak di tinggalkan takut pula tak dapat projek atau kontrak.  Mana nak cari duit nak bayar rumah bonglo di atas bukit itu.  Macamana nak bayar hutang kereta yang lebih sejuta harganya.  Belum lagi di kira belanja yang lainnya, makan di hotel berbintang-bintang, melancung ke hujung dunia.

Bila bercuti, di gunakan untuk membawa anaknya ke luar negara.  Katanya “Inilah masa untuk bermesra dengan suami dan anak-anaknya”.  Untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

Tidak mengenang budi.

Begitulah lumrahnya manusia.  Tidak ingatkah dia akan ibunya yang mengorbankan harta bendanya, pusaka suaminya untuk anak yang di sayanginya?  Bila dah senang beginikah balasannya?  Sanggup membiarkan ibunya merempat di kampung halamannya.

Anak tidak mengenang budi.  Duit dah banyak, tapi biarkan ibunya sendiri.  Sakit peningnya sudah tidak di peduli.  Makan minumnya sendiri.  Tidurnya bertemankan mimpi ngeri.

Inikah balasan untuk dirinya.  Tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya.   Tidak berfikir apakah akibatnya.  Bertindak sesuka hati tanpa usul periksa.  Tidak bertanya pada yang arif tentang pusaka. Sepatutnya terlebih dahulu berdoa pada yang Esa, mohon petunjuk dan hidayahNya.  Apakan daya menyesal sudah tidak berguna.

Masih ada masakah untuk bersatu?
Nenek tua itu tidak banyak waktu
Malaikat Izrail sedang menunggu
Untuk mencabut nyawa nenek itu
Menghantarnya ke dunia baru.

Nenek tua itukan ibumu.
Usah di kenang kisah yang lalu
Yang terluka dan rasa cemburu.

Nenek tua itu tetap ibumu
Ibumu yang satu,
Walau apa pun yang berlaku
Walaupun marah, tak setuju
Janganlah di sisihnya begitu.

Nenek tua itu tetap ibumu
Yang lalu biarlah berlalu
Binalah hidup baru
Kerana Allah sentiasa melihatmu
Mencatit apa yang berlaku
Syurga atau Neraka adalah tempatmu
Pilihlah mana yang engkau mahu.

Berbaktilah untuk ibumu
Demi Syurga yang menunggu.

Tidak kah terbuka hati mereka untuk menghentikan segala sengketa? Tidak terfikirkah mereka tentang dosa dan pahala?  Tidak takutkah mereka akan Neraka?  Mereka semuanya ada salah dan silapnya di mana-mana.  Saling bermaaf-maafan, itulah yang terbaiknya.  Atau sanggupkah mereka membawa ‘Pusaka ke Neraka’?

Inilah  akibatnya terlalu memikirkan dunia.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan harta benda
Inilah akibatnya terlalu pentingkan diri sahaja
Sangup tidak bertegur sapa
Sangup tidak bertanya khabar berita.

*******************************************************************************

Firman Allah Ta’ala bermaksud :

“Berikanlah kepada kaum kerabat hak masing-masing”

(Al-Isra:  26)

Dan lagi

“Dan Kami perintahkan manusia supaya berbaik-baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya penuh derita dan melahirkannya penuh derita, kemudian menyusuinya selama tiga puluh bulan.”

(Al-Ahqaf: 16)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling tererat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemungkaran”.

*

*

*

*** cerita di atas tiada kaitan dengan sesiapa.  Hanya khayalan si penulis untuk cuba memberi ikhtibar pada semua juga pada diri penulisnya.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Saya Suka, Allah Sukakah?

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Saya memang suka sesuatu yang cantik-cantik, bersih dan Berbeza dari Biasa.  Tapi tidak pula memperlekehkan perkara-perkara yang sebaliknya.  Tambah-tambah pula ia memanglah datangnya dari Allah seperti muka yang tidak cantik, cacat, miskin dan busuk/buruk.  Itu semuakan Qada’ dan qadar Allah, nanti seolah-olah kita menghina Allah pula.

Saya masih mampu makan kalau di hadapan saya ada najis atau ada bau-bauan yang kurang menyenangkan.  Tapi anak-anak dan suami  saya sebaliknya.  Mungkin suatu ketika dulu saya sudah biasa dengan keadaan itu.

Saya pernah membawa anak-anak saya ke kebun getah dan sampai sahaja di kebun anak saya yang pertama terjeluik menghidu bau-bauan getah sekerap tapi anak ke dua saya masih boleh bertahan walaupun hakikatnya di mata saya, dia adalah yang sangat menjaga “kemacorannya”.

Saya katakan pada mereka “Inilah bau duit”.   Setiap kali melalui kilang getah atau memotong/berselisih dengan lori getah, saya katakan pada mereka “jangan kata busuk, itulah bau duit.  Itulah yang membesarkan ibu dahulu”.

Anak pertama saya memang tak boleh pergi ke pasar sebab di pasar dia akan terjeluik beberapa kali.  Walaubagaimanapun abah mereka selalu mengajak mereka untuk menemaninya membeli keperluan dapur setiap minggu.   Akhirnya ia berkurangan sedikit demi sedikit.  Alhamdulillah.

Kini, anak-anak saya yang besar tak pernah kata busuk lagi.

Tapi.., dari kecil lagi saya mempunyai sifat suka sesuatu yang cantik, bersih dan menarik.  Tambah-tambah pula  saya tak pernah jumpa atau jarang jumpa.  Kalau nak ikutkan rumah ibubapa dulu, memang tak menarik dan cantik langsung maklumlah orang susah., tak de apa-apa pun. Tak de siapa yang nak datang dan menjenguk pun, tapi tak taulah, mungkin naluri wanita memang macam tu.  Walaupun tak cantik tapi saya tetap nak nampak cantik dan bersih.

Saya sanggup mengosok lantai rumah saya dengan sabun dan bilas dengan air bersih.  Saya sanggup menyangkul di sekeliling rumah jika rumput dan lalang telah meninggi.  Saya suka menanam bunga dan sayur-sayuran tapi abah saya kata “tangan saya panas, banyak yang tak menjadi”.  Saya suka menghias rumah walaupun tau tak de orang nak datang, samada sekarang ataupun dulu.

Namun demikian suka pada perkara-perkara seperti itu mendekatkan diri saya pada rasa riak, sombong dan berbangga-bangga dengan apa yang ada.  Sekarang pun saya memperniagakan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara itu.

Salahkah apa yang saya buat?

Memang berbagai pendapat yang saya dengar, cuma buat masa sekarang ini, saya mengikut pendapat yang membolehkan saya melakukannya?

Memang tidak dinafikan sifat-sifat itu dan rasa-rasa semacam itu ada pada diri saya.  Itulah antara kelemahan dan kekurungan yang banyak ada pada diri saya yang cuba saya perbaikki dari semasa ke semasa.  Semoga sebelum mata saya tertutup ia akan hilang dan berubah.

Jika anda melihat gambar di bawah ini, inilah yang ada pada diri saya. Ikutlah apa yang anda rasa dan itulah saya.

Saya memang suka suatu yang cantik dan menarik yang tidak bertentangan dengan Islam.

Bunga Orkid Harimau kat rumah jiran(Kak Som), walaupun saya yang bagi anak bunga ni, tapi Kak Som punya dah berbunga manakala yang kat rumah saya masih belum berbunga lagi.  Jelous juga sebab macam lawan toke je.

Orkid kat rumah saya.  Cantikkan?  Lihatlah ia sebagai kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t.

Misai Kucing, dulu pokoknya besar tapi sekarang ni dah di cantas.

Pokok kunyit dan halia antara yang ada kat laman saya yang sedepa je tu.  Manakala gambar sebelah yang masih dalam periuk berlubang/bocor tu, daun kuchai yang mak saya bagi dan dah di alih ke pasu lain separuh lagi.  Lihatlah pasu-pasu kosong yang cuba untuk di tanam sayur beberapa kali tapi tak tumbuh-tumbuh.  Memang betullah kata abah saya.

Pokok pandan yang di tanam berhampiran kolam yang saya dan suami saya buat sendiri masa mula-mula pindah dulu.

Ini pinggan untuk letak buah-buahan yang saya gunakan untuk letakkan ikan, batu dan bunga yang saya ambil kat luar rumah.  Kalau sebelum ni saya memang suka letak bunga hidup dalam rumah tapi tahun ni tak de bunga hidup tapi ganti dengan yang seumpamanya.

Yang ni pulak, balang kuih tahun lepas yang tak di gunakan, saya letakkan ikan juga.

Kraft Batik Canting.  Saja nak promote.

Set Nasi dagang yang di bawa oleh suami ke tempat kerja sempena jamuan Hari Raya tahun ini.  Saya juga suka memasak.

Gambar budak kecil kat atas tu, cucu-cucu saudara.  Dah jadi nenek pun..

Ahmadinejad

Syahid – Sheikh Ahmad Yassin yang mati dalam senyum.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat(TGNA).

Gambar-gambar di atas ialah orang-orang yang amat saya suka dan kagumi keperibadiannya.

Sabda Rasullullah s.a.w bermaksud :-

“Berbahagialah orang yang merendah diri bukan kerana kemiskinan, juga orang yang membelanjakan harta yang di kumpulnya bukan pada jalan maksiat.  Begitu juga orang yang suka menaruh belas kasihan terhadap si hina dan si miskin atau bercampur gaul dengan para ahli ilmu dan hikmat”.

**************************

“Barangsiapa merendah diri kerana Allah, niscaya akan ditinggikan oleh Allah darjatnya.  Barangsiap menyombong diri pula niscaya akan di jatuhkan oleh Allah kedudukannya.  Barangsiapa berekonomi niscaya akan dimewahkan oleh Allah hidupnya.  Barangsiapa boros, niscaya akan dimiskinkan Allah keadaannya.  Dan barangsiapa memperbanyak ingatan kepada Allah, niscaya ia akan dicintai oleh Allah.”

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Karamel Berhias Tamar Berbeluluk.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Minggu lepas saya menerima tetamu dari kaum keluarga sendiri.  Keluarga adik-adik, emak dan abah saya datang ke rumah untuk meraikan Hari Raya dengan menziarah kami sekeluarga pula.  Riuh rendahlah untuk seketika di rumah kami.

Kalau dia orang tak datang pun riuh rendah juga tapi kali ni lebih lagi sampai nak bercakap pun terjerit-jerit dek kerana berlawan dengan suara anak-anak saudara yang terlalu bising dan aktif.  Walaubagaimanapun rasa seronak, tapi sayang saya terlupa dan tak sempat nak ambil gambar cuma sempat ambil gambar anak buah yang paling awal datang dan mak saya, yang mana tak bagi ambil gambarnya kerana pakai ‘serekop’ aje.

Gambar emak dan anak buah.  Tengoklah tu…, emaknya letakkan pemerah bibir jadi tak boleh nak tutup mulutnya sebab takut pemerah bibirnya hilang.

Tahun ni saya masak set nasi dagang bersama ‘rendang ayam berpegaga’ dan 2 jenis pencuci mulut iaitu karemel special dan kek coklat bersalut badam.  Saya cuba mengikut sunah nabi iaitu makan manisan dulu sebelum makan yang berat-berat walaupun ia dinamakan pencuci mulut yang kebiasannya di makan selepas makan yang berat-berat.

Sempatlah juga saya mengambil gambarnya kerana pada masa tu mereka belum datang lagi.  Tapi bila pencuci mulut dah di letakkan ke tepi dan hidangan yang berat-berat mengambil alih, terlupa pula saya nak ambil gambarnya. Kerana belum sempat siapkan semua hidangan di atas meja, dah ada yang mencapai terutamanya keropak ikan.  Dah habis satu bekas walaupun yang lainnya belum siap di letakkan di atas meja.  Anak-anak kecil macam tulah, tambahan pula dia orang biasa makan yang berat-berat dulu baru makan yang ringan-ringan.  Saya pulak buat terbalik.

Manisan yang di berikan sebelum makan yang berat-berat.

Bukan senang nak memberi kesedaran, apatah lagi teguran pada orang lain.  Dengan anak-anak sendiripun tak menjadi inikan pula dengan orang lain yang lebih jauh hubungan kekeluargaan.  Kadang-kadang dengan kata-kata tidak menjadi jadi kita kena tunjukkan caranya atau berikan contoh dengan kita sendiri mesti melakukannya terlebih dahulu.

Oklah setakat ini dahlulu coletah saya.  Di bawah ni resepi karemel special dari saya.

Karamel Berhias Tamar Berbeluluk

Bahan-bahannya:

5 biji telur
½ cawan gula pasir.
1 tin susu cair
Secubit garam.
1 cawan Gula merah/enau/kabung/melaka(pilihlah salah satu dan di cairkan).

Kukusan.

Tamar/kurma
Halwa beluluk.
Atau
buah-buahan tin.

Caranya:

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.  Kalau rasa nak kurang manis kenalah kurangkan gulanya.  Saya lebih suka kurangkan manisnya setakat manis-manis buah je atau lebih tawar lagi, sebab gula merah tu pun dah manis.  Kebiasaannya menggunakan 1 cawan gula pasir.
  2. Masukkan susu cair dan pukul sekali lagi.
  3. Sementara tu sediakan kukusan bersama airnya dan panaskan.
  4. Letakkan gula merah yang telah di cairkan ke dalam Loyang.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah di pukul ke dalam Loyang yang sama.
  6. Kukuslah sehingga ½ jam atau 45 minit.
  7. Setelah selesai angkat dan biarkan sejuk.
  8. Keluarkan dan hiaslah di sekelilingnya dengan buahan di atas(ambil buahnya sahaja).
  9. Siap.

*

*

*

  • Tahukah anda apa itu beluluk?
  • Ia adalah buah enau/kabung(niranya di buat gula enau/kabung) yang telah di rebus dan di buat halwa.  Di sini ia banyak di jual terutamanya di musim perayaan begini, di sepanjang perjalanan Kuala Pilah ke Seremban.  Ada yang di jual telahpun menjadi halwa, ada juga yang masih mentah.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Penangan Hari Raya

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Hari raya ni menjadikan aktiviti saya lebih sibuk, samada menerima tetamu atau menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga.  Blog ni pun dah lama tak di update.

Tahun ni saya nak cuba lari dari kesibukkan.  Dah pasang niat di awal tahun lagi.  Tak nak banyak menjahit di bulan puasa, tak nak banyak memasak di hari raya. Dan bermacam-macam tak nak lagi.  Memang menjahit tu tak banyak dan memasak tu pun tak banyak.  Tapi.. walaupun 1 tempahan je yang tinggal masa bulan puasa, dibawa sampai ke lepas raya.  Kawan punya pasal kenalah ikutkan je, terpaksa buat.  Dia minta tolong buatkan langsir untuk tingkap dapur walaupun pada mulanya tak payalah katanya.  Nampaknya masih tak boleh lari dari kesibukkan lagi.  Jadi beginilah jadinya..

Dalam perjalanan beraya ke KL, sempat juga menjahit langsir kawan yang masih tak siap lagi.  Masa itu emaskan?

Kawan-kawan anak-anak yang besar(yang 2 orang tu) pun tak de yang datang.  Mungkin sebab tunggu kami buat open house untuk dia orang.  Cuma ada 3 orang je anak dara yang datang, iaitu kawan kepada anak kedua saya yang terkenal dengan ayat-ayat cintanya.

Saya katakana pada anak-anak, kalau kawan-kawan nak datang, datanglah.  Tapi tak de masak-masak.  Makan apa yang ada je.  Nampaknya tak de sorang pun yang datang.

Mak Mertua

Tahun ni mak mertua datang ke rumah saya lama sikit dari tahun sebelumnya.  5 hari dia berada di rumah kami.  Saya yang ajak dia datang.  Sebab kesihan melihat dia menanggis di hari raya yang ke dua kerana semua anak-anaknya dah balik ke rumah masing-masing. Ada juga yang masih belum balik lagi.

Dia kata “Selama ni pun tinggal sorang yo, tapi ni royo, habih semuonya balik”.   Sambil mengesatkan air matanya.  Saya ni memang tak boleh tengok orang menanggis jadi rasa nak menanggis juga.

Saya katakan padanya “tunggulah dulu kat rumah ni, besok semuanya dah balik baru datang rumah kami”.   Kami pun terpaksa balik awal sebab suami kerja pada malam raya ke dua.

Selepas menziarah mak dan abah saya, kami terus balik ke rumah.

Pada hari raya ke 4, mak mertua datang ke rumah kami bersama kakak ipar.  Mak mertua kami memang tak pernah datang lama, paling lama 2 malam.  Tapi kali ni dia boleh tahan sampai 4 malam.  Nak tau apa dia buat kat rumah kami?  Sila tengok gambar di bawah ni…

Mak mentua tengah baca buku Faisal Tehrani(Maaf dari surga). Kebiasaannya di siang hari dia akan tertidur di atas kerusi tempat dia duduk tapi kali ni dia asyik membaca buka sampai tak tidurpun sebelah siangnya. Buku Sirah dan Dosa-dosa besar antara buku yang di bacanya.  Saya memang respect pada mak mentua saya sebab dia memang rajin membaca walaupun hanya orang kampung je dan umur pun dah 84 tahun.  Tu sebab anak-anak cucunya kebanyakan ulat-ulat buku kecuali anak saya tak ikut macam dia pulak.

Di samping tu untuk menghilangkan rasa jemunya kami ajak dia beraya di rumah kakak dan abang ipar serta cucunya di KL, P. Dickson dan sekitar Seremban.  Alhamdulillah seronok dia nampaknya dan tak de tanda-tanda nak demam dan sakit-sakit.  Takut juga sebab kakak ipar kat kampung tak bagi dia pergi jalan-jalan, nanti katanya “Bilo balik yo domam, batuk, sakit sini, sakit sana”.  Ya lah bila jadi macam tu yang susahnya kakak yang kat kampunglah.

Tapi rasanya batuk-batuknya dah kurang sebab saya berikan madu di campur limau untuk menghilangkan batuk-batuknya.  Berkesan dan sesuai untuknya.  Alhamdulillah.

Design terbaru.

Gambar di bawah ni bukannya apa.., saje nak tunjukkan tudung yang saya buat/design sendiri dari batik sutera yang bakal saya perniagakan tahun hadapan.  Hanya menggunakan kain berbidang 45″ boleh menghasilkan tudung bulat yang labuh.  Nak tau caranya?  Sila baca dekat halaman ebook percuma.  kalau nak download pun boleh.  InsyaAllah kalau tak ada aral melintang terutamanya bajetnya samada cukup atau tidak?  Jadi saya pakailah dulu.  Nanti kalau ada yang berkenan saya buat yang lain pulak.  Cadangan saya untuk tahun hadapan, jual secara online untuk tudung batik sutera dan telekung batik dari kain cottan. Cuma, budjetnya tak cukup lagi.

Inilah cara saya berpakaian bila keluar.  Cuma bezanya kali ni saya pakai tudung batik.  Jubah memang kegemaran saya.  Kalau masa anak kecil ada butang di hadapan supaya senang untuk mennyusukan anak tapi sekarang tak perlu butang.  Saya buat atau suka beli yang macam baju anak patung je lurus sampai ke bawah.   Walaubagaimanapun baju kurung tetap tidak di lupakan.  Cuma lebih selesa begini.

Perlu menggunakan anak tudung yang di buat dari kain yang sama baru di sarungkan tudung labuh.  Bila ada masa nanti saya akan tunjukkan cara menghasilkan anak tudung yang keras di hadapannya(macam tudung yang popular sekarang ni..) Tapi saya mengasingkan tudung dengan anak tudungnya.

Inilah gambar pandangan dari sisi dan belakang.

Saya baru lepas buat kek coklat.  Mak dan abah saya akan datang esok(sabtu) manakala adik-beradik datang hari Ahad.  Jadi kenalah masak special sikit.

Anak saya memang suka makan lebihan bancuhan kek yang belum di masak.  Nasib baiklah belum pernah sakit perut lagi.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Ramadhan yang di kenang, Syawal tawa riang.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Salam Eidufitri saya ucapkan untuk pengunjung blog ini, dengan perasaan penuh kesyukuran kerana serba sedikit Ramadhan kali ini mentarbiah saya menjadi lebih baik dari sebelumnya, juga di sertai tawa riang untuk syawalnya pula.

Telah lima hari kita meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran.  Allah memberikan berbagai ganjaran untuk hambanya menjadi lebih baik dan lebih baik, jadi rasanya kita sebagai hambanya juga tidak salah jika ingin memberikan ganjaran seperti hadiah dan wang untuk anak-anak kita supaya mereka menjadi lebih baik.

Anak saya Abdul Sodiq telah berjaya berpuasa untuk tahun ini dan meninggalkan puasa/tidak berpuasa selama 3 hari.  Walaupun pada awalnya, ada masa-masanya dia ingin berbuka dek kerana melihat adiknya makan, walaupun hanya dengan kicap dan telur goreng sahaja.  Segala benda yang adiknya makan di siang harinya akan di suruh buat atau simpan untuknya masa berbukanya.  Tapi di akhir-akhir Ramadhannya dia seronok sambil mengatakan “sekejap je rasanya dah nak sampai 30 hari”.  Alhamdulillah.

Walaupun jika di risik-risik, “Ada tak Sodiq masuk air dalam mulut dan telan, semasa mandi”,  jawapannya “ada, Sodiq tak sengaja”.  Tak pelah walaupun sengaja.  Ini merupakan permulaan yang baik untuknya.

Sebelum ni pun anak saya Abdul Haziq pun begitu, dah sekolah rendah(darjah 3) masih melakukan perkara yang sama walaupun dia kata tak sengaja tapi saya tahu sebenarnya di sengajakan.  Tak pelah masih boleh di maafkan dan tak perlu di marah kerana dia orang masih belum baligh lagi.

Tahniah anakku Abdul Sodiq.

Dia merupakan anak saya yang paling banyak berpuasa dalam usia 6 tahun.  Sebelum ini  abangnya, dalam usia yang sama paling banyak puasa 2 atau 3 hari sahaja.  Malah anak saya Abdul Haziq baru 2 tahun kebelakangan ini penuh puasanya.

Abahnya menghadiahkan ‘kereta mainan control’ yang di idam-idamkan, untuk anak saya Abdul Sodiq.  Seronok betul dia.  Beli kat pasar malam je…  Jadila…h.  Di berikan padanya pada hari terakhir puasa.

Oh ya, saya masih lagi berhutang 2/3 hari untuk gambar  terakhir Ramadhan yang baru berlalu,  untuk 2/3 hari tersebut sebelah malamnya hari hujan.  Memang saya tak berjumpa langit yang membiru seperti yang pernah saya lihat suatu ketika dulu, kali ini.  Itulah sekali saya dapat melihat langit yang biru, mungkin di tanah Arab/Mekah bolehlah kita lihat langit macam tu.   Walaubagaimanapun itu cuma salah satu tandanya kemungkinan LailatulQadar.  Banyak lagi tanda-tanda lain.  Malam tersebut tetap datang seperti yang telah Allah janjikan, tapi ia menjadi rahsia Allah dan orang yang merasai dan menikmati malam tersebut.  Semoga kita di beri peluang oleh Allah berjumpa Ramadhan yang akan datang dan masih terus ingin memburu malam yang cemburu dan ingin kita cumbu itu.

Hari Raya tahun ini mencatatkan sejarah dalam diari keluarga kami.  Mana tidaknya, dahlah malam raya suami saya kena ‘standby’ untuk H1N1, tak dapat balik awal seperti yang di rancangkan.  Lepas tu, sebelah paginya selepas solat Aidulfitri kami berangkat untuk balik kekampung dan di pertengahan jalan kami terpaksa berpatah balik, kerana suami di panggil bekerja untuk membuat test untuk doctor yang tercucuk jarum ke tangannya sendiri selepas mengambil darah dari pesakit HIV positif. Ujian yang mesti di buat segera untuk tindakan selanjutnya.  Saya tak kisah sangat balik lambat cuma anak-anak yang kecil ni tak sabar-sabar nak balik kampung kerana dapat jumpa ramai orang terutama sepupu mereka yang sebaya dengan mereka.  Lagipun kami dah biasa balik di pagi raya.  Dekat je, tak sampai satu jam dah sampai kampung.

Habis satu bab.

Ikut jangkaan sekejap je suami saya kena pergi kerja, tapi lambat juga selesainya.  Selepas Solat Asar kami bergerak dari rumah, tapi masuk je jalan Bukit Putus(jalan yang macam ular tuu..) jem pulak. Dekat pukul 7 baru sampai rumah mak mentua.  Agaknya nak menguji kesabaran.  Maklumlah Ramadhan baru selesai. Tarbiah di bulan Ramadhan melekat juga di hati, sebab tak de rasa nak marah.  Alhamdulillah.

Sempat juga kami sekeluarga bergambar bersama di rumah sendiri.  Tengoklah jika sudi.

Gambar anak-anak dan suami.  Tahun ni anak yang besar(2 orang tu) tak beli baju melayu. Guna baju melayu tahun lepas je.

Kebiasaanya saya gunakan tudung bulat/labuh kain kosong(samada raya atau tak), tapi kali ni sengaja saya gunakan tudung batik, nak perkenalkan tudung yang bakal saya keluarkan tahun hadapan(insyaallah).  Ia juga boleh di buat tudung bulat labuh tapi gambarnya belum sempat di ambil lagi.  Nantilah, posting saya yang akan datang saya akan masukkan.  Cara menggunakan tudung atau membuat tudung tu bolehlah anda download ebook percuma yang saya sediakan di ruang/halaman ebook percuma.

Siti Aisyah bersama kakak sepupunya di rumah mak mertua.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Sentuhan Terakhir.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Menanti sudah, mencari dan memburu pun sudah hampir ke penghujungnya tapi masih ada peluang lagi untuk mendapatkan dan mengharapkan malam yang di tunggu-tunggu oleh insan-insan pencinta Allah dan Islam, insan-insani yang inginkan kehidupan yang baik di alam satu lagi.  Mencari dan memburu masih boleh di teruskan namun sentuhan-sentuhan terakhir itu lebih bermakna.  Sentuhan terakhir yang membolehkan kita memperbaiki amalan kita untuk malam seterusnya.

Sentuhan terakhir itu untuk mencantikkan, mengemaskan dan memperbaiki apa yang di rasakan kurang.  Cuba renung-renungkan apa yang kita buat itu sudah cukupkah untuk kita mendapatkan ‘klimak seribu bulan?. Tidak mungkin kita boleh hidup selama itu denga sentiasa mendapat kebaikkan dan ganjaran dari Allah tapi lihatlah bertapa Allah sayangkan kita hamba-hambanya dan sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita meraihnya.  Namun kebanyakkan dari kita tidak menghargainya malah tidak merasai apa-apa pun untuk itu.  Ganjarannya sehebat seribu bulan.  Dengan datangnya saat dan detik itu untuk mereka yang mendapatnya, seolah-olah kita baru di lahirkan, suci dan bersih yang mana menghapuskan segala-gala dosa kita.

Orang-orang yang menjumpai malam ini adalah orang-orang yang terpilih.  Terpilih kerana kehebatannya dalam keikhlasannya terhadap Ar Rahmannya.  Hanya orang tertentu sahaja mendapat saat itu.

Namun demikian bagi yang tidak mendapat detik itu bukanlah bermakna ia tidak mendapat ganjaran yang hebat dari Allah.  Kan kita semua tahu Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.  Selagi kita beramal dengan sentiasa mengingati Allah serta memohon keampunannya, dari Maghrib hingga terbit fajar di malam yang di nanti-nantikan itu,  pasti ada ganjarannya.

Kita semua pasti mendapat malam itu jika kita antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan berdoa selepas solat.  Kita tentu mengerjakan solat Maghrib dan Isyak sekurang-kurangnya.  Jadi kebanyakan dari kita pasti mendapat malam itu.

Tetapi yang lebih hebatnya kita mendapat detik itu dan merasainya kehebatan detik itu.  Malah dapat menzahirkan apa yang ada di kepala dan fikiran kita ketika detik itu.  Subhanalla…h.

Malam ini merupakan malam ke 27 Ramadhan.  Malam yang pernah disebutkan malam yang kemungkinan besar  akan terjadinya dan datangnya Lailatul Qadar.  Semoga kita semua dapat merasai saat dan detik itu.  Ameen.

Salah satu cara untuk kita memburu dan mencari malam LailatulQadar ialah dengan melihat langit di malamnya dan paginya(selepas subuh).

Malamnya adalah nyaman dan tenang manakala lepas subuh langitnya terang dan cerah(tiada awan) membiru.  Itulah yang saya dengar dalam ceramah Ustazah Siti Bahiah.  Dan banyak lagi tanda-tandanya tapi itulah yang paling senang dan melekat di hati saya.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah di khabarkan oleh seorang teman saya, “bahawa malam tadi(malam 27) adalah malam LailatulQadar” kerana sebelah paginya tiada satu tompok awanpun yang ada di langit.  Langitnya cantik dan membiru.   Manakala lepas subuhnya terang dan nyaman, tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung.  Saya terus melihat langit, memang ada benarnya sebab waktu itu, dalam pukul 9.45a.m hanya ada satu tompokkan kecil awan sahaja di langit.

Sejak dari itu setiap kali bulan Ramadhan saya sentiasa melihat ke langit samada malam, pagi maupun selepas subuh demi mencari kebenaran dan keagungan Ilahi.

Di bawah ini adalah hari-hari terakhir malam dan pagi Ramadhan tahun ini, yang sempat saya ambil gambarnya.  Setakat ini saya belum berjumpa lagi langit yang membiru.  Tapi sayangnya, malam ke 21 dan ke 22 saya tak terfikir nak ambil gambarnya.  Hanya selepas itu baru terfikir untuk menyimpan gambar dan di letakkan di dalam blog ini.  Masih ada 2 atau 3 malam yang berbaki, itu akan saya masukkan selepas raya nanti. InsyaAllah, jika ada peluang dan ruang.

Ramadhan 23.

Malam Sabtu. Sebelum subuh(cuma ada bintang yang mengamit malam)

Pagi Ahad.  Selepas subuh(lebih kurang 7.30a.m keatas).  Awannya bertompok-tompol di sana sini.

Ramadhan 24.

Pagi Isnin.  Lebih kurang sama macam hari Ahad.

Tak sempat ambil gambar(bateri kamera habis/kong) untuk sebelum subuh.  Tapi pada malam(dalam pukul 3.00 a.m ke atas), angin kencang(macam ribut)  dan hujan.

Ramadhan 25

Malam Isnin.  Sebelum subuh ada bulan yang membelah kegelapan malam ini.

Pagi Selasa.  Selepas subuh.  Walaupun ada sedikit kebiruan tapi awannya boleh di katakan meliputi keseluruhan langit(memutih).

Ramadhan 26

Malam Selasa sebelum subuh.  Gelap tapi di temani oleh bintang-bintang berkerlipan.

Pagi Rabu selepas subuh(begitulah juga awannya).

SEMOGA KITA SENTIASA DAN MASIH MENGINGATI, MENGINTAI, MENGHARGAI, MENCARI DAN MEMBURU MALAM ITU SAMBIL TERUS MEMBERIKAN SENTUHAN TERAKHIR YANG TERBAIK.  SEMOGA KITA SEMUA MENJUMPAI DAN MENJADI PEMBURU CEKAP DAN TEPAT YANG MENDAPAT HASIL BURUANNYA.  SEMOGA KITA TERUS BERUSAHA MEMBERIKAN SENTUHAN TERAKHIR YANG HEBAT UNTUK MALAM YANG INGIN KITA TEMUI DAN YANG KITA CARI DAN BURUI SELAMA INI.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jus Tok Guru bermadu Kasturi.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Saya mengkagumi keperibadian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.  Seorang yang hebat ilmu agamanya, tinggi pangkat dunianya tapi amat tunduk pada Khalidnya.  Seorang menteri besar tetapi jika di lihat rumahnya seperti orang kampung biasa.

Inilah rumah, tempat tinggal Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang berada di belakang masjid tempat dia memberikan kuliahnya selepas subuh.  Rumah menteri besar hanya di gunakan untuk urusan rasmi sahaja.

Seorang menteri besar tapi berpewatakkan orang biasa.  Masih menolong mengangkat air untuk tetamunya dan masih menyapu sampah di laman rumahnya.  Carilah orang macam ni kat Malaysia ni, rasanya boleh kira dengan jari.  Berapa ramai menteri besar kat Malaysia ni malah di di dunia ni macam dia?.

Kalau nak tahu lebih lanjut, carilah dalam You tube(tak sempat nak linkkan sebab saya dah tengok tahun lepas) mengenai kehidupan hariannya.

Kalaulah saya berada di tempatnya, rasanya berbeza dengan apa yang tuan guru buat sekarang.  Sekurang-kurangnya, rumah mestilah rumah banglo yang di kelilingi oleh bibik-bibik yang sedia berkhidmat untuk saya.  Tu sebab Allah tak bagi kat saya macam tu, sebab belum hebat lagi lagaknya mengalahkan orang yang dah sedia hebat.

Saya tau Allah sayangkan saya.  Apa yang ada ini, itulah yang terbaik untuk saya.  Alhamdulillah.

Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, eloklah rasanya kita cuba bermuhasabahkan diri dan mencari-cari ikon yang boleh kita contohi dan teladani.  Kerana rasa kagum saya pada tuan guru Nik Aziz dan di tambah pula kat rumah saya ni ada Jus Tok Guru yang saya berikan pada anak-anak, jadi saya gunakan jus ni untuk buat minuman berkhasiat semasa berbuka puasa.

Tambahan pula sudah 2 hari saya tak masak kerana ingin menghabiskan lauk-lauk yang tak habis di dalam peti sejuk tu bagi mengelakkan pembaziran dan mengharapkan rezeki yang ada di berkati oleh Ilahi.  Kalau tak habis juga saya akan ‘ote’ lauk-lauk tu untuk di buat inti karipap ke, murtabak ke atau apa-apa je asalkan boleh di guna semula.  Itulah cara saya yang kadang-kadang tak sedap dan terpaksa di telan juga oleh anak-anak dan suami.

Sambal ikan, ikan kichap, sambal goreng dan sos nasi ayam serta kari daging yang berada di dalam peti sejuk di keluarkan semula untuk berbuka.  Hanya goreng ayam dan timun saja yang baru untuk hari itu.  Manakala hari keduanya hanya tambah telur dadar dan ikan masin.  Dua hari makan baru boleh habis.  Terpaksa lakukan macam ni demi mendidik anak-anak walaupun pada mulanya suami tidak berapa setuju.  Tapi setelah di beri penerangan dan di pujuk akhirnya dia mengalah.

Jadi saya sediakanlah jus ini untuk menambah dan memberi semangat untuk anak-anak.  Kami berbuka cuma tambah timun dan ayam goreng je.  Sementara airnya, air panas untuk suami dan Jus Tok Guru bermadu Kasturi yang sejuk untuk anak-anak yang memang suka minum air sejuk.  Saya tak amalkan menyimpan air sejuk di dalam peti sejuk tapi bila sesekali nak minum air sejuk baru saya buat.

Saya selalu berpesan pada anak-anak, orang-orang di Afrika tu mengutip makanan di celah-celah batu, tapi kita di sini senang-senang je nak buang.  Walaupun pesanan saya kadang-kadang tak mendatangkan apa-apa kesan dan mungkin di anggap bebelan tapi tetap saya teruskan juga harap-harap suatu hari nanti akan ada kesedaran di kalangan mereka.  Anak-anak saya yang kecil lebih mudah mengikut tapi anak-anak yang dah remaja ni kadang-kadang tu buat tak dengar je bila kita ingatkan.

Syukurlah atas nikmat Allah yang di berikan pada kita semua.  Tak ramai yang merasai makan seperti gambar di atas.

Walaupun satu kepantangan orang tua-tua makan lebihan anak-anak, tapi itulah yang saya buat. Sebab saya belum dengar lagi ustazah ke, ustaz ke kata tak boleh makan lebihan anak-anak.  Tambahan pula saya melihat sendiri ustazah Salbiah minum air lebihan anak saya(air yang di berikan kepada anak saya kemudian dia menyambung untuk menghabiskan minuman tersebut).  Mungkin juga sebab anak saya masa tu umur dalam satu tahun lebih, kecil lagi jadi tak pelah agaknya.

Juga mengharapkan anak-anak saya sedar dan insaf apa yang mereka tak suka dan yang tak sedap tu, ibunya sangup makan dan habiskan.  Mengutip dan menghabiskan lebihan makanan anak-anak.  Harap-harap keinsafan tu datang akhirnya.  Ameen.

Oklah di bawah ni cara menghasilkan Minuman yang saya panggil,

Jus Tok Guru bermadu Kasturi.

Bahannya:

3 –  5 sudu Jus Tok Guru
5 ulas kurma/tamar (di racik halus/di blend)
3 sudu madu
5 biji limau kasturi yang di ambil airnya.
Gula secukup rasa.
1 teko air

Cara menghasilkannya:

Senang je, Sediakan satu bekas air dan campurkan semua bahan di atas dan simpanlah dalam peti sejuk.  Hidangkanlah waktu berbuka puasa.

OK.  Cubalah.  Mudah dan cepat.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Dangau Mengimbau

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

11 Ramadhan.  Hujan lebat di luar sana.  Aku sedikit mengigil kesejukkan.  Baju yang ku pakai ini tidak dapat melegakan kesejukkan yang menyelimuti tubuhku.  Ku mencari-cari baju tebal yang boleh ku sarungkan ke badanku.  Puas juga ku menggeledah di almari, mencari-cari baju lamaku.  Akhirnya ku jumpa juga baju lama yang boleh membalut badanku yang kesejukkan ini.

“Emm…” sedikit lega.

“Elok lagi baju ini.  Sedap di pakai.  Suatu ketika dulu baju ini besar, tidak sesuai untuk badanku”.  Aku mengomel seorang diri.

Badan ku dah berisi sekarang.  Ramai orang mengatakan, samada lepas bersalin anak pertama atau anak ketiga ia akan naik sedikit dan susah untuk turun seperti sebelumnya.  Ataupun memasuki ambang 40an pun begitu.  Yang ku perasan selepas bersalin anak ke tiga badanku sudah mula berisi.

“Tak pelah.., asalkan tak de penyakit yang merbahaya”.  Hatiku berkata.

Namun begitu, kesihatan mesti terus di jaga untuk menyempurnakan lagi tugasanku sebagai hamba Allah di dunia ini.  Juga untuk suami dan anak-anakku.  Mereka perlukan aku untuk sentiasa membimbing, membetulkan dan mengingatkan apa-apa yang terlupa dan tercacat.  Manakala aku juga perlukan mereka untuk melengkapkan tugasanku di dunia ini.

Kesejukkan.

Tidak terpijak kakiku di lantai mamar rumahku, kerana kesejukkan.  Ku sarungkan stoking tebal  pula untuk kakiku.

Ku bersela di atas sofa di ruang tamu sambil melemparkan pandangan ke luar, memerhati hujan yang turun lebat.  Ku perhatikan hujan yang jatuh ke bumi lalu terpercik ke cermin pintu galangsarku.  Sudah tentulah ada kesan-kesan lumpur yang akan terpercik dan terpalit di cermin pintu ku nanti.  Dan sepatutnya perlu ku bersihkan kotoran itu.

Teringat pula akan peribahasa “Menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri”.  Tapi ini berbeza sedikit, bukan aku yang menepuk air di dulang tapi hujan rahmat dari Allah yang turun dan memercikkan ke cermin pintuku.  Jika aku berada di dalam hujan itu, sudah pastilah percikan lumpur itu terkena juga padaku.

Hujan itu kurniaan Allah, walaupun terkena percikan maupun banjir besar berlaku pasti ada rahmat dan hikmat di sebaliknya.  Walaupun hujan yang mengotorkan cermin tingkapku, walaupun hujan menyebabkan kain di jemuran ku tidak kering,  tidak sekali-kali aku menyalahkan hujan yang turun itu.  Kerana hujan yang turun itu membawa rahmat dari Allah.

Rahmat dan Nikmat

Alhamdulillah, demam ku ini juga merupakan rahmat dari Allah.  Sekurang-kurangnya menghapuskan sedikit dosa-dosa kecilku.  Tidak mau rasanya ku makan ubat.  Biarkanlah demam ini berlarutan.  Aku ingin merasai nikmatnya sakit, nikmatnya batuk-batuk kecil, nikmatnya hidung yang tersumbat.  Sudah lama tak ku rasai semuanya ini.  Di tambah pula di bulan yang mulia ini, pasti lebih besar nikmatnya kerana ia lebih menguji kesabaran dan kekuatan fizikalku.

Ini cuma demam biasa, selera makanku tetap seperti biasa, bila berbuka masih berselera.  Dua, tiga hari, baiklah rasanya.

Sedangkan Nabi Ayub deritanya sungguh lama, berkudis dan bernanah di merata badannya.  Membiarkan ulat-ulat memakan kudis dan nanahnya. Itulah yang ku dengar tentang kisahnya.  Selama 7 tahun, 7 bulan dan 7 hari berada di dalam kesakitan baru dia memohon dan merayu pada Allah supaya di sembuhkan penyakitnya.  Sungguh sabar Nabi Ayub.  Aku ingin mencubit sedikit kesabaran yang ada pada Nabi Ayub itu.

Namun.. mampukah aku?

Tapi sayang, aku terpaksa akur dengan paksaan suamiku untuk makan ubat.  Setelah berbuka, di hulurkan padaku air suam dan ubat untuk ku makan.  Terima kasih suamiku kerana mengambil berat tentang diriku.

Walaupun sakit aku tak mau duduk diam.  Aku ingin jadi seperti ustazahku, Ustazah Salbiah.  Sakit macamanapun dia tetap teruskan rutin hariannya.  Aku masih ingat akan kata-katanya

“Kalau demam di bawa baring, bertambahlah demamnya, kalau sakit kaki di bawa duduk je tak bergerak-gerak bertambahlah sakit kakinya” .

Memang banyak kata-kata dan ilmu yang di tebarkannya menjadi peganganku.  Kata-katanya yang pedas dan pedih menjadikan aku orang yang lebih tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini.

Dugaan dan cabaran

Ya, telah banyak dugaan dan cabaran yang ku lalui di sepanjang perjalanan hidupku ini.  Umur pun sudah memasuki era 40an.  Kehidupan mengajarku erti ketabahan, kesabaran dan keikhlasan.  Perjalanan hidupku sungguh bermakna buat diriku.  Alhamdulillah, dengan kurniaanmu ya Allah.

“Donggg…”  Astagfirullahhalazim.  Dentuman guruh menyedarkan aku dari lamunan untuk seketika.

Dentuman guruh itu mengingatkan aku akan bunyi senapang patah yang pernah di muntahkan oleh abahku semasa zaman kecilku.  Senapang patah yang entah dari mana datangnya, yang selalu di gunakan untuk berburu di hutan.  Samada kerana mencari binatang liar yang boleh di makan ataupun kerana itu mungkin hobby abahku.  Tapi yang pastinya kami sekeluarga akan dapat menikmati makanan yang enak jika abah membawa pulang hasil buruannya.  Seronak sungguh kami,  melihat saja kelibat abah, pasti kami berlari-lari mendapatkannya sambil membelek-belek apa yang di bawa balik.  Tapi selalunya.., kami rasa terkilan, kerana tiada apa-apa yang berhasil.

Aku juga pernah mengikut abahku, ke belukar berhampiran kampungku.  Melihat jerat landak, kalau-kalau ada yang mengena.  Jika tiada apa yang berhasil, emak memasak hasil tanamannya yang berada di sekeliling rumah ataupun tanaman liar di hutan seperti pucuk cemperai,  pucuk paku yang di kutip di tepi-tepi sungai atau apa sahaja yang di masak oleh makku yang kadang-kadang tak tau apa namanya.  Yang penting perut perlu di isi.

Sungai, paya, parit juga menjadi sumber makanan kami.  Dapatlah kami merasai keenakkan ikan sembilang dan haruan serta pelbagai lagi.  Jika kepulangan abahku dari memacing membawa hasil yang banyak dapatlah kami menikmati lebih seminggu rezeki kurniaan Allah itu.  Kalau tidak kami makan apa yang ada, kerana kami hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Untuk membeli di kedai, tidak mungkin.  Buku kecil, tiga lima(555) yang ada di dalam simpanan abahku pun sudah ada tiga buah.  Sudah penuh di tulis oleh pak cik Mat dan kedai Syarikat di kampungku.  Mereka sudah tidak boleh mengira angka-angka yang semakin membesar di dalam buku itu.  Angkanya sudah terlalu besar dan tidak mampu di kira oleh pak cik-pak cik itu.  Lagipun pak cik-pak cik tu tak sekolah tinggi.  Mereka hanya dapat mengira mengikut kemampuannya sahaja.

Tidak ada kedai lain lagi yang boleh abahku hulurkan buku tiga lima untuk di isi.

Ya!  Kehidupan kami susah ketika itu.   Tidak seperti anak-anakku sekarang ini.  Mereka boleh memilih apa yang hendak di makan.  Kalau tak sedap, tak nak makan ataupun tak habis di makannya.  Terlalu banyak berlaku pembaziran sekarang ini.  Aku tidak sangup melihat pembaziran tersebut, akulah yang menjadi mangsa.  Menghabiskan apa yang tidak habis.  Patutlah badanku naik.

Jika dulu suka atau tak, sedap atau tak sama saja.  Ia tetap habis di makan.  Pinggan tetap licin, tidak meninggalkan sebutir nasi pun, hingga menjilat apa sahaja yang ada di jari.  Kuah yang ada di pinggan di hirup hingga ke titisan terakhir.  Bagiku itu sudah menepati sunah Rasullullah walaupun ketika itu aku tak tahupun apa itu sunah.

Tapi… sekarang, bila menjilat jari di katakan “buruk makan” macam tak cukup lagaknya.  Begitu juga bila makan sehingga licin, tidak meninggalkan apa-apa pun. Itukan sunnah.  Bila mengambil makanan yang terjatuh, lalu di tiup untuk menghilangkan habuknya dan boleh di makan selepasnya, dikatakan pengotor pula.  Itu juga sunnah Rasullullah.  Sunah yang membawa kebaikan untuk umatnya kerana ia boleh mengurangkan sedikit ke egoan dan tinggi diri pada pengamalnya.

Aku mengamalkan sunah itu dan ku ajarkan kepada anak-anakku.  Bila anak kecilku berbuat demikian di hadapan orang lain, pandangan mereka, air muka mereka berubah.  Seolah-olah mengatakan sesuatu.  Ya Allah… terlalu cepat aku berburuk sangka dengan orang lain.  Ampunkan aku, Ya Allah.

Bagiku, pengalaman yang ku lalui itu sungguh mahal harganya.  Walaupun ku tahu ada yang lebih susah dari itu, namun tidak semua orang dapat merasai dan menikmatinya malah sanggup menghadapinya.  Aku hargai semuanya itu.  Terima kasih Allah.

Mengimbau kembali kisah laluku, di bulan puasa yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan.  Kami berbuka dengan nikmat yang Allah berikan.  Aku dengan lauk kegemaranku iaitu minyak lebihan goreng ikan masin yang sememangnya di simpan oleh makku untuk di jadikan lauk.  Hanya di gaulkan dengan nasi panas sudah enak untuk di makan. Manakala adik lelakiku, nasi panas, gula dan air masak, di gaulkan seolah-olah seperti bubur nasi.  Itulah antara makanan ruji kami.  Ialah, bukannya setiap kali abahku ke sungai akan mendapat hasil tangkapannya, bukannya selalu jerat yang di pasangnya mengena dan tembakannya pula bukan selalu mengena sasarannya.

Baru sekarang ku fahami dan ku rasai itu semua sebagai rasa nikmat.  Betapa nikmat pengalaman laluku menjadikan aku tunduk kepada Penciptaku.  Nikmat berterusan yang menjadikan dahiku sentiasa sujud kepadaMu, manakala tanganku sentiasa menadah mengharapkan pertolongan dan pemberian dariMU, Ya Allah.  Aku ingin terus mengimbau dangau itu kerana aku ingin terus sujud kepadaMu serta terus bermuhasabah diri, sehingga jasadku tersungkur rebah dan di telan bumiMU, ya Allah.

Ameen, ameen ya Robbal alameen.

———————————————————-

Firma Allah bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, niscaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan di kembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah s.w.t menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”

(Surah at-Taubah: ayat 105)

“Alif lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak di uji lagi?  Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut: ayat 1-3)

Hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t apabila mengasihi satu kaum, di cubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNYA.  Barangsiapa yang benci(marah) maka baginya kemurkaan Allah.

“Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat”.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Bunga langsir.

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, ingin saya berkongsi dengan anda cara menghasilkan gubahan bunga untuk langsir.  Ia sesuai di letakkan di kepala langsir(Valance) dari pelbagai paten.  Sesuai juga di letakkan pada pengikat langsir.

Lihat saje di kedai-kedai kain langsir yang telah menyediakan pelbagai sample langsir.  Pelbagai aksosari tambahan di gunakan untuk menyerikan lagi langsir.

Jadi, bunga ini fungsinya lebih kurang sama dengan gubahan reben dari kain(kalau berkesempatan saya akan tunjukkan sebelum raya ni).  Ia di gunakan untuk menambah serikan lagi langsir anda di hari raya nanti.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di teruskan.

Bahan-bahannya

  1. Butang(butang buat sendiri atau yang di tempah)
  2. Kain
  3. Benang
  4. Jarum
  5. Gegelang kecil.

Caranya:

1.   Gunting kain seperti  ukuran di bawah.

2.   Lipatkan ke belakang dan jelujurkan bahagian lebar kain(18″) di kedua-dua bahagian.
3.   Cantumkan kedua-dua hujung kain(6″) dan jahit dengan mesin.
4.   Bahagian yang telah di jelujur tadi hendaklah dilipat dua dan samakan.
5.   Jelujurkan sekali lagi dan jarak jelujurnya lebih besar/lebar. Jelujurkan hingga bertemu permulaan atau  lebihkan sikit dari permulaan jelujur tadi dan matikan benangnya.
6.   Tarik  benang tersebut hingga ia terbentuk seperti bunga atau tarikkan sehingga ia betul-betul rapat dan tidak boleh di tarik lagi serta matikan benangnya.
7.   Letakkan butang yang telah di sediakan di bahagian tengahnya dan ikatlah/jahitlah bersama bunga tadi.  Ikatlah mengikut cara anda.

Bahagian belakang bunga langsir yang telah di siapkan.

8.   Setelah di ikat letakkan gelungan/gegelang dan jahitkan/lekatkan di bahagian tengah bunga.  Ia berfungsi untuk memudahkan anda menjahit/melekatkan di kepala langsir atau pengikat langsir  ataupun di mana-mana sahaja yang ingin ada letakkan bunga tersebut.

O.k. Siap.

SELAMAT MENCUBA.

*

*

*

IKLAN…, IKLAN…, IKLAN.

Dapatkan ebook ilham menghasilkan langsir yang berkualiti di http:www.hijab-batik.com sekarang juga jika anda berminat.  Tawaran istimewa di berikan pada anda yang berminat.  Silalah berkunjung ke sana.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

ColeSlaw Melayu dan Mat Saleh

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Yang kiri tu, coleslaw mat saleh manakala yang kanan tu melayu.

Selamat berpuasa untuk semua.

Sudah tiga hari kita menjalani ibadah puasa.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  Hari pun tak berapa panas, setiap hari hujan.  Kalau tak waktu siang hujan, malam atau sebelah pagi hujan.  Alhamdulillah.

Tahun ni tahun gawat, ada eloknya juga sebab masa nilah kesedaran tiba dan cuba berjimat cermat sebaik mungkin.  Kalau ikutkan saya, berbuka dengan tamar dan nasi berkicap atau bergaram sahaja pun boleh.  Tapi bila mengenangkan anak-anak dan suami tak jadi nak ikutkan cara sendiri.  Terpaksalah ikut suara ramai dan demi ingin menggalakkan anak yang kecil tu berpuasa terpaksalah ikutkan menu yang telah anak saya cadangkan.

Anak saya Abdul Sodiq, sudah mula belajar berpuasa mulai tahun ini.  Sudah 6 tahun umurnya, tapi semangatnya kuat walaupun demam masih boleh berpuasa,  Cukup 3 hari puasanya.  Hari pertama terpaksalah kami memujuknya supaya boleh tamatkan hingga waktu berbuka.  Manakala hari kedua dia demam, tak bagi puasa, tapi dia pula yang nak puasa.  Kasihan juga tapi dia yang tak nak makan.  Cuma sebelah petangnya dia kata nak minum, sebab haus.

Saya katakan padanya, ” walaupun minum sikit, tu maknanya dah tak puasa”, langsung dia tak jadi nak minum.

Anak saya yang kecil, Siti Aisyah, puasa sekerat hari sahaja.  Demam juga, konon-konon nak ikut abangnya.  Tak nak makan tapi minum air dan susu.

Katanya, “Aisyah puasa sebab tak makan nasi”,  Tak apalah itulah yang dia faham tentang puasa.

Sebenarnya saya nak bagi resepi ni.  Ia sesuai jika anda ingin membuat satu kelainan di bulan puasa ini.  Mungkin untuk hari minggu di bulan puasa ni.  Tapi saya buat bukannya masa bulan puasa ni.  Dah lama saya buat dan ambil gambarnya, cuma tidak berkesempatan untuk di masukkan ke dalam blog ini.  Kali ini saya beri dua resepi sekali.

Biasanya kita selalu makan kat KFC, sedapkan?  Jadi saya cuba buat sendiri kat rumah, jadi juga.

Jadi saya nak bagi resepi coleslaw dulu.

Manakala yang Melayu punya tu, saya tukar nama resepinya.  Sebab ia seakan-akan sama dengan KFC cuma kuahnya lebih sikit.  Mat Saleh punya, guna mayonis dan susu tapi melayu punya, guna santan dan tempoyak. Wan saya punya resepi.  Jadi turunlah kat anak-anaknya dan cucu-cucunya.  Saya pernah rasa mak dan pakcik saya buat memang sedap tapi bila saya buat tak berapa sedap.  Tapi tak pelah, saya nak juga bagi resepi ni walaupun saya buat tak berapa menjadi.  OK resepinya di bawah ini.

Coleslow Melayu.

Bahan-bahannya

  1. 1 sudu tempoyak
  2. 1 cawan santan pekat
  3. 1 – ½ biji timum(di potong dadu kecil)
  4. ½ biji bawang besar( di potong dadu kecil)
  5. 7-8 buah cilie(dipotong/diracik dan campurlah warna merah dan hijau untuk mencantikkannya)
  6. Garam secukup rasa
  7. Gula secukup rasa

Caranya,

  1. Bancuh tempoyak dengan santan
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Kalau tempoyak tu dah masam, kenalah masukkan gula banyak sikit.
  3. Masukkan timun dan bawang yang telah di potong tadi.
  4. Gaulkan hingga serata.

Dah pun siap.  Senang je kan.  Bagi yang suka mungkin sedaplah tapi yang tak suka tu dan tak biasa rasa tu memanglah rasanya tak berapa.  Keluarga saya hanya saya je yang suka makan.

Coleslow Mat Saleh

  1. 3 – 5 sudu mayonis
  2. 3 – 5 sudu susu pekat
  3. Garam secukup rasa
  4. Gula secukup rasa
  5. ½ biji Lobak Merah (di potong dadu, sekecil yang boleh).
  6. Kobis – 3 kali ganda banyaknya dari lobak yang di potong(hiris dadu seperti lobak)
  7. ½ biji timum(di potong dadu dan jangan ambil bahagian tengahnya/bijinya)
  8. ½ Bawang besar(di potong dadu sekecil yang boleh).  Yang ni tak letak pun tak apa.
  9. Perahan limau kasturi 1/2 sudu kecil.  Kalau rasa tak cukup masam tambahlah lagi tapi jangan terlalu banyak sebab mayonis pun dah masam.

*sebaik-baiknya, sayur-sayur yang di potong tu di toskan dulu.

Caranya.

  1. Masukkan semua bahan di atas dan kacau hinga serata dan sebati.
  2. Cubalah rasa, jika kurang garam tambahlah garam.  Jika kurang manis, tambahlah gula.

Ok. Dah siap dan boleh di makan.  Senangkan?

Yang ini , ala-ala KFC yang saya buat sendiri.  Suat hari nanti saya akan tunjukkan cara buat kentang putar cara saya pula.

SELAMAT MENCUBA

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Buat sendiri – Butang utk langsir

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Bukan sahaja baju yang memerlukan butang.  Langsir pun menggunakan butang untuk menambahkan serinya.  Kebiasaannya butang ini di letakkan pada langsir berpaten boxpleat, goblet dan bertali. Ada juga meletakkan di pelmet, mengikut kreativiti masing-masing.

Jika anda menempah butang khas mengikut kain langsir yang anda gunakan di kedai-kedai alatan jahitan, rasanya boleh tahan juga harganya mengikut kebesaran butang tersebut.  Selalunya bukan 2 atau 3 butang yang di perlukan tetapi lebih dari sepuluh, jika anda ingin menghasilkan 1 keping kepala langsir sahaja.  Untuk menghasilkan langsir sendiri saya lebih suka menghasilkan butang sendiri tapi jika tempahan dari pelanggan saya akan menempah butang khas.  Maklumlah pelanggan lebih suka yang standard dan berkualiti.

Tidaklah jauh bezanya, kalau di lihat dengan mata kasar bentuk butang tersebut.  Bagi mereka yang ingin mengurangkan belanja untuk menghasilkan langsir sendiri bolehlah mencuba cara yang saya tunjukkan ini.  Butang ini juga boleh di gunakan untuk kita menghasilkan gubahan kuntum bunga dari kain seperti di bawah ini yang mana ia juga di gunakan untuk di lekatkan di kepada langsir.

Bunga berbutang ini saya buat khas untuk mengunjung blog saya yang berminat untuk menghasilkan langsir sendiri dan suka menambah serikan lagi langsir.   Tapi… untuk menghasilkan bunga seperti ini nantikan posting-posting saya yang akan datang.

Bahannya:

  1. Kertas keras(seperti dari kotak bungkusan)
  2. Kain perca/lebihan
  3. Span
  4. Benang dan jarum.
  5. Duit syiling/tutup botol air
  6. Pensil
  7. Gunting

Cara menghasilkannya:

1.   Letakkan duit syiling/tutup botol(ikutlah besar mana yang anda suka) di atas kertas.

2.   Bulatkan dengan pensil mengikut bentuk tutup botol/syiling tersebut.

3.   Guntingkan mengikut bulatan yang telah di lakarkan.

4.   Guntingkan pula span mengikut bulatan kertas keras yang telah di guntingkan tadi.

5.   Ambil kain perca, letakkan di atasnya, bulatan yang telah di siapkan tadi.  Rujuk rajah di bawah ini.

6.   Guntingkan kain tersebut mengikut garisan yang telah di buat.

7.   Lipatkan ke dalam dan jelujurkan dengan jarum(rujuk gambar di bawah).

8.   Jelujurkan sekali lagi di bahagian tepi kain hingga bertemu permulaan jelujur tadi atau lebihkan sedikit dari permulaan memulakan jahitan jelujur tadi.

9.   Biarkan sementara, jangan di matikan benangnya.

10. Letakkan di tengah kain yang telah di jelujurkan tadi, span dan seterusnya kertas keras di atas span tersebut(lihat gambar atas).

11. Tarik benang yang telah di jelujurkan tadi sehingga menutupi kertas keras tersebut.
dan barulah boleh di matikan benang tersebut.

Dah siap.  Selamat Mencuba.

Saya akan tunjukkan cara menghasilkan bunga pulak untuk posting akan datang.  Tunggu!!!

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Ramadhan Datang lagi.

Assalamua’laikum, apa khabar semua.

Ramadhan datang lagi.
Menguji ketahanan diri
Fizikal maupun emosi
Apakah yang kita cari?

Ramadhan datang lagi.
Ingin membersihkan diri?
Ingin sihat tiada penyakit yang dijangkiti?
Atau ingin kurus seperti lidi?
Atau mencari kegembiraan hati manusiawi?
Atau mencari keredhaan Ilahi?
Apakah yang kita cari?

Ramadhan datang lagi.
Berbagai perasaan menjenguk sanubari.
Gembira dan juga susah hati.
Gembira, kerana pahalanya bertimbun di bulan ini.
Susah hati kerana bertanya pada diri,
Bolehkah kita mengutip semuanya nanti?
Apakah yang kita cari?

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Rezeki melimpah di bulan ini
Atau pembaziran yang tak berhenti.
Membeli juadah berbuka nanti
Atau memasak berbagai resepi.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Janganlah terlalu sibuk di hujung Ramadhan nanti.
Membuat kuih untuk hari raya nanti.
Menjahit baju, langsir dan pelbagai lagi
Menghias rumah untuk tetamu nanti.
Janganlah buat seperti ini.
Kerana di hujungnya amat di berkati.
Banyak kebaikan dan ganjaran yang menanti.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Menanti kemeriahan di hari raya nanti.
Pengikat silaturahim dengan ziarah-menziarahi.
Yang utama sematkanlah di hati.
Semuanya kerana Ilahi ya Robbi.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Niatkan di hati kerana Ilahi.
Membaca Al-Quran setiap hari.
Bertarawikh di malam hari.
Dapat berjumpa Lailatulqadar dinihari.
Teruskan ibadah hingga malam raya nanti.
Yang terbaiknya jika boleh jadi seperti ini.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Niatkan untuk Yang Memberi Rezeki.
Inilah peringatan untuk diri sendiri.
Serta kawan-kawan siber yang berada di merata negeri.
Walaupun tidak mengenali secara peribadi.
Tetapi kasih terlekat di hati.
Semoga kita berjumpa di akhirat nanti.
Dalam suasana yang mengembirakan hati.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Semoga kita berubah dari hari ke hari.
Semoga kita mencapai pangkat tertinggi.
Semoga kita selamat di akhirat nanti.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Walaupun manusia datang silih berganti.
Walaupun hari datang dan pergi.
Itulah hakikat yang tak di nafi.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Inilah perjuangan selagi tak mati
Selagi Sangkakala tidak berbunyi.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Kau tetap ku nanti.
Kau tetap di hati.
Kerana boleh bermusahabahkan diri.
Kerana kau merubah hati yang keji.
Menjadikanku rendah diri.
Menjadikanku menginsafkan diri.
Menjadikanku ingat akan mati.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Terima kasih pada Ilahi ya Robbi
Jadikan Ramadhan yang penuh erti.
Memberi peringatan pada insani.
Yang mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui.

Ramadhan datang lagi.
Dia tetap menjenguk lagi.
Selamat datang Ramadhan kali ini.

Selamat datang Ramadhan kali ini.
Semoga berjumpa Ramadhan satu lagi.
Silalah datang menjenguk lagi.
kerana kau tetap ku nanti.
Kerana aku mengharapkan Redhamu ya Robbi.
Usaha mesti,
Kejayaan usah dinanti,
Serahkanlah pada Ilahi.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Isteri yang setia, Hamba yang mulia

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Dia bukannya sesiapa.  Bukannya dari keturunan ternama, maupun dari keturunan bangsawan ataupun hartawan.  Jauh sekali dari keturunan di raja, tapi hanya khadam pada sang Raja yang bermaharaja lela.

Dia hanya manusia biasa yang diangkatkan tarafnya kerana keikhlasannya terhadap PenciptaNya, terhadap Khalidnya.

Hebat.., hebat,  sungguh hebat hamba ini.  Sukar.., sukar…, terlalu sukar untuk kita menjejaki jejak-jejak yang di tinggalkannya.

Dia bukan sebarangan orang kerana dia tabah menghadapi kehidupan yang di tentukan Ilahi, dia redha dengan ketentuan Ilahi tanpa menyalahkan sesiapa, tanpa rasa dendam, tanpa rasa buruk sangka, tanpa rasa curiga, tanpa rasa marah tanpa ada sifat-sifat yang tidak baik terhadap suami yang di cintainya.  Inilah sebabnya ia di angkat ke tahap yang mulia di sisiNya.

Mampukah kita sepertinya?  Mampukah saya sepertinya.  Setakat ini jawapan ‘tidak’.

Alangkah bertuahnya seorang hamba telah di muliakan di sisi Penciptanya.  Alangkah bertuahnya si hamba ini, namanya meniti di setiap bibir muslimah, cerita bertakhta di hati para muslimah sejati, setiasa di sebut-sebut jika ingin mencari-cari ikon untuk para ibu-ibu mithali.  Alangkah bertuahnya si hamba ini.

Hidupnya penuh dugaan, cabaran, penderitaan, kesakitan, kesusahan, kesangsaraan, keresahan.  Di biarkan terumbang ambing keseorangan bersama anak yang di susuinya.  Tanpa rumah untuk berteduh, cuma di tinggalkan bekalan untuk beberapa ketika.  Di tinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kontang.  Tiada berpenghuni, tiada air, tiada makanan.  Apakah ikhtiar yang boleh di usahakannya?  Dia seorang wanita di tinggalkan bersama anaknya di tempat yang merbahaya dengan binatang buas, dengan suasana yang menakutkan.  Tiada manusia lain yang bersamanya.  Yang ada hanyalah Allah tempatnya mengadu dan meminta pertolongan.

Bermulalah cerita

Bermulanya perubahan pada kehidupannya sebaik sahaja dia di serahkan oleh sang raja/Firaun dari negeri Mesir kepada puannya.  Apabila sang raja mengetahui bahawa puannya seorang isteri kepada manusia mulia lagi baik hatinya.  Sang isteri yang cukup tawadhuk terhadap Khalidnya. Kerana keperibadian sang isteri maupun suaminya, sang raja tidak tergamak berbuat sesuka hatinya.  Di serahkan kembali isterinya dan di muliakan dengan menghadiahkan khadam padanya.

Maka isterinya yang cantik molek kembali kepada suaminya bersama khadam yang di hadiahkan kepadanya.  Itulah tanda keberkatan orang tulus hatinya, selamat juga dari raja yang tamak haloba.

Maka kehidupan puannya terus aman damai bersama suaminya.  Namun ada kekurangan pada diri puannya.  Usia telahpun meningkat tujuh puluh tahun, telah pun hampir senja namum tiada zuriat yang menemaninya.    Maka di kahwini khadamnya untuk suaminya supaya ada zuriat yang boleh mewarisi kehebatan suaminya.

Dengan penyatuan itu bermula cerita-cerita yang menyayat hati yang boleh di jadikan panduan dan tauladan untuk semua tidak mengira zaman.  Hasil perkahwinan yang kedua itu, amat mengembirakan hati sang suami.  Ia akhirnya akan beroleh zuriat juga.

Namun sebagai manusia, isteri pertamanya tidak akan lari dari rasa cemburu.  Begitulah yang terjadi pada isteri pertamanya.  Sifat cemburunya telah menguasai diri isteri pertamanya.  Maka berpindahlah perasaan kasih sayang dan kasihan kepada sang suaminya kepada rasa cemburu yang tidak terhingga.  Mulalah  tergambar di dalam khayalannya bahawa madunya akan lebih hebat dan di sayangi suaminya.  Mulalah dia menghasut suaminya.

Setelah anak tersebut di lahirkan, bertambah kuatlah sifat cemburu membakar sang isteri pertama.  Dia sudah tidak mahu tinggal bersama dengan madunya.  Dia meminta suaminya menjauhkan dirinya dari madu serta anaknya.

Penderitaannya bermula.

Maka pada suatu hari Sang suami mengajak isteri kedua dan anaknya ke suatu tempat yang tidak di ketahuinya.  Maka bermacam-macam perasaan yang melanda isteri keduanya.  Rasa takut, kecut dan tak keharuan.  Sang suami telah membuat keputusan untuk mencari tempat perlindungan bagi isteri kedua dan anaknya iaitu Rumah Allah yang pertama di mana Dia disembah di atas muka bumi ini.  Ketika itu tempat tersebut hanyalah padang pasir yang suci sepi, tiada air padanya dan tiada di huni oleh sebarang manusia kecuali sepuak kaum Badwi yang suka berpindah randah.  Maka Sang suami meninggalkan isteri keduanya bersama anaknya di tanah lapang yang mana di bekalkan di sisi mereka satu bungkusan berisi tamar dan satu pundi air sahaja.  Sesudah itu dia berundur balik ke tempat di mana ia datang.

Kasihan sang isteri di tinggalkan bersendirian.  Kini barulah dia sedar akan tugasnya semasa dia mengamat-amati kesepian dan kesunyian di sekelilingnya.  Dia merasa sesal yang amat sangat.  Mengapa dia di tinggalkan sendirian begitu rupa bersama anak yang masih menyusu dan masih kecil tanpa ada perlindungan.  Dalam keadaan terharu dan memanggil suaminya ”

“Hai suamiku! Ke mana engkau hendak pergi?  Mengapa engkau tinggalkan kami di lembah ini, yang tiada berpenghuni dan tiada apa-apa pun ini?”

Sang isteri  mengulang-ulang kata-katanya, sambil merayu-rayu dan meminta di belas kasihani, agar dia dan anaknya tidak di tinggalkan di situ bersendirian, di tempat yang sunyi lagi mengerikan itu.

Akan tetapi tiada jawapan dari suaminya dia terus berlalu bahkan tiada menoleh pun kebelakang kerana bimbang sifat belas kasihannya akan mengkhianati dirinya.

Dia terdengar lagi suara isterinya yang menyayat hatinya bila berada di hujung lembah tersebut.

“Hai suamiku! Apakah tuhan yang memerintahkan engkau untuk meninggalkanku dengan anak kecil ini di tempat sunyi ini?”

Maka sang suaminya menjawab tanpa menoleh kebelakang. “Ya, benar”

Mendengar jawapan itu,  isteri keduanya itu berserah diri dalam keadaan tenang seraya berkata kepada dirinya sendiri,

“Kalau begitu, tentu Tuhan tidak akan mensia-siakan kami!”  Diapun berdiam lemah.  Manakala Suaminya mengangkat kedua-dua belah tangannya kearah langit sambil berdoa sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Quran”

“Wahai Tuhan kami!  Sesungguhnya aku menempatkan dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanan-tanaman berdekatan dengan Rumah Suci Engkau.  Tuhan kami!  Ingatkanlah mereka supaya mengerjakan sembahyang, sebab itu jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan. moga-moga mereka berterima kasih.

(Ibrahim : ayat 37)

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami terangkan dan tiadalah tersembunyi kepada Tuhan sesuatu pun baik yang di bumi ataupun yang di langit.”

(Ibrahim : ayat 38)

Sesudah itu dia terus berlalu dan menyambung perjalanannya balik semula pada isteri pertamanya.

Maka tinggalah sang isteri kedua tersebut bersama anaknya di lembah yang sunyi sepi dan menyeramkan itu dengan terus menyusukan anaknya.  Di hiburkan hatinya dengan mengamati wajah anak kecilnya yang tidak berdosa itu hingga terlupa untuk seketika tragedi yang melanda dirinya.

Bila dia kehabisan bekalan dan si anak pula merengek-rengek kehausan, barulah dia tersedar bahawa dia sedang berada di tanah lapang, yang kering kontang yang ada hanyalah batu-batu besar dan gunung-ganang yang hitam legam.  Dia sendiri merasakan kedahagaan dan kelaparan namun tak tahu apa yang harus di lakukan.  Mulalah nafasnya bergoncong, berasa ketakutan dan bimbang. Cemas sungguh rasanya, sang ibu melihat anaknya seolah-olah keputusan nafas, sedang menghadapi maut.  Di dalam tangannya tiada apa-apa, apakah patut yang di lakukannya untuk menyelamatkan anaknya yang kehausan.

Dalam keadaan bingung bercampur putus asa, dia mula mundar-mandir ke hulu dan ke hilir.  Pergi ke bukit yang hampir dengannya, mencari-cari jika ada kelibat manusia yang melalui tempat itu.  Kecewa sungguh si ibu tiada apa yang dapat dilihatnya, semuanya senyap sunyi belaka.

Maka berlari-lari anaklah dia  ke lembah, tak tahu ke mana arah.  Lalu ke bukit satu lagi yang di tujunya.  Namun sama juga, tiada apa yang di lihatnya.  Tanpa rasa putus asa dia terus mengulangi perbuatannya sebanyak tujuh kali, sehinggalah lelahnya telah menguasai diri dan tidak mampu bertahan lagi.  Tersungkurlah dia ke bumi, tiada bertenaga dan bermaya lagi.  Tetapi cungapan anak kecilnya menyoyat-nyoyat kalbunya serta merentap-rentap jantungnya.  Mana mungkin seorang ibu sanggup melihat keadaan anak yang seperti di dalam sakarat, sekejap bernafas dan sekejap lagi terputus nafasnya.

Itulah satu-satu anak yang di milikinya, padahal dia tiada mampu berbuat apa-apa.  Dia keseorangan di tengah padang pasir yang terbentang luas saujana mata memandang.

Tiada apa yang boleh di lakukan lagi.  Tiada dayanya lagi. Benak hatinya menjerit dan meratap penuh hiba, hati bagai tertusuk sembilu, sakitnya amat terasa.  Kini telah terhenti pernafasan anaknya.  Tiada yang terdengar kini kecuali kehibaan seorang ibu, sakarat seorang bayi dengan jeritan serigala-serigala lapar sedang menunggu mangsanya.

Entah dari mana munculnya sekawan burung berterbangan di sekeliling tempat si ibu dan anaknya, lalu menengek pula ke atas kawasan berhampirannya dan mula pula mematuk-matuk bumi dengan muncungnya hinggalah memancut keluar air yang tidak di sangka-sangka.  Melihatkan keadaan itu, si ibu bersemangat semula, kekuatan telah kembali, terus ia menerpa ke arah itu.  Lalu dia menadah air itu lalu di titikkan ke mulut anaknya.  Di teruskan usahanya dengan mengali lubang pula dan setiap galiannya memancutkan air yang banyak.

Demikianlah berlakunya mukjizat Ilahi, yang menjadi sumber kehidupan si ibu, anak dan seluruh lembah itu.

Setelah beberapa waktu berada di sana, datang pula sekumpulan orang-orang Badwi dari suku Jurhum datang mendapatkan mereka.  Lalu si ibu membenarkan mereka tinggal bersama-sama.  Maka di ajak seluruh kaum keluarganya berpindah ke tempat itu(Makkah).  Si anak terus membesar bersama mereka dan akhirnya berkahwin dengan  puteri mereka.

Setelah anak itu berusia belasan tahun, barulah isteri pertamanya mendapat cahaya mata.

Watak-watak Utama

Sang suami :  Nabi Ibrahim a.s

Isteri pertama :  Siti Sarah

Isteri kedua :  Siti Hajar

Anak  isteri kedua:  Nabi Ismail

Anak isteri pertama:  Nabi Ishaq

* Siti Hajar adalah ibu keturunan bangsa Arab.  Nabi Ismail di kenali sebagai orang Arab manakala Nabi Ishaq dikenali sebagai Bani Israil/Yahudi yang tinggal di Palastine dan kebanyakkan kaumnya telah berpindah randah di serata dunia.

Bukit yang di maksudkan:

Shafa dan Marwah.

Air yang di maksud :

Air Zamzam

Rujukan Dari buku:

100 Tokoh Wanita Terbilang.

Sirah Rasullullah

Ensiklopedia Sirah Rasullullah

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

*

*

*

***Ops .. tertinggal. ‘tidak’ tu saya maksudkan untuk diri saya sendiri.  InsyaAllah, masih lagi boleh terima kalau suami nak kahwin/nikah lagi cuma bila di bayangkan tinggal keseorangan di dalam hutang tanpa apa-apa tu…Wallahua’lam.

Koktel Musim Buah-buahan.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Sempena musim buah-buahan tempatan sekarang ini, saya ingin berkongsi dengan anda, resepi yang telah saya ubah suai sedikit.  Saya rasa semua orang biasa makan koktel terutamanya koktel yang di buat menggunakan buah-buahan dalam tin.

Tapi kali ini saya tukar sedikit.  Bab ‘ote mengote’ resepi ni bagilah kat saya, memang saya suka.  Kadang-kadang terlebih ‘mengote’ sampai tak termakan oleh ahli keluarga saya.

Ini kali pertama saya buat Koktel buah-buahan tempatan.  Biasanya saya tukar dari buah-buan tin ke buah-buahan mat saleh je,  terutama kalau ada tetamu datang ke rumah(buah-buahan dalam tin saya tukar pada buah-buahan segar).  Kalau tukar pada buah-buanhan mat saleh saya suka gunakan strawberi, anggur, apple merah dan buah kiwi sebab dia berwarna warni dan menarik bila di lihat.  Jadi orang pun lebih tertarik untuk merasa.

Untuk resepi di bawah, saya main agak-agak je banyak mana buahnya, sebab saya cuba ingat dalam kepala je.  Resepi ini saya buat dua minggu lepas selepas balik dari kampung dan juga selepas dah tak larat nak makan buah jadi terfikirlah nak buat koktel ni.  Lagipun dah lama saya tak menjamu kawan-kawan kat surau.  Jadi pagi Jumaat tu saya buatlah untuk mereka dan juga ahli keluarga saya.

Berikut adalah resepinya:

  1. 5 biji ciku(memang sedap kalau letak ciku, tak percaya cubalah)
  2. 5 biji manggis
  3. Cempedak 3 atau 4 ulas(sebaiknya tukar pada nangka, rasanya macam tak sesuai je).  Itu yang ada kat rumah jadi saya masukkan juga.
  4. 10 biji rambutan( di buang bijinya/di potong layang)
  5. 10 Buah Tamar(di buang bijinya dan potong dadu) – Buah ni memang jarang saya tinggalkan kalau buat koktel sebab memang sedap rasanya kalau di buat koktel.
  6. 2 biji pisang Abu(potonglah seperti dalam gambar)

Sebenarnya secara kebetulan, semua buah ni ada kat rumah, jadi saya masuk jelah apa yang ada.

  1. 2 senduk tepung  kastard
  2. 1 tin Susu cair
  3. 2 helai daun pandan.
  4. Gula secukup rasa.
  5. Air
  6. 3 – 5 sudu Tepung jagung untuk memekatkannya
  7. Sagu mata ikan/quaker Oat juga boleh untuk memekatkan kuahnya tapi kena juga tambah sedikit tepung jagung.  Ia juga boleh di gunakan untuk sedikit kelainan daripada koktel biasa.

Cara menghasilkannya.

  1. Di bancuh tepung kastard dengan air dan di masak sehingga pekat.  Tidak perlu bubuh apa-apa(samada garam atau gula).  Untuk memastikan tepung kastard sudah masak, warnanya akan bertukar sedikit pekat dari warna asalnya.  Kalau tak cukup masak ia akan ada rasa macam tepung bila di makan.  Setelah masak masukkan ke dalam bekas empat segi supaya mudah di potong dadu.
  2. Masukkan 3 jug air ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula sebaiknya janganlah terlalu manis kerana bila makan ia tak rasa mual dan ada rasa macam tak puas kalau ambil sikit je(bagi orang yang sukalah)
  4. Masukkan daun pandan.
  5. Masaklah hingga mengelegak.
  6. Setelah menggelegak barulah di masukkan tepung jagung dan seumpamanya untuk memekatkan kuahnya.
  7. Tunggu hingga menggelegak semula.
  8. Setelah apinya di tutup barulah masukkan 1 tin susu cair.
  9. Setelah sejuk simpanlah di dalam peti sejuk kerana ia sedap di nikmati semasa rasanya sejuk.
  10. Buah-buahan dan kastard yang telah di potong dadu pun hendaklah di simpan berasingan di dalam peti sejuk.
  11. Bila hendak menjamu tetamu atau hendak di makan barulah di masukkan buah-buahan tersebut di dalam air/kuah tadi. Dan di gaulkan supaya rata.
  12. Makanlah selepas 10 – 15 minit selepas itu.

Resepi yang saya beri ini untuk lebih kurang 30 orang.  Jadi kalau nak 2 atau 3 orang makan kenalah kurangkan semua bahan-bahan di atas.  Memang sedap rasanya lebih sedap daripada koktel biasa.  Itu kata kawan saya dan anak-anaklah.  Bukan angkat bakul, masuk sendiri dalamnya ye!.  Harap-harap saya tak rasa macam tu pulak.

Yang ni saya buat koktel buah tin cuma tambah betik dan kurma untuk mencantik dan menyedapkannya lagi.

O.K.  Selamat mencuba.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Anakku, anakmu jua

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ku sental, ku gesek dan ku tenyeh-tenyeh baju anak yang kedua dan ketigaku.  Baju mereka selalu sahaja ada bau yang tidak menyenangkan, kolarnya berjalur hitam dan kadang-kadang ada percikkan sambal berwarna merah serta calitan coklat di baju mereka.  Baju yang lain selalunya tak ada masalah untuk membasuhnya.  Tak banyak tompok-tompok kotoran di baju mereka.

Telah ku beli sabun yang terbaik untuk menghilangkan kotoran tersebut.  Telah ku letakkan Clorox untuk memutihkannya.  Telahku letakkan pewangi yang halal untuk menghilangkan bau busuknya.  Tapi setelah di cuci bersih, pabila di pakai semula ia kembali kotor dan berbau.  Apakah caranya lagi yang perlu ku lakukan?

Telah letih rasanya tanganku ini membasuhnya.  Tak larat rasanya.  Suami ku dah lama beritahu belilah mesin basuh supaya memudah membasuhnya.  Tapi aku yang tidak mahu mendengar kata, konon-kononnya nak membasuh dengan tangan sendiri, jadi nampaklah mana-mana tempat yang berkarat dan terlekat, yang hitam, kelabu dan pelbagai warna yang mencemari baju mereka.

Ku ingatkan dengan menggunakan tangan lebih bersih cuciannya. Ialah, membasuh dengan tangan kan sentiasa dibelek-belek dan mencari-cari di mana tempat kotornya.  Tapi tanganku telah terasa lenguhnya.  Sudah tidak mampu bertahan lagi. Sudah tidak larat lagi.  Rasanya ku terpaksa membeli mesin basuh selepas ini, untuk memudahkan urusanku.  Istiqomahku  membasuh menggunakan tangan setakat ini sahaja nampaknya.  Aku perlukan mesin basuh yang boleh mempercepatkan serta memudahkan ku membasuh kain supaya ia lebih bersih dan mudah di perah serta cepat keringnya. Setakat ini sahaja istiqomahku, ku perlukan cara yang lebih cangih, up to date dan moden untuk memudahkan kerja harianku.  Di tambah pula kerja-kerja harian ku bertambah sekarang ini.

Tugasan

Hari itu hari Jumaat.  Ada tugasan yang perlu ku selesaikan paginya.  Menghadiri perjumpaan tiga penjuru untuk dua orang anakku, di sekolah mereka.    Pertama kali ku menghadiri perjumpaan antara ibubapa, guru kelas dan murid di sekolah baru mereka.  Sebelumnya, suamiku yang selalunya menghadirkan diri.  Di tambah pula ada rasa ingin berkenalan dengan guru kelas anak-anakku.  Daripada cerita mereka, guru kelas mereka adalah perempuan belaka.  Boleh juga aku bercerita panjang dengan mereka, telah hatiku.

Mentari pagi itu menyinarkan cahayanya yang luar biasa.  Terang dan terik rasanya, seolah-olah memberi petanda baik padaku.  Sudah tentulah kain-kain di jemuran ku akan cepat keringnya, walaupun ku memerahnya dengan tangan sendiri, walaupun kelembapannya tinggi kerana tidak larat untuk ku pulas-pulas dengan tanganku.

Hari baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tapi kehangatannya sudah terasa.  Solat Dhuha sudah boleh di kerjakan waktu ini,  namun hati ini berat untuk mengerjakannya.  “Alah…hh, balik nanti boleh lagi, takkan lama sangat, tentu masih ada waktu untukku”.  Hatiku berkata.

Perjalanan ke sekolah

Perjalanan menuju ke sekolah ku teruskan dengan kereta MPVku(Malaysian Perodua Vehicles… hi, hi, hi). Ku turunkan cermin keretaku seluas-luasnya kerana mengharapkan udara di luar menerjah ke dalam agar melegakan sedikit kehangatan tubuhku di pagi hari ini.

Aku memang jarang membuka penghawa dingin kereta, melainkan hari hujan.  Anak-anakku selalu merunggut bila terasa panas.

Jawapan ku senang aje,  “Besok kat Akhirat lebih panas dari sekarang ni.  Panasnya sikit aje ni, jauh lagi matahari dari kita.  Kat sana nanti matahari sejengkal aje”.  Mendengar jawapan yang sedemikian, semuanya senyap.  Agaknya malas nak dengar ceramahku.

Sampai di sekolah anak keduaku menunggu dengan kata-kata dan senyuman manisnya serta huluran tangannya.  Dia memang terkenal dengan ayat-ayat cintanya hingga guru-guru yang tak mengajarnya pun tahu akan perkara itu.  Ku teruskan ke biliknya.

Guru-guru anak-anakku

Sampai sahaja giliran ku berjumpa dengan gurunya.  Ku ucapkan salam dan huluran tangan tanda pengikat silaturahim.  Manis cikgunya semanis sikap dan tuturkatanya.  Di hulurkan keputusan peperiksaan anakku.  Ku perhatikan kertas itu dan ku tak hairan dengan keputusan yang di capainya kerana itulah jangkaan ku.  Tapi yang lebih penting yang ingin ku tahu ialah sikap mereka di sekolah yang belum sampai setahun mereka berada di situ.

Ku bertanya kepada cikgunya akan hal itu.  Memangnya kata-katanya masih berlapis dan di tapis, sesuailah dengan rupanya.

Tapi sesuatu yang aku rasa seronok pabila dia meleteri atau menasihati anakku di hadapanku.  Caranya seolah-olah sama sepertiku dengan anakku.  Aku jadi seronok dan suka sekali dengan caranya, seolah-olah dia menganggap anakku, anaknya juga.

“Apa yang cikgu cakap tu, semuanya saya dah cakap dah cikgu, tapi tak berkesan, tak de perubahan”. Kataku.

“Budak lelaki ni memang susah sikit, macam nilah juga saya cakap kat anak saya.  Saya pun ada anak lelaki, SPM tahun ni”, Jawapnya.

“Terima kasih cikgu, buatlah apa yang patut cikgu buat, saya tak kisah dan saya tak marah kalau nak rotan dan denda sekali pun”, jawap saya.

Terfikir juga di dalam hatiku, selama ini apa yang ku buat taklah melangkaui batasan yang sepatutnya.  Ialah, takut juga kalau caraku tidak kena.  Nanti hasilnya bukan lebih baik malah lebih teruk dan buruk pula jadinya.

Terima kasih cikgu kerana menganggap anakku seperti anakmu jua.

Ku melangkah pula ke bilik anak pertama ku.  Ku amat-amati guru kelasnya, rupanya seperti biasa di penglihatanku.  Ku bertanya padanya,  dia berkata dia pernah mengajar di As-Saa’diah.  Tapi rasanya bukan di situ ku jumpa dia.  Namun ku biarkan saje sebagai satu tanda tanya.

Soalan yang sama ku tanyakan padanya.  Jawapannya biasa sahaja.  Ok, takde apa-apa masalah.  Tapi ada satu soalan, yang mungkin untuk menguji anakku di hadapanku.  Mungkin menguji kejujurannya.

“selalu solat subuh tak?  Tanya gurunya yang merupakan guru bahasa Arab anakku.

“Solat sebab mak selalu kejutkan.  Jawap anakku.

Menurut anakku, memang itulah soalan yang di tanya setiap kali dia masuk kelas.  Mengira-ngira atau menelek-nelek siapa yang solat dan siapa yang tidak, kerana waktu subuhlah yang paling berat dan susah untuk di kerjakan solatnya.

“Kono kojut lagi”? Kalau dah kahwin ni, dah anak duo dah ni.  Harapkan omak yo lagi” Tersenyum dan seronok aku mendengar leteran ustazahnya dengan loghat nogorinya.

Alhamdulillah, anak pertamaku padaku telah melepasi waktu kritikal atau peralihan dari kanak-kanak ke zaman remaja.  Tidak banyak membawa masalah pada kami sekarang ini, walaupun sebelum ini ada juga.  Mungkin sudah mula berfikir mana yang baik dan yang tidak baik untuk dirinya.  Namun begitu, banyak teguran dan panduan yang perlu ku berikan untuknya supaya tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.  Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.  Aku sendiri pun mengharapkan teguran dan bimbingan dari orang lain terutamanya suamiku dan guru-guruku.

Walaupun aku di katakan sangat cerewet, banyak perkara yang anakku tak boleh lakukan.  Namun demikian mereka rapat denganku.  Setiap kali balik dari sekolah, belum sempat membuka pagar rumah, anakku dah mula bercerita apa yang berlaku di sekolahnya.  Sama sahaja mereka bertiga, suka bercerita denganku.  Kadang-kadang aku yang malas nak mendengar cerita mereka, antara dengar dan tidak je.  Maafkan aku, anak-anakku.

Anak ke duaku masih di dalam waktu kritikal manakala anak ke tigaku baru memasuki waktu kritikal dan waktu peralihan.  Pada penilaianku waktu peralihan dan kritikal anak-anak adalah antara dua belas tahun hingga ke enam belas tahun.

Sememangnya di waktu ini amat menduga, menguji ke sabaran dan keimananku.  Menaikkan suhu kepanasan badanku, meninggikan darahku, membuatkan ku tak senang duduk.  Waktu malam ku selalu terjaga, tidurku tak lena, bermimpikan yang tak ku suka.  Namun syukuralhamdulillah ku panjatkan pada Ilahi yang Maha Memberi, kerana tidurku tak lena, kerana malamku selalu terjaga, menjadikan aku selalu bangun dari tidurku untuk bermunajat padaMu.  Mungkin itu yang terbaik untukku dan mungkin itu juga kurniaan terbaik untukku dari yang Maha Esa.  Syukur Alhamdulillah.

Begitulah apa yang berlaku pada anak keduaku.  Setelah ku beritahu pada guru kelas abangnya tentang anak keduaku.  Dia pun terperanjat dan tidak menyangka dia ada adik.  Anak keduaku terkenal di sekolahnya kerana kehebatan sukannya.  Memang dia aktif bersukan dari sekolah rendah lagi.  Kalau boleh segala sukan ingin di ceburinya.

Maka bertambahlah cerita yang ku dengar, kalau sebelum ini guru kelasnya masih berlapis dan bertapis bila bercakap, tapi guru kelas abangnya, memberitahu lebih terang dan jelas, tentang adiknya.

“Ni mesti abangnya cover ni, tu sebab ceritanya tak sampai kek omak eh”.  Kata ustazah sambil memandang anakku yang membisu.

Patutlah cuaca hari itu terang dan cerah sekali, serta ada sedikit bahang kepanasannya di pagi hari itu.  Namun cuaca pagi hari tidak memudaratkan malah memberi banyak manfaatnya.  Begitulah pendapat yang ku dengar.  Harap-harap begitulah, apa yang telah terjadi.

Aku amat menghargai apa yang telah ku lalui hari itu.  Terima kasih kepada kedua-dua guru anak-anakku kerana menganggap anakku, anakmu jua.

Jiran-Jiranku.

Begitu juga dengan jiran-jirangku, kak D dan kak S.  Terima kasih ku ucapkan kerana sentiasa menganggap anakku, anakmu jua.  Tiada sebarang rasa marah dan dendam di hatiku.  Malah akulah orang yang bertuah kerana sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang baik-baik hati belaka.

Sentiasa mengingatkan dan menyedarkan kami sekeluarga, yang sentiasa memerhati dan menegur mana-mana yang tidak kena terutama tingkah laku anak-anakku yang tidak kami ketahui bila berada di luar sana.  Segala yang tidak baik yang anakku lakukan akan sampailah ke telingaku, bolehlah aku membetulkan keadaan sebelum ia parah jadinya.

Aku bangga dengan kak D dan kak S, mereka tidak seperti talam dua muka.  Di depanku baik tapi di belakangku di kutuknya.  Tidak, mereka tidak seperti itu.  Aku suka cara mereka kerana aku juga tak suka berpura-pura.  Talam dua muka itu adalah ciri-ciri orang hipokrik/munafik.  Aku tidak mau seperti itu dan aku tak mau juga orang yang hampir denganku seperti itu juga.  Jadi sama-samalah kita ingat mengingati, pesan berpesan, tegur-menegur antara satu sama lain, demi masa depan kita bersama.  Kita bukan hidup di sini sahaja, di akhirat lebih utama.

Ini jugalah anjuran Islam, sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga, sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain.  Kita ini manusia biasa, pasti ada salah serta silapnya dan kadang-kadang terlupa dan terleka.

Kalau salah janganlah dikata,

kalau di tegur itulah yang terbaiknya.

Telah di tegur, janganlah terasa serta marah pula,

hingga tak mau bertegur sapa,

sudah tentu bergaduh pula.

Kan kita ni hambaNya yang hina dina,

tentu ada salahnya di mana-mana,

janganlah ada rasa hebat di mata manusia,

janganlah suka merendahkan orang sahaja,

Semoga kita hidup aman bahagia.

—————————————————————————————

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

“Maka peringatkanlah kiranya peringatan itu berguna.  Nanti peringatan itu akan diterima oleh siapa yang takut”

(AL-A’la:9-10)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah bertanggungjawah dan setiap kamu akan di tanya tentang pertanggunganjawabnya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jimat Belanja – Trek Kayu

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Trek batang atau trek kayu(apa sajelah istilah yang di gunakan) walaupun sudah turun harga tetapi harga masih lagi di dalam katogeri mahal di tambah pula dengan kos pemasanganya.  Tidak semua orang mampu memilikinya.   Tapi bagi kita kaum wanita ini memang suka sesuatu yang cantik terutama jika waktu-waktu begini.  Waktu kita akan menerima ramai tetamu di hari raya nanti.   Sesuatu yang cantik itu memang di sukai oleh agama kita(Islam) tetapi janganlah sampai ada niat untuk menunjuk-nunjuk sehingga sanggup berhabis dan membazirkan duit pula.  Di tambah pula harga barang sekarang ini semuanya sudah naik.

Di sini saya ingin memberikan anda satu ilham menghasilkan trek berbatang, yang boleh mengurangkan separuh daripada harga jika di bandingkan anda membeli di kedai dan mengupah orang memasangnya.  Anda boleh lakukan dan buat sendiri trek batang tersebut di rumah anda.  Berikut adalah cara-caranya untuk membuat trek berbatang.

a)  Anda boleh menggunakan batang paip pvc yang berukuran 3/4inci untuk membuat trek berbatang.  Boleh di dapati di kedai-kedai Hardware dan harganya lebih rendah.  Ukur trek anda dan lebihkan 6inci di kedua-dua hujungnya.  Untuk sliding door, jika terlalu panjang anda boleh membahagikan kepada 2 bahagian dan menggunakan 2 batang paip pvc.

b)  Gunakan cat hitam atau coklat untuk mewarnakan trek batang pvc tersebut.  Gunakan cat spray atau sapu yang harganya tak sampai RM10 dan rasa cukup untuk bahagian utama rumah anda.  Cat batang paip tersebut dan jemurkan di tempat panas sehingga kering.

c)  Anda boleh membeli bahagian aksosari yang lain seperti tombol, penyangkut bergegelang, pemegang trek, berasingan di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai pemborang barang-barang berasaskan kayu.  Aksosari kayu lebih berkualiti dan mahal jika di bandingkan dengan jenis campuran plastik.  Walaupun anda membeli aksosari kayu yang berkualiti tinggi kos untuk keseluruhan membuat trek tersebut masih lagi separuh dari kos jika di bandingkan anda membeli atau mengupah orang memasang di rumah anda.  Jadi pilihlah mengikut budget anda.

d)  Untuk memasang trek berbatang.

Tebuk lubang atas sedikit dari trek biasa(asalkan boleh meletakkan tapak pemegang trek). Di bahagian kiri dan kanannya di lebih/panjangkan 1 inci dari trek biasa.  Gunakan drill untuk menebuk lubang.  Jika anda tiada drill sendiri rasanya bolehlah pinjam dari jiran-jiran yang ada drill.  Minta bantuan suami anda atau anak bujang anda melakukanya.  Atau jika anda seorang yang berani mencuba sendiri lakukan sendiri.  Saya membuatnya sendiri,  walaupun suami saya boleh membantu.  Maklum ajelah dia berkerja jadi masanya tidak menentu dan tidak banyak di rumah.  Setelah anda selesai memasang segala skru yang sepatutnya,  memasukkan gegelang penyangkuk dan tombol maka anda sudah boleh menggunakannya trek berbatang anda.

Bagi anda yang menggunakan 2 batang pvc yang berasingan untuk membuat trek berbatang, pastikan ia di bahagikan sama panjang dan bahagian penyambungnya boleh di sorokkan dengan meletakkan bahagian penyambungnya di bahagian tengah, di mana tapak pemegang trek di bahagian tengah di pasangkan. Untuk membuatkan bahagian penyambung trek berbatang lebih kuat, masukkan batang pvc(sesuatu yang berbentuk batang) yang pendek(dalam 3/4 inci) dan lebih kecil ukurlilitnya dari batang di luar.  Lilitkan kain, kertas atau double sided tape untuk mengelakkan batang tersebut dari tercabut.  Masukkan kedua-dua batang trek yang ingin di sambungkan dan rapatkan.  Pastikan ia betul-betul ketat supaya tidak mudah tercabut. Lihat gambar di bawah.

SELAMAT MENCUBA

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Roti Arab

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Resepi ini saya dapat dan belajar dari Kakak Zizah,  salah seorang jiran saya.  Dia adalah antara orang kuat kat surau di kawasan perumahan kami.  Bab memasak ni, kalau kat surau, tak de dia tak sah.

Suaminya pun merupakan salah seorang imam kat surau kami.  Tapi sekarang dia dah jarang datang ke surau sebab suaminya jadi imam ganti(kalau tak silap) untuk masjid Senawang.  Jadi dia pun ikut suamilah selalu ke masjid.  Suaminya bekerja di K.L.  Tapi masih mampu mengikuti dan bertugas di masjid Senawang.  Orang macam ini saya respect dan suka akan cara dia mengatur hidupnya.  Kebanyakan majlis kat masjid, kak Zizah dan suaminya adalah antara orang kuatnya.

Saya sesekali aje ke masjid sebab masih lagi joint program kat surau taman.  Maklumlah majlis ilmu yang macam ni kurang mendapat sambutan di taman-taman perumahan.  Kadang-kadang sedih juga, bila ustaz atau ustazah datang buat ceramah, orang yang datang boleh di kira dengan jari.  Cuba panggil Siti Nurhaliza ke, Mawi ke, rasanya tak cukup tempat orang datang.  Bukan saje surau yang penuh, padang taman ni pun rasanya penuh dengan lautan orang.   Begitulah lumrahnya, kehidupan ini.

Jadi  kalau ada program kat surau tu kenalah datang bagi meramaikan lagi tetamu di surau kami dan yang paling penting “Majlis Ilmu” perlu di hadiri untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita sambung cerita pasal Roti Arab.  Roti Arab ni sesuai di makan dengan kuah kari seperti kuah mee kari.  Kalau nak buat kuah khas untuk roti Arab ni boleh juga, lebih kurang sama macam kuah roti jala.  Jadi bila nak buat majlis atau ada tetamu datang(raya pun dah dekat) bolehlah sekalikan dengan kuah mee kari atau roti jala.

Itulah cara saya,  kalau nak buat majlis(bacaan yasin ke),  kalau nak banyakkan sikit menunya.  Buat kuah yang sama tapi boleh makan dengan berbagai masakan lainnya.  Antaranya seperti Roti Arab dan Mee kari serta sekali dengan roti jala.  Cuma tambah mungkin mee goreng ke, nasi goreng kampung ke serta 1 pencuci mulut dan air.

Roti Arab

700 gram tepung gandum(agak-agak jelah)

1 pek Mauripan

½ sudu kecil garam.

1 – 2 sudu besar majerin(apa sajelah asalkan sama dengan majerin)

3 sudu besar – ½ cawan susu pekat(ikutlah kalau suka manis, lebihkan sikit susunya)

2 – 3 cawan air suam(agak-agak jugak).

Minyak masak untuk mengoreng.

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air.
  2. Gaulkan hinga sebati dan rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh di canai dan di uli.
  4. Biarkan dalam 1 jam.

Setelah 1 jam

  1. Sediakan minyak masak di dalam kuali dan panaskan.
  2. Sementara tu bolehlah bulat-bulatkan tepung tadi seperti nak buat karipap(Tak kisahlah besar mana).
  3. Dan buatlah seperti kita nak buat karipap(rujuk gambar di bawah).

  1. Kepingan-kepingan tepung yang telah di bentuk bolehlah di goreng ke dalam kuali yang telah di panaskan tadi.
  2. Masaklah dengan api yang sederhana supaya ia ranggup di luar dan tahan lama kerangupannya.

Mee kari dan roti arab ni saya buat untuk keluarga.  Jadi 1 hari tak masak, makan ni je dari pagi sampai malam.  Sesiapa yang nak makan nasi makan je lauk baki semalam atau anak bujang tu kalau nak makan  nasi, dia orang masak sendiri, biasanya dia orang masak telur goreng atau ikan bilis goreng bercili dan makan dengan nasi panas.  Manakala sayurnya yang tak payah masak seperti timum, kobis, kacang panjang.  Apa-apa sayur yang boleh buat ulam yang ada kat rumah.  Saya dan suami pun selalu tumpang sekaki lauk mereka.

Selesai

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jadi Tarzan

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Di hujung minggu yang baru lepas ni, saya dan keluarga berpeluang balik ke rumah mak dan mak mertua.   Seronok rasanya bila sesekali dapat balik ke kampung.  Di tambah sekarang ni musim buah-buahan.  Harap-harap kami sekeluarga bukanlah di kalangan yang di panggil saudara buah oleh  suami saya.  Suami saya ambil cuti pada hari Jumaat yang lepas kerana nak balik ke kampung.  Maklumlah hari Sabtu(petang) dan Ahad(pagi), anak-anak saya akan menghadiri kelas tuisyen bahasa Arab.  Jadi kena balik hari Jumaat, kalau tidak sekadar dapat menunjukkan muka sahajalah kat kampung.

Lepas solat Jumaat kami bertolak ke kampung.  Kami balik ke kampung saya dulu baru balik kampung suami.  Memang satu laluan tapi balik yang jauh sikit dulu.  Kebiasaannya beginilah caranya kami balik ke kampung, siap-siap masak di rumah barulah balik ke kampung.  Jadi kat kampung tak delah sibuk nak memasak je.  Jadi dapatlah berborak-borak dengan mak.   Saya memang tak boleh jumpa mak, ada je benda yang nak di ceritakan.  Rasanya tak cukup masa nak bercakap.  Kalau kat telefon pun macam tu, sampai kena ‘warning’ kat suami sebab bergayut lama sangat mengalahkan orang muda-muda sekarang ni.

Ada baikkanya juga bila suami mengingatkan tu sebab mula-mula cerita biasa-biasa je, cerita pasal keluarga sendiri dan bertanya khabar mak dan abah, tapi lama kelamaan cerita pasal orang lain pula, kan dah mengumpat pula jadinya.  Jadi ada peluang berjumpa saya gunakan masa yang sedikit itu untuk berbual dengan mak saya.  Saya cuba mengambil hatinya dengan melayan cerita-ceritanya, maklumlah orang tua cepat tersinggung.

Jadi saya cuba mengembirakan mereka dengan membawa apa yang mereka suka seperti hidangan untuk makan malam di bawah ini.

Bekalan yang di bawa semasa balik ke kampung.  Ada ayam panggang kegemaran abah saya, lauk kurma daging untuk anak-anak dan acar buah kegemaran mak.  Saya masak nasi beriani kat kampung tapi rencah dah siap-siap tumis kat rumah jadi bila sampai kampung terus je masak dalam rice cooker.  Nak tau caranya?  Nantilah suatu hari nanti saya akan beritahu.

Lepas makan malam kami terus ke rumah mak mertua.  Perjalanan lebih kurang ½ jam je.  Kami singah rumah kakak ipar ambil mak mertua.  Kerana sebelah malam dia tidur kat rumah kakak ipar, ialah tinggal seorang, manakala sebelah siangnya balik rumah sendiri.  Kakak ipar mengajar, jadi tak de sesiapa kat rumah bila siang, jadi dia nak balik rumah sendiri.  Taklah jauh dari rumah kaki ipar ke rumah mak mertua, lebih kurang 5-10 minit sampailah.  Tapi kesian jugak kat kakak ipar, pagi-pagi kena hantar mak mertua ke rumahnya manakala sebelah petang/malam ambil mak mertua, tidur di rumahnya.  Tapi kakak ipar saya memang baik, tak pernah dengar dia merunggut bercerita letih atau yang lain-lain… kerana maknya.  Kakak-kakak yang lain semuanya tinggal jauh.

Mak mertua saya memang tak nak duduk dengan anak-anaknya.  Kalau datang pun sekejap-sekejap aje ke rumah anak-anaknya.  Bila sakit, barulah dia tak balik rumah sendiri, sebelah siang pun kat rumah kakak ipar, tapi bila sakitnya berpanjangan kena bawa rumah kami,  sebab dia tak nak makan ubat.  Dengan suami saya, dia ikut je cakap suami saya, makan ubat ikut jadual yang telah di beri.   Dia pernah bercakap kat doktor sambil di dengar oleh suami saya, “ialah masa kecik-kecik anak ikut cakap kita, sekarang ni kita kena ikut cakap anak pulak”,  macam perli je, kata suami.

Jadi sampai rumah mak mertua, kami bersiap-siap untuk tidur je.  Bila pagi biasalah, beginilah aktiviti kami,

Anak saya Abdul Sodiq, memang suka tolong untuk mesin rumput, jadi suami bagi peluang dia mesin rumput, untuk memuaskan hatinya.  Selagi tak dapat selagi tulah dia menyibuk.

Anak saya Abdul Muiz, Siti Aisyah dan Abdul Haziq tengah “momoron” kata orang nogori.  Bab membakar sampah ni bagilah kat dia orang.  Kalau tak de daun kering, surat khabar lama yang wannya simpan pun habis di kerjakan.

Anak saya yang tua, Abdul Shofi deman dan kena gatal-gatal kat badanya.  Malu-malu kucing je tu..

Jadi dia duduk atas rumah aje.  Kalau tidak, dialah antara orang kuat, yang rajin menolong.  Apataknya, selalunya wan mereka akan bagi upah, tu sebab rajin.  Kalau kat rumah sendiri,  Allah je lah yang tau.. betapa susahnya nak suruh dia orang.  Agaknya sebab tak dapat upah.  Kena bebel lagi adalah.

Suami tengah ambil buah ciku dan anak tengah menyapu sampah.

Anak perempuan saya,  Siti Aisyah.

Gambar di atas, bila sampai di rumah buah yang telah di ambil terpaksa di keluarkan dari plastiknya, kalau tidak ia meruap dan cepat busuk.  Biasanya kami akan memanjangkan sedekah kepada jiran-jiran yang dekat dan yang rapat dengan saya.  Tapi tahun ni kami tak ambil banyak.  Dah tua, dah tak larat nak memanjat.

Percaya atau tidak inilah saya.  Berbezakan antara gambar di atas dengan gambar di bawahkan?   Ramai orang mengatakan saya seorang yang lemah lembut tapi yang sebenarnya di sebaliknya.  Mereka tak percaya dengan cerita saya.

Kalau musim buah beginilah saya.  Saya merupakan menantu yang paling muda kerana suami anak yang kecil sekali,  ‘anak omak’.  Jadi saya je yang sangup memanjat.  Suami  dan anak-anak pun tak sangup, setakat kat dahan yang rendah-rendah je.  Jadi yang tinggi-tinggi tu sayalah yang usahakan.

Panjat pokok manggis.  Suami tolong temankan setakat tu lah ketinggiannya.  Perut dah boroi, takut dahan merekah.  Kah! kah! kah!!..Jangan marah ye bang, kutuk-kutuk manja..

Kami sibuk ambil buah, mak mertua pulak sempat lagi menebas-nebas semak yang berhampiran.  Kuat lagi, padahal umur dah lebih 80 tahun.

Panjat pokok rambutan pulak.

Nasib baiklah pokok langsat tu tinggi dan suami tak bagi panjat.  Kalau tak lepas ni panjat pokok langsat pulak.  Lagipun dah waktu nak memasak untuk makan tengah hari.  Tak sempat.  Petangnya nak balik sebab suami akan kerja sebelah malam dan anak pula kena pergi tuisyen sebelah petang.

Lihatlah kebesaran Allah. Ada pokok yang berbuah di hujung dahan, ada juga yang berbuah di batang pokoknya.  Allahhu Akhbar ! Bertapa kerdilnya kita di dunia ini.  Betapa tingginya kita boleh memanjat, betapa tingginya kita boleh mendaki, betapa tingginya dan mulianya kita di sisi manusia serta macamana hebatnya sekali pun kita, akhirnya akan ke bawah juga, ke liang lahat yang cukup untuk memuatkan kita seorang sahaja.   Hanya amal sahaja yang boleh melapangkan kehidupan kita di sana nanti.  Semoga kita terutamanya saya, tidak ada sedikitpun sifat-sifat riya”, sombong, takabbur atau suka menunjuk-nunjuk.

Firman Allah yang bermaksud,

“Maka celakalah bagi orang-orang  bersembahyang, yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya.  Mereka yang mengerjakan kebaikan minta di lihat orang”.

(al-Ma’un: 4-6)

“Dan mereka minta dibukakan (hatinya), namun kecewalah setiap orang yang menyombong diri dan keras hati.”

(Ibrahim: 15)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk Neraka Jahannam dengan menderita penuh kehinaan.”

(Al-Mu’min: 60)

dan sabda Rasullallah s.a.w.

“Allah azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan yang di lakukan dengan riya’, meskipun riya’nya sekadar debu sahaja,”

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.”

Semoga saya bukanlah dari kalangan orang yang Allah dan Rasulnya sebutkan di atas. Walaubagaimanapun masih ada lagi sifat-sifat di atas, harap-harap sebelum menghembuskan nafas terakhir ia akan hilang dan berubah. Astagfirullahhal’zim

Ameen, ameen.. Ya Robbal alamin.

Jadi Tarzan di musim buah je.  Lepas panjat satu pokok ke satu pokok lagi.  Kat rumah sendiri pun sesekali jadi tarzan jugak, bila panggil anak yang ada kat tingkat atas.  Bilalah…  saya boleh berubah untuk tidak menjadi tarzan lagi?  Tengah berusaha, tapi belum berjaya.  Doakan saya.

Walaupun dah bermacam-macam buah yang di bawah balik.  Nak juga beli buah mata kucing kegemaran saya,  jadi suami tolong belikan kat tepi jalan antara Seremban – Kuala Pilah.  Itulah manusia nikan, tak pernah cukup dan puas dengan apa yang ada.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
Jangan lupa baca…
Jangan lupa ucapkan…
Salahuddin Al Ayubi

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".

Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan".

Terima kasih utk..
Anak Muda
  • SELAMA HAYAT INI..... March 10, 2010
    “Barakallahu lakuma....wabaraka ‘alaikuma..wajama’a bainakuma fikhair..” Meriah berkumandang lagu daripada Maher Zain,mengingatkan saya kepada kemeriahan majlis pernikahan sebelas tahun yang lalu. Kenangan indah penyatuan hati antara saya dan suami.Masih terbayang saat-saat manis ketika baru bergelar seorang isteri. Bagai terasa kekalutan dan rasa bimbang ya […]
    Ummu Husna
  • Hak Wanita yang Berzina March 10, 2010
      Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini : 1)   Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya? 2)   Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama […]
    ummuabbas
  • Sehari Sahaja Selesai March 9, 2010
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهKita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah )..Allah yang Mengajar kita, Allah yang Mengatur serta Mencipta Segala-galaNya... ( QS An Nahl : 78 )Alhamdullilah, seharian semalam menguruskan bo […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • 5 BINTANG UNTUK TV1 March 9, 2010
    Dengan asma Allah yang Maha Agung.Boleh dikatakan tv1 amat jarang kami tonton....sekali sekala andai ada rakaman Majlis Menghafaz Al Quran, atau jika nak tengok pembaca beritanya yang berlesung pipit+bertudung tu..(tak gitu abang? heh heh) Tapi, sekarang ada rancangan yang sangat bagus untuk anak-anak dan mak bapak anak-anak. Rancangan ADIK-ADIKKU. Walaupun […]
    NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF
  • USIA YANG MAKIN MENINGKAT January 27, 2010
    Masa yang berlalu, seiring dengan anjakan usia. Hari ini usia diri genap 28 tahun.Rasulullah SAW:المؤمن عبد بين مخافتين من ذنب قد مضى لا يدري ما يصنع الله فيه ومن عمر قد بقي لا يدري ماذا يصيب فيه من الهلكات(Orang Mukmin hamba antara dua yang menakutkan. Antara dosa yang telah berlalu, ia tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Allah padanya (hukuman). Dan […]
    Al-Atiff
  • SUARA HATI.. March 9, 2010
    Hasrat hati mahu jadi seorang penulisSeorang penyairSeorang yang pandai bermain bahasaSeorang yang pandai mengadun setiap butir kalimahAgar setiap orang yang bacaAkan mengagumi..Akan terkesan..Akan menjadikan diri ini idolaNamun..Aku tahu..Siapa aku..Kemampuanku..Kebolehanku..Juga..aku juga tahu bahawa aku tidak sehebat mereka-mereka itu..Namun aku juga tahu […]
    Hani
  • Bila Tiba 36 Minggu... March 5, 2010
    Bismillah al-Rahman al-RahimMinggu ni usia kandungan ku ini mencecah minggu ke 36.. ikutkan baby dah matang dan bila2 masa jer boleh keluar dari rahim mama ni. Rabu lepas berkesempatan menjenguk baby yang dinanti2 ni, appointment dengan gynae.. Alhamdulillah baby berkembang dengan sepatutnya, berat yang mencecah 2.72 kg ( wah! baby mama ni membesar bagai jua […]
    ummumishkah
  • Amira Berpesan... March 5, 2010
    Saya selalu berpesan pada Amira setiap kali bersalam sebelum dia ikut Daddy kesekolahnya..Pertama" Amira belajar rajin-rajin yer" atau " Amira belajar baik-baik yer"Kedua"Amira makan banyak-banyak tau" ....saya pesankan ini sebab Amira ni susah benar nak makan di rumah. Harap-harap kat sekolah di seronok nak makan bersama kenkaw […]
    sumaiyah_nda
  • apam pisang coklat March 10, 2010
    apam pisang yg menyelerakan................ermm dr blog kekawan umi yg baik hatihttp://anissdairy.blogspot.com/ Salam..ermm kelmarin umi gi jalan2 di hujung jari jer...ermm singgah kat blog kak anisdiary ni..ermmmm~~`http://anissdairy.blogspot.com/ teruja lak umi bila masuk blog ni..apa taknyer rajin sungguh akak kita sorang ni...ermm "umi pandai salin […]
    UMILIYA
Pizza Faridah
Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.
Pengujung ke
wordpress stats