Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar? Semoga anda semua di dalam lindungan Allah.

EBOOK Berkonsepkan Sedekah

Allah berfirman bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.  Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya.  Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya.  Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.  Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan.  Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui.  Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya.  Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak.  Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.  Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan,  sesungguhnya Allah mengetahuinya.  Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya.  Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu.  Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

“Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan”.

Di sini saya akan menyediakan beberapa EBOOK yang bersesuai untuk kehidupan sebagai Ibu mithali/Muslimah sejati. Bukan untuk muslimah aje, sesiapa sajelah yang berminat. Bagi sesiapa yang ingin dan bercita-cita menjadi muslimah sejati dan ibumithali, rasanya ia sesuai untuk anda semua. Bagi mereka yang bukan muslimah ataupun ibu bolehlah kiranya menghadiahkan apa-apa saje yang di sajikan di ruang ini untuk mereka-mereka yang anda sayangi.

Saya menggunakan konsep BERSEDEKAH di sini. Saya tidak menentukan sebarang bayaran untuk EBOOK yang bakal saya sediakan, tetapi terpulanglah kepada anda, jika anda rasakan ia perlu di beri sedikit saguhati/habuan berilah/hulurkanlah seberapa yang anda Ikhlas. Satu cents pun saya terima, kalau seribu cents atau lebih, saya pun terima. Anda boleh masukkan ke Akaun Bank Islam bernombor: 12-029-02-000536-4. Tidak perlu beritahu siapa yang memberi tetapi jika anda rasakan ingin memberitahu siapa anda di persilakan, gunakan Borang hubungi untuk menghubungi saya dan saya akan cuba menghubungi anda untuk mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat ganjaran pahala daripada Allah atau sekurang-kurangnya menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Kerana antara penghapus dosa kita yang lalu adalah memperbanyak sedekah. Saya sedekahkan anda sedikit ilmu/info yang di berikan oleh Allah ini, manakala anda pula memberikan sedikit sedekah/hadiah/saguhati kepada saya. Sama-samalah kita bersedekah dan mendapat ganjaran daripadaNya. Syukur Alhamdulillah.

ebook untuk sedekah

Berikut ebook yang telah dan akan kami sediakan untuk anda. Anda hanya cuma klik pada link yang diingini dan save/simpan di pc anda/ke fail anda.

  1. Tudung ILHAM NISHA – Cara Menjahit Tudung dan menggunakannya.
  2. Langsir ILHAM NISHA – Cara menjahit Langsir Penutup dan Pelindung ILHAM NISHA.
  3. Langsir ILHAM NISHA – Cara menjahit Langsir Paten V ILHAM NISHA.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb