Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Inilah serba sedikit tentang diriku.

Diriku adalah manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya. Terlalu banyak membuat kesilapan di dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Terlalu banyak menyinggung perasaan insan-insan yang hampir denganku. Apatah lagi menyebabkan kemurkaan Allah dan Rasulnya terhadapku.

Dengan demikian diriku ingin mengajak semua mentelusuri kehidupan ini dengan penuh bermakna dan akhirnya dapat memberikan kebaikan kepada orang lain kerana Rasulallah pernah berpesan “Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberikan manfaat kepada orang lain”.   Walaupun apa cara yang ingin di lakukan, lakukanlah dengan jalan yang di redhai Allah dan seikhlas mungkin.  Diriku ingin memperkenalkan kepada semua yang menyelusuri blog ini. Salam perkenalan kepada semua.

a) Nama : Sanishah Mohd Alwi

b)

c) Anak : 4 lelaki dan 1 perempuan(Abdul Shofi, Abdul Muiz, Abdul Haziq, Abdul Sadiq, Siti Aisyah)

d) Warga : Malaysia

e) Keturunan : Melayu(Arab + Asli(Pahang) + Kelantan).

f) Asal : Kuala Lipis Pahang.

g) Umur : 40an(1967)

h) Tinggal : Negeri Sembilan

i) Kelulusan : S.P.M

j) Pekerjaan Sekarang : Suri Rumah dan Perniagaan On Line.

k) Pengalaman Kerja : Oleh kerana umur pun dah banyak, jadi pengalaman kerja pun banyak jugalah antaranya : Pernah menoreh Getah(Jangan terperanjat- akan di kupas kemudian), Juru Pam Minyak (tak percaya? – akan di kupas kemudian), Kerani Am, Kerani Pentadbiran, Juruwang, Pembantu Pentadbiran, Mengambil upah menjahit langsir.

l) Pengetahuan Bahasa : B. Melayu dan Bahasa Isyarat(banyak yang dah lupa)

m) Minat/hobby : Membaca(terutamanya buku-buku Islamik), memasak, menjahit, menghias rumah, menanam bunga – pendeknya kena mengena dengan wanita.

n) Cita-cita :

  1. Ingin menjadi Ibumithali (seperti Ibu kepada Rabi’ah Al-Rayi iaitu salah seorang guru Al-Imam Malik, sanggup membelanjakan wang yang di berikan oleh suaminya sebelum pergi berperang(berjihad) sebanyak 30,000 dinar(mungkin 3 juta sekarang) tanpa menggunakan sedikitpun untuk dirinya sendiri dan memberikan semuanya kepada guru-guru anaknya dengan harapan supaya guru-guru tersebut dapat menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap anaknya).  Walaupun tak tercapai tetapi ingin berusaha ke arah itu.
  2. Menyumbangkan sesuatu untuk Agama Islam.
  3. Berjaya dalam perniagaan.

o) Matlamat akhir : Mati Syahid(ameen, ameen, ya Robbal alamin).

Aku mengharapkan  Suamiku, ibubapaku, anak-anakku, jiran tetanggaku dan kawan-kawan yang mengenali diriku, maafkan aku di atas kesilapan yang lalu, kesilapan masa kini dan masa akan datang dan Izinkan aku bersama blog ini dan cuba menjadikannya seikhlas mungkin.

Namun diriku ini manusia biasa, keikhlasan ku tidak sehebat Rasullallah terhadap Khalidnya, tidak sehebat Wali dan ulama terhadap Rasulnya, tidak sehebat Khadijah terhadap Suaminya(Nabi s.a.w), tidak sehebat Rabi’atul Adawiyah terhadap Allah dan Rasulnya. Kerana diriku ini manusia biasa yang serba kekurangan. Namun diriku ini akan terus berusaha menjadi lebih baik dan lebih baik lagi.


Setakat di sini dulu.  Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.  Akan di sambung kemudian.

Wallahua’lam.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz