Archive for the ‘Wanita Hebat’ Category

Harga Setitis Darah

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jari-jemari ini telah lama ingin menari, ingin menulis sesuatu tentang Yahudi.  Namun saya cuba bersabar dan bertenang untuk beberapa ketika.  Ingin melihat dan membaca artikel dan komen-komen yang tertulis di blog-blog lain.  Kalau nak ikutkan darah muda sudah lama saya menghentam apa yang tersirat di dalam hati.  Namun, ketika ini saya sedang belajar menjadi seorang tua yang mampu bertenang dan berfikir sebelum melontarkan kata-kata.  Walaupun kekadang terserlah juga keceluparannya.

Ya.., dalam meniti perjalanan hidup yang tak tahu bila kesudahannya, kadang-kadang tergelincir, harap-harap saya tidak jatuh terus ke dalam gaun yang dalam kerana jika ingin bangkit semula amat payah rasanya.

Alhamdulillah dan tahniah bagi mereka yang syahid.  Amat bertuah mereka-mereka yang Syahid Akhirat, yang gugur dalam perjuangan menegakkan Islam.  Kerana segala kesalahan mereka tidak perlu dihisab kecuali hutang-hutang yang mereka tinggalkan.

Saya juga ingin syahid seperti mereka, seperti mereka yang terbunuh di perjalanan ke Palastine,   di dalam kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara.  Walaupun mungkin dalam bentuk dan cara yang berbeza, syahid akhirat adalah idaman/matlamat saya.  Sesungguhnya saya takut akan balasan yang akan saya terima disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya.

Agh… Neraka, cukup menyiksakan.  Sedangkan dihiris pisau semasa memasak pun sakit rasanya, sedangkan tercucuk sirip/insang ikan pun sakitnya berpanjangan, inikan pula neraka yang lebih dahsyat sakitnya.

Setiap hari kita melakukan dosa, setiap perkataan yang kita lontarkan akan dikira, jelingan mata kita akan dikira kerana pastinya hati akan berkata-kata. Marahkan anak-anak juga akan dikira walaupun ia benar dan patut kerana selalunya dalam keadaan marah kita tak sempat ingatkan Allah.  Sekadar mampu menyebut dibibir nama Allah tapi dihati tidak terasa. Itulah hakikatnya saya dan saya sedang cuba untuk bermujahadah ke arah itu.

Justeru itu, saya amat mengkagumi semangat NGO terutamanya dari Malaysia.  Mereka mempunyai semagat jitu.  Antara lontaran kata-kata mereka yang membakar semangat saya, yang lebih kurang bunyinya

“ini hanya cebisan sahaja, sikit sahaja, mereka yang berada di Palastine lebih teruk dan lebih siksa/susah lagi”.

Betapa kuatnya jiwa-jiwa mereka, tidak merasa serik dan semangat mereka bertambah kuat untuk terus berjuang.  Bertuahnya mereka kerana Allah mencampakkan kekuatan yang luar biasa.  Sudah tentulah mereka bukannya calang-calang manusia.

Isteri Rantisi-Ummu Muhammad.

Dari ismamelaka.com

Saya amat mengkagumi pejuang-pejuang Palastine terutama Sheikh Ahmad Yasin dan Rantisi.  Setiap kali saya merasakan diri saya lemah dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas saya, saya akan mencari buku-buku yang boleh membangunkan kekuatan diri antaranya kisah pejuang-pejuang Palastine.  Kisah mereka entah berapa kali saya baca dan setiap kali saya membaca pasti air mata saya berjujuran keluar.  Kagum dengan kekuatan dalaman yang ada pada mereka.  Sedangkan kita di sini sedikit sahaja masalah yang melanda sudah rebah ke tanah. Kadang-kadang tidak mampu bangun untuk mengubah apa yang telah punah dan musnah. Read the rest of this entry »

Pizza Kak Faridah untuk Dijual

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Secara kebetulan Jiran setaman saya baru mula menjalankan “perniagaan dari rumah” antaranya pizza, kek coklat, Coklat cookies(yang ni rasanya saya nak tolong jualkan secara on line, harap-harap dapat komisyen dari dia, he..he..he…).

Jadi saya nak tolong promosikan produk dia.  Ini untuk orang-orang sekitar Seremban ya…  Akan di hantar di hadapan rumah anda. InsyaAllah.

Kelas Pengajian petang Jumaat yang lepas dia jamu ustazah dan kami yang mengikuti kelas itu, jadi saya sertakan sedikit gambarnya untuk anda yang ingin buat pembelian.

Kak Faridah tuan punya perniagaan. Tapi dalam perniagaan ini, anak daranya, Ayu menjadi orang kuat/tukang buat/pakar masak.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan dan pertanyaan selanjutnya bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.  Hai orang Seremban, sokonglah “Perniagaan orang Islam”.  Dia juga ada menjual produk-produk halal.

Read the rest of this entry »

Ibu Mithali – Ibu Tan Sri Mokhtar al-Bukhari

Hari ini saya ingin sentuh sedikit tentang salah seorang ibu yang amat saya kagumi, yang saya rasakan dia adalah salah seorang yang boleh di katogerikan sebagai ibumithali.  Saya amat mengkagumi ibu ini, telah melahirkan dan mendidik seorang anak yang berjaya menjadi menjadi contoh kepada umat Islam lain terutamanya di Malaysia ini.

Dia ialah ibu kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.  Tapi sayangnya saya tak tahu namanya dan ingin tahu lebih lanjut tentang ibu ini.  Kalau sesiapa tahu bolehlah berikan pandangan anda dan namanya sekali.  Kalau ada gambarnya lagi bagus.

Bolehkah anda menjadi seperti ibu di atas?  Bolehkah aku menjadi seperti ibu ini?  Adakah sekurang-kurangnya seorang anak-anakku seperti Tan Sri, semulia hati Tan Sri kalaupun tak sekaya Tan Sri?  Entahlah, kena usaha banyak-banyak untuk mendapatkannya.  Bak kata ustazah saya(Ustazah Salbiah Omar),  untuk menjadi ibu dan mendapat serta menghasilkan anak yang berjaya di dunia dan di akhirat bukannya usaha 100% tetapi lebih daripada itu.  Mungkin 300%.  Kalau dalam mathematic Nisbahnya 5:3 atau 5:2.  Kerana kalaupun kita boleh solat 5 kali sehari semalam tanpa tertinggal satu pun, anak kita belum tentu dan selalunya 2 atau 3 kali je sehari.  Jadi kita kena tambah dengan solat sunat(solat hajat ke, solat istikharah ke, bangun malam bermunajat denganNya dan banyak lagi) dan kalau boleh gantilah solat-solat yang telah kita tinggalkan.  Walaupun ada pendapat tak payah ganti tapi  kita cubalah buat terbaik untuk Allah dan ikhlaskan diri untuk Allah sahaja.  Bukan senangkan, terutamanya bab ikhlas ni tapi kita kena cuba.  Mungkin sekarang tak ikhlas masih lagi ada sifat ingin menunjuk-nunjuk seperti saya nilah.  Tapi teruskan usaha mana tau sebelum kita memjamkan mata, kita akan menjadi seikhlas yang Allah inginkan.  Alhamdullah, selamatlah kita di Alam Akhirat nanti.  Amin, amin ya Robil alamin.  Opps dah melalut pulak.

Sambung balik yang tadi.  Kalaulah penuh anak-anak kita solat tu, maknanya kita yang kena usaha lebih, kena beritahu dan tekankan/ingatkan.  Kalau tak bakal tak sembahyanglah walaupun mereka telah di didik dari kecil(sebelum sekolah lagi) dah solat.  Betullah kata ustazah tu,  itulah yang terjadi pada saya.  Terutamanya subuh.  Kalau setakat sekali cakap je takkan bangun.  Kena banyak kali kejut dan kadang-kadang tu kena tarik supaya bangun atau kena renjiskan air baru boleh bangun. Walaupun badan mereka lebih tinggi dan besar dari saya, kadang-kadang saya kena buat mereka seperti anak-anak kecil.  Kita sebagai ibu tak boleh bertolak ansur dalam hal ini.  Kalau nak ikutkan susah tu memang susah, leceh tu memang leceh tapi kita nikan ibu mereka memang tanggung jawab kita untuk mendidik mereka.  Besok kat akhirat kita akan di tanya apakah amanah dan tanggunjawab kita telah di laksanakan dengan sebaiknya dan sesempurnanya.  Tak dapek do nak jawab, lupa ke, susahlah nak turun naik tangga sebab bilik mereka kat atas ke atau sibuk tengah masak/buat sarapan pagi ke.  Kalau dengan orang bolehlah kita cakap macam tu,  kalau dengan Allah, sendiri mau ingat!

Bagi anda yang mungkin masih muda, anak pun belum remaja mungkin belum melalui keadaan seperti ni.  Tapi bagi saya yang mempunyai anak tengah remaja ni, memang pening kepala di buatnya dengan kerenah anak-anak ni.  Kadang-kadang tu menitiskan air mata di buatnya.  Ya,  mungkin masalah kecil je sebab saya ni taklah setabah ibu lain.  Tetapi itulah menjadi ukurannya nanti.  Dugaan dan ujian itulah yang Allah nilai samada kita dapat mengharungi dengan tabah atau kita tewas di tengah jalan.   Semoga saya berjaya dan dapat mengharungi serta menyelesaikan segala rintangan dan dugaan dengan jalan yang di redhai oleh Allah hendaknya.  Semoga saya sentiasa di beri petunjuk dan di bimbing oleh Allah dengan apa cara sekalipun.  Amin, amin ya rabbil alamin.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam

Nisha

Wanita Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Semoga semuanya di dalam lindunga Allah,

Wanita Hebat? Ya! Wanita Hebat. Hebatkah Wanita? Apa Pendapat anda?

Bagi saya wanita memang hebat. Hebat dari pelbagai sudut samada yang baik mahupun yang tidak baik. Lihat saje mereka yang ada blog dan web site sendiri. Kebanyakannya hebat-hebat belaka kecuali saya. Apa yang saya tahu setelah saya layari banyak blog, kebanyakan mereka dari latar belankang yang hebat-hebat belaka, mempunyai pendidikan yang tinggi kecuali saya, mempunyai pengalaman yang bagus dan menyeronakkan, berjalan seantero dunia kecuali saya. Mereka mencatatkan dan memaparkan diari perjalanan mereka di dalam blog-blog mereka.

Bagi saya ni tiada apa yang bagus dan menyeronak untuk di paparkan jadi saya terpaksalah paparkan apa yang berlaku dalam kehidupan dan pembacaan saya. Ya! Mungkin akan saya paparkan tentang perjalanan saya balik ke kampung dan menoreh getah di kampung(mungkin boleh di vidoekan sekali macam mana saya menoreh). Hai! jangan tak tahu sekarang ni harga getah mahal. 2 hari menoreh dah boleh dapat RM300 ke RM400. Kalah orang makan gaji tau!. Cuma sangup dan tak sangup je untuk melakukannya. Bagi saya yang tak berapa suka berhadapan dengan orang ramai ni, lebih suka menoreh getah daripada menjual/bergerai di tepi jalan walaupun orang kata saya ni boleh buka kedai makan. Tentu Itu sesuatu yang menyeronakkan dan bolehlah di paparkan di sini kan?

Insyaallah akan saya paparkan suatu hari nanti bukan untuk membanggakan dan di banggakan tetapi untuk memberi semangat kepada anda semua. Kalau saya yang dah berusia dan wanita pula boleh buat takkan anda yang muda belia dan lelaki tak boleh buat? Apamacam saya cabar anda semua. Bolehkan? Samada anda lelaki atau wanita bolehlah berikan artikle anda kepada saya tentang kehebatan anda atau sesiapa saje. Insyaallah saya akan paparkan cerita anda di blog ini.

Dengan itu saya ingin mengadakan satu ruang yang memperkatakan tentang wanita samada yang baik mahupun yang kurang baik. Kalau baik bolehlah kita mencontohi dan mengambil mereka sebagai panduan kita untuk menghadapi hidup ini manakala yang tidak baik bolehlah kita jadikan sempadan supaya tidak seperti mereka. Bagi anda yang mempunyai cerita tentang wanita hebat, boleh lah hubungi saya di ruang Hubungi. Mungkin cerita/artikle anda boleh di siarkan di sini untuk menambah dan merancakkan lagi blog ini.

Di dalam ruang ini, saya memang sudah ada beberapa tokoh yang ingin saya paparkan ceritanya. Samada yang lama ataupun yang baru. Bagi saya yang sudah tua ni(tua ke? atau berusia? yang mana satu ye?) banyak membaca cerita-cerita sejarah dahulu yang memperkatakan tentang wanita samada yang baik atau sebaliknya, rasanya saya akan/banyak memaparkan cerita-cerita sejarah dahulu. Bagi anda yang banyak membaca tentang wanita di zaman sekarang ni bolehlah hantarkan artikle anda kepada saya. Bolehlah kita pelbagaikan cerita/artikle di ruang ini. Antaranya tokoh-tokoh wanita hebat yang ingin saya paparkan ialah:

  1. Siti Hawa – Ibu kepada Manusia
  2. Siti Hajar – Ibu bangsa Arab
  3. Siti Maryam – Si Perawan
  4. Siti Aminah – Ibu Rasulalllah s.a.w
  5. Ratus Balqis
  6. Asia – Permaisuri Firaun(keturunan Bani Israel)
  7. Siti Khadijah Khuwalid – Isteri Rasulallah, Ummu Mukminin
  8. Siti Aisyah binti Abu Bakar – Isteri Rasullallah
  9. Rabi’ah Al-Adawiyah
  10. Az-zahraa’ – Si Jariah yang amat di sayangi Raja
  11. I’timad – Si Jariah di zaman Islam Undulus(Sepanyol)
  12. Heridea (wanita Bani Israel yang kejam)
  13. Liya dan Saffura – Puteri Nabi Syu’aib.
  14. Hendon-pemakan hati manusia.

Semoga kita akan mendapat Iktibar dari cerita-cerita ini nanti.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • TAHNIAH ADINDA May 23, 2012
    SELAMAT MEMULAKAN HARI BARU DI IPT BUAT ADINDA KU MOHD ZAID & NURUL SYAKIRAHSEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN KASIH ILAHI […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 26, 2012
    […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Orang Asing. May 26, 2012
    P&P saya terganggu sebentar,GPK HEM meminta sedikit masa."Siapa yang mengejek-ejek Tanmoli tadi,cuba angkat tangan"Saya tahu solan GPK Hem itu tidak akan mendapat respon melainkan semuanya diam. Ya Saya sudah pasti benar,tidak akan.Saya membiarkan GPK Hem meneruskan leteran.Penduduk disekitar sekolah saya mejoriti kaum peribumi. Jawa,banjar dan […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • SAHABAT...KERANA ALLAH KITA BERSUA... May 29, 2012
     Aku bukanlah jelmaan malaikataku hanyalah manusia biasasetiap detik menyentuh dosanamun aku juga hamba Allahsetiap detik mahu menyapu dosa agar hatiku dihiasi pahala.Allah takdirkan kita berjumpabersua mukasama-sama berkongsi rasasama-sama mencari erti bahagia InsyaAllah kita akan temui bahagia Pabila Redha DIA kita jumpa..."Hidup Ini Indah jika segala […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.