Archive for the ‘Sirah Rasullallah’ Category

Sirah Rasulullah(4)

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ku belek-belek buku Sirah Rasullullah. Ku baca buku tersebut untuk menyambung tulisanku di dalam blog ini. Memang sudah lama tidak aku mengupdate tentang sirah nabi kita. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang layak untuk menghuraikan tentang perjalanan hidup manusia teragung ini, manusia yang amat di sayangi dan di sanjungi oleh sekelian makluk Allah ini. Dia juga di anggap manusia paling genius di dunia ini di kalangan ilmuan di barat.

Namun aku ingin berkongsi cerita yang baik-baik, dengan anda yang tidak biasa dengan cerita ini, yang tidak memiliki dan mempunyai buku tentang rasulullah nabi kita yang mulia ini. Mungkin penceritaanku lebih nampak santai berbanding ilmuan atau yang pakar di dalam bidang ini. Memang cara kita berbeza dan tahap ilmu kita juga berbeza dengan itu cara penerima kita juga tidak sama.

Nasihat ku, belilah satu buku tentang nabi kita, kalau tak nak baca sekarangpun tak apa, tapi suatu hari kita pasti memerlukannya.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Kita ikuti kisahnya …

Nabi kita adalah penghulu segala rasul, telah di lahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi Isnin 9 Rabiulawwal(awal tahun Gajah dan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan ulama Agong Muhammad Sulaiman Al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya).

Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Siti Aminah menceritakan: Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam.

Itulah salah satu petanda kebangkitan seorang rasul. Tetapi sebelum kelahirannya juga terdapat petanda-petanda yang lain antaranya, runtuhan Kisra Parsi, terpadamnya api yang di sembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah kerana sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung.

Macamana pulak dengan tanda yang ada pada kita. Dulu-dulu mak bidan atau orang tua-tua suka berikan petanda jugak kalau ada anak yang baru di lahirkan antaranya luas dahi budak ni, mesti pandai budak ni besar nanti, “cantiknya jari-jarinya, panjang dan runcing” dah bosa sok ni mesti kojo jadi pegawai tinggi kato orang nogori. Tu belum lagi tengok kat tapak tangan lagi yang boleh membawa khurafat dan bermacam-macam lagi.

Ni kono buek pulut kuning ni, budak ni asyik menanggih yo ni….

Bila dah bosa sikit, kedokut eh.. la budak ni, dah bosa nanti mesti pandai simpan duit ni. Kalau suka memberi pada orang bila di minta sesuatu yang ada kat tangan budak tu pulak, ni mesti dah bosa ni pemboros orangnya. Kalau cakap suka bersedekah sedap jugak dengarnya. Tak taulah boto ko tidak tapi ado yo yang boto eh.

Oklah. Kita sambung balik cerita nabi kita…

Aminah terus memberitahu datuk Baginda, Abdul Mutalib dan datuknya terus membawa ke Kaabah untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah. Beliau telah memilih nama “Muhammad” kepada cucunya yang mana nama itu tidak pernah ada pada sesiapa pun di kalangan bangsa Arab. Di hari ke tujuh, baginda di khatankan mengikut kebiasaan orang Arab.

Penyusuan awal Baginda Rasulullah s.a.w

Penyusuan pertama selepas ibunya, ialah yang bernama Thuwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab. Ketika itu baginga sesusuan dengan anak Abu Lahab iaitu Masruh.

Ok setakat ini sahaja dulu. Akan bersambung lagi di masa akan datang. Kalau panjang-panjang sangat tak de yang nak baca tambah pulak cerita macam ni. Betul tak?

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Sirah Rasullullah 3 – IBU BAPA RASULLULLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera?

Sambungan siri ke 3, Sirah Rasullallah.

Bapa Rasullallah s.a.w

Abdullah(bapa Rasullallah) mempunyai 10 orang(ada yang mengatakan 13 orang) saudara lelaki dan 6 orang saudara perempuan. Ibunya bernama Fatimah binti Amru bin “Aiez bin Amran bim Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah. Abdullah adalah sebaik-baik anak Abdul Mutalib, sebersih-bersih manusia dan paling disayangi oleh ayahandanya iaitu datuk Rasullallah, Abd al-Mutalib. Beliau telah di gelar anak korban atau anak sembelihan, kerana Abd al-Mutalib telah berjanji jika mereka mempunyai anak lelaki 10 orang, salah seorang akan di undi untuk di jadikan korban/disembelih di Kaabah. Setelah di cabut undi kali pertama di anak panah yang telah di tulis nama Abdullah dan anak-anaknya yang lain, maka anak panah yang tertulis Abdullah yang telah di cabut. Maka ayahnya menghantar Abdullah ke Kaabah untuk di sembelih. Walaubagaimanapun pihak Quraisy melarang beliau berbuat demikian terutamanya bapa saudaranya dari sebelah ibunya. Mereka memberi cadangan untuk membuat cabutan undi dengan mempertaruhkan 10 ekor unta. Sekiranya masih keluar undi Abdullah, hendaklah ditambah 10 ekor lagi sehingga terkena undi atas unta. Maka cabutan pun di buat dan setiap kali cabutan buat nama Abdullah pasti terkena sehingga bilangan unta mencecah 100 ekor barulah cabutan tersebut berubah kepada unta. Dengan demikian mereka menyembelih 100 ekor untuk di gantikan dengan sembelihan Abdullah. Unta-unta tersebut telah di agih-agihkan kepada manusia dan haiwan yang berada di sana. Rasullallah pun pernah bersabda dengan bermaksud:

“Daku ini anak kepada dua korban iaitu Ismail dan Abdullah”.

Manakala ibu Rasullallah ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah Ibni Kilab. Aminah merupakan perempuan termulia di kalangan Quraisy dari segi nasabnya. Tidak lama selepas perkahwinan itu, Abd al-Mutalib telah menghantar Abdullah ke Madinah untuk memperolehi tamar di sana. Beliau wafat di Madinah. Ada juga pendapat mengatakan beliau pergi berniaga di Syam dan singgah di Madinah dalam keadaan sakit lalu wafat di sana ketika berusia 25 tahun. Beliau wafat sebelum kelahirana Rasullullah. Sebaik saje Aminah mendengar berita ini beliau meratap dan menulis syair khas untuk suaminya yang tercinta.

Keseluruhan peninggalan suaminya ialah 5 ekor unta, sekumpulan kambing, seorang hamba perempuan dari keturunan Habsyah iaitu Ummu Aiman dan beliaulah pengasuh Rasullullah s.a.w.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Sirah Rasullullah 2.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bersambung semula dalam bahagian Sirah Rasullullah,

PERSONALITI DAN PERWATAKAN.

Kata ummu Ma’bad: “Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik. Mukanya cerah dan tingkah lakunya amat menarik. Badannya tidak terlalu kurus dan tidak pula terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. Suaranya kuat tetapi tidak keras. Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih. Alisnya tidak terlalu terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi di pisahkan oleh rerambut yang halus. Hujung bulu matanya tajam. Rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan leheernya jinjang”.

Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawasan di sekeliling. Ucapanya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika di dengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap di dengar dan jika di dengar dari jarak dekat suaranya lembut dan lunak.”

Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah sehingga kelihatan hodoh. Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabatnya dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. Para pengikutnya sentiasa menggelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. Dia di beri layanan dengan penih khidmat dan di kasihi, dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar.” Itulah dia Nabi kita Muhammad s.a.w.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Sumber rujukan sirah Rasullallah – Ensiklopedia Sirah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuliah-kuliah Agama, Buku Sirah lain yang ada di Malaysia.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

 

Rasullallah s.a.w Sebelum Kelahirannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terlalu banyak perjalanan hidup orang yang ternama di dunia ini yang kita ketahui dan sangup kita baca untuk motivasi diri kita mungkin. Tapi rasanya ini lebih bermakna untuk kita dalam menghadapi kehidupan ini. Banyak artis, jutawan dan ilmuwan yang telah kita baca perjalanan hidupnya. Tetapi berilah sedikit masa dan ruang untuk kita mengetahui perjalanan hidup Nabi kita Muhammad s.a.w. Telah banyak artikle di akhbar dan majalah yang kita baca setiap hari, namun berilah sedikit masa untuk kita membaca artikle ini untuk mengenali nabi kita s.a.w. Semoga kita salah seorang yang akan dapat syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak. Amin.., amin.. Ya robbil alamin.

Bagi anda yang ingin mempersiapkan diri untuk menjadi Ibumithali saya rasa ini adalah antara perkara yang patut kita ketahui. Bagi kaum Adam, ia juga patut di ketahui kerana anda adalah ketua rumahtangga anda dan patut membimbing dan memimpin ahli keluarga anda.

Saya bukanlah ahli agama tetapi saya ingin mendekati dan mengetahui serba sedikit dalam bidang ini dan ingin mengajak anda bersama saya. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dan hidayah dariNya.

Semenanjung Tanah Arab dan Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung tanah Arab bentuknya hampir empat segi bujur, terletak di tengah-tentah peta dunia. Palestin dan Syria di Utara. Iraq dan Iran di sebelah Timur Laut. Teluk Parsi di sebelah timu, laut Arab dan Teluk Aden di selatan manakala Laut Merah dan Benua Afrika di baratnya. Nabi Muhammad s.a.w semasa di lahirkan, masyarakatnya tersepit antara kekuasaan empayar Rom di barat daya dan kerajaan Parsi di timur laut.

Kehidupan orang Arab suka berpindah randah mengikut kabilah masing-masing dan mereka tidak mempunyai kerajaan pusat. Dengan demikian kerajaan Rom dan Parsi yang berhampiran mereka menganggap Arab adalah jajahan mereka.

Orang Arab mempunyai banyak puak dan kabilah di antaranya Bani Qahtan keturunan Eber(Nabi Ishaq). Bani Ismail keturuanan Nabi Ismail dan adalah putera kepada Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar(wanita Mesir).

Salasilah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Ibrahim di lahirkan di Ur, ibu negeri kerajaan Bablon(Iraq). Baginda telah meninggalkan tanah airnya kerana tidak sukakan kepercayaan ibubapanya dan penduduk negeri tersebut. Dia telah meninggalkan tanah airnya bersama isterinya Sarah dan juga anak saudaranya Nabi Lut.

Nabi Ibrahim menetap di Palastine dan meneruskan dakwahnya di sana. Beliau juga pergi ke Mesir untuk berdakwah supaya menerima Risalah Allah. Dalam Usianya yang tua, dia berdoa kepada Allah supaya di kurniakan Anak yang Soleh.

Nabi Ismail di lahirkan oleh isterinya yang ke dua iaitu Hajar. Ketika Ismail meningkat usia baligh dia menerima berita gembira iaitu isteri pertamanya Sarah melahirkan anak yang di beri nama Ishaq.

Dari keturunan Nabi Ismail ini di kenali sebagai orang Arab dan tinggal di semenanjung Tanah Arab serta Nabi Muhammad s.a.w adalah dari keturunan Nabi Ismail manakala Nabi Ishaq di kenali sebagai Bani Israil yang tinggal di Palestin dan kebanyakan mereka berpindah di serata tempat di seluruh dunia. Akan di sambung… Selepas ini “Gambaran dan Keperibadian Rasullallah s.a.w”.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Sumber rujukan sirah Rasullallah – Ensiklopedia Sirah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuliah-kuliah Agama, Buku Sirah lain yang ada di Malaysia.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • TAHNIAH ADINDA May 23, 2012
    SELAMAT MEMULAKAN HARI BARU DI IPT BUAT ADINDA KU MOHD ZAID & NURUL SYAKIRAHSEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN KASIH ILAHI […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 26, 2012
    […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Orang Asing. May 26, 2012
    P&P saya terganggu sebentar,GPK HEM meminta sedikit masa."Siapa yang mengejek-ejek Tanmoli tadi,cuba angkat tangan"Saya tahu solan GPK Hem itu tidak akan mendapat respon melainkan semuanya diam. Ya Saya sudah pasti benar,tidak akan.Saya membiarkan GPK Hem meneruskan leteran.Penduduk disekitar sekolah saya mejoriti kaum peribumi. Jawa,banjar dan […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • SAHABAT...KERANA ALLAH KITA BERSUA... May 29, 2012
     Aku bukanlah jelmaan malaikataku hanyalah manusia biasasetiap detik menyentuh dosanamun aku juga hamba Allahsetiap detik mahu menyapu dosa agar hatiku dihiasi pahala.Allah takdirkan kita berjumpabersua mukasama-sama berkongsi rasasama-sama mencari erti bahagia InsyaAllah kita akan temui bahagia Pabila Redha DIA kita jumpa..."Hidup Ini Indah jika segala […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.