Archive for the ‘resepi’ Category

Roti Arab

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Resepi ini saya dapat dan belajar dari Kakak Zizah,  salah seorang jiran saya.  Dia adalah antara orang kuat kat surau di kawasan perumahan kami.  Bab memasak ni, kalau kat surau, tak de dia tak sah.

Suaminya pun merupakan salah seorang imam kat surau kami.  Tapi sekarang dia dah jarang datang ke surau sebab suaminya jadi imam ganti(kalau tak silap) untuk masjid Senawang.  Jadi dia pun ikut suamilah selalu ke masjid.  Suaminya bekerja di K.L.  Tapi masih mampu mengikuti dan bertugas di masjid Senawang.  Orang macam ini saya respect dan suka akan cara dia mengatur hidupnya.  Kebanyakan majlis kat masjid, kak Zizah dan suaminya adalah antara orang kuatnya.

Saya sesekali aje ke masjid sebab masih lagi joint program kat surau taman.  Maklumlah majlis ilmu yang macam ni kurang mendapat sambutan di taman-taman perumahan.  Kadang-kadang sedih juga, bila ustaz atau ustazah datang buat ceramah, orang yang datang boleh di kira dengan jari.  Cuba panggil Siti Nurhaliza ke, Mawi ke, rasanya tak cukup tempat orang datang.  Bukan saje surau yang penuh, padang taman ni pun rasanya penuh dengan lautan orang.   Begitulah lumrahnya, kehidupan ini.

Jadi  kalau ada program kat surau tu kenalah datang bagi meramaikan lagi tetamu di surau kami dan yang paling penting “Majlis Ilmu” perlu di hadiri untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita sambung cerita pasal Roti Arab.  Roti Arab ni sesuai di makan dengan kuah kari seperti kuah mee kari.  Kalau nak buat kuah khas untuk roti Arab ni boleh juga, lebih kurang sama macam kuah roti jala.  Jadi bila nak buat majlis atau ada tetamu datang(raya pun dah dekat) bolehlah sekalikan dengan kuah mee kari atau roti jala.

Itulah cara saya,  kalau nak buat majlis(bacaan yasin ke),  kalau nak banyakkan sikit menunya.  Buat kuah yang sama tapi boleh makan dengan berbagai masakan lainnya.  Antaranya seperti Roti Arab dan Mee kari serta sekali dengan roti jala.  Cuma tambah mungkin mee goreng ke, nasi goreng kampung ke serta 1 pencuci mulut dan air.

Roti Arab

700 gram tepung gandum(agak-agak jelah)

1 pek Mauripan

½ sudu kecil garam.

1 – 2 sudu besar majerin(apa sajelah asalkan sama dengan majerin)

3 sudu besar – ½ cawan susu pekat(ikutlah kalau suka manis, lebihkan sikit susunya)

2 – 3 cawan air suam(agak-agak jugak).

Minyak masak untuk mengoreng.

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air.
  2. Gaulkan hinga sebati dan rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh di canai dan di uli.
  4. Biarkan dalam 1 jam.

Setelah 1 jam

  1. Sediakan minyak masak di dalam kuali dan panaskan.
  2. Sementara tu bolehlah bulat-bulatkan tepung tadi seperti nak buat karipap(Tak kisahlah besar mana).
  3. Dan buatlah seperti kita nak buat karipap(rujuk gambar di bawah).

  1. Kepingan-kepingan tepung yang telah di bentuk bolehlah di goreng ke dalam kuali yang telah di panaskan tadi.
  2. Masaklah dengan api yang sederhana supaya ia ranggup di luar dan tahan lama kerangupannya.

Mee kari dan roti arab ni saya buat untuk keluarga.  Jadi 1 hari tak masak, makan ni je dari pagi sampai malam.  Sesiapa yang nak makan nasi makan je lauk baki semalam atau anak bujang tu kalau nak makan  nasi, dia orang masak sendiri, biasanya dia orang masak telur goreng atau ikan bilis goreng bercili dan makan dengan nasi panas.  Manakala sayurnya yang tak payah masak seperti timum, kobis, kacang panjang.  Apa-apa sayur yang boleh buat ulam yang ada kat rumah.  Saya dan suami pun selalu tumpang sekaki lauk mereka.

Selesai

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Sambal Daun Kayu

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Inilah antara masakan yang paling popular dan di gemari di sini. Tapi tak ramai yang tahu dan sanggup membuatnya, terutama sekali golongan muda dan baya-baya saya. Ia tak susah tapi leceh sikit sebab memakan masa yang lama untuk membuatnya sebab kena racik-racik halus daun-daun yang ingin di gunakan. Walaubagaimanapun saya ingin berkongsi resepi ini untuk anda yang suka jalan-jalan cari makan. Di tambah sekarang ni tompoyak masih sedap masih ada rasa manisnya jadi kalau buat sambal ni memang sedap.

Berikut adalah resepinya:

Bahan-bahan utamanya,

Bahan 1

  1. 2 helai Daun kunyit
  2. 5 helai Pucuk labu
  3. 2 gengam Pucuk Ubi
  4. 5 helai Pucuk Kadok
  5. 2/3 batang Serai
  6. Sepapan Petai

* sebenarnya banyak lagi daun-daun kayu yang boleh di masukkan(lihat gambar). Tapi banyak yang saya tak tau /tak kenal namanya sebab saya beli yang siap satu set kat pasar malam kat sini. Jadi tinggal racik-racik je lagi. Kalau kat Kuala Pilah, ada jual yang siap di racik lagi jadi tinggal masak je. Jadi sesiapa yang menjenguk ke Negeri Sembilan ni, carilah kat pasar-pasar malam, tentu ada. Kat sekitar KL pun ada tapi tak tau kat mana sebab kakak ipar saya pernah beli untuk menu kenduri di rumahnya.

Bahan 2

  1. Ikan bilis(banyaknya macam nak masak sayur)
  2. Chilie api(ikut kepedasan anda)
  3. 1/2 keping Asam keping.
  4. Santan 2 cawan
  5. Serbuk kunyit

Bahan 3

  1. 2/3 sudu besar Tempoyak
  2. Garam secukup rasa.
  3. Gula jika perlu.

Cara-caranya:


  1. Racik halus-halus bahan-bahan 1 di atas.
  2. Masukkan santan ke dalam kuali.
  3. Masukkan bahan-bahan 2 dan kacau hingga sebati dan menggelegak .
  4. Masukkan bahan-bahan 1, gaul dan ratakan.
  5. Cairkan tempoyak dengan air atau santan supaya ia tidak berketul atau terkumpul di satu tempat bila di masukkan kedalam kuali nanti.
  6. Masukkan tempoyak tersebut ke dalam kuali yang telah di masukkan daun-daun kayu tadi.
  7. Masukkan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
  8. Kacau dan gaulkan biarkan rata dan sebati di dalam kuali tersebut.
  9. Biarkan hingga kuahnya pekat(tak perlu terlalu pekat/kering, ikut pilihan anda)
  10. Dan dah boleh di angkat.

Dah pun siap. Senangkan.

Cuma leceh sikit sebab nak meracik daun-daun tersebut. Tapi walaupun apa yang kita buat tu susah dan lambat sikit janganlah rasa tertekan dan merunggut letakkan niat nak menyeronokkan hati suami dan anak-anak kerana itukan suruhan Allah. Air tanggan isteri dan ibu tu kan lebih baik dari air tangan mamak ke, mat atau minah indon kat kedai tu kan? Itu adalah satu tarikan untuk suami dan anak kita ingat kita walaupun mereka berada jauh dari kita. Macam kita bila masak tak sedap mesti ingat masakan mak kita, masak benda yang sama tapi rasa boleh rasa tak sama.

Begitulah yang terjadi pada saya, baru balik dari kampung. Wan saya masak Sambal Jering Tempoyak. Suami saya tak puas makan lauk wan saya. Jadi saya buatlah bila balik ke rumah sendiri.

Nak tau apa dia cakap, “tak macam wan buat”. Habih tu macam mono? Air tangan orang tua mana nak sama dengan air tangan orang sederhana tua ni. Senyum ajelah nampaknya.

Wan saya kalau masak bab-bab tempoyak ni memang hebat. Walaupun dah tak larat, tak sangka bila balik dari rumah mak cik semuanya dah siap di masaknya. Kesian wan saya masak sorang-sorang.

Tapi orang Pahang tak tau masak Sambal Daun Kayu ni. Ini bukan masakan dia orang. Ini masakan Orang Nogori Sombilan. Orang Pahang masakan popularnya, Gulai Masam tempoyak ataupun tak de tempoyak pun jadi jugak.

O.klah. Setakat ini sahaja dulu.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Resepi Ringkas dan Petua – Durian

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Hai, sekarang kan musim durian.  Jadi sesuai sangatlah saya memberikan sedikit resepi ringkas dan juga tip untuk menyimpan durian supaya boleh tahan lama.

Saya beri resepi dululah…

Pada saya inilah resepi yang paling senang, cepat di siapkan(jika ada durian kat rumahlah) dan paling sedap jika makan bersama nasi panas.  Tambahan pula sekarang ni, tak perlu nak perah kelapa lagi nak buat santan.  Beli je kat kedai yang telah siap di perah.

Ok,  kita cuba tengok resepi di bawah,

.

Lawa Durian.

3 biji durian(ops.. silap, ulas bukannya biji)

Chilie api

Bawang besar/merah

Santan 1 cawan.

Garam

Letakkan/masukkan durian ke dalam mangkuk.  Masukkan santan yang telah di sediakan.  Bagi yang beli santan yang dah siap di kedai tu, letakkan lebih kurang ½ cawan santan dan tambahkan air masak suam ke dalamnya dan gaulkan hingga sebati.  Tak perlu terlalu pekat.

Bawang besar dan chilie.  Ikutlah banyak mana yang anda suka.  Kalau suka pedas-pedas bubuhlah banyak sikit, kalau suka makan bawang banyak-banyak, potonglah banyak-banyak sikit.  Di potong kecil-kecil dan taburkan di atas santan tadi.  Masukkan garam mengikut kemasinan yang anda ingini. Dan akhir sekali, kacaukan dan ratakan supaya rasanya sebati dan pecah-pecahkan sedikit durian tadi supaya ia bercampur dengan santan tersebut.  Ok dah siap.

Senangkan.

Ia sedap di makan bersama dengan nasi panas dan kalau nak sedap lagi sediakan ikan masin sekali.  Emmm… sehingga menjilat jari.

Cubalah.

Petua-Meyimpan durian supaya tahan lama.

Petua ni wan saya biasa lakukan.  Maklumlah kat Kuala Lipis memang banyak durian.  Wan saya pun ada kebun buahnya, jadi adalah pokok durian sikit-sikit.  Dulu masa masih kecil kalau musim durian wan saya selalu hantar surat suruh balik kampung.  Kalau tak pun pakcik atau moyang saya angkut 1 guni durian untuk di hantar kat kami kat N. Sembilan ni.  Puaslah turun bas naik bas atau turun teksi naik teksi untuk hantar durian pada kami.

Maklumlah kami masa tu memang tak de pokok durian.  Tapi sekarang mak dan abah dah ada pokok sendiri.

Terima kasih Moyang, wan dan pakcik kerana selalu mengingati kami yang jauh.

Moyang saya dah meninggal tapi wan masih ada.

Oklah, begini petuanya..

Kopek/kupas durian dan letakkan di dalam bekas yang mempunyai tutup(bekas aiskrim pun boleh).  Ambi durian yang baik-baik sahaja.  Yang sedikit masam atau dah nak jadi tempoyak tu, jangalah di masukkan sekali.  Tutup dengan kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian atas(bahagian sejuk beku).  Jika anda nak makan, ambillah beberapa ulas dan simpan selebihnya.  Ia akan tahan lama.

Wan saya menyimpan durian tersebut hingga setengah tahun, masih lagi ok.  Masa tu dia nak tunggu mak saya balik sebab nak ajak buat dodol atau wajik(tak pasti, dah lupa).  Ialah diapun dah tua tak larat nak mengacau seorang.  Lagipun mak saya memang pandai masak, jadi dia tunggulah.  Adik beradik mak saya yang lainpun ada dekat-dekat dengan kampung tapi mereka tak berapa pandai jadi tunggulah mak saya balik.  Tunggu punya tunggu, lepas 6 bulan baru boleh balik.  Durian tu masih boleh di guna lagi, masih sedap cuma kena tunggu lama sikit sebab dah beku.

Alhamdulillah.

Ok.  Setakat ini dahulu.  Kami pun nak pergi ziarah wan pada hari sabtu ni.  Dia pun dah uzur, dah bongkok 3 tapi masih kuat dan boleh buat kerja dapur dan masih boleh bercucuk tanam kat sekeliling rumahnya, walaupun jalan perlahan-lahan dan terbongkok-bongkok.  Itulah kehebatan dan semangat orang tua.  Kita agak-agaknya dah tua nanti macam mana?

Jadi, tengah sibuk-sibuk nak siapkan langsir makcik saya yang ada kat Kuala Lipis tu.  Ada masa satu hari lagi nak siapkan langsir.  Nak sambung menjahit rasa boring dan malas pulak, jadi saya teruskan dengan mengetuk-ngetuk keyboard ni.

Baru lepas tunggu anak baca buku dan mengulangkaji.  Hai budak-budak ni, kalau tak tunggu, tak jadi.  Apalah jadinya anak-anak saya ni, kalau tiba-tiba Allah menjemput saya lebih awal dari jangkaan!

Sekarang dah melepasi pukul 12.00 malam.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Masak Lemak Ikan Daun Pisang(Lempeng Ikan)

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Lempeng ikan/Pisang.  Itulah resepi mak mertuaku.  Melihatkan pada rupa dan keadaannya ku rasakan ia bukanlah lempeng.  Padaku tak macam lempeng pun!  Yang ku tahu lempeng tu berbentuk leper dan nipis.

Mula-mula mak mertuaku beritahu nama masakan ini dulu, aku hairan jugak. “Tak macam lempeng pun”  itulah kata-kataku pada mak mertuaku.

Tapi aku tak ingat apa jawapan.  Dah lama, lupa.  Inilah resepi yang paling aku suka dan suamiku maupun anak-anakku, yang mana belum pernah ku jumpa bila pergi ke mana-mana.  Samada bertandang ke rumah sanak saudara, rakan taulan maupun jiran tetangga.  Dan ini jugalah antara resepi yang menjadi kebiasaanku, jika ada tetamu datang ke rumahku.

Jika yang datang tu tinggal di bandar ku sediakan masakan kampung untuk mereka,  seperti lempeng pisang, gulai tempoyak Pahang, sambal gesek dan banyak lagi.  Manakala jika mereka tu datang dari kampung kusediakan masakan moden/bandar untuk mereka seperti ayam golek, pizza, koktail buah-buahan segar dan banyak lagi.

Teringat pulak masa aku berusrah dengan Ustazah Salbiah dulu, aku selalu sediakan masakan yang lain daripada yang lain untuk sahabat seusrahku menjamu selera di rumahku.  Dan inilah juga masakan yang paling Ustazah Salbiah dan Ustaz(suaminya) suka.  Tapi aku terpaksa kurangkan pedasnya, kalau tidak aku yang di perlinya,

“Ini nak bagi orang makan ke?  Atau nak bagi orang sakit perut?  Itulah katanya sebelum ini, jadi taknaklah kena lagi.

Jadi terpaksalah aku kurangkan pedasnya.  Kalau ikutkan orang nogori lagi pedas lagi sodap.  Nak tau, cammana ustazahku masak lemak kat rumahnya, kita masukkan chilie api, dia masukkan daun chilie api(memang di tanam di rumahnya sebab ustaz memang suka bercucuk tanam).  Memang tak rasa masak lemak chilie api, rasa lemak santan aje.

“Dapat bau lado jo,  jadilah”  katanya yang memang terre cakap Negeri Sembilan.

Memang menjadi kebiasaan bagi ustazah Salbiah habis berusrah pasti akan di jamu oleh tuan rumah.  Dan begitulah caranya, kerana bila berusrah di rumahnya pun pasti di jamu anak muridnya dengan makanan yang di masaknya sendiri.  Itu dulu-dulu tapi sekarang tak taulah dia pun dah ada bagunan sendiri untuk programnya.  Jadi dah jarang dia buat kat rumahnya tapi makanan tetap di sediakan.

Aku sebenarnya amat kagum dengan keperibadian Ustazah Salbiah.  Tidak berkira-kira dengan siapa walaupun anak muridnya sendiri.  Sepatutnya kitalah yang menjamu guru tapi dia sebaliknya.  Tapi anak muridnya masih tak boleh ikut cara dia termasuklah aku.  Memang dia seorang yang hebat.  Tapi di dalam kebaikkan yang banyak yang telah di taburkan itu, masih lagi banyak orang tidak suka dengannya. Itulah dugaan menjadi seorang da’ie.  Tetapi walaupun apa yang orang lakukan padanya termasuk anak muridnya sendiri dia tetap sama seperti dulu, kini dan mungkin selama hayatnya.  Semoga Allah sentiasa melindunginya dan semoga Allah memberikan ganjaran yang tak terhingga kepadanya di Alam Akhiratnya nanti.

Dulu, semasa berusrah dengan ustazah Salbiah, aku selalu menjemput ustazah dan jemaah seusrah(perempuan semuanya) datang ke rumahku.  Program Dhuha kami bermula se awal 8.00 am dan selalunya berakhir 10.30a.m ke 11.00 a.m.  Jadi sebelum pukul 7.30 a.m semuanya mesti siap.  Tambahan pula ustazah Salbiah, selalunya dialah orang pertama sampai iaitu sebelum pukul 8.00 a.m lagi.  Sepatutnya anak murid yang tunggu ustazah, ni terbalik dan itulah kenyataannya.  Macamana nak dapat ilmu!.

Nak tau aku macamana, aku kalau ikut program ustazah antara orang yang paling lambat sampai.  Apa alasan yang ku beri.  Anak nak sekolah kena siap dan kena hantar diorang dulu.  Kena pulak masa tu memang ada anak kecil yang selalu ku gendong untuk mengikuti usrah ustazah di setiap pagi.  Tapi itulah alasan yang dia tak nak dengar,  kalau cakap pun, dia cuma senyum aje jadi aku takut nak beri apa-apa alasan.  Cuma beritahu “maaf ustazah, lambat”.

Biasanya, malam sebelum usrah dah mula menyiapkan bahan untuk di masak esok.  Suamiku adalah pembantu tetapku apabila acara begini dan kadang-kadang dua orang anak bujang kecilku juga membantu.  Terima kasih suamiku kerana tidak pernah merunggut dengan keranahku.   Terima kasih juga untuk anak-anak bujangku yang memang rajin ke dapur kalau tak berkenan dengan masakan ibunya(masak sendirilah apa lagi..).

Se awal 2.30 a.m aku dah bangun untuk menyiapkan menu yang ingin ku sajikan kepada tetamu istimewaku yang kebiasaanya melebihi 30 orang.  Tapi sebelah pagi ni, biasanya aku sorang je yang bagun dan selesaikan.

Ialah, yang datang tu bukannya calang-calang orang, Ustazah Salbiah.  Pastilah nak sediakan yang terbaik dan special untuknya.  Guru kita nak datang rumah kita, ia satu kemuliaan bagi ku.  Sape tak kenal Ustazah Salbiah Omar yang biasa bercakap di corong-corong radio dan di layar TV.  Sudah tentu membawa keberkatan kapada tuan rumahnya.

Kebiasaannya sebelum pukul 7.00 semuanya dah siap.  Cuma tinggal lagi masuk ke dalam dulang je. Dan selalunya kitaorang makan berdulang dan itulah sunnah yang di ajar oleh ustazah dan di amalkan di dalam programnya.   Terima kasih ustazah banyak ilmu yang dapat kukutip dan cuba ku amalkan.

Itulah sedikit pengalaman ku bersama Ustazah Salbiah Omar yang ku anggap seperti ibuku sendiri.  Maaf, gambarnya tak dapat ku sertakan kerana masa ku berusrah dengannya aku belum ada blog ni.  Pada masa tu aku memang tak berminat nak bergambar dan mengambil gambar.  Walaupun diaorang sibuk bergambar tapi aku selalu mengelak.  Tapi bila di fikirkan sekarang ni, teras rugi pulak.  Tak pelah tentu ada hikmat di sebalik apa yang dah terjadi.

Ok.lah.  Cukuplah setakat ini aku bercerita.  Ni.. aku nak bagi resepi ni pada sesiapa yang berminat.  Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan nama resepi yang mak mertuaku bagi jadi aku tulislah 2 nama resepi.  Satu nama yang ku beri dan satu lagi mak mertuaku beritahu.  Makku punya resepi, ilmu memasak ni pun dia yang bagi, takkan kita nak potong terus.  Itu namanya tak mengenang budi.

Masak Lomak Ikan Daun Pisang /Lempeng Ikan.

Daun pisang(seperti gambar di sebelah sana)

2 ekor Ikan sungai(paling bagus). Ikan kembung/tengiri/parang pun boleh.

½ biji kelapa kampung/ 1 biji santan ready made yang ada kat kedai.

Lada api(serasa anda)

1 helai Daun kunyit

Kunyit(2 sudu kecil)

1 keping Asam keping.

Garam serasa anda.

Cara membuatnya.

Ikan sungai hendaklah di siang dahulu dan di rendam dengan air asam jawa/asam keping/air beras untuk menghilang bau hanyirnya.  Santan hendaklah di perah dengan air yang sedikit, untuk mendapatkan yang pekatnya sahaja.

Lada tu tumbuklah/blend mengikut serasa kepedasan anda.  Kalau ikutkan orang nogori lagi pedas lagi sedap. Kunyit tu guna yang sebuk tapi kalau guna kunyit hidup lagi bagus.  Ikutlah sukatan yang biasa anda gunakan.

Panaskan kuali dan letakkan daun pisang(gunakan daun pisang yang ada batang di tengahnya).  Biarkan ia layu sedikit.  Masukkan ikan dahulu kemudian masukkan santan, lada api, kunyit dan gaul/kacau hingga kuahnya sebati.

Jangan di tekan-tekan daun tersebut biarkan dia turun sendiri ke lantai kuali tersebut.  Kalau nak tekan pun, tekan di bahagian batang tengahnya.

Kalau anda suka berkuah lebihkanlah sedikit kuahnya.  Bagi saya, memang suka banyak kuah.  Maklumlah anak ramai.  Masukkan asam keping dan daun kunyit(hendaklah di koyak-koyakkan).

Sambil tu, sentiasa tengok dan kacau hingga kuahnya pekat. Dan akhir sekali baru letakkan garam(ikut sunah rasullallah).   Kalau mak mentuaku dia akan tunggu hingga kuahnya betul betul kering, hanya tinggal yang melekat-lekat kat ikan tu saja baru dia angkat.  Itu sebabnya di namakan lempeng kot.  Sebab dah tak de kuah yang tinggal.

Yang masih baru di letakkan ikan.  Daun pisangnya masih hijau lagi.

Kalau nak hidang, angkat daun tu ke dalam pinggan.  Angkat pelahan-lahan supaya tak koyak di bahagian tengahnya.  Kemudian bolehlah di potong bahagian daun yang terlebih lebar supaya ia kelihatan cantik bila di hidangkan.

Yang ini dah di angkat dan guna ikan kembung.  Tapi Ikan sungailah paling sedap kata orang Nogori. Hidangan ni untuk keluarga sendiri jadi tak de hiasan-hiasan tambahan.  Nampak macam tak berseri jekan?  Tapi belum rasa belum tau…

O.K.  Selamat mencuba.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Ikhlaskah aku selama ini?

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Pizza Nisha.

Untuk Doh

1.       Tepung 1kg
2.       Mauripan 1 paket.
3.       Sosej(betul tak ejaannya main taram je) 3 batang
4.       Sesudu besar  gula
5.       Sesudu besar garam
6.       3 sudu besar majerin(kalau bukan majerin pun sebut majerin jugak sebab dah terbiasa dari kecik lagi)
7.       2 – 3 cawan air (lebih kuranglah macam nak buat karipap tu, kalau dah terlebih air tambah tepung    sikit-sikit, kalau masih bertepung tambah air sikit-sikit).

  • Kalau nak buat sikit je, bahagikanlah semua mengikut pembahagian yang telah di buat. Contahnya nak buat ½ kg tepung jadi yang lain tu pun setengah jugalah.

Cara menghasilkannya.

Campurkan semua bahan no.1 hingga no.6, gaulkan sehingga sebati/serata.  Masukkan air(sebaiknya air suam jadi cepat sikit doh tu naik). Saje aku tambah sosej pada dohnya sebab nak bagi berbeza sikit daripada pizza yang lain dan ini juga idea dari suamiku, jadi ku cubalah. Ulilah seperti kita menguli karipap atau roti tapi jangan lama-lama sangat, kata chef Wan nak buat pizza tak perlu uli lama-lama nanti … lupa pulak apa sebabnya tapi memang dia cakap macam tu dalam satu siaran dalam tv suatu masa dulu, semasa aku baru-baru nak cuba buat pizza.

Masa tu aku masih kerja lagi dan satu lagi kata-kata chef Wan yang akan ku pegang sampai sekarang tentang masakan ni ialah “kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita jadi kita boleh buat ikut apa yang kita hendak”  Jadi jangan takut untuk mengubah dan mencuba sesuatu yang baru. OK, kita teruskan,,,

Biarkan selama 1 jam atau lebih untuk menaikkannya atau mengembangkannya.

Sementara tu sediakan bahan-bahan dibawah.

  1. Sosej(kalau nak senang potong-potong je), daging/ayam/udang/daging burger(pilihlah yang mana berkenan).  Kalau daging burger kene masak dulu macam nak masak burger.  Kalau daging/ayam potong dadu dan rebuslah dulu supaya ia lembut dan masak.  Kalau udang tak perlu buat apa-apa bersihkan saje.
  2. Bawang besar di potong dadu – 1 labu
  3. Nenas/cendawan butang(dalam tin)- pilih salah satu
  4. Chilie besar di hiris-hiris
  5. Keju(mojarella dan apa-apa keju yang halal) Kalau nak macam bertali tu gunalah keju yang sesuai untuk buat pizza tapi kalau tak kisah, guna keju yang makan dengan roti tu pun boleh.
  6. Tomato paste
  7. Secubit garam
  8. Sesudu minyak(kalau tak bubuh pun tak apa)
  9. Italian Herbs/marjoram( masukkan sehingga ada rasa dan bau macam kita beli pizza kat pizza hut tu)

Teruskan dengan cara di bawah,

Bahan no.6 hingga no.9 hendaklah di masukkan sekali dan di gaul hingga sebati.

Setelah 1 jam, doh tadi bolehlah di letakkan di dalam bekas untuk membakar pizza atau apa-apa saje tempat untuk di bakar.  Tak perlu beli tempat khas untuk buat pizza, tutup periuk aluminium tu pun boleh.  Macam mak-mak kita kat kampung atau masa nak buat kuih raya dulu guna tutup periuk je.  Sorrylah bagi mak anda yang dah moden atau yang lebih senang mungkin tidaklah, tapi masa aku kecik-kecik dulu macam tulah mak aku buat.

Ratakan selebar bekas anda dan kalau boleh biarlah doh tu tebal sikit sebab ada sosej di dalamnya.  Kalau doh tebal saya nasihatkan anda membakar doh tu dulu sehingga separuh masak(dalam 10-15minit), lepas tu baru teruskan dengan yang lain.  Takut nanti tepung untuk doh tu tak cukupa masak.

Teruskan…  Letakkan  tomato paste yang telah di campurkan/digaulkan bersama yang lain tadi, dan sapukan sama rata di atas doh tersebut.  Letakkan bahan-bahan no.1 hingga no.4 di dalam Loyang anda.  Taburkan sama rata di bahagian atas tomata paste tu,

Kemudian, masukkan keju yang telah di hiris-hiris dan ratakan di seluruh kawasan Loyang tadi.  Akhir sekali jika masih ada lebihan tomato paste tadi letakkan di atas  sekali.

Bakarlah dengan suhu kepanasan 170°C selama 15-20 minit.  Jangan terlalu lama nanti kejunya tak  bertali dan menjadi keras.

Tengah menaburkan/meletakkan keju.

Selamat mencuba.

Lega rasanya, bolehlah aku menyambung penulisanku di dalam blog yang tidak sampai setahun lagi ini, setelah aku menyiapkan satu tempahan yang baru ku poskan semula semalam. Tempahan langsir paten Scallop Tradisional yang di beri tempoh selama seminggu sahaja untuk aku siapkan.  4 set semuanya.  Alhamdulillaa..h.

Tempahan yang telah ku siapkan dan di masukkan  ke dalam kotak untuk di poskan.

Tak taulah kenapa aku sanggup menerima tempahan melalui pos sahaja dan terpaksa menangguhkan tempahan yang sedia ada.  Maklumlah yang lain ni lambat lagi nak di gunakan.  Kata mereka untuk raya nanti.  Manakala ebookku yang ke tiga masih lagi belum selesai untuk semakkan kali ke 3.  Maaflah bebanyak, ada yang bertanya melalui email bila ebook ku nak keluar tapi masih tak keluar-keluar sampai sekarang.  Masih lagi dalam semakkan dan semakkan tu pulak tergendala…

Dalam kesibukan itu, sempat juga aku memasak dan meyediakan pizza untuk hari jadi anakku Abdul Sodiq(27 May) dan satu-satunya anak perempuanku Siti Aisyah(17 May).  Ku buat sekali arung je jadi, dapatlah juga aku paparkan resepinya di blog ini.

Entahlah…, semuanya ku sanggupkan sahaja.  Apakah yang ingin ku kejar? Semua benda aku nak buat dan akhirnya semuanya sekerat jalan.

Inilah juga menjadi  kemarahan suamiku.  “Semuanya nak di buat dan semuanya yang di sanggupkan dan akhirnya diri sendiri yang susah” Itulah kata-kata suamiku.

Mungkin suami ku marah padaku kerana akhirnya dia dan anak-anak akan terabai.  Ya, memang serba sedikit tugasanku sebagai isteri dan ibu akan terabai dan terjejas.  “Nak duduk rumah buatlah cara duduk rumah”.

Mungkin itu sambungan daripada apa yang ingin suamiku sampaikan.  Itu cuma telahan aku sahaja dan tak pernah keluar dari mulutnya pun.  Sesekali aku dapat rasakan suamiku tidak berapa setuju dengan caraku, cuma dia tidak meluahkannya kepadaku.

Ya, ikhlaskah aku selama ini?   Ikhlaskah aku untuk berhenti kerja suatu ketika dahulu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama dan untuk mendidik anak-anakku.  Berjayakah aku mendalami ilmu agama? Berjayakah aku mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang berguna untuk agamaNya?  Ikhlaskah aku apa yang ku lakukan selama ini atau ada sesuatu yang ingin ku buktikan? Apakah ingin ku beritahu semua orang bahawa aku ini serba boleh? Apakah yang ku lakukan ini semata-mata kerana Allah atau kerana sesuatu selainNya?  Yang pastinya jawapannya bercampur aduk.  Ini bermakna aku belum lagi mencapai tahap ikhlas di sisi Allah.  Memang dengan manusia aku boleh mengatakan aku ikhlas melakukannya,  aku boleh menipu dan aku boleh beri pelbagai alasan tapi… dengan Allah?  Allah tahu segala-galanya.

Aku selalu mendengar di dalam radio IKIM “Barangsiapa mencari redha Allah dengan marahnya manusia kepadanya, segala urusannya nescaya Allah sentiasa bersamanya tetapi barang siapa mencari redhanya manusia dengan marahnya Allah, maka urusannya itu di serahkan kepada manusia”.  Begitulah lebih kurang kata-kata tersebut tapi tak sempat aku nak menyalinnya.

Adakah aku di dalam golongan mencari redhanya manusia?

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Coklat Special

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Kali ini juga saya menyediakan artikel tentang resepi/tip untuk anda semua. Kerana ia lebih mudah di sediakan/ditulis dan tidak perlu banyak merujuk dan berfikir kerana semuanya dah ada di dalam kepala. Kalau yang lain seperti meneruskan menyambung cerita sirah Rasullallah saya terpaksa merujuk buku, takut-takut nanti tersalah fakta. Al- maklumlah saya bukannya ustazah sekadar suri rumah yang ingin berkongsi cerita tentang Rasullullah, demi menambahkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah ini. Nantilah saya akan sambung semula cerita tersebut bila ada kelapangan.

Maklumlah sekarang ni saya cuba menyiapkan ebook saya yang bakal saya keluarkan tak lama lagi. Terpaksa juga menyiapkan tempahan langsir anak buah saya yang baru pindah rumah sendiri serta tempahan tudung batik daripada kawan yang ingin kenduri kahwin anak perempuannya pada musim cuti sekolah ini. Ebook tu dah siap tapi banyak pula yang perlu di perbetulkan dan di tokok tambah. Sendiri tulis/buat dan sendiri cek jadi kadang-kadang tak perasan mana silapnya. Dah baca 2/3 kali baru perasan dan masih ada silapnya. Seperti juga kita manusia biasa ni, selalunya kesilapan sendiri tak nampak dan susah untuk kita perasan. Kalau tak de yang tegur lagilah tak perasan. Tapi sekarang ni susah nak cari orang yang suka menegur kita. Yang banyaknya memuji dan membodek. Bila di tanya semuanya o.k. Tapi belakang-belakang hemtam kita. Kita pulak, kebanyakkannya terlalu susah menerima teguran. Bila di tegur tak mengaku salah atau cuba menegakkan diri walaupun ia salah. Itulah perangai kebanyakkan manusia. Harap-harap saya bukan dari golongan di atas.

Di sini saya ingin memberi anda satu resepi/tip cara membuat coklat sendiri dan ia sesuai untuk membuat toping untuk kek. Di tambah pula semalam saya baru buat kek coklat, jadi saya berikan resepi menghasilkan coklat sendiri. Resepi ni saya cuba sendiri. Beberapa kali mencubanya ada masa ia terlebih tepung jadi macam kuih talam. Ada masa rasa tawar, ada masanya pahit. Namun akhirnya berjaya juga saya menghasilkan resepinya. Tidak jauh bezanya coklat yang saya buat dengan coklat masakan yang kita beli kat kedai tu. Cubalah. Anak saya yang kecil-kecil tu pun suka makan lebihan coklat yang ada kat sudu dan tepi-tepi periuk tu. Selepas saya selesai meletakkan di keseluruhan kek tu, dia oranglah tukang habiskan lebihan yang ada. Untuk resepi keknya rasanya tak payahlah sebab nanti saya akan jual Tepung Kek Coklat Lembap untuk anda. Lebih senang menghasilkannya, anda perlu tambah telur, air suam dan minyak masak sahaja sebelum anda membakarnya. O.K resepinya adalah seperti berikut:

Coklat masak sendiri.

3 sudu besar serbuk koko.

3 sudu besar serbuk milo.

3 sudu besar minyak masak.

3 sudu besar susu tepung.

3 sudu besar susu pekat.

3 sudu besar gula.

1 sudu besar tepung jagung(kurangkan ke 1/2 sudu pun ok gak).

2 cawan air.

Cara menghasilkannya.

Masukkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk. Gaulkan hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga rata dan supaya tidak berketul-ketul. Kalau berketul-ketul gunakan tapisan dan tapislah ia ke dalam bekas lain. Setelah selesai masukkan bancuhan di dalam periuk kecil untuk di masak. Masaklah menggunakan apa yang sederhana dan sentiasa di kacau hingga pekat seperi pekatnya coklat untuk masakan yang biasanya kita beli dan kita kukuskan. Dah pun selesai dan bolehlah anda letakkan di sekeliling kek yang telah anda buat.

Cubalah saya pasti anda suka dan tak perlu membeli coklat masakan di kedai lagi, yang mana harganya boleh tahan juga mahalnya. Kalau buat sendiri kosnya berkali-kali ganda kurangnya dari harga coklat yang di beli. Di tambah sekarang ni coklat pun ada akstrak dari babi di dalamnya untuk menambah sedapkan lagi rasa coklat tersebut. Jadi kalau nak belipun berhati-hatilah. O.k. SELAMAT MENCUBA.

kek coklat

Kek coklat lembab bersalut hirisan badam yang baru saya buat semalam pada 27hb April 2009. Maaflah coklatnya melepet sikit kat lantai. Maklumlah anak sekali tolong. Hitam warnanyakan. Nak tau rahsianya? Kene tambah kichap masin sikit kat air suam jadi tak perlu guna garam secubit yang biasa yang dikatakan oleh chef-chef dalam tv tu.

Sebenarnya saya memang berminat memasak dan bercita-cita juga ingin membuka kedai makan sendiri. Tetapi memandangkan anak-anak masih kecil dan ada yang sedang meningkat remaja saya pendamkan aje niat tu. Biasalah kalau berniaga makanan ni perlukan perhatian yang lebih sikit. Takut-takut nanti anak terabai. Duit banyak tapi anak tak jadi orang buat apakan? Lainlah kalau memang duit memang betul-betul banyak untuk modal berniaga, jadi semuanya pekerja yang uruskan, bolehlah. Sesekali je kita menjenguk kat kedai. Kalau macam tu tak pe lah. Tapi memandangkan dana pun tak cukup. Jadi cukuplah apa yang ada sekarang. Manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang ada begitu juga dengan saya ni, tak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Semoga Allah sentiasa melindungi dan mengampunkan dosa-dosa saya di atas ketamakan perkara-perkara duniawi. O.K lah setakat ini sahaja dulu.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Nisha.

Makanan Halal lagi Suci.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Oleh kerana ayah kepada Nik Nurmadihah memperingkat kita tentang makanan dari sumber yang halal dan tidak syubaha’, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini cerita dan resepi yang boleh kita buat sendiri untuk keluarga kita iaitu nasi impit segera.  Sebelum itu saya ingin berkongsi cerita dahulu. Sebagai seorang wanita dan ibu kepada 5 orang anak, saya sememangnya suka menghasilkan berbagai resepi sendiri dan mencuba berbagai resepi samada makanan tradisional mahupun makanan barat.  Saya juga seorang yang pemakan tapi nasib baiklah badan saya tak gemok.  Sederhana je tidak kurus dan tidak gemok.  Sesuailah dengan usia awal 40 an.

Memang dari sebelum kahwin lagi saya suka mencuba berbagai resepi samada masakan maupun kuih muih.  Di tambah pula sekarang ni, pengaruh makanan barat pun telah menular di Malaysia seperti KFC dan pizza.  Saya sendiripun terpengaruh dengan budaya itu.  Namun demikian sejak saya mempunyai kesedaran, saya tidak lagi membeli barangan tersebut.  Ya, 5 /6 tahun yang lalu sememang saya tidak lagi membeli KFC dan PizzaHut tetapi sejak anak saya meningkat remaja(2 tahun kebelakangan ini) saya terpaksa mengorbankan sedikit prinsip saya.  Saya terpaksa akur dengan kehendak mereka tetapi dengan syarat membeli makanan tersebut setahun sekali sahaja.  Namun sejak bermulanya memboikot makanan dari US dan Israel belum lagi saya membeli produk tersebut.  Tapi sekarang saya hanya buat sendiri samada pizza maupun ala-ala kfc.  Itupun diaorang merunggut tak sama macam makan kfc atau pizzahut.

Memang jiwa remaja sekarang ini berbeza dari dulu.  Terlalu mudah terpengaruh dengan apa yang ada di depan mata.  Terlalu ingin mengikut peredaran zaman.  Saya dulu pernah remaja juga tetapi rasanya tidak seperti mereka.  Ya, mungkin bezanya, dulu ibubapa saya tidak mampu jika di bandingkan dengan ibubapa mereka(saya dan suamilah).  Namun demikian saya tidak pernah melipahkan mereka dengan kemewahan jika di bandingkan dengan kawan-kawan mereka.  Suami saya pun bukanlah orang yang berjawatan tinggi sekadar cukup makan aje. Mungkin juga pemakanan yang kami berikan pada mereka membuatkan mereka jadi begitu.  Semuanya di beli tiada yang di tanam dan di hasilkan sendiri.  Cuma memasak tu memanglah saya yang memasak.  Kami jarang makan di luar.  Dalam satu tahun mungkin adalah 2/3 kali.  Semasa saya berkerja dulupun macam tu juga.  Malah saya sendiri bawa bekal dari rumah dan suka menjamu kawan-kawan dengan bekal yang saya bawa.

Bila bercakap tetang makanan dari sumber yang halal lagi suci ni, teringat pula pada makcik saya.  Dia seorang suri rumah dan suaminya seorang anggota polis.  Pada saya mereka bukanlah orang yang wara’ tetapi mereka rajin dan bertanggunjawab.  Suaminya, memang saya tabik.  Seorang yang rajin, walaupun bekerja dan tinggal di berek polis, tetapi bila masa yang terluang di gunakan untuk bercucuk tanam.  Cari mana-mana tanah yang terbiar.  Jadi sayur-sayuran jarang membeli.  Manakala ikan pun macam tu juga kerana pergi memancing.  Ayam pun begitu juga pergi kehutang menembak ayam hutan(tinggal kat Pahang jadi masih banyak lagi ayam hutan dan sesekali dapat landak ke, kancil ke, kijang/rusa).  Sesekali bila nak makan makanan laut barulah dia beli.  Sampai sekarang dia masih macam tu di tambah pula dah balik kampung dan buat rumah kat tanah sendiri jadi lagi senang.  Ayam pun dia bela jadi nak makan ayam ke, telur ayam ke, tak payah beli.  Kalau pergi rumah dia bermacam-macam sayur yang di bekalkan.  Anak-anak dia pun macam mereka juga, rajin-rajin belaka walaupun tengah remaja sekarang ni.  Semuanya masih belajar lagi.  Tapi nampaknya tak mudah terpengaruh dengan gejala yang ada di sekeliling mereka.  Mereka tak suka berkawan dengan orang yang tak tentu arah dan tak suka keluar melepak tak tentu arah.  Nampak tak de masalah je mak cik saya ni dalam hal mendidik anak-anak.  Semua anak-anaknya tak merokok walaupun ayahnya merokok.  Bukannya mereka di larang berbuat demikian tetapi kehendak sendiri.  Tetapi berbeza dengan anak saya.  Semuanya terpaksa saya control dan pantau.  Kalau tidak tak tau apa jadi dengan mereka.  Nasib baik jugalah anak saya tak melawan cakap saya. Kalau saya atau abahnya, tak bagi keluar mereka tak keluar. Alhamdulillah ada juga baiknya.  Semoga Allah sentiasa menjaga kami sekeluarga.  Makcik saya kata, sehingga hari ini kfc dan air berkabonat tak pernah masuk dalam rumahnya.  Tak pernah beli melainkan dia di hidangkan dengan makanan tersebut, dia dapatlah rasa.

Di sini bolehlah saya buat kesimpulan, memang makanan dari sumber yang di yakini kehalalannya dan kesuciannya membawa berkat pada keluarga kita.  Seperti saya walaupun masak sendiri sayurnya, ayamnya, dagingnya semuanya di beli.  Sayurnya entah macammana,  kalau cina yang tanam sedia maklumlah ajelah.  Kalau ayamnya pula sembelihan macammana dan macam-macam lagi.  Di tambah pula sekarang ini berbagai perkara dah terbongkar.  Kita ni, Ustaz/ustazah bukan, suka bercucuk tanam pun bukan jadi siapalah kita ni.  Apa yang boleh kita buat untuk memberi keberkatan pada keluarga kita.  Di tambah pula baru sekarang kita sedar tapi kita dah makan benda-benda tu berpuluh-puluh tahun.  Kalau dah sedarpun, masih membeli, cuma kena berhati-hati sikit.   Cuma doa kepada Allah yang boleh kita panjatkan supaya anak-anak kita selamat semasa bersama kita ataupun di luar pengetahuan kita. Seperti juga yang di katakan oleh ustaz Zaharuddin.net, dengan cara memperbanyakkan bersedekahlah antara perkara-perkara yang boleh mensucikan perkara-perkara yang syubaha’.

Oleh itu berusahalah supaya kita boleh memperbanyakkan bersedekah.  Sedekah juga tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja, banyak cabang sedekah.  Nantilah di masa-masa akan datang kita cerita pasal sedekah pula.  O.klah di bawah ini saya berikan resepi cara membuat nasi impit segera.

Nasi Impit segera.

  1. 3 Plastik pembungkus barang(berukuran ±5 inci x 7inci-saiz yang lain pun tak pe tapi yg ni paling ngam).
  2. 3 put beras(guna put rice cooker dan gunakan beras yang lembut).
  3. Daun pandan(sebagai pewangi).
  4. 1 sudu besar Garam(jika ingin rasa sedikit masin).
  5. ¾ air dari periuk yang ingin di gunakan.
  6. Staple atau tali pengikat.
  7. 1 bilah jarum peniti.

Cara menghasilkannya.

Gunakan rice cooker atau periuk dan masakkan air mengikut sukatan di atas.  Sementara itu, masukkan setiap satu put beras kedalam setiap plastik.  Basuhkan beras tersebut dengan menggoncangkannya dengan air  di dalam plastik tersebut.  Sediakan ruang kosong untuk beras tersebut mengembang sekali ganda dari beras yang telah di isikan tadi.  Lipatkan bahagian atas sebanyak 2 / 3 kali dan staples di sepanjang lipatan tersebut.  Atau jika anda menggunakan tali(jangan gunakan getah gelang) ikatkan sahaja di bahagian yang telah anda tandakan(1 x ganda ruang kosong dari isi beras).  Setelah selesai melipat atau staple, cucukkan dengan jarum peniti di sekeliling plastik tersebut.

Air yang telah di jerang tadi hendaklah di masukkan dengan daun pandan dan garam.  Daun pandan ini akan mengekalkan bau nasi impit anda manakala garam untuk menambah sedikit perasa masin pada nasi impit anda serta nasi impit anda tahan lebih lama daripada biasa.  Masukkan paket plastik tadi ke dalam air panas tersebut.  Biarkan ia lebih kurang selama 1.5 jam hingga ke 2 jam.  Jika air rebusannya kurang tambahlah lagi sehingga masak.  Ia juga bergantung pada beras anda jika beras yang mudah lembik maka lagi cepat ia boleh di angkat.  Setelah selesai angkat nasi impit tersebut dan ratakan supaya ia kelihatan cantik.  Biarkan ia sejuk.

Cubalah.  Saya sendiri mencuba beberapa kali baru betul-betul menjadi kerana ia bergantung kepada jenis beras yang digunakan.  Oleh kerana saya sering bertukar jenama beras jadi hasilnya pun tak menentu.  Tapi sekarang dah o.k walaupun dari jenis beras yang lembut atau keras, kerana dah dapat agak macammana nak buat.  Jadi jika pertama kali buat, ia tidak menjadi tak apa, cuba lagi.  Kalau tak menjadi anda boleh guna nasi tersebut untuk di tukar menjadi bubur nasi.  Anak-anak anda tentu suka jika sesekali makan bubur nasikan?.  Jadi taklah membazirkan?

Nasi impit boleh di makan bersama kuah kacang, rendang, sup ayam maupun sayur lodeh.  Saya sarankan jika anda membuat kuah kacang masukkan ketulan ayam di dalam kuah tersebut.  Anak-anak anda tentu suka.

O.klah setakat ini saje dulu.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Nisha.

Resepi-Ayam golek/Panggang

Assalamualaikum dan salam sejahtera?

Apa khabar?  Bagaimana dengan puasa anda semua.  Kita telah pun dipertengahan Ramadhan.  Macammana anda semua menghadapinya.  Masih lagi pergi bersolat tarawikh terutamanya kaum adam di surau atau masjid?  Al-maklumlah dah pertengahan ni, biasanya surau atau masjid dah mula berkurangan.  Teruskanlah bersolat di masjid atau surau kerana ia merupakan amat-amat di tuntut untuk kaum adam walaupun tidak jatuh wajib hukumnya.  Manakala bagi kaum hawa, masih ada kelonggaran jika tak pergi bertarawikh.  Masih boleh buat sendiri di rumah.  Bagi saya ni, dah masuk tahun ke tiga tak pergi bertarawikh di surau.  Tapi Insyaallah masih buat di rumah.  Maklumlah saya ada 2 orang anak kecil yang perlu di beri perhatian dan penjagaan yang rapi(inilah alasan yang menjadi kepantangan bila di dengar oleh ustazah Salbiah Omar).  Di tambah pula saya mempunyai 2 orang anak yang awal remaja jadi saya menggalakkan suami dan anak-anak remaja lelaki saya pergi ke surau.  Kalau nak di ikutkan memanglah mereka boleh tolong dan nak tolong jagakan adik-adik mereka yang kecil ni tapi saje je saya tak suruh sebab tak nak mereka duduk di depan tv sambil jaga adik-adiknya.  Di bulan Ramadhan ni kenalah kurangkan sikit menonton tv.  Betul tak?

O.klah, sebenarnya saya bukannya nak bercelotah pasal perkara di atas tapi nak bagi resepi untuk anda yang suka memasak sendiri.  Seperti yang saya janjikan dulu saya nak bagi resepi ayam golek/panggang.  Ia sesuai mungkin sesekali untuk buat sedikit masakan special untuk keluarga di bulan puasa ni terutamanya jika kita mempunyai anak remaja dan anak kecil yang suka makan ayam.  Juga untuk menggalakkan anak-anak kecil kita berpuasa dengan memberi ganjaran yang mengembirakan mereka apabila berbuka nanti.  Sesekali bolehlah buat tapi selalu sangat nanti takut jadi membazir pula.  Al-maklumlah di bulan puasa ni bukannya untuk membazir dan bermewah-mewah dengan makanan, nanti takut-takut menyebabkan kurang pula pahala puasa kita.  Anda juga boleh mencubanya jika jadi ayam golek bolehlah menjamu tetamu di Hari Raya nanti.  Maklum jelah kalau tak biasa buat, sekali buat bukannya terus jadi.  Kita kena mencuba berkali-kali baru emm! enaknya sehingga menjilat jari.  Sama juga seperti kita belajar benda lain seperti buat blog ni.  Bukannya sekali buat semuanya dah cantik, dah bagus dan memuaskan hati orang lain.  Betul tak?  kalau kita perasan dah o.k pun bila tanya orang lain tentu ada yang tak kena kan.  Di tambah pula bila kita tanya sifu kita, mesti ada komen.  Betul tak en. Zul?  Apa macam en. Zul, saya punya blog ni dah boleh promosi ke kat khalayak ramai?

O.klah melalut pulak ke tempat lain.  Begitulah kalau dah masuk umur 40an, banyak sangat coloteh.  Pusing-pusing tempat lain dulu baru sampai ke destinasinya. Di bawah ini rupanya ayam golek/panggang yang ingin saya berikan resepinya.  Maaflah sebab ayam ni saya tak letakkan sebarang hiasan sebab saya masak untuk keluarga.  Kalau di letakkan hiasan membazir je, tak di makan pun.  Tapi kalau untuk tetamu /penggantin biasanya saya letakkan sedikit hiasan.

ayam golek/panggan nisha

Paling bagus kalau buat ayam golek ni cepat nak basuhnya tak seperti ayam yang di potong kena basuh satu persatu tapi ayam golek sekali je kena basuh.  Senang je nak buatnya, gerente masak dan lembut ayamnya.  Tak percaya! cubalah. Tapi yang penting sosnya kalau sedap sosnya maka sedaplah yang lain.  Berikut ialah resepinya.

Ayam Golek/Panggang

a. 1 ekor ayam(lebih kurang 1.5 kg – 2 kg). Di bersihkan dan di basuh.

  1. Halia(1 inci), bawang putih(5 ulas)
  2. bawang merah (3 ulas)
  3. garam(1sudu makan)
  4. kicap manis/masin(3 sudu makan)
  5. madu jika ada(3 sudu makan).

* Kesemuanya hendaklah di tumbuk/kisar.

b. asam jawa sekepal

c. Caranya:

  1. Gaulkan bahan yang di tumbuk/kisar tadi bersama dengan asam jawa.  Sapukan ke seluruh ayam.  Masukkan juga di bahagian dalam dan bawah kulit ayam.  Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam tapi sebaiknya semalaman(masukkan ke dalam peti sejuk).
  2. Setelah di perap sediakan tempat kekusan dan panaskan air.  Masukkan ayam di dalam kukusan tersebut lebih kurang 1/2 jam/sehingga ayam masak(seakan-akan kulit ayam sedikit terkopek dari asalnya).
  3. Setelah siap di kukus, bakarlah di dalam oven(30 – 45 minit bersuhu 170% c) atau di atas dapur pembakar sehingga keperangan.  Sebaiknya sebelum di bakar sapukan kicap dan madu di seluruh badan ayam tersebut.

SOS ayam golek/panggang

Bahan-bahannya:

  1. Daun limau purut(3 – 5 helai)
  2. Serai(3 batang) – di titik.
  3. Limau kasturi – 1 biji – 3 biji.
  4. minyak masak( 1/2 – 1 cawan) kalau nak kurangkan kolestrol kurangkan penggunaan minyak.

berikut bahan-bahan yang di kisar.

  1. Halia 1/2 inci
  2. Chile kering segengam
  3. 11- 21 ulas chile api (jika nak pedas lagi)
  4. Bawang putih(3-5 ulas)
  5. Bawang merah/besar(5-7 ulas/ 1 biji)

berikut bahan-bahan tambahan:

  1. Chilie sos( 1 cawan)
  2. Gula 3 sudu makan
  3. kicap masin 7 sudu makan
  4. garam secukup rasa.

berikut bahan-bahan untuk hiasan jika perlu.

  1. chilie besar (hijau) di hiris halus dan panjang.
  2. Halia di hiris halus dan panjang.

Caranya:

Masukkan minyak masak ke dalam kuali.  Setelah panas tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar tadi bersama serai hingga naik baunya.  Masukkan bahan-bahan tambahan satu persatu hingga selesai. Masukkan daun limau purut. Masukkan air limau purut setelah apai di padamkan dan akhir sekali masukkan bahan-bahan untuk hiasan. Gaulkan hingga sebati untuk air limau purut dan bahan hiasan yang lain.

Letakkan ayam tadi di bekas yang sesuai dan letakkan sos di sekeliling dan atasnya.  Ikutlah cara anda sendiri untuk menghiasnya.  Ok, jemputlah keluarga anda untuk merasa masakan anda.

O.K. Selesai.

SELAMAT MENCUBA

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam


Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.