Archive for the ‘resepi’ Category

Tepung Pelita berperasa Labu.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Beberapa hari saya tidak menjenguk blog ini, sudah ada benda asing yang memasuki blog ini.  Mohon maaf jika ada yang link ke blog saya tetapi entah apa-apa yang terkeluar, itu bukan saya yang tulis tapi tak taulah dari mana datangnya.  Itu sebabnya saya buang users yang tak tau dari mana datangnya serta tidak tau siapa orangnya.  Terlalu banyak juga komen-komen spam yang perlu di buang di dalam blog ini. Jadi jika ada yang mendaftar di blog saya tetapi saya buang, maaflah ya, sebab takut benda-benda macam inilah yang memasuki blog saya.  Mohon maaf banyak-banyak.

Lama benar rasanya saya tidak memberi resepi di blog ini.  Bukannya tak ada resepi tetapi minat nak menulis dan menaip panjang-panjang tu tak kunjung sampai.   Tapi tak pe….  Ok. mari kita cuba resepi ini.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 cawan labuh yang telah di rebus dan dikisar.

5 cawan air

4 sudu besar tepung beras(ratakan)

1 biji kelapa di perah menjadi 4 cawan santan

sedikit kapur dan garam.

Caranya:

1. Tepung, air, gula, labu dair air kapur di bancuh hingga sebati.

2. Masukkan tepung yang di adun dan kacau hingga masa dan berkilat.

3. Masukkanlah ke dalam acuan yang disukai.

4. Kemudian masukkan tepung 4 sudu dan garam tadi kedalam perahan santan. Kacau hingga sebati dan ketepikan.

5.  Masakkan santan yang di adun tadi dan kacau hingga pekat dalam keadaan api yang sederhana atau kecil.

6.  Setelah pekat angkat santan dan curahkan ke atas yang di dalam acuan tadi.

7.  Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.

8.  Bolehlah di makan.

SELAMAT MENCUBA…. :) .

Wallahhua’lam.

 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Kek Coklat Kukus.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus.

1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak(sebaiknya minyak jagung)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat.
1 sudu teh Esen Vanila
3 biji telur
secubit garam.

Caranya:

A. Sediakan kukusan dan jerangkan…

B. Sekalikan tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat dan ayak. Biarkan seketika.

C. Di bekas yang lain
1. pukul telur sehingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Masukkan minyak dan susu, garam, esen vanilla dan pukul/ratakan.

Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata. Masukkan dalam loyang dan bolehlah di kukus sehingga 30/45 minit.

Selesai.

Untuk coklat bahagian atasnya bolehlah layari http://ibumithali.com/2009/04/coklat-special/

Selamat Mencuba… :) .

 

**************************************

Dah lama saya tak memberi resepi kat blog ini.  Kek ni pun saya buat masa dah hujung-hujung Syawal tu hari.  Kek coklat ni pun atas permintaan anak saya, katanya,  “cikgu suruh ibu buat kek coklat untuk Jamuan Hari Raya kat sekolah.”  Jadi terpaksalah buat .

Hari raya yang baru lepas saya memang tak buat kuih langsung.  Kek pun tak buat sebab dah ramai yang beri kuih serta kek dan ada yang dibeli juga.  Selalunya tak sempat habis bulan syawal kuih dah habis tapi tahun ni baru je kuih raya habis.

Memang semenjak suami tak de ni, saya tak berapa kisah dengan memasak.  Kalau dulu pening juga fikir nak masak apa setiap hari, sebab fikirkan suami nak makan apa walaupun sebenarnya dia pun taklah kisah sangat.  Sekarang ni lagilah tak kisah, sebab anak-anak pun tak kisah sangat, apa yang ada makan.  Cuma anak saya yang kecil dua orang ni kadang-kadang tanya juga saya masak apa.  Lauk dia orang ni senang je, Nasi, telur dan kicap…. :) .  Jadi sesekali tu kena masak special sikit kerana mengenangkan dua orang anak yatim kat rumah ni.

Bila tengah memasak tu kadang-kadang teringat juga kat almarhum suami, maklumlah sebelum ni kalau saya kat dapur dia selalunya ada sekali kat dapur.  Berbual dan bercerita sambil-sambil tolong saya memasak.  Tambah-tambah akhir-akhir hayatnya.  Mana saya ada kat dalam rumah ni, kat situ dia ada.   Walaupun sesekali rasa tak selesa dan hairan juga dengan perangainya.  Sebab dia sentiasa nak peluk saya walaupun kat mana, walaupun di depan orang lain.  Depan anak-anak lagilah, di dukungnya saya, walaupun kadang-kadang rasa malu juga.  Bila temankan dia makan(kadang-kadang saya dah makan dulu), walaupun tak nak di suapkan juga.  Untuk jaga hatinya makan jugalah.  Inilah antara kenangan mengusik jiwa.

Allah!  bila di fikirkan, menyesal juga sebab tak layan dia dengan bersungguh-sungguh serta penuh rela dan kadang-kadang rasa terpaksa pula.

Andainya ku tahu dia kan pergi …..

Tuhanku, sesekali ku rindukan saat itu…, saat indah, suka dan duka bersamanya……  Saat ku menemaniya berbual dan bercerita hingga larut malam, walaupun kadang-kadang ‘boring’ juga sebab dengar cerita dia je dan kadang-kadang tu dia marah sebab saya tak sokong/menyebelahi dia…. :) .  Biasalah tu sesekali gaduh.

 

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

 

Karipap Giant yang tak jadi-jadi.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Selamat menjalankan ibadah tambahan di bulan Muharam yang penuh keberkatan ini.  Sama-samalah kita merebut peluang yang di sediakan oleh Allah untuk umat Muhammad s.aw, yang lebih dimuliakan dan lebih ganjarannya dari Allah yang Pengasih lagi Penyayang.

Kali ni saya nak cerita pasal karipap yang saya buat, yang masih tak berapa nak jadi.  Saya ni, kalau bercerita dan menulis bab makan ni, memang seronok.  Bila menaip tu laju je perginya, tak teragak-agak.  Al-maklumlah saya ni juga seorang yang pemakan.  Bak kata orang-orang tua “tolak batu dengan kayu je” yang lain tu semuanya boleh, tapi yang halal je ya… :) .

Saya bukanlah nak beritahu detail pasal buat karipap ni, kerana saya tahu kebanyakkan orang tahu membuatnya.  Maklumlah salah satu kuih rasmi di majlis-majlis keraian.  Kalau dalam satu-satu majlis ada kuih-muih, jarang kuih karipap ni tertinggal.

Cumanya nak tunjukkan cara buat karipap giant yang entah ke berapa kali saya cuba buat, baru ni menjadi sikit. Tu pun taklah cantik, tapi bolehlah untuk keluarga sendiri.  Ialah…, kalau tak cantik pun masih boleh dimakan.

Setiap kali saya buat karipap untuk keluarga, saya akan cuba buat satu atau dua karipap telur. Saje nak cuba-cuba, anak-anak pun suka. Tapi tak pernah jadi cantik macam anak kak Faridah buat.  Tapi bolehlah makan.

Kak Faridah(ketua Helwa taman) selalu bawa karipap giant  ke Surau, bila dimakan tu, rasa sedap dan selalunya di potong tiga atau empat untuk satu karipap.  Rupanya yang besar tu membuatkan saya ingin mencuba membuat sendiri.

Berikut adalah langkah-langkahnya :

Setelah tepung diadun dan diuli, hendaklah dicanai selebar permukaan mangkuk yang anda gunakan. Sebaiknya lebih lebar dari mangkuk untuk mengelakkan telur putihnya meleleh. Letakkan sebiji telur dan taburkan sayur bijirin campur(biasa jual paket kat kedai). Tapi saya tak letak, tak de dalam simpanan.

Read the rest of this entry »

Bingka Labu

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Jari-jemari ini berat betul nak menghayunkan langkahnya.  Manakala otak ini tidak mahu memuntahkan sesuatu untuk diperkatakan.  Namun hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan pengunjung-pengunjung setia blog ini.  Walaupun saya sedar tidak ramai yang memberikan komen, tapi saya tahu ramai juga yang mengunjungi blog ini.

Tak mengapa,  saya tidak mengharapkan apa-apa dari anda semua.  Cukuplah sekadar tanda-tanda yang anda tinggalkan, saya seorang sahaja mampu melihat dan membacanya.  Cukuplah sekadar resepi yang saya berikan menjadi, bila anda mencubanya. Cukuplah sekadar tip-tip jahitan memudahkan anda menghasilkannya serta cukuplah sekadar apa sahaja yang saya paparkan di blog ini berguna untuk anda semua.

Untuk anda yang meminati dunia masakkan terimalah resepi dari saya….

Bingka Labu

Bingka Labu

Read the rest of this entry »

Upgrade Kentang Putar & ColeSlaw Anda

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jumaat lepas sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba, helwa taman kami mengadakan majlis doa selamat.  Memang meriah dengan makanan dari ahli-ahli helwa taman kami, walaupun kehadiran tidaklah membanggakan.  Biasalah majlis-majlis seperti ini memang kurang mendapat sambutan tambah pula di buat kat surau.  Kalau kat rumah tu ramai sikit sebab jiran-jiran yang tak pernah/jarang pergi ke surau pun hadir sekali. Walaubagaimanapun Alhamdulillah.

Seperti yang telah saya beritahu pada artikel yang lepas, saya bercadang membawa set ayam panggang, iaitu ayam panggang, coleslaw, kentang putar dan roti arab.  Resepinya semua ada dalam blog ini.  Klik kat bahagian resepi dan carilah ya…  Cumanya saya nak beritahu sedikit tambahan untuk menyedapkan lagi kentang putar dan coleslaw anda.  Untuk resepi cara saya anda boleh lihat di sini untuk kentang putar dan di sini untuk coleslaw.

Untuk kentang putar tu saya cadangkan tambahkan sedikit mayonis dan gaulkan hingga rata.  Tapi anak-anak saya tak suka kalau saya tambahkan apa-apa dalam kentang putar sekadar sedikit garam sahaja.  Kalau search dalam internet ni ada yang kata tambah susu cair, terpulanglah pada anda.  Oh ya satu lagi, sebaiknya gunalah kentang import dan semasa blend tu lama sikit supaya ia nampak lebih putih dari warna asal kentang tersebut.

Manakala untuk coleslaw pula, kata kak Zarimah(masa majlis doa selamat itu hari) untuk mengelakkan coleslaw tu terlalu berair, sebelum letak mayonis eloklah digaul dengan garam dan lemon dulu. Secara kebetulan coleslaw yang saya bawa tu berair sikit jadi dia beritahulah caranya. Kalau ikutkan cara saya, saya toskan dengan meletakkan di dalam peti sejuk sehari semalam.  Tapi tu hari tak sempat,  pagi jumaat tu baru saya mula nak meracik-racik kobis dan lobak. Terima kasih kak  Zar, dapat juga tambahan ilmu.  Maklumlah saya ni tak belajar secara formal cuma suka cuba-cuba je.

Oklah untuk hari ini, di bawah ni saya sertakan sedikit gambar semasa majlis tersebut.  Sudi-sudikanlah.

Read the rest of this entry »

Wajik Durian

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ramadhan hampir datang kembali.

Terlalu cepat masa berlari,

makin dekat waktu untuk bertemu Ilahi.

Harap amalan kita bertambah dari hari ke hari

Raikanlah Ramadhan dengan majlis yang diberkati

Oleh Ilahi yang Maha memberi lagi Maha Suci.

*****************************

Semalam pihak helwa taman kami baru sahaja mengadakan gotong royong di surau sempena menyambut Ramadhan.  Tapi saya terlupa pula membawa kamera untuk merakamkan kehebatan ibu-ibu taman kami berkemas di surau.  Bermacam-macam gaya.

Ibu-ibu di sini memang kreatif.  Bukan saja bab menghias rumah dan memasak perlukan kekreatifan tapi bab mengemas pun kena kreatif juga.  Bayangkan, syiling surau yang tinggi mampu di buang sawangnya hanya dengan melemparkan kain buruk lembap sahaja.  Dah tangga tak ada, manakala jika di panjat guna kerusi pun masih tak sampai lagi.

Sampai tersangkut kain buruk tu kat speaker berhampiran syiling.  Puaslah mencari batang kayu untuk menjoloknya.  Gunakan kerusi pun masih tak sampai.  Nasib baiklah ada yang tinggi  dan kurus sikit.  Jadi dapatlah saya menjolok kain buruk tersebut.

Memang begitulah sepatutnya ibu-ibu sekarang perlu kreatif dalam semua hal.  Apatah lagi dalam menangani masalah anak-anak sekarang ini. Bak kata orang-orang tua dulu, anak masa kecil memang tak banyak masalah setakat meragam dan sakit-sakit sahaja.  Tak melibatkan pihak luar tapi bila dah remaja dan dewasa “baru tahu langit tu tinggi atau rendah”.

OKlah kali ini saya tak bercadang untuk mengupas masalah  “Baru tahu langit tu tinggi atau rendah”,  mungkin lain kali.  Saya cuma nak beri resepi wajik durian yang baru saya sediakan untuk gotong royong semalam.

Wajik Durian

Read the rest of this entry »

Rendang Pegaga Ayam

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya baru sahaja menyiapkan satu tudung yang ditempah oleh kawan setaman.  Ada sepuluh helai lagi yang perlu saya siapkan untuknya.  Dia menginginkan tudung yang boleh dipakai dengan senang dan cepat tetapi menepati ciri-ciri pemakaian tudung Islam yang sebenar.  Maklumlah cikgu duduk kat Seremban tapi mengajar di Rembau, jadi pagi-pagi tu nak cepat je..

Saya cuba membuat apa yang dimahukannya.  Jadi saya berikan nama ‘Tudung Ilham Nisha’.  Jadi berikut lebih kurang rupanya.

Pandangan dari belakang. Bahagian tepinya(utk bahagian bahu supaya boleh dipin), telah sedia dikedutkan supaya terhasilnya kedut(scallop). Bertujuan untuk mengurangkan bentuk-bentuk yang mungkin kelihatan di bahagian dada.

Bahagian kepalanya mempunyai pengeras dan juga ada bahagian penutup bawah dagu. Oleh kerana kain ni lembut/bergetah jadi saya membuat 2 lapisan/kepingan kain. Labuh tudung ini sehingga bawah pinggan. Jadi lebih kurang seperti tudung bulat biasa cuma menggunakan kain yang berbeza. Hanya sarung, terus terlekap di kepala, tak perlu pakai pin di kepala tetapi guna pin bahagian bahu untuk menetapkan kedudukannya.

Sebenarnya ada dua design.  Satunya tak perlu guna pin tapi lurus bulat bahagian bawahnya.  Satu lagi perlu guna pin di bahagian bahu supaya ia kelihatan berkedut/berscallop di bahagian dada.  Di masa akan datang saya akan cuba ambil gambar yang telah siap di pakai.  Modelnya masih tak ada…. Read the rest of this entry »

Rojak Special Ilham Nisha

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sudah lama saya tak memberi resepi untuk blog ini dan semestinya juga untuk pengunjung setia blog ini.  Kali ini saya nak berikan resepi kegemaran ahli keluarga saya.

Pada saya, rojak merupakan makanan seimbang kerana semuanya ada.  Dan jangan lupa lebihkan sayurnya.  Mari kita cuba resepi ini.

Rojak Special Ilham Nisha

Rojak special Ilham Nisha

Untuk  kuah rojak segera

  1. 3 cawan Chilies sos
  2. 3-5 biji Kentang(rebus dan blend hancur)
  3. Tepung jagung(jika tak mahu gunakan kentang)
  4. Chile kering/api
  5. 2 gengam Kacang tanah goreng(blend halus)
  6. Bawang putih (3-5 ulas)
  7. Bijan (jika mau)
  8. 1 cawan gula
  9. Garam secukup rasa
  10. Air (lebih kurang 2/3 jug)

Read the rest of this entry »

Mengabadikan Kenangan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hari Sabtu(27/3/2010) lepas, Helwa taman saya mengadakan program “Ramah Mesra bersama Helwa”.  Ia sempena juga Hari Kesihatan dan Usahawan Taman serta juga Hari Kantin sekolah Kafa Taman kami. Kami mengadakan program tersebut di  Surau taman.

Cumanya di sini saya ingin mengabadikan kenangan untuk Program Helwa(Program yang lain tak pergi) yang mana saya turut terlibat untuk menjayakan program tersebut.  Walaupun anak saya terlibat disebelah paginya saya tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada lagi saki baki persiapan yang belum disiapkan.  Tambahan pula saya dipertanggunjawabkan untuk program Pertandingan Masakan(terkilan juga tak dapat masuk pertandingan ni..).  Kad untuk perserta dan kad tanda Pemenang(tak tau namanya) masih belum siap lagi.  Nak dijadikan cerita printer pula meragam dan inknya pun habis, jadi bertambah lambatlah siapnya.

Di bawah ini khas untuk orang taman saya yang nak lihat gambar program tersebut.  Maaflah saya tak pergi cuci gambar tu.  Kalau nak,  ambil(copy & paste) je kat blog saya ni yaa..

Antara muslimah yang datang untuk program Helwa. Beramah mesra sementara menunggu program di mulakan.

Di mulakan dengan bacaan doa oleh ustazah(menantu Kak Normah yang pernah saya ceritakan sikit kisahnya, maaflah namanya panjang sangat sampai tak ingat). Di sebelahnya Cikgu Hasni yang menjadi MC

Read the rest of this entry »

Wadih

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tahukah anda kebanyakkan makanan Jepun adalah haram dimakan walaupun di sediakan oleh orang Islam dan restoran tersebut juga kepunyaan orang Islam?  Yang menyebabkan haram dimakan adalah kerana sosnya mengandungi arak.  Begitulah yang telah didedahkan oleh Majalah Al-Islam untuk bulan Mei 2009.   Sudah puas saya mencari majalah tersebut di dalam simpanan di rumah saya namun tak tahu ke mana menghilangnya jadi saya tidak dapat buktikan apa-apa di sini.

Cubalah bertanya kepada yang arif tentang hal ini.  Cuma sekadar peringatan kepada anda yang ingin mencari keredhaan Allah.

Saya sebenarnya sejak dari dulu lagi(masa kerja) teringin sangat makan makanan Jepun terutamanya sushi(betul ke ejaannya?), namun tidak pernah kesampaian.  Tambah-tambah pula masa kerja, kawan-kawan asyik cerita pasal makan kat sana sini.

SyukurAlhamdulillah,  rupanya ada hikmat disebaliknya.  Namun demikian banyak lagi makanan lain yang shubahah.  Antaranya yang berkenaan keju, kerana saya suka buat cheese kek dan juga pizza.  Tapi sekarang dah ada orang melayu yang buat keju.  Jadi rasanya lebih selamat.

Semoga kita semua sentiasa cuba memperbaiki diri dan pemakanan kita ke arah kebaikkan.  Makanan yang haram dan shubahah adalah antara punca-punca menjadikan hati kita susah untuk dibentuk dan susah untuk menerima kebaikkan. Read the rest of this entry »

Masak Lomak Daun Gelugur

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Bahan-bahannya

1.     Daun gelugur(daun asam keping tulah…  Gunakan daun yang muda/pucuknya  yang masih ada warna ungu)
2.    Santan
3.   Ikan kembong/tenggiri/parang(pilihlah salah satu)
4.   Chilie api(banyak sikit bagi pedas baru best.  Juga untuk menggurangkan masam daun tu…)
5.   Garam secukup rasa.

Caranya,

Daun gelugur

Read the rest of this entry »

Apam Pisang

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Apam Pisang

Apam pisang yang telah di potong. Ada sedikit kecacatan kerana tertitis air kukusan semasa mengangkat tutup kukusan. Saya menggunakan pisang Awak.

Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:

7/8 biji pisang emas(lebih kurang secawan pisang setelah di lenyetkan)
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh Bikarbonat
2 cawan santan pekat(pati)
secubit garam

cara membuat apam pisang:

Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas.

Jelatak

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sempena hari Assyura yang baru lepas ingin saya berkongsi dengan anda semua, satu resepi yang senang sahaja untuk menghasilkannya.  Tak perlu memasak sekadar di potong  kecil sahaja buah-buahan, dan jeruk yang ingin di gunakan.  Resepi ini di namakan Jelatak yang mana biasa disediakan oleh orang sebelah utara.  Itulah kata-kata chef di dalam tv(tak ingat namanya) suatu masa dahulu.  Waktu itu saya baru mendirikan rumahtangga dan semangat nak mencuba berbagai masakkan itu begitu teruja.  Maklumlah baru kahwin, segala rancangan tv di tonton, majalah di baca, atau apa sahaja tentang memasak ni di cuba.  Cuma sekarang ni dah malas nak cuba resepi-resepi baru, mungkin dah berusia kot.

OK.  Mari kita cuba…

Jelatak yang ni, saya guna strawberi(secara kebetulan ada, lebihan lepas buat koktel) dan mangga separuh masak di samping buahan jeruk yang lain.

Read the rest of this entry »

Resepi Anak Bujang – Lempeng Tampal

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya dengan cemerlangnya dalam PMR yang lepas. Anak saya yang kedua mengambil peperiksaan PMR juga, tapi keputusannya biasa-biasa sahaja. Tidak cemerlang, tidak pula terlalu teruk, sederhana sahaja.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda, resepi yang di ilhamkan oleh anak-anak lelaki  saya.   Ketiga-tiga anak lelaki saya memang rajin ke dapur bila masakan yang saya sediakan tidak berkenan di hati mereka.

Lempeng Tampal

Read the rest of this entry »

Sosej Roll

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Sosej Roll

Untuk doh

  1. ½ kg Tepung Gandum
  2. 1 sudu kecil gula
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 2 sudu besar mentega
  5. ½ paket mauripan
  6. 1 cawan air suam
  7. 1 cawan air biasa

1 0 batang sosej/1 pkt atau lebih

Chilie sos

Cara menghasilnya

  1. Campurkan kesemua bahan untuk membuat doh(dari no. 1 – no.5).
  2. Gaulkan hingga sebati/rata
  3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga rata
  4. Masukkan air biasa hingga ia boleh di uli
  5. Bulat-bulatkan lebih kurang  sebesar  bola pingpong
  6. Simpan dalam 1-2 jam.

Read the rest of this entry »

Kentang Putar

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan selamat berangkat kepada anda yang akan berkunjung ke rumah Allah.  Semoga membawa kejayaan yang tiada tandingan di dunia ini iaitu Haji Mabrur. Semoga kunjungan ke Raudah dan Kaabah akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ameen.

Oleh kerana kebanyakan jemaah haji dah mula sibuk sekarang ni.  Kita yang tak pergi ni pun sibuk juga.  Sibuk untuk persiapan hari raya haji pula.  Taklah sesibuk masa raya puasa.  Tapi rasanya eloklah kita sibuk-sibukkan diri untuk mengira budget, berapa bahagian boleh kita berkorban untuk tahun ini.  Bukan setakat duit je tapi hati dan perasaan juga patut kita fikirkan.

Bolehkah kita berkorbon hati dan perasaan kita? Bolehkah kita lebih pentingkan orang lain pada diri sendiri?  Hanya iman yang boleh menjawab semuanya.

Read the rest of this entry »

Roti Canai Goreng.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Pergi order dengan orang lain”.   Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mamak/bangla(Tak pasti…), selepas En. Juli membuat order.   Suami saya merasa hairan.

En. Juli, kawan kepada suami saya menceritakan pengalamannya, semasa dalam perjalanan balik dari sebuah restoran yang selalu di kunjunginya untuk bersarapan pagi.   Suami saya dan En. Juli ni, memang ngam, selalu minum bersama dan tolong menolong di dalam melakukan kerja yang di tugaskan, di Hospital Besar Seremban.

Read the rest of this entry »

Karamel Berhias Tamar Berbeluluk.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Minggu lepas saya menerima tetamu dari kaum keluarga sendiri.  Keluarga adik-adik, emak dan abah saya datang ke rumah untuk meraikan Hari Raya dengan menziarah kami sekeluarga pula.  Riuh rendahlah untuk seketika di rumah kami.

Kalau dia orang tak datang pun riuh rendah juga tapi kali ni lebih lagi sampai nak bercakap pun terjerit-jerit dek kerana berlawan dengan suara anak-anak saudara yang terlalu bising dan aktif.  Walaubagaimanapun rasa seronak, tapi sayang saya terlupa dan tak sempat nak ambil gambar cuma sempat ambil gambar anak buah yang paling awal datang dan mak saya, yang mana tak bagi ambil gambarnya kerana pakai ‘serekop’ aje.

Gambar emak dan anak buah.  Tengoklah tu…, emaknya letakkan pemerah bibir jadi tak boleh nak tutup mulutnya sebab takut pemerah bibirnya hilang.

Tahun ni saya masak set nasi dagang bersama ‘rendang ayam berpegaga’ dan 2 jenis pencuci mulut iaitu karemel special dan kek coklat bersalut badam.  Saya cuba mengikut sunah nabi iaitu makan manisan dulu sebelum makan yang berat-berat walaupun ia dinamakan pencuci mulut yang kebiasannya di makan selepas makan yang berat-berat.

Sempatlah juga saya mengambil gambarnya kerana pada masa tu mereka belum datang lagi.  Tapi bila pencuci mulut dah di letakkan ke tepi dan hidangan yang berat-berat mengambil alih, terlupa pula saya nak ambil gambarnya. Kerana belum sempat siapkan semua hidangan di atas meja, dah ada yang mencapai terutamanya keropak ikan.  Dah habis satu bekas walaupun yang lainnya belum siap di letakkan di atas meja.  Anak-anak kecil macam tulah, tambahan pula dia orang biasa makan yang berat-berat dulu baru makan yang ringan-ringan.  Saya pulak buat terbalik.

Manisan yang di berikan sebelum makan yang berat-berat.

Bukan senang nak memberi kesedaran, apatah lagi teguran pada orang lain.  Dengan anak-anak sendiripun tak menjadi inikan pula dengan orang lain yang lebih jauh hubungan kekeluargaan.  Kadang-kadang dengan kata-kata tidak menjadi jadi kita kena tunjukkan caranya atau berikan contoh dengan kita sendiri mesti melakukannya terlebih dahulu.

Oklah setakat ini dahlulu coletah saya.  Di bawah ni resepi karemel special dari saya.

Karamel Berhias Tamar Berbeluluk

Bahan-bahannya:

5 biji telur
½ cawan gula pasir.
1 tin susu cair
Secubit garam.
1 cawan Gula merah/enau/kabung/melaka(pilihlah salah satu dan di cairkan).

Kukusan.

Tamar/kurma
Halwa beluluk.
Atau
buah-buahan tin.

Caranya:

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.  Kalau rasa nak kurang manis kenalah kurangkan gulanya.  Saya lebih suka kurangkan manisnya setakat manis-manis buah je atau lebih tawar lagi, sebab gula merah tu pun dah manis.  Kebiasaannya menggunakan 1 cawan gula pasir.
  2. Masukkan susu cair dan pukul sekali lagi.
  3. Sementara tu sediakan kukusan bersama airnya dan panaskan.
  4. Letakkan gula merah yang telah di cairkan ke dalam Loyang.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah di pukul ke dalam Loyang yang sama.
  6. Kukuslah sehingga ½ jam atau 45 minit.
  7. Setelah selesai angkat dan biarkan sejuk.
  8. Keluarkan dan hiaslah di sekelilingnya dengan buahan di atas(ambil buahnya sahaja).
  9. Siap.

*

*

*

  • Tahukah anda apa itu beluluk?
  • Ia adalah buah enau/kabung(niranya di buat gula enau/kabung) yang telah di rebus dan di buat halwa.  Di sini ia banyak di jual terutamanya di musim perayaan begini, di sepanjang perjalanan Kuala Pilah ke Seremban.  Ada yang di jual telahpun menjadi halwa, ada juga yang masih mentah.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jus Tok Guru bermadu Kasturi.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Saya mengkagumi keperibadian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.  Seorang yang hebat ilmu agamanya, tinggi pangkat dunianya tapi amat tunduk pada Khalidnya.  Seorang menteri besar tetapi jika di lihat rumahnya seperti orang kampung biasa.

Inilah rumah, tempat tinggal Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang berada di belakang masjid tempat dia memberikan kuliahnya selepas subuh.  Rumah menteri besar hanya di gunakan untuk urusan rasmi sahaja.

Seorang menteri besar tapi berpewatakkan orang biasa.  Masih menolong mengangkat air untuk tetamunya dan masih menyapu sampah di laman rumahnya.  Carilah orang macam ni kat Malaysia ni, rasanya boleh kira dengan jari.  Berapa ramai menteri besar kat Malaysia ni malah di di dunia ni macam dia?.

Kalau nak tahu lebih lanjut, carilah dalam You tube(tak sempat nak linkkan sebab saya dah tengok tahun lepas) mengenai kehidupan hariannya.

Kalaulah saya berada di tempatnya, rasanya berbeza dengan apa yang tuan guru buat sekarang.  Sekurang-kurangnya, rumah mestilah rumah banglo yang di kelilingi oleh bibik-bibik yang sedia berkhidmat untuk saya.  Tu sebab Allah tak bagi kat saya macam tu, sebab belum hebat lagi lagaknya mengalahkan orang yang dah sedia hebat.

Saya tau Allah sayangkan saya.  Apa yang ada ini, itulah yang terbaik untuk saya.  Alhamdulillah.

Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, eloklah rasanya kita cuba bermuhasabahkan diri dan mencari-cari ikon yang boleh kita contohi dan teladani.  Kerana rasa kagum saya pada tuan guru Nik Aziz dan di tambah pula kat rumah saya ni ada Jus Tok Guru yang saya berikan pada anak-anak, jadi saya gunakan jus ni untuk buat minuman berkhasiat semasa berbuka puasa.

Tambahan pula sudah 2 hari saya tak masak kerana ingin menghabiskan lauk-lauk yang tak habis di dalam peti sejuk tu bagi mengelakkan pembaziran dan mengharapkan rezeki yang ada di berkati oleh Ilahi.  Kalau tak habis juga saya akan ‘ote’ lauk-lauk tu untuk di buat inti karipap ke, murtabak ke atau apa-apa je asalkan boleh di guna semula.  Itulah cara saya yang kadang-kadang tak sedap dan terpaksa di telan juga oleh anak-anak dan suami.

Sambal ikan, ikan kichap, sambal goreng dan sos nasi ayam serta kari daging yang berada di dalam peti sejuk di keluarkan semula untuk berbuka.  Hanya goreng ayam dan timun saja yang baru untuk hari itu.  Manakala hari keduanya hanya tambah telur dadar dan ikan masin.  Dua hari makan baru boleh habis.  Terpaksa lakukan macam ni demi mendidik anak-anak walaupun pada mulanya suami tidak berapa setuju.  Tapi setelah di beri penerangan dan di pujuk akhirnya dia mengalah.

Jadi saya sediakanlah jus ini untuk menambah dan memberi semangat untuk anak-anak.  Kami berbuka cuma tambah timun dan ayam goreng je.  Sementara airnya, air panas untuk suami dan Jus Tok Guru bermadu Kasturi yang sejuk untuk anak-anak yang memang suka minum air sejuk.  Saya tak amalkan menyimpan air sejuk di dalam peti sejuk tapi bila sesekali nak minum air sejuk baru saya buat.

Saya selalu berpesan pada anak-anak, orang-orang di Afrika tu mengutip makanan di celah-celah batu, tapi kita di sini senang-senang je nak buang.  Walaupun pesanan saya kadang-kadang tak mendatangkan apa-apa kesan dan mungkin di anggap bebelan tapi tetap saya teruskan juga harap-harap suatu hari nanti akan ada kesedaran di kalangan mereka.  Anak-anak saya yang kecil lebih mudah mengikut tapi anak-anak yang dah remaja ni kadang-kadang tu buat tak dengar je bila kita ingatkan.

Syukurlah atas nikmat Allah yang di berikan pada kita semua.  Tak ramai yang merasai makan seperti gambar di atas.

Walaupun satu kepantangan orang tua-tua makan lebihan anak-anak, tapi itulah yang saya buat. Sebab saya belum dengar lagi ustazah ke, ustaz ke kata tak boleh makan lebihan anak-anak.  Tambahan pula saya melihat sendiri ustazah Salbiah minum air lebihan anak saya(air yang di berikan kepada anak saya kemudian dia menyambung untuk menghabiskan minuman tersebut).  Mungkin juga sebab anak saya masa tu umur dalam satu tahun lebih, kecil lagi jadi tak pelah agaknya.

Juga mengharapkan anak-anak saya sedar dan insaf apa yang mereka tak suka dan yang tak sedap tu, ibunya sangup makan dan habiskan.  Mengutip dan menghabiskan lebihan makanan anak-anak.  Harap-harap keinsafan tu datang akhirnya.  Ameen.

Oklah di bawah ni cara menghasilkan Minuman yang saya panggil,

Jus Tok Guru bermadu Kasturi.

Bahannya:

3 –  5 sudu Jus Tok Guru
5 ulas kurma/tamar (di racik halus/di blend)
3 sudu madu
5 biji limau kasturi yang di ambil airnya.
Gula secukup rasa.
1 teko air

Cara menghasilkannya:

Senang je, Sediakan satu bekas air dan campurkan semua bahan di atas dan simpanlah dalam peti sejuk.  Hidangkanlah waktu berbuka puasa.

OK.  Cubalah.  Mudah dan cepat.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

ColeSlaw Melayu dan Mat Saleh

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Yang kiri tu, coleslaw mat saleh manakala yang kanan tu melayu.

Selamat berpuasa untuk semua.

Sudah tiga hari kita menjalani ibadah puasa.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  Hari pun tak berapa panas, setiap hari hujan.  Kalau tak waktu siang hujan, malam atau sebelah pagi hujan.  Alhamdulillah.

Tahun ni tahun gawat, ada eloknya juga sebab masa nilah kesedaran tiba dan cuba berjimat cermat sebaik mungkin.  Kalau ikutkan saya, berbuka dengan tamar dan nasi berkicap atau bergaram sahaja pun boleh.  Tapi bila mengenangkan anak-anak dan suami tak jadi nak ikutkan cara sendiri.  Terpaksalah ikut suara ramai dan demi ingin menggalakkan anak yang kecil tu berpuasa terpaksalah ikutkan menu yang telah anak saya cadangkan.

Anak saya Abdul Sodiq, sudah mula belajar berpuasa mulai tahun ini.  Sudah 6 tahun umurnya, tapi semangatnya kuat walaupun demam masih boleh berpuasa,  Cukup 3 hari puasanya.  Hari pertama terpaksalah kami memujuknya supaya boleh tamatkan hingga waktu berbuka.  Manakala hari kedua dia demam, tak bagi puasa, tapi dia pula yang nak puasa.  Kasihan juga tapi dia yang tak nak makan.  Cuma sebelah petangnya dia kata nak minum, sebab haus.

Saya katakan padanya, ” walaupun minum sikit, tu maknanya dah tak puasa”, langsung dia tak jadi nak minum.

Anak saya yang kecil, Siti Aisyah, puasa sekerat hari sahaja.  Demam juga, konon-konon nak ikut abangnya.  Tak nak makan tapi minum air dan susu.

Katanya, “Aisyah puasa sebab tak makan nasi”,  Tak apalah itulah yang dia faham tentang puasa.

Sebenarnya saya nak bagi resepi ni.  Ia sesuai jika anda ingin membuat satu kelainan di bulan puasa ini.  Mungkin untuk hari minggu di bulan puasa ni.  Tapi saya buat bukannya masa bulan puasa ni.  Dah lama saya buat dan ambil gambarnya, cuma tidak berkesempatan untuk di masukkan ke dalam blog ini.  Kali ini saya beri dua resepi sekali.

Biasanya kita selalu makan kat KFC, sedapkan?  Jadi saya cuba buat sendiri kat rumah, jadi juga.

Jadi saya nak bagi resepi coleslaw dulu.

Manakala yang Melayu punya tu, saya tukar nama resepinya.  Sebab ia seakan-akan sama dengan KFC cuma kuahnya lebih sikit.  Mat Saleh punya, guna mayonis dan susu tapi melayu punya, guna santan dan tempoyak. Wan saya punya resepi.  Jadi turunlah kat anak-anaknya dan cucu-cucunya.  Saya pernah rasa mak dan pakcik saya buat memang sedap tapi bila saya buat tak berapa sedap.  Tapi tak pelah, saya nak juga bagi resepi ni walaupun saya buat tak berapa menjadi.  OK resepinya di bawah ini.

Coleslow Melayu.

Bahan-bahannya

  1. 1 sudu tempoyak
  2. 1 cawan santan pekat
  3. 1 – ½ biji timum(di potong dadu kecil)
  4. ½ biji bawang besar( di potong dadu kecil)
  5. 7-8 buah cilie(dipotong/diracik dan campurlah warna merah dan hijau untuk mencantikkannya)
  6. Garam secukup rasa
  7. Gula secukup rasa

Caranya,

  1. Bancuh tempoyak dengan santan
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.  Kalau tempoyak tu dah masam, kenalah masukkan gula banyak sikit.
  3. Masukkan timun dan bawang yang telah di potong tadi.
  4. Gaulkan hingga serata.

Dah pun siap.  Senang je kan.  Bagi yang suka mungkin sedaplah tapi yang tak suka tu dan tak biasa rasa tu memanglah rasanya tak berapa.  Keluarga saya hanya saya je yang suka makan.

Coleslow Mat Saleh

  1. 3 – 5 sudu mayonis
  2. 3 – 5 sudu susu pekat
  3. Garam secukup rasa
  4. Gula secukup rasa
  5. ½ biji Lobak Merah (di potong dadu, sekecil yang boleh).
  6. Kobis – 3 kali ganda banyaknya dari lobak yang di potong(hiris dadu seperti lobak)
  7. ½ biji timum(di potong dadu dan jangan ambil bahagian tengahnya/bijinya)
  8. ½ Bawang besar(di potong dadu sekecil yang boleh).  Yang ni tak letak pun tak apa.
  9. Perahan limau kasturi 1/2 sudu kecil.  Kalau rasa tak cukup masam tambahlah lagi tapi jangan terlalu banyak sebab mayonis pun dah masam.

*sebaik-baiknya, sayur-sayur yang di potong tu di toskan dulu.

Caranya.

  1. Masukkan semua bahan di atas dan kacau hinga serata dan sebati.
  2. Cubalah rasa, jika kurang garam tambahlah garam.  Jika kurang manis, tambahlah gula.

Ok. Dah siap dan boleh di makan.  Senangkan?

Yang ini , ala-ala KFC yang saya buat sendiri.  Suat hari nanti saya akan tunjukkan cara buat kentang putar cara saya pula.

SELAMAT MENCUBA

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Koktel Musim Buah-buahan.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Sempena musim buah-buahan tempatan sekarang ini, saya ingin berkongsi dengan anda, resepi yang telah saya ubah suai sedikit.  Saya rasa semua orang biasa makan koktel terutamanya koktel yang di buat menggunakan buah-buahan dalam tin.

Tapi kali ini saya tukar sedikit.  Bab ‘ote mengote’ resepi ni bagilah kat saya, memang saya suka.  Kadang-kadang terlebih ‘mengote’ sampai tak termakan oleh ahli keluarga saya.

Ini kali pertama saya buat Koktel buah-buahan tempatan.  Biasanya saya tukar dari buah-buan tin ke buah-buahan mat saleh je,  terutama kalau ada tetamu datang ke rumah(buah-buahan dalam tin saya tukar pada buah-buahan segar).  Kalau tukar pada buah-buanhan mat saleh saya suka gunakan strawberi, anggur, apple merah dan buah kiwi sebab dia berwarna warni dan menarik bila di lihat.  Jadi orang pun lebih tertarik untuk merasa.

Untuk resepi di bawah, saya main agak-agak je banyak mana buahnya, sebab saya cuba ingat dalam kepala je.  Resepi ini saya buat dua minggu lepas selepas balik dari kampung dan juga selepas dah tak larat nak makan buah jadi terfikirlah nak buat koktel ni.  Lagipun dah lama saya tak menjamu kawan-kawan kat surau.  Jadi pagi Jumaat tu saya buatlah untuk mereka dan juga ahli keluarga saya.

Berikut adalah resepinya:

  1. 5 biji ciku(memang sedap kalau letak ciku, tak percaya cubalah)
  2. 5 biji manggis
  3. Cempedak 3 atau 4 ulas(sebaiknya tukar pada nangka, rasanya macam tak sesuai je).  Itu yang ada kat rumah jadi saya masukkan juga.
  4. 10 biji rambutan( di buang bijinya/di potong layang)
  5. 10 Buah Tamar(di buang bijinya dan potong dadu) – Buah ni memang jarang saya tinggalkan kalau buat koktel sebab memang sedap rasanya kalau di buat koktel.
  6. 2 biji pisang Abu(potonglah seperti dalam gambar)

Sebenarnya secara kebetulan, semua buah ni ada kat rumah, jadi saya masuk jelah apa yang ada.

  1. 2 senduk tepung  kastard
  2. 1 tin Susu cair
  3. 2 helai daun pandan.
  4. Gula secukup rasa.
  5. Air
  6. 3 – 5 sudu Tepung jagung untuk memekatkannya
  7. Sagu mata ikan/quaker Oat juga boleh untuk memekatkan kuahnya tapi kena juga tambah sedikit tepung jagung.  Ia juga boleh di gunakan untuk sedikit kelainan daripada koktel biasa.

Cara menghasilkannya.

  1. Di bancuh tepung kastard dengan air dan di masak sehingga pekat.  Tidak perlu bubuh apa-apa(samada garam atau gula).  Untuk memastikan tepung kastard sudah masak, warnanya akan bertukar sedikit pekat dari warna asalnya.  Kalau tak cukup masak ia akan ada rasa macam tepung bila di makan.  Setelah masak masukkan ke dalam bekas empat segi supaya mudah di potong dadu.
  2. Masukkan 3 jug air ke dalam periuk.
  3. Masukkan gula sebaiknya janganlah terlalu manis kerana bila makan ia tak rasa mual dan ada rasa macam tak puas kalau ambil sikit je(bagi orang yang sukalah)
  4. Masukkan daun pandan.
  5. Masaklah hingga mengelegak.
  6. Setelah menggelegak barulah di masukkan tepung jagung dan seumpamanya untuk memekatkan kuahnya.
  7. Tunggu hingga menggelegak semula.
  8. Setelah apinya di tutup barulah masukkan 1 tin susu cair.
  9. Setelah sejuk simpanlah di dalam peti sejuk kerana ia sedap di nikmati semasa rasanya sejuk.
  10. Buah-buahan dan kastard yang telah di potong dadu pun hendaklah di simpan berasingan di dalam peti sejuk.
  11. Bila hendak menjamu tetamu atau hendak di makan barulah di masukkan buah-buahan tersebut di dalam air/kuah tadi. Dan di gaulkan supaya rata.
  12. Makanlah selepas 10 – 15 minit selepas itu.

Resepi yang saya beri ini untuk lebih kurang 30 orang.  Jadi kalau nak 2 atau 3 orang makan kenalah kurangkan semua bahan-bahan di atas.  Memang sedap rasanya lebih sedap daripada koktel biasa.  Itu kata kawan saya dan anak-anaklah.  Bukan angkat bakul, masuk sendiri dalamnya ye!.  Harap-harap saya tak rasa macam tu pulak.

Yang ni saya buat koktel buah tin cuma tambah betik dan kurma untuk mencantik dan menyedapkannya lagi.

O.K.  Selamat mencuba.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled February 6, 2012
     k […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.