Archive for the ‘Puisi’ Category
Jendela Hati
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Semoga anda dalam keadaan tenang dan gembira. Begitu lama sekali saya tidak menambah n3 baru di dalam blog ini. Walaupun pada mulanya saya memang nak tutup sahaja blog ini tetapi apa yang ingin saya lakukan selalu sahaja tidak menjadi. Ada sahaja bisikan yang datang menerpa tiba-tiba. Ketika solat sebelum fajar, tiba-tiba sahaja ada lintasan datang mengingatkan tidak perlu di tutup blog ini dan teruskan dengan diberi ilham lain pula yang lebih berguna. Aduh! adakah ini bisikan syaitan lagi kerana datang waktu tengah solat. Walaupun tidak beristikharah saya mengambil keputusan untuk meneruskan. Jadi beberapa jam setelah blog ini ditutup saya bayar semula duit domainnya. Untuk mengelakkan n3 spam yang selalu masuk ke blog saya ini, jadi saya masukkan dulu puisi yang sempat saya buat petang tadi.
Jendela Hati
Ku kuak kembali Jendela Hati
dari luar ku pandang ke dalam
ah! kabur dan kelam
di manakah harus ku mulakan
menyuluh jalan kehidupan.
Wahai hati,
Jendelamu telah terbuka
Untuk mencari makna bahagia
Wahai hati,
Jendelamu telah terbuka
Carilah cinta Ilahi
dengan azam yang tinggi
Janganlah kau jatuh lagi.
Wahai insan,
Berilah aku peluang
untuk meneguk kasih sayang
Janganlah ambil kesempatan.
Wahai Tuhanku,
Tunjukilah aku jalan kebenaran
Kuatkan aku walaupun keseorangan
Untuk terus maju kehadapan
Janganlah serahkanku pada petualang.
Wahai Tuhanku,
Berilah aku kejayaan
Dalam menempuh kehidupan
Walaupun sakit, terus melawan
ku inginkan kebaikkan di pengakhiran.
Wahai Tuhanku,
SyurgaMu yang ingin kukecapi
Penghujungnya kejayaan yang tertinggi
Selamat di Negeri Abadi.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Bila Rindu Menyapa….
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Bila Rindu Menyapa…..
Bila Rindu Menyapa…..
Ku katakan pada diri,
Dia bukan milikmu, tetapi milik yang Maha Esa,
Tuhanku sampaikan salam rinduku pada dia,
Pasti DIA mampu membalasnya.
Bila Rindu Menyapa…..
Ku katakan pada diri,
Jangan ikutkan rasa, nanti kau kan merana,
Berdoa pada yang Esa, agar hilang derita.
Monolog rinduku terus mencari,
Pada si dia yang telah pergi,
Pada si dia yang tiada di sisi,
Al-marhum Suami.
Tuhanku,
Jika kau boleh memberi pilihan lagi,
Ku tak ingin semua ini terjadi,
Kerna aku tiada kekuatan diri.
Tuhanku,
Tolonglah, aku Hamba-Mu yang lemah,
Tolonglah, aku sering kali kalah
Tolonglah aku, dalam mujahadah,
Tolonglah aku, menentang nafsu yang gagah.
Tuhanku,
Tolonglah aku,
Jangan biarkan aku terumbang ambing
terus bertahan di dahan dan ranting
yang hampir reput dan kering.
Tuhanku,
Tolonglah aku,
Berilah aku kekuatan,
Menentang kekuatan syaitan,
Menjauh segala kelembutan bisikan,
Mengharung badai di lautan kehidupan,
Melawan ketakutan di belantara kehidupan,
Mengelak kerakusan di belukar kehidupan,
Menyelusuri kegelapan dalam suramnya kehidupan,
Menahan teriknya mentari dalam terangnya kehidupan,
Berlindung dari hujan batu, ribut petir cuaca kehidupan.
Bila Rindu menyapa….
Hanya pada-Mu aku bertanya,
Hanya pada-Mu aku bersuara,
Hanya pada-Mu aku bercerita,
Tiada daya dan upaya,
Hanya pada-Mu aku serahkan segala Cinta,
Kerana ku ingin jadi hamba-Mu yang setia.
Bila rindu menyapa…
Tiada daya dan upaya,
segalanya ku serahkan padaNYA,
yang Maha Agung kekuatan cintaNYA,
kerna rindu hakikiku hanya padaNYA,
Pada Penciptaku yang tiada taranya.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Jadilah Bidadari.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Bidadari! Semua orang mengaguminya. Baik lelaki maupun wanita, baik yang muda maupun yang tua, baik yang kecil maupun yang besar. Semua orang terpesona melihatnya dan semua yang bergelar wanita inginkannya serta mampu memilikinya. Di Syurga maupun di dunia.
Tetapi apakah tafsiran bidadari itu? Mengikut tafsiran siapa? Tafsiran kita atau Allah?
Ramai di kalangan kita terutamanya wanita mengangan-angankan bidadari yang di gambarkan di dalam cerita-cerita lama maupun cerita-cerita terkini. Cantik, jelita, rupawan, menawan, mengoda, seksi dan berbagai lagi.
Ya Allah! Aku tidak memiliki semua itu.
Tetapi ingatlah dan sedarlah bukan itu yang Allah mahukan, syukurlah dengan apa yang ada pada kita. Sesungguhnya Allah telah memberi yang terbaik untuk kita. Mungkin jika kita memiliki semua itu kita akan menjauh dari Allah. Sedangkan kita selalu berharap dan berdoa ingin dekat dengan Nya. Jadi, Allah telapun memberikan yang terbaik untuk kita, supaya selalu dekat denganNYA. BerSyukurlah.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat yang kau beri, tak mampu untuk ku menghitungkan. Rasanya, cukuplah apa yang ada ini. Jika KAU terus memberi, takut-takut nanti aku tak mampu menghargai. Aku tak mahu di katakan lupa diri. Bukan manusia yang mengata tetapi takut ENGKAU dah tak suka. Nauzubillah…
Tetapi jika mengikut tafsiran Allah semua orang yang bergelar wanita, perempuan, anak gadis, remaja, kakak, ibu, nenek, moyang, tok wan dan pelbagai gelaran lagi mampu memilikinya samada kita bergelar jelitawan, rupawan atau hodoh, buruk, cacat dan sebagainya, asal saja kita mampu mengikut kehendak dan tafsiran yang telah Allah tentukan.
Bidadari! Badadari duniakah atau syurgakah? Kedua-duanya mampu kita lakukan, insyaAllah, walaupun siapa kita tetapi sebelum mampu menjadi bidadari Syurga kita kena berusaha dan mampu menjadi bidadari dunia terlebih dahulu.
Siapa pun kita, jadilah bidadari kepada orang sekeliling kita dengan menunjukkan budi pekerti, akhlak yang mulia dan apa sahaja yang baik pada pandangan Pencipta kita yang utama dan pertama kita cintai. Untuk huraian yang lebih lanjut, tanyalah orang yang arif tentangnya. Saya masih tak mampu menulis panjang-panjang, sekadar memberikan idea pada orang lain yang mungkin ingin menghuraikan lebih lanjut lagi, cuma saya ingin berpuisi sahaja. Terimalah….,
Jadilah Bidadari.
Bidadari,
Ah, indahnya jika mampuku miliki,
mempersona setiap mata memerhati,
mengoda setiap kata yang didengari,
menjadi tontonan manusiawi,
Namun itukah yang kita cari?
Bidadari!
Setiap wanita mengingininya,
terus berusaha untuk memperolehinya.
berfesyen untuk kelihatan menarik,
berhias untuk kelihatan cantik.
menjaga makan untuk menjaga badan,
menjaga luaran untuk mendapat perhatian.
Salahkah?
Tidak mengapa asalkan bukan untuk tontonan
Asalkan untuk orang yang dibolehkan.
Terbaiknya,
Cantik dengan pakaian Islam yang sopan,
Menjaga makan kerana inginkan keberkatan,
Menjaga kesihatan untuk peribadatan,
Menjaga akhlak untuk mencari redha Tuhan.
Juga sanggup berkorban,
Sanggup susah untuk Tuhan,
Memberi tanpa minta balasan.
Bidadari!
Mempersona dengan akhlak yang mulia,
Mengoda dengan tuturkata yang berguna.
Bidadari!
Dihiasi dengan keimanan,
Dijaga oleh ketakwaan,
Diredhai oleh Tuhan.
Bidadari!
Idaman wanita solehah
Matlamatnya, Bidadari di Syurga Allah
Sungguh mempersona, sungguh indah
Mata yang memandangnya, pasti goyah.
Oh! alangkah bertuah.
Ya Rahman, Ya Rahim
Anugerahkan aku gelaran itu,
Menjadi bidadari dunia,
agarku mampu menjadi bidadari di Syurga.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Inikah Bahagia!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga anda semua berada didalam rahmat dan redha Allah.
Sudah lama tidak terisi dengan artikel yang baru di blog ini. Sesekali terasa ingin sekali menulis dan mencoretkan sesuatu di blog ini tetapi saya tidak mampu lakukannya. Tidak mahu rasanya saya menulis tentang diri sendiri. Cukuplah apa yang telah saya luahkan sebelum ini. Sesekali ada juga, terasa nak tutup saja blog ini. Tetapi entahlah, hati berbelah bahagi. Masih tidak dapat membuat keputusan.
Ya…, saya ingat dan tahu tentang pesanan ustaz/ustazah “diam itu lebih baik dari berkata-kata jika tidak banyak faedahnya” tetapi kadang-kadang saya tidak dapat mengawal perasaan sendiri.
Kalau boleh saya tidak mahu orang menilai tentang diri saya, walaupun kadang-kadang saya sendiri mendedahkan diri saya(dengan tulisan dan kata-kata). Saya masih tidak mampu mengawal diri sendiri, saya masih ingin meluahkan apa yang ada di dalam tetapi saya cuba mengawal batas-batasnya supaya tidak terlajak. Tuhanku tolonglah hambamu ini dalam mengendalikan diri sendiri.
Semoga apa yang saya perkatakan dan luahkan tidak keterlaluan dan tidak melanggar panduan yang telah Allah berikan. Tuhanku bantulah aku, peliharalah aku supaya tidak terus dibuai oleh perasaan yang tidak ENGKAU sukai. ameen….
Terimalah puisi saya yang masih lagi meluahkan tentang isi hati…..
,
Inikah Bahagia….
Tuhanku,
Ku perhatikan dedaun jatuh berguguran,
berselerak di tanah gersang,
disepak oleh kaki-kaki yang lalu lalang,
Seakan tiada nilai dan tidak dipandang orang,
Tetapi itulah lumrah kejadian
Yang telah ENGKAU tentukan.
Tuhanku,
Bukahkah itu juga salah satu daripada takdirMU?
Bukankah itu salah satu daripada ciptaanMU?
Bukan itu salah satu tanda kekuasaanMU?
Tuhanku,
Tapi sayang manusia tidak mampu menilainya.
Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.
Syukur, aku masih menghargainya.
Inikah yang dikatakan bahagia!
Tuhanku,
Kuperhatikan anak-anak kucing berkeliaran,
Ibunya tiada, hilang tanpa di kesan,
Sudah tiadakah rasa kasih sayang?
Manusia pula sudah tiada belas kasihan,
Anaknya comel, dikutip anakku dengan rasa kasihan,
Disusukan didalam botol buatan,
Dibelai, dijaga dengan simpati dan kasihan.
Syukur, masih ada yang sayang.
Inikah yang dikatakan bahagia!
Tuhanku,
Kuperhatikan manusia terlalu rakus dengan keduniaan,
Mencari tanpa mengira ia adalah satu kesalahan,
Tidak terfikirkah akan balasan?
Tidak takut dengan siksaan yang ENGKAU janjikan,
Tapi aku takut untuk melakukan,
Akan terus ku lawan nafsu syaitan.
Inikah yang dikatakan bahagia!
Tuhanku,
Jika dulu aku juga ingin jadi kaya,
Ingin rumah besar yang tidak ternilai harganya,
Ingin kereta mewah menjadi kegilaan manusia,
Ingin duit banyak sehingga tak tahu nak beli apa,
Ingin cantik sehingga berpaling orang memandangnya,
Tapi perasaan itu telah tiada,
Inikah yang dikatakan bahagia!
Tuhanku,
Sekarang aku tidak mahu apa-apa,
Aku terima seadanya,
Asalkan KAU sentiasa menjaga,
Asalkan KAU redha.
Asalkan ku terasa KAU sentiasa di Jiwa.
Inikah yang di katakan Bahagia!
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Salam Ma’al Hijrah
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hijrah…,
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.
Mujahadah….,
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin.
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.
Oleh itu…,
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bulatkan niat,
Kuatkan munajat.
Semuanya…,
Bukan kerana manusia,
Bukan ingin dipuja,
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.
Tapi untuk Allah yang Esa,
Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.
Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Ibu Mertuaku – Dalam Kenangan
Assalamu’alaikum dan apa khabar semua,
Takbir Eidul Adha bergema penuh syahdu dan mendayu. Mengusik hati-hati insan yang dekat denganNya dan kadang-kadang menyentuh naluri manusia yang jauh terpesong dari-Nya untuk mengajak mereka kembali mengingati pada Penciptanya.
Ya…, pesona dunia kadang-kadang menenggelamkan pesona surga Allah yang tiada pada pandangan zahir. Hanya sekadar cerita-cerita dari al-Quran dan dari hamba-hamba-Nya yang mulia yang sentiasa mengasihi Pencipta dengan sentiasa memberi ingatan dan berdakwah tanpa rasa putus asa walaupun diasak dengan pelbagai mehnah. Sebutan dan kasih yang tiada putus-putus di bibir mereka mampu menyedarkan mereka yang leka. Mereka terus memuja dan mempunyai keyakinan tiada belah bahaginya terhadap Khalidnya, walaupun ada juga yang mengatakan,
“ahh…!, itu semua tiada pastinya”. Nauzubillah…
Sudah tentu sungguh sukar untuk membawa hati mereka kepada Pencipta. Namun segala penat lelah mereka yang berusaha pasti dibayar dengan ganjaran yang tiada nilainya di dunia ini.
Takbir itu terus dialunkan penuh keinsafan dan kesayuan. Mak yang terbaring kelemahan turut merasakan kesayuan dan kesedihannya. Mungkin teringatkan insan-insan yang telah pergi.
Apa khabar agaknya mereka yang berada di alam barzakh? Bilakah giliran kita pula untuk singgah di sana? Dan bagaimanakah persediaan kita ya…?
Mak yang Mulia
Pandangan matanya redup dan layu. Namun kegembiraan terpancar di wajahnya kerana dikelilinggi anak-anak yang sentiasa mengasihi mak. Masih sempat berjenaka dengan anak-anak dan cucunya, walaupun dia sudah tidak berdaya untuk bangun sendirian.
Di hari Sabtu sebelum raya, kami singgah untuk menziarahi mak di rumah kak ipar, tapi dia tiada di rumah. Jadi kami tinggalkan nasi ayam goreng dan bingka labu di rumah kakak dan kami teruskan perjalanan menuju ke kampungku. Sengaja ku buat ayam goreng kerana ku tahu mak memang suka ayam goreng. Selalunya bila dia datang ke rumah kami, akan saya sediakan ayam goreng untuknya dan letakkan berhampiran dengannya supaya dia boleh mengulang makan pada bila-bila masa. Memang dia tak banyak makan tapi ayam goreng dia makan seolah-olah makan makanan ringgan. Sikit-sikit di cubitnya untuk mengalas perutnya.
Apa sahaja yang dihidangkan akan dijamahnya, walaupun lauk atau nasi semalam yang dipanaskan semula dan kalau sejuk-sejuk pun dia makan juga, tak pernah dia kata tak nak. Cumanya kadang-kadang suamiku memaksa mak makan banyak sedikit sebab badannya lemah dan tiada tenaga. Memang dengan suamiku dia ikut sahaja jika dibandingkan dengan kakak-kakak iparku, terutamanya jika mau makan ubat. Kalau demamnya berlarutan kakak ipar selalunya akan mengadu pada suamiku supaya dia boleh memberi ubat pada mak. Itulah sedikit yang susahnya tapi yang lain-lain tiada masalah. Bertuahnya saya mendapat mentua sepertinya.
Pengorbanan
Assalamu’alaikum dan apa khabar semua,
Salam Eidul Adha untuk semua. Sempena meraikan hari-hari yang memuliakan pergorbanan ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan semula puisi yang saya ambil beberapa tahun yang lepas dari blog ustaz Halim. Hayatilah ia dan hargailah pergorbanan seorang ibu. Fikirkanlah pengorbanan ibu kita, jangan terlalu memikirkan pengorbanan kita terhadap anak-anak kita…
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. …mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Tanyalah Pada Dirimu
Assalamu’alaikum dan apa khabar semua,
Tanyalah Pada Dirimu
Pohon Nyiur melambai-lambai,
Gugur buahnya meleret ke pantai,
Dibawa arus lautan yang menggapai
Di samudera luas berjuang menentang badai
Untuk berlabuh membina mahligai.
Di dada lautan yang luas terbentang,
kekadang, ribut taufan datang tanpa diundang,
kekadang, ombak memukul tidak mampu ditentang.
sesekali, haluan hilang dari pandangan,
sesekali, terlanggar karang yang disangka bunga-bungaan,
sesekali, terleka menikmati keindahan dasar lautan.
Namun…
Nyiur terus terapung dipermukaan,
bertahan, menentang, meredah rintangan,
Tak mudah goyah dengan halangan,
Walaupun karam di tengah lautan,
Walaupun belum sampai di pantai harapan,
menghasilkan pepohon kekuatan,
juga buah-buah yang boleh dimanfaatkan.
Walaupun bukti tidak kelihatan,
perjuangan tetap diteruskan,
walaupun mati ditengah jalan,
kerna hidupnya dalam redha Tuhan.
Di kejauhan…,
Kelihatan luasnya buih-buih yang memutih,
bagaikan mutiara dan permata jernih.
namun….
bila air dikocak ia berselerak,
bila ribut taufan mengganas ia tercampak,
hilang terus ditelan ombak.
Juga…,
bila dipegang ia hilang,
bila ditapis ia tiris menipis,
tiada tirkah yang berbuah,
tiada faedah pada ummah.
maka…
Tanyalah pada dirimu,
Akukah gelembung bebuih yang memutih dilautan kasih?
atau
Akukah Nyiur yang membelah samudera mencari tuah di sisi Allah?
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Kuasa dan Kehebatan Doa
Assalamualaikum dan apa khabar semua.
Aduh…. hebatnya kata-kata dan doa ini,
Rayuannya dengan alunan nama Allahnya terus menusuk ke kalbuku
Menjadikan air mataku turut mengalir
Kesekian kalinya aku terus mendengar dan menhayatinya
Jikapun tiada terjemahannya,
Alunan suaranya cukup mengkagumkan dan mengetarkan jiwaku
Tuhanku,
Teruskanlah KAU letakkan rasa-rasa sebegini ke kalbuku
Hatiku begitu bersemangat mendengarnya.
Hatiku begitu sayu mendengar
Menambahkan rindu dan cintaku pada-Mu.
Syukur Alhamdulillah.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
CINTA LUAR BIASA
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tiada kata yang mampu ku lakarkan
Hanya lagu memberi gambaran
Puisi akan menyusul kemudian
Untuk anda yang budiman
Semoga kedatangannya menambahkan keimanan
Juga ketakwaan yang tidak mampu ditawarkan
Oleh makluk bergelar hamba Tuhan
Selain pengabadian diri yang tiada tandingan
Untuk Tuhan semesta Alam, ya..Rahim ya..Rahman.
Salam Ramadhan untuk semua.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Dibotox Penuh Keanggunan.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Dibotox Penuh Keanggunan.
Ketika bunga harum berkembang,
Rerama datang bertandang,
Madunya dihisap sang Kumbang,
Akhirnya layu di dalam gengaman.
Sang Kancil berlari-larian,
Sang Monyet melompat kegirangan,
Sang Harimau mengintai penuh harapan,
Mencari mangsa yang boleh dimakan.
Ayam dan itik di halaman,
Kambing sedang mencari makan,
Sang Ular merayap perlahan-lahan,
Mencari mangsa yang mampu ditelan.
Begitu indahnya taman-taman kehidupan,
Beredar mengikut pusingan,
Segala yang terjadi ada tujuan,
Mengikut ketentuan Tuhan.
Yang terjadi adalah ketentuan Tuhan
Mendidik insan lebih beriman
Walaupun tidak mampu difikirkan.
Begitulah dengan diriku,
Hatiku merasa sayu,
Diriku merasa malu,
Kerana aku tidak mampu,
Melawan apa yang berlaku.
Tika semangatku kuat
Kehendakku tidak mampu disekat
Kekuatanku tidak mampu digugat
Kerja siang malam tanpa penat
Segala halangan dapat ku kerat.
Hanya satu tak mampu ku lawan
kekuatanku hilang dengan takdir Tuhan.
Tika aku beranggan-anggan tinggi,
tiba-tiba ku tersungkur ke bumi.
Ketika ku mengharapkan kecantikan asli,
ku sangka diriku anggun sekali,
muka ku gebu dan berisi,
ku cuba cerminkan diri,
Ya … Allah, mukaku berot sana sini,
Kesakitannya hanya Ilahi yang mengetahui,
Semoga dosa-dosaku berlalu pergi,
Ku dibotox sakit gigi.
(he.., he.., he..)
Jari jemariku tidak mampu menari,
Dapurku tidak berasap lagi,
Jahitanku tidak mampu ku sudahi,
Rumahku bagai tongkang pecah kembali,
Kerna membelek mukaku yang anggun sekali.
(he.., he.., he..).
Mungkin juga ketakwaanku nipis sekali,
Tidak mampu melawan kesakitan yang di beri,
Harapanku dosa-dosaku berlalu pergi.
Maafkan aku pembaca blog ini,
Rancangan yang diatur tergendala lagi.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi
Perempun Tua Itu
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Perempuan Tua itu
Tinggal seorang diri
Anak-anaknya tidak peduli
Rumah usang semak sekali
Perempuan Tua itu
Jalannya bagaikan kura-kura
Bagaimana mau dibawa bersama.
Perempuan Tua itu
Giginya sudah tiada
Makannya berselerak, bagai anak kecil sahaja
Malu di buatnya.
Perempuan Tua itu
Kencingnya merata-rata
Bau busuknya tidak terkira.
Perempuan Tua itu
Cakapnya merepek tak tentu hala
Entah mana hujung pangkalnya.
Perempuan Tua itu
Ibu siapakah dia?
Nenek siapakah dia?
Makcik siapakah dia?
Atau
Kitakah perempuan tua itu suatu hari nanti?
Perempuan Tua itu
Sanggupkah kita menghadapinya?
Perempuan Tua itu
Sungguh mencabar berhadapan dengannya
Bersabarlah dengan kerenahnya
Ganjarannya besar tak terhingga
Syurga yang tiada tandinganya.
Perempuan Tua itu
Usah difikirkan sejarah silamnya
Usah ditanya kenapa begitu jadinya
Yang penting ganjaran pahalanya
Juga redha yang Maha Esa
Penyelamat kita di Akhirat sana.
Perempuan Tua itu
Usahlah dihina
Usah dilayan seperti barang tidak berharga
Kerna dia manusia mulia
Di sisi Penciptanya.
Di Ampaian Kasih-Mu.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Di Ampaian Kasih-Mu.
Fajar menyingsing di ufuk meninggi
Nyaman dan dinggin di subuh hari
Burung-burung turut menyanyi
Menghirup udara segar di waktu pagi.
Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa
Kelembutannya mendamaikan jiwa.
Dedaun melambai mesra
Menenangkan hati yang bergelora.
Beburung berterbangan di atas sana
Mengundang gembira rasa di dada.
Segalanya menyerikan dunia nan fana
Penanda hebatnya Sang Pencipta.
Kala mentari terik
Tiba-tiba hujan membisik
Tanpa mampu diselidik
Walaupun sekadar rintik-rintik
Tanpa terasa terpercik
Bisanya rasa tertukik.
Pun begitu pelanggi selalunya muncul
Setelah hujan panas mula berundur
Memberikan harapan yang telah luntur
Timbullah kekuatan baru yang luhur.
Indahnya malam dalam kegelapan
Diserikan bintang-bintang yang berkerlipan
Rembulan memancarkan sinar kekuatan
Terserlahlah awan-awan yang keputihan
Memberi petanda penuh harapan
Walaupun rindu sang Pungguk belum kesampaian.
Kala manusia terleka
KAU memberi tanda
Awan gelap tanda berjaga-jaga
Mungkin bencana akan tiba
Mungkin juga pelindung dari bahaya
Bagi mereka yang mampu membaca
Begitulah kasihnya Pemilik dunia.
Wahai Pemilik sejagat yang kurindu
Ku ingin selamanya berada di sisi-MU
Walaupun sekadar di Ampaian kasih-MU.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi
Rasulullah s.a.w
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Rasulullah s.a.w.
Hari ini…,
Hujang turun mencurah
Tanah yang keras dan merekah
Menjadi lembut, segar dan basah
untuk tumbuhan yang hampir rebah
Insani yang kepanasan, hilang resah
Penanda hari yang penuh Barokah.
Hari ini…,
Jumaat yang Indah
Namamu disebut tanpa lelah
Dipungah merata daerah
Diraikan di Rumah Allah
Hidupmu tertulis di dalam sirah
Telah dibahas di merata Madrasah
Hiasan Dalaman Dekorasi Ketakwaan
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hiasan Dalaman,
Agh…..h!
Terlalu sukar untuk dinyatakan
Kebenaran maupun kepalsuan
Kerna akulah yang akan kepedasan
Mengigit, mengunyah maupun menelan
Chilie merah yang cantik pada pandangan.
Hiasan Dalaman,
Agh…..h!
Terlalu sukar untuk diterangkan
Kerna zahirnya sudah kelihatan
Mengambarkan Dalaman yang payah untuk dibicarakan
Hanya Tuhan yang tahu apa yang disimpan.
Hiasan Dalaman,
Agh…..h!
Anggota luaran telah membuktikan
Mata memandang hati menzahirkan
Kata hatikah yang ingin diturutkan?
Atau Ar-Rahman yang perlu didahulukan.
Hiasan Dalaman
Agh…..h!
Terlalu sukar untuk dimengertikan
Aku masih mencari jawapan
Mencari makrifat yang didambarkan
Kerna aku hamba ciptaan Tuhan
Yang lemah dalam penilaian
Yang kalah dalam percaturan
Yang selalu marah bila diberi ingatan
Yang selalu menjeling bila ditunjukkan jalan
Yang selalu angkuh dengan pendirian
Yang ingin menang dalam perdebatan
Yang ingin hebat pada pandangan
Yang ingin berjaya dalam kehidupan
Ramadhan Datang lagi.
Assalamua’laikum, apa khabar semua.
Ramadhan datang lagi.
Menguji ketahanan diri
Fizikal maupun emosi
Apakah yang kita cari?
Ramadhan datang lagi.
Ingin membersihkan diri?
Ingin sihat tiada penyakit yang dijangkiti?
Atau ingin kurus seperti lidi?
Atau mencari kegembiraan hati manusiawi?
Atau mencari keredhaan Ilahi?
Apakah yang kita cari?
Ramadhan datang lagi.
Berbagai perasaan menjenguk sanubari.
Gembira dan juga susah hati.
Gembira, kerana pahalanya bertimbun di bulan ini.
Susah hati kerana bertanya pada diri,
Bolehkah kita mengutip semuanya nanti?
Apakah yang kita cari?
Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Rezeki melimpah di bulan ini
Atau pembaziran yang tak berhenti.
Membeli juadah berbuka nanti
Atau memasak berbagai resepi.
Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Janganlah terlalu sibuk di hujung Ramadhan nanti.
Membuat kuih untuk hari raya nanti.
Menjahit baju, langsir dan pelbagai lagi
Menghias rumah untuk tetamu nanti.
Janganlah buat seperti ini.
Kerana di hujungnya amat di berkati.
Banyak kebaikan dan ganjaran yang menanti.
Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Menanti kemeriahan di hari raya nanti.
Pengikat silaturahim dengan ziarah-menziarahi.
Yang utama sematkanlah di hati.
Semuanya kerana Ilahi ya Robbi.
Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Niatkan di hati kerana Ilahi.
Membaca Al-Quran setiap hari.
Bertarawikh di malam hari.
Dapat berjumpa Lailatulqadar dinihari.
Teruskan ibadah hingga malam raya nanti.
Yang terbaiknya jika boleh jadi seperti ini.
Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Niatkan untuk Yang Memberi Rezeki.
Inilah peringatan untuk diri sendiri.
Serta kawan-kawan siber yang berada di merata negeri.
Walaupun tidak mengenali secara peribadi.
Tetapi kasih terlekat di hati.
Semoga kita berjumpa di akhirat nanti.
Dalam suasana yang mengembirakan hati.
Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Semoga kita berubah dari hari ke hari.
Semoga kita mencapai pangkat tertinggi.
Semoga kita selamat di akhirat nanti.
Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Walaupun manusia datang silih berganti.
Walaupun hari datang dan pergi.
Itulah hakikat yang tak di nafi.
Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Inilah perjuangan selagi tak mati
Selagi Sangkakala tidak berbunyi.
Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Kau tetap ku nanti.
Kau tetap di hati.
Kerana boleh bermusahabahkan diri.
Kerana kau merubah hati yang keji.
Menjadikanku rendah diri.
Menjadikanku menginsafkan diri.
Menjadikanku ingat akan mati.
Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Terima kasih pada Ilahi ya Robbi
Jadikan Ramadhan yang penuh erti.
Memberi peringatan pada insani.
Yang mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui.
Ramadhan datang lagi.
Dia tetap menjenguk lagi.
Selamat datang Ramadhan kali ini.
Selamat datang Ramadhan kali ini.
Semoga berjumpa Ramadhan satu lagi.
Silalah datang menjenguk lagi.
kerana kau tetap ku nanti.
Kerana aku mengharapkan Redhamu ya Robbi.
Usaha mesti,
Kejayaan usah dinanti,
Serahkanlah pada Ilahi.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Anugerah dan Puisi untuk Ibu-ibu.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Kali ini saya menyediakan puisi untuk anda. Bagi sesiapa yang berminat dan ingin meletakkan puisi ini di blog atau web anda, silakan. Semoga ia menjadi pencetus inspirasi anda.

Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.











.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
