Archive for the ‘Madrasah Cinta’ Category

Pusaka ke Neraka

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Mak, kenapa tak sama banyak je mak?.  Kenapa Ila lebih, saya dapat sikit? Lebihnya bukan sikit-sikit.  Kalau setakat setengah ekar ke 1 ekar ke boleh juga saya terima.  Ini lebih dari separuh.  Dahlah macam tu, duit pun dia lebih juga”.  Tijah membantah.

“Alah…h Jah, adik kau tu kan nak berniaga.  Dia ada masalah sikit dengan perniagaannya.  Jadi boleh juga dia cagarkan tanah peninggalan ayah tu untuk perniagaannya.  Anaknya pulak ramai yang masih bersekolah, yang belajar lagi.  Dia perlukan banyak duit untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya”.

“Anak-anak Jahkan semuanya dah lepas.  Dah tak ada tangunggan lagi.  Dah tak pening kepala nak cari duit untuk perbelanjaan anak-anak.  Cuma untuk belanja diri sendiri je”.  Maknya menyangah.

Salim anak yang tua pula meluah, “Mak…, patutnya anak lelaki yang lebih kalau ikutkan.  Islam pun kata macam tu.  Cuba mak tanya Ustaz Shofi, macammana cara yang baik dan betul untuk bahagi-bahagikan harta-harta ni”.

Maknya terus membantah,”Ikut ajelah apa yang mak kata.  Engkau orang apa tau.  Duduk dahlah jauh-jauh belaka.  Adik kau je yang dekat dengan kampung ni.  Dia yang selalu menjenguk dan menguruskan tanah-tanah peninggalan ayah kau tu.  Dia juga yang selalu datang dan ziarah mak, sediakan makan minum mak”.

Adik mereka yang kecil mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju,   Terus tersenyum-senyum malu, “Ialah bang, akak.  Betul kata mak tu.  Selama ni saya yang cari orang tolong bersihkan kebun tu, racunkan rumput, tebang pokok-pokok yang menyemakkan kebun tu.  Cari orang yang ingin torehkan getah tapi duitnya kita bagi sama banyak.  Sakit pening masa arwah ayah tu dulu saya yang uruskan, nak harapkan abang dan kakak jauh-jauh belaka.  Dah tu balik sekali-sekala aje”.  Mengiakan kata-kata ibunya.

“Ah…h! Kau memang macam tu,  membodek emak nombor satu.  Semuanya kau nak sapu”.  Kata kakaknya, Tijah.

Setelah puas bertegang urat.  Namun tiada muafakat.  Walaupun telah di beri taklimat, keputusan ibunya tetap muktamat.

“Tak pelah mak.  Kami pun tak tau nak cakap apa lagi.  Uruskanlah semuanya sendiri atau suruh anak menantu yang mak sayangi.  Kami ni tak reti.  Kita lihatlah apa yang jadi nanti”.  Kata Zul, abang keduanya mengalah.

Entah berapa kali mereka berbincang dan mengata dari belakang.  Itulah keputusannya, itulah juga kata-kata maknya.  Sudah tidak boleh di ubah-ubah lagi.  Terlalu susah untuk menyedarkan dan mengingatkan emaknya.  Entah apa ubat, entah apa ayat yang diberikan oleh Ila, membuatkan emak mereka terikat dengan katanya yang bulat.  Keputusannya sudah muktamat.

Akhirnya mereka bersepakat, terus tanamkan tekad untuk tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku walaupun masa telah lama berlalu mereka tetap seperti itu.

Di tepi Jendela

Nenek tua itu duduk di tepi jendela.  Menyelek-nyelak tabir usang yang tidak berganti malah tidak di basuh entah berapa tahun lamanya.

Tabir itu sepatutnya menyerikan suasana di rumahnya tetapi telah menyemakkan mata yang memandangnya serta memburukkan lagi  suasana di dalamnya. Mana tidaknya, rupanya yang kusam, lebam, balam, menambahkan serta memburukkan lagi suasana suram, muram dan guram.  Berhabuk, berbintik-bintik hitam, bertahi lalat malah telah tercarik bagaikan di cakar sang kucing liar.

Sebenarnya bukan kucing yang mencakar, bukan jari-jemari nenek tua itu yang mencakar-cakar tabir itu, tetapi cakaran waktu, cakaran masa dan cakaran hari-hari yang telah bersilih ganti yang datang dan pergi.  Cakaran-cakaran serta carikan-carikan yang membuktikan telah bertahun ia setia di sisi jendela itu.  Seusia cakaran dan carikan yang ada di hati nenek tua itu.

Hujan panas, siang malam malah ribut taufan yang silih berganti akan terus mengoyakkan tabir itu, akan berterbanganlah carikan tabir lalu jatuh ke lantai serta mereputlah di situ, tiada siapa yang mahu tahu.

Tiada siapa yang ambil tahu, tiada siapa yang ingin membantu.  Namun nenek itu terus menunggu.

Tabir itu sepatutnya boleh melindungi cahaya yang panas terik, telah boleh menerobos ke dalam rumah. Tabir itu boleh menapis serta menghalang habuk dan debu-debu kotor dari memasuki rumah itu tetapi ia telah boleh menyusup masuk di celah-celah belahan carikan-carikannya.  Hujan panas yang kebiasaannya tidak lebat tetapi memudaratkan itu juga mampu masuk ke dalam rumah itu.  Apatah lagi hujan lebat, hujan batu juga ribut taufan sudah pastilah meluru masuk ke rumah usang itu.

Usang.

Usang, seusang penghuninya. Senada sahaja apa yang ada di dalam.

Nenek tua itu masih di situ, masih lagi menyelak-nyelak tabir usang itu, mengintai-intai di luar jendela itu.  Mengharapkan sapaan salam dari tetamu.  Namun tiada siapa yang datang menyapa.  Yang kedengaran hanyalah sapaan ayam itik di lamannya, serta kucing yang menjadi teman lamanya.

Nenek tua itu masih di situ, di jendela itu. Mengharapkan sapaan dari anak menantu serta cucu yang di rindu. Padahal suatu ketika dulu, rumah ini sentiasa ceria, sentiasa bercahaya dengan gelak tawa, dengan gurau senda ahli keluarganya. Tapi sayang semuanya telah tiada, hanya kenangan yang terus bertakhta di hati nenek tua.

Syawal telah pun berakhir.  Tiada siapa yang sudi datang ke rumah usang itu.  Tiada Mercedess bermata bundar yang mau mengegar laman usang itu. Tiada Alphart yang mau merapat ke laman usang itu.  Tiada kereta lama yang terbatuk-batuk enjinnya yang menjenguk ke laman usang itu.  Malah basikal pun tidak mahu lalu di situ. Tiada siapa yang ingin singah untuk menjengah nenek tua itu.

Kasihan dia, mengapa begitu jadinya.

Dia masih di situ.  Membayangkan kenangan dulu.   Bayangan yang masih terbentang di ingatannya, yang masih terang benderang menyuluh hidupnya.  Dia rindukan hilai-tawa, jerit-pekit, senda-gurau juga tanggis-mengada serta rajuk-hiba cucu-cucunya.  Melihat keletah dan telatah cucunya, hatinya menjadi bahagia.  Dia merasakan hidupnya cukup bermakna lagi penuh sempurna ketika itu.

Tapi sekarang kasihan dia, mengapa begitu jadinya.

Nenek tua itu masih di situ, masih di jendela itu,  Meniti hari-harinya tuanya yang tak menentu.  Menanti dan terus menanti mengharapkan anak-anaknya kembali.  Tapi apakan daya, syawal pun sudah meninggalkan kita.  Harapan sudah pudar jadinya dan rasa kecewa pula yang bertakhta.

Nenek tua itu masih di situ, menunggu dan terus menunggu, di jendela yang kaku,  menanti kehadiran anak menantu serta cucu.  Apakah masih ada waktu untuk mereka bertemu, untuk melepaskan rindu, untuk bercerita dan mengadu, untuk berbaik tanpa cemburu, sebelum senja berlalu, sebelum malam membisu, sebelum badan sejuk kaku,  hanya Allah sahaja yang tahu.

Apakah hati mereka sudah beku?  Tidak adakah rasa sayu? Tidak adakah rasa terharu?  Tidak adakah rasa malu?  Membiarkan ibunya begitu.  Ibunya menanggis tersedu-sedu.

Kenangan lalu

Dia terkenangkan anaknya Kamal.  Anak pertamanya yang tinggal di Kuala Perlis.  Sudah lama dia tidak balik ke kampung halamannya.  Jauh adalah alasan utamanya.  Masalah kewangan juga antara puncanya.  Walaubagaimanapun setahun sekali akan pulang juga ke kampung Sentosa, kampung halamannya.  Tetapi semenjak ibunya membahagikan harta pusaka keadaan sudah berubah.  Dia sudah mula memberi pelbagai alasan untuk tidak balik ke kampungnya.  Sebenarnya hatinya telah terluka.

Anak ke duanya pula, walaupun berada di Kuala Lumpur, masih tidak boleh balik ke kampung, katanya, “Kerjanya tak menentu, waktu cuti pun bertugas juga”.  Itulah jawapannya bila sesekali emaknya menelefon.

“Budak-budak ni pun sibuk dengan kelas tambahan dan tuisyen.  Hari cuti pun ada kelas, jadi susah sikitlah nak balik ke kampung”.  Sambungnya lagi.

Manakala anak ketiganya, Tijah pula sudah berubah, katanya, “Abang Din sibuk sejak kebelakangan ini mak, selalu outstation jadi Tijah ikut ke mana abang pergi”.  Itulah antara jawapan yang biasa di beri bila emaknya berada di talian talefon.  Sebelum ini dia jarang mengikut suaminya.  Sejak anaknya besar dia selalu mengikut suaminya.  Sebenarnya hatinya tersinggung dengan sikap ibunya yang melebihkan adiknya.

“Ilakan ada, diakan anak kesayangan mak.  Diakan dekat dan selalu menjenguk mak” Terkedu dan terbisu nenek itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut celupar anaknya.  Bagaikan “memulangkan paku buah keras” pada ibunya.

Mereka memberikan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa ibunya.  Mereka marah pada ibunya.  Mereka cemburu dengan adiknya.  Mereka sudah lama tidak bertanya khabar tentang adiknya, juga ibunya.  Biarlah begitu, mereka tidak mahu bertemu dengan adiknya.  Mereka sudah tidak mau melihat muka adiknya.

Manakala anak kesayangan nenek itu, anaknya yang bongsu yang tinggal di bandar berhampiran kampungnya.  Suatu ketika dulu memang selalu menjenguk nenek itu.  Makan minumnya sentiasa terjaga.  Bajunya sentiasa di basuh dan di lipatnya.  Rumahnya selalu di kemaskan, di sapu lantainya, di tukar langsirnya, di potong rumput halaman rumahnya.

Tapi…, semenjak dia mendapat dan membolot kebanyakan harta pusaka peninggalan ayahnya,  dia sudah jarang balik ke kampung, menjenguk ibunya walaupun dekat sahaja.

“Sibuk”  Perkataan yang selalu keluar dari mulut Ila pada emaknya.   Perniagaannya bertambah maju sekarang ini.  Nak di tinggalkan takut pula tak dapat projek atau kontrak.  Mana nak cari duit nak bayar rumah bonglo di atas bukit itu.  Macamana nak bayar hutang kereta yang lebih sejuta harganya.  Belum lagi di kira belanja yang lainnya, makan di hotel berbintang-bintang, melancung ke hujung dunia.

Bila bercuti, di gunakan untuk membawa anaknya ke luar negara.  Katanya “Inilah masa untuk bermesra dengan suami dan anak-anaknya”.  Untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.

Tidak mengenang budi.

Begitulah lumrahnya manusia.  Tidak ingatkah dia akan ibunya yang mengorbankan harta bendanya, pusaka suaminya untuk anak yang di sayanginya?  Bila dah senang beginikah balasannya?  Sanggup membiarkan ibunya merempat di kampung halamannya.

Anak tidak mengenang budi.  Duit dah banyak, tapi biarkan ibunya sendiri.  Sakit peningnya sudah tidak di peduli.  Makan minumnya sendiri.  Tidurnya bertemankan mimpi ngeri.

Inikah balasan untuk dirinya.  Tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya.   Tidak berfikir apakah akibatnya.  Bertindak sesuka hati tanpa usul periksa.  Tidak bertanya pada yang arif tentang pusaka. Sepatutnya terlebih dahulu berdoa pada yang Esa, mohon petunjuk dan hidayahNya.  Apakan daya menyesal sudah tidak berguna.

Masih ada masakah untuk bersatu?
Nenek tua itu tidak banyak waktu
Malaikat Izrail sedang menunggu
Untuk mencabut nyawa nenek itu
Menghantarnya ke dunia baru.

Nenek tua itukan ibumu.
Usah di kenang kisah yang lalu
Yang terluka dan rasa cemburu.

Nenek tua itu tetap ibumu
Ibumu yang satu,
Walau apa pun yang berlaku
Walaupun marah, tak setuju
Janganlah di sisihnya begitu.

Nenek tua itu tetap ibumu
Yang lalu biarlah berlalu
Binalah hidup baru
Kerana Allah sentiasa melihatmu
Mencatit apa yang berlaku
Syurga atau Neraka adalah tempatmu
Pilihlah mana yang engkau mahu.

Berbaktilah untuk ibumu
Demi Syurga yang menunggu.

Tidak kah terbuka hati mereka untuk menghentikan segala sengketa? Tidak terfikirkah mereka tentang dosa dan pahala?  Tidak takutkah mereka akan Neraka?  Mereka semuanya ada salah dan silapnya di mana-mana.  Saling bermaaf-maafan, itulah yang terbaiknya.  Atau sanggupkah mereka membawa ‘Pusaka ke Neraka’?

Inilah  akibatnya terlalu memikirkan dunia.
Inilah akibatnya terlalu pentingkan harta benda
Inilah akibatnya terlalu pentingkan diri sahaja
Sangup tidak bertegur sapa
Sangup tidak bertanya khabar berita.

*******************************************************************************

Firman Allah Ta’ala bermaksud :

“Berikanlah kepada kaum kerabat hak masing-masing”

(Al-Isra:  26)

Dan lagi

“Dan Kami perintahkan manusia supaya berbaik-baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya penuh derita dan melahirkannya penuh derita, kemudian menyusuinya selama tiga puluh bulan.”

(Al-Ahqaf: 16)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Orang yang paling banyak taqwanya kepada Allah, paling tererat sekali perhubungannya dengan keluarga, paling suka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemungkaran”.

*

*

*

*** cerita di atas tiada kaitan dengan sesiapa.  Hanya khayalan si penulis untuk cuba memberi ikhtibar pada semua juga pada diri penulisnya.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Dangau Mengimbau

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

11 Ramadhan.  Hujan lebat di luar sana.  Aku sedikit mengigil kesejukkan.  Baju yang ku pakai ini tidak dapat melegakan kesejukkan yang menyelimuti tubuhku.  Ku mencari-cari baju tebal yang boleh ku sarungkan ke badanku.  Puas juga ku menggeledah di almari, mencari-cari baju lamaku.  Akhirnya ku jumpa juga baju lama yang boleh membalut badanku yang kesejukkan ini.

“Emm…” sedikit lega.

“Elok lagi baju ini.  Sedap di pakai.  Suatu ketika dulu baju ini besar, tidak sesuai untuk badanku”.  Aku mengomel seorang diri.

Badan ku dah berisi sekarang.  Ramai orang mengatakan, samada lepas bersalin anak pertama atau anak ketiga ia akan naik sedikit dan susah untuk turun seperti sebelumnya.  Ataupun memasuki ambang 40an pun begitu.  Yang ku perasan selepas bersalin anak ke tiga badanku sudah mula berisi.

“Tak pelah.., asalkan tak de penyakit yang merbahaya”.  Hatiku berkata.

Namun begitu, kesihatan mesti terus di jaga untuk menyempurnakan lagi tugasanku sebagai hamba Allah di dunia ini.  Juga untuk suami dan anak-anakku.  Mereka perlukan aku untuk sentiasa membimbing, membetulkan dan mengingatkan apa-apa yang terlupa dan tercacat.  Manakala aku juga perlukan mereka untuk melengkapkan tugasanku di dunia ini.

Kesejukkan.

Tidak terpijak kakiku di lantai mamar rumahku, kerana kesejukkan.  Ku sarungkan stoking tebal  pula untuk kakiku.

Ku bersela di atas sofa di ruang tamu sambil melemparkan pandangan ke luar, memerhati hujan yang turun lebat.  Ku perhatikan hujan yang jatuh ke bumi lalu terpercik ke cermin pintu galangsarku.  Sudah tentulah ada kesan-kesan lumpur yang akan terpercik dan terpalit di cermin pintu ku nanti.  Dan sepatutnya perlu ku bersihkan kotoran itu.

Teringat pula akan peribahasa “Menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri”.  Tapi ini berbeza sedikit, bukan aku yang menepuk air di dulang tapi hujan rahmat dari Allah yang turun dan memercikkan ke cermin pintuku.  Jika aku berada di dalam hujan itu, sudah pastilah percikan lumpur itu terkena juga padaku.

Hujan itu kurniaan Allah, walaupun terkena percikan maupun banjir besar berlaku pasti ada rahmat dan hikmat di sebaliknya.  Walaupun hujan yang mengotorkan cermin tingkapku, walaupun hujan menyebabkan kain di jemuran ku tidak kering,  tidak sekali-kali aku menyalahkan hujan yang turun itu.  Kerana hujan yang turun itu membawa rahmat dari Allah.

Rahmat dan Nikmat

Alhamdulillah, demam ku ini juga merupakan rahmat dari Allah.  Sekurang-kurangnya menghapuskan sedikit dosa-dosa kecilku.  Tidak mau rasanya ku makan ubat.  Biarkanlah demam ini berlarutan.  Aku ingin merasai nikmatnya sakit, nikmatnya batuk-batuk kecil, nikmatnya hidung yang tersumbat.  Sudah lama tak ku rasai semuanya ini.  Di tambah pula di bulan yang mulia ini, pasti lebih besar nikmatnya kerana ia lebih menguji kesabaran dan kekuatan fizikalku.

Ini cuma demam biasa, selera makanku tetap seperti biasa, bila berbuka masih berselera.  Dua, tiga hari, baiklah rasanya.

Sedangkan Nabi Ayub deritanya sungguh lama, berkudis dan bernanah di merata badannya.  Membiarkan ulat-ulat memakan kudis dan nanahnya. Itulah yang ku dengar tentang kisahnya.  Selama 7 tahun, 7 bulan dan 7 hari berada di dalam kesakitan baru dia memohon dan merayu pada Allah supaya di sembuhkan penyakitnya.  Sungguh sabar Nabi Ayub.  Aku ingin mencubit sedikit kesabaran yang ada pada Nabi Ayub itu.

Namun.. mampukah aku?

Tapi sayang, aku terpaksa akur dengan paksaan suamiku untuk makan ubat.  Setelah berbuka, di hulurkan padaku air suam dan ubat untuk ku makan.  Terima kasih suamiku kerana mengambil berat tentang diriku.

Walaupun sakit aku tak mau duduk diam.  Aku ingin jadi seperti ustazahku, Ustazah Salbiah.  Sakit macamanapun dia tetap teruskan rutin hariannya.  Aku masih ingat akan kata-katanya

“Kalau demam di bawa baring, bertambahlah demamnya, kalau sakit kaki di bawa duduk je tak bergerak-gerak bertambahlah sakit kakinya” .

Memang banyak kata-kata dan ilmu yang di tebarkannya menjadi peganganku.  Kata-katanya yang pedas dan pedih menjadikan aku orang yang lebih tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini.

Dugaan dan cabaran

Ya, telah banyak dugaan dan cabaran yang ku lalui di sepanjang perjalanan hidupku ini.  Umur pun sudah memasuki era 40an.  Kehidupan mengajarku erti ketabahan, kesabaran dan keikhlasan.  Perjalanan hidupku sungguh bermakna buat diriku.  Alhamdulillah, dengan kurniaanmu ya Allah.

“Donggg…”  Astagfirullahhalazim.  Dentuman guruh menyedarkan aku dari lamunan untuk seketika.

Dentuman guruh itu mengingatkan aku akan bunyi senapang patah yang pernah di muntahkan oleh abahku semasa zaman kecilku.  Senapang patah yang entah dari mana datangnya, yang selalu di gunakan untuk berburu di hutan.  Samada kerana mencari binatang liar yang boleh di makan ataupun kerana itu mungkin hobby abahku.  Tapi yang pastinya kami sekeluarga akan dapat menikmati makanan yang enak jika abah membawa pulang hasil buruannya.  Seronak sungguh kami,  melihat saja kelibat abah, pasti kami berlari-lari mendapatkannya sambil membelek-belek apa yang di bawa balik.  Tapi selalunya.., kami rasa terkilan, kerana tiada apa-apa yang berhasil.

Aku juga pernah mengikut abahku, ke belukar berhampiran kampungku.  Melihat jerat landak, kalau-kalau ada yang mengena.  Jika tiada apa yang berhasil, emak memasak hasil tanamannya yang berada di sekeliling rumah ataupun tanaman liar di hutan seperti pucuk cemperai,  pucuk paku yang di kutip di tepi-tepi sungai atau apa sahaja yang di masak oleh makku yang kadang-kadang tak tau apa namanya.  Yang penting perut perlu di isi.

Sungai, paya, parit juga menjadi sumber makanan kami.  Dapatlah kami merasai keenakkan ikan sembilang dan haruan serta pelbagai lagi.  Jika kepulangan abahku dari memacing membawa hasil yang banyak dapatlah kami menikmati lebih seminggu rezeki kurniaan Allah itu.  Kalau tidak kami makan apa yang ada, kerana kami hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Untuk membeli di kedai, tidak mungkin.  Buku kecil, tiga lima(555) yang ada di dalam simpanan abahku pun sudah ada tiga buah.  Sudah penuh di tulis oleh pak cik Mat dan kedai Syarikat di kampungku.  Mereka sudah tidak boleh mengira angka-angka yang semakin membesar di dalam buku itu.  Angkanya sudah terlalu besar dan tidak mampu di kira oleh pak cik-pak cik itu.  Lagipun pak cik-pak cik tu tak sekolah tinggi.  Mereka hanya dapat mengira mengikut kemampuannya sahaja.

Tidak ada kedai lain lagi yang boleh abahku hulurkan buku tiga lima untuk di isi.

Ya!  Kehidupan kami susah ketika itu.   Tidak seperti anak-anakku sekarang ini.  Mereka boleh memilih apa yang hendak di makan.  Kalau tak sedap, tak nak makan ataupun tak habis di makannya.  Terlalu banyak berlaku pembaziran sekarang ini.  Aku tidak sangup melihat pembaziran tersebut, akulah yang menjadi mangsa.  Menghabiskan apa yang tidak habis.  Patutlah badanku naik.

Jika dulu suka atau tak, sedap atau tak sama saja.  Ia tetap habis di makan.  Pinggan tetap licin, tidak meninggalkan sebutir nasi pun, hingga menjilat apa sahaja yang ada di jari.  Kuah yang ada di pinggan di hirup hingga ke titisan terakhir.  Bagiku itu sudah menepati sunah Rasullullah walaupun ketika itu aku tak tahupun apa itu sunah.

Tapi… sekarang, bila menjilat jari di katakan “buruk makan” macam tak cukup lagaknya.  Begitu juga bila makan sehingga licin, tidak meninggalkan apa-apa pun. Itukan sunnah.  Bila mengambil makanan yang terjatuh, lalu di tiup untuk menghilangkan habuknya dan boleh di makan selepasnya, dikatakan pengotor pula.  Itu juga sunnah Rasullullah.  Sunah yang membawa kebaikan untuk umatnya kerana ia boleh mengurangkan sedikit ke egoan dan tinggi diri pada pengamalnya.

Aku mengamalkan sunah itu dan ku ajarkan kepada anak-anakku.  Bila anak kecilku berbuat demikian di hadapan orang lain, pandangan mereka, air muka mereka berubah.  Seolah-olah mengatakan sesuatu.  Ya Allah… terlalu cepat aku berburuk sangka dengan orang lain.  Ampunkan aku, Ya Allah.

Bagiku, pengalaman yang ku lalui itu sungguh mahal harganya.  Walaupun ku tahu ada yang lebih susah dari itu, namun tidak semua orang dapat merasai dan menikmatinya malah sanggup menghadapinya.  Aku hargai semuanya itu.  Terima kasih Allah.

Mengimbau kembali kisah laluku, di bulan puasa yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan.  Kami berbuka dengan nikmat yang Allah berikan.  Aku dengan lauk kegemaranku iaitu minyak lebihan goreng ikan masin yang sememangnya di simpan oleh makku untuk di jadikan lauk.  Hanya di gaulkan dengan nasi panas sudah enak untuk di makan. Manakala adik lelakiku, nasi panas, gula dan air masak, di gaulkan seolah-olah seperti bubur nasi.  Itulah antara makanan ruji kami.  Ialah, bukannya setiap kali abahku ke sungai akan mendapat hasil tangkapannya, bukannya selalu jerat yang di pasangnya mengena dan tembakannya pula bukan selalu mengena sasarannya.

Baru sekarang ku fahami dan ku rasai itu semua sebagai rasa nikmat.  Betapa nikmat pengalaman laluku menjadikan aku tunduk kepada Penciptaku.  Nikmat berterusan yang menjadikan dahiku sentiasa sujud kepadaMu, manakala tanganku sentiasa menadah mengharapkan pertolongan dan pemberian dariMU, Ya Allah.  Aku ingin terus mengimbau dangau itu kerana aku ingin terus sujud kepadaMu serta terus bermuhasabah diri, sehingga jasadku tersungkur rebah dan di telan bumiMU, ya Allah.

Ameen, ameen ya Robbal alameen.

———————————————————-

Firma Allah bermaksud:

“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, niscaya Allah Subhanahu Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan di kembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah s.w.t menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”

(Surah at-Taubah: ayat 105)

“Alif lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak di uji lagi?  Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabut: ayat 1-3)

Hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t apabila mengasihi satu kaum, di cubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNYA.  Barangsiapa yang benci(marah) maka baginya kemurkaan Allah.

“Jalan Syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke Neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat”.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Ramadhan Datang lagi.

Assalamua’laikum, apa khabar semua.

Ramadhan datang lagi.
Menguji ketahanan diri
Fizikal maupun emosi
Apakah yang kita cari?

Ramadhan datang lagi.
Ingin membersihkan diri?
Ingin sihat tiada penyakit yang dijangkiti?
Atau ingin kurus seperti lidi?
Atau mencari kegembiraan hati manusiawi?
Atau mencari keredhaan Ilahi?
Apakah yang kita cari?

Ramadhan datang lagi.
Berbagai perasaan menjenguk sanubari.
Gembira dan juga susah hati.
Gembira, kerana pahalanya bertimbun di bulan ini.
Susah hati kerana bertanya pada diri,
Bolehkah kita mengutip semuanya nanti?
Apakah yang kita cari?

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Rezeki melimpah di bulan ini
Atau pembaziran yang tak berhenti.
Membeli juadah berbuka nanti
Atau memasak berbagai resepi.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Janganlah terlalu sibuk di hujung Ramadhan nanti.
Membuat kuih untuk hari raya nanti.
Menjahit baju, langsir dan pelbagai lagi
Menghias rumah untuk tetamu nanti.
Janganlah buat seperti ini.
Kerana di hujungnya amat di berkati.
Banyak kebaikan dan ganjaran yang menanti.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Menanti kemeriahan di hari raya nanti.
Pengikat silaturahim dengan ziarah-menziarahi.
Yang utama sematkanlah di hati.
Semuanya kerana Ilahi ya Robbi.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Niatkan di hati kerana Ilahi.
Membaca Al-Quran setiap hari.
Bertarawikh di malam hari.
Dapat berjumpa Lailatulqadar dinihari.
Teruskan ibadah hingga malam raya nanti.
Yang terbaiknya jika boleh jadi seperti ini.

Ramadhan datang lagi.
Apakah yang kita cari?
Niatkan untuk Yang Memberi Rezeki.
Inilah peringatan untuk diri sendiri.
Serta kawan-kawan siber yang berada di merata negeri.
Walaupun tidak mengenali secara peribadi.
Tetapi kasih terlekat di hati.
Semoga kita berjumpa di akhirat nanti.
Dalam suasana yang mengembirakan hati.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Semoga kita berubah dari hari ke hari.
Semoga kita mencapai pangkat tertinggi.
Semoga kita selamat di akhirat nanti.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Walaupun manusia datang silih berganti.
Walaupun hari datang dan pergi.
Itulah hakikat yang tak di nafi.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Inilah perjuangan selagi tak mati
Selagi Sangkakala tidak berbunyi.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Dia tetap menjenguk lagi.
Kau tetap ku nanti.
Kau tetap di hati.
Kerana boleh bermusahabahkan diri.
Kerana kau merubah hati yang keji.
Menjadikanku rendah diri.
Menjadikanku menginsafkan diri.
Menjadikanku ingat akan mati.

Ramadhan datang lagi.
Sematkan di kalendar ingatan diri.
Terima kasih pada Ilahi ya Robbi
Jadikan Ramadhan yang penuh erti.
Memberi peringatan pada insani.
Yang mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui.

Ramadhan datang lagi.
Dia tetap menjenguk lagi.
Selamat datang Ramadhan kali ini.

Selamat datang Ramadhan kali ini.
Semoga berjumpa Ramadhan satu lagi.
Silalah datang menjenguk lagi.
kerana kau tetap ku nanti.
Kerana aku mengharapkan Redhamu ya Robbi.
Usaha mesti,
Kejayaan usah dinanti,
Serahkanlah pada Ilahi.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Anakku, anakmu jua

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ku sental, ku gesek dan ku tenyeh-tenyeh baju anak yang kedua dan ketigaku.  Baju mereka selalu sahaja ada bau yang tidak menyenangkan, kolarnya berjalur hitam dan kadang-kadang ada percikkan sambal berwarna merah serta calitan coklat di baju mereka.  Baju yang lain selalunya tak ada masalah untuk membasuhnya.  Tak banyak tompok-tompok kotoran di baju mereka.

Telah ku beli sabun yang terbaik untuk menghilangkan kotoran tersebut.  Telah ku letakkan Clorox untuk memutihkannya.  Telahku letakkan pewangi yang halal untuk menghilangkan bau busuknya.  Tapi setelah di cuci bersih, pabila di pakai semula ia kembali kotor dan berbau.  Apakah caranya lagi yang perlu ku lakukan?

Telah letih rasanya tanganku ini membasuhnya.  Tak larat rasanya.  Suami ku dah lama beritahu belilah mesin basuh supaya memudah membasuhnya.  Tapi aku yang tidak mahu mendengar kata, konon-kononnya nak membasuh dengan tangan sendiri, jadi nampaklah mana-mana tempat yang berkarat dan terlekat, yang hitam, kelabu dan pelbagai warna yang mencemari baju mereka.

Ku ingatkan dengan menggunakan tangan lebih bersih cuciannya. Ialah, membasuh dengan tangan kan sentiasa dibelek-belek dan mencari-cari di mana tempat kotornya.  Tapi tanganku telah terasa lenguhnya.  Sudah tidak mampu bertahan lagi. Sudah tidak larat lagi.  Rasanya ku terpaksa membeli mesin basuh selepas ini, untuk memudahkan urusanku.  Istiqomahku  membasuh menggunakan tangan setakat ini sahaja nampaknya.  Aku perlukan mesin basuh yang boleh mempercepatkan serta memudahkan ku membasuh kain supaya ia lebih bersih dan mudah di perah serta cepat keringnya. Setakat ini sahaja istiqomahku, ku perlukan cara yang lebih cangih, up to date dan moden untuk memudahkan kerja harianku.  Di tambah pula kerja-kerja harian ku bertambah sekarang ini.

Tugasan

Hari itu hari Jumaat.  Ada tugasan yang perlu ku selesaikan paginya.  Menghadiri perjumpaan tiga penjuru untuk dua orang anakku, di sekolah mereka.    Pertama kali ku menghadiri perjumpaan antara ibubapa, guru kelas dan murid di sekolah baru mereka.  Sebelumnya, suamiku yang selalunya menghadirkan diri.  Di tambah pula ada rasa ingin berkenalan dengan guru kelas anak-anakku.  Daripada cerita mereka, guru kelas mereka adalah perempuan belaka.  Boleh juga aku bercerita panjang dengan mereka, telah hatiku.

Mentari pagi itu menyinarkan cahayanya yang luar biasa.  Terang dan terik rasanya, seolah-olah memberi petanda baik padaku.  Sudah tentulah kain-kain di jemuran ku akan cepat keringnya, walaupun ku memerahnya dengan tangan sendiri, walaupun kelembapannya tinggi kerana tidak larat untuk ku pulas-pulas dengan tanganku.

Hari baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tapi kehangatannya sudah terasa.  Solat Dhuha sudah boleh di kerjakan waktu ini,  namun hati ini berat untuk mengerjakannya.  “Alah…hh, balik nanti boleh lagi, takkan lama sangat, tentu masih ada waktu untukku”.  Hatiku berkata.

Perjalanan ke sekolah

Perjalanan menuju ke sekolah ku teruskan dengan kereta MPVku(Malaysian Perodua Vehicles… hi, hi, hi). Ku turunkan cermin keretaku seluas-luasnya kerana mengharapkan udara di luar menerjah ke dalam agar melegakan sedikit kehangatan tubuhku di pagi hari ini.

Aku memang jarang membuka penghawa dingin kereta, melainkan hari hujan.  Anak-anakku selalu merunggut bila terasa panas.

Jawapan ku senang aje,  “Besok kat Akhirat lebih panas dari sekarang ni.  Panasnya sikit aje ni, jauh lagi matahari dari kita.  Kat sana nanti matahari sejengkal aje”.  Mendengar jawapan yang sedemikian, semuanya senyap.  Agaknya malas nak dengar ceramahku.

Sampai di sekolah anak keduaku menunggu dengan kata-kata dan senyuman manisnya serta huluran tangannya.  Dia memang terkenal dengan ayat-ayat cintanya hingga guru-guru yang tak mengajarnya pun tahu akan perkara itu.  Ku teruskan ke biliknya.

Guru-guru anak-anakku

Sampai sahaja giliran ku berjumpa dengan gurunya.  Ku ucapkan salam dan huluran tangan tanda pengikat silaturahim.  Manis cikgunya semanis sikap dan tuturkatanya.  Di hulurkan keputusan peperiksaan anakku.  Ku perhatikan kertas itu dan ku tak hairan dengan keputusan yang di capainya kerana itulah jangkaan ku.  Tapi yang lebih penting yang ingin ku tahu ialah sikap mereka di sekolah yang belum sampai setahun mereka berada di situ.

Ku bertanya kepada cikgunya akan hal itu.  Memangnya kata-katanya masih berlapis dan di tapis, sesuailah dengan rupanya.

Tapi sesuatu yang aku rasa seronok pabila dia meleteri atau menasihati anakku di hadapanku.  Caranya seolah-olah sama sepertiku dengan anakku.  Aku jadi seronok dan suka sekali dengan caranya, seolah-olah dia menganggap anakku, anaknya juga.

“Apa yang cikgu cakap tu, semuanya saya dah cakap dah cikgu, tapi tak berkesan, tak de perubahan”. Kataku.

“Budak lelaki ni memang susah sikit, macam nilah juga saya cakap kat anak saya.  Saya pun ada anak lelaki, SPM tahun ni”, Jawapnya.

“Terima kasih cikgu, buatlah apa yang patut cikgu buat, saya tak kisah dan saya tak marah kalau nak rotan dan denda sekali pun”, jawap saya.

Terfikir juga di dalam hatiku, selama ini apa yang ku buat taklah melangkaui batasan yang sepatutnya.  Ialah, takut juga kalau caraku tidak kena.  Nanti hasilnya bukan lebih baik malah lebih teruk dan buruk pula jadinya.

Terima kasih cikgu kerana menganggap anakku seperti anakmu jua.

Ku melangkah pula ke bilik anak pertama ku.  Ku amat-amati guru kelasnya, rupanya seperti biasa di penglihatanku.  Ku bertanya padanya,  dia berkata dia pernah mengajar di As-Saa’diah.  Tapi rasanya bukan di situ ku jumpa dia.  Namun ku biarkan saje sebagai satu tanda tanya.

Soalan yang sama ku tanyakan padanya.  Jawapannya biasa sahaja.  Ok, takde apa-apa masalah.  Tapi ada satu soalan, yang mungkin untuk menguji anakku di hadapanku.  Mungkin menguji kejujurannya.

“selalu solat subuh tak?  Tanya gurunya yang merupakan guru bahasa Arab anakku.

“Solat sebab mak selalu kejutkan.  Jawap anakku.

Menurut anakku, memang itulah soalan yang di tanya setiap kali dia masuk kelas.  Mengira-ngira atau menelek-nelek siapa yang solat dan siapa yang tidak, kerana waktu subuhlah yang paling berat dan susah untuk di kerjakan solatnya.

“Kono kojut lagi”? Kalau dah kahwin ni, dah anak duo dah ni.  Harapkan omak yo lagi” Tersenyum dan seronok aku mendengar leteran ustazahnya dengan loghat nogorinya.

Alhamdulillah, anak pertamaku padaku telah melepasi waktu kritikal atau peralihan dari kanak-kanak ke zaman remaja.  Tidak banyak membawa masalah pada kami sekarang ini, walaupun sebelum ini ada juga.  Mungkin sudah mula berfikir mana yang baik dan yang tidak baik untuk dirinya.  Namun begitu, banyak teguran dan panduan yang perlu ku berikan untuknya supaya tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.  Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.  Aku sendiri pun mengharapkan teguran dan bimbingan dari orang lain terutamanya suamiku dan guru-guruku.

Walaupun aku di katakan sangat cerewet, banyak perkara yang anakku tak boleh lakukan.  Namun demikian mereka rapat denganku.  Setiap kali balik dari sekolah, belum sempat membuka pagar rumah, anakku dah mula bercerita apa yang berlaku di sekolahnya.  Sama sahaja mereka bertiga, suka bercerita denganku.  Kadang-kadang aku yang malas nak mendengar cerita mereka, antara dengar dan tidak je.  Maafkan aku, anak-anakku.

Anak ke duaku masih di dalam waktu kritikal manakala anak ke tigaku baru memasuki waktu kritikal dan waktu peralihan.  Pada penilaianku waktu peralihan dan kritikal anak-anak adalah antara dua belas tahun hingga ke enam belas tahun.

Sememangnya di waktu ini amat menduga, menguji ke sabaran dan keimananku.  Menaikkan suhu kepanasan badanku, meninggikan darahku, membuatkan ku tak senang duduk.  Waktu malam ku selalu terjaga, tidurku tak lena, bermimpikan yang tak ku suka.  Namun syukuralhamdulillah ku panjatkan pada Ilahi yang Maha Memberi, kerana tidurku tak lena, kerana malamku selalu terjaga, menjadikan aku selalu bangun dari tidurku untuk bermunajat padaMu.  Mungkin itu yang terbaik untukku dan mungkin itu juga kurniaan terbaik untukku dari yang Maha Esa.  Syukur Alhamdulillah.

Begitulah apa yang berlaku pada anak keduaku.  Setelah ku beritahu pada guru kelas abangnya tentang anak keduaku.  Dia pun terperanjat dan tidak menyangka dia ada adik.  Anak keduaku terkenal di sekolahnya kerana kehebatan sukannya.  Memang dia aktif bersukan dari sekolah rendah lagi.  Kalau boleh segala sukan ingin di ceburinya.

Maka bertambahlah cerita yang ku dengar, kalau sebelum ini guru kelasnya masih berlapis dan bertapis bila bercakap, tapi guru kelas abangnya, memberitahu lebih terang dan jelas, tentang adiknya.

“Ni mesti abangnya cover ni, tu sebab ceritanya tak sampai kek omak eh”.  Kata ustazah sambil memandang anakku yang membisu.

Patutlah cuaca hari itu terang dan cerah sekali, serta ada sedikit bahang kepanasannya di pagi hari itu.  Namun cuaca pagi hari tidak memudaratkan malah memberi banyak manfaatnya.  Begitulah pendapat yang ku dengar.  Harap-harap begitulah, apa yang telah terjadi.

Aku amat menghargai apa yang telah ku lalui hari itu.  Terima kasih kepada kedua-dua guru anak-anakku kerana menganggap anakku, anakmu jua.

Jiran-Jiranku.

Begitu juga dengan jiran-jirangku, kak D dan kak S.  Terima kasih ku ucapkan kerana sentiasa menganggap anakku, anakmu jua.  Tiada sebarang rasa marah dan dendam di hatiku.  Malah akulah orang yang bertuah kerana sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang baik-baik hati belaka.

Sentiasa mengingatkan dan menyedarkan kami sekeluarga, yang sentiasa memerhati dan menegur mana-mana yang tidak kena terutama tingkah laku anak-anakku yang tidak kami ketahui bila berada di luar sana.  Segala yang tidak baik yang anakku lakukan akan sampailah ke telingaku, bolehlah aku membetulkan keadaan sebelum ia parah jadinya.

Aku bangga dengan kak D dan kak S, mereka tidak seperti talam dua muka.  Di depanku baik tapi di belakangku di kutuknya.  Tidak, mereka tidak seperti itu.  Aku suka cara mereka kerana aku juga tak suka berpura-pura.  Talam dua muka itu adalah ciri-ciri orang hipokrik/munafik.  Aku tidak mau seperti itu dan aku tak mau juga orang yang hampir denganku seperti itu juga.  Jadi sama-samalah kita ingat mengingati, pesan berpesan, tegur-menegur antara satu sama lain, demi masa depan kita bersama.  Kita bukan hidup di sini sahaja, di akhirat lebih utama.

Ini jugalah anjuran Islam, sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga, sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain.  Kita ini manusia biasa, pasti ada salah serta silapnya dan kadang-kadang terlupa dan terleka.

Kalau salah janganlah dikata,

kalau di tegur itulah yang terbaiknya.

Telah di tegur, janganlah terasa serta marah pula,

hingga tak mau bertegur sapa,

sudah tentu bergaduh pula.

Kan kita ni hambaNya yang hina dina,

tentu ada salahnya di mana-mana,

janganlah ada rasa hebat di mata manusia,

janganlah suka merendahkan orang sahaja,

Semoga kita hidup aman bahagia.

—————————————————————————————

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

“Maka peringatkanlah kiranya peringatan itu berguna.  Nanti peringatan itu akan diterima oleh siapa yang takut”

(AL-A’la:9-10)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah bertanggungjawah dan setiap kamu akan di tanya tentang pertanggunganjawabnya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Memfitnah atau di fitnah.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Maka telah tersebar seantero kampung, di katakan seorang wanita bernama Anit telah menulis cerita dan di persembahkan di layar utama di kampungnya.  Kampungnya menjadi huru-hara untuk seketika.  Sana-sini mereka berkata tentang si Anit, sehingga mereka yang tidak berkenaan pun tahu akan isi ceritanya.

Ceritanya tidak sama

Tapi sayang, ceritanya tidak sama seperti yang telah di tayangkan di layar utama.  Mereka lebih suka mendengar cerita daripada melihat sendiri tayangan dan jalan ceritanya.

Telah pun datang si Peah dan si Kiah mewakili kawan-kawannya, meluahkan segala isi hatinya. Si Anit terpingga-pingga, tidak faham akan maksudnya.  Namun dia mendengar apa yang ingin di khabarkannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana Si Anit sendiri ingin mempersembahkan di khalayak ramai akan cerita mereka.  Kerana fikirnya, persembahannya akan memberi kesedaran pada penontonnya.  Tiada siapa memaksa tetapi telah meminta izin pada yang empunya cerita.

Dia jadi termanggu-manggu mendengarkannya.  Hairan dengan cerita yang di bawa oleh si Peah dan si Kiah.  Ceritanya seolah-olah tidak sama seperti yang di kisahkan di layar utama.  Adakah mereka telah melihat, mendengar dan membaca kesemua ceritanya atau membaca sekerat-sekerat aje serta melihat sebelah mata sahaja.  Atau mereka lebih selesa mendengar cerita dari mulut ke mulut tanpa menonton cerita sebenarnya.

Kalau mulutlah yang bercerita tanpa melihat di layar utama, pasti sudah berubah ceritanya.  Pasti telah di tokok tambah. Jalan ceritanya pasti sudah berbelit-belit dan dipusing-pusingkannya.  Tapi tak mengapa itulah manusia, Anit pun manusia juga pasti dia pernah tersilap suatu ketika.  Jadi maafkanlah sahaja mereka.

Pada Anit, mereka tidak melihat keseluruhan ceritanya.  Tidak faham akan maksud isi cerita sebenarnya.  Adakah mereka membaca dan melihat dari tajuk cerita hingga ke penamatnya, hingga ke kata-kata akhirnya.  Padahal cerita sebenarnya ingin membela nasib mereka tetapi Anit pula yang di salahkan oleh mereka.

Sebelum ini, telah di khabarkan kepada mereka, Anit ingin mempersembahkan cerita ini di layar utama di kampungnya.  Telah meminta izin untuk di ambilkan gambar mereka, tiada sebarang bantahan di dengar malah mereka gembira dan bersetuju malah seronak bila gambar di ambilnya.

Setelah cerita siap dan di paparkan di layar utama, Anit telah mengkhabarkan berita gembira kepada mereka bahawa cerita mereka telah di pertontonkan di khalayak ramai.

Tetapi hari itu…, Anit menjadi hairan, setelah sebulan di tayangkan di layar utama, mereka mengadu sesuatu yang tidak di duga.  Dalam hatinya berkata, “Kalau aku mempunyai niat yang tidak baik buat apa aku beritahu mereka di mana aku ingin persembahkan cerita tersebut, lebih baik ku senyapkan sahaja”,

“Akukah yang memfitnah mereka atau akukah yang difinah mereka”.  Bisikan hati Anit berkata lagi.

“Tidak ada cerita yang tidak benar ku masukkan ke dalamnya, tiada cerita yang ku tokok tambah”.  Katanya lagi.

Segala-galanya Anit terangkan pada Peah dan Kiah serta berjumpa yang lain untuk menerangkan segalanya.  Anit pun telah meminta maaf walaupun dia rasa tidak bersalah, demi menjaga silaturahim antara mereka.   Tidak mengapalah biarlah dia mengalah dan merendahkan dirinya untuk kebaikan bersama.  Kerana Allah pun telah mengingatkan di dalam firmannya yang bermaksud,

“Bersikap rendah dirilah terhadap orang-orang mukmin”,

(al-Maidah : 54)

dan juga …..

“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu.   Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu.  Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu” .

(hadith rasulullah)

bukan kerana dia bersalah tapi kerana takutkan balasan dari Allah, serta ingin mencari Redhanya Ilahi.

Rendah Diri

Rupanya cerita tidak habis di situ sahaja.  Bila dia keluar berjumpa dengan kawan sekampungnya ada juga seorang dua yang bertanya akan cerita itu.  Nasib baiklah Anit bukan jenis dari suka berkumpul dan bercerita bersama kawan-kawannya.  Jadi tak ramailah yang bertanya akan kisahnya.

Jadi tak selalulah dia menerangkan untuk membela dirinya.  Anit tidak mahu menambah cerita.  Jika ada yang bertanya dia akan menerangkannya, untuk membela dirinya.  Jika tidak dia  takkan memulakan cerita, tidak sama sekali.  Kerana dia tahu kalau tersalah cerita dan memburukkan mereka akan menjadi fitnah pula, kalau ceritanya betul sekalipun akan menjadi mengumpat pula.  Kerana dia tahu bercerita akan hal orang lain tanpa di ketahui oleh tuannya, itulah yang di katakana mengumpat.  Kedua-duanya sama, berdosa besar dan balasannya juga tentu besar, di Akhirat nanti.

Anit tidak mau bersikap seperti mereka.  Dia telah di beritahu oleh ustazahnya dan tidak mahu melakukan perkara yang sama.  Kata ustazahnya, “mereka yang telah belajar dan tahu akan hukum serba sedikit dalam ilmu agama mesti berubah, mesti tidak sama cara dan perangainya dengan orang yang tidak tahu/faham”.

Anit akur dengan kata-kata ustazahnya.  Lagipun dosa-dosanya yang lalu pun dah banyak yang di lakukannya.  Tidak mau menambah beban dan dosa lagi.  Dia ingin membersihkan dirinya dari kekotaran yang melekat di badannya.  Selagi tidak di cuci badannya dari sabun pencuci yang halal yang boleh menghilangkan kotaran di badan, atau pun limau nipis dan kasturi yang boleh mengikis segala kotoran yang terpalit di badannya. Yang mana boleh juga menghilangkan bau busuk serta peluh di badannya.

Kekotarannya takkan bersih jika mulutnya tidak mau di tutupnya, bak kata pepatah “terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya”.  Kekotorannya takkan bersih jika tangannya masih lagi membaling batu ke atas kawannya tapi di sembunyikan tangan yang melakukannya. Kekotarannya takkan bersih jika masih lagi melakukan perkara-perkara itu.

“Tak apalah biarlkanlah mereka mengata, asalkan aku tidak melakukanya”, bisik Anit dengan dirinya sendiri.

Dia tidak mengharapkan apa-apa dari manusia cuma apa yang di lakukannya mengharapkan Allah meredhai akan dirinya.

Ahh.. manusia memang begitulah lumrahnya, bukan di sergah atau di marah, cuma di tepuk bahunya, tapi latahnya membuatkan semua orang memandang padanya.  Padahal cuma ingin memberitahu ada jahitan yang tertetas di tepi kain mereka.

Ala…hhh, semua itu umpama terkena gigitan semut api sahaja.  Sakitnya cuma sekejap tapi gatalnya yang terasa agak lama.  Kalau tak di usik serta digaru-garu tempat yang terkena gigitan itu, takkan lama gatalnya dan takkan berbekas gigitannya.  Dua, tiga hari hilanglah gatalnya.

Kisah Lalu

Sebelum ini pun berbagai perkara yang berlaku ke atas dirinya.  Lebih teruk dari itu, pernah terluka, berdarah dan bernanah serta berkudis akhirnya.  Kesannya masih berbekas hingga ke hari ini, masih ada kesan hitam-hitamnya lagi.  Telah cuba di ubatinya, di sapu pelbagai losyen dan alat-alat kosmetik untuk membersihkan dan menghilangkan kesan kudisnya namun masih belum berjaya.  Masih terus berusaha untuk mengubatinya.

Itu semua pemberian Ilahi untuk menguji imannya, menguji kesabarannya atau untuk menyedarkan kesilapannya.

Anit tahu Allah sedang melihat kesabarannya kerana sebelum ini dia pernah meminta dan berdoa kepada Allah “jadikan dia di antara orang yang sabar dan ikhlas terhadap pemberian Penciptanya”.  Kerana sebelum ini, Anit memang cepat naik angin bila orang menuduh yang bukan-bukan tentang dirinya.  Dia akan menegakkan benang yang kering, dia akan cuba menegakkan kebenaran tanpa ingin mengalah.

Anit mengimbau kembali kisah lalunya, semasa dia masih muda.  Orang kata darah muda memang cepat panas, memang cepat menggelegak hingga ke otak.

Kita di pihak yang benar, kenapa mesti kita takut, berani kerana benar.  Itulah kata semangat yang di tiupkan pada Anit.  Itulah kata-kata yang di pegangnya suatu ketika dahulu.

Mana tidaknya, hatinya begitu marah dan geram apabila ibunya mengadu padanya.  Bercerita dengan panjang lebar akan hal adiknya yang tidak mahu berkerja, duduk di kampung menyusahkan orang tua.  Tak ada duit minta pada mereka.  Tak di beri, marah bagai nak gila.

Minta pada adik beradik yang lain, tak di beri apa yang di hajatnya.  Mereka pun malas melayan dengan perangai dan kerenah adiknya. Hanya nak senang aje, tak mahu berusaha.

Tibalah giliran Anit untuk di jadikan mangsa.  Dua, tiga kali telahpun di beri muka.  Kali ini dia perlu berbuat sesuatu, tambahan pula ibunya sudah tidak tahan dengan perangainya.

Adiknya datang meminta simpati.

Telah meluahkan segala hajat di hati.

Anit membasuh adiknya sepuas hati.

Kerana  nasihat sudah tak makan lagi.

Maka riuh rendahlah mereka berkelahi.

Di ugut kakaknya berkali-kali.

Namun Anit mempertahankan diri.

Kalau di bunuh pun dia tak takut mati.

Sampai sekarang pun adiknya marah padanya.  Tetapi Anit tetap seperti biasa.  Kalau berjumpa tetap di hulurkan tangan untuk bersalaman dengan adiknya.  Walaupun Anit rasa tidak bersalah tapi tidak mahu memutuskan silaturahim dengan adiknya.  Biarlah adiknya marah tapi dia tak ingin membalasnya.  Kalau mengalah dapat pahala, kalau di lawan sama ajelah nampaknya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Hanyasanya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara, maka perdamaikanlah di antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah, moga-moga kamu di rahmati.  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum merendahkan kaum yang lain, barangkali mereka(yang direndahkan) itu lebih baik daripada mereka(yang merendahkan), dan jangan pula ada kumpulan perempuan(merendahkan) kumpulan perempuan yang lain, barangkali mereka(yang direndahkan) itu adalah lebih baik daripada mereka(yang merendahkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu dan jangan memberi gelar dengan gelaran-gelaran yang tidak baik.  Seburuk-buruk nama adalah fasik sesudah iman.  Dan siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang menganiayai diri.  Wahai orang-orang yang beriman!  Jauhilah banyak dari sangkaan, kerana sebahagian sangkaan itu adalah berdosa dan jangalah kamu mengintip(keburukan orang) dan jangan setengah kamu mengumpat setengah yang lain.  Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Tentu kamu membencinya.  Dan berbertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Pembelas!”(Al-Hujarat: 10-12)

Firman Allah bermaksud,

“Yang suka membisik-bisikkan(fitnah) dan yang berjalan(kesana ke mari) dengan mengadu domba.”(Al-Qalam : 11)

Hadith Rasullallah bermaksud,

Sejahat-jahat hamba Allah ialah mereka yang berjalan membawa mulut, yakni mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih-sayang, yang mencacatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat.(Riwayat Ahmad)

Sabda Rasullallah s.a.w yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga pemutus(keluarga)”.(Riwayat Bukhari)

Daripada kisah benar tapi nama watak dan tempat di dalam cerita ini telah di ubah demi menjaga nama baik kesemua yang terlibat.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Anugerah dan Puisi untuk Ibu-ibu.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Kali ini saya menyediakan puisi untuk anda.  Bagi sesiapa yang berminat dan ingin meletakkan puisi ini di blog atau web anda, silakan.  Semoga ia menjadi pencetus inspirasi anda.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Durian dah gugur – Dodol dari kampung.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Tret…, tret. Tret, tet, tret, tet, tret…, tret.  Di biarkan saje handphone berbunyi, tiada siapa yang mau menjawab.  Handphone siapa, ku tak pasti. Anak-anak pun ada handphone, suami pun ada.

Hari ini hari sabtu, anak-anak di benarkan menggunakan handphone masing-masing untuk 2 hari ini.  Hujung minggu atau hari cuti kami membenarkan anak-anak yang sudah bersekolah menengah tu, menggunakan handphone masing-masing.  Handphone yang di beli hasil duit yang mereka kumpulkan sendiri.

Sebenarnya aku cukup tidak suka apabila mereka bersama handphonenya.  Tidak lepas dari tangan dan mata, ada saje bunyi yang menyakitkan telinga yang entah apa-apa yang mereka letakkan di handphone masing-masing.

“Alamak ada masej pulak”  itulah isyarat bunyinya untuk handpone anak keduaku, Abdul Muiz apabila menerima masej.  Sekejap-sekejap berbunyi.  Tak kira pagi, petang, siang, malam, itulah antara programnya untuk 2 hari bercuti di hujung minggu.

“Tak de kerja lain. SMS, sms…  Duit habis dek beli topup aje”  Itulah runggutku.  Duit belanja sekolah sanggup di simpan untuk beli topup di hujung minggu.  Sanggup tak makan tapi bila balik merunggut perut terasa lapar.

“Hai, inikan jejaka idaman semalaya”,  itulah yang pernah di jawabnya padaku.  Aku pun senyum dengan sinisnya.  Ini bukan masanya untukku berjenaka. Rasa hatiku berkata.

“Perkara tak berfaedah, buat apa!  Membazir duit dan bercakap(ops.., silap, bukan bercakap tapi sms) benda yang ‘laro’.  Kan perkara-perkara tu semua tak di sukai dan tak di benarkan dalam Islam?” Aku memulakan tazkirahku.

Dia mendiamkan diri, tidak menjawab apa-apa, walaupun sepatah kata.  Mungkin dia tahu, aku marah bukannya berjenaka serta tidak mau aku masuk ke program berceramah pula.  Nanti mesti ada sessi soal jawab pulak.  Tentulah panjang program kali ini.  Tentu tidak dapat melarikan diri.  Majlis ilmu perlu di dengar dan mendapat ganjaran yang besar dari Allah jika kita berusaha untuk mengikutinya dan menghadirinya serta menghayati.  Sememangnya anakku tahu akan hakikat itu.

Tapi… ini majlis ilmu yang ibu beri, tentu membosankan, tiada gelak ketawa.  Apa tidaknya majlis ilmu yang tidak di rancang dan di susun dengan rapi dan sistematik.  Di tambah pula bercakap mengikut apa yang terlintas di kepada dan di hemburkan keluar bagaikan bertih jagung.

Dan kadang-kadang perkara yang sama di ulang-ulang.  Apa lagi, membebellah.  Agaknya, itulah yang di fikirkan oleh anakku.  Itulah firasatku.

Aku cuba mengelakkan untuk berbuat seperti itu tapi mulutku…, kalau sudah termasuk sesuatu di dalamnya takkan terus di telan tanpa di rasa, di gigit dan dikunyah hingga hancur lumat, barulah boleh di telan.

Di tambah pula usiaku sudah meningkat,

gigi pun sudah banyak yang patah berkarat,

lagi banyaklah kunyahan yang perlu ku buat.

Terus di telan, membawa mudarat,

di tekak tentulah terlekat

takut tercekit dan tersekat.

Rasullallah s.a.w pun mengunyah sebanyak 40 kali baru di telan makanan yang di makannya.  Itu sunah, kalau di buat dan di ikut tentulah mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t dan mengharapkan juga, aku adalah salah seorang yang mendapat syafaat dari  Nabi kita di Padang Masyar nanti.

Kalau yang masuk itu sesuatu yang lembut dan mudah hadam, tak perlulah bersusah payah untuk  menguyahnya.  Seperti air, cuma masukkan ke dalam mulut dan terus boleh di telan.  Namun telalu gelojoh juga akan membawa padah, tersedak dan sakitnya sampai ke otak.

Itulah hakikatnya yang perlu sentiasa di ingat serta perumpamaannya aku dengan anak-anakku.

Aku memang menjadi kawan mereka.  Mereka memang suka bercerita apa perkarapun denganku samada cerita pasal sekolah, cikgu-cikgu mereka maupun kawan-kawan mereka tetapi bukan bermakna aku boleh bersetuju semua perkara yang mereka lakukan.   Aku berusaha menjadi ibu yang terbaik.  Berusaha mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

H1N1.

Handphone berbunyi lagi.  “Kenapalah tak de yang nak angkat”, hatiku berkata.  Agaknya handphone suamiku.  Bunyinya mengelirukan kerana bunyinya lebih kurang sama dengan handphoneku.

“Manalah abang ni”, sambil ku meninggalkan dapur seketika untuk mencari kelibat suamiku.

Rupanya dia berada di luar rumah, di halaman rumahku yang lebarnya sedepa.  Menghirup udara pagi yang mungkin masih dingin dan segar di luar sana.  Handphone masih berbunyi di tingkat atas.  Malasnya rasa untuk naik ke tangga untuk mengambil dan menjawab panggilan tersebut.  Anak-anakku yang besar, lepas solat subuh biasanya menyambung tidurnya.

Tapi.. aku, jarang mendapat panggilan, di tambah pula waktu begini.  Matahari pun belum meninggi, masih pagi hening namun bahang kepanasan telah terasa.  Keheningan pagi di sebabkan cuti di hujung minggu, manusianya masih melayan keasyikan mimpi.  Mahu merehatkan minda dan fikiran, perlu puas dan cukup tidur tanpa menpedulikan pangilan azan yang mendayu-dayu dan merayu-rayu supaya bangun bersolat subuh.

Suasana di bandar, berhutankan batu mana ada rasa kedinginan pagi.  Bahang kepanasan yang tidak mengira waktu masih mampu melelapkan mata dan melenakan tidur manusia.   Masih tidak terasa dan teringat akan bahang kepanasan Neraka.  Berbagai bala yang datang dan pergi namun tiada apa rasa, tetap seperti biasa.

Satu, dua minggu ini, memang suamiku sentiasa menunggu panggilan dari buah hatinya.  Kalau ada saje panggilan mesti mengelabah dan tak semena-mena dan tergesa-gesa akan bersiap untuk terus menurut perintah buah hatinya walau apa pun yang berlaku di rumahnya.  Walaupun tidak sempat makan dan minum, buah hatinya lebih utama.  Aku hanya memerhati dan merelakan saje.  Apakan daya aku tidak mampu melarangnya, kerana itulah tugasnya.

Ya, sejak hadirnya H1N1 suamiku sentiasa di dalam bersiap sedia.  Tidak mengira waktu, malam dan siangnya sama saje. Bercuti atau tidak juga sama keadaanya.  Telah beberapa kali dia di panggil ke tempat kerja kerana menyelesaikan kes H1N1,  dia bertugas di bahagian makmal kaji penyakit.  Jadi segala sample terpaksa di siapkan untuk di hantar ke IMR Kuala Lumpur dengan segera kerana itu tugasan yang diberikan padanya.  Wabak yang melanda di seluruh dunia dan ku berdoa dia terselamat dari dijangkitinya.

Wabak H1N1, inilah antara amaran, tanda serta bala yang Allah cuba ingatkan.  Namun tak ramai menyedarinya.  Kerana manusia nampak seperti biasa tiada sebarang perubahan yang ketara.  Tidak seperti Tsunami yang melanda, masjid dan surau penuh untuk seketika.

Balik kampung.

Handphone berdering lagi.  Nampaknya aku terpaksa menapak ke atas menaiki anak tangga.  Mencari-cari di mana bunyi itu berada.  Telah pun ku jumpa, rupa-rupanya handponku yang bersuara.

Jarang sekali aku mendapat panggilan, biasanya isyarat sms untuk order pola yang ku jual secara online.  Kulihat screen handphone tersebut,

“eh… abah.  Apahal pulak ni.  Jarang sekali abahku menalefonku melainkan ada hal-hal penting saje baru dia telefon”.  Hatiku berkata-kata.  “Tentu ada hal penting ni”.

“Assalamualaikum bah.  Apa khabar”.  Aku terus bersuara setelah ku tekan punat untuk bercakap.

“Wa’alaikummussalam.  Kak Long, tengah buat apa tu? Tanya abahku.  Sedang siapkan sarapan ni hah”  Jawabku.

“Minggu ni ada masa lapang tak?”  Tanya abah.  Aku kehairanan “Kenapa pulak”.

“Ialah kalau ada masa lapang tu baliklah kampung.  Durian dah gugur ni hah, tapi tak banyak.  Tulah…, mak kau cadang nak buat dodol durian.  Abah pun dah telefon adik-adik kau semalam, kalau nak rasa durian dan nak buat dodol sekali, baliklah”.  Abahku berkata.

Rupanya,  durian dah gugur itu amat penting bagi abahku.  Ya!  Memang penting bagi mereka sebagai ibubapa yang mengharapkan kepulangan anak-anaknya ke kampung.  Yang pentingnya bukan durian yang gugur, tapi  balik ke kampung dengan harapan anak-anaknya balik menjenguk mereka.

Cuma, umpama kata imbuhan, untuk menyedapkan ayat-ayat yang di lontarkan.  Tapi masejnya, suruh balik kampung sebab lama sangat tak balik.  Kalau tak kerana durian atau buah-buahan lain, belum tentu balik.

“Ini namanya saudara buah”  kata suamiku. “Balik kerana buah bukan kerana nak menjenguk mak, abah kat kampung”.  Itulah pendapat suamiku.

Bila musim buah.  Ramailah dan penuhlah rumah kat kampung, bila tak ade apa-apa, liat sungguh nak balik.  Macam-macam alasan yang di beri.

Padahal, apalah sangat, durian gugur.  Di tempatku ini,  bukannya durian gugur lagi, tapi durian berterabur di merata tempat.  Di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar malam, di kedai-kedai dan baunya pun sentiasa ada di mana-mana.  Kalau kami tak beli durian,  bila jiran beli durian, baunya masuk ke rumahku juga.

“Durian sendiri dengan durian beli mana sama.  Durian beli tu, banyak yang tak elok. Entah-entah bukannya gugur tapi di paksa gugur, mana nak sedap. Tak sesedap durian kat kampung ni”  Itulah kata-kata yang pernah abahku ucapkan suatu ketika dulu.

Orang tua, pandai berkias, kadang-kadang hingga tenggelam maksud sebenarnya.  Kasihan abahku kata-katanya selalu tak di fahami dan di salah ertikan oleh anak-anaknya termasuklah aku.  Aku perlu belajar untuk menyelami perasaan orang tua.  Kerana aku bakal menjadi seperti mereka. Kesunyian, kerinduan, kehibaan, kesayuan mereka tanpa anak-anak di sisi pasti terasa terutama ketika usia berada di hujung senja.  Tetapi tidak pernah mereka berterus terang dengan anak-anaknya.

“Yalah, abah faham Kak Long sibuk sekarang ni.  Tambah pulak anak-anak dah besar, lagilah susah nak bergerak.  Tanggunjawab kat anak-anak dan suami kan lebih utama.  Tak apelah”.  Itulah alunan kata-kata yang pernah di keluarkan.  Itulah sebenarnya jawapan dari jawapan yang ku beri dari pertanyaannya tadi.

Maafkan aku abah.  Sesungguhnya aku tidak mampu membahagiakan dan menyenangkan  semua orang.  Pasti ada satu pihak yang terluka.  Aku ini manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan dan terkadang sering menyinggung perasaan orang-orang yang rapat yang berada di sekelilingku.  Maafkan aku.

Dodol dari Kampung.

Petang esoknya, tak ku sangka adik-adikku singgah ke rumahku untuk menghantar dodol yang mereka buat. Dodol dari kampung dari air tangan makku, dodol kegemaranku.   Ini mestilah mak yang sibuk ni, suruh mereka singgah untuk hantar dodol ke rumahku.

“Singgahlah rumah Kak Long, berikan dodol ni.  Kesian dia, dengar cerita orang buat dodol tapi tak rasapun.  Dahlah durian tak rasa”.  Anak-anaknya pun suka dodol mak ni”. Mungkin itulah kata-kata makku.

Memang masakan makku sedap dan berselera, walaupun lauk sambal goreng dengan nasi putih aje.  Anak-anakku selalu telefon sebelum balik kampung, “Wan buat sambal goreng chilie api ya”.  Itulah lauk kegemaran mereka bila balik kampung.

Terima kasih mak.

Cuma.., bila di fikirkan.  Bila aku makan sedap-sedap bersama keluargaku di sini, adakah aku terfikirkan ibubapaku di kampung?.  Sedangkan mereka sentiasa teringat kepada anak-anaknya jika ada sesuatu yang istimewa yang di makannya.  Itulah naluri ibubapa kerana aku dan suamiku juga merupakan ibubapa kepada anak-anakku.

Benarlah pepatah yang mengatakan,  “Ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau bapa”.

Kerana aku tau, aku sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anakku tapi untuk ibubapaku berbagai alasan yang ku berikan kepada mereka.  Maafkan aku, kerana aku wanita yang bergelar isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku.  Keutamaan perlu ku dahulukan.

Sebulan lagi..

Tret…, tret. Tret, tet, tret, tet, tret…, tret. “Siapalah yang telefon agaknya malam-malam buta ni”.  Runggutku.

“Assalamua’laikum Kak Long”.  Suara abahku rupanya.

“Wa’alaikummussalam, oh….h, Abah rupanya”.  Sapaku.

“Abah sihat ke bah?  Apahal bah, tengah-tengah malam telefon ni?  Mak sakit ke? ” Tanyaku.

“Nihah, mak kau pesan, kalau nak tempoyak baru, baliklah.  Ada sikit ni, mak tinggalkan untuk Kak Long, tu hari durian dahlah tak rasa.  Dapat rasa tempoyak pun jadilah” suara abahku seolah-olah terkuap-kuap mengantuk.

Terima kasih mak dan abah kerana sentiasa mengingatiku walaupun di dalam tidurmu.

SELAMAT HARI BAPA.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Telefon Allah – 24434

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Soalan-soalan yang di tanya oleh anak-anak kekadang menjadikan saya tidak tahu untuk memberikan jawapan yang tepat.  Di tambah pula mempunyai dua orang anak yang masih lagi dalam peringkat ingin tahu dan banyak tanya.  Sikap mereka kadang-kadang terlalu agresif dari perbuatan maupun percakapannya.  Tersalah cakap menyebabkan diri saya sendiri yang kena.

Mereka terlalu cepat meniru dan mengikut apa yand di cakap dan apa yang saya, abahnya maupun abang-abangnya lakukan.   Di tambah pula TV dan internet yang sememangnya setiap hari di tontonnya menjadikan mereka lebih advance dari kami ibubapanya.  Perkataannya dan tuturkatanya kekadang menjadikan saya terlopong mendengarnya.  Kalau perkara yang baik yang di katakan, Alhamdulillah dan jika perkara yang tidak baik, Astagfirullah.  Kekadang buntu di buatnya dengan kerenah anak-anak ini.

Suatu ketika saya pernah meminta tolong pada anak saya yang kecil,  Siti Aisyah.  “Aisyah boleh tolong ibu tak?” Tanya saya.

Apa jawapan yang saya dapat  “Ibu.., ibu tak boleh buat sendiri ke, ibu tak nampak ke Aisyah tengah buat apa ni?”

Sebenar itulah yang pernah saya cakap padanya sebelum dia bercakap begitu pada saya. Astagfirullahhal’azim.

Benarlah apa yang di katakan di dalam al-Quran ayat Ali-Imran 3:182 :yang bermaksud:

“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.

dan

“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”

(Al-Najm 53:39)

Kecanggihan teknologi menyebabkan soalan atau yang ditanyakan oleh anak-anak juga sama canggihnya.  Begitulah yang terjadi pada saya apabila di tanya,

“Ibu, ibu tau tak nombor talipon Allah?  Sodiq nak talipon Allahlah.  Sodiq nak tanya Dia sikit ni” .

Sememangnya dan selalunya banyak perkara saya kaitkan dengan Allah dan rasulnya.  Terlalu banyak bercerita dan mengaitkan dengan Allah menyebabkan soalan yang tidak di duga pula yang datang.

Jadi kita ibu bapa terpaksa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan terpaksa mengikuti perkembangan terkini kerana kadang-kadang terpaksa menangani kerenah mereka dengan cara terkini juga dengan tidak lupa mengaitkan dengan Allah dan Rasulnya.

Terpaksa pula memikirkan jawapan yang tepat untuk di jawab.  Saya mengatakan “Allah tak de talipon.  Allah jauh, kita tak boleh talipon dan jumpa Dia sekarang.  Besok lepas kita meninggal kita boleh jumpa Dia.  Tapi kita kena jadi orang yang baik baru boleh jumpa Dia”.  Itulah jawapan yang saya berikan padanya.

Anak saya yang kecil sekali(Aisyah) pun begitu.  Oleh kerana dialah satu-satunya anak perempuan saya dan kelasakkannya juga seperti anak lelaki.  Macam abang-abangnya juga.  Saya selalu beritahu dia “tak baik buat macam tu, berdosa, Allah tak suka atau nanti Allah marah”.  “Allah suka kalau kita jadi orang baik, tak suka gaduh-gaduh, tak suka marah-marah, tak suka jerit-jerit dan banyak lagi” , menyebabkan dia bertanya “Allah kat mana ibu.  Macamana nak jumpa Dia?” .  “Kenapa kita tak boleh jumpa Dia”.  Jawapan yang sama juga saya berikan seperti abangnya.

Jawapan yang sama, mungkin mereka tak puas hati dan menyebabkan mereka bertanya berulang-ulang kali di masa-masa lainnya.  Saya sendiri tidak dapat memikirkan jawapan yang lebih tepat untuk dijawab dan di beritahu kepada mereka.

Bila di tanya pada abahnya, jawapan yang hampir sama di berikan.  Dan akhirnya suatu hari, di tanyakan pula pada abang sulungnya.

“Abang Sopi…, abang tau tak nombor talipon Allah?.  Sodiq nak cakap dengan Dia ni”.  Tanya anak saya, Sodiq.

Dengan selambanya dia menjawab “cuba talipon 24434“.  Saya yang berada di dapur pada mulanya hairan juga.  Apalah nombor dan jawapan yang di berikannya.  Bisikan hati saya berkata.

Puaslah budak tu mendail talipon dengan nombor tersebut.  Tapi.. “tak de orang jawab pun bang”.  “Cuba lagi, cuba banyak kali”  Jawab anak sulung saya.

Di ikutkan je cakap abangnya.  Saya yang berada di dapur mendiamkan diri mendengarkan perkara tersebut.  Sebab saya tahu anak sulung saya memang suka menyakat adiknya hingga menanggis atau menjerit.

Kadang-kadang saya geram juga dengan perangai anak sulung saya, selagi adik dia(yang kecil dua orang tu..) tak menanggis samada di marah atau bergurau,  selagi tu lah dia tak berhenti mengenakan adiknya.  Samada bergurau atau bergaduh pasti di akhiri dengan tanggisan.  Memang kalau satu hari tak dengar suara menanggis tak boleh.  Begitulah kebiasaannya.

“Kalau satu hari tak bising tak boleh ke?”.  Itulah yang selalu saya bebelkan.

Saje je nak kenekan adiknya.  Itulah telahan saya pada awalnya.

“Tak dapat jugak bang”.  Itulah jawapan Sodiq.

“Tak dapat?”  Jawab anak sulung saya.

“Nombor 24434 tu bukan nombor talipon tapi  nombor 2 untuk solat Subuh sebab solat Subuh ada 2 rakaat, 4 tu untuk solat Zohur sebab kita kena solat 4 rakaat … ” Dan begitulah seterusnya dia menerangkan pada adiknya.

“Jadi lepas solat kita berdoa, masa tu tanyalah dan cakaplah dengan Allah apa yang kita nak cakap”.  “Kalau kita buat hari-hari semua solat tu pasti suatu hari nanti kita jumpa Allah”.  Kata anak sulung saya.

Selepas daripada itu anak saya tidak lagi bertanyakan soalan yang sama.  Mungkin itulah jawapan yang tepat untuknya.

Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Mencari Redhanya Manusia.

Assalamua’laikum, apa khabar semua.

Mendidik anak bagiku bukanlah sesuatu yang mudah.  Bercakap dan memberi nasihat memanglah mudah sebab tak jadi pada diri sendiri.  Itulah antara bisikan-bisikan hati (atau bisikan-bisikan iblis) terhadapku bila orang memberi nasihat.  ‘Belum rasa belum tahu’.  Di tambah pula mereka yang memberi nasihat itu masih muda belia masih belum berkahwin atau anak-anak masih kecil.  Mungkin kita dah buat yang terbaik tetapi pasangan kita macamana?  Kan kita perlukan kebersamaan di dalam mendidik anak-anak. Itulah di antara rasa dan perasaan yang sepatutnya di kikis pada diri kita.   Keegoan yang masih menebal di jiwa, suka menyalahkan orang lain serta tidak cuba memuhasabahkan diri sendiri.

Setelah lebih 17 tahun aku mendirikan rumah tangga, pelbagai pengalaman telah ku tempuh, ku kutip dan ku titipkan sebagai panduan/pedoman, ikhtibar, yang cuba ku sampaikan untuk mereka yang masih muda dalam berhadapan dengan kerenah anak-anak terutamanya. Pelbagai rasa yang telah ku lalui, pahit bagai hempedu, manis bak madu, masam bagaikan cuka, kelat bagaikan …. , tawar bak air mineral, masin bagaikan garam, dan pelbagai lagi.  Namun kepahitan hempedu itu boleh di jadikan ubat, madu memang banyak kebaikannya tetapi jika berlebihan mengambilnya setiap hari akan mengudang bahaya juga antaranya hidung berdarah(yang terjadi padaku). Begitu juga yang lain-lain, ada pro dan contranya.

Yang pasti air zam-zam tiada keburukannya, yang tiada rasa seumpamanya.  Apakah perkara yang serasa dengan air ini?  Mampukan kita bertindak seperti air zam-zam ini. Selagi kita bergelar manusia, tiada siapa yang sehebat air ini.  Serasa, sejernih dan semanfaatnya.  Tiada lagi ciptaan manusia yang mampu mencipta air sehebat air ini, mungkin menghampirinya ada, namun setulennya belum lagi.  Itulah kebesaran Ilahi

Air laut ada pasang surutnya, air sungai cepat berubah rupa, bau dan rasanya mengikut keadaan juga tempatnya, manakala air hujan tidak menentu turunnya.  Begitulah kita jika diumpamakan seperti air, selagi bergelar manusia biasa yang hina dina di sisiNya.  Namun yang pasti air zam-zam tetap sama dari dulu, kini dan selamanya.

Perasaan yang pelbagai, ada gembira, duka, cemas, malu, marah, geram dan bagai nak gila pun ada.  Namun perjalanan hidup masih lagi jauh jika umur masih panjang. Sudah tentu pelbagai perkara akan berlaku di masa akan datang.  Selagi hayat ada selagi kita bergelar ibu terutamanya, selagi itulah proses kematangan diri  berubah dan menapak terus menaiki anak tangga. Di mana di dalam mencari ‘kesempurnaan’ dan kebaikkan itu pasti melalui kekurangan, kelemahan dan ketidak elokkan di dalam perjalanan itu nanti.

Melalui highway lebih mudah jika di bandingkan jalan biasa yang ada kalanya berlopak, berlubang serta berliku. Jalan biasa yang bertar lebih mudah jika di bandingkan jalan bertanah merah namun jika kelumrahan kita melaluinya akan menjadikan kita lebih sabar, berhati-hati dan tidak mudah merunggut jika di bandingkan mereka yang telah biasa melalui highway, bila sesekali berhadapan situasi jalan tanah merah akan lebih mengelabah.

Begitulah umpamanya kita para ibu, pengalaman mendewasakan kita.  Kita sebagai ibu pasti sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak kita.  Yang terbaik akan sukar di capai jika kita terlalu cepat mengalah, terlalu berkeluh kesah.  Itulah pesanan untuk semua termasuk diriku yang mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti itu kerana kita hambaNya yang tidak sempurna.

Ya, harapan yang tinggi kita sandarkan pada anak-anak kita.  Tapi ingat …! bagaimana harapan yang menggunung tinggi kita kepada anak-anak kita begitulah tingginya harapan ibu bapa kita terhadap kita walaupun kita sudah mempunyai keluarga sendiri.  Jadi cerminlah diri kita sendiri  bila kita mengharapkan sesuatu dari anak-anak dan kita juga merupakan anak kepada ibu bapa kita. Terutamanya diriku, yang sudah jarang-jarang menjengah kedua ibubapaku di kampung dek kesibukan dengan keluarga sendiri dan persekolahan anak-anak yang masih berterusan walaupun masa bercuti.  Itulah alasanku pada ibubapaku.  Maafkan aku Ibu dan abah.

‘Anak-anaknya adalah cermin ibu bapanya’

Itulah antara ayat yang selalu ku dengar bila memperkatakan tentang topik ibu bapa daripada para ilmuan agama kita.  Itulah kebenarannya dan itulah yang paling sukar di terima oleh kebanyakkan orang termasuk diriku sendiri.

Apatah lagi apabila berlaku perkara yang kurang enak di dengar dan di lihat .  “Aku dah ajar dah, dah beri yang terbaik untuk mereka tapi tak taulah kenapa jadi macam ni”.

Begitulah kebanyakkan dari kita memberikan alasan. Tidak mau mengaku kekurangan diri, itulah keegoaan kita.  Sedangkan Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud :-

“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu.   Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu.  Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu”

Apakah jatuh maruah kita jika kita mengakui kekuranggan kita.  Kalaupun kita rasa kita di pihak yang benar tidak bolehkah kita merendahkan diri kita sedikit dengan mengatakan “mungkin aku silap atau terlepas pandang”.

Itulah sebenarnya aku (dan mungkin bukannya anda) yang terlalu ingin MENCARI REDHANYA MANUSIA, keikhlasannya tiada, dengan mengenepikan redhanya Ilahi.

Mencari redhanya manusia tidak ke mana.  Kita terutamanya diriku perlu berubah untuk mencari redhanya Allah.  Pasangkan niat, kuatkan semangat “BERUSAHA MESTI, KEJAYAAN USAH DI NANTI, SERAHKANLAH PADA ILAHI”. Itulah diantara yang perlu ditanamkan di dalam hati dan sanubari, kerana kehidupan ini penuh liku dan duri. Tidak semudah yang diingini.

Sedangkan sebenarnya “terlalu sedikit orang yang benar-benar di uji oleh Allah,  kebanyakkannya adalah di sebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri”.

Itulah kata-kata ustazah Salbiah suatu ketika dulu.  Aku amat mengakui kebenarannya kerana di dalam Al-Quran Allah telah berfirman di ayat Ali-Imran 3:182 :

“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.

dan

“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”

(Al-Najm 53:39)

Aku selalu mendengar.  Bila anak-anak membuat sesuatu perkara yang buruk di luar pengetahuan kita pasti ada yang mengata tengoklah mak bapaknya atau macam maknya jugak…

“Baiknya budak ni, hormat pada orang tua” Tengok pulak emak abahnya, takkan tak tau.

Cuba kita fikirkan, bila anak suka melepak kat tembok ke atau mana-mana tempat sampai ke Maghrib tak balik-balik.  Tentulah ada yang kata “ya abah eh suka melepak kat kedai kopi”  dan banyak lagi cerita-cerita yang seumpamanya.  Itulah antara sketsa kehidupan kita.

Jadi  cermin-cerminlah diri kita bila anak membuat sesuatu yang tidak elok adakah kita melakukannya samada kita pernah melakukan juga suatu ketika dulu atau ketika ini atau suami kita pernah melakukannya.

Seperti di atas, perlakuan yang tidak sama tetapi kata kerja atau makna yang sama,  “melepak”.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah kerana setiap renungan dan fikiran yang bermanfaat itu Allah akan gantikan dengan pahala dan kebaikan yang tidak terhingga.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Sirah Rasulullah(4)

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ku belek-belek buku Sirah Rasullullah. Ku baca buku tersebut untuk menyambung tulisanku di dalam blog ini. Memang sudah lama tidak aku mengupdate tentang sirah nabi kita. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang layak untuk menghuraikan tentang perjalanan hidup manusia teragung ini, manusia yang amat di sayangi dan di sanjungi oleh sekelian makluk Allah ini. Dia juga di anggap manusia paling genius di dunia ini di kalangan ilmuan di barat.

Namun aku ingin berkongsi cerita yang baik-baik, dengan anda yang tidak biasa dengan cerita ini, yang tidak memiliki dan mempunyai buku tentang rasulullah nabi kita yang mulia ini. Mungkin penceritaanku lebih nampak santai berbanding ilmuan atau yang pakar di dalam bidang ini. Memang cara kita berbeza dan tahap ilmu kita juga berbeza dengan itu cara penerima kita juga tidak sama.

Nasihat ku, belilah satu buku tentang nabi kita, kalau tak nak baca sekarangpun tak apa, tapi suatu hari kita pasti memerlukannya.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Kita ikuti kisahnya …

Nabi kita adalah penghulu segala rasul, telah di lahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi Isnin 9 Rabiulawwal(awal tahun Gajah dan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan ulama Agong Muhammad Sulaiman Al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya).

Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Siti Aminah menceritakan: Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam.

Itulah salah satu petanda kebangkitan seorang rasul. Tetapi sebelum kelahirannya juga terdapat petanda-petanda yang lain antaranya, runtuhan Kisra Parsi, terpadamnya api yang di sembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawah kerana sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung.

Macamana pulak dengan tanda yang ada pada kita. Dulu-dulu mak bidan atau orang tua-tua suka berikan petanda jugak kalau ada anak yang baru di lahirkan antaranya luas dahi budak ni, mesti pandai budak ni besar nanti, “cantiknya jari-jarinya, panjang dan runcing” dah bosa sok ni mesti kojo jadi pegawai tinggi kato orang nogori. Tu belum lagi tengok kat tapak tangan lagi yang boleh membawa khurafat dan bermacam-macam lagi.

Ni kono buek pulut kuning ni, budak ni asyik menanggih yo ni….

Bila dah bosa sikit, kedokut eh.. la budak ni, dah bosa nanti mesti pandai simpan duit ni. Kalau suka memberi pada orang bila di minta sesuatu yang ada kat tangan budak tu pulak, ni mesti dah bosa ni pemboros orangnya. Kalau cakap suka bersedekah sedap jugak dengarnya. Tak taulah boto ko tidak tapi ado yo yang boto eh.

Oklah. Kita sambung balik cerita nabi kita…

Aminah terus memberitahu datuk Baginda, Abdul Mutalib dan datuknya terus membawa ke Kaabah untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah. Beliau telah memilih nama “Muhammad” kepada cucunya yang mana nama itu tidak pernah ada pada sesiapa pun di kalangan bangsa Arab. Di hari ke tujuh, baginda di khatankan mengikut kebiasaan orang Arab.

Penyusuan awal Baginda Rasulullah s.a.w

Penyusuan pertama selepas ibunya, ialah yang bernama Thuwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab. Ketika itu baginga sesusuan dengan anak Abu Lahab iaitu Masruh.

Ok setakat ini sahaja dulu. Akan bersambung lagi di masa akan datang. Kalau panjang-panjang sangat tak de yang nak baca tambah pulak cerita macam ni. Betul tak?

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Ya Allah…, Anakku!

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Anakku yang berumur 6 tahun berlari-lari anak dari atas menjerit-jerit memanggilku.  Namun pada masa itu aku masih lagi menunaikan solat Qada’  Subuh yang masih banyak tertinggal di zaman remajaku.  Aku mendengar suaranya memanggilku namun aku teruskan menghabiskan solat yang masih tinggal satu rakaat lagi.  Dia terdiam apabila melihatku masih bersolat dan terus menunggu di belakangku sehingga aku selesai.  Selesai sahaja aku mengucapkan salam dia terus mengajak aku naik ke atas.

“Ibu jom ke atas bu, cuba tengok Aisyah”. Kenapa? Aku bertanya.  “Jom lah tengok, sekejap je”  sambil dia menarik tangganku.

Namun aku enggan mengikut kehendaknya sambil menjawab “Ibu nak solat lagi ni” aku memberitahu dan terus berdiri untuk meneruskan solatku lagi.

Ya lah untuk mengganti solat-solat ku yang dulu. Memang semasa zaman awal balighku, aku selalu meninggalkan solat subuh.  Ku mencatitkan anggaran subuh yang telah ku tinggalkan dan membuat kiraan dalam masa 2 tahun aku boleh selesai menggantikan waktu subuhku jika aku menggantikannya setiap kali menunaikan solat wajib.  Belum lagi di campurkan dengan waktu lain yang ku tinggalkan.  Aku membuat anggaran 2 tahun selepas selesai mengganti solat subuh, baru aku boleh menarik nafas lega.  Ku rasakan “hutangku” dengan Allah akan selesai selepas itu.  Selesaikah hutangku dalam masa 4 tahun ni?  Betulkah sudah selesai selepas 4 tahun?  Entahlah!  Sebenarnya aku terlalu takut berkira-kira, di tambah lagi berkira-kira dengan Allah.  Rasanya tak cukup lagi.  Tengoklah solat pun tak khusyuk mana, anak menjerit-jerit pun terganggu dan terdengar.  Di terimakah solat yang ku buat selama ini?  Eh.. banyak pula yang terfikir di kotak fikiranku ini.  Ahh.. malaslah aku melayan fikiranku ini menjadikan aku takut menunggu saat aku di jemput oleh Allah.  Banyaknya hutangku.  Hutangku untuk hal duniawi pun banyak, sekeliling pinggan.  Ni hutangku dengan Allah.  Semua hutang-hutang tersebut sudah pasti di sebut di mahkamah Allah nanti.

Tiba-tiba aku terdengar jeritan anakku.   “Ibu, tengok Aisyah ni”.

Sambil dia menarik tangan adiknya turun dari anak tangga. Aisyah mengelak dari di tarik namun sampai juga ke bawah.  Anak lelakiku Abdul Sodiq terus memegang muka adiknya sambil mengarahkan kepadaku.  Namun demikian Aisyah mengelak dan aku tak perasan pada mulanya.

“Tengok bu, tengok betul-betul bu”.  Seolah-olah dia tahu aku tak berapa endah dengan apa yang ingin di beritahu padaku.

Aku terperanjat “Ya Allah Aisyah!  Ya Allah anakku.  Apa dah jadi ni”.

Terus abangnya menjawab.  “Ibu nak tau apa dia buat? Aku masih lagi terlopong dengan rupa anakku yang kecil.  “Dia guna pen yang ibu bagi dan letak kat bibirnya.  Macam pakai make up dalam tv tu”  Sambil dia melakonkan apa yang mereka pernah lihat di tv.

Inilah yang ku takut-takutkan.  Akhirnya jadi juga.  Baru tiga atau empat hari lepas  aku memberi komen di blog ummuhusna tentang  perkara ini.  Tup, tup jadi pada diriku sendiri.

Memang sebelum solat tadi dia mengambil pen markerku yang ku gunakan untuk melakar pola  untuk tempahan langsir.  Aku tau dan aku nampak ia menconteng-conteng sesuatu di kertas A4.  Tapi aku biarkan saje.  Tak sangka aku, bibirnya yang di conteng.  Memang anakku Aisyah  pernah menyuruh aku membeli alat-alat make up untuk dia.  Pada mulanya ku hairan juga baru 4 tahun umurnya sudah pandai meminta sesuatu yang di luar fikiran ku.  Namun ku tahu itu semua pengaruh dari tv yang di lihatnya.  Padahal sudah lebih 10 tahun aku tidak mempunyai alat seperti itu.  Malah abangnya yang berumur 12 tahun pun tak ingat samada aku pernah dan mempunyai alat-alat kecantikan seperti itu.  Anakku sendiri tak pernah melihat aku bermake up tapi akbibat pengaruh dari persekitaran dan tv dia tahu apa itu make up.

Ya dulu, semasa aku bekerja memang ada sesekali aku meletakkan perwarna merah di bibirku dan juga sedikit celak.  Tapi aku rasakan, aku ni bukanlah jenis kaki melaram, tidak seperti kawan-kawan sepejabatku dulu.  Setiap hari melaram dan bermake up manakala aku sebulan sekalipun susah nak buat macam tu.  Cuma sesekali tu adalah.  Sewaktu aku tidak berkerja pernah sekali aku cuba meletakkan celak di mata dan pemerah bibir yang ku beli dari Mekah semasa aku mengerjakan umrah.  Namun suamiku berkata yang natural itu lebih cantik, katanya.  Jadi aku pun fahamlah dan buangkan aje apa yang ada padaku.  Itulah sekali seingat aku, aku melaram di rumah,  apabila suamiku menegur aku tak lakukan lagi.

Benarlah apa yang dikatakan oleh ustazahku, Ustazah Salbiah Omar.  Bukan senang untuk mendidik anak.  Semuanya bermula dari awal lagi bukannya dari bermula kita memilih pasangan tetapi keturunan itu juga penting.  Jika dari kecil dari dalam kandungan kita sudah di didik dengan baik dengan jalan Allah dan sunnah rasullullah,  jadi mudahlah kita mendidik anak-anak kita nanti. Memang aku bukanlah dari golongan orang yang di didik dengan baik dari kecilnya, memang aku juga bukanlah dari keturunan yang baik-baik.  Itulah kekuranganku namun itu juga yang membuatkan aku ingin dan berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya.

Aku juga ingat dan memegang kata-kata ustazahku “Usaha yang lebih, ganjarannya pasti lebih di sisi Allah” tapi pastikan dibuat dengan seikhlas-ikhlasnya.

Ikhlaskah aku selama ini?

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Pengorbanan Ibu

Assalamualaikum, apa khabar semua.

HARI IBU!, saya sebenarnya tidak pernah menyambut hari ibu dan tidak pernah mengucapkan selamat hari ibu kepada sesiapapun walaupun pada emak saya sendiri. Bukannya tidak mau mengikuti peredaran sekarang tetapi saya ni agak kurang “moden” kata orang atau orang sekarang kata “kampungan” dan mak saya pula orang kampung dan tak tau apa tu Hari Ibu. Tapi anak-anak saya yang masih tadika tu adalah buatkan kad untuk saya sempena meyambut Hari Ibu. Mungkin cikgunya suruh buat kad dan di suruh berikan kepada ibu masing-masing. Walaubagaimanapun saya menghargainya dan mengucapkan terima kasih kepada anak saya. Anak-anak saya yang dah besar tu, dah tak buat macam tu lagi. Mungkin mereka rasa saya tak kisah jadi merekapun tak kisah jugaklah.

Samada anda meraikan atau tidak Hari Ibu, ia tidak menjadi hal pada saya. Memang sepatutnya kita menghargai ibu kita tak kira masa. Berbuat baik kepada mereka, sentiasa menjaga hati mereka walaupun apa keadaan sekalipun walaupun kita tidak bersetuju banyak perkara dengan ibu kita. Tetapi kita tetap menghargai dan menjaga hatinya. Itulah yang terbaik dan bukanya sekadar kad dan hadiah yang kita berikan. Tetapi itulah yang paling susah untuk kita melakukannya. Di tambah pula kita tidak sekepala dengan ibu kita. Cara kita tidak sama dengan ibu kita dan banyak perkara yang kita tak setuju dengan tindakannya. Jika anda menghadapi dilemma ini tetapi anda masih boleh membuat ibu anda gembira, tidak tersinggung dan berkecil hati dengan anda, maka anda telah berjaya menjadi anak yang di redhai oleh kedua orang tua anda dan sudah tentulah Allah meredhai anda. Berbahagialah anda di alam akhirat nanti, kerana anda sentiasa di senangi oleh Allah dan orang tua anda.

Sempena menyambut hari ibu ni walaupun terlewat, saya ingin berkongsi cerita tentang ibu yang boleh dianggap antara ibu yang sanggup berkorban apa saje untuk anaknya, di mana ceritanya telah saya baca di dalam majalah Al-Islam baru-baru ini. Berikut adalah ceritanya…

Puan Khairulleza Khamsan, 45, (gambar di atas) adalah ibu kepada Muhammad Faiz Danyal, 16 yang telah berjaya mendapat 8A di dalam PMR tahun lepas, walaupun dia menghidapi hyperlexsia iaitu di dalam kategorikan autisme. Sedikit info tentang hyperlexsia, iaitu mereka sudah boleh membaca di awal usia tetapi mereka tidak berupaya memahami bahasa percakapan dan mempunyai tingkah laku abnormal di dalam hubungan sosial. Faiz juga begitu menghadapi masalah pertuturan ketika berusia empat setengah tahun. Kanak-kanak cerdik ini masih tidak boleh bertutur sewaktu berusia 41/2 tahun. Namun demikian ibubapanya telah berusaha mendapat rawatan yang terbaik untuk anaknya dan akhirnya berjaya.

Namun demikian bukan itu masalah besarnya. Apabila Faiz menjejakkan kaki ke darjah satu barulah di ketahui cabaran sebenarnya….. Sambungan ceritanya di bawah ini dengan melihat keratan majalah al-Islam yang telah saya fotokan.

Dalam mengharungi kehidupan membesarkan anaknya dia juga tidak terlepas dengan pelbagai dugaan yang lain seperti umpat keji dari orang dan sebagainya. Dengan merendahkan diri dia berkata pengorbanan yang di lakukannya sedikit saje dan tidak ada yang istimewanya yang ingin di tulis tentang dirinya. Namun setelah di pujuk oleh wartawan al-Islam dia bercerita juga akhirnya. Kita ikuti petikan majalah ini..

Lihatlah betapa hebatnya ibu ini. Bolehkah kita berbuat demikian? Sanggupkah kita melakukan sehingga berbelas tahun berbuat demikian baru boleh kita melihat hasilnya? Saya sendiri kalau di tanya tidak boleh dan tidak sangup berbuat demikian. Berbagai alasan yang boleh saya buat, mungkin saya boleh katakan dengan alasan ini, dia tak punya anak lain atau adik di bawahnya. Dia orang kaya, mampu bolehlah dan mungkin berbagai alasan lain lagi. Yang pastinya walaupun apa alasannya sebenarnya kita tidak kuat dan sabar melakukannya, Bagi mereka yang ingin berjaya dan ingin melihat kejayaan, perlukan pengobanan yang tak berbelah bahagi. Saya sendiri sebenarnya mempunyai anak seperti ini iaitu anak ketiga saya. Tapi saya tak buat seperti yang di lakukan oleh puan Leza ini. Memang saya masih tidak layak di gelar sebagai ibu mithali. Banyak perkara yang saya berkeluh kesah. Baru beberapa tahun saya buat dah mula mengungkit dan berkeluh kesah. Belum lagi berbelas tahun seperti puan Leza ini. Saya harus menanamkan semangat seperti ibu ini. Saya harus berubah. Ya Allah ya tuhan ku ampunni dosa-dosaku yang lalu, kini dan selamanya. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu. Perkuatkan dan tambahkan keimanan ku kepadaMu ya Allah. Jadikan aku orang yang ikhlas, tabah dan sabar di dalam menghadapi dugaan yang engkau berikan. Ameen, ameen ya Robbil alamin.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Nisha.

Jihad Ummu Haram ra. dari Madinah ke Pulau Cyprus

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Oleh kerana saya masih tidak berkesempatan untuk menambah artikel di dalam blog ini jadi saya ambil artikel di bawah ini(dengan izin yang empunya blog,  harap- harap begitulah) dari blog inijalanku.wordpress.com-iaitu blog ustaz Halim.  Semoga kita sama-sama mendapat pengajarannya.

Kejayaan mentarbiyah masyarakat bukan sahaja menjadikan lelaki mereka para Mujahideen demi Agama yang ingin dimenangkan ini, bahkan juga merubah wanita mereka mencintai Jihad dan Syahid dijalanNya. Kejayaan Rasulullah saw bersama Ummu Haram diaspek ini akhirnya bukan sahaja dapat mengasaskan sebuah Negara Islam di Madinah tetapi juga Empayar dan Tamaddun Islam di muka bumi ini.

UMMU Haram binti Milham merupakan isteri kepada Ubadah bin Samit dan ibu saudara susuan Nabi Muhammad. Ummu Haram merupakan salah seorang dari kumpulan wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam.

Cyprus - Peta Uthmaniah

Pulau Cyprus, Eropah, di tengah-tengah Laut Medditerranean. Diambil dari peta Kerajaan Empayar Uthmaniah Islamiyah.

Pulau Cyprus

Pulau Cyprus, terletak di Laut Medditerranean, di antara pantai Syria dan pantai Turki. Pada tahun 395M, Cyprus ditawan oleh Empayar Rom. Pada 649M, Cyprus dibuka oleh Ummu Haran dan para Sahabat ra. Pada 966M Eropah menawan Cyprus dalam Perang Salib. Pada 1539M, Empayar Uthmaniah menghancurkan segala kekuatan Eropah di Cyprus. Setalah umat Islam menjadi lemah, pada 1878M Empayar British menawan Cyprus yang mempunyai penduduk Islam Turki dan Kristian Greek. Pada 1960 Cyprus merdeka dengan 2 entiti Turki dan Greek setelah perundingan 3 penjuru British-Turki-Greek. Pada 1974, Nikos Sampson diisytihar Presiden Cyprus dan cuba isytihar gabung sepenuhnya Cyprus dengan Greek.  Tujuh hari selepas itu, dengan hujah perisytiharan itu bertentang dengan Persidangan 1960, Al-Mujahid Prof. Ir. Najmuddin Erbakan menghantar tentera Turki dan berjaya menduduki 40% tanah Cuprus hingga ke hari ini.

Erbakan

Prof. Ir. Najmuddin Erbakan, B. Engineering (Istanbul Tech University), Ph.D (Aachen University, Germany). Menteri di bawah PM Bulent Ecevit pada 1974 dan Perdana Menteri pada 1996.

Beliau juga merupakan ibu saudara kepada Anas bin Malik. Nabi Muhammad memuliakan Ummu Haram dengan mengatakan, “Kamu termasuk orang yang pertama daripada kalangan mereka”.

Ini adalah kerana sifatnya yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan seperti berjihad, menuntut ilmu, mendahulukan kepentingan orang lain dan merendah diri.

Ummu Haram juga melibatkan diri dalam Jihad menentang pihak musuh Islam. Dia membantu merawat luka dan memberikan air kepada pasukan tentera Islam sewaktu peperangan Badar dan Uhud.

Jiwa Ummu Haram yang cekal dan kental memudahkan beliau bergerak di kawasan peperangan yang penuh bahaya bagi membantu dan merawat tentera Islam yang cedera.

3082399160_ff483124af

Kasih ibu Mat Rempit

Berbahagialah Ummu Haram melihat suami dan anak-anak kampungnya di Madinah pergi berjihad, lalu dia sendiri akhirnya menyertai misi Jihad menentang Rom/Eropah/NATO dan membuka Cyprus. Sebaliknya, deritalah ibu mat-mat rempit yang akhirnya terpaksa menemani anak-anak mereka ke kandang-kandang di mahkamah. (Foto Utusan Online : PADAH MEREMPIT…Mohd. Yunus Yusuf diiringi ibunya semasa dibawa ke Mahkamah Khas Trafik untuk perbicaraan kes 14 remaja yang ditahan dalam satu operasi cegah lumba haram di Ipoh, semalam … 11/5/2009, sehari selepas Hari Ibu 10/5/2009 – pent.).

Nabi Muhammad selalu mengunjungi Masjid Quba yang didirikan oleh beliau atas dasar takwa kepada Allah. Kadangkala, beliau menaiki unta atau berjalan kaki menuju Masjid Quba lalu menunaikan solat sunat dua rakaat.

Kadang kala, Nabi Muhammad singgah di rumah Ummu Haram yang terletak berhampiran masjid Quba bagi melawatnya serta tidur siang di rumahnya. Malahan ada ketika beliau solat di rumah Ummu Haram.

“Assalamualaikum Ummu Haram!” Nabi Muhammad memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Ummu Haram.

“Waalaikumusalam. Silakan masuk,” jawab Ummu Haram sambil membuka pintu mempelawa Nabi Muhammad masuk.

“Apa khabar Ummu Sulaim dan Anas? Mari kita solat bersama-sama,” kata Nabi Muhammad.

“Khabar baik, Rasulullah,” balas Ummu Sulaim dan anaknya.

Mereka menunaikan solat sunat bersama-sama kerana pada ketika itu beliau belum masuk waktu solat wajib.

Kemudian Nabi Muhammad mendoakan kesejahteraan dan kebaikan dunia serta akhirat untuk Ummu Haram, Ummu Sulaim dan anaknya. Selepas itu, Ummu Haram menjemput nabi Muhammad makan bersama-sama.

“Ummu Haram, saya mahu berehat sebentar,” kata Rasulullah selepas menjamah makanan yang disediakan oleh Ummu Haram.

“Baring dan berehatlah,” balas Ummu Haram yang sedang mengemas pinggan di dapurnya.

Nabi Muhammad yang baring di ruang tamu tidak lama kemudian tertidur. Ummu Haram, Ummu Sulaim dan Anas berbual perlahan supaya tidak mengganggu baginda yang sedang tidur. Selepas beberapa ketika berlalu, Nabi Muhammad terjaga dari tidurnya dan tersenyum sendirian.

“Mengapa kamu tersenyum,” tanya Ummu Haram dalam kehairanan.

“Beberapa orang dari umat Islam menawarkan diri berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal merentas lautan menuju ke arah raja-raja yang zalim,” jawab Nabi Muhammad sambil memandang wajah Ummu Haram.

“Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu,” pinta Ummu Haram yang bercita-cita supaya dapat menyertai peperangan bersama pasukan tentera Islam menyeberang lautan bagi menyebarkan agama Islam pada suatu hari nanti.

“Baiklah,” balas Nabi SAW lalu mendoakan Ummu Haram. Kemudian, Rasulullah berbaring dan menyambung semula tidurnya.

Beberapa ketika kemudian, Nabi SAW bangkit dari tidurnya dan tertawa. Ummu Haram yang hairan dengan kelakuan baginda bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa kamu ketawa”.

“Sekumpulan umat Islam diperlihatkan kepada saya seketika mereka berperang menentang pihak musuh Islam seperti raja bagi pasukannya,” jawab Nabi Muhammad.

“Ya Rasulullah, doakan agar saya termasuk dalam golongan itu,” mohon Ummu Haram.

“Kamu termasuk golongan yang pertama dari kalangan mereka,” jawab Nabi Muhammad.

Peristiwa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak.

Ketika Usman ditabalkan sebagai Khalifah, Muawiyah Abu Sufian yang ketika itu menjadi Gabenor Syria mencadangkan pembentukan pasukan armada laut bagi menentang Empayar Byzantine (Rom).

Ekspedisi armada laut Muawiyah dibantu dengan sebuah kapal perang yang diketuai oleh Abdullah bin Abu Sarah dari Mesir.

Kedua kapal angkatan tentera laut Islam mula belayar menuju ke pulau Cyprus bagi bertempur pasukan tentera Byzantine yang berpangkalan di pulau itu.

“Tercapai juga cita-cita saya untuk berjihad di jalan Allah merentas lautan. Permintaan saya yang telah didoakan oleh Rasulullah telah dimakbulkan oleh Allah,” bisik hati Ummu Haram yang berdebar-debar berdiri di atas dek kapal.

termenung

Mencari pengganti sahabiah Ummu Haram ra. yang telah pergi … (Foto hiasan). “Beberapa orang dari umat Islam menawarkan diri berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal merentas lautan menuju ke arah raja-raja yang zalim,” kata Rasulullah saw. sambil memandang wajah Ummu Haram. “Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu,” pinta Ummu Haram.

Kedatangan kedua kapal angkatan tentera laut Islam itu tidak disedari oleh pasukan tentera Empayar Byzantium dan penduduk tempatan pulau Cyprus.

Ini adalah kerana tanggapan pihak musuh bahawa umat Islam tak mampu menyeberang lautan dan berperang di kawasan laut.

Abdullah bin Qais menghantar perisik untuk meninjau kekuatan pihak musuh sebelum melancarkan serang hendap. Pihak musuh yang terkejut dengan kehadiran pasukan tentera Islam dengan tiba-tiba hanya mampu memandang melihat kem kawalan mereka diambil alih oleh pihak tentera Islam.

“Panglima, saya sebagai ketua penduduk pulau ini sanggup membayar jizyah sebanyak 70,000 dinar setahun kepada kerajaan Islam. Tolong jangan apa-apakan penduduk pulau ini,” mohon ketua penduduk pulau Cyprus kepada Abdullah bin Qais.

“Baiklah,” balas Abdullah bin Qais dengan tegas.

“Panglima, izinkan saya untuk melihat kawasan sekitar pulau ini,” tanya Ummu Hakim kepada Abdullah bin Qais setelah pulau Cyprus telah selamat ditakluk oleh tentera Islam.

“Kamu boleh melawat sekitar pulau ini dengan menaiki kuda ini. Pastikan ada orang temankan kamu,” Abdullah bin Qais memberikan kebenaran kepada Ummu Haram yang teringin melawat sekitar pulau itu.

Ummu Haram bersama beberapa orang tentera Islam mula bergerak menaiki kuda mengelilingi kawasan sekitar pulau Cyprus itu.

Pada suatu ketika, seekor binatang buas tiba-tiba muncul dan menyerang kuda yang dinaiki oleh Ummu Haram. Ini menyebabkan Ummu Haram tercampak daripada kudanya lalu jatuh menghempas tanah. Oleh sebab mengalami kecederaan parah, Ummu Haram meninggal dunia di tempat beliau jatuh.

Ummu Haram meninggal dunia pada tahun 27 Hijrah. Kubur beliau masih lagi terdapat dipinggir pantai Cyprus dan dikunjungi oleh umat Islam sehingga kini. Ummu Haram adalah pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah.

Semoga Allah swt memberi taufiq dan hidayahNya kepada wanita-wanita Islam zaman ini untuk mencontohi Ummu Haram radiyallahu anha dalam meletakkan Kalimah Allah yang tertinggi. Dari kisah di atas, sifat-sifat beliau yang menonjol ialah :

  1. Menjadi isteri kepada lelaki berilmu seperti Ubadah bin Samit ra, yang merupakan diantara perawi hadis yang masyhur.
  2. Cinta dan amalinya beliau terhadap Jihad dengan menyertai Perang Badar dan Uhud.
  3. Memuliakan Rasulullah saw lalu dia dimuliakan oleh Rasulullah saw dengan sering menziarahinya di rumahnya. Beliau contoh ulung dalam menghormati tetamu dan Pesuruh Allah.
  4. Bersegera dan bercita-cita dalam melakukan apa sahaja yang menuju kepada memenangkan Islam memimpin dan membimbing dunia ini. Sebaik dan setiap kali mendengar kata-kata Rasulullah saw tentang Jihad dan para mujahideen, beliau terus meminta Rasulullah saw mendoakan untuknya agar dia menjadi salah seorang dari mereka.
  5. Beliau sanggup berjihad di seberang laut, walau dengan menaiki kapal laut, demi mencapai cita-cita Jihadnya.
  6. Beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya untuk pergi ke tempat yang asing lagi milik empayar Eropah, demi menyebarkan Dakwah Islam ke dunia dan benua baru. Akhirnya beliau terus disimpan di sana dan tidak kembali ke kampung halamannya di tanah Arab.
  7. Beliau berani menentang musuh-musuh Allah biar apa sahaj kekuatan mereka. Bukan sahaja berani menentang Quraisy dalam Perang badar dan uhud, malah menentang NATO/Rom di Cyprus, Eropah.

“Dan As-Sabiquun Al-Awwaluun (orang-orang yang terdahulu memeluk Islam) dari (kalangan) Al-Muhajireen dan Al-Ansar, dan orang-orang yang mengikut (jejak langkah) mereka dengan ihsan (baik dan sempurna), Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah janji kepada mereka Syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang hebat” (At-Taubah:100).

dari Ustaz Halim Seremban.  Inijalanku.wordpress.com.

Terima kasih ustaz.

Wassalam.

Nisha.

PALASTINE SENTIASA DI KENANG

Asssalamualaikum, apa khabar semua.

Setelah sekian lama saya tidak menambah artikel di dalam blog ini, hari ini saya ingin menyambung lagi artikle mengenai Pergolakan di Palastine.  Walaupun cerita dan berita di dada-dada akhbar dan TV tidak lagi sehebat semasa ia sedang berlaku dulu, namun saya ingin mengajak para pembaca blog ini mengingati peritiwa tersebut.  Kerana  sesungguhnya kaum Yahudi tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti dari meneruskan agendanya.  Cuma mungkin ketika ini mereka memperlahankan sedikit kemaraannya untuk menakluki/menguasai Negara Palastine yang di berkati oleh Allah itu.  Mungkin juga mereka memberi perhatian kepada bahagian lain di dalam memperlengkapi agenda mereka.  Ingat! Mereka, terutama sekali Zionis takkan berhenti memusuhi umat Islam sehingga terjadi hari Kiamat. Itulah yang telah di peringatkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Walaupun pun kita(umat Islam) beroleh kemenangan dan berjaya menghalau Puak Yahudi di bumi Palastine tetapi percayalah mereka tidak akan berdiam diri.  Pasti mereka  akan berusaha untuk kembali semula ke Palastine.   Kerana mereka mengatakan itulah bumi kaum Bani Israel/Yahudi yang telah di janjikan oleh Allah untuk mereka.  Padahal mereka sebenarnya telah memutarbelitkan fakta yang sebenarnya.

Memang benar suatu ketika dahulu, semasa zaman Nabi Musa a.s mereka telah di arahkan berpindah ke Negera Palastine/Kan’an tetapi mereka enggan dengan memberikan pelbagai alasan untuk ke negara tersebut.  Oleh kerana keengganan dan keangkuhanya itu Allah mengharamkan bangsa Yahudi/Bani Israel menjejakkan kaki ke sana(memang telah tertulis di dalam Al-Quran tapi saya lupa bahagian mana.  Info ini saya dapat semasa mendengar ceramah di surau).

Untuk pengetahuan anda semua, menurut kata ustaz(ketika mendengar ceramah mengenai Palastine semasa berlakunya Pencerohan selama 23 hari di Palastine baru-baru ini),  di dalam Al-Quran, Allah akan memanggil dengan gelaran Yahudi jika Allah memberi amaran dalam keadaan marah tetapi jika Allah ingin memujuk dan ingin memberi peringatan kepada Kaum Yahudi ia akan menggunakan gelaran Bani Israel.

Saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai asalnya Puak Bani Israel.  Dari apa yang saya faham dan tahu, menurut kata Ustaz tersebut, keturunan Bani Israel /Yahudi ialah bermula dari anak Nabi Yaakub yang tua yang bernama Yahuda.  Dialah yang memulakan rancangan jahatnya untuk memasukkan nabi Yusoff  a.s ke dalam perigi buta yang kita sedia maklum akan kisahnya.  Dialah antara abang nabi  Yusoff yang paling jahat yang sanggup melakukan kekejaman terhadap adiknya sendiri. Dan dari keturunan dialah yang di gelar Yahudi.

Sehinggalah ke zaman Nabi Musa yang menyampaikan dan membawa Kitab Taurat yang sepatutnya kitab untuk kaum Yahudi/Bani Israel.  Tetapi nabi Musa sendiri di tentang oleh kaumnya sendiri, kerana tidak semua kaum Yahudi/Bani Israel menerimanya. Manakala di zaman Nabi Isa a.s, sesiapa yang tidak menerima dan mengikut Kitab Injil mereka telah di beri nama Yahudi(ia juga dari keturunan Yahuda tadi) dan keturunan ini juga di gelar Bani Israel.  Begitulah al kisahnya.  Tapi tidak semua Bani Israel/Yahudi itu jahat. Ada yang menerima Islam (sebilangan kecilnya).  Tetapi kebanyakkannya menolak segala ajaran yang di sampaikan oleh Nabi Isa a.s dan juga Nabi kita Muhammmad s.a.w.  Yahudi juga mempunyai pelbagai puak(macam kita jugak ada melayu Jawa, Melayu Asli dll).  Tetapi puak Yahudi yang paling jahat dan kejam ialah dari puak yang di beri nama Zionis.

Kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah kitab Allah.  Tetapi sayang, seperti yang kita sedia maklum kitab Taurat dan injil telah pun di ubah-ubah oleh kaum-kaum mereka yang jahat dan yang mempunyai agenda di sebaliknya.  Jadi kitab yang ada sekarang sudah tidak asli lagi.   Yang tetap di pelihara oleh Allah sehingga datangnya Qiamat ialah Al-Quran.  Kerana antara mukzijat al-Quran ia tetap di pelihara oleh Allah sehingga ke hari Qiamat.

Oleh itu bersama-samalah kita mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran terutama para ibu sekelian.  Persiapkan diri kita untuk menghadapi masa hadapan yang terlalu mencabar ini.  Untuk membimbing anak-anak kita menjadi insan-insan yang berguna untuk agamaNya.  Menjadi pembela agama Islam bukan memperlekehkan Islam.  Terlalu banyak perkara yang terjadi sekarang ini.  Lihatlah anak-anak kita.  Berapa keratkah antara anak kita/muda-mudi sekarang ini yang benar-benar mengikut Islam yang sebenarnya.  Saya sendiri belum berjaya menjadikan anak-anak saya seorang yang Islam sejati.  Walaubagaimanapun saya tetap berusaha tanpa rasa putus asa.  Semoga suatu ketika nanti saya akan berjaya menghasilkan/mengubah anak-anak saya menjadi lebih baik daripada sekarang ini.

Ibu-ibu sekelian hayatilah al-Quran. Bacalah dan dampingilah al-Quran.  Walaupun kita tidak memahaminya tetapi bacalah tafsiran dan belajarlah pada yang arif.  Saya sendiri apabila membaca tafsiran al-Quran amat kagum dengan isi kandungannya.  Betapa hebatnya al-Quran ini tetapi sayangnya tak ramai cuba membaca tafsirannya.  Di tambah dengan kita yang bukan dari golongan ilmuan agama ini, lagi susahlah hendak kita melakukannya.  Apatah lagi untuk mempelajarinya. Di tambahkan pula kita telah di sibukkan dengan urusan dunia yang tiada berkesudahannya dan tidak pernah selesai hingga kehujung nyawa.

Oleh itu saya ingin mengajak para pembaca menghayati tafsiran di bawah ini.  Di dalam Al-Quran Allah telah menyediakan satu surah yang di beri nama “SURAH AL-ISRA’ yang bermaksud Surah Bani Israel.  Saya ingin mengajak anda semua membaca maksud surah ini iaitu dari ayat 2 hingga ayat 10.  Semoga sama-samalah kita renungkan akan pengajarannya.

Ayat 2:

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab(Taurat) dan Kami jadikan Kitab itu Petunjuk bagi Bani Israel(serta Kami perintahkan mereka): “Janganlah kamu ambil yang lain daripada-Ku sebagai Tuhan untuk (kamu menyerahkan urusan kamu kepadaNya).”

Ayat 3:

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh(di dalam bahtera).  Sesunggunya ia adalah seorang hamba yang sangat bersyukur.

Ayat 4:

Dan Kami berikan amaran(yang nyata) kepada orang-orang Bani Israel dalam Kitab itu “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi(Palastine) dua kali dan sesunggunya kamu akan berlaku sombong, angkuh dengan melampau-lampau(dan dua kali kamu akan dihukum!)

Ayat 5:

Maka apabila sampai masa bagi amaran yang mula-mulanya(sebagai akibat bagi kederhakaan kamu), Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya:  lalu mereka menjelajah masuk segala ceruk rantau dan kediaman-kediaman kamu: (membunuh dan membinasakan kamu): dan (sebenarnya peritiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku(dengan sepenuhnya).

Ayat 6:

Kemudian (setelah kamu bertaubat),  Kami kurniakan kepada kamu Kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami kurniakan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta kami menjadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

Ayat 7:

Kalau kamu berbuat kebaikan(maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan itu adalah untuk diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat kejahatan, (kamu melakukannya dengan akibat buruknya) berbalik ke atas diri kamu juga.  Oleh itu, apabila sampai masa amaran yang kedua itu(bagi membalas perbuatan derhaka kamu, maka Kami izinkan seteru-seteru kamu) mencedera muka kamu, (dengan penghinaan dan keganasan mereka), dan untuk memasuki Masjid kamu(Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya kali yang pertama dahulu itu dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai.

Ayat 8:

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu(kalau kamu bertaubat) tetapi kalau kamu kembali(menderhaka) maka Kami pula akam kembali(menyeksa kamu di dunia ini): dan Kami telah jadikan Neraka itu penjara bagi orang-orang kafir yang menolak(keimanan).

Ayat 8:

Sesungguhnya al-Quran ini memberi pertunjuk ke jalan yang paling betul(atau tetap) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh ganjaran yang penuh gemolang dan hebat.

Ayat 10:

Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akjhirat (dinyatakannya)bahawa kami sediakan bagi mereka Azab Seksa yang tidak terperi sakitnya.

Semoga anda mendapat sedikit suntikan semangat dari kata-kata ini.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam

Nisha.

Sirah Rasullullah 3 – IBU BAPA RASULLULLAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera?

Sambungan siri ke 3, Sirah Rasullallah.

Bapa Rasullallah s.a.w

Abdullah(bapa Rasullallah) mempunyai 10 orang(ada yang mengatakan 13 orang) saudara lelaki dan 6 orang saudara perempuan. Ibunya bernama Fatimah binti Amru bin “Aiez bin Amran bim Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah. Abdullah adalah sebaik-baik anak Abdul Mutalib, sebersih-bersih manusia dan paling disayangi oleh ayahandanya iaitu datuk Rasullallah, Abd al-Mutalib. Beliau telah di gelar anak korban atau anak sembelihan, kerana Abd al-Mutalib telah berjanji jika mereka mempunyai anak lelaki 10 orang, salah seorang akan di undi untuk di jadikan korban/disembelih di Kaabah. Setelah di cabut undi kali pertama di anak panah yang telah di tulis nama Abdullah dan anak-anaknya yang lain, maka anak panah yang tertulis Abdullah yang telah di cabut. Maka ayahnya menghantar Abdullah ke Kaabah untuk di sembelih. Walaubagaimanapun pihak Quraisy melarang beliau berbuat demikian terutamanya bapa saudaranya dari sebelah ibunya. Mereka memberi cadangan untuk membuat cabutan undi dengan mempertaruhkan 10 ekor unta. Sekiranya masih keluar undi Abdullah, hendaklah ditambah 10 ekor lagi sehingga terkena undi atas unta. Maka cabutan pun di buat dan setiap kali cabutan buat nama Abdullah pasti terkena sehingga bilangan unta mencecah 100 ekor barulah cabutan tersebut berubah kepada unta. Dengan demikian mereka menyembelih 100 ekor untuk di gantikan dengan sembelihan Abdullah. Unta-unta tersebut telah di agih-agihkan kepada manusia dan haiwan yang berada di sana. Rasullallah pun pernah bersabda dengan bermaksud:

“Daku ini anak kepada dua korban iaitu Ismail dan Abdullah”.

Manakala ibu Rasullallah ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah Ibni Kilab. Aminah merupakan perempuan termulia di kalangan Quraisy dari segi nasabnya. Tidak lama selepas perkahwinan itu, Abd al-Mutalib telah menghantar Abdullah ke Madinah untuk memperolehi tamar di sana. Beliau wafat di Madinah. Ada juga pendapat mengatakan beliau pergi berniaga di Syam dan singgah di Madinah dalam keadaan sakit lalu wafat di sana ketika berusia 25 tahun. Beliau wafat sebelum kelahirana Rasullullah. Sebaik saje Aminah mendengar berita ini beliau meratap dan menulis syair khas untuk suaminya yang tercinta.

Keseluruhan peninggalan suaminya ialah 5 ekor unta, sekumpulan kambing, seorang hamba perempuan dari keturunan Habsyah iaitu Ummu Aiman dan beliaulah pengasuh Rasullullah s.a.w.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Lelaki oh Lelaki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua. Saya harap anda semua di dalam lindungan Allah.

Sememangnya blog ini banyak menceritakan tentang wanita. Sesuai dengan namanya ibumithali.com. Namun demikian saya tidak sesekali ingin membelakang para kaum Adam. Kerana sesungguhnya kaum Adam itu ketua bagi wanita. Memang tidak boleh di nafikan lagi, kerana ia telah tercatit di dalam Al-Quran. Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuka satu ruang khas untuk kaum lelaki. Untuk mengambil hati kaum lelaki juga supaya mereka ingin mengunjungi blog ini. Sekurang-kurangnya dapat juga beri sedikit komen dan pandangan kepada saya dan pembaca yang lain. Maklumlah kaum wanita ni banyak juga kelemahannya dan memerlukan kaum lelaki untuk menambahkan kekuatan dalam pelbagai sudut. Satu ruang yang saya namakan Lelaki oh Lelaki. Bagi pengunjung blog ini, anda boleh menyumbangkan artikle mengenai lelaki samada yang baik ataupun kurang baik. Bolehlah sama-sama kita mengambil ikhtibar dari cerita-cerita ini dan memilih yang mana patut di jadikan tauladan dan yang mana patut di jadikan sempadan.

O.k, bolehkan?

Di kesempatan ini juga saya ingin membawa anda satu info yang amat berguna pada kita. Tunggu!!! Kalau ikutkan saya memanglah pada mulanya nak ceritakan tentang kebaikan suami saya iaitu seorang lelaki yang paling rapat dengan saya. Tapi bila di fikirkan semula tak apalah, kemudian-kemudianlah. Nanti mencebik bibir atau nak termuntah pulak yang membacanya. Saya tak naklah menjadikan blog ini blog yang banyak berkisar tentang keluarga saya, jadi blog peribadi pulak. Memanglah kita ni terutama para isteri dan ibu, yang paling dia nampak samada baik atau buruk ialah orang-orang yang hampir dengannya. Samada suami, anak-anak, bapa atau adik lelakinya. Tapi ada juga diantara kita ni, asyik puji dan banggakan kaum kerabatnya aje. Macammana buruk sekalipun pandangan orang lain tentang kaum kerabatnya tapi bila cerita dengan orang memang bagus-bagus, hebat-hebat je ceritanya. Anak dialah yang paling baik, paling pandai, bergaji besar, kawin/kawan dengan anak datuk/raja ke dan entah apa-apa lagi. Ya! masuk bakul angkat sendiri.

Melalui pengalaman saya mengenali seorang ibu kepada anak lelaki yang bermasalah, sungguh heran rasanya. Tak taulah apakah itu naluri seorang ibu, itukah sifat seorang ibu atau itukah kelebihan dan kekurangan seorang ibu. Seorang ibu yang masih memuji anaknya, walaupun dah terbukti seorang penagih dadah, pengedar dadah, keluar masuk penjara. Satu kampung dah tau tapi masih mempertahankan anaknya, masih memuji anaknya walaupun dia macam tu tapi dia ni… ni… Entahlah mungkin saya tidak mengalami lagi keadaan macam itu(harap-harap Allah tidak izinkan perkara itu berlaku pada saya). Itulah saya rasa kehebatan seorang ibu, walaupun tiada orang yang menyukai dan mempercayai anak tersebut tetapi sang ibu masih lagi sentiasa di sisinya. Tapi malang sekali sang anak tidak pernah menghargai apa yang ibunya lakukan pada dia. Jika dia menghargainya pasti dia takkan melakukan lagi dan mengulanginya berkali-kali. Kalau dia menyedari perngorbanan ibunya, sudah pasti takkan mengulangi kesilapan yang sama lagi kerana melihatkan pengorbanan dan kesusahan yang di tanggung ibunya.

Di sinilah saya nampak pendidikan agama itu perlu di terapkan dari awal lagi, dari dalam kandungan lagi. Kalau dah besar remaja atau tua terlalu susah untuk memberi kesedaran kepada mereka-mereka ini. Terlalu banyak perkara-perkara/info yang tidak betul memasuki fikiran mereka terlebih dahulu menyebabkan perkara yang baik itu tidak boleh/susah menubusi/diterima dan memasuki kotak fikiran mereka. Inikah balasannya di atas pendidikan agama yang tidak di berikan oleh ibubapanya atau dugaan/ujian dari Allah?

Kalau menurut kata Ustazah saya(Ustazah Salbiah Omar). Terlalu sedikit orang yang mendapat/diberi ujian oleh Allah, kebanyakannya adalah balasan di atas perbuatannya yang dahulu. Seperti juga kata-kata di dalam ayat Al-Quran ini “ Yang demikian itu adalah di sebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya” (Ali-Imran 3:182).

Di antara orang yang benar-benar di uji oleh Allah ialah nabi-nabi kita terutamanya nabi Muhammad s.a.w kerana telah terbukti dia seorang yang amat baik dan mulia dari awal kehidupannya hingga keakhirnya. Bagi saya, orang yang benar-benar di uji oleh Allah ialah orang yang sememangnya baik(tidak melakukan dosa-dosa besar) dari kecil hingga ke akhir hayatnya. Kalau orang macam saya ni menghadapi masalah sudah pastilah bukannya ujian Allah tetapi balasan/bala yang Allah turunkan untuk saya. Tapi tak apa, saya redha dan cuba terima kerana saya mengharapkan dengan balasan ini Allah akan menghapuskan dosa-dosa saya yang lalu. Itupun kalau saya dapat selesaikan/menghadapinya dengan jalan yang betul dan diredhai Allah.

Antara orang lain yang di berikan ujian oleh Allah ialah para pejuang Islam seperti Sheikh Ahmad Yasin. Inilah yang ingin saya paparkan ceritanya. Memang hebat lelaki ini. Saya amat mengkagumi dengan mutiara ini yang telah gugur syahid. Walaupun matanya tidak bersinar seperti mutiara(matanya buta sebelah dan sebelah lagi hampir buta) tetapi hati bersinar bak mutiara. Dari kejauhan(dalam penjara) lagi sinarnya terpancar keseluruh dunia Islam. Sinaran mutiaranya telah terpancar seantero dunia menyebabkan umat Islam mengkagumi kata-kata beliau dan pengikutnya amat patut dan taat pada beliau manakala musuh-musuh Islam(Yahudi) amat silau dengan pancaran sinar mutiara ini. Hinggakan menakutkan musuh-musuh beliau kerana sinarannya menyebabkan agenda mereka tidak dapat bergerak bebas dan tersekat-sekat.

Itulah dia Sheikh Ahmad Yasin pemimpin Hamas yang telah mati syahid yang paling terkenal dan di geruni oleh musuh-musuhnya. Walaupun buta sebelah matanya akibat kecedaraan masa remajanya, telah masuk dan keluar penjara banyak kali tetapi tetap dengan pendiriannya membela nasib rakyat Palastine. Telah di siksa di dalam penjara sehingga menyebabkan badannya lumpuh, tangannya tidak boleh menulis dan kata-kata sudah tidak kuat, sudah tidak boleh mengegarkan pentas-pentas pidatonya/ceramahnya seperti zaman muda tetapi pihak musuh tetap takut dan gerun dengannya. Cubaan membunuhnya telah di lakukan berkali-kali dan tidak berjaya dan akhirnya si tua yang lumpuh ini hanya berjaya di tumpaskan dengan menggunakan helikopter Apache dan jet pejuang F16(tidak seperti helikopter biasa yang boleh di dengar bunyinya dari jauh lagi) yang tiada sebarang bunyi dan gegaran akan kedatangannya. Kegerunan mereka seolah menghadapi musuh yang sungguh ramai dan kuat di medan pertempuran hinggakan menggunakan alat yang paling cangih untuk menumpasnya. Hebat.. hebat, sungguh hebat lelaki ini. Lelaki oh lelaki ini memang saya kagumi. Alangkah bagusnya jika ada anak-anak juga mempunyai sikap sedemikian rupa.

Di sinipun telah kita nampak betapa mulianya manusia ini di sisi Allah.  Seorang yang tidak berdaya dari fizikalnya masih tidak boleh di hapuskan dengan senang oleh musuhnya.  Masih memerlukan kekuatan yang begitu canggih baru boleh menghapuskannya. Mati syahid selepas waktu subuh diiringi oleh anak dan menantu bersama pengikut yang lain semasa balik ke rumah.   Hanya boleh bergerak jika kerusi rodanya di tolak oleh orang lain tetapi amat di takuti dan di geruni oleh pihak musuhnya. Mati syahid, itulah cita-citanya. Dia pernah berkata, samada berjaya di dalam berjuangan atau mati syahid akhirnya.   Syahid itulah yang diberikan oleh Allah untuknya.   Sememang layak ia menerimanya kerana pengorbanan amat tinggi untuk Allah dan Islam. Sebaik-baik tempat telah dia dapat di alam akhirat.   Seperti firman Allah “Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang yang beriman diri-diri mereka dan harga mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga, (dengan syarat) mereka berperang pada jalan Allah, mereka membunuh dan di bunuh…..:) Surah At-Taubah ayat 111.  Berbahagialah engkau di sana.  Tidak perlu lagi dihisab akan perbuatannya di dunia ini.  Lelaki oh lelaki ini telah berjaya menjadi antara orang yang paling disayangi dan dikasihi Allah.   Amin-amin ya Robbil alamin.  Akan di sambung ceritanya di masa-masa akan datang.

INILAH PEJUANG ISLAM YANG SEJATI.  LIHATLAH GAMBARNYA, MATI DI DALAM KEADAAN TENANG DAN KELIHATAN TERSENYUM WALAUPUN OTAKNNYA TERKELUAR DARI TENKORAKNYA. TELAHPUN MATI SYAHID DAN SUNGGUH BERBAHAGIA DI ALAM BARUNYA.

“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”. – Salahuddin Al Ayubi

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Malam Pertama

MALAM PERTAMA

Segala puji bagi Allah, Dzat yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan kegelapan dan cahaya. Namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan malaikat sebagai utusanNya. Malaikat yang memiliki sayap dua hingga empat. Allah Maha Kuasa untuk menambahkan sesuatu yang Ia kehendaki pada hambaNya, kerana Ia Maha Kuasa untuk melakukan segala apapun.

Aku bersaksi, tidak ada ilah yang berhak di sembah selain Allah saja. Tiada sekutu bagiNya. Aku juga bersaksi, bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Di utus oleh Rabbnya sebagai pemberi petunjuk, khabar gembira dan peringatan, serta penyeru kepada Allah dengan izinNya, sebagai penyuluh yang terang. Ia telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad di jalan Allah hingga akhir hayat. Semoga shalawat dan salam terlimpah kepada dirinya, keluarga dan para sahabatnya.

Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian kutersekap diam membisu.
Kubur adalah malam pertama.
Demi Allah, katakanlah apa yang terjadi dengan dua malam, yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba?

Malam pertama ia masih berada di rumah. Bersama anak dan keluarga lainnya dalam keadaan bahagia penuh keceriaan. Hidup dalam kesenangan dan kesihatan yang terjamin. Tertawa melihat tingkah laku anak-anaknya yang lucu, demikian pula ia di tertawakan oleh anak-anaknya.

Lalu tiba-tiba di sergah oleh malam kedua. Malam saat ia di jemput oleh kematian, untuk kemudian di kubur dalam lahat.

Malam kedua itu adalah malam pertama ia berada di alam kubur. Seorang penyair Arab pernah melantunkan syairnya,

“Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian ketersekap diam membisu.
Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain.
Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain.
Apa gerangan yang mendatangiku saat tidur?”

Itulah peristiwa yang menempatkan manusia pada liang lahat. Sendiri di cekam sunyi. Tak ada isteri, anak atau sahabat karib. yang ada hanya amal.

Ayat yang bermaksud,

“Hari, saat mereka di kembalikan kepada Allah-sebagai Tuhan mereka yang haq-. Ketahuilah, milik Allah lah segala keputusan dan Dia adakah Dzat yang Maha Cepat HisabNya.” (Al-An’am: 62).

Inilah malam pertama di alam kubur, yang membuat mata ulama sembab oleh tangis. Menjadi keluhan para orang-orang bijak. Menjadi inspirasi para penyair dan penulis dalam menghasilkan syair dan menulis buku.

Di kisahkan, seseorang yang di kenal sebagai pria shaleh, sedang dalam kondisi sakaratul maut kerana di gigit ular berbisa. Waktu itu ia sedang dalam sebuat perjalanan dan lupa meninggalkan pesan kepada keluarganya. Dalam detik-detik terakhir menuju perpindahannya ke alam baka itulah ia menghasilkan sebuat syair,

Cahaya berkilau memancar,
Saat aku di tinggal paksa.
Disebabkan ular jahat yang menipu.
Mereka berkata, “jangan menjauh”, padahal tak ada tempat selain lahat ini.
Mereka berkata,”Mengapa begitu cepat aku meninggalkan anak-anakku”
Mengapa aku pergi, padahal belum sempat meminta izin kepada orangtuaku.
Beginikah akhir sebuah kehidupan…? Beginikah caraku pergi meninggalkan dunia?
Beginikah caraku meninggalkan semua harga dan kedudukanku dalam waktu yang begitu singkat?

Ia menceritakan dirinya,

Para sahabat dan orang-orang yang menguburku berkata, “Jangan menjauh dari Allah.
Bagaimana aku bisa lari, padahal hanya lahat ini ruang yang tersisa bagiku.
Tak ada sesuatu yang lebih ngeri daripada tempat kembali yang satu ini.
Tak ada ruang yang lebih gulita daripada kubur ini.
Apakah setiap orang mampu memayangkan semua ini?

Ayat yang bermaksud:

Sampai ketika maut mendatangi salah seorang dari mereka, ia berkata,”Duhai Rabbku, kembalikan aku(kedunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhada yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang di ucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka di bangkitkan”

(al- Mukminun : 99-100)

Sekali-kali tidak! Mengapa sekarang kamu baru mengingat hisab? Mengapa baru sekarang kamu bertaubat dan berhenti dari maksiat?

Wahai orang-orang yang berpaling dari masjid, bagaimana dengan solatmu?

Wahai orang yang berpaling dari Al-Quran…wahai orang yang meremehkan hukum Allah…. Wahai mereka yang tenggelam dalam maksiat… Wahai para pemuja gambar yang di haramkan Allah….

Mengapa baru sekarang kalian bertaubat” kemana saja kalian selama ini?

Itulah Malam pertama di alam kubur….

Buku ni tak de hak cipta(boleh di gunakan oleh sesiapa, jadi saya gunakannya)

DARI BUKU MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Dr. A’idh Al-Qarni, M.A
Dr. Muhammad bin Abdrahman Al-Uraifi
Syaikh Muhammad Husain Ya’qub

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Dari : http://www.hijab-batik.com.

Wassalam.

Rasullallah s.a.w Sebelum Kelahirannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Terlalu banyak perjalanan hidup orang yang ternama di dunia ini yang kita ketahui dan sangup kita baca untuk motivasi diri kita mungkin. Tapi rasanya ini lebih bermakna untuk kita dalam menghadapi kehidupan ini. Banyak artis, jutawan dan ilmuwan yang telah kita baca perjalanan hidupnya. Tetapi berilah sedikit masa dan ruang untuk kita mengetahui perjalanan hidup Nabi kita Muhammad s.a.w. Telah banyak artikle di akhbar dan majalah yang kita baca setiap hari, namun berilah sedikit masa untuk kita membaca artikle ini untuk mengenali nabi kita s.a.w. Semoga kita salah seorang yang akan dapat syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak. Amin.., amin.. Ya robbil alamin.

Bagi anda yang ingin mempersiapkan diri untuk menjadi Ibumithali saya rasa ini adalah antara perkara yang patut kita ketahui. Bagi kaum Adam, ia juga patut di ketahui kerana anda adalah ketua rumahtangga anda dan patut membimbing dan memimpin ahli keluarga anda.

Saya bukanlah ahli agama tetapi saya ingin mendekati dan mengetahui serba sedikit dalam bidang ini dan ingin mengajak anda bersama saya. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dan hidayah dariNya.

Semenanjung Tanah Arab dan Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung tanah Arab bentuknya hampir empat segi bujur, terletak di tengah-tentah peta dunia. Palestin dan Syria di Utara. Iraq dan Iran di sebelah Timur Laut. Teluk Parsi di sebelah timu, laut Arab dan Teluk Aden di selatan manakala Laut Merah dan Benua Afrika di baratnya. Nabi Muhammad s.a.w semasa di lahirkan, masyarakatnya tersepit antara kekuasaan empayar Rom di barat daya dan kerajaan Parsi di timur laut.

Kehidupan orang Arab suka berpindah randah mengikut kabilah masing-masing dan mereka tidak mempunyai kerajaan pusat. Dengan demikian kerajaan Rom dan Parsi yang berhampiran mereka menganggap Arab adalah jajahan mereka.

Orang Arab mempunyai banyak puak dan kabilah di antaranya Bani Qahtan keturunan Eber(Nabi Ishaq). Bani Ismail keturuanan Nabi Ismail dan adalah putera kepada Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar(wanita Mesir).

Salasilah Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Ibrahim di lahirkan di Ur, ibu negeri kerajaan Bablon(Iraq). Baginda telah meninggalkan tanah airnya kerana tidak sukakan kepercayaan ibubapanya dan penduduk negeri tersebut. Dia telah meninggalkan tanah airnya bersama isterinya Sarah dan juga anak saudaranya Nabi Lut.

Nabi Ibrahim menetap di Palastine dan meneruskan dakwahnya di sana. Beliau juga pergi ke Mesir untuk berdakwah supaya menerima Risalah Allah. Dalam Usianya yang tua, dia berdoa kepada Allah supaya di kurniakan Anak yang Soleh.

Nabi Ismail di lahirkan oleh isterinya yang ke dua iaitu Hajar. Ketika Ismail meningkat usia baligh dia menerima berita gembira iaitu isteri pertamanya Sarah melahirkan anak yang di beri nama Ishaq.

Dari keturunan Nabi Ismail ini di kenali sebagai orang Arab dan tinggal di semenanjung Tanah Arab serta Nabi Muhammad s.a.w adalah dari keturunan Nabi Ismail manakala Nabi Ishaq di kenali sebagai Bani Israil yang tinggal di Palestin dan kebanyakan mereka berpindah di serata tempat di seluruh dunia. Akan di sambung… Selepas ini “Gambaran dan Keperibadian Rasullallah s.a.w”.

Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Sumber rujukan sirah Rasullallah – Ensiklopedia Sirah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuliah-kuliah Agama, Buku Sirah lain yang ada di Malaysia.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.