Archive for the ‘Madrasah Cinta’ Category

Memberi Untuk Apa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Memberi untuk mengharapkan pahala bukan mengharapkan balasan atau habuan dari manusia.

Memberi untuk mengharapkan redha, rahmat dan akhirnya diberi Syurga oleh  Allah.

Memberi berterusan untuk mengharapkan menjadi ikhlas kerana Allah.

Memberi dengan ikhlas itulah setinggi-tinggi darjat di sisi Allah

Memberilah demi meraih cinta Allah.

Tak tahulah apa yang sepatut saya ucapkan, Subhanallah atau Alhamdulillah atau Allahhuakhbar?

Sejak saya menjadi ibu tunggal ni, ada beberapa orang yang meluahkan perasaannya dalam kotak masej di facebook.  Ada yang menyatakan ingin berniqap seperti saya, ada yang baru menjadi ibu tunggal seperti saya juga, ada juga yang  berceritakan masalah hidup bermadu.  Mohon maaf,  mungkin ada yang ingin menyambung luahannya tapi facebook saya ditutup seketika.  Demi menjaga hati sendiri supaya tidak bertambah perkara-perkara mazmumah yang dah sedia ada, juga untuk mengawal diri sendiri supaya tidak terlalu ‘kemaruk’ dengan fb ni.  Banyak perkara tertangguh di sebabkan berfb.

Bagi anda yang meluahkan perasaan dan masih lagi belum habis nak menyatakan apa yang patut pada saya, boleh juga hubungi saya melalui blog ini di bahagian hubungi.  Saya percaya anda semua membaca blog saya walaupun tidak meninggalkan sebarang komen.  Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya, walaupun kita tak pernah bersua dan anda tidak tahupun bagaiamana saya lebih-lebih lagi hati saya yang tidak dapat dibaca dan dirasa.

Oleh kerana perkara ini lebih dari seorang meluahkan kepada saya, kali ini saya nak menyentuh sedikit tentang luahan mereka yang hidup bermadu/dimadukan.

Allahhu Akhbar!  Takut saya membacanya, terasa-rasa saya pula bakal menghadapinya.  Kerana cerita yang mereka paparkan semuanya menandakan mereka menghadapi masalah yang besar.  Tetapi jangan anggap ia satu masalah anggaplah ia satu cabaran untuk kita menjadi terbaik di sisi Tuhan.  Anggaplah segala ujian dan cabaran maupun yang dikatakan ‘balasan diatas perbuatan yang buruk di masa lalu’  itu sebagai penentu samada kita layak mendapat rahmat serta redha Allah dan akhirnya boleh di hantar ke Syurga Allah atau tidak.  Bukankah kita mengimpikan menjadi “Bidadari di Syurga Allah”?  Jika kita mampu dan sanggup menghadapinya bermakna peluang kita untuk menjadi bidadari di Syurga Allah amat-amat cerah.

“Allah melihat kesanggupan kita menghadapi apa yang diberikan-NYA kepada kita.  Allah melihat bagaimana kita menghadapinya bukan apa yang kita perolehi.”

Apa-apa pun, itulah pilihan yang telah dibuat, jadi suka tak suka kena hadapi juga cuma caranya perlulah diperbetulkan dari semasa ke semasa.  Memanglah kita ini manusia biasa/hamba Allah, jadi kesilapan itu tetap ada dan cubalah memperbaiki sedikit demi sedikit.  Kadang-kadang kita rasa dah betul dah cara kita tetapi ada juga silapnya di mana-mana yang mungkin kita tidak nampak dan perasan.  Kadang-kadang Allah ingin kita mendekatkan diri kita kepadaNYA atau ingin kita jadi baik, jadi diberikan ujian, kadang-kadang ada lagi hak Allah yang kita masih menangguhkan untuk dilaksanakan jadi Allah tidak mempermudahkan untuk kita menyelesaikan.  Jadi sentiasalah bermuhasabah….

Walaupun saya sendiri tidak mengalaminya apa yang anda alami tetapi peluang untuk saya menghadapinya memang ada, maklumlah dah tak de suami.  Segala kemungkinan mungkin akan terjadi pada saya walaupun saya sudah cuba mengelakkannya.  Cabaran, ujian atau apa-apa sahaja istilah yang di gunakan, penanda aras kejayaan kita di Akhirat nanti.  Oleh kerana hati kita milik Allah jua, walaupun kita sudah mentadbir diri kita sebaik mungkin tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya, jadi hati kita boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Tahniah kepada anda yang sanggup hidup bermadu dan dimadukan.  Satu kejayaan yang besar bagi anda yang berbuat demikian kerana itu menandakan anda tidak melawan/menentang hukum Allah.  Anda telah selamat dalam satu sudut.  Untuk bahagian lain pula mungkin perlu banyak belajar dari pengalaman atau dari orang lain yang menghadapi perkara yang sama.  Banyakkan bertanya dan banyak menimba ilmu agama, insyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita.  Kebiasaannya jika sudah sanggup menjadi isteri kedua atau seterusnya tiada masalah untuk menerima isteri pertama atau yang lainnya.  Selalunya isteri pertama yang susah untuk  menerima kehadiran orang lain dalam hidup suaminya.  Itulah tugas sang suami untuk mendidik isterinya.  Suami yang bijaksana dan berilmu agama pasti boleh menguruskan hal-hal yang demikian.

Jangan sampai ada di antara kita sanggup meruntuhkan kebahagiaan orang lain untuk mendapat kebahagiaan diri sendiri.  Berkongsi kebahagiaan itulah yang terbaik.  Makna kebahagiaan adalah bila kita sanggup melakukan pengorbanan sehingga berjaya meraih keredhaan dan rahmat Allah.     Kebahagiaan kita adalah bila Allah mencintai kita bukan bila kita dicintai dan mencintai manusia.

Manakala makna ketenangan ialah apabila melihat orang lain senang serta berjaya atas apa yang kita usahakan/lakukan tanpa mahu meminta serta berharap kita akan dihargai atau disayangi.  Lakukannya semata-mata kerana Allah.  Jika mengharapkan kita akan dapat pulangan dari apa yang kita beri, hati kita takkan tenang kerana sentiasa teringat bilakah kita akan mendapat apa yang sepatutnya kita dapat. Panjatlah setapak lagi tangga kebaikkan untuk diri kita, dengan mengatakan,

“memberi bukan untuk menerima tetapi untuk redha Maha Esa” atau

“memberi bukan untuk menerima sesuatu tetapi untuk ke Syurga”.

“memberi tanpa mengharapkan apa-apa dari manusia tetapi mengharapkan sesuatu dari yang Maha Esa.”

“memberi dengan melupakan pemberian yang kita berikan tetapi berilah apa sahaja yang mereka perlukan.”

“memberi dengan melupakan pemberian yang kita berikan tetapi ingatlah dosa yang pernah kita lakukan.”

Dengan itu kita sanggup terus memberi kerana mengharapkan rahmat dan redha yang Maha Esa kerana dialah penentu apa yang kita dapat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat nanti.

Oleh itu wahai para-para isteri, kerna Allah telah mengatakan Syurgamu bergantung pada redha sang Suami.  Lakukanlah yang terbaik untuk suamimu dan lakukanlah mengikut apa yang telah di gariskan dalam Islam.  Lakukan kerana mencari redha Tuhan bukan untuk mendapat habuan dari Sang suami.  Jangan terlalu banyak meminta tetapi banyakkanlah memberi tanpa perlu menagih simpati dan menagih untuk dihargai, apatah lagi untuk disayangi.  Ya, memang benar kita berhak untuk semua itu tetapi Allah lebih tahu hak kita.  Berilah hak Allah terlebih dahulu, insyaAllah kita akan mendapat hak kita tanpa perlu kita meminta. Memintalah sekadarnya, mengikut keperluan bukan meminta mengikut kemampuan serta kemahuan kita.

Saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya juga pernah melalui apa yang pernah anda lalui tetapi mungkin sedikit berbeza.  Kalau kebanyakkan sang isteri pertama tidak rela dimadukan tetapi saya lain, rela dan sanggup meminangkan isteri lain untuk suami.  Cumanya suami yang tidak mahu.  Begitulah kata ustazah,  jika kita sanggup lakukan sesuatu yang berbeza atau yang lebih dari sepatutnya, perkara tersebut selalunya tidak terjadi pada kita tetapi bila kita tidak sanggup melakukannya,  Allah akan uji kita supaya melakukannya.  Perkara yang kita hendak selalunya tidak dapat tapi yang kita tidak hendaklah selalu kita terpaksa ambil.  Itulah ketentuan/takdir Allah.  Mampukah kita melawannya?

Kesuka-relaan isteri pertama untuk di madukan mungkin kerana ingin mencari redha Allah(pencapai tertinggi para wanita di sisi Allah), mungkin juga kerana tidak mampu membahagiakan suaminya atau mungkin juga kerana tidak bahagia dengan suaminya.  Tetapi kebanyakkan para isteri walaupun tidak mampu membahagiakan suaminya dia tidak rela dimadukan atau bermadu, tetapi bila dia rasa tidak bahagia dia akan sanggup mencari yang lain dan sebagainya.  Itulah namanya mementingkan diri sendiri.

Di manakah pencapaian kita?  Apakah matlamat kita?  Ingin terus mementingkan diri sendiri tanpa mahu mencari redha Ilahi?  Tepuk dada tanyalah iman dan takwa kita.  Kesanggupan kita bergantung kepada keimanan dan ketakwaan kita.  Allah menilai kesanggupan kita menghadapi halangan bukan kemampuan kita memperolehi kejayaan di sisi insan yang bertaraf  hamba Tuhan.

Apa-apa pun dan siapa pun kita, fikirkan matlamat akhir kita, ingin mencari redha Allah atau redha manusia?  Ingin ke Syurga Allah atau ke Neraka Allah.  Ingin mendapat cinta Allah atau cinta manusia.  Mana yang lebih utama dan pertama?

Fikir-fikirkan… :) .

 

*************************

Sesiapa yang meluahkan hasrat untuk pakai niqab/purdah kat saya tu, kalau dah bulat kata dan kuat semangat, jangan lupa beritahu saya kat sini ya… :) . Hantarkan emel kat akak.  Akak akan berikan apa yang dijanjikan….

Selamat mencari Redha Tuhan.

 

Wallahhua’lam.

 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Labbaikallah….

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

 

Labbaikallahhummalabbaik…..

Kami sahut panggilan-Mu ya Allah, Kami Sahut tiada sekutu-MU, Ya Allah!

Kami sahut segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, ya Allah!

Tidak ada sekutu dengan-MU.

 

Allahhu Akhbar.   Inilah satu-satunya keinginan saya yang masih belum tercapai.  Semoga saya mampu mengumpulkan duit untuk ke sana secepat mungkin. Orang macam saya ni kena ada mahram jadi kena kumpul lebih sikit duit bolehlah bawa anak lelaki.

Teringat pesanan ustazah Ruzimah, kalau rukun Islam yang lima belum sempat dilaksanakan sebelum kita menghembuskan nafas terakhir, kita akan berada di mana?  Padahal kita mampu sebenarnya untuk ke sana tetapi kita lebihkan hal-hal dunia.  Baju dah tiga almari tapi masih nak lagi beli baju baru.  Kereta dah ada tapi masih nak tukar kereta yang lebih cangih atau nak tambah lagi satu.  Rumah dah ada tapi masih nak besarkan dan banyak lagi, padahal duit-duit tu dah boleh di simpan untuk pergi haji.

Kalau ada duit, masa pula yang tak ada.  Katanya, terlalu takut meninggalkan perniagaan, pekerjaan atau anak-anak.  Mana yang lebih penting cinta Allahkah atau cintakan perniagaan yang takut kerugian, atau perkerjaan yang mungkin bertimbun/hilang atau anak-anak yang masih kecil?  Semuanya itu alasan menandakan kita belum benar-benar menyintai Allah lebih dari segala-gala.  Katanya kalau kita benar-benar utamakan dan cintakan  Allah kita sanggup kehilangan anak daripada kehilangan Allah, kita sanggup kehilangan segala-galanya kerana DIA.  AllahhuAkhbar cintaku tak seutuh Rabbiatul Adawiyah terhadap MU ya Allah.  Ampunkan Aku.

Tersentak saya mendengar kata-kata itu beberapa tahun dulu.  Tapi apakan daya, kita sudah terlanjur melakukannya, hutang telah sedia ada di keliling pinggang, cumanya janganlah cuba menambah lagi apa yang dah ada, simpanlah duit untuk kita membuktikan bahawa kita ini hambaNya, sanggup susah keranaNya.  Sekarang ini hutang dah tak banyak tapi duit yang ada setakat cukup makan aje.  Tak apalah yang lain tak ada, asalkan kita mampu menuju kepada Allah yang satu yang kita sentiasa lafaz setiap hari.  Inna solati……

Sebenarnya lafaz di atas ialah untuk mereka yang ingin menunaikan haji tapi untuk kita yang tak pergi ni pun sesuai juga.  Kita sahutlah panggilan Allah dengan membuat apa yang di suruhNya dan menjauhi apa yang di larangNya sebaik mungkin.

Terkenang masa program Dhuha dengan ustazah Salbiah lebih sepuluh tahun dulu.

Satu pagi di program Dhuha di Taman Exora.  Kami biasanya bertukar-tukar tempat program bergantung pada permintaan.  Kadang-kadang di surau, kadang-kadang di Masjid dan kadang-kadang di rumah ahli Dhuha.  Selepas solat Dhuha, solat hajat dan sesekali solat sunat Tasbih yang di pimpin oleh ustazah Salbiah, kami membaca kitab-kitab yang telah di bukukan semula ke bahasa Melayu.  Maklumlah kami ni ramai yang tak pandai jawi termasuk saya.

Ustazah punya stail, biasalah kadang-kadang dia bacakan, kadang-kadang dia suruh anak muridnya bergilir-gilir membacanya.  Satu ketika dia menyuruh saya membaca satu kitab, tak ingat kitab apa dan terselit sikit tentang haji.  Saya pun bacalah dengan kuatnya supaya semua orang dengar.  Lafaz di atas di baca beberapa kali, entah kenapa hati terasa hiba hingga menitiskan air mata, tiba-tiba sahaja, tidak mampu saya menahan, tersedu-sedu saya membacanya.  Tak tahulah dari mana datang perasaan sedih itu padahal sebelumnya tiada apa-apa.  Seingat-ingat saya tiada masalah dari rumah yang saya bawa ke situ.  Tapi entahlah semuanya berlaku tanpa dirancang.

Walaupun ustazah tahu saya menanggis teresak-esak dan berjangkit kepada orang lain pula tetapi dia tidak menyuruh saya memberhentikan bacaan.  “Aduh! ustazah ni”, dalam hati saya berkata-kata.  Hingus sudah meleleh keluar, tiada sapu tangan untuk di sapu.  Akhirnya saya lapkan sahaja di tudung.  Saya membaca beberapa muka surat sehingga dia mengatakan cukuplah, sedangkan ketika itu mau sahaja saya melarikan diri tetapi tak berdaya rasanya untuk bangun.

Itulah, kadang-kadang saya tak ingin menanggis tetapi perasaan itu datang sendiri supaya menanggis serta mengalirkan air mata dan ada ketikanya saya ingin menanggis tetapi saya tidak boleh menanggis.  Sebelum, ketika dan saat suami saya menghembuskan nafas terakhirnya, saya tidak boleh menanggis sedangkan orang sekeliling telahpun menanggis.  Hinggakan semasa di dalam van jenazah semasa mengiringinya untuk di bawa ke taman tempat tinggal kami, saya bertanya pada diri di dalam hati, kenapa saya tidak menitiskan air mata.  Padahal ketika itu saya tidak boleh membacakan untuk dia ayat-ayat suci(biasalah orang perempuan tiap-tiap bulan ada waktu cutinya).  Biasanya dalam keadaan begini saya lebih sensitif.  Saya seorang yang sensitif, terlalu mudah mengeluarkan air mata.  Sehingga saya berdoa kepada Allah titiskanlah sedikit air mata saya untuknya ketika ini.

Akhirnya saya menitiskan sedikit air mata setelah saya sampai di Surau taman dan kawan-kawan datang memeluk saya.  Dan sekali lagi selepas solat Jenazah, ketika kawan-kawan dari Jemaah ustazah Salbiah memeluk saya untuk mereka beredar dari surau.

Tetapi sebenarnya di sebalik apa yang berlaku ini, ada baiknya yang ingin Allah tunjukkan, mungkin bukan untuk saya tetapi untuk orang lain.  Allah menutup keaiban diri saya daripada orang lain, dengan memandang baik pada saya, dengan pujian-pujian yang mengatakan saya seorang yang kuat, sabar, tabah dan cekal.  Entahlah, saya sendiri tak merasai kebenaran, apa yang mereka katakan kerana saya tahu di mana kekurangan saya.  Kadang-kadang apa yang saya paparkan kepada orang, menyebabkan orang tertipu sedangkan saya tiada niat untuk menipu.  Padahal saya tak rasa pun seperti apa yang mereka cakapkan.

Yang ingin saya katakan disini,  kadang-kadang kita tidak menduga sesuatu akan terjadi kepada kita, kadang-kadang apa yang kita rancang dan harapkan pada diri kita tidak terjadi walaupun telah puas kita berusaha tetapi perkara yang lain yang tak dijangka yang tidak ingin terjadi ia terjadi pula dan cuba kita melawannya tak terdaya rasanya untuk melawannya.  Sakit jiwa ini rasanya.

Oleh kerana saya sudah ada pengalaman melawan kehendak hati, jadi saya tidak mahu tersiksa seperti sebelum ini. Iaitu melawan untuk tidak memakai niqab/purdah yang sejak zaman remaja lagi.  Gerakkan hati itu sejak dari sekolah lagi, tetapi banyak perkara yang saya fikirkan menyebab saya tidak melakukannya.  Apabila saya ingin mendirikan rumah tangga perasaan itu hilang.  Akhir sekali dalam setahun sebelum suami pergi perasaan itu datang semula.  Keinginan saya begitu kuat untuk berbuat demikian sehingga saya meminta izin pada suami,  cumanya ketika itu dia tidak mengatakan ia atau tidak.  Dia hanya diam.  Selepas suami pergi perasaan itu begitu kuat menganggu sehingga menanggis saya melawannya, maklumlah saya seorang, banyak perkara yang perlu saya fikirkan, saya takut saya tidak kuat dengan kata-kata orang tetapi dalam pada itu saya juga tidak suka diganggu dengan pandangan yang saya sendiri tidak faham apa maksudnya.  Samada yang memandang itu lelaki atau pun perempuan.

Selepas saya berjaya mengikut kata hati, saya rasa lebih tenang dan tidak peduli lagi samada orang pandang atau tidak.  Tambahan sekarang ni saya banyak keluar rumah.  Jadi saya rasa lebih selesa begini.  Walaupun apa pandangan orang, saya sudah tidak peduli.  Banyak cerita-cerita yang saya dengar sebelum ini menyebabkan saya tidak mahu menjadi seperti apa dan siapa yang mereka ceritakan.  Antaranya, “Dia tu lepas jadi Janda, dari tudung labuh dah jadi singkat, dah pandai mekap-mekap dan banyak lagi, bila bercakap tergedik-gedik dan banyak lagi,”.  Ah, saya tidak mahu seperti apa yang mereka gambarkan.  Sebelum mereka mula mengata lebih baik saya tutup mulut mereka dengan cara saya.  InsyAllah, saya mampu melakukannya.  Setakat ini, insyaAllah nampak baik-baik belaka, tiada pandangan serong dari jiran tetangga.  Saya senang dan tenang begini.  Alhamdulillah.

Kebelakangan ini saya suka berfikir dan cuba mengaitkan sesuatu peristiwa yang berlaku sebelum ini dengan diri saya sekarang ini.  Saya cuba mencari jawapannya.  Mungkin sudah ada jawapannya sekarang ini, walaupun dulu saya tak tahu kenapa.

Memang benarlah, hati kita milik Allah jua.  Takkan boleh kita melawan kehendak Allah cuma hanya mampu berdoa semoga tiada rasa-rasa yang boleh mengganggu perjalanan hidup kita.  Ya, sememangnya saya berdoa dari dahulu lagi, ingin memiliki hati yang tenang dan bahagia.  Tenang bila berhadapan dengan masalah, tidak cepat marah, melenting dan berkeluh kesah walaupun sebanyak mana sekalipun yang datang.  Bahagia dengan kehidupan yang di lalui tanpa ada rasa-rasa yang tidak puas hati, tanpa rasa susah hati, tanpa rasa ingin mencari-cari dan menerima sahaja kententuan Ilahi.  Mungkin itulah yang ingin Allah beri tetapi jalannya tidak sama seperti yang saya ingini.  Entahlah, saya pun tak pasti.  Sekarang saya hanya berserah pada Pencipta saya.  Tak mahu dan tak mampu saya melawanNYA.

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN YANG TAK PERGI SELAMAT MEYAMBUT SERUAN ILAHI.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

 

Jadilah Bidadari.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Bidadari!  Semua orang mengaguminya.  Baik lelaki maupun wanita, baik yang muda maupun yang tua, baik yang kecil maupun yang besar.  Semua orang terpesona melihatnya dan semua yang bergelar wanita inginkannya serta mampu memilikinya. Di Syurga maupun di dunia.

Tetapi apakah tafsiran bidadari itu?  Mengikut tafsiran siapa?  Tafsiran kita atau Allah?

Ramai di kalangan kita terutamanya wanita mengangan-angankan bidadari yang di gambarkan di dalam cerita-cerita lama maupun cerita-cerita terkini.  Cantik, jelita, rupawan, menawan, mengoda, seksi dan berbagai lagi.

Ya Allah! Aku tidak memiliki semua itu.

Tetapi ingatlah dan sedarlah bukan itu yang Allah mahukan, syukurlah dengan apa yang ada pada kita.  Sesungguhnya Allah telah memberi yang terbaik untuk kita.  Mungkin jika kita memiliki semua itu kita akan menjauh dari Allah.  Sedangkan kita selalu berharap dan berdoa ingin dekat dengan Nya.  Jadi,  Allah telapun memberikan yang terbaik untuk kita, supaya selalu dekat denganNYA.  BerSyukurlah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat yang kau beri, tak mampu untuk ku menghitungkan.  Rasanya, cukuplah apa yang ada ini.  Jika KAU terus memberi, takut-takut nanti aku tak mampu menghargai.  Aku tak mahu di katakan lupa diri.  Bukan manusia yang mengata tetapi takut ENGKAU dah tak suka. Nauzubillah…

Tetapi jika mengikut tafsiran Allah semua orang yang bergelar wanita, perempuan, anak gadis, remaja, kakak, ibu, nenek, moyang, tok wan dan pelbagai gelaran lagi mampu memilikinya samada kita bergelar jelitawan, rupawan atau hodoh, buruk, cacat dan sebagainya, asal saja kita mampu mengikut kehendak dan tafsiran yang telah Allah tentukan.

Bidadari! Badadari duniakah atau syurgakah?  Kedua-duanya mampu kita lakukan, insyaAllah, walaupun siapa kita tetapi sebelum mampu menjadi bidadari Syurga kita kena berusaha dan mampu menjadi bidadari dunia terlebih dahulu.

Siapa pun kita, jadilah bidadari kepada orang sekeliling kita dengan menunjukkan budi pekerti, akhlak yang mulia dan apa sahaja yang baik pada pandangan Pencipta kita yang utama dan pertama kita cintai.  Untuk huraian yang lebih lanjut, tanyalah orang yang arif tentangnya.  Saya masih tak mampu menulis panjang-panjang, sekadar memberikan idea pada orang lain yang mungkin ingin menghuraikan lebih lanjut lagi, cuma saya ingin berpuisi sahaja.  Terimalah….,

Jadilah Bidadari.

Bidadari,
Ah, indahnya jika mampuku miliki,
mempersona setiap mata memerhati,
mengoda setiap kata yang didengari,
menjadi tontonan manusiawi,
Namun itukah yang kita cari?

Bidadari!
Setiap wanita mengingininya,
terus berusaha untuk memperolehinya.

berfesyen untuk kelihatan menarik,
berhias untuk kelihatan cantik.

menjaga makan untuk menjaga badan,
menjaga luaran untuk mendapat perhatian.

Salahkah?
Tidak mengapa asalkan bukan untuk tontonan
Asalkan untuk orang yang dibolehkan.

Terbaiknya,
Cantik dengan pakaian Islam yang sopan,
Menjaga makan kerana inginkan keberkatan,
Menjaga kesihatan untuk peribadatan,
Menjaga akhlak untuk mencari redha Tuhan.
Juga sanggup berkorban,
Sanggup susah untuk Tuhan,
Memberi tanpa minta balasan.

Bidadari!
Mempersona dengan akhlak yang mulia,
Mengoda dengan tuturkata yang berguna.

Bidadari!
Dihiasi dengan keimanan,
Dijaga oleh ketakwaan,
Diredhai oleh Tuhan.

Bidadari!
Idaman wanita solehah
Matlamatnya, Bidadari di Syurga Allah
Sungguh mempersona, sungguh indah
Mata yang memandangnya, pasti goyah.

Oh! alangkah bertuah.

Ya Rahman, Ya Rahim
Anugerahkan aku gelaran itu,
Menjadi bidadari dunia,
agarku mampu menjadi bidadari di Syurga.

 

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

 

Hampir sama tetapi berbeza rupa dan rasa(2).

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

bersambung….

Terlalu sukar untuk menjadi sempurna tetapi  usahakanlah menyempurnakan diri kita sendiri.  Terlalu sukar untuk menjadi terbaik tetapi sentiasalah memperbaikki diri mengikut laluan yang telah ditunjukki Ilahi.  Tunjukkan kesungguhan usaha kita kepada Allah.  InsyaAllah Dia memberi yang terbaik daripada apa yang telah kita usahakan dalam memperbaikki diri kita.

Kita adalah apa yang kita usahakan.

Kalau kita perhatikan gambar kuih di atas sukar untuk kita mengungkapkan sesuatu tentangnya.  Hanya mampu diungkap mengikut pandangan mata kita sahaja, kalau lebih-lebih nanti termasuk pula dalam  perkara ‘pujian yang melampau’ dan mungkin juga masuk kepada perkara ‘Buruk sangka’.

Ya… daripada pandangan mata nampak cantik.  Kata orang kita hanya mampu menilainya sekadar kemampuan mata memandang.  Tambah-tambah lagi kalau kita menilainya dari jauh.

Tentang diri saya, sukar sebenarnya untuk saya menyatakan kebenarannya.  Kadang-kadang jika di tulis yang baik-baik takut juga orang mengatakan saya ni baik sangat ataupun orang mengatakan, “macamlah dia je yang bagus/baik”.  Tetapi jika di ceritakan yang tak elok, takut pula dikatakan menjaja keaiban diri sendiri atau tidak pandai menjaga maruah diri.

Ah…, ketepikan kata-kata manusia yang pentingnya Allah suka.

Sukar juga untuk kita menjadi orang yang berada di tengah-tengah atau dalam kesederhanaan.  Buruk sangka pun tidak, memuji berlebihan pun tidak.  Manakala yang empunya badan(yang kena puji) pula tidak terasa apa-apa, membanggakan diri tidak, sombong dan takabbur/riak pun tidak, ujub/perasan(yang orang lain tak tahu) pun tidak.

“Tuhanku, tolonglah aku, jadikanlah aku hambaMu yang sebenar-benarnya sebagai seorang hamba.  Ya Allah, berilah yang terbaik untuk duniaku dan akhiratku”.

Percayalah, kita akan berjaya akhirnya dengan usaha dan doa yang baik yang di sukai oleh Allah.

Ingin saya kongsikan beberapa perkara yang biasa saya dengar dari mulut manusia untuk anda menilainya samada “sama tetapi berbeza rupa dan rasa” dengan saya.

1.  “Di dahinya ada tanda hitam menandakan dia orang yang sentiasa sujud kepada Khalidnya tetapi kenapa perangainya macam ni…..”  panjanglah lagi apa yang diceritakan cukuplah setakat ini saya nyatakan.

Kenapa terlalu cepat kita berburuk sangka, kan jalan mujahadah itu panjang?  Mungkin dia masih lagi dalam memperbaikki dirinya sendiri tapi masih belum boleh melakukan yang sepatutnya.  Sepatutnya kita katakan pada diri sendiri, “Hebatnya orang ini, sentiasa sujud pada Ilahi, tentunya dia dalam bermujahadah untuk memperbaikki dirinya sendiri”.

Kenapa harus kita mencari silapnya?   Sepatutnya kita tanyakan pada diri sendiri, “Bolehkah aku melakukan sepertinya?”

Kenapa saya katakan begitu?  Kerana suatu ketika dulu dan mungkin sekarang juga saya berburuk sangka dengan orang lain juga terutamanya kepada Allah pencipta saya.  Dan juga kerana saya sendiri sebenarnya cuba memperbaikki salah satu perangai mazmumah saya sejak dari saya masih remaja lagi tetapi baru sekarang saya mampu mengubahnya.  Lihatlah, lamanya saya cuba mengubahnya, lebih 20 tahun.  Saya sendiri pernah bertanya pada diri sendiri dan kepada Allah kenapa saya tak boleh ubah peranggai yang satu ni?  Apa lagi yang perlu saya lakukan ya  Allah?  Telah pelbagai cara saya lakukan, semuanya tidak menjadi.

Tetapi sekarang saya sudah tahu apa jawapannya/sebabnya.  Dengan mengubah satu perkara baik yang mengikut kata hati saya, saya mampu mengubah banyak perkara bukannya satu perkara sahaja.  Saya menafikannya selama ini apa yang patut saya lakukan(buruk sangka dengan Allah), kerana saya ingin mengikut jalan yang saya rasakan betul dan sesuai dengan keadaan semasa tetapi Allah lebih tahu apa yang betul/baik untuk saya.  Tidak dinafikan juga usaha yang berterusan akhirnya saya berjaya juga mengubahnya… Terima kasih Allah kerana terus memberi peluang padaku dan tidak menarik semula hidayahmu sehingga ke hari ini, sehingga kutahu menghargai hidayahmu. Syukur Alhamdulillah.

Alangkah bagusnya kalau saya menurut kata hati sejak dulu lagi pasti semuanya baik dan tidak banyak perkara yang perlu saya lalui.  Itulah firasat saya bila sesekali ia menerjah fikiran saya, tetapi semuanya yang terjadi telah pun ada di dalam takdir Allah untuk saya.

Tidak saya kesali apa yang terjadi.  Sekarang baru saya nampak hikmah di atas apa yang terjadi kepada saya selama ini.  Sekarang baru benar-benar saya mensyukuri apa yang terjadi walaupun suatu ketika dulu, saya selalu bertanya pada Ilahi, mengapa banyak perkara terpaksa saya lalui? kenapa saya yang mesti menghadapi semua ini dari dulu lagi, kenapa saya tak seperti mereka?  Kenapa aku tak pernah puas/bahagia dengan apa yang ada?  Dan banyak lagi pertanyaan tak terjawab ketika itu.  Sekarang baru saya tahu jawapannya.

Sungguh!  nikmat Allah yang mana lagikah ingin saya dustai?  Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang lalu.

Terima kasih Allah, atas nikmat ini, nikmat yang tiada tandingannya di dunia ini.  Nikmat rasa tenang dan bahagia. Kerana itulah yang saya inginkan selama ini tetapi jalannya tidak sama seperti yang saya gambarkan.  Walaupun dugaan terus datang sekarang ini tetapi saya lebih tenang/tabah menghadapinya.  Syukur ya Allah, ku redha dengan dugaan yang datang.  Mudah-mudahan…

2.  Kawan saya pernah berkata kepada saya, “Apalah ustazah tu, kalau dah pakai tudung labuh, pakai jelah walaupun kat mana.  Ni sekejap labuh, sekejap tarik sana, tarik sini, sekejap pin sana pin sini.”

Saya hanya senyum tak tau nak cakap apa, walaupun saya tak berapa setuju dengan kata-kata kawan saya.  Kerana saya pernah terdengar ustazah Zuraini kata “orang yang ingin berdakwah kena ada strategi juga untuk menarik orang lain ke arah kebaikkan, ada buku khas untuk strategi berdakwah.  Asalkan dia tidak melebihi hadnya tak mengapa, contohnya kalau tudungnya masih lagi mengikut piawaian al-Quran, apa salahnya mungkin itu cara dia yang patut dia lakukannya mengikut niatnya.  Kenapa terlalu cepat menilai/buruk sangka?

Jadi…, tanyalah diri sendiri, siapalah kita(jika kita orang yang kurang berilmu) ini untuk mempertikaikan mereka yang hebat di dalam bidangnya?

Tentang perasaan ujub/perasan dengan diri sendiri ni,  sukar untuk dinyatakan, kerana diri kita sahaja yang tahu, itu pun setelah kita tahu apa itu ujub/perasan pada pandangan Islam.  Pada mulanya ingin saya ulas lebih panjang tetapi bila difikirkan tak perlulah.  Banyak buruk dari baiknya.  Tetapi setelah berfikir, saya berani bercerita sedikit disini setelah membaca ungkapan yang ustaz Pahrol tulis di fbnya.  Sekurang-kurangnya menyokong sedikit apa yang selalu saya katakan.  Saya lebih suka mencari kesalahan/keburukkan diri sendiri daripada mencari kesalahan orang lain.  Kata ustaz Pahrol,

“Mengaku akan kesalahan diri itulah yang paling sukar. Sedangkan itulah syarat utama dan pertama untuk melakukan perubahan. Ego, itulah musuh kita. Musuh kita ialah ‘keakuan’ kita.”

3.  Cuma satu cerita sahaja yang ingin saya luahkan di sini.  Suatu ketika dulu saya pernah/selalu di puji di khalayak ramai oleh seorang ustazah.  Ustazah itu mungkin Ikhlas memuji saya tetapi bagaimana kawan-kawan saya yang lain yang mendengarnya.  Kalau dah terlalu galak tu, mungkin ada yang kurang senang mendengarnya.  Akhirnya saya katakan padanya, “Jom duduk rumah saya dua atau tiga hari, lepas tu baru tahu siapa saya sebenarnya.”   Walaupun sebenarnya saya gembira dengan baik sangka yang ditunjukkan cumanya untuk menjaga hati saya sendiri supaya tidak terlalu perasan dan juga menjaga hati orang lain yang mendengarnya supaya tidak menyampah  serta untuk mengelakkan sifat dengki dan tak suka dengan saya pula nanti….. :) .

Sebenarnya saya amat jauh sekali dari apa yang digambarkan.  Perwatakan kita di khalayak ramai masih lagi boleh di kawal tetapi bila bersama suami dan anak-anak, itulah wajah kita sebenarnya.  Saya sedar siapa saya, saya tidak seperti apa yang anda sangkakan.  Terlalu banyak yang buruk dari yang baiknya.   Saya masih belum ikhlas dalam memperlihatkan keperibadian saya.

Saya tahu mereka yang menghargai saya itu(di alam maya), ikhlas orangnya.  Kalau tidak pastilah mereka menguarkan-uarkan dikhalayak ramai.  Pun begitu di dalam blog ini saya juga ada menceritakan sikit-sikit perangai saya yang kurang baik, itupun saya beritahu mana yang dirasakan boleh saya beritahu.  Banyak lagi perkara yang saya sembunyikan.    Cuma ingin saya nyatakan disini, saya tidak seperti apa yang anda gambarkan.

Semoga anda semua faham apa yang ingin saya sampaikan, walaupun sekadar membuat perbandingan sifat buruk sangka dan baik sangka.

*************************

Yang pastinya saya telahpun menghadam buku yang amat menarik perhatian saya. Apa yang saya rasai sekarang ini terjelma di dalam buku ini.  Tentu penulisnya telah lama merasai apa yang sedang saya rasai.  Tulisannya seakan mengambarkan “sama rasa tetapi berbeza rupa dan keadaannya”.  Semoga saya tidak salah untuk merasai nikmat yang sama…. :) .

Semoga ada manfaatnya.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Hampir sama tetapi berbeza rupa dan rasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Buah tangan dari saya... :)

Cuba anda perhatikan kuih lapis di atas.  Mana satukah pilihan anda? Manakah yang lebih sedap dan menarik?

Susahkan untuk membuat pilihan?    Kedua-duanya nampak cantik.  Tetapi cantik sahaja di pandangan mata tidak memadai jika rasanya tidak sesedap rupanya.

Itu belum lagi dapat menikmati rasanya.  Entah-entah tawar “hebe” kata orang Pahang, entah-entah rasanya masin, entah-entah keras, entah-entah liat dan pelbagai lagi.

Tetapi ramai diantara kita yang terpedaya dengan bentuk luarannya.  Begitu juga dengan manusia yang mungkin nampak cantik luarannya ataupun jika di alam maya ini,  nampak baik-baik dan elok-elok sahaja pada tulisannya dan keperibadiannya.

Artikel kali ini, khas untuk anda yang memuji saya walaupun tidak secara terbuka sekadar melalui emel atau mesej di fb, walaupun tak ramai tetapi ia cukup membuatkan saya perasan dengan diri sendiri…. :) .

Walaubagaimana terima kasih saya ucapkan, dan segalanya saya kembalikan kepada Allah.  Dengan ini juga menjadikan saya lebih berhati-hati dalam menjaga hati.  Sebagai manusia biasa ini kita memang tidak mampu membuang segala sifat mazmumah itu tetapi sekurang-kurangnya cuba mengawalnya. Kalau pun terlepas juga sekurang-kurangnya kita cepat sedar dan bertaubat.  Jadi pahala taubat itu amat besar ganjarannya di sisi Allah dan itu yang paling di pandang Allah.

Akan bersambung kemudian, ideanya sudah ada…. :) .  Tak taulah bila. Hari ini sedikit sibuk. Besok dan hari Ahad pun sibuk mentarbiah anak-anak kalau tak ke mana-mana, di samping menghadiri majlis ilmu.  Mungkin sebelah malam saya cuba  peruntukkan masa untuk artikel ini.  Tunggu….  :) .

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Tadarus/Khatam Quran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga anda semua berada didalam rahmat dan redha Allah.

Selamat terus menjalani ibadah puasa yang menghampiri ke penghujungnya.  Semoga kita sentiasa mempergiatkan dan menambah lagi amalan di bulan yang mulia ini.  Terlalu cepat masa berlalu, rasa belum cukup dan puas untuk berada di bulan yang mulia serta penuh rahmat dan keberkatan ini.  Semoga kita boleh berjumpa lagi di ramadhan yang akan datang.

Tahun ini helwa taman kami sungguh merasa bahagia dan gembira kerana kemeriahan  bulan ramadhan kali ini bertambah berseri dengan tambahan ahli tadarus dan juga program bubur lambuk yang di adakan setiap hari sabtu bulan ramadhan ini.  Kami telahpun mengkhatam Al-quran pada Sabtu minggu lepas,  cumanya program mengkhatam tersebut di adakan pada Selasa(23.8.2011).

Kumpulan tadarus tahun ini di bahagikan kepada dua kumpulan.  Kalau sebelum ini kami membahagikan surah/juzuk tetapi kali ini tidak lagi.   Atas nasihat guru tajwid kami, Kak Siti, setiap kumpulan mesti habis semua juzuk/surah di dalam al-Quran.  Alhamdulillah semua dapat di habiskan dengan baiknya malah lebih cepat dari tahun-tahun sebelum ini.

Ingin saya kongsikan kepada anda gambar-gambar yang sempat saya rakamkan, semoga ada manfaatnya.

Kumpulan 1

Kumpulan 2(saya dalam kumpulan ini).

Di hari majlis tersebut kami bersatu menjadi 1 kumpulan. Ada beberapa orang yang tidak hadir kerana ada urusan lain.

Sedang berselawat sambil membahagikan hadiah/sumbangan dari helwa dan beberapa sumbangan persendirian.

Yang tinggi tulah guru Tajwid kami. Kak Siti(Pencen guru sains sekolah menengah) pandai dan berpengalaman dalam bidang bacaan al-Quran. Dialah antara yang mempercepatkan dan menolong kami yang merangkak-rangkak dan baca perlahan-perlahan. Sesiapa yang baca laju di beri lebih muka surat berbading yang lambat jadi bolehlah cover yang lain.

Inilah ahli-ahli Tadarus tahun ini. Semoga di tahun akan datang akan bertambah meriah lagi.

Alhamdulillah program tadarus telah selesai tetapi untuk di rumah masih belum selesai.  Ada 5 juzuk lagi yang perlu saya habiskan untuk tahun ini.  Anak kedua saya telah pun khatam di hari ke 15 ramadhan, alhamdulillah ada perubahan yang lebih baik sikit tahun ini.  Dia bersengkang mata untuk mengkhatamkan Quran sebelum bermulanya percubaan SPM pada esoknya(16.8.2011).  Orang lain bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran tetapi dia tidak.  Tapi tak apa,  saya pun sering mengatakan padanya, utamakan apa yang perlu di utamakan dan yakinkan diri sendiri dengan hadith dan ayat quran di bawah ini.

Daripada Aisyah bahawa Nabi bersabda:

“Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaannya oleh Allah untuknya dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia.”


Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”.

(Ath-Thalaq: 33).

****************************************

SALAM I’DULFITRI DARI SAYA UNTUK ANDA SEMUA.  AMPUN DAN MAAF SAYA HULURKAN DI ATAS APA SAHAJA YANG SAYA LAKUKAN DI ALAM MAYA INI MAHUPUN DI ALAM NYATA.

***************************

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Allah mencukupkan…

Assalamualaikum dan apa khabar…

Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”.

 

(Ath-Thalaq: 3).

Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Memberi segala nikmat.  Nikmat iman, nikmat kesihatan dan keselesaan dan pelbagai nikmat kehidupan yang tidak dapat dihitung dan dikira banyaknya.   Semoga kita semua sentiasa di dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur akan kurniaan ini.

Telah sebelas hari kita berada dibulan yang mulia dan penuh keberkathan ini.  Terlalu cepat masa berlalu tetapi masih ada peluang dan ruang lagi untuk kita meningkatkan amalan kita di bulan ini.  Semoga kita diantara orang yang sentiasa merebut peluang yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang di kasihi-Nya.

Walaupun pun tahun ini kami sekeluarga berpuasa, tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi saya tetap bersyukur atas kurniaan Ilahi.  Allah menarik satu nikmat dari saya tetapi Dia memberi nikmat lain yang lebih berharga yang tiada tolok bandingnya.  Sungguh….! tiada kata yang dapat saya lafazkan di sini.  Sungguh benarlah,  Allahlah cinta pertama saya.  Baru sekarang dapat saya rasainya walaupun telah lama perkataan itu tertampal di blog ini.

TERIMA KASIH ALLAH atas kurniaan ini, semoga ENGKAU terus memberikan rasa-rasa sebegini hingga akhir hayatku. ameen…

 

 

 

 

 

 

 


Menu berbuka puasa untuk minggu lepas. Alhamdulillah.


 

 

 

 

 

 

 

Masih lagi bercerita tentang diri saya dan keluarga.  Mohon banyak maaf saya tidak mampu mengelak dari bercerita tentang kami sekeluarga.  Semoga ada manfaatnya dan semoga tiada niat yang buruk/mazmumah tersemat di hati saya juga tiada buruk sangka dari pengunjung blog ini akan tulisan-tulisan saya kebelakangan ini.

Saya sendiri sebenarnya sedang berfikir, inikah yang di katakan “niscaya Allah mencukupkan keperluan (hamba)nya” seperti ayat al-Quran di atas.  Bayangkan sepanjang minggu lepas dari hari Isnin sampai jumaat, saya hanya memasak roti jala dan kuah kari, bubur jagung dan kurma untuk berbuka puasa atas permintaan anak-anak.  Roti jala saya bahagikan 7 ke 8 keping setiap seorang.  Cuma hari Rabu saya buat Mertabak yang tak berapa jadi. Hari berikutnya anak saya menyuruh saya masak roti jala semula. Saya cuba masak nasi dan lauk sekali dalam seminggu tu, tetapi tidak diusik oleh mereka, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak memasak lauk cuma nasi jika ada yang teringin makan untuk bersahur.  Itu pun tak di makan melainkan kalau saya buat nasi goreng semasa sahur, baru dia orang makan.  Wah! kalau macam ini jimat betullah puasa tahun ini.  Dalam RM5.00 sahaja modal untuk satu hari.

Hari Sabtu, berbuka dan tidur semalam di kampung.  Manakala hari Ahad baru saya memberi diaorang duit poket untuk mencari makanan kegemaran mereka di Bazaar Ramadhan.  Tak masak nasi/lauk  juga untuk hari Ahad tu … :) .

Kalau tahun sebelum ini arwah suami selalu juga(bukan setiap hari) melayan kerenah anak-anak dengan pergi ke Bazaar Ramadhan.  Mungkin juga beberapa tahun kebelakangan ini saya selalu mengingatkan arwah suami dan anak-anak tentang “berpuasa bukan bermakna bila berbuka kita makan semahu-mahunya”, seperti artikel saya pada tahun 2009 di  http://ibumithali.com/2009/09/jus-tok-guru-bermadu-kasturi/.

Memang anak-anak saya samada yang besar dan yang kecil, tidak banyak meminta kebelakangan ini. Di tambah pula tahun ini saya selalu mengingatkan mereka “kita dah tak ada abah jadi kita tak boleh buat macam ada abah, kena beringat.  Jangan terlalu ikutkan rasa dan hati masing-masing.  Ya… memang kita masih cukup segalanya sekarang, tapi masa akan datang tak tau lagi.  Takdir di tangan Allah.  Lihat sahaja macam mana abah pergi, sihat walafiat, paginya boleh bawa van balik kampung.  Sampai di kampung abah makan pulut kuning dan sambal tumis ikan bilis yang ibu buat dan bawa ke kampung.  Katanya ” Sedap betul sambal tumis yang ibu buat…..”, tetapi beberapa jam selepas itu dia pergi berjumpa Ilahi tanpa kita sedari, tanpa tanda-tanda yang nyata”.

Jadi…,  kita kena beringat,  kita tak tahu apa akan jadi selepas ini.  Itulah kata-kata yang selalu saya ungkapkan pada anak-anak saya.

Cukuplah setakat ini, saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir ini. Untuk pengunjung blog ini, doakan saya dan anak-anak semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah.  Itulah nikmat yang perlu saya bajai hingga akhir hayat saya. ameen…

SELAMAT BERPUASA UNTUK ANDA SEMUA.  MOHON BERBANYAK MAAF JIKA TULISAN-TULISAN SAYA YANG DULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG MEMBUATKAN ANDA TERSINGGUNG.

 

 

 

 

 

Aura Ramadhan. Penampilan terbaru saya, alhamdulillah...


Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Muhasabah Diri

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Telah sebulan suami pergi meninggalkan saya dan anak-anak.  Saya masih lagi di dalam zon bermuhasabah diri.  Berbagai buku saya rujuk antaranya Bimbingan Mukminin, La Tahzan(Jangan Bersedih), Roh dan banyak lagi untuk memujuk diri sendiri maupun untuk mencari kesilapan diri.

Muhasabah amat perlu untuk kita memperbaiki diri dan keluarga.  Muhasabah tidak sama dengan berkeluh kesah.   Mungkin hampir sama tapi tidak serupa.  Silap tafsiran mungkin orang menganggap kita berkeluh kesah(bergantung pada cara kita bercerita /menyampaikannya).  Tidak sama sekali.  Tidak saya kesali apa yang terjadi cuma saya sering memikirkan kesilapan diri sendiri untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Ilahi.

Sebagai hamba Allah atau manusia biasa ini, tiada rasa sedih maupun berkeluh kesah itu adalah mustahil bagi saya.  Cumanya saya cuba meminimakan sehabis mungkin.  Islam juga tidak menghalang untuk kita bersedih/berkeluh kesah asalkan tidak keterlaluan.  Bagi saya ia boleh menerbitkan rasa insaf dan taubat pada diri sendiri maupun orang lain, asalkan kita tidak menjaja cerita-cerita yang kurang baik.  Pun begitu saya sentiasa memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun.  Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya.

Mengakui kesilapan diri adalah satu sikap yang terpuji tetapi bukan bermakna menghina diri, tidak juga cuba untuk mengaibkan diri sendiri, tidak juga untuk bercerita seantero duniawi.  Cuma mencari masa bersunyi-sunyi dengan Ilahi untuk memohon keampunan dan juga taubat sejati.

Manakala menulis di sini adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan pada yang sudi.  Semoga saya dijauhkan dari niat untuk menagih simpati .

Saya juga tercari-cari bagaimana yang di katakan berkeluh kesah juga bagaimana yang dikatakan tentang sabar.  Maka saya menjumpainya di sini dan saya ambil sedikit apa yang di katakan tentang,

Read the rest of this entry »

Program cuti Sekolah – Gotong Royong

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Cuti sekolah telah menghampiri ke penghujungnya.  Tiada apa-apa program luar yang saya sediakan untuk anak-anak.  Sekadar program dalam rumah yang tidak mereka laksanakan dan tidak mendapat sambutan dari anak-anak.  Tambahan pula anak saya yang pertama masih lagi dalam mood peperiksaan walaupun hari ini merupakan hari terakhirnya.

Semasa menghampiri cuti sekolah dulu, saya telahpun menawarkan kepada anak ke tiga saya duit sebanyak RM50.00 sebulan jika dia boleh mengaji di rumah setiap hari semasa cuti ini.  Manakala untuk anak kedua, saya menyuruhnya mengajar adiknya Abdul Sadiq sembahyang sampai pandai dan memberi ganjaran yang sama seperti anak ke tiga saya.  Pun tidak mendapat sambutan, padahal anak saya Sadiq tu dah boleh solat cumanya nak betulkan bacaan dalam solat dan juga pergerakkan dia dalam solat.  Padahal dia juga telah menjadi fasilitator yang diamanahkan/ditugaskan oleh guru sekolahnya mengajar budak-budak sekolah rendah yang berhampiran sekolahnya.  Mengajar cara solat yang betul.  Tapi bila disuruh ajar adik-adiknya, dia bagi bermacam-macam alasan.  Agaknya nilai upahnya tidak cukup besar tu sebabnya tak “diapiknya”.  Dia lebih rela berSMS yang tiada apa ganjaran lagi “lagha”, serta menghabiskan duit yang sedia ada.  Astagfirullah halazim….anak den!

Entah di mana silapnya.  Mungkin juga ganjarannya tak cukup besar atau mungkin juga cara saya tidak kena menjadikan mereka buat “deeeek” sahaja dengan tawaran yang saya berikan.  Walaubagaimanapun saya juga ingin menjadi(baru belajar) seperti mereka, selamba je, walaupun sebenarnya geram juga dengan perangai diaorang.  Nak buat macam mana, buruk ke, baik ke anak saya juga.  Saya cuba untuk tidak mengambil hati dengan mereka, cuba juga menjadi seperti arwah emak mertua tak menunjukkan reaksi marah.  Semoga dosa  saya yang suka marah-marah yang bertimbun-timbun tu dapatlah dikurangkan sedikit dengan ‘dicover’ oleh mujahadah untuk menjadi seorang yang penyabar. Ameen.

“Mujahadah” , walaupun gagal mencapai targetnya tapi masih diberi ganjaran oleh Allah.  Alhamdulillah, dengan niat sahaja sudah mendapat pahala.  Lihatlah!  Betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap kita semua.

Walaubagaimanapun bab bergotong royong tu mereka semua seronok.  Mungkin juga beramai-ramai, dapat juga diselang selikan dengan gelak ketawa dan gurau senda, tulah mungkin daya penariknya.

Di masa cuti sekolah ni banyak pula aktiviti gotong royong.  Masa mak saya balik dar i Mekah, kami buat kenduri dan masak  bersama-sama, jadi sama-samalah bergotong royong di sebelah keluarga saya.  Tapi masa tu tak terfikirlah pula nak ambil gambar.  Gotong-royong di taman dan di kampung arwah mertua saya, sempatlah sikit ambil gambarnya.  Jadi di bawah ni saya sertakan sedikit gambarnya untuk tatapan semua.

Semoga anda boleh berfikir sejenak apakah kebaikkannya kita bergotong royong dengan jiran tetangga maupun dengan ahli keluarga dan adik-beradik sendiri.  Renung-renungkanlah…,

Gotong Royong di Taman Perumahan

Gotong royong kat taman saya. Tak jauh, berkumpul dipadang depan rumah je.

Read the rest of this entry »

Amalan-amalan untuk hari Asyura

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sudah dua minggu berturut-turut Ustazah Ruzimah menerangkan tentang kelebihan hari Asyura.  Namun hanya minggu lepas saya dapat mendengar darinya.  Minggu sebelumnya saya berada di kampung meraikan kepulangan emak dari menunaikan Haji dengan mengadakan doa selamat. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  Seronok betul  mendengar cerita orang balik haji.

Ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari ustazah saya.  Walaupun sebenarnya setiap tahun dia mengulangi cerita  yang sama, setiap kali hampir datangnya awal Muharam tetapi sebagai manusia biasa yang memang selalu kena diingatkan ini, rasanya banyak yang lupa semula.  Namun, alhamdulillah, benarlah kata ustazah, peringatan begini perlu untuk kita semua walaupun kita sudah tahu tapi kekadang kekuatan dan keinginan maupun semangat itu datang semula setelah diingatkan.  Kalau tak diberitahu, walaupun dah tahu tapi tak mau menghidupkan dan menambah bekalan demi mendapat keredhaan Ilahi.

Bak kata ustazah, insan itu memang sifatnya mudah lupa dan kena selalu diingatkan.  Selalunya kurang bersemangat lalu perlu diberikan suntikan motivasi dengan cerita-cerita ganjaran-ganjaran yang bakal disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba yang amat dikasihi-Nya.

Terima kasih ustazah, ilmu yang diberikan tidak mampu kubayar dengan wang ringgit.  Cuma Allah sahaja yang lebih tau nilainya mengikut ketulusan hatimu.

Ya.., marilah kita sama-sama menghidupkan malam dan hari yang penuh barokah ini.  Semoga kita mendapat sedikit tambahan kasih sayang dan belas kasihan(Rahmat) dari Allah.

Sesungguhnya amalan yang kita lakukan walaupun sehebat mana sekalipun jika mau dibandingkan dengan orang lain tidaklah mampu membawa kita ke Syurga Allah, melainkan mengharapkan rahmat-Nya sahaja yang membolehkan kita ke Sana.  Jadi, janganlah dibangga-banggakan dan janganlah digembar-gemburkan sangat, takut nanti mendatangkan riak, ujub dan pelbagai lagi yang menyebabkan datangnya dosa pula.  Kerana, kata ustazah saya, amalan kita bukanlah penyebab kita masuk ke Syurga Allah melainkan semuanya adalah atas belas kasihan(Rahmat) dari Allah jua.

Read the rest of this entry »

Ibu Mertuaku – Dalam Kenangan

Assalamu’alaikum dan apa khabar semua,

Takbir Eidul Adha bergema penuh syahdu dan mendayu.  Mengusik hati-hati insan yang dekat denganNya dan kadang-kadang menyentuh naluri manusia yang jauh terpesong dari-Nya untuk mengajak mereka kembali mengingati pada Penciptanya.

Ya…, pesona dunia kadang-kadang menenggelamkan pesona surga Allah yang tiada pada pandangan zahir.  Hanya sekadar cerita-cerita dari al-Quran dan dari  hamba-hamba-Nya yang mulia yang sentiasa mengasihi Pencipta dengan sentiasa memberi ingatan dan berdakwah tanpa rasa putus asa walaupun diasak dengan pelbagai mehnah.  Sebutan dan kasih yang tiada putus-putus di bibir mereka mampu menyedarkan mereka yang leka. Mereka terus memuja dan mempunyai keyakinan tiada belah bahaginya terhadap Khalidnya, walaupun ada juga yang mengatakan,

“ahh…!, itu semua tiada pastinya”. Nauzubillah…

Sudah tentu sungguh sukar untuk membawa hati mereka kepada Pencipta.  Namun segala penat lelah mereka yang berusaha  pasti dibayar dengan ganjaran yang tiada nilainya di dunia ini.

Takbir itu terus dialunkan penuh keinsafan dan kesayuan.  Mak yang terbaring kelemahan turut merasakan kesayuan dan kesedihannya.  Mungkin teringatkan insan-insan yang telah pergi.

Apa khabar agaknya mereka yang berada di alam barzakh? Bilakah giliran kita pula untuk singgah di sana? Dan bagaimanakah persediaan kita ya…?

Mak yang Mulia

Pandangan matanya redup dan layu.  Namun kegembiraan terpancar di wajahnya kerana dikelilinggi anak-anak yang sentiasa mengasihi mak. Masih sempat berjenaka dengan anak-anak dan cucunya, walaupun dia sudah tidak berdaya untuk bangun sendirian.

Di hari Sabtu sebelum raya, kami singgah untuk menziarahi mak di rumah kak ipar, tapi dia tiada di rumah.  Jadi kami tinggalkan nasi ayam goreng dan bingka labu di rumah kakak dan kami teruskan perjalanan menuju ke kampungku. Sengaja ku buat ayam goreng kerana ku tahu mak memang suka ayam goreng.  Selalunya bila dia datang ke rumah kami, akan saya sediakan ayam goreng untuknya dan letakkan berhampiran dengannya supaya dia boleh mengulang makan pada bila-bila masa.  Memang dia tak banyak makan tapi ayam goreng dia makan seolah-olah makan makanan ringgan.  Sikit-sikit di cubitnya untuk mengalas perutnya.

Apa sahaja yang dihidangkan akan dijamahnya, walaupun lauk atau nasi semalam yang dipanaskan semula dan kalau sejuk-sejuk pun dia makan juga, tak pernah dia kata tak nak.   Cumanya kadang-kadang suamiku memaksa mak makan banyak sedikit sebab badannya lemah dan tiada tenaga. Memang dengan suamiku dia ikut sahaja jika dibandingkan dengan kakak-kakak iparku, terutamanya jika mau makan ubat.  Kalau demamnya berlarutan kakak ipar selalunya akan mengadu pada suamiku supaya dia boleh memberi ubat pada mak.  Itulah sedikit yang susahnya tapi yang lain-lain tiada masalah.  Bertuahnya saya mendapat mentua sepertinya.

Read the rest of this entry »

Mencari Keaiban Diri

Assalamu’alaikum dan apa khabar semua,

Demi mengurangkan sedikit ketegangan di blog-blog lain yang mana komennya banyak meluah rasa kekecewaan terhadap lelaki yang bernama suami.    Dimana pada anggapan kebanyakkan orang, jika diluahkan akan mengurangkan beban yang tidak tertanggung beratnya di kepala.  Jika tidak diluahkan ia bagaikan gunung berapi yang di letakkan di atas kepala yang  pada bila-bila masa sahaja akan meletup.  Debu-debu dan cairannya telahpun meleleh keluar meninggalkan kotoran dan kerosakkan pada keadaan sekelilingnya.  Tinggal lagi menunggu laharnya memancutkan api kepanasannya dan bahangnya pasti di rasai mereka yang berada di sekelilingnya.  Dan pada ketika itu sudah tentu tidak boleh dibuat apa-apa lagi.  Hanya mampu menjauhkan diri,  jika bertahan akan memakan diri sendiri.  Begitulah andaian saya.

Begitulah juga mungkin pendapat kebanyakkan orang.  Tetapi setelah ditanyakan pada ustazah saya, ustazah Ruzimah. Beginilah lebih kurag jawapannya,” kalau sekadar nak meluahkan perasaan yang marah dan geram tu,  tak perlulah teruskan niat tu kerana ia akan menambahkan dosa yang sedia ada kerana membuka keaiban suami kita, yang mana dialah penentu syurga atau neraka kita”.

“Tetapi jika untuk menyelesaikan masalah, tak mengapa dan nyatakanlah kepada mereka yang layak dan bukannya kepada sebarangan orang atau semua orang(seperti bercerita dalam blog, dalam radio dll). Jika kita bercerita tu, melindungi identiti orang yang bermasalah tu, tak mengapa jugalah, bolehlah juga di terima cara tu sekurang-kurangnya memberi ingatan dan ikhtibar pada mereka yang membacanya”.

Ya…, memang terlalu ramai para lelaki di luar sana yang sepatutnya menjadi pemimpin kepada kaum wanita tetapi akhirnya hanya mementingkan diri sahaja.  Hipokrik, mementing diri sendiri, bagai melepaskan batuk di tangga setiap apa yang dilakukannya untuk anak-anak dan isterinya dan berbagai istilah yang boleh sahaja diumpamakan untuk mereka.   Amanah yang sepatutnya digalas oleh mereka punah bagai daging yang bernanah.  Bukan sahaja telah menjadi kudis malah tidak berguna serta mengeluarkan bau yang busuk.

Oleh itu kita para ibu yang mempunyai kesedaran itu, haruslah membimbing dan mendidik anak-anak lelaki kita supaya tidak menjadi seperti apa yang telah terjadi.  Jangan biarkan mereka terumbang ambing mencari diri sendiri.  Bimbinglah mereka dengan cahaya Ilahi,  suluhkan mereka dengan suluhan yang telah ditunjukkan oleh Muhammad s.a.w iaitu Nabi kita.  Jangan biarkan mereka terus berpusu-pusu memasukki institusi yang tiada ertinya.  Lihat sekarang di institusi itu(penjara dan pusat Serenti), siapakah lebih ramai.  Lelakikah atau wanita?  Islamkah atau bukan Islam?

Jadi…, merekakah yang bakal menjadi pemimpin anak-anak perempuan kita?  Jikapun mereka telah berubah jadi baik.  Berapa ramai?  Bukankah pernah dikatakan untuk menilai sesebuah keluarga atau negara itu, kita lihat pemimpinnya dulu?

Read the rest of this entry »

Buruk Sangka

Assalamu’alaikum dan apa khabar semua.

Saya menyalin semula tanpa mengubah apa-apa, yang tertulis di dalam buku BIMBINGAN MU’MININ-pada mencari redha Rabbil alamin, terjemahan Syed Ahmad Semait(Singapura).  Bacalah untuk renungan kita bersama.  Muhasabahlah diri kita, adakah kita tergolong dalam kelompok ini dan bersama-samalah kita memperbaiki diri kita.  Semoga kita berada dikalangan orang yang sentiasa mencari redha Allah.

Menyangka buruk adalah mengumpat di dalam hati.

Ketahuilah bahawa menyangka buruk terhadap orang lain adalah haram dan samalah seperti haramnya melemparkan kata-kata keji terhadapnya.  Sebagaimana haram anda mengucapkan perihal keburukan-keburukan orang dengan lidahmu, maka begitu jugalah dilarang anda mengucapkan keburukan-keburukannya di dalam hati, ataupun menyangka buruk terhadapnya.  Apa yang dimaksudkan dengan sangkaan buruk itu, ialah sesuatu yang disimpulkan oleh hati, kemudian dilemparkan ke atas orang lain menerusi sangkaan yang buruk.

Adapun segala yang terlintas di dalam hati, ataupun yang dibicarakan di dalam diri, maka yang demikian itu adalah dimaafkan.  Tetapi yang dilarang dengan keras ialah menyangka yang bukan-bukan.  Dan sangkaan itu diumpamakan dengan sesuatu yang dirasa tenang oleh jiwa dan dicenderungi oleh hati.

Allah swt telah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.”

(al-Hujurat : 12) Read the rest of this entry »

CINTA LUAR BIASA (bhg 2)

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hadith Qudsi-Nya yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah,

Rasullallah s.a.w bersabda  “Allah berfirman yang bermaksud :

“Tidak ada amal yang dikerjakan hamba-Ku, dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada-Ku, yang lebih Aku cintai, selain ibadah wajib yang Aku perintahkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.”

(HR Bukhari).

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

CINTA LUAR BIASA

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tiada kata yang mampu ku lakarkan

Hanya lagu memberi gambaran

Puisi akan menyusul kemudian

Untuk anda yang budiman

Semoga kedatangannya menambahkan keimanan

Juga ketakwaan yang tidak mampu ditawarkan

Oleh makluk bergelar hamba Tuhan

Selain pengabadian diri  yang tiada tandingan

Untuk Tuhan semesta Alam, ya..Rahim ya..Rahman.

Salam Ramadhan untuk semua.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Dari Seremban ke Gaza.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Program yang diadakan di surau taman saya baru-baru ini.

Hari Sabtu lepas(bukan hari ini), di Surau taman perumahan saya, telah diadakan ceramah Israk Mikraj yang bertajuk ‘Dari Seremban ke Gaza’.

Setiap kali berlakunya perkara besar yang tersebar diseluruh pelusuk dunia, yang berkisar tentang Palastine, pastinya ahli jawatan kuasa surau tidak lupa untuk mengingatkan dan menyedarkan para jemaah untuk sentiasa prihatin kepada saudara kita di sana, yang dilanda musibah.

Tahniah untuk ahli jawatan kuasa surau Taman Alamanda, Senawang, Seremban, yang sentiasa bergerak untuk kemaslahatan penduduk taman ini terutamanya.

Kali ini program tersebut telah disampaikan oleh pun Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang badan NGO ini bolehlah anda ke
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/

Saya kira, kebanyakan umat Islam yang prihatin dan mengharapkan Syurga Allah sebagai  destinasi terakhirnya, pasti sudah tahu apa yang telah berlaku di Palastine.  Betapa jahat dan kejam Israel sudah pun termaktub di dalam Al-Quran.  Jika pun kita tidak melihat gambar dan video serta pelbagai media massa yang memaparkannya, kita tentu yakin dan percaya apa yang tertulis di dalam Al-Quran Kalammullah yang kita baca setiap hari.

….Pasti dan pasti, tiada ragu-ragu lagi…..

Read the rest of this entry »

Perempun Tua Itu

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Perempuan Tua itu
Tinggal seorang diri
Anak-anaknya tidak peduli
Rumah usang semak sekali

Perempuan Tua itu
Jalannya bagaikan kura-kura
Bagaimana mau dibawa bersama.

Perempuan Tua itu
Giginya sudah tiada
Makannya berselerak, bagai anak kecil sahaja
Malu di buatnya.

Perempuan Tua itu
Kencingnya merata-rata
Bau busuknya tidak terkira.

Perempuan Tua itu
Cakapnya merepek tak tentu hala
Entah mana hujung pangkalnya.

Perempuan Tua itu
Ibu siapakah dia?
Nenek siapakah dia?
Makcik siapakah dia?
Atau
Kitakah perempuan tua itu suatu hari nanti?

Perempuan Tua itu
Sanggupkah kita menghadapinya?

Perempuan Tua itu
Sungguh mencabar berhadapan dengannya
Bersabarlah dengan kerenahnya
Ganjarannya besar tak terhingga
Syurga yang tiada tandinganya.

Perempuan Tua itu
Usah difikirkan sejarah silamnya
Usah ditanya kenapa begitu jadinya
Yang penting ganjaran pahalanya
Juga redha yang Maha Esa
Penyelamat kita di Akhirat sana.

Perempuan Tua itu
Usahlah dihina
Usah dilayan seperti  barang tidak berharga
Kerna dia manusia mulia
Di sisi Penciptanya.

Read the rest of this entry »

Bukan kerana Jenama

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Kebelakangan ini kebanyakkan akhbar, tv, radio mahupun di blog-blog banyak memperkatakan tentang masalah sosial di kalangan anak-anak remaja/muda.  Masalah membuang anak di merata tempat seolah-olah seperti membuang sampah.  Astaghfirullah…

Ya…  memang sungguh mencabar apabila berhadapan dengan anak muda/remaja sekarang ini.  Saya juga mempunyai anak-anak remaja dan pelbagai pengalaman yang telah saya tempuhi samada dengan anak sendiri, adik sendiri juga dengan anak remaja yang tak saya kenali siapa ibubapanya, juga yang saya kenali ibubapanya.  Ingin saya coretkan sedikit pengalaman saya yang berhadapan dengan mereka.  Semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda menghadapi kerenah anak-anak remaja.

Pastinya setiap dari kita, mengalami masalah yang sama ataupun berbeza, tapi masih lagi tidak berjumpa penyelesaiannya.  Mungkin pengalaman dan cara saya mengatasinya boleh memberikan anda sedikit ilham.

Jika pun ia satu kesilapan yang saya lakukan, mungkin boleh diambil ikhtibar supaya tidak terjadi kepada anda ataupun boleh dijadikan landasan untuk anda menangani masalah anak-anak anda suatu hari nanti.

Read the rest of this entry »

Terlena di Lembah Hina

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sungguh nyenyak tidurnya si pemuda yang jika di amati amat tampan wajahnya. Wajah kuniaan Ilahi yang patut disyukuri.  Wajah yang menjadi kegilaan para gadis untuk ditatapi.  Wajah kebangaan ibubapanya semasa bayi.  Wajah kerlingan jiran tetangga kerana dia dicemburui.

Tapi sayang, ketampanannya tidak dihargai, kerana tidak di tatap di cermin peribadinya setiap hari iaitu dengan bermuhasabahkan diri sehingga ke hati dan sanubari  sehingga hilang segala seri. Sepatutnya setiap hari berkali-kali perlu dia mencerminkan diri, untuk menghindar dan mengurangkan jika ada palitan kotoran di dalam dirinya. Palitan najis yang mungkin mengundang bau yang tidak di gemari oleh orang sekelilingnya.  Palitan sisa makanan yang dimakannya tengahari tadi.  Palitan pen yang tidak sengaja terconteng dimukanya atau palitan serta percikan air lumpur yang tersimbah di mukanya semasa dalam perjalanan balik dari kerja serta pelbagai palitan lagi yang mungkin singgah di mukanya tanpa disedari.

Sayang, ketampanan wajahnya terlindung oleh mukanya yang kelihatan berserabut tidak terurus.  Dia telah pergi jauh di dunianya sendiri tanpa perlu memikirkan hal lain yang terjadi di sekelilignya.  Alam syurgawi baginya, alam yang sungguh menyeronokkan baginya tetapi sungguh hina bagi sesiapa yang berakal bila melihatnya.  Ya, alam khayalan bagi yang telah menikmatinya.  Sunggu…h!  ketagih di buatnya.  Sesiapa yang telah terjerumus ke lembah itu sungguh susah untuk melangkah keluar dari lembah itu.  Walaupun apa ayat yang di berikan, walaupun apa benda yang boleh dan mahu di sumbatkan tetapi pasti sumbatan itu tercampak keluar dan mampu mempengaruhi persekitarannya.  Begitulah kuat tersebarnya dan berkembangnya udara atau gas lembah hina itu.  Mengembang, terus mengembang dan terus merebak di persekitarannya serta mampu memlebarkan dan membesarkan lagi jajahannya.

Read the rest of this entry »

Madrasah Cinta Kita

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Si buta mengerak-gerakkan tongkat tidak menentu arahnya untuk mencari arah tuju yang betul, si bisu menggerak-gerakkan tangan dan jari jemarinya berulang-ulang kali dengan suara yang selari, aaaa….,  eeee …, oooo.. untuk menerangkan sesuatu supaya di fahami oleh insani.  Si sengau mengulang-ulangi percakapannya supaya lebih jelas pertuturannya untuk di fahami oleh manusiawi, eok eca peci cayant yaa..

Matanya di kencit-kencit, ingatkan ingin mengurat tapi itulah kecacatan semulajadi yang ada padanya.  Begitu juga si kaki tempang, si berot mulutnya, si kudung kaki atau tangannya atau kedua-duanya sekali.  Itulah lahiriah yang kita nampak akan kecacatan mereka.

Mengapa di hina mereka semua?  Mengapa di pandang rendah pada mereka semua?  Hebat sangatkah kita di mata makluk lain ciptaanNya? Read the rest of this entry »

Kisah tanpa Nokhtah

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ibubapa impikan, QurRatulA’yun

Kuasa Allah, Kunfayakun.

Malam kelihatannya gelap hitam.  Tetapi masih ada bintang-bintang yang bertebaran di cakrawala, berkelip-kelipan yang menghiasi malam yang kelam, sang bulan pula membiaskan cahaya di celah-celah awan menerangi malam yang kegelapan.  Kepulan-kepulan awan mencorakkan suasana malam, kadang-kadang muncul dengan cahaya terang, kadang-kadang terlindung dek awan yang melintasi sang bulan, maka hilanglah cahaya malam untuk seketika waktu.  Begitulah keadaan malam sementara menunggu siang yang belum tentu terang benderang.  Alangkah hebatnya Tuhan Ar Rahman, ciptaannya tiada tandingan sentiasa memainkan peranan bertugas mengikut giliran yang telah di tetapkan.

Ya.., siang belum pasti terang dan malam pula tidak mesti hitam.  Malam yang mungkin teraba-raba mencari jalan serta arah tujuan tetapi siang tidak mungkin mudah seperti yang di sangkakan, bebas terbang melayang-layang tanpa perlukan panduan dan bantuan.  Jangan terlalu cepat membuat andaian dan khayalan.

Malam yang Kelam

Dinihari itu hujan rintik-rintik,  tiada bintang penyeri malam yang kelihatan.  Tiada juga bulan yang menyuluh malam yang kelam.  Kesejukan malam menusuk ke tulang rawan manakala sang katak pula mengalunkan lagu memanggil hujan, memecah suasana malam yang suram.

Read the rest of this entry »

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.