Archive for the ‘Lain-lain’ Category

PALASTINE SENTIASA DI KENANG

Asssalamualaikum, apa khabar semua.

Setelah sekian lama saya tidak menambah artikel di dalam blog ini, hari ini saya ingin menyambung lagi artikle mengenai Pergolakan di Palastine.  Walaupun cerita dan berita di dada-dada akhbar dan TV tidak lagi sehebat semasa ia sedang berlaku dulu, namun saya ingin mengajak para pembaca blog ini mengingati peritiwa tersebut.  Kerana  sesungguhnya kaum Yahudi tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti dari meneruskan agendanya.  Cuma mungkin ketika ini mereka memperlahankan sedikit kemaraannya untuk menakluki/menguasai Negara Palastine yang di berkati oleh Allah itu.  Mungkin juga mereka memberi perhatian kepada bahagian lain di dalam memperlengkapi agenda mereka.  Ingat! Mereka, terutama sekali Zionis takkan berhenti memusuhi umat Islam sehingga terjadi hari Kiamat. Itulah yang telah di peringatkan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Walaupun pun kita(umat Islam) beroleh kemenangan dan berjaya menghalau Puak Yahudi di bumi Palastine tetapi percayalah mereka tidak akan berdiam diri.  Pasti mereka  akan berusaha untuk kembali semula ke Palastine.   Kerana mereka mengatakan itulah bumi kaum Bani Israel/Yahudi yang telah di janjikan oleh Allah untuk mereka.  Padahal mereka sebenarnya telah memutarbelitkan fakta yang sebenarnya.

Memang benar suatu ketika dahulu, semasa zaman Nabi Musa a.s mereka telah di arahkan berpindah ke Negera Palastine/Kan’an tetapi mereka enggan dengan memberikan pelbagai alasan untuk ke negara tersebut.  Oleh kerana keengganan dan keangkuhanya itu Allah mengharamkan bangsa Yahudi/Bani Israel menjejakkan kaki ke sana(memang telah tertulis di dalam Al-Quran tapi saya lupa bahagian mana.  Info ini saya dapat semasa mendengar ceramah di surau).

Untuk pengetahuan anda semua, menurut kata ustaz(ketika mendengar ceramah mengenai Palastine semasa berlakunya Pencerohan selama 23 hari di Palastine baru-baru ini),  di dalam Al-Quran, Allah akan memanggil dengan gelaran Yahudi jika Allah memberi amaran dalam keadaan marah tetapi jika Allah ingin memujuk dan ingin memberi peringatan kepada Kaum Yahudi ia akan menggunakan gelaran Bani Israel.

Saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai asalnya Puak Bani Israel.  Dari apa yang saya faham dan tahu, menurut kata Ustaz tersebut, keturunan Bani Israel /Yahudi ialah bermula dari anak Nabi Yaakub yang tua yang bernama Yahuda.  Dialah yang memulakan rancangan jahatnya untuk memasukkan nabi Yusoff  a.s ke dalam perigi buta yang kita sedia maklum akan kisahnya.  Dialah antara abang nabi  Yusoff yang paling jahat yang sanggup melakukan kekejaman terhadap adiknya sendiri. Dan dari keturunan dialah yang di gelar Yahudi.

Sehinggalah ke zaman Nabi Musa yang menyampaikan dan membawa Kitab Taurat yang sepatutnya kitab untuk kaum Yahudi/Bani Israel.  Tetapi nabi Musa sendiri di tentang oleh kaumnya sendiri, kerana tidak semua kaum Yahudi/Bani Israel menerimanya. Manakala di zaman Nabi Isa a.s, sesiapa yang tidak menerima dan mengikut Kitab Injil mereka telah di beri nama Yahudi(ia juga dari keturunan Yahuda tadi) dan keturunan ini juga di gelar Bani Israel.  Begitulah al kisahnya.  Tapi tidak semua Bani Israel/Yahudi itu jahat. Ada yang menerima Islam (sebilangan kecilnya).  Tetapi kebanyakkannya menolak segala ajaran yang di sampaikan oleh Nabi Isa a.s dan juga Nabi kita Muhammmad s.a.w.  Yahudi juga mempunyai pelbagai puak(macam kita jugak ada melayu Jawa, Melayu Asli dll).  Tetapi puak Yahudi yang paling jahat dan kejam ialah dari puak yang di beri nama Zionis.

Kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah kitab Allah.  Tetapi sayang, seperti yang kita sedia maklum kitab Taurat dan injil telah pun di ubah-ubah oleh kaum-kaum mereka yang jahat dan yang mempunyai agenda di sebaliknya.  Jadi kitab yang ada sekarang sudah tidak asli lagi.   Yang tetap di pelihara oleh Allah sehingga datangnya Qiamat ialah Al-Quran.  Kerana antara mukzijat al-Quran ia tetap di pelihara oleh Allah sehingga ke hari Qiamat.

Oleh itu bersama-samalah kita mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran terutama para ibu sekelian.  Persiapkan diri kita untuk menghadapi masa hadapan yang terlalu mencabar ini.  Untuk membimbing anak-anak kita menjadi insan-insan yang berguna untuk agamaNya.  Menjadi pembela agama Islam bukan memperlekehkan Islam.  Terlalu banyak perkara yang terjadi sekarang ini.  Lihatlah anak-anak kita.  Berapa keratkah antara anak kita/muda-mudi sekarang ini yang benar-benar mengikut Islam yang sebenarnya.  Saya sendiri belum berjaya menjadikan anak-anak saya seorang yang Islam sejati.  Walaubagaimanapun saya tetap berusaha tanpa rasa putus asa.  Semoga suatu ketika nanti saya akan berjaya menghasilkan/mengubah anak-anak saya menjadi lebih baik daripada sekarang ini.

Ibu-ibu sekelian hayatilah al-Quran. Bacalah dan dampingilah al-Quran.  Walaupun kita tidak memahaminya tetapi bacalah tafsiran dan belajarlah pada yang arif.  Saya sendiri apabila membaca tafsiran al-Quran amat kagum dengan isi kandungannya.  Betapa hebatnya al-Quran ini tetapi sayangnya tak ramai cuba membaca tafsirannya.  Di tambah dengan kita yang bukan dari golongan ilmuan agama ini, lagi susahlah hendak kita melakukannya.  Apatah lagi untuk mempelajarinya. Di tambahkan pula kita telah di sibukkan dengan urusan dunia yang tiada berkesudahannya dan tidak pernah selesai hingga kehujung nyawa.

Oleh itu saya ingin mengajak para pembaca menghayati tafsiran di bawah ini.  Di dalam Al-Quran Allah telah menyediakan satu surah yang di beri nama “SURAH AL-ISRA’ yang bermaksud Surah Bani Israel.  Saya ingin mengajak anda semua membaca maksud surah ini iaitu dari ayat 2 hingga ayat 10.  Semoga sama-samalah kita renungkan akan pengajarannya.

Ayat 2:

Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab(Taurat) dan Kami jadikan Kitab itu Petunjuk bagi Bani Israel(serta Kami perintahkan mereka): “Janganlah kamu ambil yang lain daripada-Ku sebagai Tuhan untuk (kamu menyerahkan urusan kamu kepadaNya).”

Ayat 3:

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh(di dalam bahtera).  Sesunggunya ia adalah seorang hamba yang sangat bersyukur.

Ayat 4:

Dan Kami berikan amaran(yang nyata) kepada orang-orang Bani Israel dalam Kitab itu “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi(Palastine) dua kali dan sesunggunya kamu akan berlaku sombong, angkuh dengan melampau-lampau(dan dua kali kamu akan dihukum!)

Ayat 5:

Maka apabila sampai masa bagi amaran yang mula-mulanya(sebagai akibat bagi kederhakaan kamu), Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya:  lalu mereka menjelajah masuk segala ceruk rantau dan kediaman-kediaman kamu: (membunuh dan membinasakan kamu): dan (sebenarnya peritiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku(dengan sepenuhnya).

Ayat 6:

Kemudian (setelah kamu bertaubat),  Kami kurniakan kepada kamu Kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami kurniakan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta kami menjadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

Ayat 7:

Kalau kamu berbuat kebaikan(maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan itu adalah untuk diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat kejahatan, (kamu melakukannya dengan akibat buruknya) berbalik ke atas diri kamu juga.  Oleh itu, apabila sampai masa amaran yang kedua itu(bagi membalas perbuatan derhaka kamu, maka Kami izinkan seteru-seteru kamu) mencedera muka kamu, (dengan penghinaan dan keganasan mereka), dan untuk memasuki Masjid kamu(Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya kali yang pertama dahulu itu dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai.

Ayat 8:

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu(kalau kamu bertaubat) tetapi kalau kamu kembali(menderhaka) maka Kami pula akam kembali(menyeksa kamu di dunia ini): dan Kami telah jadikan Neraka itu penjara bagi orang-orang kafir yang menolak(keimanan).

Ayat 8:

Sesungguhnya al-Quran ini memberi pertunjuk ke jalan yang paling betul(atau tetap) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh ganjaran yang penuh gemolang dan hebat.

Ayat 10:

Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akjhirat (dinyatakannya)bahawa kami sediakan bagi mereka Azab Seksa yang tidak terperi sakitnya.

Semoga anda mendapat sedikit suntikan semangat dari kata-kata ini.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam

Nisha.

Piala Sri Endon 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera?

Bertemu kembali.  Mulai sekarang bertambah keraplah saya menulis di blog ini dan bolehlah kita sama-sama berbicara mengenai topic-topik atau tulisan-tulisan yang mungkin saya utarakan.  Saya baru sahaja menyelesaikan satu projek besar bagi diri saya.  Lega rasanya setelah semuanya selesai.

Hari minggu yang baru lepas(23th November 2008) merupakan kemuncak Pertandingan Piala Sri Endon yang di Anjurkan Oleh Yayasan Budi Penyayang.  Kumpulan saya menyertai pertandingan bahagian Kemasan lembut dan terpaksa menghiasi satu bilik hotel(One World Hotel Damansara)dengan produk batik.

Kumpulan saya iaitu hijab-batik.com adalah salah satu kumpulan yang sampai ke peringkat akhir bahagian Keemasan Lembut.  Sebenarnya saya menyertai 2 kumpulan.  Kedua-dua kumpulan tersebut sampai ke peringkat akhir.  Walaubagaimanapun saya mengetuai kumpulan hijab-batik.com.  Manakala kumpulan Norhaliza Batik Kraf t di ketuai oleh rakan saya kak  Liza.

Walaupun kedua-dua kumpulan tersebut tidak berjaya membawa apa-apa hadiah tapi kami berpuas hati kerana berjaya hingga keperingkat ini.  Ini merupakan penyertaan pertama kami.  Kebanyakkan kumpulan telah menyertai beberapa kali dalam pertandingan ini.  Jadi tak hairanlah kalau mereka menang kerana mereka telah ada pengalaman.  Dan mereka pula bukannya calang-calang orang, semuanya professional kecuali saya.  Pensyarah-pensyarah dan juga pengusaha batik menyertai pertandingan ini.  Oleh kerana kami dah tau selok belok pertandingan ini dan tahu apa yang para juri inginkan, tahun depan bolehlah cuba lagi.

Bertanding dengan orang-orang yang hebat dalam bidang membatik memanglah rasanya amat sukar nak menang.  Di tambah pula mereka datang dari Kelantan dan Terengganu yang memang terkenal dengan kehalusan batiknya.  Saya merupakan orang baru di dalam bidang ini walaupun dah berusia.  Walaupun saya ada juga darah Kelantan tapi  tak sama dengan dia orang yang memang orang Kelantan.

Memang tabik habis dengan dia orang.  Saya sepatutnya berguru dengan dia orang.  Nantilah kalau ada duit saya akan berkunjung ke Kelantan khusus untuk belajar membatik dari salah seorang peserta yang memang tak lokek dengan ilmu.  Orang veteran, dah 60 tahun tapi semangat tinggi.  Saya respect habis dengan mak cik ni iaitu mak cik Rashidah(memenangi hadiah saguhati).  Memang baik dan tak kedekut ilmu.  Susah nak jumpa orang macam ni, sebab selalunya orang kedekut ilmu takut nanti yang lebih muda lebih hebat daripada diaorang atau kadang-kadang pilih orang kalau nak turunkan ilmu. Mesti nak bagi pada kaum kerabat ke atau orang yang senogori jo.

Tapi anda semua tentu tahukan betapa besarnya pahala jika kita menurunkan ilmu yang baik dengan penuh keikhlasan kepada sesiapa sahaja.  Kerana dengan memberikan ilmu kepada orang lainlah, kita akan mendapat pahala yang berterusan walaupun kita dah lama berada di alam kubur.  Jadi bagi anak muda, janganlah terlalu berkira bila ada banyak ilmu terutamanya ilmu internet ni.  Ajarkanlah kepada sesiapa saje terutama kepada saya yang telah berusia ni.  InsyaAllah anda akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t.

Di bawah ni saya sertakan beberapa keping gambar untuk tontonan anda semua. Bagi saya semuanya cantik-cantik belaka. Tapi para juri dan pengadil yang lebih arif untuk menentukan siapa pemenangnya.

2 keping gambar di atas ialah 2 kumpulan yang telah saya sertai untuk pertandingan Piala Sri Endon.  Manakala gambar di bawah adalah peserta-peserta lain yang telah menyertai pertandingan ini.

Sebelah(bunga sembilu-pink) atas ialah pemenang tempat ke dua.

Sebelah atas(hijau) ialah pemenang tempat pertama.

Sebelah(petak-petak) ialah pemenang tempat ke tiga.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Selamat Menyambut Aidulfitri

banner raya

Assalamualaikum, dan apa khabar?  Semoga anda semua di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.  Di tambahkan pula di bulan kemenangan ini, pasti sihat dan bergembira selalu.

Ya, selepas kita semua berjuang di bulan puasa melawan hawa nafsu.  Bukannya senang, walaupun syaitan telah di ikat tetapi melawan hawa nafsu adalah perkara yang amat susah untuk kita.  Kalau tidak takkan para alim ulamak mengumpamakan melawan hawa nafsu ini seperti berjihad di medan perang.  Kalau kita berjaya tentulah kita akan beroleh kemenangan iaitu di umpamakan Hari Raya tersebut.  Tapi walaubagaimanapun kalaupun kita beroleh kemenangan janganlah kita alpa dengan kejayaan dan kemengan kita.  Bersederhana dan sentiasalah beringat-ingat.  Tiada gunanya kemenangan sekali tetapi kemudiannya kita bebalik semuala seperti sebelum kita menang.  Begitulah yang di umpamakan di bulan raya ni.  Jadi beringat-ingatlah dan berhati-hati sentiasa di dalam kita meneruskan kehidupan ini.  Amin-amin ya Robbil alamin.

Walaupun sudah agak terlewat saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemenangan melawan hawa nafsu iaitu Hari Raya Aidulfitri tapi masih boleh di lakukan lagikan?.  Sebenar saya cuba mencari-cari gambar yang sesuai untuk di letakkan di blog ini untuk banner hari raya.  Tapi nampaknya tak ade yang sesuai, rasanya gambar ni je yang sesuai bagi menunjukkan keadaan kita selepas menyambut Hari Raya ni.  Al-maklumlah saya pun dah terlewat membuat posting, jadi sesuailah dengan gambar ni.  Biasalah, lepas raya kebanyakkan kita dah pokai.  Betul tak?

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Renung-renungkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk renungan anda semua yang mana artikle ini saya terima melalui email.  Boleh di gunakan sebagai rujukan di bulan yang mulia ini.  Bagi saya ia sesuatu yang baik jadi saya masukkan ke ruang ini.

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yg hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hi lang dari diri seseorang.

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: ‘Ya Karim! Ya Karim!’

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca ‘Ya Karim! Ya Karim!’ Orang itu
lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: ‘Ya Karim! Ya
Karim!’ Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
‘Ya Karim! Ya Karim!’ Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

‘Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad  Rasulullah.’

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
‘Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?’
‘Belum,’ jawab orang itu. ‘Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?’

‘Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya,’ kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: ‘Wahai orang Arab! Ketahuilah
aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!’ Melihat Nabi
di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

‘Tuan ini Nabi Muhammad?!’ ‘Ya’ jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah   s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

‘Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.’

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
‘Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih
Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan
menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!’ Setelah
menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

‘Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!’
kata orang Arab badwi itu. ‘Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan
Tuhan?’ Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuh an akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah   s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:

‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!’ Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la
lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. ‘



MAKNA BACAAN SOLAT.


Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas darimu .’ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami , keduaibubapa  kami . Dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia’

Amin, amin, Ya Robbil alamin.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Assalamualaikum dan apa khabar?

Semoga anda semua di dalam lindungan Allah hendaknya.

Besok kita akan meraikan dan menyambut hari Kemerdekaan Malaysia.  Bagi saya pula saya akan meraikan 2 perkara, pertama Hari Kemerdekaan dan ke duanya hari kelahiran salah seorang anak saya.

Sebenarnya saya tidak pernah meraikan hari Kemerdekaan sebenar-benarnya.  Setakat samada duduk di rumah melihat perbarisan di depan TV atau balik ke kampung.  Kalau di ikutkan, orang yang benar-benar meraikan hari kemerdekaan pada saya ialah menghayati perjuangan para pejuang Kemerdekaan dahulu dengan membaca kisah hidupnya, apa yang telah di lakukan untuk mencapai kemerdekaan dan akhirnya menghargai dengan berjumpa dengan mereka yang telah banyak berjasa/berjuang untuk memerdekakan negara kita yang tercinta ini.  Sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas apa yang di lakukannya.  Atau pun yang paling baik ialah mendoakan dan membuat majlis kesyukuran untuk mereka yang memperjuangkan kemerdekaan.  Di tambah pula jika kita ada pertalian dengan orang yang banyak memperjuangkan tanah air ini.

Bagi saya ni tak buat apa-apapun walaupun kata emak saya keluarganya ada bau-bau  bacang dengan Mat Kilau.  Cuma saya ingin mengingatkan dan mungkin memberi sedikit pandangan dan idea bagi mereka yang ingin menyambut kemerdekaan.  Walaubagaimanapun saya tak lupa mendoakan semoga Mat Kilau dimasukkan di dalam golongan orang yang memperjuang/berjihad mengikut jalan Allah dan di terima oleh Allah dengan memberi ganjaran pahala yang besar diatas pengorbananya yang di lakukannya suatu masa dahulu.  Amin, amin ya Robbil alaimin.

Sambutlah kemerdekaan dengan cara yang sebaik dan sebetulnya terutama para remaja dan muda mudi sekarang.  Dengan mengingati dan menghargai apa yang telah di lakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu dan bukannya dengan berseronok-seronak di malam kemerdekaan dengan menantikan detik 12 malam.  Berkumpul dan bercampur lelaki dan perempuan dan menjerit tak tentu arah.  Adakah itu caranya meraikan hari kemerdekaan yang sebenarnya?  Di tambah pula dengan jemputan artis dari dalam ataupun luar negara.  Itu namanya melupakan hari kemerdekaan, mana ada masa itu orang teringat akan kesusahan orang-orang yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.  Kalau masa itu kita teringat dan mengenangkan kesusahan orang dahulu takkan kita sangup bergelak ketawa dan terjerit-jerit.  Pasti kita akan bersedih/bertafakur sambil membaca ayat-ayat Allah dengan niat di sedekah kepada mereka yang terlibat dengan kemerdekaan suatu masa dahulu.  Pasti ada perasaan sedih semasa itu.  Betul tak?  Semoga sama-sama kita renungkan.

Yang keduanya hari Jadi anak saya Abdul Haziq bin Mohd Mustapha(11 tahun).  Memang pada kebiasaannya anak-anak saya yang masih kecil(sehigga 12 tahun), kami meraikan harijadi mereka.  Tapi taklah sampai buat kenduri kesyukuran atau menjemput kawan-kawan mereka  untuk meraikannya(seperti berpati).  Kami meraikannya sekeluarga dengan membuat makanan yang lebih special atau memberikan sedikit hadiah(barang mainan).  Bagi yang dah lebih 12 tahun biasanya kami suami isteri tak buat apa-apa cuma ucapkan tahniah, beri nasihat dan semangat serta hadiahnya sekadar berikan cash money.  Kebaisaanya saya masak special sikit hari tu mengikut permintaan anak saya.  Pada esok(31hb Ogos, 2008) anak saya minta saya buatkan ayam golek/panggang, nasi beryani dan kek.  Ayam golek tu memang kegemaran anak-anak saya, malah ibubapa saya kalau datang pun akan oder ayam golek.  Nanti saya akan berikan gambar dan resepinya.   Sama je seperti saya buat untuk lauk penggantin.  Di tambah dekat dengan Hari Raya ni, pasti ramai yang nak buat rumah terbuka nanti, bolehlah buat ayam golek/panggang untuk tetamu anda.  Alamak!  kamera saya pulak rosak.  Camna nak ambil gambar?  Nantilah saya cuba guna anak saya punya handphone(sebenarnya tak berapa suka guna handphone).  Tengoklah anak-anak sekarang ni, emak bapanya tak pakai handphone canggih-canggih.  Dia orang dah pakai dulu.  Banyak betul duit diorangkan.  Sanggup kumpul duit untuk beli apa yang di hajat.  Saya memang tak pernah beri duit untuk benda-benda macam tu.  Tapi dia orang usaha sendiri.  Nak di larangpun duit mereka sendiri.  Itulah anak-anak zaman teknologi ni.  Dah puas cakap dengan mereka, simpan duit bukannya membazir dengan membeli benda yang tak perlu.  Tapi mereka tak ikut/dengar cakap saya.  Apa nak buat lagi?  Ada sape-sape boleh tolong bagi idea macamana nak nasihakan anak-anak?

Nak tau macammana diaorang dapat/simpan duit?  Dia orang selalu tolong kawan-kawan beli barang dan topup handphone.  Jadi minta upahlah bila tolong.  Sebab kebanyakkan mereka duduk di asrama tapi anak saya tak.  Hari-hari hantar dan jemput bila sekolah.  Bila balik kampung rajin tolong nenek mereka potong rumput sekeliling rumah.  Dapatlah upah.  Bila saya minta tolong susah nak buat sebab tak dapat upah.  Sesekali jumpa pak cik dan mak cik mereka yang banyak duit dapat juga saguhati(duit).   Maklumlah masih sekolah walaupun dah macam orang bujang.

Saya sebenarnya bagi duit belanja untuk dia orang buat masa sekarang ni RM1.00 aje untuk satu hari.  Jangan terperanjat, duit makan kat sekolah saya dah bayar sebulan sekali.  Sebab dia orang sekolah sampai petang(Maahad Tahfiz memang kebiasannya macam tu) jadi dah di sediakan makanan untuk mereka.  Sesekali abahnya tambah juga duit belanja tanpa pengetahuan saya, tapi anak-anak saya beritahu.  Saya memang tegas sikit berbanding suami.  Tapi mereka lebih takut suami saya daripada saya.

Anak-anak yang dah sekolah menengah ni sebenarnya kena denda sebab dia orang dah pandai cuba merokok.  Dari tahun lepas lagi saya beri dia orang belanja RM1.00.  Sebab tak nak dia orang guna duit untuk beli rokok.  Saya adalah antara orang-orang yang beruntung, sebab baru belajar nak merokok dah ada tukang report.  Itulah bagusnya kita bermasyarakat dengan jiran tetangga, selalu mengikuti aktiviti taman dan surau.  Jadi anak-anak kita pun dia orang kenal dan apa-apa yang tak elok dia orang buat ada yang beritahu.  Alhamdulillah.  Dan sekarang ni dia orang dah tak buat lagi katanya dan saya terus memantau anak-anak saya.  Harap-harap begitulah.

Itulah saya katakan bukan senang nak jadi ibumithali ni.  Mereka(dua orang anak lelaki yang sekarang umur 14 dan 15 tahun) dah saya didik dari umur 6/7 tahun bersembahyang setiap hari.  Jarang tinggal sembahyang walaupun waktu subuh saya tetap kejutkan.  Kalau susah nak bangun saya percikkan sedikit air di mata mereka, cepatlah mereka bangun.  Waktu umur mereka 11/12 tahun setiap hari sebelum ke sekolah saya tunggu dan suruh mereka baca surah At-Talaaq untuk pertahanan dan memudahkan/menerangkan  hati untuk menuntut ilmu.  Cuma sekarang saya dah tak buat macam tu sebab di sekolah mereka hari-hari baca Quran. Setiap hari waktu solat lima waktu saya tak lupa mendoakan mereka dengan menyebut nama mereka satu persatu.  Saya sendiri selalu buat solat hajat untuk mereka.  Tapi masih lagi terpengaruh dengan gejala sosial yang ada di sekitar mereka.  Anak saya memang saya tak berikan kebebasan sepenuhnya.  Mereka tak boleh keluar rumah melainkan waktu bermain di waktu petang dari pukul 5.00pm hingga sebelum Maghrib.  Sesekali aje dia  orang boleh keluar dengan kawan-kawan iaitu waktu hari perayaan.  Boleh kira dengan tangan bila diaorang dapat keluar ke Seremban.  Dulu memang diaorang rajin ke Surau samada Subuh, Maghrib dan Isyak.  Lepas tu saya dah tak benarkan.  Sebab ada aduan mengatakan waktu diorang balik dari suraupun sempat menghisap rokok.  Sekarang sesekali diaorang pergi juga ke surau tapi tak sekerap dulu.  Saya pun dah benarkan mereka pergi ke surau semula, sebab rasanya dah tak buat lagi.

Ibumitahli.  Bukan mudah untuk mendapat taraf ibumithali.  Perlu banyak berusaha dan berdoa.  Semoga suatu hari nanti Allah akan memakbulkan segala hajat dan permintaan kita.  Yang pasti kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa dan keluh kesah.  Saya sendiri pun kadang-kadang berkeluh kesah tapi saya ni manusia biasa yang tidak kuat iman dan juga mungkin tidak sabar menghadapi dugaan Allah.  Tapi saya sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah di atas kesilapan saya selamat ini.

Jika ada sesiapa yang ingin memberikan tips, nasihat dan petuan tentang mendidik anak-anak, boleh hubungi saya atau berikan komen anda.

O.klah, panjang pulak melalutnya, dari cerita merdeka hinggalah cerita anak-anak.  Setakat ini dahulu.  Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Kempen membaca Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Semoga anda sentiasa di dalam lindungan Allah hendaknya.

Bagi saya ni, sentiasa sibuk. Sibuk selalu dengan urusan keluarga, perniagaan dan lain-lain lagi. Di tambah dengan anak saya yang tua bakal menghadapi peperiksaan PMR pada bulan Oktober ni, tinggal sebulan lebih lagi, kerana kena sentiasa monitor dia. Anak lelaki ni memang susah sikit untuk mendidiknya. Terpaksa dan sentiasa perlu di ingatkan. Tak taulah apa nak buat lagi. Nampak relaks je. Kita pula yang lebih risau dari dia yang bakal menghadapinya. Kalau masa UPSR dulu kita boleh tunggu dan ajar dia tapi sekarang lain sikit. Kadang-kadang bila kita suruh baca buku, dia buat deg je. Bila di tunggu semasa belajar, dia ajak kita berborak.

Hai! ontahlah, comno nak buek?. Dah bosar panjang, nak di marah selalu kang kok boring pula dengar dan takut dia tak suka duduk rumah pulak. Tapi bila duduk rumah asyik tengok tv je. Tambahan pula cuti sekolah ni. Tak de lainlah asyik tengok tv je, sms atau menghadap pc. Memang susah sikit anak lelaki ni. Kalau dengar cerita kakak ipar saya tentang anak perempuan mereka, macam mana mereka belajar tahun lepas, dengarnya senang je. Tak perlu di ingatkan bila nak belajar. Malah kena tahan pulak jangan belajar terlalu teruk sampai tak tidur malam/tidur sikit je. Tak heranlah mereka boleh dapat 8A dan 7A. Tapi anak saya ni entahlah. Susah nak cakap tapi tak taulah mereka ni kadang-kadang cara belajar berbeza sikit. Harap-harap begitulah walaupun tak nampak ketara belajarnya tapi saya mengharapkan dia berjaya juga seperti sepupunya yang lain. Saya hanya mampu berdoa dan bersolat hajat untuknya dan ditambahkan dengan bacaan Al-quran yang saya amalkan selalu dan hadiahkan kepadanya. Semoga dia berjaya akhirnya. Amin, amin, ya Robbil alamin.

Menyentuh tentang membacar Al-Quran, memang sepatutnya kita amalkan membaca al-Quran setiap hari. Kita yang mengaku sebagai Islam sepatutnya kita bangga dengan al-Quran yang diturunkan untuk rujukan dan panduan kita. Sepatutnya kita membacanya setiap hari. Kalau setiap hari kita boleh membaca akhbar dan memperuntuk 15 minit atau 30 minit menghadap akhbar, majalah, internet atau apa saja perkara yang kita baca setiap hari, takkan tak boleh membaca dan membelek al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit untuk setiap hari. Bacalah, beleklah al-Quran untuk kebaikkan kita, keluarga dan umat Islam seluruh. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan darinya. Di tambah pula telah menghampiri bulan puasa ni, salah satu cara kita membuat persediaan untuk bulan puasa ialah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran semoga Allah memberikan pahala yang penuh untuk ibadah puasa Ramadhan kita nanti.

Memang sesuatu yang baik tu susah nak kita buat. Al-maklumlah terlalu banyak halangannya terutama dari diri sendiri. Kerana di sekeliling kita ni terlalu banyak iblis-iblis. Cuma kita tak boleh nampak. Di dalam darah kita juga tempat laluan iblis jadi memang amat susah, kerana dia telah menjadi darah daging kita. Tapi untuk kebaikan kita kena lawan dan akhirnya pasti kita berjaya. Anggaplah kita sedang berjihad melawan iblis-iblis yang berada di sekeliling kita. Lihat saje anak saya, walaupun mereka bersekolah di maahad tahfiz, hari-hari baca Quran tapi perangai merekapun masih tak berubah. Masih kena ingatkan, tanya dan suruh bila nak sembahyang. Subuh tetap kena kejutkan, kalau tak kejutkan tak sembahyang. Isyak selalu tinggal sembahyang kalau tak pergi ke Surau atau kalau tak saya ingatkan. Bukan senang nak melahirkan anak-anak yang baik/soleh ni. Kena terus berusaha tanpa rasa putus asa. Harap-harap saya tak mengalah dengan kerenah anak-anak saya ni.

Sambung balik tentang baca Quran tadi. Semoga kita akan berterusan membaca mukjizat Allah ini, walaupun bukan di bulan puasa. Bacalah al-Quran sepanjang masa atau setiap hari. Amalkannya, ia pasti akan membawa kebaikan dan perubahan pada diri dan keluarga anda. Tapi janganlah mengharapkan perubahan yang drastik. Sama juga kita makan ubat takkan sekali makan dah baik begitu juga Al-Quran. Begitu juga kebanyakan para wanita ni, semuanya nak cantik(tak salahkan? memang Allah suka sesuatu yang cantik dan bersih, saya tak sempat dan tak ingat firman Allah tapi memang ada, nanti kalau jumpa saya masukkan dalam mutiara kata kerana memang itulah naluri wanita), macam-macam makanan kesihatan dan peralatan(tapi jangan buat benda yang di larang/yang tak di sukai Allah seperti botox dll)  yang digunakan tapi rasanya sekali buat atau sekali makan takkan dah nampak cantik, itu sesuatu yang mustahil. Biasanya kena sentiasa amalkan dan istiqamah barulah mendapat hasilnya. Begitulah juga dengan membaca Al-Quran.

Oklah setakat ini saje dulu. Selamat menghadapi bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelang tiba. Semoga anda semua menghadapinya dengan penuh keseronokkan dan ketabahan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.