Archive for the ‘Lain-lain’ Category

Semalam yang Pergi

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sambutlah Tahun baru dengan cara yang diredhai Allah.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.


Wassalam.


Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Takdir Allah adalah yang Terbaik

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Banyak perkara yang tidak diduga dan disangka boleh berlaku ke atas kita.

Banyak perkara yang terjadi menjadikan kita buruk sangka, tuduh menuduh, bergaduh, cemburu yang keterlaluan, mengata, mengumpat, marah antara satu sama lain dan banyak lagi perkara mazmumah yang kita lakukan yang semuanya adalah dalam dosa-dosa besar.

Yang pastinya, semuanya datang dari Allah dan kepada Allahlah kita berserah.  Berusahalah, berdoalah, bermunajatlah kepada Allah semoga kita boleh menghadapinya dengan tenang dan usaha kita untuk memperbaiki keadaan tidak lari dari jalan Allah.

Banyakkan menuntut ilmu-ilmu agama yang membolehkan kita mengawal diri, dan membeza mana yang betul dan mana yang salah supaya tidak menjadikan kita tergelincir dari jalan yang Allah tunjukkan.

Ikhlaskan diri kerana Allah.  Berserahlah diri pada Allah.  Banyakkan minta pertolongan Allah dan banyak solat hajat dan munajat.  Semoga Allah memberikan pertujuk kepada kita.

Laluilah ujian ini mengikut apa yang digariskan oleh ISLAM.  Sentiasa dampingi ilmuan-ilmuan Islam dan sentiasa tanyakan pendapat mereka.

Sesungguh Takdir Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Read the rest of this entry »

Program cuti Sekolah – Gotong Royong

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Cuti sekolah telah menghampiri ke penghujungnya.  Tiada apa-apa program luar yang saya sediakan untuk anak-anak.  Sekadar program dalam rumah yang tidak mereka laksanakan dan tidak mendapat sambutan dari anak-anak.  Tambahan pula anak saya yang pertama masih lagi dalam mood peperiksaan walaupun hari ini merupakan hari terakhirnya.

Semasa menghampiri cuti sekolah dulu, saya telahpun menawarkan kepada anak ke tiga saya duit sebanyak RM50.00 sebulan jika dia boleh mengaji di rumah setiap hari semasa cuti ini.  Manakala untuk anak kedua, saya menyuruhnya mengajar adiknya Abdul Sadiq sembahyang sampai pandai dan memberi ganjaran yang sama seperti anak ke tiga saya.  Pun tidak mendapat sambutan, padahal anak saya Sadiq tu dah boleh solat cumanya nak betulkan bacaan dalam solat dan juga pergerakkan dia dalam solat.  Padahal dia juga telah menjadi fasilitator yang diamanahkan/ditugaskan oleh guru sekolahnya mengajar budak-budak sekolah rendah yang berhampiran sekolahnya.  Mengajar cara solat yang betul.  Tapi bila disuruh ajar adik-adiknya, dia bagi bermacam-macam alasan.  Agaknya nilai upahnya tidak cukup besar tu sebabnya tak “diapiknya”.  Dia lebih rela berSMS yang tiada apa ganjaran lagi “lagha”, serta menghabiskan duit yang sedia ada.  Astagfirullah halazim….anak den!

Entah di mana silapnya.  Mungkin juga ganjarannya tak cukup besar atau mungkin juga cara saya tidak kena menjadikan mereka buat “deeeek” sahaja dengan tawaran yang saya berikan.  Walaubagaimanapun saya juga ingin menjadi(baru belajar) seperti mereka, selamba je, walaupun sebenarnya geram juga dengan perangai diaorang.  Nak buat macam mana, buruk ke, baik ke anak saya juga.  Saya cuba untuk tidak mengambil hati dengan mereka, cuba juga menjadi seperti arwah emak mertua tak menunjukkan reaksi marah.  Semoga dosa  saya yang suka marah-marah yang bertimbun-timbun tu dapatlah dikurangkan sedikit dengan ‘dicover’ oleh mujahadah untuk menjadi seorang yang penyabar. Ameen.

“Mujahadah” , walaupun gagal mencapai targetnya tapi masih diberi ganjaran oleh Allah.  Alhamdulillah, dengan niat sahaja sudah mendapat pahala.  Lihatlah!  Betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap kita semua.

Walaubagaimanapun bab bergotong royong tu mereka semua seronok.  Mungkin juga beramai-ramai, dapat juga diselang selikan dengan gelak ketawa dan gurau senda, tulah mungkin daya penariknya.

Di masa cuti sekolah ni banyak pula aktiviti gotong royong.  Masa mak saya balik dar i Mekah, kami buat kenduri dan masak  bersama-sama, jadi sama-samalah bergotong royong di sebelah keluarga saya.  Tapi masa tu tak terfikirlah pula nak ambil gambar.  Gotong-royong di taman dan di kampung arwah mertua saya, sempatlah sikit ambil gambarnya.  Jadi di bawah ni saya sertakan sedikit gambarnya untuk tatapan semua.

Semoga anda boleh berfikir sejenak apakah kebaikkannya kita bergotong royong dengan jiran tetangga maupun dengan ahli keluarga dan adik-beradik sendiri.  Renung-renungkanlah…,

Gotong Royong di Taman Perumahan

Gotong royong kat taman saya. Tak jauh, berkumpul dipadang depan rumah je.

Read the rest of this entry »

Tentang Islamic Fashion Show

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Oleh kerana rasa cinta dan kasih sayang saya terhadap pembawa cahaya Islam ke seluruh alam ini, iaitu Muhammad s.a.w,  saya juga tidak bersetuju atas apa yang berlaku di IFF, sungguh keterlaluan!.  Dari mula-mula penganjurannya lagi saya sudah dapat merasakan ketidak sesuaiannya ia di panggil IFF(tak pasti nama penuhnya).

Jadi saya gunakan sahaja artikel Ustaz Zaharuddin untuk menyatakan bantahan saya.  Semoga ia menjadikan peringatan untuk diri saya terutamanya yang masih lagi suka  memakai baju dan tudung yang cantik-cantik(berfesyen).

********************************

‘Islamic Fashion Show’ telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah ‘clear cut’ bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama ‘Islamic’. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.

Read the rest of this entry »

Rahmat di sebalik Musibah

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Semalam(Petang Jumaat), di taman saya dan taman-taman yang berhampiran berlakunya ribut dan hujan air batu.   Kerana rintik-rintik yang jatuh tu sebesar guli.  Begitulah kata suami saya kerana semasa hujang dan ribut tu terjadi, ketika kami mendengar kuliah yang di sampaikan oleh ustazah.  Jadi taklah kami pergi meninjau ke luar tapi bila pokok yang masih lagi tegak tapi dah layu dek kerana di makan anai-anai  tu tumbang barulah kebanyakkan kami menoleh keluar. Di tambah pula ribut petir dan terjadinya blackout di rumah saya ketika berlangsungnya majlis ilmu, tahlil dan doa selamat serta sedikit jamuan untuk kawan-kawan yang menghadiri Kuliah “Penawar bagi Hati”.  Walaupun pada awalnya cuaca terang benderang  dan tiada tanda-tanda nak hujan.  Nasib baik jugalah mereka sempat sampai ke rumah saya, baru perkara tersebut berlaku.  Mungkin inilah yang di katakan “Rahmat di sebalik musibah”.

Kata Kak Kam(salah seorang yang hadir).” agaknya dek kerana pergi belajar Agama tu sebab kereta akak yang di letakkan betul-betul di bawah pokok tu, tak dihimpapnya.  Pokok tu boleh tumbang menyenget pulak.”

Walaupun pokok tu sebahagian dahannya jatuh ke dalam kawasan rumah saya tapi tak merosakkan apa-apa yang ada.  Cumanya suami dan anak-anak bujang saya terpaksa menebang dan membersihkan pokok-pokok dan daun-daun.  Allah nak bagi pahala lebih sikit pada mereka, kerana pokok tu bukan kami punya tapi jiran sebelah rumah kami.  Kebetulan mereka pun tiada di rumah.

Sebenarnya bukan di hadapan rumah kami je pokok tumbang, ada satu lagi di kawasan taman kami.  Manakala di belakang rumah kami atap rumahnya(taman lain) terbang di tiup angin dan juga ada jiran yang nak  buat kenduri kahwin pun atap khemahnya terbang di tiup angin.

Secara kebetulan pula saya mengadakan majlis ilmu dan berlaku bentul-betul di hadapan rumah saya.  Itulah petandanya “Rahmat di sebalik Musibah”.

Majlis yang saya adakan sempena keberangkatan emak saya untuk menunaikan haji pada 17hb ini,  juga untuk anak saya yang sulung yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada bulan depan.

Emak saya walaupun dalam keadaan lemah dan sakit masih kuat semangatnya untuk menerima undangan dari Allah ke Mekah.   Katanya, “kalau tak larat nanti upah ajelah.”  Syukuralhamdulillah.

Read the rest of this entry »

Syawwal yang terus diraikan

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Pada 2hb Oktober 2010 lepas, ahli jawatan kuasa surau taman saya telah berjaya menjayakan sambutan syawwal untuk tahun ini.  Sungguh meriah suasana kali ini.  Dah lama rasanya tak masak secara bergotong royong.  Jadi kali ini berpeluang semula seperti waktu-waktu mula-mula taman ini diduduki.

Waktu-waktu beginilah dapat merapatkan semula silaturahim, walaupun sebelumnya ada sedikit pergeseran atau perbalahan.  Biasalah hidup berjiran.  Sedangkan dalam rumahtangga pun, anak beranak, suami isteri ada yang tidak kena, inikan pula jiran tetangga.  Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri maupun jiran tetangga.

Jadi sempena di hari kemenangan ini, teruskanlah kekalkan kemenangan kita melawan syaitan-syaitan yang berkeliaran samada yang berkepala hitam maupun yang tak nampak pada pandangan.  Marilah kita terus kekalkan perpaduan diantara kita. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih.

Maka di bawah ini saya sertakan sedikit gambar-gambar sempena sambutan Syawwal peringkat taman di taman kami, Taman Alamanda, NEGERI SEMBILAN.

Beginilah pagi dan petangnya…

Read the rest of this entry »

Bekalan ke Destinasi Terakhir.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ketika saya mencari-cari keputusan apa yang patut saya buat,  Allah telah memilih manusia-manusia mulia untuk mengutuskan sesuatu untuk saya fikirkan.  Terima kasih Allah dan terima kasih kepada manusia-manusia yang sentiasa menulis perkara-perkara yang baik untuk difikirkan serta dimanfaatkan bersama.

Saya begitu tersentuh dengan kisah si penjual tempe yang tersiar di blog Ros Illiyyuun.  Panjang kisahnya,  kalau nak baca pergi ke blog dia(klik di sini).

Begitu juga ustaz/ustazah yang melahirkan hasil tulisan yang baik untuk pengunjung blognya antaranya Ummu Husna dan Ummu Abbas yang begitu bermanfaat hasil tulisannya.  Semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal dari “Pemberi Ilham” kepada mereka.

Ya.., sebagai manusia biasa yang hina dina di sisi Penciptanya, sering saje apa yang dirancang tidak terjadi seperti apa yang diharapkan.  Bukannya sesekali perkara tersebut terjadi malah berkali-kali tetapi tidak bererti saya telah putus harap, cumanya saya sebagai manusia berdosa dan bernoda sekadar meluah rasa.  Tanpa disedari tersalah kira dan terlepas bukan pada tempatnya. Pun begitu saya kira tidak mengaibkan diri sendiri tetapi dengan niat di hati ingin memberi ingatan pada yang sudi untuk berfikir demi kebaikan diri anda sendiri mahupun ahli keluarga sendiri.

Ya…, memang saya akui seperti kata “Genta-Rasa” dari ustaz Pahrol,

“…Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Read the rest of this entry »

Pahit Manis Kehidupan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Selesai sahaja cuti sekolah yang baru lepas terasa macam satu bebanan yang berat telah mampu diturunkan.  Walaupun masih ada rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguhnya,  walaupun pinggang masih terasa sakitnya tetapi sudah boleh  badan ini berdiri tegak.  Nafas pun sudah terasa lancar seperti sediakala.  Namun bukan bermakna tiada apa bebanan dan halangan yang bakal terjadi di masa akan datang.  Semuanya akan datang dan pergi bersilih ganti,  maka bersedialah kita untuk terus menghadapi segala ranjau duri kehidupan, asam garam kehidupan atau pahit manisnya kehidupan dan pelbagai perumpamaan yang boleh digunakan.

Di dalam sengsara pasti ada bahagia, di dalam suka pasti ada duka, susah tentu ada senangnya dan begitulah seterusnya.  Cumanya di sini ingin saya selitkan sedikit ‘memori cuti sekolah’ untuk tatapan anda semua.  Sedikit sebanyak yang telah saya lalui di musim cuti sekolah yang lalu.  Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tidak juga untuk membesarkan mana-mana pihak termasuklah diri saya sendiri.  Terimalah seadanya dan janganlah ada rasa curiga dan buruk sangka…

Read the rest of this entry »

Terima Kasih Stormreaders

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Klik pada gambar untuk membuat belian.

Hari ini, 17.04.2010, lebih kurang pukul 11.45a.m saya menerima bungkusan dari pos laju yang di hantar dari Stormreaders.  Syabas dan terima kasih Stormreaders kerana sampai tepat pada hari yang di janjikan.  Dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat.  Walaupun terdapat masalah pada e-store saya dan juga terpaksa menghabiskan duit topup saya menghampiri harga buku(dlm RM30.00) untuk menalifon ke Stormreaders supaya semuanya dapat dihantar seperti yang dijanjikan.  Walaupun saya bukanlah ahli/pengedar yang aktif namun mereka tetap melayan saya dengan baik.

**********

***

Tak de gambar buku “Hadiah buat Muslimah”.  Kamera rosak.  Jadi saya upload “tudung buat muslimah” yang bakal saya jual tak lama lagi.  Ada tudung bulat dan ada tudung separa bulat.  Ada juga set tudung(sarung tangan dan kaki dari kain yang sama).  Malangnya kamera rosak jadi tak bolehlah… buat masa sekarang.  Sepatutnya saya dah boleh uploadkan klip video untuk telekung, tak sempat nak buat klip video, kamera dah rosak.

Itulah satu-satunya kamera saya, yang saya gunakan untuk buat klip video, tapi malang, innalillah….  Mungkin Allah tak izinkan saya buat masa ini untuk saya menjual telekung dan tudung.  Mungkin juga tak jadi langsung.  Wallahhua’lam.

**********

***

Read the rest of this entry »

Sukan PASTI peringkat Daerah Rembau

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Dengan niat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang berbentuk Islami, ingin saya paparkan program PASTI peringkat Daerah Rembau.  Tambah-tambah pula orang kuat PAS/PASTI mengharapkan setiap ibubapa yang menghantar anak-anaknya ke Tadika PASTI boleh mempromosikan produk-produk yang mereka sediakan, jadi saya mengambil kesempatan tersebut dengan menyiarkannya di blog saya.

Sudi-sudikanlah melihatnya….

Diadakan di padang Sekolah Rendah Senawang, Seremban pada 04.04.2010.  Program tersebut di mulakan seawal 7.30a.m dengan perbarisan oleh anak-anak PASTI dari tadika PASTI diseluruh Daerah Rembau.   Perbarisan tersebut di menangi oleh PASTI Al-Amal Taman Marida, tempat anak saya belajar.  Malangnya tak dapat saya sertakan gambarnya, saya datang lewat.  Anak-anak bujang saya yang tunggu adiknya pula, tak bawa kamera untuk merakamkan detik tersebut.

Banyak hadiah di bolot oleh Pasti Al-Amal Taman Marida.  Walaupun sekolah tersebut tak ramai muridnya tetapi guru-gurunya sungguh berdedikasi dan mampu melahirkan anak-anak yang hebat dalam sukan mahupun pelajaran.  Tahniah untuk cikgu Ros, Azizah dan Ummi.

Di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat saya ambil…

Antara ibubapa yang hadir.

Read the rest of this entry »

Mengabadikan Kenangan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Hari Sabtu(27/3/2010) lepas, Helwa taman saya mengadakan program “Ramah Mesra bersama Helwa”.  Ia sempena juga Hari Kesihatan dan Usahawan Taman serta juga Hari Kantin sekolah Kafa Taman kami. Kami mengadakan program tersebut di  Surau taman.

Cumanya di sini saya ingin mengabadikan kenangan untuk Program Helwa(Program yang lain tak pergi) yang mana saya turut terlibat untuk menjayakan program tersebut.  Walaupun anak saya terlibat disebelah paginya saya tidak berkesempatan untuk pergi kerana ada lagi saki baki persiapan yang belum disiapkan.  Tambahan pula saya dipertanggunjawabkan untuk program Pertandingan Masakan(terkilan juga tak dapat masuk pertandingan ni..).  Kad untuk perserta dan kad tanda Pemenang(tak tau namanya) masih belum siap lagi.  Nak dijadikan cerita printer pula meragam dan inknya pun habis, jadi bertambah lambatlah siapnya.

Di bawah ini khas untuk orang taman saya yang nak lihat gambar program tersebut.  Maaflah saya tak pergi cuci gambar tu.  Kalau nak,  ambil(copy & paste) je kat blog saya ni yaa..

Antara muslimah yang datang untuk program Helwa. Beramah mesra sementara menunggu program di mulakan.

Di mulakan dengan bacaan doa oleh ustazah(menantu Kak Normah yang pernah saya ceritakan sikit kisahnya, maaflah namanya panjang sangat sampai tak ingat). Di sebelahnya Cikgu Hasni yang menjadi MC

Read the rest of this entry »

Pizza Kak Faridah untuk Dijual

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Secara kebetulan Jiran setaman saya baru mula menjalankan “perniagaan dari rumah” antaranya pizza, kek coklat, Coklat cookies(yang ni rasanya saya nak tolong jualkan secara on line, harap-harap dapat komisyen dari dia, he..he..he…).

Jadi saya nak tolong promosikan produk dia.  Ini untuk orang-orang sekitar Seremban ya…  Akan di hantar di hadapan rumah anda. InsyaAllah.

Kelas Pengajian petang Jumaat yang lepas dia jamu ustazah dan kami yang mengikuti kelas itu, jadi saya sertakan sedikit gambarnya untuk anda yang ingin buat pembelian.

Kak Faridah tuan punya perniagaan. Tapi dalam perniagaan ini, anak daranya, Ayu menjadi orang kuat/tukang buat/pakar masak.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan dan pertanyaan selanjutnya bolehlah hubungi Kak Faridah, tel 012-2243696.  Hai orang Seremban, sokonglah “Perniagaan orang Islam”.  Dia juga ada menjual produk-produk halal.

Read the rest of this entry »

Jengahan Tahun Baru.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jengahan Pertama

Terlalu pantas masa beredar.  Rasanya baru sahaja tahun baru menjengah.  Sedar tak sedar sudah melewati seminggu tahun baru 2010 manakala tahun baru Hijrah telah menghampiri bulan Safar pula.

Kayu hoki specialTerasa reda sedikit lelah.  Maklumlah rumah yang bagai tongkang pecah telah dapat dipulihkan semula.  Mana tidaknya musim cuti sekolah di dalam rumah pun boleh dijadikan padang.  Batang paip boleh dijadikan kayu hoki.  Itulah kreativiti suami saya untuk memudahkan anak-anaknya bermain.  Akhirnya terpaksa dilarang kerana dijadikan pedang untuk main lawan-lawan.  Mana tidaknya yang bermain dari anak yang besar sekali hinggalah yang kecil sekali.

Urusan persekolahan anak-anak juga menjadikan saya lebih sibuk dari biasa.  Banyak perkara terpaksa di rombak  dan difikirkan untuk kebaikkan bersama.  Namun demikian segalanya dapat diselesaikan kerana semua ahli keluarga saya memainkan peranan masing-masing dan sama-sama berkerjasama.   Alhamdulillah.

Read the rest of this entry »

Indahnya Alam CiptaanNya

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Tadi, dalam perjalanan balik dari menghantar anak saya yang ketiga, Abdul Haziq sempat juga saya mengambil gambar dari atas kereta.  Jalan/highway baru dari Seremban ke Kuala Pilah.  Bagi mereka yang nak pergi ke Kuala Pilah dah tak perlu ikut jalan yang melengkok-lengkok macam ular tu lagi.  Jalan dah lurus sekarang.  Alhamdulillah.

Teringat pula macam nak balik kampung wan saya(Karak Highway) jika ikut jalan baru ni, sungguh cantik dan menarik bila menikmati permandangan hutan belantara dari atas bukit.  Boleh juga saya gunakan gambar tersebut untuk hiasan kepala blog saya.

Jadi di sini saya lampirkan sedikit gambar untuk tatapan anda semua.  Lihatlah ia sebagai keindahan alam cipataan Tuhan yang Maha Hebat ini sebagai satu kehebatan yang tiada tolok bandingnya.     Lihatlah betapa cantiknya permandangan di waktu matahari hampir terbenam.

jlnbaru

Gambar 1

Read the rest of this entry »

Hari Kecemerlangan.

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Semalam saya bersama suami menghadiri Hari Kecermerlangan PASTI Daerah Rembau.  Meriah sungguh suasananya.  Di adakan di Dewan sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hua, Rahang, Seremban.  Lapan buah sekolah PASTI yang berada di daerah Rembau.  Semuanya berkumpul di dalam satu dewan untuk meraikan anak-anak didik PASTI yang bakal menerajui ke Agungan dan kegemilangan Islam yang bakal menjelma suatu masa nanti.

Terima kasih kepada guru-guru dan AJK yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan program ini.  Terutamanya kepada guru-guru anak saya iaitu Cikgu Zizah, Cikgu Ros dan Cikgu Ummi dari PASTI Al-Amal Tmn Marida yang mendidik anak  saya Abdul Sodiq, yang mana anak-anak didiknya berjaya membuat persembahan yang hebat pada hari tersebut .  Pelajar Cemerlang daerah Rembau juga adalah datangnya dari Sekolah Pasti Al-Amal Taman Marida.  Tahniah kepada mereka yang berjaya.  Di bawah ni di antara gambar-gambar yang sempat saya edit.

Kemeriahan ibubapa pelajar PASTI.  Di depan tengah tu para jemputan VIP termasuk YBTuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani.  Satu-satunya YB PAS dari Negeri Sembilan.

Kemeriahan ibubapa pelajar PASTI. Di depan tengah tu para jemputan VIP termasuk YB Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani. Satu-satunya YB PAS dari Negeri Sembilan. Kerusi Jemputan VIP sama je dengan kerusi ibubapa yang lain-lain tu. Saya suka macam ni, serba sederhana.

Read the rest of this entry »

Roti Canai Goreng.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

“Pergi order dengan orang lain”.   Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut mamak/bangla(Tak pasti…), selepas En. Juli membuat order.   Suami saya merasa hairan.

En. Juli, kawan kepada suami saya menceritakan pengalamannya, semasa dalam perjalanan balik dari sebuah restoran yang selalu di kunjunginya untuk bersarapan pagi.   Suami saya dan En. Juli ni, memang ngam, selalu minum bersama dan tolong menolong di dalam melakukan kerja yang di tugaskan, di Hospital Besar Seremban.

Read the rest of this entry »

Jimat Belanja – Trek Kayu

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Trek batang atau trek kayu(apa sajelah istilah yang di gunakan) walaupun sudah turun harga tetapi harga masih lagi di dalam katogeri mahal di tambah pula dengan kos pemasanganya.  Tidak semua orang mampu memilikinya.   Tapi bagi kita kaum wanita ini memang suka sesuatu yang cantik terutama jika waktu-waktu begini.  Waktu kita akan menerima ramai tetamu di hari raya nanti.   Sesuatu yang cantik itu memang di sukai oleh agama kita(Islam) tetapi janganlah sampai ada niat untuk menunjuk-nunjuk sehingga sanggup berhabis dan membazirkan duit pula.  Di tambah pula harga barang sekarang ini semuanya sudah naik.

Di sini saya ingin memberikan anda satu ilham menghasilkan trek berbatang, yang boleh mengurangkan separuh daripada harga jika di bandingkan anda membeli di kedai dan mengupah orang memasangnya.  Anda boleh lakukan dan buat sendiri trek batang tersebut di rumah anda.  Berikut adalah cara-caranya untuk membuat trek berbatang.

a)  Anda boleh menggunakan batang paip pvc yang berukuran 3/4inci untuk membuat trek berbatang.  Boleh di dapati di kedai-kedai Hardware dan harganya lebih rendah.  Ukur trek anda dan lebihkan 6inci di kedua-dua hujungnya.  Untuk sliding door, jika terlalu panjang anda boleh membahagikan kepada 2 bahagian dan menggunakan 2 batang paip pvc.

b)  Gunakan cat hitam atau coklat untuk mewarnakan trek batang pvc tersebut.  Gunakan cat spray atau sapu yang harganya tak sampai RM10 dan rasa cukup untuk bahagian utama rumah anda.  Cat batang paip tersebut dan jemurkan di tempat panas sehingga kering.

c)  Anda boleh membeli bahagian aksosari yang lain seperti tombol, penyangkut bergegelang, pemegang trek, berasingan di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai pemborang barang-barang berasaskan kayu.  Aksosari kayu lebih berkualiti dan mahal jika di bandingkan dengan jenis campuran plastik.  Walaupun anda membeli aksosari kayu yang berkualiti tinggi kos untuk keseluruhan membuat trek tersebut masih lagi separuh dari kos jika di bandingkan anda membeli atau mengupah orang memasang di rumah anda.  Jadi pilihlah mengikut budget anda.

d)  Untuk memasang trek berbatang.

Tebuk lubang atas sedikit dari trek biasa(asalkan boleh meletakkan tapak pemegang trek). Di bahagian kiri dan kanannya di lebih/panjangkan 1 inci dari trek biasa.  Gunakan drill untuk menebuk lubang.  Jika anda tiada drill sendiri rasanya bolehlah pinjam dari jiran-jiran yang ada drill.  Minta bantuan suami anda atau anak bujang anda melakukanya.  Atau jika anda seorang yang berani mencuba sendiri lakukan sendiri.  Saya membuatnya sendiri,  walaupun suami saya boleh membantu.  Maklum ajelah dia berkerja jadi masanya tidak menentu dan tidak banyak di rumah.  Setelah anda selesai memasang segala skru yang sepatutnya,  memasukkan gegelang penyangkuk dan tombol maka anda sudah boleh menggunakannya trek berbatang anda.

Bagi anda yang menggunakan 2 batang pvc yang berasingan untuk membuat trek berbatang, pastikan ia di bahagikan sama panjang dan bahagian penyambungnya boleh di sorokkan dengan meletakkan bahagian penyambungnya di bahagian tengah, di mana tapak pemegang trek di bahagian tengah di pasangkan. Untuk membuatkan bahagian penyambung trek berbatang lebih kuat, masukkan batang pvc(sesuatu yang berbentuk batang) yang pendek(dalam 3/4 inci) dan lebih kecil ukurlilitnya dari batang di luar.  Lilitkan kain, kertas atau double sided tape untuk mengelakkan batang tersebut dari tercabut.  Masukkan kedua-dua batang trek yang ingin di sambungkan dan rapatkan.  Pastikan ia betul-betul ketat supaya tidak mudah tercabut. Lihat gambar di bawah.

SELAMAT MENCUBA

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jadi Tarzan

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Di hujung minggu yang baru lepas ni, saya dan keluarga berpeluang balik ke rumah mak dan mak mertua.   Seronok rasanya bila sesekali dapat balik ke kampung.  Di tambah sekarang ni musim buah-buahan.  Harap-harap kami sekeluarga bukanlah di kalangan yang di panggil saudara buah oleh  suami saya.  Suami saya ambil cuti pada hari Jumaat yang lepas kerana nak balik ke kampung.  Maklumlah hari Sabtu(petang) dan Ahad(pagi), anak-anak saya akan menghadiri kelas tuisyen bahasa Arab.  Jadi kena balik hari Jumaat, kalau tidak sekadar dapat menunjukkan muka sahajalah kat kampung.

Lepas solat Jumaat kami bertolak ke kampung.  Kami balik ke kampung saya dulu baru balik kampung suami.  Memang satu laluan tapi balik yang jauh sikit dulu.  Kebiasaannya beginilah caranya kami balik ke kampung, siap-siap masak di rumah barulah balik ke kampung.  Jadi kat kampung tak delah sibuk nak memasak je.  Jadi dapatlah berborak-borak dengan mak.   Saya memang tak boleh jumpa mak, ada je benda yang nak di ceritakan.  Rasanya tak cukup masa nak bercakap.  Kalau kat telefon pun macam tu, sampai kena ‘warning’ kat suami sebab bergayut lama sangat mengalahkan orang muda-muda sekarang ni.

Ada baikkanya juga bila suami mengingatkan tu sebab mula-mula cerita biasa-biasa je, cerita pasal keluarga sendiri dan bertanya khabar mak dan abah, tapi lama kelamaan cerita pasal orang lain pula, kan dah mengumpat pula jadinya.  Jadi ada peluang berjumpa saya gunakan masa yang sedikit itu untuk berbual dengan mak saya.  Saya cuba mengambil hatinya dengan melayan cerita-ceritanya, maklumlah orang tua cepat tersinggung.

Jadi saya cuba mengembirakan mereka dengan membawa apa yang mereka suka seperti hidangan untuk makan malam di bawah ini.

Bekalan yang di bawa semasa balik ke kampung.  Ada ayam panggang kegemaran abah saya, lauk kurma daging untuk anak-anak dan acar buah kegemaran mak.  Saya masak nasi beriani kat kampung tapi rencah dah siap-siap tumis kat rumah jadi bila sampai kampung terus je masak dalam rice cooker.  Nak tau caranya?  Nantilah suatu hari nanti saya akan beritahu.

Lepas makan malam kami terus ke rumah mak mertua.  Perjalanan lebih kurang ½ jam je.  Kami singah rumah kakak ipar ambil mak mertua.  Kerana sebelah malam dia tidur kat rumah kakak ipar, ialah tinggal seorang, manakala sebelah siangnya balik rumah sendiri.  Kakak ipar mengajar, jadi tak de sesiapa kat rumah bila siang, jadi dia nak balik rumah sendiri.  Taklah jauh dari rumah kaki ipar ke rumah mak mertua, lebih kurang 5-10 minit sampailah.  Tapi kesian jugak kat kakak ipar, pagi-pagi kena hantar mak mertua ke rumahnya manakala sebelah petang/malam ambil mak mertua, tidur di rumahnya.  Tapi kakak ipar saya memang baik, tak pernah dengar dia merunggut bercerita letih atau yang lain-lain… kerana maknya.  Kakak-kakak yang lain semuanya tinggal jauh.

Mak mertua saya memang tak nak duduk dengan anak-anaknya.  Kalau datang pun sekejap-sekejap aje ke rumah anak-anaknya.  Bila sakit, barulah dia tak balik rumah sendiri, sebelah siang pun kat rumah kakak ipar, tapi bila sakitnya berpanjangan kena bawa rumah kami,  sebab dia tak nak makan ubat.  Dengan suami saya, dia ikut je cakap suami saya, makan ubat ikut jadual yang telah di beri.   Dia pernah bercakap kat doktor sambil di dengar oleh suami saya, “ialah masa kecik-kecik anak ikut cakap kita, sekarang ni kita kena ikut cakap anak pulak”,  macam perli je, kata suami.

Jadi sampai rumah mak mertua, kami bersiap-siap untuk tidur je.  Bila pagi biasalah, beginilah aktiviti kami,

Anak saya Abdul Sodiq, memang suka tolong untuk mesin rumput, jadi suami bagi peluang dia mesin rumput, untuk memuaskan hatinya.  Selagi tak dapat selagi tulah dia menyibuk.

Anak saya Abdul Muiz, Siti Aisyah dan Abdul Haziq tengah “momoron” kata orang nogori.  Bab membakar sampah ni bagilah kat dia orang.  Kalau tak de daun kering, surat khabar lama yang wannya simpan pun habis di kerjakan.

Anak saya yang tua, Abdul Shofi deman dan kena gatal-gatal kat badanya.  Malu-malu kucing je tu..

Jadi dia duduk atas rumah aje.  Kalau tidak, dialah antara orang kuat, yang rajin menolong.  Apataknya, selalunya wan mereka akan bagi upah, tu sebab rajin.  Kalau kat rumah sendiri,  Allah je lah yang tau.. betapa susahnya nak suruh dia orang.  Agaknya sebab tak dapat upah.  Kena bebel lagi adalah.

Suami tengah ambil buah ciku dan anak tengah menyapu sampah.

Anak perempuan saya,  Siti Aisyah.

Gambar di atas, bila sampai di rumah buah yang telah di ambil terpaksa di keluarkan dari plastiknya, kalau tidak ia meruap dan cepat busuk.  Biasanya kami akan memanjangkan sedekah kepada jiran-jiran yang dekat dan yang rapat dengan saya.  Tapi tahun ni kami tak ambil banyak.  Dah tua, dah tak larat nak memanjat.

Percaya atau tidak inilah saya.  Berbezakan antara gambar di atas dengan gambar di bawahkan?   Ramai orang mengatakan saya seorang yang lemah lembut tapi yang sebenarnya di sebaliknya.  Mereka tak percaya dengan cerita saya.

Kalau musim buah beginilah saya.  Saya merupakan menantu yang paling muda kerana suami anak yang kecil sekali,  ‘anak omak’.  Jadi saya je yang sangup memanjat.  Suami  dan anak-anak pun tak sangup, setakat kat dahan yang rendah-rendah je.  Jadi yang tinggi-tinggi tu sayalah yang usahakan.

Panjat pokok manggis.  Suami tolong temankan setakat tu lah ketinggiannya.  Perut dah boroi, takut dahan merekah.  Kah! kah! kah!!..Jangan marah ye bang, kutuk-kutuk manja..

Kami sibuk ambil buah, mak mertua pulak sempat lagi menebas-nebas semak yang berhampiran.  Kuat lagi, padahal umur dah lebih 80 tahun.

Panjat pokok rambutan pulak.

Nasib baiklah pokok langsat tu tinggi dan suami tak bagi panjat.  Kalau tak lepas ni panjat pokok langsat pulak.  Lagipun dah waktu nak memasak untuk makan tengah hari.  Tak sempat.  Petangnya nak balik sebab suami akan kerja sebelah malam dan anak pula kena pergi tuisyen sebelah petang.

Lihatlah kebesaran Allah. Ada pokok yang berbuah di hujung dahan, ada juga yang berbuah di batang pokoknya.  Allahhu Akhbar ! Bertapa kerdilnya kita di dunia ini.  Betapa tingginya kita boleh memanjat, betapa tingginya kita boleh mendaki, betapa tingginya dan mulianya kita di sisi manusia serta macamana hebatnya sekali pun kita, akhirnya akan ke bawah juga, ke liang lahat yang cukup untuk memuatkan kita seorang sahaja.   Hanya amal sahaja yang boleh melapangkan kehidupan kita di sana nanti.  Semoga kita terutamanya saya, tidak ada sedikitpun sifat-sifat riya”, sombong, takabbur atau suka menunjuk-nunjuk.

Firman Allah yang bermaksud,

“Maka celakalah bagi orang-orang  bersembahyang, yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya.  Mereka yang mengerjakan kebaikan minta di lihat orang”.

(al-Ma’un: 4-6)

“Dan mereka minta dibukakan (hatinya), namun kecewalah setiap orang yang menyombong diri dan keras hati.”

(Ibrahim: 15)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk Neraka Jahannam dengan menderita penuh kehinaan.”

(Al-Mu’min: 60)

dan sabda Rasullallah s.a.w.

“Allah azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan yang di lakukan dengan riya’, meskipun riya’nya sekadar debu sahaja,”

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.”

Semoga saya bukanlah dari kalangan orang yang Allah dan Rasulnya sebutkan di atas. Walaubagaimanapun masih ada lagi sifat-sifat di atas, harap-harap sebelum menghembuskan nafas terakhir ia akan hilang dan berubah. Astagfirullahhal’zim

Ameen, ameen.. Ya Robbal alamin.

Jadi Tarzan di musim buah je.  Lepas panjat satu pokok ke satu pokok lagi.  Kat rumah sendiri pun sesekali jadi tarzan jugak, bila panggil anak yang ada kat tingkat atas.  Bilalah…  saya boleh berubah untuk tidak menjadi tarzan lagi?  Tengah berusaha, tapi belum berjaya.  Doakan saya.

Walaupun dah bermacam-macam buah yang di bawah balik.  Nak juga beli buah mata kucing kegemaran saya,  jadi suami tolong belikan kat tepi jalan antara Seremban – Kuala Pilah.  Itulah manusia nikan, tak pernah cukup dan puas dengan apa yang ada.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Poco-poco ke erobik?

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Entah kenapa tiba-tiba tergerak hati, nak merakamkan aktiviti yang di lakukan oleh kaum ibu di hadapan rumahku setiap pagi di antara pukul 7.30 a.m hingga 8.30 a.m setiap pagi kecuali hari Ahad(kalau tak silap).  Di kawasan padang permainan kanak-kanak inilah mereka melakukan aktiviti mereka hampir setiap hari.  Kata mereka untuk kesihatan diri dan menyihatkan badan.  Maklumlah umur semakin meningkat jadi badan pun meningkat besarnya.

Setakat ini aku masih lagi tidak bersedia untuk bersama dengan aktiviti ini.  Mungkin sibuk atau mungkin ia tak sesuai denganku kerana perasaan maluku masih menebal di jiwa, apatah lagi berada di kawasan yang terbuka seperti itu.

Sekarang ni memang demam poco-poco.  Banyak kawasan perumahan di sekitar Seremban ini mengadakan aktiviti poco-poco untuk kaum ibu mereka, termasuklah taman tempatku tinggal.  Bukan sahaja mereka yang setaman dengan ku tetapi ada yang dari taman yang berhampiran tamanku juga turut bersama.  Sekarang ni dah bertambah ahlinya, dah bertambah ramai.

Aktiviti ni dah bermula dari tahun lepas lagi.  Dan dengarnya mereka pernah di tegur untuk tidak melakukan di kawasan lapang.  Maklumlah poco-poco tu ada unsur tarian sedikit, dan di lakukan di tempat lapang.  Tapi sekarang ni dah di tukar kepada erobik, maka unsur-unsur tarian tu dah tak de. Di tambah pula yang mengendalikan tu,  menyelitkan sedikit unsur-unsur Islami.

Semoga ia tidak menjadi kesalahan di sisi Islam dan semoga ia tidak menjadi satu bahan cerita/fitnah di mata yang melihatnya.

Ialah kebanyakkan orang tahu menyalahkan sahaja tetapi tidak memberikan satu alternative lain.  Mereka merasakan mereka tidak salah sebab niatnya nak menjaga kesihatan tubuh badan supaya lebih cergas dan tidak mudah mendapat penyakit yang membahaya seperti lemah jantung dan sebagainya.  Maklumlah umur dah semakin meningkat dan penyakit pun mudah menyerang.

Mereka tak di beritahu kenapa perkara tu salah.  Tahap ilmu kita ni terutamanya ilmu agama, kan berbeza. Jadi cara pemikiran kita pun berbeza.  Lain padang kan lain belalangnya, bak kata pepatah melayu. Pendekatan itu kadang-kadang tak kena, menyebabkan teguran kita tidak di pedulikan.  Malah kadang-kadang kita yang kena balik.  Berpoco-poco tu tak salah jika kena pada tempatnya seperti di lakukan di tempat yang tertutup dan tidak di lihat oleh orang lelaki.  Nasib baik juga, ada yang perihatin dan cuba membawa pendekatan yang lebih baik dan elok. Tak de lah yang kata nanti, “semuanya tak boleh,  semuanya salah”.

Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

EBOOK Dah siap, dah boleh di beli…

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Posting kali ni cuma nak beritahu ebook ku dah keluar.  Bolehlah anda yang berminat masuk kat web site http://www.hijab-batik.com.

Dah beberapa bulan tertangguh.  Ada yang bertanya tetapi jawapannya tak seperti yang di beritahu.  Maaflah sebab ada sedikit masalah-masalah teknikal dan sedikit sibuk.  Memang pada mula dijangkakan cepat siapnya tapi nak buat macamana, aku dah cuba yang terbaik seperti juga “moto” baruku “Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi”.

Memang pada mula(azam tahun baru kononnya), tahun ni nak siapkan 3 buah ebook tapi ni dah pertengahan tahun baru siap satu sahaja.  Tak taulah tercapai ke tidak.  Tapi tak pe, masih ada masa, ku cuba usahakan.

Sekarang ni dah bulan Jun, dah hampir nak raya(raya ingat, tapi 3 bulan sebelum raya iaitu bulan-bulan yang mulia tak dikira dan tak di masukkan di dalam kalender ingatan),  betul tak?

Jadi lepas ni ku rasa nak banyak menulis tentang cara membuat langsir, gubahan bunga dan seumpamanya.  Rasanya tentu ramai yang nak tau dan jangan lupa berikan komen dan tanyalah sebarang permasalan tentangnya.  Kalau boleh jawab ku jawablah.  Kalau tak boleh minta maaf banyak-banyaklah.  Kalau ada yang boleh jawab tolonglah jawapkan. Ini pun dalam katageri ibumithali jugakan?  Tapi, kalau nak buat tu, jangan ada rasa nak menunju-nunjuk, jadilah.

Sebab ustazahku, Ustazah Zuraini(memang ‘terre’ menjahit langsir) ada beritahu,  nak rumah cantik tu boleh, tapi janganlah ada sifat-sifat ingin menunjuk-nunjuk antaranya masa nak raya je rumah cantik, langsir cantik.  Sebab masa tu kan ramai orang ziarah menziarahi.  Jadi masa tulah nak tunjuk langsir cantik, hiasan dalam rumah cantik,  perabut baru, kuih bermacam-macam jenis dan macam-macam lagi.

Memang “Allah itu cantik dan suka yang cantik-cantik” .  Tapi bukan masa-masa tertentu sahaja.  Bukan masa nak raya atau masa nak kenduri kahwin je.  Sepatutnya sepanjang masa tapi ikutlah kemampuan kita.  Jangan lebih-lebih sehingga bergolok bergadai sebab nak cantik.  Itu tak ikhlas namanya.

Kalau nak pasang langsir pun, janganlah besok nak raya malam ni baru pasang.  Sampai tak tidur malam nak hias rumah.  Tapi tak tidur malam dek berQiam tak pa jugak.  Kalau pasang langsir baru sebelum puasa lagi, itulah yang terbaik.  Itulah kata Ustazahku.  Aku ni bukan ahli dalam bidang ni, jadi segala pandangan dan teguran dari Ustazah tu perlulah di ambil kira.

Aku sebenarnya memang suka mengait sesuatu perkara tu dengan pandangan Islam yang ustazah dan ustaz beritahu.  Tapi kekadang takut juga, orang fikir aku ni ‘terre’ bab-bab ni. Ingin ku beritahu di sini, aku bukan orang yang ahli di dalam bidang agama ni. Nanti orang tanya macam-macam pulak, tak dapek den nak jawab do…  Mengaji Quran pun belum habis.

Mengaji masa budak-budak dulu lain dengan mengaji masa dah tua ni.  Sekarang ni lebih mendalam lagi.  Kalau harapkan cara kita ngaji masa budak-budak dulu, memang tungang langgan, banyaknya kesalahan sebutan dan makhrajnya yang tak betul.

Jadi walaupun umur dah tua, jangan malu-malu untuk belajar terutama ilmu agama.  Ia bekalan untuk kita menemui Allah nanti.  Menuntut ilmu salah satu cabang perjuangan dan siapa mati di dalam menuntut ilmu ia di kira mati syahid.  Cuma kita perlu mengikhlaskan diri bukanya nak belajar ilmu agama kerana malu kat orang sebab tak pandai.  InsyaAllah kita akan mati di dalam syahid walaupun kita baru belajar ﺎ   ﺏ   ﺕ .

Jadi apa tunggu lagi, marilah kita beramai-ramai belajar mengaji ke, belajar bersuci ke, belajar sembahyang ke.  Tak rugi…  Masuk syurga terus, sapa tak nak….  Ops kena tambah sikit nanti orang salah faham pulak. Mati dalam dalam kategari syahid tapi masuk syurga terus tu urusan Allah.  Yang penting kita berusaha ke arah itu, seperti yang ku beritahu “Usaha mesti, Kejayaan jangan di nanti, Serahkanlah pada Ilahi”.

Dari cerita ebook sampai ke cerita ni pulak.  Panjang jugak posting ku kali ni.  Ingatkan nak beritahu sikit je.

O.klah setakat ini dulu.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Bibik oh bibik.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Bibik adalah panggilan untuk pembantu rumah Indonesia yang biasa kita dengar.  Ya, berbagai cerita tentang bibik.  Ada yang baik dan tak kurang juga yang tak baik.  Baru 2 atau 3 minggu lepas jiran sebelah rumah saya telah kehilangan bibiknya..  Bukan di hantar balik tapi lari dari rumah.   Yang menghairankan tu waktu petang(sewaktu budak-budak keluar kat padang/dalam pukul 5) dia lari keluar dan tiada siapa yang perasan.  Padahal anak saya ada di padang tapi tak perasan juga.  Rumah saya memang dekat dan berhadapan dengan padang permainan kanak-kanak.

Keluar sehelai sepinggan.  Semua barangnya tidak di bawa sekali.  Duitnya pun masih ada kat jiran saya kerana katanya bila dah nak habis kontrak nanti dia akan bagi sekali.  Tak taulah mana silapnya.  Kalau nak di ikutkan, jiran saya tu baik orangnya.  Tak suka marah-marah.  Saya jarang sekali mendengar dia marah pada anak-anaknya.  Jika di bandingkan dengan saya ni rasanya, saya lebih garang/tegas dan cepat marah dengan anak-anak.  Sebelum ni bibik tu memang ada mengadu dengan saya, katanya ” anaknya yang besar tak suka pada dia dan selalu marah padanya. Manakala emak jiran saya tu kata memanglah cucunya tak suka pada bibik tu tapi tak buat sesuatu yang mencurigakan.  Emaknya pun tinggal sekali di situ dan sebelum ni memang emaknya yang menjaga cucunya.  Emaknya tu pun dah berusia 70′an, dah tak larat menjaga cucunya, jadi dia suruh anaknya ambil pembantu.  Dia tetap duduk di situ cuma hari cuti je dia balik rumahnya di kampung.  Katanya tak berapa percaya takut-takut dia buat sesuatu pada cucunya.

Bibik tu pun saya rasa baik orangnya serta rajin.  Tak taulah mana silapnya.  Memang dia ada berjumpa dengan kawan-kawan dia di hari-hari terakhir.  Mereka rajin berkumpul di padang di waktu petang dan berbual.  Setelah di risik oleh makcik(emak jiran) dengan kawan-kawannya yang biasa dia berbual di tepi padang tu, katanya dia tak tahan dengan nenek yang suka membebel.  Orang tua biasanya macam tulah.  Emak sayapun suka membebel.  Segala cerita habis keluar dari dia muda hingga sekarang akan terkeluar kalau dia marah.  Saya ni pun dah nampak tanda-tanda suka membebel.  Dah masuk 40′an dah berubah pulak.  Agaknya hormon dalam badan berubah jadi perangai pun berubah.  Harap-harap tidak berlarutan sampai menjadi kemarahan suami dan anak-anak.  Saya akan cuba mengawal diri saya ni.  Semoga Allah sentiasa bersama saya.

Semalam saya berkunjung ke blog ustaz Halim(Inijalanku.Wordpress.com) ternampak pula tajuk mengenai bibik diblognya.  Jadi saya buka.  Ustaz Halim pun ambil bibik tapi setelah isterinya melahirkan 12 orang anak(anaknya 13 orang semuanya dengan seorang isteri sahaja).  Dia memuji bibiknya.  Tapi cerita yang lebih menarik lagi kehebatan isterinya.   Wah! hebat betul isterinya, sanggup melahirkan 13 orang anak dan menjaga bersendirian dengan 12 orang anak.  Dengan bekerja sebagai guru serta sesekali mendapat jemputan untuk program Agama/kuliah.  Isteri dan ibu seperti inilah yang saya tabik sebab saya tak sehebat mereka.  Kalau saya jadi macam tu tak sanggup rasanya.  Terasa begitu rendah dan lemahnya diri saya ni jika di banding dengan mereka-mereka yang hebat yang saya kenali dan ketahui ceritanya.  Memang jauh lagi standard saya di sisi  Allah.  Cemburu sungguh saya dengan ibu-ibu ini.

Walaubagaimanapun berhati-hatilah kepada sesiapa yang mengambil bibik/pembantu rumah.  Kadang-kadang mereka ni di hadapan kita baik, pijak semut pun tak mati tapi di belakang kita anak kita di pijak-pijanya.  Cuba tengok video ni nanti.  Tak sanggup saya mengenangkannya dan menitiskan air mata saya melihatnya.  Setelah saya melihat video ni terbayang-bayang hingga ke hari ini di dalam kepala saya.  Sanggup dia buat anak majikannya begitu sekali.  Memang tak berhati perut. Melihatkan video tu teringat pulak saya cara saya mendidik anak-anak.  Rasa berdosa dan bersalah tiba-tiba datang.  Banyak dosa saya dengan anak-anak, ada masanya saya marah mereka dan ada masanya kena rotan juga, bukannya apa untuk mengajar mereka.  Maklumlah anak-anak saya ramai lelaki, bila dia orang nakal dan bergaduh memang satu taman ni dengar agaknya.  Di tambah pula dengan sifat hypeaktif dia orang jadi hype pulak diri saya. Tapi lepas ni saya nak menjadi lebih baik dan berlembut dengan mereka.  Harap-harap saya dapat mengawal perasaan dan bersabar dengan tingkah laku mereka.

Video ini juga boleh memberikan kesedaran pada kita para ibu-ibu.  Semoga kita sentiasa berlemah lembut dan berfikiran waras dalam mendidik anak-anak.  Jangan terlalu mengikutkan rasa marah.  Saya begitu terasa dengan apa yang di lihat di dalam video ini.  Ia memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya.

Astagfirullahhalazim...Klik di sini untuk masuk ke blog orang Johol Nogori Sembilan untuk lihat videonya.  Nasib baiklah si majikan tu berkemampuan dan sanggup pasang alat kemera tertutup dirumahnya.  Kalau tidak anak tu agaknya dah tak bernyawa di kerjakan oleh bibiknya. Kesihan sungguh saya dengan budak tu kerana dia budak kecil, tak tau apa-apa.

Wallahhua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Nisha.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.