Archive for the ‘Jahitan/Gubahan’ Category

Gunting sendiri – Tudung Simple Ilham Nisha

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Saya ingin sekali mencoret sesuatu di blog ini tetapi “mood” nak tulis panjang-panjang tu tak berapa nak datang.  Jadi saya ambil semula yang lama-lama untuk renungan anda yang berminat untuk membacanya atau yang berminat dengan jahitan.

Ada juga beberapa emel yang di hantar kepada saya beberapa bulan selepas suami pergi dan hingga minggu lepas yang bertanyakan tentang pola tudung, jualan tudung dan cara nak menjahit tudung yang ingin saya jual sebelum suami saya pergi dulu.  Tapi entahlah, tak taulah nak cakap macamana sebab minat nak menjahit semula tu tak datang-datang.  Ada masa dah rasa malas nak menjahit langsung, rasa nak pergi belajar Agama dan uruskan hal anak-anak tetapi kalau difikirkan nak cari duit lebih sikit kena jugalah menjahit.  Itu yang tak tau nak cakap apa.  Nanti kalau kata tak nak buat tapi tiba-tiba besok jual pula secara on line nanti apa pula yang difikirkan oleh mereka yang telah saya terlepas cakap.  Itulah, apa-apa pun saya tak berani nak janji apa-apa, segalanya berkemungkinan.

Sebenarnya saya telah meminta tolong orang lain menjahit tudung dan saya hanya memotong kain untuk dijahit.  Beberapa minggu sebelum suami pergi beberapa puluh tudung telah di siapkan tetapi saya tak puas hati dengan kekemasan jahitannya.  Jadi saya sendiri buka/tetas jahitannya dan untuk membuka semula memakan masa yang lama.  Untuk menyuruh orang yang menjahit tu membuka semula tak sampai hati pula.   Ada yang telah rosak dan cacat dan terpaksa di ote, jadi saiz standard yang telah saya sediakan sudah tidak sama seperti yang di rancang(lebih kecil/pendek).  Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak menjualnya kerana untuk menjahit semula memakan masa yang lama dan perlu mencari orang lain untuk menjahitnya.  Untuk mendapatkan orang betul-betul mengikut standard yang saya hendak tu susah juga.  Maka terperap/terbengkalai  ajelah nampaknya.  Saya jahit juga sikit-sikit untuk diri sendiri dan juga untuk ahli keluarga sendiri dan ada juga saya berikan saja dekat adik-adik saya supaya mereka jahit sendiri kat rumah masing-masing.  Begitulah ceritanya…. :) .

Jadi inilah artikel lama yang mungkin sesuai untuk anda…. :) .  Saya membiarkan sahaja tulisan yang lama yang mungkin tidak ada kena mengena dengan jahitan.  Rasa sayang pula untuk membuangnya kerana ia menjadi kenangan dan simpanan untuk  diri saya sendiri.

***************************

Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Sedikit sibuk dengan urusan “mengumpul bekalan untuk Akhirat”.  Rupanya azam saya sebelum puasa tahun lepas baru tahun ini saya dapat merealisasikan.  Alhamdulillah tahun ini saya tidak disibukkann dengan urusan jahit menjahit dan saya telah berjaya menjadualkan diri saya.  Bukan tidak menjahit langsung, adalah sikit-sikit untuk diri sendiri.

Bagaimana dengan anda?  Sudahkah mencapai apa yang anda harapkan?  Sudahkah berjumpa dengan malam Lailatul Qadar?

Masih ada waktu yang berbaki beberapa hari lagi.  Walaupun kita orang perempuan ni, ada waktunya kita tidak boleh bersolat dan membaca al-Quran tetapi berzikir kita masih berpeluang melakukannya.  Jika semasa kita boleh melakukan solat kita sangup bangun awal untuk bertahajjud.  Apa salahnya kita teruskan sahaja waktu bagun untuk bersolat itu kita penuhinya untuk berzikir.  Atau waktu-waktu tengah memasak/memanaskan masakan untuk bersahur tu kita lakukan zikir-zikir yang kita ingat.  Dan selang selikanlah dengan doa/pengharapan yang ingin kita sampaikan kepada Allah.  InsyaAllah dapat juga keistimewaan yang diumpamakan 1000 bulan tu. Pastikan tiada satu malam dalam bulan Ramadhan ni kita tertinggal.  Jadi, buat sahaja waktu-waktu yang masih kita berpeluang  ini sehingga di malam Eidulfitri nanti, pasti kita dapat keistimewaan sebanyak 1000 bulan tersebut.

Memanglah sukar untuk mendapat detik-detik istimewa seperti yang diuar-uarkan itu(nampak atau rasa sesuatu yang berbeza dari biasa). Kita perlu meraih cinta Allah, barulah jadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t.  Jadi, berusahalah untuk mendapatkan “cinta luar biasa” dari Allah. Bukan setakat di bulan Ramadhan sahaja kita mampu mempamerkan “cinta luar biasa”  untuk Allah dan kepada Allah sahaja tetapi hari-hari biasa pun kita kena lakukannya. Barulah suatu hari nanti kita berjaya mendapat “cinta luar biasa-Nya”.  InsyaAllah.

O.klah setakut ini dahulu coleteh saya.  Saya ingin memberikan sedikit tips cara mengunting tudung yang simple, mungkin juga boleh digunakan untuk hari raya ini.  Tak perlu dijahit tudung ini cumanya anda perlu hantar ke kedai jahit untuk jahit tepi yang kecil mengikut warna benang yang anda suka, untuk mencantikkan tudung anda.  Jika tidak, bakar dengan lilin sahaja bahagian tepi kain tudung tersebut.

Anda boleh menggunakan kain yang biasa orang sekarang ini gunakan atau anda boleh juga menggunakan kain biasa orang gunakan untuk membuat tudung labuh atau kain tudung untuk budak sekolah.  Dengan kata lainnya apa jenis kain pun ia boleh digunakan.  Saya amat berharap apa yang saya tunjukkan ini mendapat ganjaran pahala sedekah dari Allah s.w.t, jika ada diantara anda yang mengguna pakai cara yang saya tunjukkan.

Ok.  Mari kita lihat langkah-langkah di bawah ini.

Bahan-bahannya,

  1. Kain Bidang 60″- 1.5 meter
  2. Gunting

Cara-caranya.

  1. Gunting kain mengikut bentuk di bawah ini.  Jika anda ingin membuat dua lapis, lipat dua kain tersebut dengan mempertemukan bucu-bucu kain yang bertentangan(seperti nak buat tudung labuh/bulat tu..)  atau seperti cara nak pakai tudung 4 segi/bawal.
  2. Ukur panjang bahagian muka anda iaitu dari cuping telinga kanan ke cuping telinga kiri(lebih kurang 15 inci).
  3. Bahagikan 2 ukuran (lebih kurang 7/8 inci)
  4. Campurkan lebih kurang 12 inci untuk tali pengikatnya.  Lebar untuk talinya lebih kurang 3/4 inci.
  5. Jadi lebih kurang 23 inci untuk bahagian hadapan yang perlu di potong.
  6. Guntinglah seperti gambar di bawah untuk menghasilkan talinya dan selebihnya adalah untuk bahagian hadapan dahi tudung/awning tudung.
  7. Sila rujuk gambar di bawah.

Ini adalah ukuran tudung labuh(saiz saya). Ikutlah kesesuai anda dengan menukar ukurannya

Read the rest of this entry »

Cara Menggantung Langsir – Pelmet

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sudah dalam minggu ke dua kita di bulan Ramadhan ini.  Semoga anda semua berjaya dalam pencarian dan target anda.

Di sini ingin saya meraikan pertanyaan samada melalui blog ini mahupun melalui emel yang dihantar kepada saya.  Al-maklumlah tak lama lagi nak meraikan Hari Raya. Saya mengharapkan kepada anda yang meminati hiasan dalaman(langsir) berpuas hati dan terjawab segala persoalan yang mungkin tertanya-tanya di hati anda.  Cara yang saya tunjukkan di bawah ini, saya ambil dari ebook Pelmet yang telah saya sediakan dan sudah pun dijual untuk anda yang meminati bidang jahitan langsir ini.  Jika inginkan lebih lanjut lagi bolehlah anda berkunjung ke website http://www.hijab-batik.com.

Menggantung Pelmet.

1.   Untuk penyeri pelmet, cara yang terbaik ialah menggunakan pelekat bertindih. Ia akan kelihatan lebih tegang, rata dan cantik jika anda menggunakan pelekat bertindih. Untuk menggunakan pelekat bertindih anda perlu menggunakan trek yang mempunyai permukaan selebar 1 inci bagi melekat salah satu pasangan pelekat bertindih tersebut di trek langsir anda. Anda boleh menggunakan gam yang bersesuaian atau terkuat untuk melekatkan pelekat bertindih ke trek anda. Gam tersebut biasanya boleh di dapati di kedai-kedai hardware yang berhampiran tempat anda.

2.   Manakala pasangan pelekat yang satu lagi, di lekatkan pada bahagian atas Pelmet tersebut.

Read the rest of this entry »

Rendang Pegaga Ayam

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya baru sahaja menyiapkan satu tudung yang ditempah oleh kawan setaman.  Ada sepuluh helai lagi yang perlu saya siapkan untuknya.  Dia menginginkan tudung yang boleh dipakai dengan senang dan cepat tetapi menepati ciri-ciri pemakaian tudung Islam yang sebenar.  Maklumlah cikgu duduk kat Seremban tapi mengajar di Rembau, jadi pagi-pagi tu nak cepat je..

Saya cuba membuat apa yang dimahukannya.  Jadi saya berikan nama ‘Tudung Ilham Nisha’.  Jadi berikut lebih kurang rupanya.

Pandangan dari belakang. Bahagian tepinya(utk bahagian bahu supaya boleh dipin), telah sedia dikedutkan supaya terhasilnya kedut(scallop). Bertujuan untuk mengurangkan bentuk-bentuk yang mungkin kelihatan di bahagian dada.

Bahagian kepalanya mempunyai pengeras dan juga ada bahagian penutup bawah dagu. Oleh kerana kain ni lembut/bergetah jadi saya membuat 2 lapisan/kepingan kain. Labuh tudung ini sehingga bawah pinggan. Jadi lebih kurang seperti tudung bulat biasa cuma menggunakan kain yang berbeza. Hanya sarung, terus terlekap di kepala, tak perlu pakai pin di kepala tetapi guna pin bahagian bahu untuk menetapkan kedudukannya.

Sebenarnya ada dua design.  Satunya tak perlu guna pin tapi lurus bulat bahagian bawahnya.  Satu lagi perlu guna pin di bahagian bahu supaya ia kelihatan berkedut/berscallop di bahagian dada.  Di masa akan datang saya akan cuba ambil gambar yang telah siap di pakai.  Modelnya masih tak ada…. Read the rest of this entry »

Pahit Manis Kehidupan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Selesai sahaja cuti sekolah yang baru lepas terasa macam satu bebanan yang berat telah mampu diturunkan.  Walaupun masih ada rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguhnya,  walaupun pinggang masih terasa sakitnya tetapi sudah boleh  badan ini berdiri tegak.  Nafas pun sudah terasa lancar seperti sediakala.  Namun bukan bermakna tiada apa bebanan dan halangan yang bakal terjadi di masa akan datang.  Semuanya akan datang dan pergi bersilih ganti,  maka bersedialah kita untuk terus menghadapi segala ranjau duri kehidupan, asam garam kehidupan atau pahit manisnya kehidupan dan pelbagai perumpamaan yang boleh digunakan.

Di dalam sengsara pasti ada bahagia, di dalam suka pasti ada duka, susah tentu ada senangnya dan begitulah seterusnya.  Cumanya di sini ingin saya selitkan sedikit ‘memori cuti sekolah’ untuk tatapan anda semua.  Sedikit sebanyak yang telah saya lalui di musim cuti sekolah yang lalu.  Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tidak juga untuk membesarkan mana-mana pihak termasuklah diri saya sendiri.  Terimalah seadanya dan janganlah ada rasa curiga dan buruk sangka…

Read the rest of this entry »

Anggaran Ukuran valance/kepala langsir.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ketinggian langsir penyeri (Pelmet).

Berikut adalah jadual cadangan anggaran ketinggian pelmet(ia juga boleh di gunakan untuk penyeri lain seperti box pleat, scallop dll) mengikut ketinggian pelindung/penutup langsir anda.

JADUAL: CADANGAN ANGGARAN KETINGGIAN

PENYERI PELMET.

Ketinggian pelindung/penutup

Ketinggian penyeri

Catatan

1. hingga 85 inci

2. 85 inci  -  95 inci

3. 95 inci  -  105 inci

4. 105 inci ke atas

15 inci  -  17 inci

17 inci  -  21 inci

21 inci  -  23 inci

25 inci  -  27 inci

* ketinggian bahagian tepi(kiri & kanan) pelmet tidak melebihi separuh daripada ukuran tinggi pelindung/penutup.

Contohnya : Oleh kerana Ukuran tinggi langsir pelindung/penutup kami 65 inci, kami memilih ketinggian penyeri pelmet 15 inci – 17 inci.  Rujuk jadual di atas dan gambar rajah di bawah.

Rajah di atas menunjukkan contoh ukuran yang digunakan.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari hijab-batik.com bagi pembelian ebook Cara Menjahit Langsir ILHAM NISHA(set 2- Pelmet).

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Menghasilkan Riben untuk Langsir

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sebelum Hari Raya tahun lepas saya pernah menguar-uarkan di dalam blog ini untuk menunjukkan cara-cara menghasilkkan reben untuk langsir.  Namun demikian masa dan keadaan tidak mengizinkan.  Jadi, baru sekarang boleh saya sediakan untuk pengunjung blog ini yang berminat dengan jahitan.

Bagi mereka yang berminat saya ucapkan Selamat Mencuba.

Reben langsir

Bahan

2 helai Kain yang berlainan warna(sebaiknya satu gelap dan satu lagi terang)
Gegelang
Benang
Gunting
Jarum

Read the rest of this entry »

E-POLA Langsir

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan E-pola mengikut apa yang telah di rancangkan(sebelum tahun baru).  Sila layari http://www.hijab-batik.com untuk mengetahui lebih lanjut lagi.  Namun demikian urusniaganya akan bermula pada hari Selasa 05.01.2010 kerana sekarang ini saya terlalu sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak dan juga sedikit urusan di kampung.

Jadi…, bagi sesiapa yang berminat bolehlah layari http://www.hijab-batik.com untuk keterangan lebih  lanjut lagi.  Di bawah ini adalah gambar untuk produk E-pola terbaru dari saya :

Scallop Traditional : kod - EST1, EST2

Read the rest of this entry »

Heritage Scallop/Scallop Tradisional

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Scallop Traditional adalah nama yang saya beri untuk Haritage Scallop yang kebiasaannya di panggil namanya.  Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dengan tepat cara menghasilkannya dan terlalu susah pula untuk mencari orang yang boleh menunjuk ajar cara yang betul.

Saya sendiri suatu ketika dahulu begitu susah untuk mencari guru mengajar membuat  jenis scallop tambah-tambah pula bagi mereka yang ingin mengajar/belajar  secara percuma.  Saya sangat berterima kasih kepada Ustazah Zuraini kerana suatu ketika dulu dia sangup mengajar secara percuma cara menjahit langsir yang betul kepada ibu-ibu di taman tempat saya tinggal.

Walaupun dia tidak mengajar(tidak tahu menghasilkan Scallop jenis ini) paten ini, tetapi asas yang telah di beri membolehkan saya mengolah dan menghasilkan dengan baik scallop ini.

Kami sebenarnya banyak berkongsi ilmu cara menghasilkan langsir.  Yang saya tak tahu, saya tanya pada dia.  Manakala mana yang dia tak tahu dia tanya pada saya.

Jadi paten jenis ini saya mencuba sendiri, sehingga berjaya menghasilkannya dengan baik.

Oleh kerana terlalu minat menjahit langsir  dan dek kerana banyak mencuba sendiri, banyak juga kain langsir yang saya beli rosak dan tidak boleh di gunakan dek kerana banyak kali mencuba.  Itulah pengalaman saya suatu ketika dulu semasa mula-mula belajar menjahit.

Sekarang ni pun, kalau dah tak menjahit, skill akan hilang/berkurangan, jadi bila sesekali nak menjahit tu.. akan lari juga sedikit/silap juga.  Maklumlah manusia biasa.

Saya cuba berpegang pada Ayat al-Quran surah Al-Baqarah(lihat sidebar) di dalam blog ini.  Namun demikian seperti yang biasa saya katakan saya ini manusia biasa, ada juga rasa sayang dan kedekut di dalam hati ini.

Namun dengan cara ini,  saya cuba mendidik diri saya, supaya senang memberi pada yang memerlukan, walaupun keIkhlasan itu Allah sahaja yang tau.  Saya cuba mendidik hati supaya tidak berkira-kira.  Harap-harap suatu hari nanti  ia benar-benar ikhlas seperti yang Allah inginkan.  Ameen.

Read the rest of this entry »

Koleksi Pola Terbaru

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Saya ingin mengwar-warkan produk terbaru dari hijab-batik.com untuk anda yang berminat dengan Langsir.    Jika ada yang berminat, silalah, jangan lupa berkunjung ke hijab-batik.com.

Di bawah ini adalah produk-produk yang terbaru.

Boxpleat

Pelmet

Read the rest of this entry »

Bunga langsir.

Assalamua’laikum dan apa khabar semua.

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, ingin saya berkongsi dengan anda cara menghasilkan gubahan bunga untuk langsir.  Ia sesuai di letakkan di kepala langsir(Valance) dari pelbagai paten.  Sesuai juga di letakkan pada pengikat langsir.

Lihat saje di kedai-kedai kain langsir yang telah menyediakan pelbagai sample langsir.  Pelbagai aksosari tambahan di gunakan untuk menyerikan lagi langsir.

Jadi, bunga ini fungsinya lebih kurang sama dengan gubahan reben dari kain(kalau berkesempatan saya akan tunjukkan sebelum raya ni).  Ia di gunakan untuk menambah serikan lagi langsir anda di hari raya nanti.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di teruskan.

Bahan-bahannya

  1. Butang(butang buat sendiri atau yang di tempah)
  2. Kain
  3. Benang
  4. Jarum
  5. Gegelang kecil.

Caranya:

1.   Gunting kain seperti  ukuran di bawah.

2.   Lipatkan ke belakang dan jelujurkan bahagian lebar kain(18″) di kedua-dua bahagian.
3.   Cantumkan kedua-dua hujung kain(6″) dan jahit dengan mesin.
4.   Bahagian yang telah di jelujur tadi hendaklah dilipat dua dan samakan.
5.   Jelujurkan sekali lagi dan jarak jelujurnya lebih besar/lebar. Jelujurkan hingga bertemu permulaan atau  lebihkan sikit dari permulaan jelujur tadi dan matikan benangnya.
6.   Tarik  benang tersebut hingga ia terbentuk seperti bunga atau tarikkan sehingga ia betul-betul rapat dan tidak boleh di tarik lagi serta matikan benangnya.
7.   Letakkan butang yang telah di sediakan di bahagian tengahnya dan ikatlah/jahitlah bersama bunga tadi.  Ikatlah mengikut cara anda.

Bahagian belakang bunga langsir yang telah di siapkan.

8.   Setelah di ikat letakkan gelungan/gegelang dan jahitkan/lekatkan di bahagian tengah bunga.  Ia berfungsi untuk memudahkan anda menjahit/melekatkan di kepala langsir atau pengikat langsir  ataupun di mana-mana sahaja yang ingin ada letakkan bunga tersebut.

O.k. Siap.

SELAMAT MENCUBA.

*

*

*

IKLAN…, IKLAN…, IKLAN.

Dapatkan ebook ilham menghasilkan langsir yang berkualiti di http:www.hijab-batik.com sekarang juga jika anda berminat.  Tawaran istimewa di berikan pada anda yang berminat.  Silalah berkunjung ke sana.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Buat sendiri – Butang utk langsir

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Bukan sahaja baju yang memerlukan butang.  Langsir pun menggunakan butang untuk menambahkan serinya.  Kebiasaannya butang ini di letakkan pada langsir berpaten boxpleat, goblet dan bertali. Ada juga meletakkan di pelmet, mengikut kreativiti masing-masing.

Jika anda menempah butang khas mengikut kain langsir yang anda gunakan di kedai-kedai alatan jahitan, rasanya boleh tahan juga harganya mengikut kebesaran butang tersebut.  Selalunya bukan 2 atau 3 butang yang di perlukan tetapi lebih dari sepuluh, jika anda ingin menghasilkan 1 keping kepala langsir sahaja.  Untuk menghasilkan langsir sendiri saya lebih suka menghasilkan butang sendiri tapi jika tempahan dari pelanggan saya akan menempah butang khas.  Maklumlah pelanggan lebih suka yang standard dan berkualiti.

Tidaklah jauh bezanya, kalau di lihat dengan mata kasar bentuk butang tersebut.  Bagi mereka yang ingin mengurangkan belanja untuk menghasilkan langsir sendiri bolehlah mencuba cara yang saya tunjukkan ini.  Butang ini juga boleh di gunakan untuk kita menghasilkan gubahan kuntum bunga dari kain seperti di bawah ini yang mana ia juga di gunakan untuk di lekatkan di kepada langsir.

Bunga berbutang ini saya buat khas untuk mengunjung blog saya yang berminat untuk menghasilkan langsir sendiri dan suka menambah serikan lagi langsir.   Tapi… untuk menghasilkan bunga seperti ini nantikan posting-posting saya yang akan datang.

Bahannya:

  1. Kertas keras(seperti dari kotak bungkusan)
  2. Kain perca/lebihan
  3. Span
  4. Benang dan jarum.
  5. Duit syiling/tutup botol air
  6. Pensil
  7. Gunting

Cara menghasilkannya:

1.   Letakkan duit syiling/tutup botol(ikutlah besar mana yang anda suka) di atas kertas.

2.   Bulatkan dengan pensil mengikut bentuk tutup botol/syiling tersebut.

3.   Guntingkan mengikut bulatan yang telah di lakarkan.

4.   Guntingkan pula span mengikut bulatan kertas keras yang telah di guntingkan tadi.

5.   Ambil kain perca, letakkan di atasnya, bulatan yang telah di siapkan tadi.  Rujuk rajah di bawah ini.

6.   Guntingkan kain tersebut mengikut garisan yang telah di buat.

7.   Lipatkan ke dalam dan jelujurkan dengan jarum(rujuk gambar di bawah).

8.   Jelujurkan sekali lagi di bahagian tepi kain hingga bertemu permulaan jelujur tadi atau lebihkan sedikit dari permulaan memulakan jahitan jelujur tadi.

9.   Biarkan sementara, jangan di matikan benangnya.

10. Letakkan di tengah kain yang telah di jelujurkan tadi, span dan seterusnya kertas keras di atas span tersebut(lihat gambar atas).

11. Tarik benang yang telah di jelujurkan tadi sehingga menutupi kertas keras tersebut.
dan barulah boleh di matikan benang tersebut.

Dah siap.  Selamat Mencuba.

Saya akan tunjukkan cara menghasilkan bunga pulak untuk posting akan datang.  Tunggu!!!

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jimat Belanja – Trek Kayu

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Trek batang atau trek kayu(apa sajelah istilah yang di gunakan) walaupun sudah turun harga tetapi harga masih lagi di dalam katogeri mahal di tambah pula dengan kos pemasanganya.  Tidak semua orang mampu memilikinya.   Tapi bagi kita kaum wanita ini memang suka sesuatu yang cantik terutama jika waktu-waktu begini.  Waktu kita akan menerima ramai tetamu di hari raya nanti.   Sesuatu yang cantik itu memang di sukai oleh agama kita(Islam) tetapi janganlah sampai ada niat untuk menunjuk-nunjuk sehingga sanggup berhabis dan membazirkan duit pula.  Di tambah pula harga barang sekarang ini semuanya sudah naik.

Di sini saya ingin memberikan anda satu ilham menghasilkan trek berbatang, yang boleh mengurangkan separuh daripada harga jika di bandingkan anda membeli di kedai dan mengupah orang memasangnya.  Anda boleh lakukan dan buat sendiri trek batang tersebut di rumah anda.  Berikut adalah cara-caranya untuk membuat trek berbatang.

a)  Anda boleh menggunakan batang paip pvc yang berukuran 3/4inci untuk membuat trek berbatang.  Boleh di dapati di kedai-kedai Hardware dan harganya lebih rendah.  Ukur trek anda dan lebihkan 6inci di kedua-dua hujungnya.  Untuk sliding door, jika terlalu panjang anda boleh membahagikan kepada 2 bahagian dan menggunakan 2 batang paip pvc.

b)  Gunakan cat hitam atau coklat untuk mewarnakan trek batang pvc tersebut.  Gunakan cat spray atau sapu yang harganya tak sampai RM10 dan rasa cukup untuk bahagian utama rumah anda.  Cat batang paip tersebut dan jemurkan di tempat panas sehingga kering.

c)  Anda boleh membeli bahagian aksosari yang lain seperti tombol, penyangkut bergegelang, pemegang trek, berasingan di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai pemborang barang-barang berasaskan kayu.  Aksosari kayu lebih berkualiti dan mahal jika di bandingkan dengan jenis campuran plastik.  Walaupun anda membeli aksosari kayu yang berkualiti tinggi kos untuk keseluruhan membuat trek tersebut masih lagi separuh dari kos jika di bandingkan anda membeli atau mengupah orang memasang di rumah anda.  Jadi pilihlah mengikut budget anda.

d)  Untuk memasang trek berbatang.

Tebuk lubang atas sedikit dari trek biasa(asalkan boleh meletakkan tapak pemegang trek). Di bahagian kiri dan kanannya di lebih/panjangkan 1 inci dari trek biasa.  Gunakan drill untuk menebuk lubang.  Jika anda tiada drill sendiri rasanya bolehlah pinjam dari jiran-jiran yang ada drill.  Minta bantuan suami anda atau anak bujang anda melakukanya.  Atau jika anda seorang yang berani mencuba sendiri lakukan sendiri.  Saya membuatnya sendiri,  walaupun suami saya boleh membantu.  Maklum ajelah dia berkerja jadi masanya tidak menentu dan tidak banyak di rumah.  Setelah anda selesai memasang segala skru yang sepatutnya,  memasukkan gegelang penyangkuk dan tombol maka anda sudah boleh menggunakannya trek berbatang anda.

Bagi anda yang menggunakan 2 batang pvc yang berasingan untuk membuat trek berbatang, pastikan ia di bahagikan sama panjang dan bahagian penyambungnya boleh di sorokkan dengan meletakkan bahagian penyambungnya di bahagian tengah, di mana tapak pemegang trek di bahagian tengah di pasangkan. Untuk membuatkan bahagian penyambung trek berbatang lebih kuat, masukkan batang pvc(sesuatu yang berbentuk batang) yang pendek(dalam 3/4 inci) dan lebih kecil ukurlilitnya dari batang di luar.  Lilitkan kain, kertas atau double sided tape untuk mengelakkan batang tersebut dari tercabut.  Masukkan kedua-dua batang trek yang ingin di sambungkan dan rapatkan.  Pastikan ia betul-betul ketat supaya tidak mudah tercabut. Lihat gambar di bawah.

SELAMAT MENCUBA

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Berbeza dari Biasa – Pengikat Langsir.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Sekarang ini musim orang menjahit, maklumlah dah nak raya.  Ada yang menjahit baju anak-anak dan suami, ada yang menjahit langsir.  Ada juga yang mengambil upah, samada menjahit langsir atau pun baju.  Walau apapun yang anda lakukan, samada menjahit untuk diri sendiri maupun untuk orang lain, ia satu kerja yang mulia asalkan anda memasang niat yang betul di hati anda.  Sudah tentulah di hujung niat tersebut kerana Allah Ta’ala.

Tahniah saya ucapkan jika anda mempunyai niat sebegitu.

Bagi saya tahun ni tak buat apa-apa,  walaupun boleh menjahit samada langsir atau baju untuk keluarga, nampaknya tahun ni saya masih lagi tak berkesempatan untuk menjahit sendiri punya, maupun untuk anak-anak dan suami.  Sempat jahitkan langsir untuk orang je.  Sendiri punya tak ada budjet, di tambah pula sekarang tengah gawat.  Tahun ni merupakan tahun ke empat saya tak tukar langsir rumah.  Cuma ‘ote’ yang lama tu je.

Walaupun tahun ni saya tak tukar langsir tapi saya ingin berkongsi cara-cara menghasilkan Pengikat langsir yang saya reka sendiri.  Rasanya tak de orang yang buat cara saya ni(perasan sendiri je, entah-entah fesyen lama punya pengikat di beritahunya).  Tak pelah samada anda dah tahu ke belum, tapi mungkin ada yang tak tahu juga kan?.  Ini khas untuk mereka yang belum tahu lagi cara yang saya tunjukkan di bawah ini:-

Peralatannya:

Maaf bebanyak, gambar peralatannya tak sama dengan gambar masa jahit, sebab gambar yang di atas baru saya ambil manakala yang kat bawah memang ada dalam simpanan.

Kain,

Tali Getah 1″

Pelekat bertindih/berkembar 1″.

Lakukanlah mengikut turutan,

1.   Gunting kain lebih kurang seperti di bawah:

2.  Terbalikkan kain tersebut dan temukan 2 bahagian yang lebar 15″ inci, tindihkan dan samakan.

3.  Jahitkan bahagian tepi kain yang telah di tindihkan tadi. Jahitlah dari hujung hingga ke hujung satu lagi.

4.  Terbalikkan kain yang telah di jahit tadi, iaitu akan kelihatan bahagian jahitan tadi terletak di didalam.

5.  Pastikan bahagian cantuman jahitan tadi berada di tengah.

6.  Tandakan ±0.75cm di atas dan bawah dari  garisan jahitan tadi dan gariskan (sila rujuk rajah 2 di atas)

7.  Lipatkan kedalam bahagian tepi kain(di kedua-dua belah).  Lipatan tersebut sekurang-kurangnya 1″ kedalam bagi mengelakkan bulu-bulu yang berada di kain itu tidak keluar.

8.  Jahitlah garisan yang telah di buat tadi.  Ia di gunakan untuk memasukkan tali getah.

9.  Ambil tali getah yang panjangnya separuh dari panjang kain tersebut(±7.5″) dan masukkan ke dalam lubang yang telah di buat.

10. Setelah ke semua tali tersebut berada di dalam kain, jahitlah bahagian hujung tali getah yang berada di hujung kain bersama pelekat bertindih/berkembar.  Lihat rajah 2 dan gambar di bawah.

11. Barulah di tarik sehingga tali tersebut berada di hujung satu lagi.

12. Pastikan, untuk menjahit pasangan pelekat bertindih/berkembar, ia perlu di jahit bertentangan.  Iaitu di jahit di hujung satu lagi dengan permukaan berlainan dari pasangannya.  Anda perlu cuba dulu baru boleh faham.

13. Setelah selesai anda boleh mencuba melekatkan kedua-dua bahagian. Kalau tempat jahitan pelekat bertindih/berkembar tersebut betul, maka ia akan menghasilkan satu gelungan apabila di cantumkan(seperti gambar di bawah).

*  Contoh yang saya tunjukkan diatas ialah jika anda membuat ikatan langsir ke tengah.  Jika anda lebih suka membuat ikatan ke tepi dinding, saya nasihatkan anda memanjangkan kepingan kain tersebut ke 40″ – 50″ atau lebih(bergantung pada ke sesuai dan ketebalan kain yang ingin anda ikat).  Cara membuatnya sama sahaja seperti yang saya tunjukkan di atas.  Cuma tidak perlu menggunakan pelakat berkembar dan gantikan penyankuk bertali di hujungnya.

O.k.  Selesai.

SELAMAT MENCUBA.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.