Archive for the ‘Iktibar’ Category
Moyang dah tua, Moyang tak cantik.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, dapat juga aku menjenguk wanku yang sudah lama tidak kutemui. Walaupun terpaksa menangguhkan waktu berangat ke kampung dek kerana anakku yang ada program di sekolahnya sehingga pukul 10.30 malam.
Perjalanan di tangguhkan.
Juga rasa kesihan kepada suamiku yang terpaksa bekerja hingga lebih pukul 3.00a.m baru sampai ke rumah, dek kerana kes H1N1 yang terpaksa di kendalikannya. Nampaknya H1N1 semakin bertambah di Malaysia ini.
Sesampainya suamiku di rumah kebetulan aku sudah pun bangun, jadi ku sediakan kopi O panas untuknya dan berbual-bual sehingga melangkaui pukul 4.00a.m. Aku memberi cadangan, supaya membatalkan sahaja program untuk balik ke kampung. Namun suamiku mengatakan masih boleh lagi meneruskan rancangan yang telah di atur seminggu lalu.
“Boleh lagi ni”. Kata suamiku. Tapi sebenarnya sedikit kebimbangan di hatiku takut-takut nanti mengantuk dan terkhayal semasa memandu. Nanti perkara yang tidak baik pula akan menimpa. Jadi, di sebelah siangnya aku membiarkan suamiku tidur. Dalam pukul 11.00 p.m barulah kami bertolak ke kampung tempat ku di lahirkan. Melepasi pukul 2.00a.m baru kami sampai ke kampung dan kira-kira pukul 2.30a.m kami menyambung tidur.
Embun Pagi.
Suasana pagi di kampung sungguh nyaman sekali. Segar dan amat terasa kedinginan paginya. Barulah dapat di rasai, di nikmati dan dihirupi, udara segar dikedinginan pagi di kampungku. Suasana yang amat berbeza dari tempat tinggalku sekarang, maupun tempat tinggal ibubapaku dan ibu mertuaku.
Titisan embunnya terasa bagaikan hujan renyai-renyai mengetuk-ngetuk atap zink di rumah wanku. Bunyinya.. tidak menyakitkan telinga pabila mendengarnya. Di sini masih lagi boleh melihat manik-manik kecil yang suci bersih, yang menitis ke bumi. Masih boleh di tadah dengan tangan untuk di sapukan ke muka juga untuk di minum airnya, masih yakin dengan kebersihannya. Masih jelas kebersihan dan kesegaran walaupun di lihat dari jauh.
Berbanding dengan embun-embun di kota yang di selaputi habuk-habuk halus. Ya, embunnya suci bersih, tetapi telah di nodai dengan udara kotor yang berada di sekelilingnya. Embun yang tertitis di atas dedaun yang telah diselaputi debu-debu kotor dan tidak sampai beberapa ketika pastinya embun itu di kelilinggi serta di selaputi dengan debu-debu yang berterbangan di udara kota pula.
Begitulah nasibnya anak-anak kita sekarang ini. Di lahirkan dengan suci bersih sesuci embun di pagi hari, sebersih kain putih, tetapi terlalu cepat menjadi kelabu dan berdebu dek persekitaran hidup yang di huninya.
Aku menjadi takut bila mengenangkan nasib anak-anakku di masa akan datang. Rasanya di sini anak-anakku lebih selamat, tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan kami tinggal di sini.
Sememangnya persekitaran di sini yang masih tidak tercemar, masih lagi selamat. Masih boleh merasai suasana embun pagi, manakala malamnya suci sepi. Tiada bunyi hiruk pikuk di kota, tiada bunyi kenderaan yang mengganggu tidur kita di malam harinya. Tiada risau akan kehilangan kenderaan dan barang berharga. Masih tiada pencuri di sini, masih tiada kes pecah rumah di sini. Masih tiada remaja yang berpeleseran di malam hari, masih tiada masalah remaja merempit, dadah dan berbagai lagi. Masih lagi tiada gejala sosial yang dapat menembusi dan menguasi persekitaran di sini. Kampung ini seolah-olah terpelihara, seolah-olah ada pendinding atau tabir di sekelilingnya. Padahal keluar saje ke jalan besar, bila melangkah keluar sempadan kampung, semua perkara dah berlaku. Masalahnya sama seperti di bandar, pelbagai gejala telah menular, telah meresap masuk ke dalam kehidupan mereka.
Syukur Alhamdulillah
Syukur alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun aku cuba membentuk, menyedarkan dan mendidik, anakku Abdul Sodiq supaya ingin bersalaman dengan moyangnya dengan sukarela, kini berjaya.
Kalau sebelum ini, samada suamiku ataupun aku sendiri terpaksa menarik tangannya untuk di hulurkan kepada moyangnya. Walaupun anakku tidak mau bersalaman dengan wan ku, namun wan ku tidak menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan, seperti biasa senyum serta ketawa kecil dan tetap menghulurkan tangan. Baginya tidak perlu mengambil hati sebab dia masih kecil dan belum tahu apa-apa.
Anak-anakku yang lain tiada masalah dengan perkara ini. Terutamanya, anakku Siti Aisyah, dia mudah mengikut apa yang di beritahu tanpa membuat apa-apa alasan. Dia akan ikut apa yang disuruh, mencium tangan serta mencium kedua-dua belah pipi moyangnya. Dan apabila duduk berhampiran moyangnya dia akan mengurut-urut dan menyapu tangan moyangnya. Begitu juga dengan anakku yang lain, bersalaman dan mencium tangan moyangnya.
Tetapi anakku Abdul Sodiq berlainan sedikit, dari umurnya lebih satu tahun hingga ke sekitar lima tahun, dia amat sukar untuk bersalaman dengan moyangnya. Aku merasa hairan dengan sikapnya, padahal, seingatku aku tidak pernah berbuat begitu pada wanku. Aku cuba memuhasabahkan diriku sendiri.
Setiap kali berjumpa dengannya aku akan mencium tangannya, memeluknya dan mencium kedua pipinya. Aku amat sayang pada wanku kerana dialah yang banyak membantu kami semasa kami kecil dahulu. Segala kesusahan kami sekeluarga dialah tempat kami mengadu dan berlindung. Di manakah silapnya anakku jadi begini. Aku sedih melihatkan gelagat anakku.
Pabila melihat muka dan tangan wan ku yang dah berkedut seribu, matanya sudah semakin mengecil dek kedutan yang menutupi ruang matanya. Sudah bongkak, bagaikan rukuk semasa bersolat, jalannya perlahan-lahan bagaikan anak baru belajar bertatih. Sedih, pilu, kasihan dan pelbagai perasaan menerjah sanubari ku. Bila merenung wajahnya, terasa sesuatu yang berat perlu ku tahan dan ku tampung supaya tidak meleleh dan keluar menitiskan ke lantai.
Semasa anakku berada di dalam kandunganku, maupun di masa-masa lain, aku rasa tiada yang pelik yang ku lakukan. Aku rasa, aku tidak pernah memperlekehkan si peminta sedekah yang comot dan kusut masai ataupun orang-orang tua lainnya. Yang ku ingat masa tu, aku memang suka sesuatu yang cantik dan bersih. Aku memang tidak suka melihat keadaan rumah ku yang tidak teratur, bilik air yang kotor dan dapur yang berterabur. Aku cuba mencari-cari mana silapku.
Di tambah pula ketika itu aku sentiasa pergi ke majlis ilmu di setiap pagi. Sentiasa di ingatkan dan di sedarkan oleh ustazahku.
Tentu ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan padaku tetapi tidak tercapai dek akalku untuk memikirkannya. Pasti ada hikmat di sebaliknya. Aku berserah… kepada yang Maha Memberi itu.
Moyang dah tua, Moyang busuk.
Kira-kira usianya dalam linkungan tiga ke empat tahun. Ketika bersendirian dengannya, Aku cuba mengorek rahsia daripadanya.
“Sodiq, kenapa Sodiq tak nak salam dengan moyang bila jumpa moyang? Aku bertanya padanya berulang-ulang kali. Namun tiada jawapan daripadanya, di teruskan aje gelagatnya yang memang tidak pernah duduk diam. Ada saje yang ingin di buatnya.
Jadi aku cuba menukar persembahanan dengan gaya percakapan yang lain pula. “Sodiq…, kita kalau berjumpa dengan orang tak kiralah siapa, kawan-kawan ke, abang ke, pakcik ke, makcik ke, kakak ke, kita kena salam. Allah sayang, Allah suka dengan orang yang suka bersalam bila jumpa orang sambil cakap Assalamu’alaikum. Kita dapat pahala tau, nanti kita boleh masuk Syurga. Kalau kita tak buat macam tu, nanti Allah tak suka dengan kita, bila kita selalu buat yang Allah tak suka, lama-lama Allah marah kat kita. Jadi kita akan masuk Neraka. Kat neraka tu tempat kita kena bakar. Semua orang yang masuk kat Neraka akan di bakar dan akan rasa sakit dan akan menanggis dan menjerit-jerit, sakit… sakit… “
“Macamana rasanya bila kita kena api? Macam tulah rasanya kat Neraka nanti. Bukan kena sikit je, tapi satu badan… Sodiq nak ke? Aku bertanya tetapi pertanyaanku tak di jawabnya. Dia diam tidak berkata sepatah kata..
Hilang akalku untuk menyedarkannya. Anak kecil mana mungkin faham semua itu, fikirku.
Suatu ketika, aku bertanya lagi perkara yang sama. Ku pujuk-pujuk, ku usap-usap kepalanya, ku peluknya erat-erat, ku lepaskan dan bertanya soalan yang sama. Akhirnya dia menjawab juga, tetapi… jawapannya membuatkan ku terduduk mendengarnya.
“Moyang tu dah tua, moyang tu busuk, moyang tu tak cantik”, Menitiskan air mataku mendengarkan jawapan sebegitu.
“Astagfirullahhalazim…, Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah aku, ampunkanlah dosa-dosaku yang telah kulakukan dahulu yang tidak ku ingati dan tidak kusedari akan perlakuanku yang menyebabkan anakku jadi begini. Ampunkanlah dosa-dosaku, dulu, kini dan akan datang.
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengambil salah atas perbuatan kami, jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau letakkan tanggungan yang berat ke atas kami sebagaimana telah Engkau letakkannya ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau letakkan ke atas kami bebanan tanggunjawah yang tiada pada kami daya untuk memikulnya. Wahai Tuhan kami maafkanlah kami, ampunkan kami dan kasihanilah kami. Sesungguhnya Engkaulah penaung kami, oleh itu kurniakanlah kemenangan kepada kami ke atas orang-orang yang kafir”.
“Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang mentadbir langit bumi, aku pohon pertolongan dengan rahmatMu, membetulkan segala keadaan diriku dan jangalah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata, Engkaulah penaungku di dunia dan di Akhirat. Wahai Tuhanku, matikanlahku sebagai seorang Muslim dan tempatkanku bersama-sama orang-orang yang soleh”.
“Wahai Tuhanku ampunkan dosaku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam urusanku dan ampunkanlah dosaku yang Engkau lebih tahu dariku. Wahai Tuhanku ampunkanlah kesalahanku yang ku lakukan secara sungguh-sungguh dan secara senda gurau dan ampunkanlah kesalahan-kesalahanku yang ku lakukan tanpa sengaja dan dengan sengaja dan semua dosa-dosa seperti itu ada padaku”.
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari suami dan keturunan kami, anak-anak yang menjadi cahaya mata dan jadikan keturunan kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.
“Ameen, ameen ya Robbilalamin”.
Aku cuba menerangkan padanya sejelas-jelasnya supaya dia boleh faham dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.
“Sodiq, semua orang akan jadi tua, semua orang akan jadi tak cantik bila dah tua, Ibu juga akan jadi seperti moyang bila ibu dah tua. Cuba tengok wan Esah(makku), dia pun dah nak jadi macam moyang kan? Cuba tengok wan Juaseh(ibu mertuaku) dia pun macam moyangkan, cuma dia tak bongkok dan tak jalan perlahan-lahan. Sodiq pun kalau dah tua, jadi macam tu juga”. Aku cuba menerangkan padanya.
Dengan ibu mertuaku dia tak macam tu, padahal usia wanku dengan ibu mertuaku sama sahaja. Anakku selalu bercerita dengan ibu mertuaku jika mereka berjumpa, selalu bergurau senda dan ibu mertuaku suka melayang kerenahnya. Cuma bezanya mertuaku tidak bongkok tiga dan masih kuat berjalan jika di bandingkan dengan wanku. Mungkin juga kami jarang berjumpa dengan wanku, menyebabkan anakku jadi begitu. Memang kami jarang balik ke kampung. Dalam setahun adalah satu atau dua kali sahaja bergantung pada keadaan.
“Kalau orang tu tak cantik, buruk ke, itu Allah yang jadikan, Allah yang beri, kita tak boleh tak suka kat dia. Sodiq pun Allah yang jadikan, kita tak boleh lawan Allah, Allah ada kuasa macam Sodiq suka tengok kat tv tu, orang ada kuasa macam Power Rangers, tapi Allah lagi kuat dan berkuasa dari Power Rangers tu. Allah boleh buat apa saje pada kita. Macamana tiba-tiba Allah marah kat Sodiq sebab Sodiq tak suka orang yang tak cantik? Tiba-tiba muka Sodiq berubah jadi buruk dah tak handsome lagi. Tiba-tiba je muka Sodiq terkena minyak panas ke, air panas ke, terbakar ke, dah jadi tak cantik lagi.
“Jadi.. semua orang dah tak suka dengan Sodiqlah?. Ibupun dah tak nak dekat dengan Sodiq, dah tak sayang Sodiq, dah tak nak peluk dan cium Sodiq lagi sebab Sodiq dah tak cantik, dah buruk. Sodiq nak ke macam tu? Tak de orang yang sayang dan nak dekat dengan Sodiq sebab Sodiq dah tak cantik, dah buruk”. Aku cuba mengulang-ulang perkataan yang sama supaya dia boleh faham dengan peneranganku. Anakku mendiamkan dan membatukan diri.
Aku pun tidak tahu samada anakku mengerti dan faham dengan kata-kataku. Aku berusaha untuk menyedarkannya. Itulah dayaku. Aku tidak mampu memikirkan cara yang lain lagi. Aku hanya pasrah kepada Allah. Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas pada anak kecil yang tidak berdosa ini. Yang masih tidak mengerti apa-apa.
“Lain kali, kalau jumpa moyang, Sodiq kena salam tau, kena cium tangannya, kena cium pipinya dan kalau boleh peluk moyang sekali walaupun moyang tak wangi tak bau macam minyak wangi.
“Ibu pun ada bau busuk bila lepas masakkan? Macam bau ikan, hanyir”. Terangku lagi.
“Kita pun ada bau busuk bila tak mandi, bila tak gosok gigi. Ibu pun bila cium sodiq ada bau busuk tapi ibu tak cakap kat Sodiq. Ibu diam je. Ibu tetap cium dan peluk Sodiq walaupun Sodiq busuk”. Begitulah dengan moyang. Dia pun tak tau dia ada bau macam tu”.
“Jadi kita tak boleh buat moyang macam tu. Kalau kita jumpa orang yang dah tua selain moyang pun kita tak boleh buat macam tu. Kita mesti hormat dan salam dengan mereka, tak kiralah macammana rupanya dan baunya. Lepas ni Sodiq kena salam dengan moyang tau”.
Dia mengangguk, “fahamlah agaknya”. Kata hatiku sambil memeluknya dan menciumnya sambil berdoa di dalam hati. Ya! Allah jadikanlah anakku ini anak yang baik dan berikanlah kefahaman yang jelas padanya. Dia anak kecil yang tidak berdosa.
Setelah menghampiri setahun, baruku dapat balik ke tempat kelahiranku.
Alhamdullilah syukur kepada Allah yang tak terhingga, kepulanganku kali ini menampakkan perubahan yang amat ketara kepada anakku.
Syukur Alhamdullillah.
Sabda rasulullah yang bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,”
(Riwayat Muslim).
“Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”.
(at-Tahrim: 6)
Semoga anda mendapat ikhtibar dari cerita ini.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Telefon Allah – 24434
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Soalan-soalan yang di tanya oleh anak-anak kekadang menjadikan saya tidak tahu untuk memberikan jawapan yang tepat. Di tambah pula mempunyai dua orang anak yang masih lagi dalam peringkat ingin tahu dan banyak tanya. Sikap mereka kadang-kadang terlalu agresif dari perbuatan maupun percakapannya. Tersalah cakap menyebabkan diri saya sendiri yang kena.
Mereka terlalu cepat meniru dan mengikut apa yand di cakap dan apa yang saya, abahnya maupun abang-abangnya lakukan. Di tambah pula TV dan internet yang sememangnya setiap hari di tontonnya menjadikan mereka lebih advance dari kami ibubapanya. Perkataannya dan tuturkatanya kekadang menjadikan saya terlopong mendengarnya. Kalau perkara yang baik yang di katakan, Alhamdulillah dan jika perkara yang tidak baik, Astagfirullah. Kekadang buntu di buatnya dengan kerenah anak-anak ini.
Suatu ketika saya pernah meminta tolong pada anak saya yang kecil, Siti Aisyah. “Aisyah boleh tolong ibu tak?” Tanya saya.
Apa jawapan yang saya dapat “Ibu.., ibu tak boleh buat sendiri ke, ibu tak nampak ke Aisyah tengah buat apa ni?”
Sebenar itulah yang pernah saya cakap padanya sebelum dia bercakap begitu pada saya. Astagfirullahhal’azim.
Benarlah apa yang di katakan di dalam al-Quran ayat Ali-Imran 3:182 :yang bermaksud:
“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.
dan
“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”
(Al-Najm 53:39)
Kecanggihan teknologi menyebabkan soalan atau yang ditanyakan oleh anak-anak juga sama canggihnya. Begitulah yang terjadi pada saya apabila di tanya,
“Ibu, ibu tau tak nombor talipon Allah? Sodiq nak talipon Allahlah. Sodiq nak tanya Dia sikit ni” .
Sememangnya dan selalunya banyak perkara saya kaitkan dengan Allah dan rasulnya. Terlalu banyak bercerita dan mengaitkan dengan Allah menyebabkan soalan yang tidak di duga pula yang datang.
Jadi kita ibu bapa terpaksa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan terpaksa mengikuti perkembangan terkini kerana kadang-kadang terpaksa menangani kerenah mereka dengan cara terkini juga dengan tidak lupa mengaitkan dengan Allah dan Rasulnya.
Terpaksa pula memikirkan jawapan yang tepat untuk di jawab. Saya mengatakan “Allah tak de talipon. Allah jauh, kita tak boleh talipon dan jumpa Dia sekarang. Besok lepas kita meninggal kita boleh jumpa Dia. Tapi kita kena jadi orang yang baik baru boleh jumpa Dia”. Itulah jawapan yang saya berikan padanya.
Anak saya yang kecil sekali(Aisyah) pun begitu. Oleh kerana dialah satu-satunya anak perempuan saya dan kelasakkannya juga seperti anak lelaki. Macam abang-abangnya juga. Saya selalu beritahu dia “tak baik buat macam tu, berdosa, Allah tak suka atau nanti Allah marah”. “Allah suka kalau kita jadi orang baik, tak suka gaduh-gaduh, tak suka marah-marah, tak suka jerit-jerit dan banyak lagi” , menyebabkan dia bertanya “Allah kat mana ibu. Macamana nak jumpa Dia?” . “Kenapa kita tak boleh jumpa Dia”. Jawapan yang sama juga saya berikan seperti abangnya.
Jawapan yang sama, mungkin mereka tak puas hati dan menyebabkan mereka bertanya berulang-ulang kali di masa-masa lainnya. Saya sendiri tidak dapat memikirkan jawapan yang lebih tepat untuk dijawab dan di beritahu kepada mereka.
Bila di tanya pada abahnya, jawapan yang hampir sama di berikan. Dan akhirnya suatu hari, di tanyakan pula pada abang sulungnya.
“Abang Sopi…, abang tau tak nombor talipon Allah?. Sodiq nak cakap dengan Dia ni”. Tanya anak saya, Sodiq.
Dengan selambanya dia menjawab “cuba talipon 24434“. Saya yang berada di dapur pada mulanya hairan juga. Apalah nombor dan jawapan yang di berikannya. Bisikan hati saya berkata.
Puaslah budak tu mendail talipon dengan nombor tersebut. Tapi.. “tak de orang jawab pun bang”. “Cuba lagi, cuba banyak kali” Jawab anak sulung saya.
Di ikutkan je cakap abangnya. Saya yang berada di dapur mendiamkan diri mendengarkan perkara tersebut. Sebab saya tahu anak sulung saya memang suka menyakat adiknya hingga menanggis atau menjerit.
Kadang-kadang saya geram juga dengan perangai anak sulung saya, selagi adik dia(yang kecil dua orang tu..) tak menanggis samada di marah atau bergurau, selagi tu lah dia tak berhenti mengenakan adiknya. Samada bergurau atau bergaduh pasti di akhiri dengan tanggisan. Memang kalau satu hari tak dengar suara menanggis tak boleh. Begitulah kebiasaannya.
“Kalau satu hari tak bising tak boleh ke?”. Itulah yang selalu saya bebelkan.
Saje je nak kenekan adiknya. Itulah telahan saya pada awalnya.
“Tak dapat jugak bang”. Itulah jawapan Sodiq.
“Tak dapat?” Jawab anak sulung saya.
“Nombor 24434 tu bukan nombor talipon tapi nombor 2 untuk solat Subuh sebab solat Subuh ada 2 rakaat, 4 tu untuk solat Zohur sebab kita kena solat 4 rakaat … ” Dan begitulah seterusnya dia menerangkan pada adiknya.
“Jadi lepas solat kita berdoa, masa tu tanyalah dan cakaplah dengan Allah apa yang kita nak cakap”. “Kalau kita buat hari-hari semua solat tu pasti suatu hari nanti kita jumpa Allah”. Kata anak sulung saya.
Selepas daripada itu anak saya tidak lagi bertanyakan soalan yang sama. Mungkin itulah jawapan yang tepat untuknya.
Alhamdulillah.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Mencari Redhanya Manusia.
Assalamua’laikum, apa khabar semua.
Mendidik anak bagiku bukanlah sesuatu yang mudah. Bercakap dan memberi nasihat memanglah mudah sebab tak jadi pada diri sendiri. Itulah antara bisikan-bisikan hati (atau bisikan-bisikan iblis) terhadapku bila orang memberi nasihat. ‘Belum rasa belum tahu’. Di tambah pula mereka yang memberi nasihat itu masih muda belia masih belum berkahwin atau anak-anak masih kecil. Mungkin kita dah buat yang terbaik tetapi pasangan kita macamana? Kan kita perlukan kebersamaan di dalam mendidik anak-anak. Itulah di antara rasa dan perasaan yang sepatutnya di kikis pada diri kita. Keegoan yang masih menebal di jiwa, suka menyalahkan orang lain serta tidak cuba memuhasabahkan diri sendiri.
Setelah lebih 17 tahun aku mendirikan rumah tangga, pelbagai pengalaman telah ku tempuh, ku kutip dan ku titipkan sebagai panduan/pedoman, ikhtibar, yang cuba ku sampaikan untuk mereka yang masih muda dalam berhadapan dengan kerenah anak-anak terutamanya. Pelbagai rasa yang telah ku lalui, pahit bagai hempedu, manis bak madu, masam bagaikan cuka, kelat bagaikan …. , tawar bak air mineral, masin bagaikan garam, dan pelbagai lagi. Namun kepahitan hempedu itu boleh di jadikan ubat, madu memang banyak kebaikannya tetapi jika berlebihan mengambilnya setiap hari akan mengudang bahaya juga antaranya hidung berdarah(yang terjadi padaku). Begitu juga yang lain-lain, ada pro dan contranya.
Yang pasti air zam-zam tiada keburukannya, yang tiada rasa seumpamanya. Apakah perkara yang serasa dengan air ini? Mampukan kita bertindak seperti air zam-zam ini. Selagi kita bergelar manusia, tiada siapa yang sehebat air ini. Serasa, sejernih dan semanfaatnya. Tiada lagi ciptaan manusia yang mampu mencipta air sehebat air ini, mungkin menghampirinya ada, namun setulennya belum lagi. Itulah kebesaran Ilahi
Air laut ada pasang surutnya, air sungai cepat berubah rupa, bau dan rasanya mengikut keadaan juga tempatnya, manakala air hujan tidak menentu turunnya. Begitulah kita jika diumpamakan seperti air, selagi bergelar manusia biasa yang hina dina di sisiNya. Namun yang pasti air zam-zam tetap sama dari dulu, kini dan selamanya.
Perasaan yang pelbagai, ada gembira, duka, cemas, malu, marah, geram dan bagai nak gila pun ada. Namun perjalanan hidup masih lagi jauh jika umur masih panjang. Sudah tentu pelbagai perkara akan berlaku di masa akan datang. Selagi hayat ada selagi kita bergelar ibu terutamanya, selagi itulah proses kematangan diri berubah dan menapak terus menaiki anak tangga. Di mana di dalam mencari ‘kesempurnaan’ dan kebaikkan itu pasti melalui kekurangan, kelemahan dan ketidak elokkan di dalam perjalanan itu nanti.
Melalui highway lebih mudah jika di bandingkan jalan biasa yang ada kalanya berlopak, berlubang serta berliku. Jalan biasa yang bertar lebih mudah jika di bandingkan jalan bertanah merah namun jika kelumrahan kita melaluinya akan menjadikan kita lebih sabar, berhati-hati dan tidak mudah merunggut jika di bandingkan mereka yang telah biasa melalui highway, bila sesekali berhadapan situasi jalan tanah merah akan lebih mengelabah.
Begitulah umpamanya kita para ibu, pengalaman mendewasakan kita. Kita sebagai ibu pasti sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak kita. Yang terbaik akan sukar di capai jika kita terlalu cepat mengalah, terlalu berkeluh kesah. Itulah pesanan untuk semua termasuk diriku yang mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti itu kerana kita hambaNya yang tidak sempurna.
Ya, harapan yang tinggi kita sandarkan pada anak-anak kita. Tapi ingat …! bagaimana harapan yang menggunung tinggi kita kepada anak-anak kita begitulah tingginya harapan ibu bapa kita terhadap kita walaupun kita sudah mempunyai keluarga sendiri. Jadi cerminlah diri kita sendiri bila kita mengharapkan sesuatu dari anak-anak dan kita juga merupakan anak kepada ibu bapa kita. Terutamanya diriku, yang sudah jarang-jarang menjengah kedua ibubapaku di kampung dek kesibukan dengan keluarga sendiri dan persekolahan anak-anak yang masih berterusan walaupun masa bercuti. Itulah alasanku pada ibubapaku. Maafkan aku Ibu dan abah.
‘Anak-anaknya adalah cermin ibu bapanya’
Itulah antara ayat yang selalu ku dengar bila memperkatakan tentang topik ibu bapa daripada para ilmuan agama kita. Itulah kebenarannya dan itulah yang paling sukar di terima oleh kebanyakkan orang termasuk diriku sendiri.
Apatah lagi apabila berlaku perkara yang kurang enak di dengar dan di lihat . “Aku dah ajar dah, dah beri yang terbaik untuk mereka tapi tak taulah kenapa jadi macam ni”.
Begitulah kebanyakkan dari kita memberikan alasan. Tidak mau mengaku kekurangan diri, itulah keegoaan kita. Sedangkan Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu. Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu. Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu”
Apakah jatuh maruah kita jika kita mengakui kekuranggan kita. Kalaupun kita rasa kita di pihak yang benar tidak bolehkah kita merendahkan diri kita sedikit dengan mengatakan “mungkin aku silap atau terlepas pandang”.
Itulah sebenarnya aku (dan mungkin bukannya anda) yang terlalu ingin MENCARI REDHANYA MANUSIA, keikhlasannya tiada, dengan mengenepikan redhanya Ilahi.
Mencari redhanya manusia tidak ke mana. Kita terutamanya diriku perlu berubah untuk mencari redhanya Allah. Pasangkan niat, kuatkan semangat “BERUSAHA MESTI, KEJAYAAN USAH DI NANTI, SERAHKANLAH PADA ILAHI”. Itulah diantara yang perlu ditanamkan di dalam hati dan sanubari, kerana kehidupan ini penuh liku dan duri. Tidak semudah yang diingini.
Sedangkan sebenarnya “terlalu sedikit orang yang benar-benar di uji oleh Allah, kebanyakkannya adalah di sebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri”.
Itulah kata-kata ustazah Salbiah suatu ketika dulu. Aku amat mengakui kebenarannya kerana di dalam Al-Quran Allah telah berfirman di ayat Ali-Imran 3:182 :
“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.
dan
“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”
(Al-Najm 53:39)
Aku selalu mendengar. Bila anak-anak membuat sesuatu perkara yang buruk di luar pengetahuan kita pasti ada yang mengata tengoklah mak bapaknya atau macam maknya jugak…
“Baiknya budak ni, hormat pada orang tua” Tengok pulak emak abahnya, takkan tak tau.
Cuba kita fikirkan, bila anak suka melepak kat tembok ke atau mana-mana tempat sampai ke Maghrib tak balik-balik. Tentulah ada yang kata “ya abah eh suka melepak kat kedai kopi” dan banyak lagi cerita-cerita yang seumpamanya. Itulah antara sketsa kehidupan kita.
Jadi cermin-cerminlah diri kita bila anak membuat sesuatu yang tidak elok adakah kita melakukannya samada kita pernah melakukan juga suatu ketika dulu atau ketika ini atau suami kita pernah melakukannya.
Seperti di atas, perlakuan yang tidak sama tetapi kata kerja atau makna yang sama, “melepak”.
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah kerana setiap renungan dan fikiran yang bermanfaat itu Allah akan gantikan dengan pahala dan kebaikan yang tidak terhingga.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Ya Allah…, Anakku!
Assalamualaikum, apa khabar semua.

Anakku yang berumur 6 tahun berlari-lari anak dari atas menjerit-jerit memanggilku. Namun pada masa itu aku masih lagi menunaikan solat Qada’ Subuh yang masih banyak tertinggal di zaman remajaku. Aku mendengar suaranya memanggilku namun aku teruskan menghabiskan solat yang masih tinggal satu rakaat lagi. Dia terdiam apabila melihatku masih bersolat dan terus menunggu di belakangku sehingga aku selesai. Selesai sahaja aku mengucapkan salam dia terus mengajak aku naik ke atas.
“Ibu jom ke atas bu, cuba tengok Aisyah”. Kenapa? Aku bertanya. “Jom lah tengok, sekejap je” sambil dia menarik tangganku.
Namun aku enggan mengikut kehendaknya sambil menjawab “Ibu nak solat lagi ni” aku memberitahu dan terus berdiri untuk meneruskan solatku lagi.
Ya lah untuk mengganti solat-solat ku yang dulu. Memang semasa zaman awal balighku, aku selalu meninggalkan solat subuh. Ku mencatitkan anggaran subuh yang telah ku tinggalkan dan membuat kiraan dalam masa 2 tahun aku boleh selesai menggantikan waktu subuhku jika aku menggantikannya setiap kali menunaikan solat wajib. Belum lagi di campurkan dengan waktu lain yang ku tinggalkan. Aku membuat anggaran 2 tahun selepas selesai mengganti solat subuh, baru aku boleh menarik nafas lega. Ku rasakan “hutangku” dengan Allah akan selesai selepas itu. Selesaikah hutangku dalam masa 4 tahun ni? Betulkah sudah selesai selepas 4 tahun? Entahlah! Sebenarnya aku terlalu takut berkira-kira, di tambah lagi berkira-kira dengan Allah. Rasanya tak cukup lagi. Tengoklah solat pun tak khusyuk mana, anak menjerit-jerit pun terganggu dan terdengar. Di terimakah solat yang ku buat selama ini? Eh.. banyak pula yang terfikir di kotak fikiranku ini. Ahh.. malaslah aku melayan fikiranku ini menjadikan aku takut menunggu saat aku di jemput oleh Allah. Banyaknya hutangku. Hutangku untuk hal duniawi pun banyak, sekeliling pinggan. Ni hutangku dengan Allah. Semua hutang-hutang tersebut sudah pasti di sebut di mahkamah Allah nanti.
Tiba-tiba aku terdengar jeritan anakku. “Ibu, tengok Aisyah ni”.
Sambil dia menarik tangan adiknya turun dari anak tangga. Aisyah mengelak dari di tarik namun sampai juga ke bawah. Anak lelakiku Abdul Sodiq terus memegang muka adiknya sambil mengarahkan kepadaku. Namun demikian Aisyah mengelak dan aku tak perasan pada mulanya.
“Tengok bu, tengok betul-betul bu”. Seolah-olah dia tahu aku tak berapa endah dengan apa yang ingin di beritahu padaku.
Aku terperanjat “Ya Allah Aisyah! Ya Allah anakku. Apa dah jadi ni”.
Terus abangnya menjawab. “Ibu nak tau apa dia buat? Aku masih lagi terlopong dengan rupa anakku yang kecil. “Dia guna pen yang ibu bagi dan letak kat bibirnya. Macam pakai make up dalam tv tu” Sambil dia melakonkan apa yang mereka pernah lihat di tv.
Inilah yang ku takut-takutkan. Akhirnya jadi juga. Baru tiga atau empat hari lepas aku memberi komen di blog ummuhusna tentang perkara ini. Tup, tup jadi pada diriku sendiri.
Memang sebelum solat tadi dia mengambil pen markerku yang ku gunakan untuk melakar pola untuk tempahan langsir. Aku tau dan aku nampak ia menconteng-conteng sesuatu di kertas A4. Tapi aku biarkan saje. Tak sangka aku, bibirnya yang di conteng. Memang anakku Aisyah pernah menyuruh aku membeli alat-alat make up untuk dia. Pada mulanya ku hairan juga baru 4 tahun umurnya sudah pandai meminta sesuatu yang di luar fikiran ku. Namun ku tahu itu semua pengaruh dari tv yang di lihatnya. Padahal sudah lebih 10 tahun aku tidak mempunyai alat seperti itu. Malah abangnya yang berumur 12 tahun pun tak ingat samada aku pernah dan mempunyai alat-alat kecantikan seperti itu. Anakku sendiri tak pernah melihat aku bermake up tapi akbibat pengaruh dari persekitaran dan tv dia tahu apa itu make up.
Ya dulu, semasa aku bekerja memang ada sesekali aku meletakkan perwarna merah di bibirku dan juga sedikit celak. Tapi aku rasakan, aku ni bukanlah jenis kaki melaram, tidak seperti kawan-kawan sepejabatku dulu. Setiap hari melaram dan bermake up manakala aku sebulan sekalipun susah nak buat macam tu. Cuma sesekali tu adalah. Sewaktu aku tidak berkerja pernah sekali aku cuba meletakkan celak di mata dan pemerah bibir yang ku beli dari Mekah semasa aku mengerjakan umrah. Namun suamiku berkata yang natural itu lebih cantik, katanya. Jadi aku pun fahamlah dan buangkan aje apa yang ada padaku. Itulah sekali seingat aku, aku melaram di rumah, apabila suamiku menegur aku tak lakukan lagi.
Benarlah apa yang dikatakan oleh ustazahku, Ustazah Salbiah Omar. Bukan senang untuk mendidik anak. Semuanya bermula dari awal lagi bukannya dari bermula kita memilih pasangan tetapi keturunan itu juga penting. Jika dari kecil dari dalam kandungan kita sudah di didik dengan baik dengan jalan Allah dan sunnah rasullullah, jadi mudahlah kita mendidik anak-anak kita nanti. Memang aku bukanlah dari golongan orang yang di didik dengan baik dari kecilnya, memang aku juga bukanlah dari keturunan yang baik-baik. Itulah kekuranganku namun itu juga yang membuatkan aku ingin dan berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya.
Aku juga ingat dan memegang kata-kata ustazahku “Usaha yang lebih, ganjarannya pasti lebih di sisi Allah” tapi pastikan dibuat dengan seikhlas-ikhlasnya.
Ikhlaskah aku selama ini?
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Bibik oh bibik.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Bibik adalah panggilan untuk pembantu rumah Indonesia yang biasa kita dengar. Ya, berbagai cerita tentang bibik. Ada yang baik dan tak kurang juga yang tak baik. Baru 2 atau 3 minggu lepas jiran sebelah rumah saya telah kehilangan bibiknya.. Bukan di hantar balik tapi lari dari rumah. Yang menghairankan tu waktu petang(sewaktu budak-budak keluar kat padang/dalam pukul 5) dia lari keluar dan tiada siapa yang perasan. Padahal anak saya ada di padang tapi tak perasan juga. Rumah saya memang dekat dan berhadapan dengan padang permainan kanak-kanak.
Keluar sehelai sepinggan. Semua barangnya tidak di bawa sekali. Duitnya pun masih ada kat jiran saya kerana katanya bila dah nak habis kontrak nanti dia akan bagi sekali. Tak taulah mana silapnya. Kalau nak di ikutkan, jiran saya tu baik orangnya. Tak suka marah-marah. Saya jarang sekali mendengar dia marah pada anak-anaknya. Jika di bandingkan dengan saya ni rasanya, saya lebih garang/tegas dan cepat marah dengan anak-anak. Sebelum ni bibik tu memang ada mengadu dengan saya, katanya ” anaknya yang besar tak suka pada dia dan selalu marah padanya. Manakala emak jiran saya tu kata memanglah cucunya tak suka pada bibik tu tapi tak buat sesuatu yang mencurigakan. Emaknya pun tinggal sekali di situ dan sebelum ni memang emaknya yang menjaga cucunya. Emaknya tu pun dah berusia 70′an, dah tak larat menjaga cucunya, jadi dia suruh anaknya ambil pembantu. Dia tetap duduk di situ cuma hari cuti je dia balik rumahnya di kampung. Katanya tak berapa percaya takut-takut dia buat sesuatu pada cucunya.
Bibik tu pun saya rasa baik orangnya serta rajin. Tak taulah mana silapnya. Memang dia ada berjumpa dengan kawan-kawan dia di hari-hari terakhir. Mereka rajin berkumpul di padang di waktu petang dan berbual. Setelah di risik oleh makcik(emak jiran) dengan kawan-kawannya yang biasa dia berbual di tepi padang tu, katanya dia tak tahan dengan nenek yang suka membebel. Orang tua biasanya macam tulah. Emak sayapun suka membebel. Segala cerita habis keluar dari dia muda hingga sekarang akan terkeluar kalau dia marah. Saya ni pun dah nampak tanda-tanda suka membebel. Dah masuk 40′an dah berubah pulak. Agaknya hormon dalam badan berubah jadi perangai pun berubah. Harap-harap tidak berlarutan sampai menjadi kemarahan suami dan anak-anak. Saya akan cuba mengawal diri saya ni. Semoga Allah sentiasa bersama saya.
Semalam saya berkunjung ke blog ustaz Halim(Inijalanku.Wordpress.com) ternampak pula tajuk mengenai bibik diblognya. Jadi saya buka. Ustaz Halim pun ambil bibik tapi setelah isterinya melahirkan 12 orang anak(anaknya 13 orang semuanya dengan seorang isteri sahaja). Dia memuji bibiknya. Tapi cerita yang lebih menarik lagi kehebatan isterinya. Wah! hebat betul isterinya, sanggup melahirkan 13 orang anak dan menjaga bersendirian dengan 12 orang anak. Dengan bekerja sebagai guru serta sesekali mendapat jemputan untuk program Agama/kuliah. Isteri dan ibu seperti inilah yang saya tabik sebab saya tak sehebat mereka. Kalau saya jadi macam tu tak sanggup rasanya. Terasa begitu rendah dan lemahnya diri saya ni jika di banding dengan mereka-mereka yang hebat yang saya kenali dan ketahui ceritanya. Memang jauh lagi standard saya di sisi Allah. Cemburu sungguh saya dengan ibu-ibu ini.
Walaubagaimanapun berhati-hatilah kepada sesiapa yang mengambil bibik/pembantu rumah. Kadang-kadang mereka ni di hadapan kita baik, pijak semut pun tak mati tapi di belakang kita anak kita di pijak-pijanya. Cuba tengok video ni nanti. Tak sanggup saya mengenangkannya dan menitiskan air mata saya melihatnya. Setelah saya melihat video ni terbayang-bayang hingga ke hari ini di dalam kepala saya. Sanggup dia buat anak majikannya begitu sekali. Memang tak berhati perut. Melihatkan video tu teringat pulak saya cara saya mendidik anak-anak. Rasa berdosa dan bersalah tiba-tiba datang. Banyak dosa saya dengan anak-anak, ada masanya saya marah mereka dan ada masanya kena rotan juga, bukannya apa untuk mengajar mereka. Maklumlah anak-anak saya ramai lelaki, bila dia orang nakal dan bergaduh memang satu taman ni dengar agaknya. Di tambah pula dengan sifat hypeaktif dia orang jadi hype pulak diri saya. Tapi lepas ni saya nak menjadi lebih baik dan berlembut dengan mereka. Harap-harap saya dapat mengawal perasaan dan bersabar dengan tingkah laku mereka.
Video ini juga boleh memberikan kesedaran pada kita para ibu-ibu. Semoga kita sentiasa berlemah lembut dan berfikiran waras dalam mendidik anak-anak. Jangan terlalu mengikutkan rasa marah. Saya begitu terasa dengan apa yang di lihat di dalam video ini. Ia memberi kesedaran dan keinsafan kepada saya.
Astagfirullahhalazim...Klik di sini untuk masuk ke blog orang Johol Nogori Sembilan untuk lihat videonya. Nasib baiklah si majikan tu berkemampuan dan sanggup pasang alat kemera tertutup dirumahnya. Kalau tidak anak tu agaknya dah tak bernyawa di kerjakan oleh bibiknya. Kesihan sungguh saya dengan budak tu kerana dia budak kecil, tak tau apa-apa.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Nisha.
Renung-renungkan.
Assalamualaikum.
Ini kata-kata yang sungguh menyayat hati yang saya dapat dari emel berantai yang di hantar kepada saya. Baik untuk semua orang samada yang dah jadi mak, jadi anak mak dan sesiapa saje. Untuk mengkoreksi diri sendiri eloklah di baca dari mula hingga selesai.
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat
> ini kepada iLuvislam.com(http://www.iluvislam.com)
> Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic
> Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai
> yang menitiskan air mata ketika itu.
> Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal…
> Mak…..
> Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
> Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
> Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih
> terasa lagi nih….
>
> Mak tau tak…….
> itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak
> kiter dewasa…..
> dan itu juga terakhir kali nya.
> Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
> nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana
> ni……
>
> mak macam dah sedia…..
> Seminggu sebelum tu……
> mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
> Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
> tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih……
> kakak pun rasa hairan…..
> mak tak penah buat gitu…..
>
> pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
> tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran
> siam …….
> kengkadang siaran indonesia ..
> mak terus tekun menganyam…
> Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk
> mengiringi mak ke kuburan…
>
> Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
> pastu mak jemur karpet-karpet. ..
> pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
> mak biarkan ruang tu kosong..
> rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
>
> paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan
> barang kemas mak..
> ada kat dalam almari…..
> ada kat dalam dalam beg…..
> ada dalam ASB…..
> ada kat dalam Tabung Haji..
> mak cakap tak berapa cukup lagi……
> ada kat dalam gulung tikar…..
>
> masa tu mak perasan takk..??
> kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
> kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
> mak cuma gelak jer…
> eeemmm…bahagiaa nya saat ituu..
>
> Mak…..
> Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2
> sakit perut…..
> bila malam tu kiter sampai dari KL…..
> mak dah dalam kesakitan.
> Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
> mak tetap takmau pi hospital…. .
> dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
> Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
> tapi kiter berkeras juga pujukk..
> nanti di hospital ada doktor…
> ada ubat untuk mak..
> kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
>
> Mak tetap tak bersetuju… ..
> mak memang degil..
> tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
> Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
> mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
> kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital….
> ..
>
> Mak…..
> amponkan kami semua…
> kami nak mak sehat…
> kami sayang mak…
> kami tak mau mak sakit…
> kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
> ampon kan kami yer mak….
>
> Mak…..
> Malam itu abang bawa mak ke hospital
> dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta
> kiter…
> Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
> kiter kata nak beli kereta….
> Mak asyik tanya ajer..
> cukup ker duitt..
> kiter jawab pula…
> kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
> mak gelak ajerr…..
>
> Lepas tu bila kereta kiter sampai….
> mak buat kenduri kesyukuran.. . ….
> Dan kiter masih ingat lagi…
> bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
> Punya la kiter takut…
> kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat
> mak…..
> Bila balik sahaja kampong….
> kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
> Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
> mak tanya kenapa…?
> Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
>
> Mak….
> tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
> Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal
> sebenar…
> mak, kiter menipu mak kan ..
> ampon kan kiter…..
> Mak…..
> Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
> Bila tiba aja kat hospital…. .
> nurse tengah balut mak dengan kain putih…….
> mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
> Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
> Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
> Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
> mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
>
> Mak tau tak….
> Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu
> dalam keadaan separuh sedar…
> Adik kat sebelah diam melayan perasann…
> Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
> jalan di depan terasa makin kelam…..
> airmata dah tak mampu di tahan….
> Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter
> rela…
> Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
> di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
> kosong. …sekosong hati ini…..
> Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
> suasananya.. …..
> terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
>
> Mak……
> Kiter masih ingat lagi….
> Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
> Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
> Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
> Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh
> tubuh mak…..
> Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
> Mak perasan tak…..?
>
> Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
> Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak
> jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
> Bila makcik tu kata gitu…
> lagi laaaa laju airmata ni…
> tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
>
> Mak…..
> Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
> kiter nangis ni…..
> Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
> Takder orang yang bangun lagi…..
> kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter
> sedih…
> kiter rindu kat mak….!
> Takpa la….
> nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
> kiter baca yassin untuk mak…
> mak tunggu ya..!
> Mak..
> Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
> Semua anak2 mak mengelilingi mak…
> menatap wajah mak buat kali terakhir….
> Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
> Mak rasa tak….
> masa tu kiter sentuh dahi mak….
> kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
> Kiter tak mampu nak cium mak…
> kiter tak daya….
> kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air
> mawar…
> Airmata kiter tak boleh tahan….
> Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat
> jenazah untuk mak…
> tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..
>
> Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
> Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
> badan akak terasa panas…
> makk…
> anak mak yang seorang tu demam….
>
> Mak tauu…
> cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke
> tanah perkuburan.. .
> Mak…..
> Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
> Begitu terasa kehilangan mak…
> boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini
> berendam airmata…
> Dan sampai satu tahap….
> masa tu malam jumaat selepas maghrib….
> Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
> entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak
> pastu apa lagi…
> semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
> tangisan tak dapat dibendung…
>
> Mak tauu…
> kiter cuba bertahan…
> memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
> Kiter rasa nak telefon mak…..
> nak cakap dengan mak…..
> anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
> Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong….
> Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
> Puas la kakak memujuk kiter…
> Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk
> mak..”
> Dan akhirnya akak juga nangis…..
>
> Mak tau tak..
> di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu
> hati…
> rasa nyilu sangat…
> menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada
> ni….
> Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
> hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
>
> Mak….
> cukup la sampai sini dulu….
> kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
> kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
> selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
> kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
> esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
> Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih….
> pastu kawan kiter bgtau…
> simpan je buat kenangan..
> Kiter cuma tau alamat ni aje…
> Takper yer mak…k
> Kiter kasi orang lain baca…
> Kiter stop dulu…
> sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
> akhir kata untuk mak,
> I LOVE YOU SO MUCH
> dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
> memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk
> sekolah..
> sampai masuk univesiti… .
> sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
> boleh rasa duduk kat negara orang…
> sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
>
> Sekian terima kasih,
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Nisha
Renung-renungkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk renungan anda semua yang mana artikle ini saya terima melalui email. Boleh di gunakan sebagai rujukan di bulan yang mulia ini. Bagi saya ia sesuatu yang baik jadi saya masukkan ke ruang ini.
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yg hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hi lang dari diri seseorang.
Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca ‘Ya Karim! Ya Karim!’ Orang itu
lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: ‘Ya Karim! Ya
Karim!’ Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
‘Ya Karim! Ya Karim!’ Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:
‘Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah.’
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
‘Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?’
‘Belum,’ jawab orang itu. ‘Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?’
‘Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya,’ kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: ‘Wahai orang Arab! Ketahuilah
aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!’ Melihat Nabi
di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
‘Tuan ini Nabi Muhammad?!’ ‘Ya’ jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
‘Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.’
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
‘Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih
Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan
menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!’ Setelah
menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
‘Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!’
kata orang Arab badwi itu. ‘Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan
Tuhan?’ Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuh an akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:
‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!’ Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la
lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. ‘
|
Bacaan ketika rukuk Bacaan ketika bangun dari rukuk Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Bacaan ketika Tahiyat Awal Doa Qunut ‘wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup Amin, amin, Ya Robbil alamin.
Wallahu’alam. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri. Wassalam
|
Malam Pertama
MALAM PERTAMA

Segala puji bagi Allah, Dzat yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan kegelapan dan cahaya. Namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, menciptakan malaikat sebagai utusanNya. Malaikat yang memiliki sayap dua hingga empat. Allah Maha Kuasa untuk menambahkan sesuatu yang Ia kehendaki pada hambaNya, kerana Ia Maha Kuasa untuk melakukan segala apapun.
Aku bersaksi, tidak ada ilah yang berhak di sembah selain Allah saja. Tiada sekutu bagiNya. Aku juga bersaksi, bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Di utus oleh Rabbnya sebagai pemberi petunjuk, khabar gembira dan peringatan, serta penyeru kepada Allah dengan izinNya, sebagai penyuluh yang terang. Ia telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad di jalan Allah hingga akhir hayat. Semoga shalawat dan salam terlimpah kepada dirinya, keluarga dan para sahabatnya.
Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian kutersekap diam membisu.
Kubur adalah malam pertama.
Demi Allah, katakanlah apa yang terjadi dengan dua malam, yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba?
Malam pertama ia masih berada di rumah. Bersama anak dan keluarga lainnya dalam keadaan bahagia penuh keceriaan. Hidup dalam kesenangan dan kesihatan yang terjamin. Tertawa melihat tingkah laku anak-anaknya yang lucu, demikian pula ia di tertawakan oleh anak-anaknya.
Lalu tiba-tiba di sergah oleh malam kedua. Malam saat ia di jemput oleh kematian, untuk kemudian di kubur dalam lahat.
Malam kedua itu adalah malam pertama ia berada di alam kubur. Seorang penyair Arab pernah melantunkan syairnya,
“Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian ketersekap diam membisu.
Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain.
Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain.
Apa gerangan yang mendatangiku saat tidur?”
Itulah peristiwa yang menempatkan manusia pada liang lahat. Sendiri di cekam sunyi. Tak ada isteri, anak atau sahabat karib. yang ada hanya amal.
Ayat yang bermaksud,
“Hari, saat mereka di kembalikan kepada Allah-sebagai Tuhan mereka yang haq-. Ketahuilah, milik Allah lah segala keputusan dan Dia adakah Dzat yang Maha Cepat HisabNya.” (Al-An’am: 62).
Inilah malam pertama di alam kubur, yang membuat mata ulama sembab oleh tangis. Menjadi keluhan para orang-orang bijak. Menjadi inspirasi para penyair dan penulis dalam menghasilkan syair dan menulis buku.
Di kisahkan, seseorang yang di kenal sebagai pria shaleh, sedang dalam kondisi sakaratul maut kerana di gigit ular berbisa. Waktu itu ia sedang dalam sebuat perjalanan dan lupa meninggalkan pesan kepada keluarganya. Dalam detik-detik terakhir menuju perpindahannya ke alam baka itulah ia menghasilkan sebuat syair,
Cahaya berkilau memancar,
Saat aku di tinggal paksa.
Disebabkan ular jahat yang menipu.
Mereka berkata, “jangan menjauh”, padahal tak ada tempat selain lahat ini.
Mereka berkata,”Mengapa begitu cepat aku meninggalkan anak-anakku”
Mengapa aku pergi, padahal belum sempat meminta izin kepada orangtuaku.
Beginikah akhir sebuah kehidupan…? Beginikah caraku pergi meninggalkan dunia?
Beginikah caraku meninggalkan semua harga dan kedudukanku dalam waktu yang begitu singkat?
Ia menceritakan dirinya,
Para sahabat dan orang-orang yang menguburku berkata, “Jangan menjauh dari Allah.
Bagaimana aku bisa lari, padahal hanya lahat ini ruang yang tersisa bagiku.
Tak ada sesuatu yang lebih ngeri daripada tempat kembali yang satu ini.
Tak ada ruang yang lebih gulita daripada kubur ini.
Apakah setiap orang mampu memayangkan semua ini?
Ayat yang bermaksud:
Sampai ketika maut mendatangi salah seorang dari mereka, ia berkata,”Duhai Rabbku, kembalikan aku(kedunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhada yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang di ucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka di bangkitkan”
(al- Mukminun : 99-100)
Sekali-kali tidak! Mengapa sekarang kamu baru mengingat hisab? Mengapa baru sekarang kamu bertaubat dan berhenti dari maksiat?
Wahai orang-orang yang berpaling dari masjid, bagaimana dengan solatmu?
Wahai orang yang berpaling dari Al-Quran…wahai orang yang meremehkan hukum Allah…. Wahai mereka yang tenggelam dalam maksiat… Wahai para pemuja gambar yang di haramkan Allah….
Mengapa baru sekarang kalian bertaubat” kemana saja kalian selama ini?
Itulah Malam pertama di alam kubur….
Buku ni tak de hak cipta(boleh di gunakan oleh sesiapa, jadi saya gunakannya)
DARI BUKU MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Dr. A’idh Al-Qarni, M.A
Dr. Muhammad bin Abdrahman Al-Uraifi
Syaikh Muhammad Husain Ya’qub
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Dari : http://www.hijab-batik.com.
Wassalam.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
