Archive for the ‘Ibu Mithali’ Category
Ikhlaskah aku selama ini?
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Pizza Nisha.

Untuk Doh
1. Tepung 1kg
2. Mauripan 1 paket.
3. Sosej(betul tak ejaannya main taram je) 3 batang
4. Sesudu besar gula
5. Sesudu besar garam
6. 3 sudu besar majerin(kalau bukan majerin pun sebut majerin jugak sebab dah terbiasa dari kecik lagi)
7. 2 – 3 cawan air (lebih kuranglah macam nak buat karipap tu, kalau dah terlebih air tambah tepung sikit-sikit, kalau masih bertepung tambah air sikit-sikit).
- Kalau nak buat sikit je, bahagikanlah semua mengikut pembahagian yang telah di buat. Contahnya nak buat ½ kg tepung jadi yang lain tu pun setengah jugalah.
Cara menghasilkannya.
Campurkan semua bahan no.1 hingga no.6, gaulkan sehingga sebati/serata. Masukkan air(sebaiknya air suam jadi cepat sikit doh tu naik). Saje aku tambah sosej pada dohnya sebab nak bagi berbeza sikit daripada pizza yang lain dan ini juga idea dari suamiku, jadi ku cubalah. Ulilah seperti kita menguli karipap atau roti tapi jangan lama-lama sangat, kata chef Wan nak buat pizza tak perlu uli lama-lama nanti … lupa pulak apa sebabnya tapi memang dia cakap macam tu dalam satu siaran dalam tv suatu masa dulu, semasa aku baru-baru nak cuba buat pizza.
Masa tu aku masih kerja lagi dan satu lagi kata-kata chef Wan yang akan ku pegang sampai sekarang tentang masakan ni ialah “kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita jadi kita boleh buat ikut apa yang kita hendak” Jadi jangan takut untuk mengubah dan mencuba sesuatu yang baru. OK, kita teruskan,,,
Biarkan selama 1 jam atau lebih untuk menaikkannya atau mengembangkannya.
Sementara tu sediakan bahan-bahan dibawah.
- Sosej(kalau nak senang potong-potong je), daging/ayam/udang/daging burger(pilihlah yang mana berkenan). Kalau daging burger kene masak dulu macam nak masak burger. Kalau daging/ayam potong dadu dan rebuslah dulu supaya ia lembut dan masak. Kalau udang tak perlu buat apa-apa bersihkan saje.
- Bawang besar di potong dadu – 1 labu
- Nenas/cendawan butang(dalam tin)- pilih salah satu
- Chilie besar di hiris-hiris
- Keju(mojarella dan apa-apa keju yang halal) Kalau nak macam bertali tu gunalah keju yang sesuai untuk buat pizza tapi kalau tak kisah, guna keju yang makan dengan roti tu pun boleh.
- Tomato paste
- Secubit garam
- Sesudu minyak(kalau tak bubuh pun tak apa)
- Italian Herbs/marjoram( masukkan sehingga ada rasa dan bau macam kita beli pizza kat pizza hut tu)
Teruskan dengan cara di bawah,
Bahan no.6 hingga no.9 hendaklah di masukkan sekali dan di gaul hingga sebati.
Setelah 1 jam, doh tadi bolehlah di letakkan di dalam bekas untuk membakar pizza atau apa-apa saje tempat untuk di bakar. Tak perlu beli tempat khas untuk buat pizza, tutup periuk aluminium tu pun boleh. Macam mak-mak kita kat kampung atau masa nak buat kuih raya dulu guna tutup periuk je. Sorrylah bagi mak anda yang dah moden atau yang lebih senang mungkin tidaklah, tapi masa aku kecik-kecik dulu macam tulah mak aku buat.
Ratakan selebar bekas anda dan kalau boleh biarlah doh tu tebal sikit sebab ada sosej di dalamnya. Kalau doh tebal saya nasihatkan anda membakar doh tu dulu sehingga separuh masak(dalam 10-15minit), lepas tu baru teruskan dengan yang lain. Takut nanti tepung untuk doh tu tak cukupa masak.
Teruskan… Letakkan tomato paste yang telah di campurkan/digaulkan bersama yang lain tadi, dan sapukan sama rata di atas doh tersebut. Letakkan bahan-bahan no.1 hingga no.4 di dalam Loyang anda. Taburkan sama rata di bahagian atas tomata paste tu,
Kemudian, masukkan keju yang telah di hiris-hiris dan ratakan di seluruh kawasan Loyang tadi. Akhir sekali jika masih ada lebihan tomato paste tadi letakkan di atas sekali.
Bakarlah dengan suhu kepanasan 170°C selama 15-20 minit. Jangan terlalu lama nanti kejunya tak bertali dan menjadi keras.

Tengah menaburkan/meletakkan keju.
Selamat mencuba.
Lega rasanya, bolehlah aku menyambung penulisanku di dalam blog yang tidak sampai setahun lagi ini, setelah aku menyiapkan satu tempahan yang baru ku poskan semula semalam. Tempahan langsir paten Scallop Tradisional yang di beri tempoh selama seminggu sahaja untuk aku siapkan. 4 set semuanya. Alhamdulillaa..h.

Tempahan yang telah ku siapkan dan di masukkan ke dalam kotak untuk di poskan.
Tak taulah kenapa aku sanggup menerima tempahan melalui pos sahaja dan terpaksa menangguhkan tempahan yang sedia ada. Maklumlah yang lain ni lambat lagi nak di gunakan. Kata mereka untuk raya nanti. Manakala ebookku yang ke tiga masih lagi belum selesai untuk semakkan kali ke 3. Maaflah bebanyak, ada yang bertanya melalui email bila ebook ku nak keluar tapi masih tak keluar-keluar sampai sekarang. Masih lagi dalam semakkan dan semakkan tu pulak tergendala…
Dalam kesibukan itu, sempat juga aku memasak dan meyediakan pizza untuk hari jadi anakku Abdul Sodiq(27 May) dan satu-satunya anak perempuanku Siti Aisyah(17 May). Ku buat sekali arung je jadi, dapatlah juga aku paparkan resepinya di blog ini.
Entahlah…, semuanya ku sanggupkan sahaja. Apakah yang ingin ku kejar? Semua benda aku nak buat dan akhirnya semuanya sekerat jalan.
Inilah juga menjadi kemarahan suamiku. “Semuanya nak di buat dan semuanya yang di sanggupkan dan akhirnya diri sendiri yang susah” Itulah kata-kata suamiku.
Mungkin suami ku marah padaku kerana akhirnya dia dan anak-anak akan terabai. Ya, memang serba sedikit tugasanku sebagai isteri dan ibu akan terabai dan terjejas. “Nak duduk rumah buatlah cara duduk rumah”.
Mungkin itu sambungan daripada apa yang ingin suamiku sampaikan. Itu cuma telahan aku sahaja dan tak pernah keluar dari mulutnya pun. Sesekali aku dapat rasakan suamiku tidak berapa setuju dengan caraku, cuma dia tidak meluahkannya kepadaku.
Ya, ikhlaskah aku selama ini? Ikhlaskah aku untuk berhenti kerja suatu ketika dahulu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama dan untuk mendidik anak-anakku. Berjayakah aku mendalami ilmu agama? Berjayakah aku mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang berguna untuk agamaNya? Ikhlaskah aku apa yang ku lakukan selama ini atau ada sesuatu yang ingin ku buktikan? Apakah ingin ku beritahu semua orang bahawa aku ini serba boleh? Apakah yang ku lakukan ini semata-mata kerana Allah atau kerana sesuatu selainNya? Yang pastinya jawapannya bercampur aduk. Ini bermakna aku belum lagi mencapai tahap ikhlas di sisi Allah. Memang dengan manusia aku boleh mengatakan aku ikhlas melakukannya, aku boleh menipu dan aku boleh beri pelbagai alasan tapi… dengan Allah? Allah tahu segala-galanya.
Aku selalu mendengar di dalam radio IKIM “Barangsiapa mencari redha Allah dengan marahnya manusia kepadanya, segala urusannya nescaya Allah sentiasa bersamanya tetapi barang siapa mencari redhanya manusia dengan marahnya Allah, maka urusannya itu di serahkan kepada manusia”. Begitulah lebih kurang kata-kata tersebut tapi tak sempat aku nak menyalinnya.
Adakah aku di dalam golongan mencari redhanya manusia?
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Ya Allah…, Anakku!
Assalamualaikum, apa khabar semua.

Anakku yang berumur 6 tahun berlari-lari anak dari atas menjerit-jerit memanggilku. Namun pada masa itu aku masih lagi menunaikan solat Qada’ Subuh yang masih banyak tertinggal di zaman remajaku. Aku mendengar suaranya memanggilku namun aku teruskan menghabiskan solat yang masih tinggal satu rakaat lagi. Dia terdiam apabila melihatku masih bersolat dan terus menunggu di belakangku sehingga aku selesai. Selesai sahaja aku mengucapkan salam dia terus mengajak aku naik ke atas.
“Ibu jom ke atas bu, cuba tengok Aisyah”. Kenapa? Aku bertanya. “Jom lah tengok, sekejap je” sambil dia menarik tangganku.
Namun aku enggan mengikut kehendaknya sambil menjawab “Ibu nak solat lagi ni” aku memberitahu dan terus berdiri untuk meneruskan solatku lagi.
Ya lah untuk mengganti solat-solat ku yang dulu. Memang semasa zaman awal balighku, aku selalu meninggalkan solat subuh. Ku mencatitkan anggaran subuh yang telah ku tinggalkan dan membuat kiraan dalam masa 2 tahun aku boleh selesai menggantikan waktu subuhku jika aku menggantikannya setiap kali menunaikan solat wajib. Belum lagi di campurkan dengan waktu lain yang ku tinggalkan. Aku membuat anggaran 2 tahun selepas selesai mengganti solat subuh, baru aku boleh menarik nafas lega. Ku rasakan “hutangku” dengan Allah akan selesai selepas itu. Selesaikah hutangku dalam masa 4 tahun ni? Betulkah sudah selesai selepas 4 tahun? Entahlah! Sebenarnya aku terlalu takut berkira-kira, di tambah lagi berkira-kira dengan Allah. Rasanya tak cukup lagi. Tengoklah solat pun tak khusyuk mana, anak menjerit-jerit pun terganggu dan terdengar. Di terimakah solat yang ku buat selama ini? Eh.. banyak pula yang terfikir di kotak fikiranku ini. Ahh.. malaslah aku melayan fikiranku ini menjadikan aku takut menunggu saat aku di jemput oleh Allah. Banyaknya hutangku. Hutangku untuk hal duniawi pun banyak, sekeliling pinggan. Ni hutangku dengan Allah. Semua hutang-hutang tersebut sudah pasti di sebut di mahkamah Allah nanti.
Tiba-tiba aku terdengar jeritan anakku. “Ibu, tengok Aisyah ni”.
Sambil dia menarik tangan adiknya turun dari anak tangga. Aisyah mengelak dari di tarik namun sampai juga ke bawah. Anak lelakiku Abdul Sodiq terus memegang muka adiknya sambil mengarahkan kepadaku. Namun demikian Aisyah mengelak dan aku tak perasan pada mulanya.
“Tengok bu, tengok betul-betul bu”. Seolah-olah dia tahu aku tak berapa endah dengan apa yang ingin di beritahu padaku.
Aku terperanjat “Ya Allah Aisyah! Ya Allah anakku. Apa dah jadi ni”.
Terus abangnya menjawab. “Ibu nak tau apa dia buat? Aku masih lagi terlopong dengan rupa anakku yang kecil. “Dia guna pen yang ibu bagi dan letak kat bibirnya. Macam pakai make up dalam tv tu” Sambil dia melakonkan apa yang mereka pernah lihat di tv.
Inilah yang ku takut-takutkan. Akhirnya jadi juga. Baru tiga atau empat hari lepas aku memberi komen di blog ummuhusna tentang perkara ini. Tup, tup jadi pada diriku sendiri.
Memang sebelum solat tadi dia mengambil pen markerku yang ku gunakan untuk melakar pola untuk tempahan langsir. Aku tau dan aku nampak ia menconteng-conteng sesuatu di kertas A4. Tapi aku biarkan saje. Tak sangka aku, bibirnya yang di conteng. Memang anakku Aisyah pernah menyuruh aku membeli alat-alat make up untuk dia. Pada mulanya ku hairan juga baru 4 tahun umurnya sudah pandai meminta sesuatu yang di luar fikiran ku. Namun ku tahu itu semua pengaruh dari tv yang di lihatnya. Padahal sudah lebih 10 tahun aku tidak mempunyai alat seperti itu. Malah abangnya yang berumur 12 tahun pun tak ingat samada aku pernah dan mempunyai alat-alat kecantikan seperti itu. Anakku sendiri tak pernah melihat aku bermake up tapi akbibat pengaruh dari persekitaran dan tv dia tahu apa itu make up.
Ya dulu, semasa aku bekerja memang ada sesekali aku meletakkan perwarna merah di bibirku dan juga sedikit celak. Tapi aku rasakan, aku ni bukanlah jenis kaki melaram, tidak seperti kawan-kawan sepejabatku dulu. Setiap hari melaram dan bermake up manakala aku sebulan sekalipun susah nak buat macam tu. Cuma sesekali tu adalah. Sewaktu aku tidak berkerja pernah sekali aku cuba meletakkan celak di mata dan pemerah bibir yang ku beli dari Mekah semasa aku mengerjakan umrah. Namun suamiku berkata yang natural itu lebih cantik, katanya. Jadi aku pun fahamlah dan buangkan aje apa yang ada padaku. Itulah sekali seingat aku, aku melaram di rumah, apabila suamiku menegur aku tak lakukan lagi.
Benarlah apa yang dikatakan oleh ustazahku, Ustazah Salbiah Omar. Bukan senang untuk mendidik anak. Semuanya bermula dari awal lagi bukannya dari bermula kita memilih pasangan tetapi keturunan itu juga penting. Jika dari kecil dari dalam kandungan kita sudah di didik dengan baik dengan jalan Allah dan sunnah rasullullah, jadi mudahlah kita mendidik anak-anak kita nanti. Memang aku bukanlah dari golongan orang yang di didik dengan baik dari kecilnya, memang aku juga bukanlah dari keturunan yang baik-baik. Itulah kekuranganku namun itu juga yang membuatkan aku ingin dan berusaha menjadi yang terbaik di sisiNya.
Aku juga ingat dan memegang kata-kata ustazahku “Usaha yang lebih, ganjarannya pasti lebih di sisi Allah” tapi pastikan dibuat dengan seikhlas-ikhlasnya.
Ikhlaskah aku selama ini?
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Guru-guruku.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
SELAMAT HARI GURU
Saya tidak mempunyai artikel yang menarik untuk di kongsikan tentang guru. Walaubagaimanapun saya amat menyanjung tinggi dan berterima kasih pada guru-guru saya yang terdahulu terutama guru agama saya sekarang iaitu Ustazah Salbiah Omar. Ustazah Ruzaimah dan Ustazah Zuraini. Kesemuanya pernah saya menuntut ilmu dengan mereka. Semuanya hebat-hebat belaka. Terima kasih atas ilmu yang di beri dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Di sini ingin saya berikan sedikit info tentang mereka.
- Ustazah Salbiah Omar. Berumur 50′an dan seorang pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia. Tinggal di Taman Exora, Senawang, Seremban. Rumah saya dengan rumahnya tak jauh. Berkelulusan Al-Azhar Mesir. Pernah mengikuti kelas pengajiannya selama hampir 4 tahun setiap hari(sesekali ada juga tak datang). Seorang yang tak kenal erti penat lelah. Jika tiada jemputan ke majlis ilmu yang lain, dia sememang mengadakan kelas setiap pagi(kuliah dhuha dari 8am – 10.30am) dan malam(lepas maghrib hingga 10.30pm). Dia telah membeli 2 buah rumah kedai(berada di Dataran Senawang dan juga di Taman Kemuning) khusus untuk pengajian yang di buatnya hampir setiap hari). Katanya inilah hasil duit yang di terimanya semasa memberi kuliah/program agama. Seorang yang cukup bersederhana dan suka membantu anak-anak muridnya yang di dalam kesusahan. Seorang yang tegas dan di katakan “mulut celupar”. Namun demikian dengan dialah saya banyak mendapat ilmu. Kerana takut di tegur saya jadi berhati-hati bila berhadapan dengannya. Dengan dia jugalah saya banyak berubah menjadi lebih baik. Maaf sebab gambarnya tiada. Bila ada kelapangan akan saya cuba hubungi dia untuk memanjangkan kisahnya. Sekarang saya jarang mengikuti kelasnya cuma sesekali sahaja kerana sebab-sabab yang tak dapat di elakkan. Terima kasih Ustazah Salbiah Omar.
- Ustazah Ruzaimah. Berumur 40′an. Berkelulusan dari UKM dan sekolah pondok(maaf saya tak tau sekolah pondok mana).
Juga seorang pendakwah bebas yang tinggal di Kampung Sentosa Seremban. Sekarang saya mengikut pengajian dengannya setiap Jumaat di taman saya. Seorang yang lemah lembut dan boleh di bawa berbincang. Saya lebih berani dengannya jika bertanya sebarang soalan dan kadang-kadang saya berani bertanya soalan yang rasanya tak sependapat dengannya. Sebab dalam banyak hal ilmuan agama yang kadang-kadang tak sama pendapat tapi semuanya boleh dipakai. Namun demikian saya tetap menghormatinya sebagai seorang guru agama. Berkelulusan dalam bidang Medical(doctor perubatan) namun meninggalkan profesyennya dan menjadi suri rumah/pendakwah. Di beritakan dia hidup bermadu(4 orang semuanya) tapi tinggal dengan rukun dan damai bersama-sama suami(ustaz) dan madu-madunya. Inilah yang ingin saya tanya tapi tak tertanya lagi pada dia. Ingin mengorek rahsia kebahagian hidupnya kerana saya tau tak ramai yang sangup di madukan walaupun dari kalangan ahli agama sendiri. Mempunyai 7 orang anak yang hidup tapi madu-madunya saya tak tau berapa orang. Seorang yang cukup simple dan pada mulanya saya tak taupun dia mempunyai ijazah kedoktoran. Tapi semasa mengajar saya dapat lihat di memang seorang yang pakar dalam bidang perubatan. Nantilah saya, ambil gambarnya bila jumpa dia jumaat ni. Anda takut di madu? Nantilah bila keadaan sesuai saya akan tanyakan tip-tip yang boleh di kongsi bersama jika anda bermadu atau ingin di madu. - Ustazah Zuraini Yaakob. Berumur 30′an. Berkelulusan dari UM. Seorang ustazah di sekolah menengah di Rembau dan tinggal di Rembau(dulu satu taman dengan saya). Mempunyai 5 orang anak. Sesekali di jemput membuat kelas Agama dan seorang yang suka mendekati masyarakat. Semasa tingaal di taman ini dialah yang mengaktifkan aktiviti di taman ini terutama sekali untuk Helwa. Apabila dia berpindah dari taman kami(helwa), program pun dah mulai kurang aktif. Seorang yang boleh di bawa berbincang dan senang menerima pendapat orang lain. Saya selalu merujuk dengannya jika ada apa-apa masalah. Saya jarang bertemu dengannya tapi selalu berhubung dengan talipon sahaja. Gambarnya pun saya tak ade. Nantilah bila jumpa saya ambil gambar untuk blog ini.
Inilah antara guru-guru saya yang amat saya kasihi dan sanjungi. Terima kasih atas ilmu-ilmu yang Ustazah-ustazah berikan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Guru juga seperti ibu kitakan?. Jadi saya gunakan puisi yang di sediakan oleh Ustaz Halim(Inijalanku.wordpress.com) untuk mereka. Oleh kerana ustaz Halim membenarkan sesiapa sahaja menggunakan artikelnya jadi saya ambil kesempatan ini menggunakan artikelnya. Memang artikelnya menarik-menarik belaka. Kalau ikutkan semuanya saya nak ambil tapi saya ambil yang bersesuaian dengan blog saya je.
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. …mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….
Tapi kalau mak sudah tiada…..…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
“Telah Dibayar”
pada mukasurat yang sama ditulisnya.
dari Ustaz Halim Seremban(inijalanku.wordpress.com)
Terima kasih ustaz Halim.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.

Pengorbanan Ibu
Assalamualaikum, apa khabar semua.
HARI IBU!, saya sebenarnya tidak pernah menyambut hari ibu dan tidak pernah mengucapkan selamat hari ibu kepada sesiapapun walaupun pada emak saya sendiri. Bukannya tidak mau mengikuti peredaran sekarang tetapi saya ni agak kurang “moden” kata orang atau orang sekarang kata “kampungan” dan mak saya pula orang kampung dan tak tau apa tu Hari Ibu. Tapi anak-anak saya yang masih tadika tu adalah buatkan kad untuk saya sempena meyambut Hari Ibu. Mungkin cikgunya suruh buat kad dan di suruh berikan kepada ibu masing-masing. Walaubagaimanapun saya menghargainya dan mengucapkan terima kasih kepada anak saya. Anak-anak saya yang dah besar tu, dah tak buat macam tu lagi. Mungkin mereka rasa saya tak kisah jadi merekapun tak kisah jugaklah.
Samada anda meraikan atau tidak Hari Ibu, ia tidak menjadi hal pada saya. Memang sepatutnya kita menghargai ibu kita tak kira masa. Berbuat baik kepada mereka, sentiasa menjaga hati mereka walaupun apa keadaan sekalipun walaupun kita tidak bersetuju banyak perkara dengan ibu kita. Tetapi kita tetap menghargai dan menjaga hatinya. Itulah yang terbaik dan bukanya sekadar kad dan hadiah yang kita berikan. Tetapi itulah yang paling susah untuk kita melakukannya. Di tambah pula kita tidak sekepala dengan ibu kita. Cara kita tidak sama dengan ibu kita dan banyak perkara yang kita tak setuju dengan tindakannya. Jika anda menghadapi dilemma ini tetapi anda masih boleh membuat ibu anda gembira, tidak tersinggung dan berkecil hati dengan anda, maka anda telah berjaya menjadi anak yang di redhai oleh kedua orang tua anda dan sudah tentulah Allah meredhai anda. Berbahagialah anda di alam akhirat nanti, kerana anda sentiasa di senangi oleh Allah dan orang tua anda.
Sempena menyambut hari ibu ni walaupun terlewat, saya ingin berkongsi cerita tentang ibu yang boleh dianggap antara ibu yang sanggup berkorban apa saje untuk anaknya, di mana ceritanya telah saya baca di dalam majalah Al-Islam baru-baru ini. Berikut adalah ceritanya…

Puan Khairulleza Khamsan, 45, (gambar di atas) adalah ibu kepada Muhammad Faiz Danyal, 16 yang telah berjaya mendapat 8A di dalam PMR tahun lepas, walaupun dia menghidapi hyperlexsia iaitu di dalam kategorikan autisme. Sedikit info tentang hyperlexsia, iaitu mereka sudah boleh membaca di awal usia tetapi mereka tidak berupaya memahami bahasa percakapan dan mempunyai tingkah laku abnormal di dalam hubungan sosial. Faiz juga begitu menghadapi masalah pertuturan ketika berusia empat setengah tahun. Kanak-kanak cerdik ini masih tidak boleh bertutur sewaktu berusia 41/2 tahun. Namun demikian ibubapanya telah berusaha mendapat rawatan yang terbaik untuk anaknya dan akhirnya berjaya.
Namun demikian bukan itu masalah besarnya. Apabila Faiz menjejakkan kaki ke darjah satu barulah di ketahui cabaran sebenarnya….. Sambungan ceritanya di bawah ini dengan melihat keratan majalah al-Islam yang telah saya fotokan.



Dalam mengharungi kehidupan membesarkan anaknya dia juga tidak terlepas dengan pelbagai dugaan yang lain seperti umpat keji dari orang dan sebagainya. Dengan merendahkan diri dia berkata pengorbanan yang di lakukannya sedikit saje dan tidak ada yang istimewanya yang ingin di tulis tentang dirinya. Namun setelah di pujuk oleh wartawan al-Islam dia bercerita juga akhirnya. Kita ikuti petikan majalah ini..

Lihatlah betapa hebatnya ibu ini. Bolehkah kita berbuat demikian? Sanggupkah kita melakukan sehingga berbelas tahun berbuat demikian baru boleh kita melihat hasilnya? Saya sendiri kalau di tanya tidak boleh dan tidak sangup berbuat demikian. Berbagai alasan yang boleh saya buat, mungkin saya boleh katakan dengan alasan ini, dia tak punya anak lain atau adik di bawahnya. Dia orang kaya, mampu bolehlah dan mungkin berbagai alasan lain lagi. Yang pastinya walaupun apa alasannya sebenarnya kita tidak kuat dan sabar melakukannya, Bagi mereka yang ingin berjaya dan ingin melihat kejayaan, perlukan pengobanan yang tak berbelah bahagi. Saya sendiri sebenarnya mempunyai anak seperti ini iaitu anak ketiga saya. Tapi saya tak buat seperti yang di lakukan oleh puan Leza ini. Memang saya masih tidak layak di gelar sebagai ibu mithali. Banyak perkara yang saya berkeluh kesah. Baru beberapa tahun saya buat dah mula mengungkit dan berkeluh kesah. Belum lagi berbelas tahun seperti puan Leza ini. Saya harus menanamkan semangat seperti ibu ini. Saya harus berubah. Ya Allah ya tuhan ku ampunni dosa-dosaku yang lalu, kini dan selamanya. Berilah aku petunjuk dan hidayahmu. Perkuatkan dan tambahkan keimanan ku kepadaMu ya Allah. Jadikan aku orang yang ikhlas, tabah dan sabar di dalam menghadapi dugaan yang engkau berikan. Ameen, ameen ya Robbil alamin.

Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Nisha.
Jihad Ummu Haram ra. dari Madinah ke Pulau Cyprus
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Oleh kerana saya masih tidak berkesempatan untuk menambah artikel di dalam blog ini jadi saya ambil artikel di bawah ini(dengan izin yang empunya blog, harap- harap begitulah) dari blog inijalanku.wordpress.com-iaitu blog ustaz Halim. Semoga kita sama-sama mendapat pengajarannya.

Kejayaan mentarbiyah masyarakat bukan sahaja menjadikan lelaki mereka para Mujahideen demi Agama yang ingin dimenangkan ini, bahkan juga merubah wanita mereka mencintai Jihad dan Syahid dijalanNya. Kejayaan Rasulullah saw bersama Ummu Haram diaspek ini akhirnya bukan sahaja dapat mengasaskan sebuah Negara Islam di Madinah tetapi juga Empayar dan Tamaddun Islam di muka bumi ini.
UMMU Haram binti Milham merupakan isteri kepada Ubadah bin Samit dan ibu saudara susuan Nabi Muhammad. Ummu Haram merupakan salah seorang dari kumpulan wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam.

Pulau Cyprus, Eropah, di tengah-tengah Laut Medditerranean. Diambil dari peta Kerajaan Empayar Uthmaniah Islamiyah.

Pulau Cyprus, terletak di Laut Medditerranean, di antara pantai Syria dan pantai Turki. Pada tahun 395M, Cyprus ditawan oleh Empayar Rom. Pada 649M, Cyprus dibuka oleh Ummu Haran dan para Sahabat ra. Pada 966M Eropah menawan Cyprus dalam Perang Salib. Pada 1539M, Empayar Uthmaniah menghancurkan segala kekuatan Eropah di Cyprus. Setalah umat Islam menjadi lemah, pada 1878M Empayar British menawan Cyprus yang mempunyai penduduk Islam Turki dan Kristian Greek. Pada 1960 Cyprus merdeka dengan 2 entiti Turki dan Greek setelah perundingan 3 penjuru British-Turki-Greek. Pada 1974, Nikos Sampson diisytihar Presiden Cyprus dan cuba isytihar gabung sepenuhnya Cyprus dengan Greek. Tujuh hari selepas itu, dengan hujah perisytiharan itu bertentang dengan Persidangan 1960, Al-Mujahid Prof. Ir. Najmuddin Erbakan menghantar tentera Turki dan berjaya menduduki 40% tanah Cuprus hingga ke hari ini.

Prof. Ir. Najmuddin Erbakan, B. Engineering (Istanbul Tech University), Ph.D (Aachen University, Germany). Menteri di bawah PM Bulent Ecevit pada 1974 dan Perdana Menteri pada 1996.
Beliau juga merupakan ibu saudara kepada Anas bin Malik. Nabi Muhammad memuliakan Ummu Haram dengan mengatakan, “Kamu termasuk orang yang pertama daripada kalangan mereka”.
Ini adalah kerana sifatnya yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan seperti berjihad, menuntut ilmu, mendahulukan kepentingan orang lain dan merendah diri.
Ummu Haram juga melibatkan diri dalam Jihad menentang pihak musuh Islam. Dia membantu merawat luka dan memberikan air kepada pasukan tentera Islam sewaktu peperangan Badar dan Uhud.
Jiwa Ummu Haram yang cekal dan kental memudahkan beliau bergerak di kawasan peperangan yang penuh bahaya bagi membantu dan merawat tentera Islam yang cedera.


Berbahagialah Ummu Haram melihat suami dan anak-anak kampungnya di Madinah pergi berjihad, lalu dia sendiri akhirnya menyertai misi Jihad menentang Rom/Eropah/NATO dan membuka Cyprus. Sebaliknya, deritalah ibu mat-mat rempit yang akhirnya terpaksa menemani anak-anak mereka ke kandang-kandang di mahkamah. (Foto Utusan Online : PADAH MEREMPIT…Mohd. Yunus Yusuf diiringi ibunya semasa dibawa ke Mahkamah Khas Trafik untuk perbicaraan kes 14 remaja yang ditahan dalam satu operasi cegah lumba haram di Ipoh, semalam … 11/5/2009, sehari selepas Hari Ibu 10/5/2009 – pent.).
Nabi Muhammad selalu mengunjungi Masjid Quba yang didirikan oleh beliau atas dasar takwa kepada Allah. Kadangkala, beliau menaiki unta atau berjalan kaki menuju Masjid Quba lalu menunaikan solat sunat dua rakaat.
Kadang kala, Nabi Muhammad singgah di rumah Ummu Haram yang terletak berhampiran masjid Quba bagi melawatnya serta tidur siang di rumahnya. Malahan ada ketika beliau solat di rumah Ummu Haram.
“Assalamualaikum Ummu Haram!” Nabi Muhammad memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Ummu Haram.
“Waalaikumusalam. Silakan masuk,” jawab Ummu Haram sambil membuka pintu mempelawa Nabi Muhammad masuk.
“Apa khabar Ummu Sulaim dan Anas? Mari kita solat bersama-sama,” kata Nabi Muhammad.
“Khabar baik, Rasulullah,” balas Ummu Sulaim dan anaknya.
Mereka menunaikan solat sunat bersama-sama kerana pada ketika itu beliau belum masuk waktu solat wajib.
Kemudian Nabi Muhammad mendoakan kesejahteraan dan kebaikan dunia serta akhirat untuk Ummu Haram, Ummu Sulaim dan anaknya. Selepas itu, Ummu Haram menjemput nabi Muhammad makan bersama-sama.
“Ummu Haram, saya mahu berehat sebentar,” kata Rasulullah selepas menjamah makanan yang disediakan oleh Ummu Haram.
“Baring dan berehatlah,” balas Ummu Haram yang sedang mengemas pinggan di dapurnya.
Nabi Muhammad yang baring di ruang tamu tidak lama kemudian tertidur. Ummu Haram, Ummu Sulaim dan Anas berbual perlahan supaya tidak mengganggu baginda yang sedang tidur. Selepas beberapa ketika berlalu, Nabi Muhammad terjaga dari tidurnya dan tersenyum sendirian.
“Mengapa kamu tersenyum,” tanya Ummu Haram dalam kehairanan.
“Beberapa orang dari umat Islam menawarkan diri berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal merentas lautan menuju ke arah raja-raja yang zalim,” jawab Nabi Muhammad sambil memandang wajah Ummu Haram.
“Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu,” pinta Ummu Haram yang bercita-cita supaya dapat menyertai peperangan bersama pasukan tentera Islam menyeberang lautan bagi menyebarkan agama Islam pada suatu hari nanti.
“Baiklah,” balas Nabi SAW lalu mendoakan Ummu Haram. Kemudian, Rasulullah berbaring dan menyambung semula tidurnya.
Beberapa ketika kemudian, Nabi SAW bangkit dari tidurnya dan tertawa. Ummu Haram yang hairan dengan kelakuan baginda bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa kamu ketawa”.
“Sekumpulan umat Islam diperlihatkan kepada saya seketika mereka berperang menentang pihak musuh Islam seperti raja bagi pasukannya,” jawab Nabi Muhammad.
“Ya Rasulullah, doakan agar saya termasuk dalam golongan itu,” mohon Ummu Haram.
“Kamu termasuk golongan yang pertama dari kalangan mereka,” jawab Nabi Muhammad.
Peristiwa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak.
Ketika Usman ditabalkan sebagai Khalifah, Muawiyah Abu Sufian yang ketika itu menjadi Gabenor Syria mencadangkan pembentukan pasukan armada laut bagi menentang Empayar Byzantine (Rom).
Ekspedisi armada laut Muawiyah dibantu dengan sebuah kapal perang yang diketuai oleh Abdullah bin Abu Sarah dari Mesir.
Kedua kapal angkatan tentera laut Islam mula belayar menuju ke pulau Cyprus bagi bertempur pasukan tentera Byzantine yang berpangkalan di pulau itu.
“Tercapai juga cita-cita saya untuk berjihad di jalan Allah merentas lautan. Permintaan saya yang telah didoakan oleh Rasulullah telah dimakbulkan oleh Allah,” bisik hati Ummu Haram yang berdebar-debar berdiri di atas dek kapal.

Mencari pengganti sahabiah Ummu Haram ra. yang telah pergi … (Foto hiasan). “Beberapa orang dari umat Islam menawarkan diri berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal merentas lautan menuju ke arah raja-raja yang zalim,” kata Rasulullah saw. sambil memandang wajah Ummu Haram. “Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu,” pinta Ummu Haram.
Kedatangan kedua kapal angkatan tentera laut Islam itu tidak disedari oleh pasukan tentera Empayar Byzantium dan penduduk tempatan pulau Cyprus.
Ini adalah kerana tanggapan pihak musuh bahawa umat Islam tak mampu menyeberang lautan dan berperang di kawasan laut.
Abdullah bin Qais menghantar perisik untuk meninjau kekuatan pihak musuh sebelum melancarkan serang hendap. Pihak musuh yang terkejut dengan kehadiran pasukan tentera Islam dengan tiba-tiba hanya mampu memandang melihat kem kawalan mereka diambil alih oleh pihak tentera Islam.
“Panglima, saya sebagai ketua penduduk pulau ini sanggup membayar jizyah sebanyak 70,000 dinar setahun kepada kerajaan Islam. Tolong jangan apa-apakan penduduk pulau ini,” mohon ketua penduduk pulau Cyprus kepada Abdullah bin Qais.
“Baiklah,” balas Abdullah bin Qais dengan tegas.
“Panglima, izinkan saya untuk melihat kawasan sekitar pulau ini,” tanya Ummu Hakim kepada Abdullah bin Qais setelah pulau Cyprus telah selamat ditakluk oleh tentera Islam.
“Kamu boleh melawat sekitar pulau ini dengan menaiki kuda ini. Pastikan ada orang temankan kamu,” Abdullah bin Qais memberikan kebenaran kepada Ummu Haram yang teringin melawat sekitar pulau itu.
Ummu Haram bersama beberapa orang tentera Islam mula bergerak menaiki kuda mengelilingi kawasan sekitar pulau Cyprus itu.
Pada suatu ketika, seekor binatang buas tiba-tiba muncul dan menyerang kuda yang dinaiki oleh Ummu Haram. Ini menyebabkan Ummu Haram tercampak daripada kudanya lalu jatuh menghempas tanah. Oleh sebab mengalami kecederaan parah, Ummu Haram meninggal dunia di tempat beliau jatuh.
Ummu Haram meninggal dunia pada tahun 27 Hijrah. Kubur beliau masih lagi terdapat dipinggir pantai Cyprus dan dikunjungi oleh umat Islam sehingga kini. Ummu Haram adalah pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah.
Semoga Allah swt memberi taufiq dan hidayahNya kepada wanita-wanita Islam zaman ini untuk mencontohi Ummu Haram radiyallahu anha dalam meletakkan Kalimah Allah yang tertinggi. Dari kisah di atas, sifat-sifat beliau yang menonjol ialah :
- Menjadi isteri kepada lelaki berilmu seperti Ubadah bin Samit ra, yang merupakan diantara perawi hadis yang masyhur.
- Cinta dan amalinya beliau terhadap Jihad dengan menyertai Perang Badar dan Uhud.
- Memuliakan Rasulullah saw lalu dia dimuliakan oleh Rasulullah saw dengan sering menziarahinya di rumahnya. Beliau contoh ulung dalam menghormati tetamu dan Pesuruh Allah.
- Bersegera dan bercita-cita dalam melakukan apa sahaja yang menuju kepada memenangkan Islam memimpin dan membimbing dunia ini. Sebaik dan setiap kali mendengar kata-kata Rasulullah saw tentang Jihad dan para mujahideen, beliau terus meminta Rasulullah saw mendoakan untuknya agar dia menjadi salah seorang dari mereka.
- Beliau sanggup berjihad di seberang laut, walau dengan menaiki kapal laut, demi mencapai cita-cita Jihadnya.
- Beliau sanggup meninggalkan kampung halamannya untuk pergi ke tempat yang asing lagi milik empayar Eropah, demi menyebarkan Dakwah Islam ke dunia dan benua baru. Akhirnya beliau terus disimpan di sana dan tidak kembali ke kampung halamannya di tanah Arab.
- Beliau berani menentang musuh-musuh Allah biar apa sahaj kekuatan mereka. Bukan sahaja berani menentang Quraisy dalam Perang badar dan uhud, malah menentang NATO/Rom di Cyprus, Eropah.
“Dan As-Sabiquun Al-Awwaluun (orang-orang yang terdahulu memeluk Islam) dari (kalangan) Al-Muhajireen dan Al-Ansar, dan orang-orang yang mengikut (jejak langkah) mereka dengan ihsan (baik dan sempurna), Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah janji kepada mereka Syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang hebat” (At-Taubah:100).
dari Ustaz Halim Seremban. Inijalanku.wordpress.com.
Terima kasih ustaz.
Wassalam.
Nisha.
Coklat Special
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Kali ini juga saya menyediakan artikel tentang resepi/tip untuk anda semua. Kerana ia lebih mudah di sediakan/ditulis dan tidak perlu banyak merujuk dan berfikir kerana semuanya dah ada di dalam kepala. Kalau yang lain seperti meneruskan menyambung cerita sirah Rasullallah saya terpaksa merujuk buku, takut-takut nanti tersalah fakta. Al- maklumlah saya bukannya ustazah sekadar suri rumah yang ingin berkongsi cerita tentang Rasullullah, demi menambahkan rasa cinta kita kepada kekasih Allah ini. Nantilah saya akan sambung semula cerita tersebut bila ada kelapangan.
Maklumlah sekarang ni saya cuba menyiapkan ebook saya yang bakal saya keluarkan tak lama lagi. Terpaksa juga menyiapkan tempahan langsir anak buah saya yang baru pindah rumah sendiri serta tempahan tudung batik daripada kawan yang ingin kenduri kahwin anak perempuannya pada musim cuti sekolah ini. Ebook tu dah siap tapi banyak pula yang perlu di perbetulkan dan di tokok tambah. Sendiri tulis/buat dan sendiri cek jadi kadang-kadang tak perasan mana silapnya. Dah baca 2/3 kali baru perasan dan masih ada silapnya. Seperti juga kita manusia biasa ni, selalunya kesilapan sendiri tak nampak dan susah untuk kita perasan. Kalau tak de yang tegur lagilah tak perasan. Tapi sekarang ni susah nak cari orang yang suka menegur kita. Yang banyaknya memuji dan membodek. Bila di tanya semuanya o.k. Tapi belakang-belakang hemtam kita. Kita pulak, kebanyakkannya terlalu susah menerima teguran. Bila di tegur tak mengaku salah atau cuba menegakkan diri walaupun ia salah. Itulah perangai kebanyakkan manusia. Harap-harap saya bukan dari golongan di atas.
Di sini saya ingin memberi anda satu resepi/tip cara membuat coklat sendiri dan ia sesuai untuk membuat toping untuk kek. Di tambah pula semalam saya baru buat kek coklat, jadi saya berikan resepi menghasilkan coklat sendiri. Resepi ni saya cuba sendiri. Beberapa kali mencubanya ada masa ia terlebih tepung jadi macam kuih talam. Ada masa rasa tawar, ada masanya pahit. Namun akhirnya berjaya juga saya menghasilkan resepinya. Tidak jauh bezanya coklat yang saya buat dengan coklat masakan yang kita beli kat kedai tu. Cubalah. Anak saya yang kecil-kecil tu pun suka makan lebihan coklat yang ada kat sudu dan tepi-tepi periuk tu. Selepas saya selesai meletakkan di keseluruhan kek tu, dia oranglah tukang habiskan lebihan yang ada. Untuk resepi keknya rasanya tak payahlah sebab nanti saya akan jual Tepung Kek Coklat Lembap untuk anda. Lebih senang menghasilkannya, anda perlu tambah telur, air suam dan minyak masak sahaja sebelum anda membakarnya. O.K resepinya adalah seperti berikut:
Coklat masak sendiri.
3 sudu besar serbuk koko.
3 sudu besar serbuk milo.
3 sudu besar minyak masak.
3 sudu besar susu tepung.
3 sudu besar susu pekat.
3 sudu besar gula.
1 sudu besar tepung jagung(kurangkan ke 1/2 sudu pun ok gak).
2 cawan air.
Cara menghasilkannya.
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk. Gaulkan hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga rata dan supaya tidak berketul-ketul. Kalau berketul-ketul gunakan tapisan dan tapislah ia ke dalam bekas lain. Setelah selesai masukkan bancuhan di dalam periuk kecil untuk di masak. Masaklah menggunakan apa yang sederhana dan sentiasa di kacau hingga pekat seperi pekatnya coklat untuk masakan yang biasanya kita beli dan kita kukuskan. Dah pun selesai dan bolehlah anda letakkan di sekeliling kek yang telah anda buat.
Cubalah saya pasti anda suka dan tak perlu membeli coklat masakan di kedai lagi, yang mana harganya boleh tahan juga mahalnya. Kalau buat sendiri kosnya berkali-kali ganda kurangnya dari harga coklat yang di beli. Di tambah sekarang ni coklat pun ada akstrak dari babi di dalamnya untuk menambah sedapkan lagi rasa coklat tersebut. Jadi kalau nak belipun berhati-hatilah. O.k. SELAMAT MENCUBA.

Kek coklat lembab bersalut hirisan badam yang baru saya buat semalam pada 27hb April 2009. Maaflah coklatnya melepet sikit kat lantai. Maklumlah anak sekali tolong. Hitam warnanyakan. Nak tau rahsianya? Kene tambah kichap masin sikit kat air suam jadi tak perlu guna garam secubit yang biasa yang dikatakan oleh chef-chef dalam tv tu.
Sebenarnya saya memang berminat memasak dan bercita-cita juga ingin membuka kedai makan sendiri. Tetapi memandangkan anak-anak masih kecil dan ada yang sedang meningkat remaja saya pendamkan aje niat tu. Biasalah kalau berniaga makanan ni perlukan perhatian yang lebih sikit. Takut-takut nanti anak terabai. Duit banyak tapi anak tak jadi orang buat apakan? Lainlah kalau memang duit memang betul-betul banyak untuk modal berniaga, jadi semuanya pekerja yang uruskan, bolehlah. Sesekali je kita menjenguk kat kedai. Kalau macam tu tak pe lah. Tapi memandangkan dana pun tak cukup. Jadi cukuplah apa yang ada sekarang. Manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang ada begitu juga dengan saya ni, tak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Semoga Allah sentiasa melindungi dan mengampunkan dosa-dosa saya di atas ketamakan perkara-perkara duniawi. O.K lah setakat ini sahaja dulu.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Nisha.
Makanan Halal lagi Suci.
Assalamualaikum, apa khabar semua.
Oleh kerana ayah kepada Nik Nurmadihah memperingkat kita tentang makanan dari sumber yang halal dan tidak syubaha’, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini cerita dan resepi yang boleh kita buat sendiri untuk keluarga kita iaitu nasi impit segera. Sebelum itu saya ingin berkongsi cerita dahulu. Sebagai seorang wanita dan ibu kepada 5 orang anak, saya sememangnya suka menghasilkan berbagai resepi sendiri dan mencuba berbagai resepi samada makanan tradisional mahupun makanan barat. Saya juga seorang yang pemakan tapi nasib baiklah badan saya tak gemok. Sederhana je tidak kurus dan tidak gemok. Sesuailah dengan usia awal 40 an.
Memang dari sebelum kahwin lagi saya suka mencuba berbagai resepi samada masakan maupun kuih muih. Di tambah pula sekarang ni, pengaruh makanan barat pun telah menular di Malaysia seperti KFC dan pizza. Saya sendiripun terpengaruh dengan budaya itu. Namun demikian sejak saya mempunyai kesedaran, saya tidak lagi membeli barangan tersebut. Ya, 5 /6 tahun yang lalu sememang saya tidak lagi membeli KFC dan PizzaHut tetapi sejak anak saya meningkat remaja(2 tahun kebelakangan ini) saya terpaksa mengorbankan sedikit prinsip saya. Saya terpaksa akur dengan kehendak mereka tetapi dengan syarat membeli makanan tersebut setahun sekali sahaja. Namun sejak bermulanya memboikot makanan dari US dan Israel belum lagi saya membeli produk tersebut. Tapi sekarang saya hanya buat sendiri samada pizza maupun ala-ala kfc. Itupun diaorang merunggut tak sama macam makan kfc atau pizzahut.
Memang jiwa remaja sekarang ini berbeza dari dulu. Terlalu mudah terpengaruh dengan apa yang ada di depan mata. Terlalu ingin mengikut peredaran zaman. Saya dulu pernah remaja juga tetapi rasanya tidak seperti mereka. Ya, mungkin bezanya, dulu ibubapa saya tidak mampu jika di bandingkan dengan ibubapa mereka(saya dan suamilah). Namun demikian saya tidak pernah melipahkan mereka dengan kemewahan jika di bandingkan dengan kawan-kawan mereka. Suami saya pun bukanlah orang yang berjawatan tinggi sekadar cukup makan aje. Mungkin juga pemakanan yang kami berikan pada mereka membuatkan mereka jadi begitu. Semuanya di beli tiada yang di tanam dan di hasilkan sendiri. Cuma memasak tu memanglah saya yang memasak. Kami jarang makan di luar. Dalam satu tahun mungkin adalah 2/3 kali. Semasa saya berkerja dulupun macam tu juga. Malah saya sendiri bawa bekal dari rumah dan suka menjamu kawan-kawan dengan bekal yang saya bawa.
Bila bercakap tetang makanan dari sumber yang halal lagi suci ni, teringat pula pada makcik saya. Dia seorang suri rumah dan suaminya seorang anggota polis. Pada saya mereka bukanlah orang yang wara’ tetapi mereka rajin dan bertanggunjawab. Suaminya, memang saya tabik. Seorang yang rajin, walaupun bekerja dan tinggal di berek polis, tetapi bila masa yang terluang di gunakan untuk bercucuk tanam. Cari mana-mana tanah yang terbiar. Jadi sayur-sayuran jarang membeli. Manakala ikan pun macam tu juga kerana pergi memancing. Ayam pun begitu juga pergi kehutang menembak ayam hutan(tinggal kat Pahang jadi masih banyak lagi ayam hutan dan sesekali dapat landak ke, kancil ke, kijang/rusa). Sesekali bila nak makan makanan laut barulah dia beli. Sampai sekarang dia masih macam tu di tambah pula dah balik kampung dan buat rumah kat tanah sendiri jadi lagi senang. Ayam pun dia bela jadi nak makan ayam ke, telur ayam ke, tak payah beli. Kalau pergi rumah dia bermacam-macam sayur yang di bekalkan. Anak-anak dia pun macam mereka juga, rajin-rajin belaka walaupun tengah remaja sekarang ni. Semuanya masih belajar lagi. Tapi nampaknya tak mudah terpengaruh dengan gejala yang ada di sekeliling mereka. Mereka tak suka berkawan dengan orang yang tak tentu arah dan tak suka keluar melepak tak tentu arah. Nampak tak de masalah je mak cik saya ni dalam hal mendidik anak-anak. Semua anak-anaknya tak merokok walaupun ayahnya merokok. Bukannya mereka di larang berbuat demikian tetapi kehendak sendiri. Tetapi berbeza dengan anak saya. Semuanya terpaksa saya control dan pantau. Kalau tidak tak tau apa jadi dengan mereka. Nasib baik jugalah anak saya tak melawan cakap saya. Kalau saya atau abahnya, tak bagi keluar mereka tak keluar. Alhamdulillah ada juga baiknya. Semoga Allah sentiasa menjaga kami sekeluarga. Makcik saya kata, sehingga hari ini kfc dan air berkabonat tak pernah masuk dalam rumahnya. Tak pernah beli melainkan dia di hidangkan dengan makanan tersebut, dia dapatlah rasa.
Di sini bolehlah saya buat kesimpulan, memang makanan dari sumber yang di yakini kehalalannya dan kesuciannya membawa berkat pada keluarga kita. Seperti saya walaupun masak sendiri sayurnya, ayamnya, dagingnya semuanya di beli. Sayurnya entah macammana, kalau cina yang tanam sedia maklumlah ajelah. Kalau ayamnya pula sembelihan macammana dan macam-macam lagi. Di tambah pula sekarang ini berbagai perkara dah terbongkar. Kita ni, Ustaz/ustazah bukan, suka bercucuk tanam pun bukan jadi siapalah kita ni. Apa yang boleh kita buat untuk memberi keberkatan pada keluarga kita. Di tambah pula baru sekarang kita sedar tapi kita dah makan benda-benda tu berpuluh-puluh tahun. Kalau dah sedarpun, masih membeli, cuma kena berhati-hati sikit. Cuma doa kepada Allah yang boleh kita panjatkan supaya anak-anak kita selamat semasa bersama kita ataupun di luar pengetahuan kita. Seperti juga yang di katakan oleh ustaz Zaharuddin.net, dengan cara memperbanyakkan bersedekahlah antara perkara-perkara yang boleh mensucikan perkara-perkara yang syubaha’.
Oleh itu berusahalah supaya kita boleh memperbanyakkan bersedekah. Sedekah juga tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja, banyak cabang sedekah. Nantilah di masa-masa akan datang kita cerita pasal sedekah pula. O.klah di bawah ini saya berikan resepi cara membuat nasi impit segera.
Nasi Impit segera.
- 3 Plastik pembungkus barang(berukuran ±5 inci x 7inci-saiz yang lain pun tak pe tapi yg ni paling ngam).
- 3 put beras(guna put rice cooker dan gunakan beras yang lembut).
- Daun pandan(sebagai pewangi).
- 1 sudu besar Garam(jika ingin rasa sedikit masin).
- ¾ air dari periuk yang ingin di gunakan.
- Staple atau tali pengikat.
- 1 bilah jarum peniti.
Cara menghasilkannya.
Gunakan rice cooker atau periuk dan masakkan air mengikut sukatan di atas. Sementara itu, masukkan setiap satu put beras kedalam setiap plastik. Basuhkan beras tersebut dengan menggoncangkannya dengan air di dalam plastik tersebut. Sediakan ruang kosong untuk beras tersebut mengembang sekali ganda dari beras yang telah di isikan tadi. Lipatkan bahagian atas sebanyak 2 / 3 kali dan staples di sepanjang lipatan tersebut. Atau jika anda menggunakan tali(jangan gunakan getah gelang) ikatkan sahaja di bahagian yang telah anda tandakan(1 x ganda ruang kosong dari isi beras). Setelah selesai melipat atau staple, cucukkan dengan jarum peniti di sekeliling plastik tersebut.
Air yang telah di jerang tadi hendaklah di masukkan dengan daun pandan dan garam. Daun pandan ini akan mengekalkan bau nasi impit anda manakala garam untuk menambah sedikit perasa masin pada nasi impit anda serta nasi impit anda tahan lebih lama daripada biasa. Masukkan paket plastik tadi ke dalam air panas tersebut. Biarkan ia lebih kurang selama 1.5 jam hingga ke 2 jam. Jika air rebusannya kurang tambahlah lagi sehingga masak. Ia juga bergantung pada beras anda jika beras yang mudah lembik maka lagi cepat ia boleh di angkat. Setelah selesai angkat nasi impit tersebut dan ratakan supaya ia kelihatan cantik. Biarkan ia sejuk. 
Cubalah. Saya sendiri mencuba beberapa kali baru betul-betul menjadi kerana ia bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Oleh kerana saya sering bertukar jenama beras jadi hasilnya pun tak menentu. Tapi sekarang dah o.k walaupun dari jenis beras yang lembut atau keras, kerana dah dapat agak macammana nak buat. Jadi jika pertama kali buat, ia tidak menjadi tak apa, cuba lagi. Kalau tak menjadi anda boleh guna nasi tersebut untuk di tukar menjadi bubur nasi. Anak-anak anda tentu suka jika sesekali makan bubur nasikan?. Jadi taklah membazirkan?
Nasi impit boleh di makan bersama kuah kacang, rendang, sup ayam maupun sayur lodeh. Saya sarankan jika anda membuat kuah kacang masukkan ketulan ayam di dalam kuah tersebut. Anak-anak anda tentu suka.

O.klah setakat ini saje dulu.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Nisha.
Nik Nurmadihah
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Melebihi sebulan saya tidak dapat menupdate blog ini. Bukan kerana apa-apa cuma saya masih tidak boleh menjadualkan diri saya supaya sentiasa menulis artikle di blog ini. Ini kerana saya rasakan blog ini masih tidak mendapat sambutan dan rasanya masih tiada keistimewaannya berbanding blog yang lain. Walaubagaimanapun saya cuba meneruskan juga.
Pagi ini seperti biasa, saya berkemas di rumah. Biasanya saya tidak lama berada di tingkat atas, sekejap aje, ambil kain-kain kotor untuk di basuh dan kemas sedikit untuk bilik sendiri. Menyapu di tingkat atas seminggu sekali sahaja. Tapi hari ini saya berkemas di seluruh kawasan di tingkat atas, dari bilik sendiri hingga ke anak-anak. Di tambah pula minggu hadapan saya akan menerima tetamu dari kampung. Jadi kemaslah bilik-bilik anak-anak bujang yang berselerak kerana tetamu kami akan tidur di bilik mereka. Ya lah, untuk menerima dan memuliakan tetamukan di tuntut di dalam Islam. Di tambah pula datang dari kampung, kan ia membawa rezeki untuk tuan rumahnya. Jadi hari ni lamalah sikit saya berada di tingkat atas untuk berkemas dan menghilangkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Taulah anak-anak ni, baju mereka berperap di sudut sana-sini. Boleh dikatakan setiap hari saya mengingatkan mereka, baju yang kotor letakkan di dalam baldi yang telah di sediakan untuk setiap seorang. Kemas bilik, kemas bilik…. Mereka kata, dah kemas tapi tak taulah apa yang di kemas, sama je rupanya. Di tambah pula sekarang ni mereka basuh baju sendiri guna berus/tangan, jadi baju kotor mereka memang berlonggok-longok. Memang sejak hujung tahun lepas(masa cuti sekolah), kami sekeluarga membasuh baju secara manual. Mesin basuh rosak, jadi sampai sekarang tak terbeli lagi. Jadi tiga orang anak bujang, saya suruh mereka basuh baju sendiri. Manakala yang lain saya yang basuhkan. Secara tak langsung dapat juga saya mendidik mereka dan juga menambah aktiviti yang ada dirumah. Kalau tak masa cuti sekolah asyik menghadap tv dan tidur jelah nampaknya. Kalau tak disuruh tak tau nak buat apa. Nasib baiklah kami tak de Astro, kalau tak, tak cukup masa nak di tengok tv.
Jadi pagi ni sempatlah saya buka tv dan mendengar(berkemas.., tentulah tak sempat tonton) MHI di TV3. Memang hari ini saya sungguh bertuah. Alhamdullillah kerana berpeluang melihat sendiri wajah adik Nik Nurmadihah. Memang ceritanya tersiar di mana-mana sahaja samada di blog-blog, akhbar-akhbar maupun tv. Sudah lama saya ingin mengulas cerita anak istimewa ini. Tetapi rasanya kebanyakan blog memperkatakan tentangnya. Jadi ceritanya lebih kurang sama je. Di tambah pula saya menunggu radio Ikim menyiarkan dokumentari tentang Nurmadihah yang akan di siarkan pada 10.30 a.m hari jumaat tapi tarikhnya tak tau bila. Tapi sampai sekarang masih tak di siarkan lagi. Tak taulah kalau saya dah terlepas. Tapi tak pelah sebab saya dapat melihat sendiri kat tv. Lagipun radio Ikim pernah menemubual secara langsung dan saya dapat mengikuti temuramah tersebut.
Memang nampaknya anak ini seorang yang hebat se hebat keputusan SPMnya. Bukan sahaja hebat di dalam pelajaran tetapi hebat berkata-kata samada semasa di dalam radio maupun di hadapan kamera tv yang di siarkan secara langsung. Seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak nampakpun macam orang kampung semasa dia berkata-kata. Biasalah kalau tak biasa di temuramah tentulah tergagap-gagap tapi nampaknya dia tidak. Terserlah kejujuran dan ke ikhlasannya kerana semasa di temuramah pengacara tu mengatakan dia berpuasa kerana kesusahannya, tetapi dia mengatakan itu adalah kerana Allah, kerana ia merupakan amalan sunat yang baik di amalkan.
Walaupun dia adalah seorang anak jika di bandingkan dengan saya ni, tetapi kita boleh ambil satu tips daripadanya iaitu semasa di tanya apakah amalan/doa yang di amalkannya. Dia menjawab dengan baik sekali iaitu doa itu yang pentingnya adalah kehadiran diri kita semasa berdoa(bukannya cakap je tapi hati dan fikiran kelain) dan bersungguh-sungguh mengharapkan pertolongan Allah. Bahasa tidak menjadi masalah samada bahasa arab atau melayu.
Tetapi apa yang saya dengar semasa di radio Ikim dulu, dia seorang yang sentiasa bangun malam untuk bermunajat kepada Allah. Walaupun ia bukan keluar dari mulutnya tetapi Pengetuannya mengingatkannya semoga meneruskan amalan yang biasa di lakukannya iaitu bertahajud dan berpuasa sunat. Oh! hebatnya anak ini. Bertuahlah ibunya. Patutlah Allah memberikan keistimewaan kepadanya. Buku mengenai dirinya dan keluarganya pun dah di terbitkan. Saya harap saya dapat membeli buku tersebut untuk di baca dan menjadi panduan untuk saya sekeluarga membina keluarga yang tetap di jalan Allah.
Dan satu lagi saya amat memuji sikap ayahnya apabila di puji, ia mengatakan saya tidak layak menerima pujian ini, ibunya yang layak menerimanya kerana dialah yang banyak mendidik anak-anak. Dan pesanan daripada ayahnya untuk semua ibubapa, “berilah/sediakanlah keperluan keluarga dari sumber-sumber yang halal dan terutamanya makanan yang halal dan tidak syubaha’”. Tengoklah, ayahnya pun dari golongan orang yang baik-baik. Dan tak hairanlah mendapat anak-anak yang baik juga.
Oleh itu para ibu sekelian marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita sebaik mungkin. Berusaha sehabis-habisnya untuk menjadikan anak-anak kita insan-insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amalkan apa yang saje yang di sarankan oleh Allah dan Rasulnya dan lakukan seikhlas mungkin. Ada hikmatnya disebalik kejayaan yang di ketahui umum Nik Nurmadihah ini, sekurang-kurangnya kita berasa lebih bersemangat dan bersabar didalam mendidik anak-anak kita. Kejayaan Nik Nurmadihah yang sentiasa mengamalkan apa yang di sarankan oleh Islam boleh membuka mata mereka-mereka yang sentiasa memperlekehkan ajaran dan amalan yang di bawa oleh Islam terutamanya umat Islam itu sendiri yang tidak yakin dengan apa yang di sarankan oleh Islam. Oleh itu bersama-samalah kita berusaha ke arah itu. Semoga kita sentiasa berada di jalan yang di redhai oleh Allah dalam kita mendidik anak-anak kita.
Dan saya amat mengharapkan anak-anak saya menjadi seperti anak ini(Nik Nurmadihah) walaupun tidak sepandainya tapi cukuplah sebaiknya yang sentiasa mendahulukan Allah dari segala-galanya. Amin, amin ya Robbil alamin.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Nisha.
PALASTINE SENTIASA DI KENANG
Asssalamualaikum, apa khabar semua.
Setelah sekian lama saya tidak menambah artikel di dalam blog ini, hari ini saya ingin menyambung lagi artikle mengenai Pergolakan di Palastine. Walaupun cerita dan berita di dada-dada akhbar dan TV tidak lagi sehebat semasa ia sedang berlaku dulu, namun saya ingin mengajak para pembaca blog ini mengingati peritiwa tersebut. Kerana sesungguhnya kaum Yahudi tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti dari meneruskan agendanya. Cuma mungkin ketika ini mereka memperlahankan sedikit kemaraannya untuk menakluki/menguasai Negara Palastine yang di berkati oleh Allah itu. Mungkin juga mereka memberi perhatian kepada bahagian lain di dalam memperlengkapi agenda mereka. Ingat! Mereka, terutama sekali Zionis takkan berhenti memusuhi umat Islam sehingga terjadi hari Kiamat. Itulah yang telah di peringatkan oleh Allah di dalam Al-Quran.
Walaupun pun kita(umat Islam) beroleh kemenangan dan berjaya menghalau Puak Yahudi di bumi Palastine tetapi percayalah mereka tidak akan berdiam diri. Pasti mereka akan berusaha untuk kembali semula ke Palastine. Kerana mereka mengatakan itulah bumi kaum Bani Israel/Yahudi yang telah di janjikan oleh Allah untuk mereka. Padahal mereka sebenarnya telah memutarbelitkan fakta yang sebenarnya.
Memang benar suatu ketika dahulu, semasa zaman Nabi Musa a.s mereka telah di arahkan berpindah ke Negera Palastine/Kan’an tetapi mereka enggan dengan memberikan pelbagai alasan untuk ke negara tersebut. Oleh kerana keengganan dan keangkuhanya itu Allah mengharamkan bangsa Yahudi/Bani Israel menjejakkan kaki ke sana(memang telah tertulis di dalam Al-Quran tapi saya lupa bahagian mana. Info ini saya dapat semasa mendengar ceramah di surau).
Untuk pengetahuan anda semua, menurut kata ustaz(ketika mendengar ceramah mengenai Palastine semasa berlakunya Pencerohan selama 23 hari di Palastine baru-baru ini), di dalam Al-Quran, Allah akan memanggil dengan gelaran Yahudi jika Allah memberi amaran dalam keadaan marah tetapi jika Allah ingin memujuk dan ingin memberi peringatan kepada Kaum Yahudi ia akan menggunakan gelaran Bani Israel.
Saya ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai asalnya Puak Bani Israel. Dari apa yang saya faham dan tahu, menurut kata Ustaz tersebut, keturunan Bani Israel /Yahudi ialah bermula dari anak Nabi Yaakub yang tua yang bernama Yahuda. Dialah yang memulakan rancangan jahatnya untuk memasukkan nabi Yusoff a.s ke dalam perigi buta yang kita sedia maklum akan kisahnya. Dialah antara abang nabi Yusoff yang paling jahat yang sanggup melakukan kekejaman terhadap adiknya sendiri. Dan dari keturunan dialah yang di gelar Yahudi.
Sehinggalah ke zaman Nabi Musa yang menyampaikan dan membawa Kitab Taurat yang sepatutnya kitab untuk kaum Yahudi/Bani Israel. Tetapi nabi Musa sendiri di tentang oleh kaumnya sendiri, kerana tidak semua kaum Yahudi/Bani Israel menerimanya. Manakala di zaman Nabi Isa a.s, sesiapa yang tidak menerima dan mengikut Kitab Injil mereka telah di beri nama Yahudi(ia juga dari keturunan Yahuda tadi) dan keturunan ini juga di gelar Bani Israel. Begitulah al kisahnya. Tapi tidak semua Bani Israel/Yahudi itu jahat. Ada yang menerima Islam (sebilangan kecilnya). Tetapi kebanyakkannya menolak segala ajaran yang di sampaikan oleh Nabi Isa a.s dan juga Nabi kita Muhammmad s.a.w. Yahudi juga mempunyai pelbagai puak(macam kita jugak ada melayu Jawa, Melayu Asli dll). Tetapi puak Yahudi yang paling jahat dan kejam ialah dari puak yang di beri nama Zionis.
Kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah kitab Allah. Tetapi sayang, seperti yang kita sedia maklum kitab Taurat dan injil telah pun di ubah-ubah oleh kaum-kaum mereka yang jahat dan yang mempunyai agenda di sebaliknya. Jadi kitab yang ada sekarang sudah tidak asli lagi. Yang tetap di pelihara oleh Allah sehingga datangnya Qiamat ialah Al-Quran. Kerana antara mukzijat al-Quran ia tetap di pelihara oleh Allah sehingga ke hari Qiamat.
Oleh itu bersama-samalah kita mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran terutama para ibu sekelian. Persiapkan diri kita untuk menghadapi masa hadapan yang terlalu mencabar ini. Untuk membimbing anak-anak kita menjadi insan-insan yang berguna untuk agamaNya. Menjadi pembela agama Islam bukan memperlekehkan Islam. Terlalu banyak perkara yang terjadi sekarang ini. Lihatlah anak-anak kita. Berapa keratkah antara anak kita/muda-mudi sekarang ini yang benar-benar mengikut Islam yang sebenarnya. Saya sendiri belum berjaya menjadikan anak-anak saya seorang yang Islam sejati. Walaubagaimanapun saya tetap berusaha tanpa rasa putus asa. Semoga suatu ketika nanti saya akan berjaya menghasilkan/mengubah anak-anak saya menjadi lebih baik daripada sekarang ini.
Ibu-ibu sekelian hayatilah al-Quran. Bacalah dan dampingilah al-Quran. Walaupun kita tidak memahaminya tetapi bacalah tafsiran dan belajarlah pada yang arif. Saya sendiri apabila membaca tafsiran al-Quran amat kagum dengan isi kandungannya. Betapa hebatnya al-Quran ini tetapi sayangnya tak ramai cuba membaca tafsirannya. Di tambah dengan kita yang bukan dari golongan ilmuan agama ini, lagi susahlah hendak kita melakukannya. Apatah lagi untuk mempelajarinya. Di tambahkan pula kita telah di sibukkan dengan urusan dunia yang tiada berkesudahannya dan tidak pernah selesai hingga kehujung nyawa.
Oleh itu saya ingin mengajak para pembaca menghayati tafsiran di bawah ini. Di dalam Al-Quran Allah telah menyediakan satu surah yang di beri nama “SURAH AL-ISRA’ yang bermaksud Surah Bani Israel. Saya ingin mengajak anda semua membaca maksud surah ini iaitu dari ayat 2 hingga ayat 10. Semoga sama-samalah kita renungkan akan pengajarannya.
Ayat 2:
Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab(Taurat) dan Kami jadikan Kitab itu Petunjuk bagi Bani Israel(serta Kami perintahkan mereka): “Janganlah kamu ambil yang lain daripada-Ku sebagai Tuhan untuk (kamu menyerahkan urusan kamu kepadaNya).”
Ayat 3:
(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh(di dalam bahtera). Sesunggunya ia adalah seorang hamba yang sangat bersyukur.
Ayat 4:
Dan Kami berikan amaran(yang nyata) kepada orang-orang Bani Israel dalam Kitab itu “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi(Palastine) dua kali dan sesunggunya kamu akan berlaku sombong, angkuh dengan melampau-lampau(dan dua kali kamu akan dihukum!)
Ayat 5:
Maka apabila sampai masa bagi amaran yang mula-mulanya(sebagai akibat bagi kederhakaan kamu), Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya: lalu mereka menjelajah masuk segala ceruk rantau dan kediaman-kediaman kamu: (membunuh dan membinasakan kamu): dan (sebenarnya peritiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku(dengan sepenuhnya).
Ayat 6:
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kurniakan kepada kamu Kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami kurniakan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta kami menjadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
Ayat 7:
Kalau kamu berbuat kebaikan(maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan itu adalah untuk diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat kejahatan, (kamu melakukannya dengan akibat buruknya) berbalik ke atas diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa amaran yang kedua itu(bagi membalas perbuatan derhaka kamu, maka Kami izinkan seteru-seteru kamu) mencedera muka kamu, (dengan penghinaan dan keganasan mereka), dan untuk memasuki Masjid kamu(Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya kali yang pertama dahulu itu dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai.
Ayat 8:
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu(kalau kamu bertaubat) tetapi kalau kamu kembali(menderhaka) maka Kami pula akam kembali(menyeksa kamu di dunia ini): dan Kami telah jadikan Neraka itu penjara bagi orang-orang kafir yang menolak(keimanan).
Ayat 8:
Sesungguhnya al-Quran ini memberi pertunjuk ke jalan yang paling betul(atau tetap) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh ganjaran yang penuh gemolang dan hebat.
Ayat 10:
Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akjhirat (dinyatakannya)bahawa kami sediakan bagi mereka Azab Seksa yang tidak terperi sakitnya.
Semoga anda mendapat sedikit suntikan semangat dari kata-kata ini.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Nisha.
Ada apa pada Maal Hijrah atau Awal Muharam?
Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Apa khabar semua? Tentunya masing-masing tengah sibuk sekarang. Maklumlah di hujung tahun banyak perkara yang perlu di buat. Yang berniaga mahupun bekerja tentunya sibuk dengan urusan kerja, samada nak tutup akaun ke, nak habiskan stok ke atau macam-macam lagi. Tapi bagi saya ni sebagai suri rumah dan ibu pula, sibuk juga. Yalah, anak-anak nak sekolah jadi keperluan persekolahan banyak yang perlu di beli. Nasib baik jugalah anak-anak saya lelaki, jadi tak delah kena jahit baju sekolah(baju kurung dan tudung) untuk dia orang. Beli je kat kedai apek kat tepi longkang kat pekan Seremban tu? Murah sikit dan dapat tawar menawar. Tapi sebaiknya carilah kedai Islam. Dapat juga kita menolong sesama Islam.
Ada juga kena buat sikit-sikit, kena lipatkan dan jahitkan kaki seluar anak yang terlalu panjang. Tang pergi membeli barang-barang sekolah tu suami saya dah beraskan. Dia yang bawa anak-anak untuk beli barang-barang keperluan sekolah. Saya dan dua orang anak yang masih kecil dan nakal ni tak ikut. Duduk di rumah je. Hai kalau bawak dia orang ni, bukannya dapat membeli atau memilih tapi kena jaga diaorang yang tak tau duduk diam. Berlari sana berlari sini, asyik mengejar diaorang jelah nampaknya. Jadi saya buat keputusan tak perlu pergi. Di tambah pula saya ni memang tak suka keluar ketempat-tempat awam. Kalau ada keperluan saya je yang mana dia orang(anak-anak dan suami) tak boleh tolong, baru saya keluar. Percaya tak? Walaupun rumah saya ni berhampiran Giant Senawang (Belakang Giant je), tapi boleh di kira dengan jari berapa kali saya pergi Giant dalam setahun. Tak sampai 10 kali dan ada satu tahun tu tak sampai 5 kali.
Barang-barang keperluan rumah kebanyakkan suami bersama anak-anak yang beli setiap bulan dan saya tak ikut pergi beli. Alhamdullillah saya mendapat suami yang pandai membeli barang-barang dapur dan juga pandai ke dapur walaupun saya duduk kat rumah. Tapi bukan bermakna saya tak keluar rumah. Hari-hari saya keluar terutamanya waktu sekolah kerana kena jemput anak-anak balik sekolah dan sesekali ke Masjid/Surau dengar Kuliah Agama. Tak taulah ia satu keburukan atau kebaikan perangai saya ni, memang tak suka berjalan-jalan. Patutkah saya mengubah perangai saya ni?
Itulah intro untuk tajuk yang saya pilih untuk kali ini. Ya, ada apa pada Maal Hijrah? Perlukah kita menyambutnya?
Sebagai seorang Islam yang cuba mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang sebenar-benarnya, pastilah ia merupakan hari/bulan yang penting. Kalau kebanyakkan orang menyambut tahun baru masihi secara besar-besaran kenapa kita tidak menyambutnya cara besar-besaran juga. Dan sudah tentulah sambutan amat jauh berbeza dengan tahun baru masehi. Islam ada caranya tersendiri dan terbaik di lakukan.
Maaflah saya tidak mengaitkan Maal Hijrah dengan Penghijrahan nabi kita atau yang biasa orang bicarakan. Kebanyakkan orang dah tahu dan yang paling arif untuk menceritakannya ialah para ustaz dan ustazah. Tapi saya lebih suka jika ia di kaitkan dengan kehidupan kita sekarang ni. Terlalu banyak amalan yang di lakukan oleh para soleh solihin dahulu kita tinggalkan dan kita berbangga dengan amalan yang di bawa oleh orang bukan Islam. Kalau orang lain menunggu detik 12 malam sebagai klimaksnya. Kenapa tak kita mulakan 12 malam itu permulaannya. Kalau dia orang tidak tidur untuk menuggu 12 malam dan diteruskan dengan perkara yang tidak berfaedah, kenapa tidak kita bangun tidur dan tidak tidur untuk mengingati Allah pemberi nyawa dan banyak lagi limpahan yang di berikan kepada kita, malah kita selalu melupakannya. Kenapa tidak malam itu kita gunakan untuk muhasabah diri kita dan menanamkan satu tekad dan azam baru untuk tahun seterusnya. Jadi fakir-fikirkanlah.
Perubahan dan azam perlu di lakukan. Umur pun dah berubah. Kalau dalam bulan Islam sesiapa yang mencecah umur 36 tahun(ikut tahun masehi) tapi dalam Islam umurnya telah di tambah 1 tahun lagi. Jadi umur saya telah menghampiri 43 tahun walaupun umur saya akan masuk 42 tahun pada tahun hadapan, yang tinggal beberapa hari lagi. Nak tau kenapa? Sebab dalam bulan Islamkan kurang 10 hari(tak de tarikh 31hb dalam bulan hijrah) setiap tahun. Jadi kalau dah 36 tahun darab 10 setiap tahun. Jumlahnya dah menghampiri setahunkan? Jadi kita kena tambahlah setahun. Betul tak? Kalau tak faham tanyalah yang arif?
Dah tua rupanya aku ni. Rasanya baru lagi aku kahwin. Tapi anak-anak dah ramai dan dah besar panjang. Singkatnya hidup ini, terlalu cepat berlalu. Entah bila Allah akan menjemput kita. Sudah bersediakah kita menghadapi kehidupan seterusnya. Kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Kalau nak di ikutkan memanglah tak pernah cukup apa yang kita lakukan tapi kita terus berusaha untuk mempersiapkan diri samada untuk hidup di dunia mahupun di alam lain nanti. Allah akan melihat segala usaha kita dan keikhlasan kita serta kesabaran kita. Dia akan menilainya sampai ke tahap manakah kita. Jadi sama-samalah kita berusaha kearah kebaikan. Tingkatkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah. Perbanyakkan mengadu denganNya daripada kita mengadu dengan orang. InsyaAllah Allah akan memberikan jalan yang terbaik untuk kita menghadapi kehidupan ini. Walaupun sesukar mana sekalipun jika kita mengadu padaNya tanpa rasa putus asa pasti Allah tunjukkan jalan.
Jadi buatlah perubahan dan azam yang terbaik. Jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan kita untuk membuat sebarang perubahan dan azam di tahun baru ini. Semoga kita sentiasa di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah Subhanahuwata’ala. Amin, amin ya Robbil alamin.
Jangan lupa petang ni sama-samalah kita lakukan “Doa Akhir dan Awal tahun”.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430H.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Nisha.
Ibu Mithali – Ibu Tan Sri Mokhtar al-Bukhari
Hari ini saya ingin sentuh sedikit tentang salah seorang ibu yang amat saya kagumi, yang saya rasakan dia adalah salah seorang yang boleh di katogerikan sebagai ibumithali. Saya amat mengkagumi ibu ini, telah melahirkan dan mendidik seorang anak yang berjaya menjadi menjadi contoh kepada umat Islam lain terutamanya di Malaysia ini.
Dia ialah ibu kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini. Tapi sayangnya saya tak tahu namanya dan ingin tahu lebih lanjut tentang ibu ini. Kalau sesiapa tahu bolehlah berikan pandangan anda dan namanya sekali. Kalau ada gambarnya lagi bagus.
Bolehkah anda menjadi seperti ibu di atas? Bolehkah aku menjadi seperti ibu ini? Adakah sekurang-kurangnya seorang anak-anakku seperti Tan Sri, semulia hati Tan Sri kalaupun tak sekaya Tan Sri? Entahlah, kena usaha banyak-banyak untuk mendapatkannya. Bak kata ustazah saya(Ustazah Salbiah Omar), untuk menjadi ibu dan mendapat serta menghasilkan anak yang berjaya di dunia dan di akhirat bukannya usaha 100% tetapi lebih daripada itu. Mungkin 300%. Kalau dalam mathematic Nisbahnya 5:3 atau 5:2. Kerana kalaupun kita boleh solat 5 kali sehari semalam tanpa tertinggal satu pun, anak kita belum tentu dan selalunya 2 atau 3 kali je sehari. Jadi kita kena tambah dengan solat sunat(solat hajat ke, solat istikharah ke, bangun malam bermunajat denganNya dan banyak lagi) dan kalau boleh gantilah solat-solat yang telah kita tinggalkan. Walaupun ada pendapat tak payah ganti tapi kita cubalah buat terbaik untuk Allah dan ikhlaskan diri untuk Allah sahaja. Bukan senangkan, terutamanya bab ikhlas ni tapi kita kena cuba. Mungkin sekarang tak ikhlas masih lagi ada sifat ingin menunjuk-nunjuk seperti saya nilah. Tapi teruskan usaha mana tau sebelum kita memjamkan mata, kita akan menjadi seikhlas yang Allah inginkan. Alhamdullah, selamatlah kita di Alam Akhirat nanti. Amin, amin ya Robil alamin. Opps dah melalut pulak.
Sambung balik yang tadi. Kalaulah penuh anak-anak kita solat tu, maknanya kita yang kena usaha lebih, kena beritahu dan tekankan/ingatkan. Kalau tak bakal tak sembahyanglah walaupun mereka telah di didik dari kecil(sebelum sekolah lagi) dah solat. Betullah kata ustazah tu, itulah yang terjadi pada saya. Terutamanya subuh. Kalau setakat sekali cakap je takkan bangun. Kena banyak kali kejut dan kadang-kadang tu kena tarik supaya bangun atau kena renjiskan air baru boleh bangun. Walaupun badan mereka lebih tinggi dan besar dari saya, kadang-kadang saya kena buat mereka seperti anak-anak kecil. Kita sebagai ibu tak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kalau nak ikutkan susah tu memang susah, leceh tu memang leceh tapi kita nikan ibu mereka memang tanggung jawab kita untuk mendidik mereka. Besok kat akhirat kita akan di tanya apakah amanah dan tanggunjawab kita telah di laksanakan dengan sebaiknya dan sesempurnanya. Tak dapek do nak jawab, lupa ke, susahlah nak turun naik tangga sebab bilik mereka kat atas ke atau sibuk tengah masak/buat sarapan pagi ke. Kalau dengan orang bolehlah kita cakap macam tu, kalau dengan Allah, sendiri mau ingat!
Bagi anda yang mungkin masih muda, anak pun belum remaja mungkin belum melalui keadaan seperti ni. Tapi bagi saya yang mempunyai anak tengah remaja ni, memang pening kepala di buatnya dengan kerenah anak-anak ni. Kadang-kadang tu menitiskan air mata di buatnya. Ya, mungkin masalah kecil je sebab saya ni taklah setabah ibu lain. Tetapi itulah menjadi ukurannya nanti. Dugaan dan ujian itulah yang Allah nilai samada kita dapat mengharungi dengan tabah atau kita tewas di tengah jalan. Semoga saya berjaya dan dapat mengharungi serta menyelesaikan segala rintangan dan dugaan dengan jalan yang di redhai oleh Allah hendaknya. Semoga saya sentiasa di beri petunjuk dan di bimbing oleh Allah dengan apa cara sekalipun. Amin, amin ya rabbil alamin.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Nisha
Apa program untuk anak-anak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Apa khabar semua? Semoga anda semua gembira dan riang bersama keluarga tercinta. Bagi saya ni, gembira dengan kehidupan yang ada sekarang. Tapi walaubagaimanapun sebagai manusia biasa memanglah kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Tak pernah cukup dan kadang-kadang berkeluh kesah dan tidak bersyukur dengan kurniaan Allah Taala(bersyukur bukan bermakna cukuplah apa yang ada dan tidak berusaha lebih kuat untuk memperbaiki diri dan keluarga).
Begitulah dengan diri saya, sedang tercari-cari keadah yang terbaik untuk anak-anak membesar. Di tambah pula dengan musim cuti sekolah ni, pening juga memikirkan apa yang patut saya buat untuk mereka kerana semuanya berkumpul di rumah. Maklumlah anak ada lima orang. Kalau dah ramai tu faham ajelah perangai mereka. Bergurau dan akhirnya bergaduh. Di tambah pula ada 4 orang hero(3 orang tengah meningkat remaja). Pening juga kepala. Walaupun mereka tak sebebas anak orang lain. Sentiasa di kawal mana nak pergi dan hanya boleh keluar waktu petang aje, manakala sebelum maghrib mesti masuk rumah. Tapi yang besar ni dah mula mengeluh dan berunggut, boring!!! katanya.
Tapi tahun ni memang saya sibuk sedikit dari tahun lepas. Kalau tahun lepas saya bawa anak-anak balik kampung. Yang besar tu saya ajak menorah getah konon-kononnya nak memberikan kesedaran pada dia orang betapa susahnya kalau tak ada pelajaran/malas nak belajar tapi tahan/sanggup 2 hari je. Mereka tak sanggup berperang dengan nyamuk agaknya atau tak pandai nak menggunakan pisau getah. Bagi saya yang dah ada pengalaman semasa lepas sekolah dulu. Walaupun kekok sikit tapi dalam masa 1 hari tu dah mahir.
Tak susah sangat sebab tak angkat getah tu hari-hari sebab saya buat getah segerap(tak taulah betul ke tidak ejaannya). Bila dah nak jual nanti barulah di masukkan ke dalam guni. Dapatlah saya menoreh dalam 2 minggu tu di selang seli dengan hujan(macam sekarang ni). Dapat juga menampung perbelanjaan semasa duduk di kampung.
Tapi tahun ni tak boleh balik kampung kerana di awal-awal cuti sekolah sibuk sedikit dengan projek batik saya. Tu sebabnya sekarang dah free sikit tengah fakir macam mana nak mengisi masa cuti sekolah untuk anak-anak ni. Pening juga memikirkannya. Jadi sesiapa yang terbaca blog ni, bolehlah beri pandangan. Semoga pandangan anda boleh dijadikan panduan untuk saya.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Nisha
Selamat Mengerjakan Ibadah Haji.
Assalamualaikum dan salam sejahtera?
Apa khabar semua. Semoga semuanya di dalam lindungan Allah. Terutamanya kepada bakal haji/hajjah yang telah dan akan berangkat ke tanah suci Mekah. Selamat berangkat ke Rumah Allah yang mulia. Semoga semuanya selamat dan mendapat haji yang Mabrur. Amin, amin ya robbil alamin.
Selamat menjalankan dan mengerjakan ibadah/rukun Islam yang ke lima, walaupun agak terlewat saya mengucapkan selamat berangkat dan selamat jalan. Walaupun ia bukan sesuatu yang mudah untuk kesana dan juga berada di sana tetapi redhalah dengan dugaan dan cabaran yang Allah berikan kepada kita di Tanah Suci itu nanti. Semoga dengan keredhaan itu kita akan mendapat haji yang mambrur. Walaupun saya belum lagi pergi mengerjakan haji tapi dah ada pengalaman menunaikan umrah. Semasa menunaikan umrah pun besar dugaannya, apatah lagi mengerjakan haji. Memang kita kena banyak bersabar apabila berada di sana. Saya sendiri dulu rasa tak puas dan tak sempurna apa yang telah saya buat semasa umrah dulu. Rasanya nak pergi semula, nak ganti balik apa yang kita rasakan tak sempurna tu. Tapi apakan daya kewangan tidak mencukupi untuk pergi kesana. Jadi bagi bakal-bakal haji buatlah persediaan seawal mungkin dan bersedialah dari segi fizikal dan mental. Buatlah sebaik mungkin dan bersabarlah sebanyak-banyaknya supaya kita tak menyesal apabila balik nanti. Jangan jadi seperti saya.
Untuk para ibu terutama para ibu yang bercita-cita menjadi sebaik-baik dan sesempurna ibu(ibu mithali). Banyak-banyaklah berdoa disana terutamanya doakan untuk anak-anak kita. Masih banyak perkara yang bakal kita tempuhi terutamanya dalam mendidik anak-anak di zaman yang serba mencabar ini. Cubalah dapatkan tempat-tempat yang terbaik untuk kita berdoa seperti di Raudah, hizib Ismail, belakang makam Ibrahim dan banyak lagi. Berusahalah yang terbaik dan semampu mungkin. Semoga usaha kita di berkati dan mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t. Amin, amin ya robbilalamin.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam
Selamat datang ya Ramadhan, selamat tinggal syaitan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua. Semoga semuanya di dalam lindungan Allah di tambah di bulan yang amat-amat mulia ini.
Hari ini merupakan hari ke lima kita berpuasa. Cuaca baik buat masa ini. Bukannya apa hari tak berapa panas dan selalu hujan, jadi tak berapa terasa letihnya. Maklumlah di awal bulan puasa ni untuk menyesuaikan diri dengan bulan ini mungkin ada kesulitan sikit lainlah jika kita dah mula praktis berpuasa di bulan-bulan yang di sunatkan kita berpuasa.
Inilah masa yang sesuai bagi kita menanamkan azam baru jika di bandingkan apabila kita berazam semasa di awal tahun tak kiralah tahun orang putih ke atau pun tahun Hijrah ke. Inilah masanya untuk kita cuba mengubah segala-galanya terutama kepada perkara-perkara yang baik. Di tambah pula waktu ni setan-setan semuanya dah di ikat, tinggal lagi nafsu sendiri je yang kena kita lawan.
Walaupun setan dah di ikat tapi sebenarnya kita tak rasa macam dia tengah di ikat. Sebab tak rasa pun perubahannya. Jangan tak percaya dan tak yakin pulak setan-setan tu di ikat, nanti macam tak percaya apa yang telah di beritahu dalam al-Quran. Bahaya tu! Melibatkan akidah kita, kalau tak percayakan perkara-perkata sebegini.
Ya lah macamana nak rasa akan ketiadaan setan-setan tu sebab bebulan-bulan dalam setahun dia mentarbiah kita supaya ikut apa yang dicakap/suruhnya. Dah menjadi darah daging kita. Cuma sebulan dalam bulan Ramadhan ni je dia tak boleh mengganggu kita. Jadi kalau setan tu bercuti dalam sebulan pun tak jadi apa, tak ada apa-apa perubahan pun jika kita tak benar-benar bertekad untuk meninggalkan benda-benda yang tak baik tu. Itulah kata-kata yang saya dengar dari Ustazah yang keudara di Radio IKIM baru-baru ni. Seperti andaian yang saya nyatakan ni contohnya dari kecil lagi mak kita ajar makan nasi, tiba-tiba tak yah makan nasi tapi ganti dengan kentang ke, jagung ke, camne rasanya. Boleh ke tak perlu makan nasi dalam sebulan? Tentu susahkan. Seperti merokok juga, mungkin mula-mula dulu, kawan-kawan suruh cuba rasa. Tapi bila dah biasa tak payah di suruh/di sogok, pandai je kita nak cari rokok kat mana. Macamtulah setan tu. Mula-mula disuruh, di pujuk, di putarbelitkan fakta tapi lepas tu tak payah setan suruh beria-ia, kita sendiri dah tahu apa nak buat. Itulah antara bisikan Iblis(ada bukunya, carilah di toko-toko buku Agama).
Cubalah kita andaikan macammana jika kita dah biasa buat sesuatu tu tapi bila dah tak buat, kan teringat-ingat jugak. Seperti contoh merokok tadi. Bagi perempuan pulak kalau dah biasa suka mengumpat tiba-tiba nak berhenti, bukan senangkan? Kalau suka melepak pulak, tak kiralah samada anaknya(sedia maklumlah kat mana), bapaknya(kat kedai kopi) atau emaknya(berkumpul depan rumah dengan jiran-jiran), jika tiba-tiba nak tinggalkan perkara-perkata tu, bukannya senang woi! Tiba-tiba je kita duduk rumah tak keluar-keluar, tentulah ada yang datang panggil kita untuk mesyuarat, nanti tak cukup korum pulak. Betul tak. Itulah lagi antara belitan iblis.
Sementara tak ada sebarang gangguan dari syaitan ni, bolehlah kita berazam tinggalkan perkara-perkara yang tak baik tu. Jika sebelum ini kita sembahyang tak cukup lima waktu bolehlah lepas ni cukupkan lima waktu. Manakala yang lelaki tu kalau dulu walaupun sembahyang tapi tak pernah ke Masjid/surau bolehlah lepas ni teruskan ke masjid/surau kerana di bulan ni, ramai orang yang ke masjid/surau untuk berterawih. Dan lepas ni walaupun dah tak berterawih, boleh teruskan untuk waktu sembahyang lima waktu atau setidak-tidaknya waktu Maghrib dan Isyak ataupun setidak-tidak dalam seminggu tu 2/3 kali kita menjenguk masjid/surau.
Manakala bagi yang perempuan/wanita tu pergilah sesekali ke Masjid/surau untuk menuntut ilmu terutama ilmu akhirat kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya. Jika suami tidak berupaya mengajar kita, mintalah izin suami untuk belajar di luar rumah samada secara percuma atau berbayar. Macammana nak jadi ibu mithali jika ilmu agama tak ada atau kurang di dada kita. Tapi kekadang heran juga saya bila orang kata tak de masa ke, sibuk bebeno ke, masanya tak kena ke atau apa-apa jelah. Tapi masa pergi tempat lain ada pulak, kena pulak masanya, boleh pulak di adjust masanya. Seperti shoping, tengok wayang/tv atau berkumpul/mesyuarat dengan jiran-jiran. Betulllah kata pepatah melayu “kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Seperti saya ni, saya suka belajar dan cuba belajar memasak ke, menjahit ke atau apa-apa je tapi belajar agama tu liat sikit. Saya paksakan diri untuk hadir ke masjid/surau. Kalau tak, semua benda saya tak tahu. Dan itulah juga kerja syaitan untuk menjadikan kita malas, tak minat dengan perkara-perkata yang baik terutama bab-bab agama ni. Kita kena lawan. Melawan syaitan itu kan satu jihad dengan syarat, niatkan kerana Allah. Kita pasti mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.
Oleh itu, sementara syaitan tak de dekat kita di bulan puasa ni, tanamkanlah azam dan tekat untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jadilah yang terbaik untuk Allah, Rasul, ibu bapa, suami dan anak-anak. Jika kita boleh jadi yang terbaik untuk lima perkara di atas nescaya perkara lain akan selesai sedikit demi sedikit dengan sendirinya. Insyaallah. Dengan itu ucapkanlah selamat tinggal untuk selama-lama kepada syaitan-syaitan yang selalu mengajak kita kepada perkara-perkara yang tidak baik. Amin, amin ya Robbil alamin.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTEKAD/BERAZAMLAH UNTUK BERJUMPA MALAM LAILATUQADAR DI 1O MALAM HARI TERAKHIR RAMADHAN NANTI.
Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Assalamualaikum dan apa khabar?
Semoga anda semua di dalam lindungan Allah hendaknya.

Besok kita akan meraikan dan menyambut hari Kemerdekaan Malaysia. Bagi saya pula saya akan meraikan 2 perkara, pertama Hari Kemerdekaan dan ke duanya hari kelahiran salah seorang anak saya.
Sebenarnya saya tidak pernah meraikan hari Kemerdekaan sebenar-benarnya. Setakat samada duduk di rumah melihat perbarisan di depan TV atau balik ke kampung. Kalau di ikutkan, orang yang benar-benar meraikan hari kemerdekaan pada saya ialah menghayati perjuangan para pejuang Kemerdekaan dahulu dengan membaca kisah hidupnya, apa yang telah di lakukan untuk mencapai kemerdekaan dan akhirnya menghargai dengan berjumpa dengan mereka yang telah banyak berjasa/berjuang untuk memerdekakan negara kita yang tercinta ini. Sekurang-kurangnya mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas apa yang di lakukannya. Atau pun yang paling baik ialah mendoakan dan membuat majlis kesyukuran untuk mereka yang memperjuangkan kemerdekaan. Di tambah pula jika kita ada pertalian dengan orang yang banyak memperjuangkan tanah air ini.
Bagi saya ni tak buat apa-apapun walaupun kata emak saya keluarganya ada bau-bau bacang dengan Mat Kilau. Cuma saya ingin mengingatkan dan mungkin memberi sedikit pandangan dan idea bagi mereka yang ingin menyambut kemerdekaan. Walaubagaimanapun saya tak lupa mendoakan semoga Mat Kilau dimasukkan di dalam golongan orang yang memperjuang/berjihad mengikut jalan Allah dan di terima oleh Allah dengan memberi ganjaran pahala yang besar diatas pengorbananya yang di lakukannya suatu masa dahulu. Amin, amin ya Robbil alaimin.
Sambutlah kemerdekaan dengan cara yang sebaik dan sebetulnya terutama para remaja dan muda mudi sekarang. Dengan mengingati dan menghargai apa yang telah di lakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu dan bukannya dengan berseronok-seronak di malam kemerdekaan dengan menantikan detik 12 malam. Berkumpul dan bercampur lelaki dan perempuan dan menjerit tak tentu arah. Adakah itu caranya meraikan hari kemerdekaan yang sebenarnya? Di tambah pula dengan jemputan artis dari dalam ataupun luar negara. Itu namanya melupakan hari kemerdekaan, mana ada masa itu orang teringat akan kesusahan orang-orang yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan. Kalau masa itu kita teringat dan mengenangkan kesusahan orang dahulu takkan kita sangup bergelak ketawa dan terjerit-jerit. Pasti kita akan bersedih/bertafakur sambil membaca ayat-ayat Allah dengan niat di sedekah kepada mereka yang terlibat dengan kemerdekaan suatu masa dahulu. Pasti ada perasaan sedih semasa itu. Betul tak? Semoga sama-sama kita renungkan.
Yang keduanya hari Jadi anak saya Abdul Haziq bin Mohd Mustapha(11 tahun). Memang pada kebiasaannya anak-anak saya yang masih kecil(sehigga 12 tahun), kami meraikan harijadi mereka. Tapi taklah sampai buat kenduri kesyukuran atau menjemput kawan-kawan mereka untuk meraikannya(seperti berpati). Kami meraikannya sekeluarga dengan membuat makanan yang lebih special atau memberikan sedikit hadiah(barang mainan). Bagi yang dah lebih 12 tahun biasanya kami suami isteri tak buat apa-apa cuma ucapkan tahniah, beri nasihat dan semangat serta hadiahnya sekadar berikan cash money. Kebaisaanya saya masak special sikit hari tu mengikut permintaan anak saya. Pada esok(31hb Ogos, 2008) anak saya minta saya buatkan ayam golek/panggang, nasi beryani dan kek. Ayam golek tu memang kegemaran anak-anak saya, malah ibubapa saya kalau datang pun akan oder ayam golek. Nanti saya akan berikan gambar dan resepinya. Sama je seperti saya buat untuk lauk penggantin. Di tambah dekat dengan Hari Raya ni, pasti ramai yang nak buat rumah terbuka nanti, bolehlah buat ayam golek/panggang untuk tetamu anda. Alamak! kamera saya pulak rosak. Camna nak ambil gambar? Nantilah saya cuba guna anak saya punya handphone(sebenarnya tak berapa suka guna handphone). Tengoklah anak-anak sekarang ni, emak bapanya tak pakai handphone canggih-canggih. Dia orang dah pakai dulu. Banyak betul duit diorangkan. Sanggup kumpul duit untuk beli apa yang di hajat. Saya memang tak pernah beri duit untuk benda-benda macam tu. Tapi dia orang usaha sendiri. Nak di larangpun duit mereka sendiri. Itulah anak-anak zaman teknologi ni. Dah puas cakap dengan mereka, simpan duit bukannya membazir dengan membeli benda yang tak perlu. Tapi mereka tak ikut/dengar cakap saya. Apa nak buat lagi? Ada sape-sape boleh tolong bagi idea macamana nak nasihakan anak-anak?
Nak tau macammana diaorang dapat/simpan duit? Dia orang selalu tolong kawan-kawan beli barang dan topup handphone. Jadi minta upahlah bila tolong. Sebab kebanyakkan mereka duduk di asrama tapi anak saya tak. Hari-hari hantar dan jemput bila sekolah. Bila balik kampung rajin tolong nenek mereka potong rumput sekeliling rumah. Dapatlah upah. Bila saya minta tolong susah nak buat sebab tak dapat upah. Sesekali jumpa pak cik dan mak cik mereka yang banyak duit dapat juga saguhati(duit). Maklumlah masih sekolah walaupun dah macam orang bujang.
Saya sebenarnya bagi duit belanja untuk dia orang buat masa sekarang ni RM1.00 aje untuk satu hari. Jangan terperanjat, duit makan kat sekolah saya dah bayar sebulan sekali. Sebab dia orang sekolah sampai petang(Maahad Tahfiz memang kebiasannya macam tu) jadi dah di sediakan makanan untuk mereka. Sesekali abahnya tambah juga duit belanja tanpa pengetahuan saya, tapi anak-anak saya beritahu. Saya memang tegas sikit berbanding suami. Tapi mereka lebih takut suami saya daripada saya.
Anak-anak yang dah sekolah menengah ni sebenarnya kena denda sebab dia orang dah pandai cuba merokok. Dari tahun lepas lagi saya beri dia orang belanja RM1.00. Sebab tak nak dia orang guna duit untuk beli rokok. Saya adalah antara orang-orang yang beruntung, sebab baru belajar nak merokok dah ada tukang report. Itulah bagusnya kita bermasyarakat dengan jiran tetangga, selalu mengikuti aktiviti taman dan surau. Jadi anak-anak kita pun dia orang kenal dan apa-apa yang tak elok dia orang buat ada yang beritahu. Alhamdulillah. Dan sekarang ni dia orang dah tak buat lagi katanya dan saya terus memantau anak-anak saya. Harap-harap begitulah.
Itulah saya katakan bukan senang nak jadi ibumithali ni. Mereka(dua orang anak lelaki yang sekarang umur 14 dan 15 tahun) dah saya didik dari umur 6/7 tahun bersembahyang setiap hari. Jarang tinggal sembahyang walaupun waktu subuh saya tetap kejutkan. Kalau susah nak bangun saya percikkan sedikit air di mata mereka, cepatlah mereka bangun. Waktu umur mereka 11/12 tahun setiap hari sebelum ke sekolah saya tunggu dan suruh mereka baca surah At-Talaaq untuk pertahanan dan memudahkan/menerangkan hati untuk menuntut ilmu. Cuma sekarang saya dah tak buat macam tu sebab di sekolah mereka hari-hari baca Quran. Setiap hari waktu solat lima waktu saya tak lupa mendoakan mereka dengan menyebut nama mereka satu persatu. Saya sendiri selalu buat solat hajat untuk mereka. Tapi masih lagi terpengaruh dengan gejala sosial yang ada di sekitar mereka. Anak saya memang saya tak berikan kebebasan sepenuhnya. Mereka tak boleh keluar rumah melainkan waktu bermain di waktu petang dari pukul 5.00pm hingga sebelum Maghrib. Sesekali aje dia orang boleh keluar dengan kawan-kawan iaitu waktu hari perayaan. Boleh kira dengan tangan bila diaorang dapat keluar ke Seremban. Dulu memang diaorang rajin ke Surau samada Subuh, Maghrib dan Isyak. Lepas tu saya dah tak benarkan. Sebab ada aduan mengatakan waktu diorang balik dari suraupun sempat menghisap rokok. Sekarang sesekali diaorang pergi juga ke surau tapi tak sekerap dulu. Saya pun dah benarkan mereka pergi ke surau semula, sebab rasanya dah tak buat lagi.
Ibumitahli. Bukan mudah untuk mendapat taraf ibumithali. Perlu banyak berusaha dan berdoa. Semoga suatu hari nanti Allah akan memakbulkan segala hajat dan permintaan kita. Yang pasti kita kena terus berusaha dan berusaha tanpa putus asa dan keluh kesah. Saya sendiri pun kadang-kadang berkeluh kesah tapi saya ni manusia biasa yang tidak kuat iman dan juga mungkin tidak sabar menghadapi dugaan Allah. Tapi saya sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah di atas kesilapan saya selamat ini.
Jika ada sesiapa yang ingin memberikan tips, nasihat dan petuan tentang mendidik anak-anak, boleh hubungi saya atau berikan komen anda.
O.klah, panjang pulak melalutnya, dari cerita merdeka hinggalah cerita anak-anak. Setakat ini dahulu. Wallahu’alam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Kempen membaca Al-Quran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar semua? Semoga anda sentiasa di dalam lindungan Allah hendaknya.

Bagi saya ni, sentiasa sibuk. Sibuk selalu dengan urusan keluarga, perniagaan dan lain-lain lagi. Di tambah dengan anak saya yang tua bakal menghadapi peperiksaan PMR pada bulan Oktober ni, tinggal sebulan lebih lagi, kerana kena sentiasa monitor dia. Anak lelaki ni memang susah sikit untuk mendidiknya. Terpaksa dan sentiasa perlu di ingatkan. Tak taulah apa nak buat lagi. Nampak relaks je. Kita pula yang lebih risau dari dia yang bakal menghadapinya. Kalau masa UPSR dulu kita boleh tunggu dan ajar dia tapi sekarang lain sikit. Kadang-kadang bila kita suruh baca buku, dia buat deg je. Bila di tunggu semasa belajar, dia ajak kita berborak.
Hai! ontahlah, comno nak buek?. Dah bosar panjang, nak di marah selalu kang kok boring pula dengar dan takut dia tak suka duduk rumah pulak. Tapi bila duduk rumah asyik tengok tv je. Tambahan pula cuti sekolah ni. Tak de lainlah asyik tengok tv je, sms atau menghadap pc. Memang susah sikit anak lelaki ni. Kalau dengar cerita kakak ipar saya tentang anak perempuan mereka, macam mana mereka belajar tahun lepas, dengarnya senang je. Tak perlu di ingatkan bila nak belajar. Malah kena tahan pulak jangan belajar terlalu teruk sampai tak tidur malam/tidur sikit je. Tak heranlah mereka boleh dapat 8A dan 7A. Tapi anak saya ni entahlah. Susah nak cakap tapi tak taulah mereka ni kadang-kadang cara belajar berbeza sikit. Harap-harap begitulah walaupun tak nampak ketara belajarnya tapi saya mengharapkan dia berjaya juga seperti sepupunya yang lain. Saya hanya mampu berdoa dan bersolat hajat untuknya dan ditambahkan dengan bacaan Al-quran yang saya amalkan selalu dan hadiahkan kepadanya. Semoga dia berjaya akhirnya. Amin, amin, ya Robbil alamin.
Menyentuh tentang membacar Al-Quran, memang sepatutnya kita amalkan membaca al-Quran setiap hari. Kita yang mengaku sebagai Islam sepatutnya kita bangga dengan al-Quran yang diturunkan untuk rujukan dan panduan kita. Sepatutnya kita membacanya setiap hari. Kalau setiap hari kita boleh membaca akhbar dan memperuntuk 15 minit atau 30 minit menghadap akhbar, majalah, internet atau apa saja perkara yang kita baca setiap hari, takkan tak boleh membaca dan membelek al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit untuk setiap hari. Bacalah, beleklah al-Quran untuk kebaikkan kita, keluarga dan umat Islam seluruh. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan darinya. Di tambah pula telah menghampiri bulan puasa ni, salah satu cara kita membuat persediaan untuk bulan puasa ialah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran semoga Allah memberikan pahala yang penuh untuk ibadah puasa Ramadhan kita nanti.
Memang sesuatu yang baik tu susah nak kita buat. Al-maklumlah terlalu banyak halangannya terutama dari diri sendiri. Kerana di sekeliling kita ni terlalu banyak iblis-iblis. Cuma kita tak boleh nampak. Di dalam darah kita juga tempat laluan iblis jadi memang amat susah, kerana dia telah menjadi darah daging kita. Tapi untuk kebaikan kita kena lawan dan akhirnya pasti kita berjaya. Anggaplah kita sedang berjihad melawan iblis-iblis yang berada di sekeliling kita. Lihat saje anak saya, walaupun mereka bersekolah di maahad tahfiz, hari-hari baca Quran tapi perangai merekapun masih tak berubah. Masih kena ingatkan, tanya dan suruh bila nak sembahyang. Subuh tetap kena kejutkan, kalau tak kejutkan tak sembahyang. Isyak selalu tinggal sembahyang kalau tak pergi ke Surau atau kalau tak saya ingatkan. Bukan senang nak melahirkan anak-anak yang baik/soleh ni. Kena terus berusaha tanpa rasa putus asa. Harap-harap saya tak mengalah dengan kerenah anak-anak saya ni.
Sambung balik tentang baca Quran tadi. Semoga kita akan berterusan membaca mukjizat Allah ini, walaupun bukan di bulan puasa. Bacalah al-Quran sepanjang masa atau setiap hari. Amalkannya, ia pasti akan membawa kebaikan dan perubahan pada diri dan keluarga anda. Tapi janganlah mengharapkan perubahan yang drastik. Sama juga kita makan ubat takkan sekali makan dah baik begitu juga Al-Quran. Begitu juga kebanyakan para wanita ni, semuanya nak cantik(tak salahkan? memang Allah suka sesuatu yang cantik dan bersih, saya tak sempat dan tak ingat firman Allah tapi memang ada, nanti kalau jumpa saya masukkan dalam mutiara kata kerana memang itulah naluri wanita), macam-macam makanan kesihatan dan peralatan(tapi jangan buat benda yang di larang/yang tak di sukai Allah seperti botox dll) yang digunakan tapi rasanya sekali buat atau sekali makan takkan dah nampak cantik, itu sesuatu yang mustahil. Biasanya kena sentiasa amalkan dan istiqamah barulah mendapat hasilnya. Begitulah juga dengan membaca Al-Quran.

Oklah setakat ini saje dulu. Selamat menghadapi bulan Ramadhan yang mulia yang bakal menjelang tiba. Semoga anda semua menghadapinya dengan penuh keseronokkan dan ketabahan. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.
Ibu Mithali.
Assalamualaikum dan Salam Perkenalan untuk semua peluncur blog ini,
Ibu Mithali ! emm…, Apakah yang anda faham tentang ibu mithali? Ya, lain orang lain tanggapan tentang Ibu Mithali.
Bagi saya, Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.
Ibu Mithali. Terlalu sukar untuk mencapai ke tahap itu. Bagi saya yang serba kekurangan ini, terlalu jauh lagi perjalanan untuk mencapai ke tahap itu. Tetapi saya akan berusaha ke arah itu. Terlalu banyak persediaan dan perkara yang harus di lakukan lagi.
Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi ibu yang baik, hamba Allah yang di redhai di sisiNya. Berusahalah ke arah itu. Pasangkan niat. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin samada ilmu akhirat dan duniawi. Amalkan ilmu yang anda ada dan teruskan niat anda walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Carilah kewangan yang secukupnya untuk memberi dan menghantar anak-anak kita untuk mendapatkan ilmu. Jangan di jadikan alasan “kurang berkemampuan” untuk menghantar anak-anak kita menuntut ilmu akhirat mahupun duniawi. Ditambah pula dengan zaman yang serba moden dan canggih ini, semuanya memerlukan wang. Berapa ramai guru-guru yang sanggup mengajar tanpa bayaran. Kalaupun ada hanyalah sedikit bilangannya. Namun demikian anak-anak kita juga mempunyai keperluan peribadi sendiri untuk mendapatkan dan menuntut ilmu. Semuanya duit. Carilah duit untuk anak-anak dan keluarga kita dan bukannya hanya untuk diri sendiri sahaja. Jadi bersedialah wahai ibu-ibu dan bakal ibu-ibu. Bersedialah, berkorbanlah dan berjuanglah untuk mencari keredhaan Allah. Berilmu, Beramal. Berniaga, Berbakti dan sesungguhnya Ibu Mithali Pembentuk Ummah berjiwa Islam. Manakala hasilnya Anak Soleh dan Solehah penyelamat kita di akhirat kelak. Itulah perjuangan dan jihad saya.
Bagi yang belum mendirikan rumahtangga berusahalah mencari yang terbaik mengikut kehendak Islam. Bagi yang telah mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata bentuklah anak-anak anda dari dalam kandungan lagi. Bagi anda yang telah mempunyai anak remaja, bimbinglah mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah dan berdoalah kepada yang Maha Esa supaya anda terus tabah dan sabar dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka yang telahpun mempunyai anak yang besar panjang dan berkeluarga selalulah mengambil tahu tentang mereka serta nasihati dan peringatkan mereka tentang hal-hal agama.
Ibu mithali. Siapakah yang layak di gelar ibu mithali. Bagi saya, ramai yang boleh di jadikan contoh untuk kita memotivasikan diri kita dan memberi semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan kita. Antaranya lihatlah dan bacalah ibu kepada ulama-ulama dulu, itulah antara ikon saya. Dan jangan lupa antara yang di dalam sejarah Islam iaitu ibu kepada Musa dan juga ibu angkatnya(antara ahli syurga yang dijanjikan oleh Allah) iaitu isteri kepada Firaun(kejam lagi zalim). Khadijah Al-Walid yang kaya raya dan telah berusia 40 tahun ketika di nikahi oleh Rasullallah s.a.w. Masih mampu melahirkan zuriat untuk Rasullallah. Dia amat di sayangi oleh Rasullallah walaupun telah mendapat isteri yang cantik, muda belia dan berilmu tinggi iaitu Siti Aisyah si pipi merah, masih lagi di sebut-sebut oleh Rasullallah s.a.w. Inilah antara ibu mithali yang boleh kita teladani dan contohi.
Manakala ketika ini saya amat mengkagumi ibu kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari(dermawan dan jutawan). Ibunya sentiasa di sebut-sebut oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari jika bercerita tentang kejayaannya. Dan di kawasan perumahan saya ni, saya amat bangga dan kagum dengan seorang ibu tunggal yang kematian suaminya ketika anaknya yang kecil sekali masih lagi di dalam kandungan. Mempunyai 8 orang anak, 2 orang telah menjadi Al-Hafiz dan 4 lagi akan menyusul, Insyaallah. Bertuahnya kak Normah ni di akhirat kelak. Namun bukan senang untuk dia mencapai seperti sekarang ni dan sekarang pun ia masih meneruskan perjuangan hidupnya. Maklumlah ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap. Terpaksa berusaha sendiri untuk menyara ke 8 orang anaknya. Saya akan cuba mengupas cerita mereka di atas suatu hari nanti.
Bagi saya yang mempunyai lima orang anak ini pun berharap menjadi seperti mereka di atas. Tetapi ia bukanlah jalan yang mudah. Terlalu banyak dugaan dan rintangannya. Masih terlalu jauh perjalanan untuk mencapai ketahap itu. Tetapi saya akan usahakan dan berusaha sehigga akhir hayat saya. Insyaallah.
Ya! Masih terlalu jauh perjalanannya. Tidak semudah yang di sangka dan tak semudah kata-kata yang di ucapkan. Saya sendiri menyangkakan ia tidaklah terlalu susah. Ikut aje segala yang di suruh oleh Allah dan sunnah nabi kita Muhammad s.a.w pasti tidak akan menghadapai apa-apa masalah, itulah kata-kata saya suatu ketika dahulu(semasa masih anak dara atau baru kahwin rasanya, dah lupa bila). Kata-kata yang pernah saya keluarkan terhadap seseorang yang menghadapi masalah dengan anaknya. Tetapi bila ia terjadi pada saya sekarang, barulah saya tahu. Kemungkinan inilah balasan di atas keceluparan saya suatu ketika dahulu. Padan dengan muka saya. Memang bukan sesuatu yang mudah berhadapan dengan anak remaja ni. Mungkin inilah dugaan dan mungkin juga balasan di atas keceluparan mulut saya dulu.
Setakat di sini dulu. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri. Akan di sambung kemudian.
Ada sesiapa yang ingin berkongsi cerita mengenai Ibu? Jika ada bolehlah hubungi saya melalui contact form di bawah atau gunakan ruang “Hubungi”. Ceritakanlah apa sahaja cerita mengenai ibu. Samada yang baik atau sebalik, suka duka seorang ibu atau sebagainya.
Wassalam.
Dari : http://www.ibumithali.com. Penulis – nisha.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
