Archive for the ‘Ibu Mithali’ Category

Salam Maal Hijrah 1433H.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Almarhummah Mertuaku

Alhamdulillah kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 1432H.  Cepatnya masa berlalu, rasanya baru sahaja suami pergi tetapi sudah menghampiri setahun.  Almarhummah mak mertua saya telah pun setahun pergi meninggalkan kami sekeluarga manakala almarhum suami akan menghampiri setahun tidak lama lagi, telah pergi meninggalkan kami.  Beza antara mak mertua dan suami pergi cuma 46 hari sahaja.

Masih ingat lagi kata-kata kakak ipar, ketika kami ingin pulang ke Seremban setelah menziarahi mak mertua yang terlantar,  “Mak sedaya upaya nak bangun untuk melihat adik(suami yang kecil sekali, kata kakak ipar anak kesayangannya) balik ke Seremban”.  Tetapi tiada siapa yang nak angkat(kakak ipar tak nak angkat sebab kasihan dia takut sakit/letih).  Dia hanya memalingkan mukanya ke arah tingkap sambil melihat kereta kami bergerak keluar. Mungkin itu juga sebab/petanda jarak mereka pergi meninggalkan dunia ini tidak jauh bezanya.

Maklumlah setiap bulan kami sekeluarga balik kampung membersihkan dan memotong rumput rumah maknya, walaupun kadang-kadang saya tidak ikut(sibuk dengan tempahan, anak tuisyen).  Saya pun lebih suka menolong berkemas di rumah mak mertua dari rumah mak sendiri.  Nak tau kenapa?  Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang pastinya diakan mak suami saya, jadi untuk mendapat redha suami dan kasih sayang suami dan akhirnya mendapat redha Allah, jadi kita kena buat baik kepada sesiapa sahaja yang suami kita sayang.  Apatah lagi maknya dan keluarganya.  Memang berbaloi apa yang saya buat sebelum ini,  kerana di hujung usia mereka(suami dan mertua), mereka menunjukkan rasa kasih sayang berlebih-lebihan hingga saya pula yang tak selesa.

Memang di hujung-hujung usia mak mertua dia nampak lebih rapat dengan kami sekeluarga tetapi bukan bermakna dia tidak rapat dengan anak-anak yang lain.  Kalau datang ke rumah kami pun lebih lama sedikit dari sebelumnya.  Kadang-kadang bila abang ipar(biras) ada urusan ke Seremban/KL dia tiba-tiba kata nak ikut dan suruh abang singah/hantar ke rumah kami tanpa memberitahu dahulu.  Biasalah suami saya selalu tak ada dirumah, saya pula bila waktu hari bersekolah ni memang selalu keluar rumah samada pergi ke surau atau urusan lain.  Jadi bila dia datang saya tak ada di rumah.  Kenalah telefon dan tunggu sekejap walaupun kadang-kadang abang ipar ada urusan kerja.  Bila mak mertua berada di rumah saya pula, mana saya pergi dia nak ikut samada jemput anak sekolah atau pergi ke surau.  Bila saya ajak je terus nak ikut tetapi kadang-kadang saya tak ajak dia walaupun ada di rumah saya, sebab takut dia letih/demam.  Saya selalu ingat pesan kakak ipar, takut dia sakit/demam nanti yang susah kakak kat kampung yang kena jaga.

Saya juga tak terlalu berkira-kira dengannya.  Kalau di kampung, saya selalunya suka tidur di dalam bilik dengan anak-anak kecil dan suami,yang besar tidur di ruang depan bersama mak mertua, tetapi setahun/dua tahun sebelum dia pergi, dia selalu ajak saya tidur sama-sama di ruang tamu/depan tv.  Lama-lama tu saya perasan mungkin dia nak bermanja dengan anaknya(suami).  Jadi kami tidurlah bersama-samanya diruang tamu kalau tak ada keluarga lain yang balik.   Dia selalunya tidur sebelah saya/dekat dengan saya.  Bila datang rumah kami pun dia nak tidur bersama-sama dengan saya, suami dan anak-anak tetapi bila saya beritahu suami dia kata, ” tak pelah tidurlah kat bilik yang dah disediakan untuknya”.  Kadang-kadang saya perasan juga kalau ada apa-apa yang dia nak, dia tak cakap terus kat suami saya tetapi dia cakap dekat saya dulu.  Mungkin juga kerana nak jaga hati saya, mungkin juga kerana suami saya selalunya tak berapa nak ikut cakapnya bila dia sendiri beritahu.

Apa-apa pun mak mertua saya memang seorang yang baik dan lemah lembut dengan anak-anaknya berbanding dengan saya yang selalu suka marah(tapi taklah menengking/herdik) anak-anak walaupun depan mak mertua.  Tetapi mak mertua selalu sokong saya bila saya marah anak-anak, padahal saya tak pernah nampak dia marah dan bersungut tentang/dengan anak-anaknya.  Dia pun tak pernah mengadu dan komen perkara-perkara yang tak elok tentang anak-anaknya.  Saya selalu ingin jadi sepertinya dan berazam ingin jadi seperti mak mertua saya tetapi hingga setakat ini rasanya belum mampu sebaiknya.

Itulah azam saya untuk tahun baru Maal Hijrah yang akan datang tidak lama lagi, “Menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya, mampu memberi dengan penuh kasih sayang”.  Sesungguhnya rasa kasih sayang itu kurniaan dan hadiah dari Allah, walaupun kadang-kadang rasa kasih sayang itu bukan pada orang yang sepatutnya kita sayang.

Salam Maal Hijrah untuk semua.  Semoga apa sahaja yang ingin kita lakukan, matlamat utama kita ialah untuk mencari “REDHA ALLAH”, walaupun ia nampak “BERBEZA DARI BIASA”.

Terimalah segala ketentuan/takdir Allah untuk diri kita sendiri terutama untuk diri saya sendiri. Peringatan ini lebih untuk diri saya sendiri.... :) .

Ameen, ameen ya Rabbal alamin.

 

Wallahhua’lam.

 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

 

Bisikan…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya.  Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.

Ya  Allah,  apakah yang mengganggu fikiran ku ini?  Adakah ini bisikan syaitan atau isyarat dari Mu Tuhan.  Berikanlah aku jawapan agar hati ku tenang.

Ya Allah, jahatnya syaitan ini.  Ku cuba tutup segala laluannya tetapi dia dapat juga meresap ke jiwaku.  Astagfirullah hal ‘azim.  Apakah caranya lagi perlu ku lakukan?

Ya Allah sesungguhnya aku insan yang lemah, tiada akal dan upayaku untuk melawannya.  Berikanlah aku kekuatan untuk terus menghadapi segala pancaroba hidup ini.  Sesungguhnya pada Mu Tuhan aku berserah.

Cuti Sekolah datang lagi

Di hujung-hujung musim persekolahan ini fikiran saya sudah mula ligat memikirkan apakah yang perlu dan patut saya lakukan untuk anak-anak di musim cuti sekolah.  Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya cuba menyediakan program untuk mereka.  Ada kalanya menjadi ada kalanya tidak.  Tak apalah asalkan saya berusaha mendidik mereka, berjaya atau tidaknya saya serahkan kepada Allah.

Ermmm, Anak saya yang pertama masih dalam cuti semester.  Lama juga sehingga habis bulan Disember.  Katanya nak kerja tapi setakat ini masih lagi ‘memeruk’ di rumah.  Tidur dan berfb, itulah kerjanya.  Sesekali tolong  juga kemas-kemaskan depan rumah.  Saya semenjak dua menjak ni malas sangat nak mencabut rumput depan rumah.  Kalau dulu rajin juga membelek-belek bunga sebab suami rajin tolong, sekarang ni nak jemur kain kat depan pun rasa malas.  Patutlah sebelum suami pergi dia dah siapkan ampaian di belakang rumah.   Saya lebih selesa menjemur kain di belakang rumah tapi kalau hujan kena bawa ke depan supaya tak kena hujan.

Banyak perkara yang dia siapkan sebelum dia pergi.  Banyak perkara juga yang dia ingatkan saya sebelum dia pergi.  Walaupun pada peringkat awalnya saya tak perasan tapi lama kelamaan saya perasan juga.  Ya…, itu semua adalah datangnya dari Allah cuma disampaikan oleh almarhum suami saya.  Semoga dia juga mendapat ganjarannya atas apa yang dia lakukan di saat akhir-akhir hidupnya.  Terima kasih Allah.

Saya selalu berfikir/teringat, sebelum ujian besar ini datang kepada saya, Dia(Allah) telah menyediakan pelbagai-bagai perkara untuk saya menghadapinya.  Dia mendatangkan ujian-ujian yang kecil supaya saya bersedia untuk ujian yang lebih besar.  Banyak perkara-perkara yang saya ingatkan pada almarhum suami tetapi akhirnya peringatan itu jugalah yang berguna untuk saya dan saya gunakan sekarang.  Banyak perkara yang tak mahu saya lakukan dan saya larang ahli keluarga saya lakukan, akhirnya ia membawa kebaikkan pada kami sekarang ini.  Banyak perkara kebaikan yang ingin saya lakukan dan tidak boleh saya lakukan dahulu akhirnya Allah mengizinkan saya lakukan sekarang ini.  Dan banyak perkara juga yang saya usahakan tidak menjadi, dan selalu saya bertanyakan pada diri sendiri dimana silapnya?  Saya tak nampak pun apa-apa kesilapan yang saya lakukan dan saya dah buat semua/apa yang Allah suruh tapi tak juga dapat?  Akhirnya baru saya mendapat jawapannya sekarang ini.  Syukur Allah atas segala-galanya walaupun suatu ketika dahulu saya sering bertanya pada diri sendiri maupun dengan almarhum suami, kenapa? mengapa?  Banyak perkara yang terjawab sekarang ini.  Semuanya adalah kerana ujian dan cubaan yang ingin KAU berikan padaku.  Ku terima atas segalanya Allah, sekarang ini baru ku tahu kenapa dan mengapa.

Ehhh… melalut pulak cerita lain, sambung balik cerita pasal anak….  Ada juga yang kaum kerabat yang cadangkan kerja kat McD dan seumpamanya, tapi saya kurang setuju dan dia pun tak berapa suka, katanya pengurus suruh buang janggut. Itulah pengalaman kerja beberapa hari bekerja di McD semasa tunggu keputusan SPM dulu.  Sayang sangat dengan janggutnya, dari sekolah lagi tak pernah di buangnya.  Walaupun dulu dia bertukar dari Maahad ke sekolah agama biasa janggutnya tetap tidak dibuang, katanya cikgu tak marah.  Tak apalah perkara yang baik taklah saya melarang.

Anak ke dua saya bakal menduduki SPM beberapa hari lagi.  Perangainya lebih kurang sama je dengan abangnya dulu.  Tak kisah, macam ok je tapi kalau tengok keputusan peperiksaan sebelum ni taklah bagus sangat.  Ibunya juga yang kisah, suruh baca buku, suruh solat hajat, suruh baca yassin/ngaji banyak-banyak dan banyak lagi.  Kalau tak diingatkan tak dibuat dan kadang-kadang saya marah juga dengan perangai dia.

Manakala anak ketiga saya ni, konon-kononnya nak hantar program cuti sekolah selama sebulan, yang pernah dia pergi dulu.  Tapi dah besar ni, susah juga nak disuruh sebab dah pandai membantah/menolak.  Kenalah pulak  program yang disediakan program agama dan membetul bacaan semasa membaca al-Quran.  Tak taulah boleh hantar atau tak dan mungkin yang dekat je, boleh berulang hari-hari.

Anak saya yang ke empat ni pun macam tu, tapi dia yang nak pergi.  Tempatnya tak sama dengan abangnya.  Tak boleh sama-sama tempat nanti bergaduh. Tapi rasa-rasanya hantar tempat yang sama dengan abangnya.  InsyaAllah jika mereka setuju.

Bukannya tak mahu hantar yang dekat, berulang setiap hari tapi maklum ajelah cuti sekolah, orang lain seronak main di padang baik pagi atau pun petang tapi anak-anak saya pergi belajar.  Tentulah daya tarikan main tu lebih kuat dan menyebabkan malas nak pergi tambah-tambah pula saya yang paksa.  Padang pun depan rumah je, lagilah hati mereka meronta-ronta.

Entahlah, saya pun tak pasti, menjadi atau tidak perancangan saya tahun ini.  Kalaupun tak menjadi tak apalah, sekurang-kurangnya saya paparkan di sini ada juga idea untuk orang lain buat perkara yang sama.  Saya tak buat tapi orang lain buat insyaAllah dapat juga bahagian untuk saya.

Dua orang anak kecil saya ni, memang tahun hadapan saya nak sekolahkan di Madrasah.  InsyaAllah, hati saya lebih kuat ke arah itu tapi belum Istikharah lagi.  Tak apalah dia orang tidak dipandang hebat oleh orang tapi Allah memandang mereka. Asalkan ilmu agama mereka penuh di dada itu sudah cukup bagi saya.  Nak harapkan saya yang mengajar, saya pun tak pandai.  Setakat mengajar mereka mengaji tu bolehlah.

Bak kata ustaz-ustaz yang mengajar di sekolah pondok/madrasah, ” ilmu agama itu kena di dulukan, kalau itu dah selesai nanti kalau dia nak cari ilmu dunia/ambil SPM secara persendirian pun boleh,  InysaAllah Allah akan tolong”.

Memang banyak yang saya dengar, walaupun mereka tak belajar lama(dari tingkatan 1 hingga 5) tapi mereka boleh berjaya dalam SPM macam orang lain juga dan berjaya juga masuk ke Universiti.

Betullah dengan ungkapan ini, “Jika kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita”.  Dan itulah yang cuba saya lakukan, walaupun kadang-kadang saya juga tersasar dari landasannya tapi selalu ada yang menyedarkan dan mengingatkan.  Terima kasih Allah kerana mendekatkanku dengan orang yang baik-baik.  Terima kasih Allah atas segala-galanya.  Sesungguh semuanya adalah datang dari Engkau, yang buruk maupun yang baik.

Entah bilalah saya boleh untuk tidak menulis tentang diri sendiri dan keluarga ni?

Itulah antara bisikan-bisikan yang sering mengganggu tidurku.

Wallahhua’lam.

 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

 

 

 

Jati Diri ISLAMI – Bhg 2

Assalamu’alaikum semua dan apa khabar?

Masih terngiang-ngiang di telinga saya dengan kata-kata ustazah Salbiah tentang pendidikan anak-anak, walaupun perkara yang diperkatakan itu sudah menghampiri sepuluh tahun yang lalu, di luahkannya semasa program yang dikendalikannya.

Katanya lebih kurang begini, “Kita sebagai ibubapa jika ingin menjadikan anak kita baik, berilmu dan beragama mestilah berusaha lebih dari 100% , 300% itu pun belum menjanjikan kejayaan pada kita.  Kalau kita solat 5 waktu belum tentu anak kita boleh solat 5 waktu dan jangan terlalu mengharap mereka lebih baik dari kita”.

Dalam program yang lain pula dia pernah berkata, “Semasa saya belajar di al-Azhar, Mesir, salah seorang guru kepada ustaz(suami ustazah) adalah seorang yang buta matanya(kalau tak silap dah arwah masa dia bercerita tu), tetapi celik hatinya.  Dia adalah seorang yang hafaz al-Quran.  Boleh dikatakan setiap hari pukul 4.00 pagi,  dia menunggu anak-anaknya di satu tiang di sebuah masjid di Mesir.  Menunggu untuk memperdengarkan hafazan al-Quran daripada anak-anaknya.  Kesemuanya anak-anaknya   berjaya menghafaz al-Quran dan kebanyakkan mereka bekerja biasa sahaja, menjual dan membuka kedai buku-buku agama.”  Hebatkan si buta ini?.  Walaupun buta tetapi celik mata hatinya, berjaya mendidik anak-anaknya berbanding kita yang celik ini.  Mungkin di sisi manusia tiada apa kelebihannya tetapi jika kita memandang jauh ke hadapan dan menilai mengikut pandangan Islam dan Allah, amat jauh bezanya kehebatannya berbanding kita.

Kata ustazah lagi,  “Jadi…, jangan cepat menyalahkan takdir,  jika ada yang sanggup buat setara ulama ini buat, tetapi anak kita tak jadi orang juga, baru boleh kita kata ‘sudah takdir saya, anak saya jadi seperti…..’.  Kalau setakat usaha lebih kurang je, janganlah terlalu mudah nak salahkan takdir.  Semuanya itu salah kita sendiri, bukannya takdir yang Allah tentukan, tetapi takdir yang kita pilih sendiri. “  Begitulah kata-kata ustazah Salbiah.

Sejak dari itu, saya takut nak menyatakan pada orang lain, “sudah takdir saya macam ini”.  Apa-apa pun saya kena bermuhasabah diri saya sendiri dulu.  Kalau pun ada keluhan dari saya(biasalah manusia biasa), di hujungnya saya akan tambah,  mungkin belum cukup kuat usaha/ikhtiar lagi.

Apa pun saya juga berpegang dengan kata-kata ustazah Ruzimah, “Taufik dan hidayah itu, kerja Allah. Kita hanya mampu berusaha mengingatkan, menyedarkan dan memberi tunjuk ajar.  Jangan cuba nak ambil alih kerja Allah”.

Walaupun sebenarnya saya selalu terbabas bahagian ini, kerana saya selalu mengatakan pada mereka, “Kenapa tak boleh buat/ikut, ibu bukannya suruh buat benda yang tak elok, ibu suruh buat perkara yang elok.  Benda yang tak elok tu tak payah ibu suruh buat, tahu je macam mana nak buat, tak payah ibu ajar”.

dan lagi… “Ni ntah berapa kali ibu cakap, ntah berapa kali ibu ajar, tak juga boleh buat.  Dari belum sekolah lagi ibu dah ajar, dah suruh buat, sampai sekarang masih tak boleh buat sendiri, masih kena ingatkan dan masih kena paksa juga”.  Inilah antara bebelan saya kepada anak-anak saya.  Allahhu akhbar, astagfirullah hal azim.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mulut saya.  Sungguh susah rasanya untuk membuang tabiat suka membebel pada anak-anak ni… :) .

Saya sedang bermujahadah, semoga saya mampu membuangnya…. :) .  Ya Allah jagalah mulutku ini supaya tidak terkeluar kata-kata yang tidak engkau sukai.  Ameen …..

Firman Allah SWT. dalam surah At-Tahnim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.

Sabda Rasulullah SAW  maksudnya : “Taatilah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah.  Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dari api neraka”.

Begitulah realiti kehidupan.  Ada orang anaknya senang di bentuk, ada juga yang susah.  Banyak perkara sebenarnya yang mempengaruhi perkara ini, antaranya keturunan, pemakanan, pengaruh kawan-kawan dan persekitaran. Begitulah yang saya ingat apa yang ustazah/ustaz katakan.

Walaupun susah untuk mendidik mereka, janganlah buruk sangka kepada Allah.  Bak kata ustazah, “itu bermakna Allah mahu beri kita pahala lebih sikit daripada orang lain untuk kita.  Lagi banyak usaha lagi banyaklah pahala yang kita dapat kerana mendidik mereka supaya menjadi anak yang berguna untuk agamanya.  Kalau senang je anak tu buat baik tak payah disuruh-suruh tak de lah pahala wajib yang kita dapat iaitu pahala mendidik/menunjuk ajar anak-anak.  Tak payah diajar, tau je apa dia nak buat.”

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”

Hadith riwayat Muslim

Semoga saya berjaya mendidik anak-anak saya sebagai pejuang-penjuang Islam.  Hidup mempertahankan Agama Allah.  Walaupun mati di pertengahan jalan, ia tetap dicatat oleh Malaikat sebagai Pejuang Islam.  “Matilah dalam kemuliaan di sisi Allah, wahai anak-anakku”. Ameen, ameen…., ya Robbal alamin.

… MATI SYAHID….

Ziarah kubur arwah suami di Subuh yang hening(Pagi Jumaat, balik dari masjid terus ke sini, 6.30a.m). Ada takut ka? Saya tanya anak-anak. Hanya seorang yang menjawab "taklah".


Sabda Nabi SAW. maksudnya : “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya”

(Hadith Riwayat Muslim)

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Imbasan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Banyak juga kata-kata saya dalam blog ini seakan-akan mengambarkan ada sesuatu yang akan berlaku pada diri  saya sebelum arwah suami saya pergi.  Semacam saya tahu, walaupun sebenarnya saya tidak menjangkakan langsung.  Kata-kata yang membuatkan saya berfikir semula dan seakan memberikan isyarat kepada saya supaya berhati-hati apabila melontarkan kata-kata.

Antaranya…,

Menyatakan tentang “Takdir Allah adalah yang terbaik”.  Akhirnya saya sendiri kena menerima kenyataan bahawa takdir yang Allah berikan pada saya adalah yang terbaik untuk saya.  Walaupun sebenarnya kata-kata itu saya tujukan untuk orang lain.

dan juga puisi-puisi yang saya tulis seperti di bawah ini.

Read the rest of this entry »

Terjahan Semangat

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Alhamdulillah, saya masih mampu mencoretkan sesuatu di sini untuk renungan kita bersama,  juga untuk kita terus  berada di bawah naugan Ilahi.

Saya tidak tahu di mana harus ingin dimulakan.  Saya ingin sekali menulis sesuatu tentang arwah suami saya.  Sejak dulu lagi, sejak dia masih berada di dunia ini tapi tak tahu kenapa saya tidak boleh melakukannya.

Tambahan sekarang lagilah tidak mampu untuk saya lakukan.  Saya masih lagi dibuai emosi.  Saya tidak mahu terlalu emosianal, kalau boleh.  Pun begitu saya ingin  memberikan pada anda terjahan semangat,  mungkin sebenarnya untuk diri saya sendiri.

Walaupun saya ditimpa musibah, tetapi saya adalah antara orang yang bertuah kerana semua orang yang berada disekeliling saya sentiasa memberi perhatian terutamanya keluarga disebelah arwah suami saya.  Kakak-kakak ipar saya dan juga abang-abang ipar saya semuanya mengambil berat, juga anak-anak buah disebelah arwah suami semuanya menghulurkan bantuan. Juga  tak lupa, emak abah saya dan adik-adik saya, terutama Wana dan Mazni yang sudi temankan kami(bermalam di rumah kami) .

Terima kasih banyak-banyak untuk mereka dan terima kasih untuk Allah kerana menghadirkan insan-insan yang mulia di sisi saya.   Untuk mereka saya titipkan hadith dari rasulullah yang saya jumpa di dalam buku, untuk mereka semua yang membantu serta memberi semangat kepada kami sekeluarga,

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang menghibur orang yang ditimpa musibah(bala’) maka mendapat pahala sama dengan penderitaan itu.”

-at-Timirdzi-

dan

“Tiada seorang mukmin yang menghibur saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan diberi oleh Allah  perhiasan kehormatan di hari Kiamat.”

-Ibnu Majah dan al-Baihaqi” Read the rest of this entry »

Ibu Mertuaku – Dalam Kenangan

Assalamu’alaikum dan apa khabar semua,

Takbir Eidul Adha bergema penuh syahdu dan mendayu.  Mengusik hati-hati insan yang dekat denganNya dan kadang-kadang menyentuh naluri manusia yang jauh terpesong dari-Nya untuk mengajak mereka kembali mengingati pada Penciptanya.

Ya…, pesona dunia kadang-kadang menenggelamkan pesona surga Allah yang tiada pada pandangan zahir.  Hanya sekadar cerita-cerita dari al-Quran dan dari  hamba-hamba-Nya yang mulia yang sentiasa mengasihi Pencipta dengan sentiasa memberi ingatan dan berdakwah tanpa rasa putus asa walaupun diasak dengan pelbagai mehnah.  Sebutan dan kasih yang tiada putus-putus di bibir mereka mampu menyedarkan mereka yang leka. Mereka terus memuja dan mempunyai keyakinan tiada belah bahaginya terhadap Khalidnya, walaupun ada juga yang mengatakan,

“ahh…!, itu semua tiada pastinya”. Nauzubillah…

Sudah tentu sungguh sukar untuk membawa hati mereka kepada Pencipta.  Namun segala penat lelah mereka yang berusaha  pasti dibayar dengan ganjaran yang tiada nilainya di dunia ini.

Takbir itu terus dialunkan penuh keinsafan dan kesayuan.  Mak yang terbaring kelemahan turut merasakan kesayuan dan kesedihannya.  Mungkin teringatkan insan-insan yang telah pergi.

Apa khabar agaknya mereka yang berada di alam barzakh? Bilakah giliran kita pula untuk singgah di sana? Dan bagaimanakah persediaan kita ya…?

Mak yang Mulia

Pandangan matanya redup dan layu.  Namun kegembiraan terpancar di wajahnya kerana dikelilinggi anak-anak yang sentiasa mengasihi mak. Masih sempat berjenaka dengan anak-anak dan cucunya, walaupun dia sudah tidak berdaya untuk bangun sendirian.

Di hari Sabtu sebelum raya, kami singgah untuk menziarahi mak di rumah kak ipar, tapi dia tiada di rumah.  Jadi kami tinggalkan nasi ayam goreng dan bingka labu di rumah kakak dan kami teruskan perjalanan menuju ke kampungku. Sengaja ku buat ayam goreng kerana ku tahu mak memang suka ayam goreng.  Selalunya bila dia datang ke rumah kami, akan saya sediakan ayam goreng untuknya dan letakkan berhampiran dengannya supaya dia boleh mengulang makan pada bila-bila masa.  Memang dia tak banyak makan tapi ayam goreng dia makan seolah-olah makan makanan ringgan.  Sikit-sikit di cubitnya untuk mengalas perutnya.

Apa sahaja yang dihidangkan akan dijamahnya, walaupun lauk atau nasi semalam yang dipanaskan semula dan kalau sejuk-sejuk pun dia makan juga, tak pernah dia kata tak nak.   Cumanya kadang-kadang suamiku memaksa mak makan banyak sedikit sebab badannya lemah dan tiada tenaga. Memang dengan suamiku dia ikut sahaja jika dibandingkan dengan kakak-kakak iparku, terutamanya jika mau makan ubat.  Kalau demamnya berlarutan kakak ipar selalunya akan mengadu pada suamiku supaya dia boleh memberi ubat pada mak.  Itulah sedikit yang susahnya tapi yang lain-lain tiada masalah.  Bertuahnya saya mendapat mentua sepertinya.

Read the rest of this entry »

Dari Seremban ke Gaza.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Program yang diadakan di surau taman saya baru-baru ini.

Hari Sabtu lepas(bukan hari ini), di Surau taman perumahan saya, telah diadakan ceramah Israk Mikraj yang bertajuk ‘Dari Seremban ke Gaza’.

Setiap kali berlakunya perkara besar yang tersebar diseluruh pelusuk dunia, yang berkisar tentang Palastine, pastinya ahli jawatan kuasa surau tidak lupa untuk mengingatkan dan menyedarkan para jemaah untuk sentiasa prihatin kepada saudara kita di sana, yang dilanda musibah.

Tahniah untuk ahli jawatan kuasa surau Taman Alamanda, Senawang, Seremban, yang sentiasa bergerak untuk kemaslahatan penduduk taman ini terutamanya.

Kali ini program tersebut telah disampaikan oleh pun Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang badan NGO ini bolehlah anda ke
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/

Saya kira, kebanyakan umat Islam yang prihatin dan mengharapkan Syurga Allah sebagai  destinasi terakhirnya, pasti sudah tahu apa yang telah berlaku di Palastine.  Betapa jahat dan kejam Israel sudah pun termaktub di dalam Al-Quran.  Jika pun kita tidak melihat gambar dan video serta pelbagai media massa yang memaparkannya, kita tentu yakin dan percaya apa yang tertulis di dalam Al-Quran Kalammullah yang kita baca setiap hari.

….Pasti dan pasti, tiada ragu-ragu lagi…..

Read the rest of this entry »

Harga Setitis Darah

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jari-jemari ini telah lama ingin menari, ingin menulis sesuatu tentang Yahudi.  Namun saya cuba bersabar dan bertenang untuk beberapa ketika.  Ingin melihat dan membaca artikel dan komen-komen yang tertulis di blog-blog lain.  Kalau nak ikutkan darah muda sudah lama saya menghentam apa yang tersirat di dalam hati.  Namun, ketika ini saya sedang belajar menjadi seorang tua yang mampu bertenang dan berfikir sebelum melontarkan kata-kata.  Walaupun kekadang terserlah juga keceluparannya.

Ya.., dalam meniti perjalanan hidup yang tak tahu bila kesudahannya, kadang-kadang tergelincir, harap-harap saya tidak jatuh terus ke dalam gaun yang dalam kerana jika ingin bangkit semula amat payah rasanya.

Alhamdulillah dan tahniah bagi mereka yang syahid.  Amat bertuah mereka-mereka yang Syahid Akhirat, yang gugur dalam perjuangan menegakkan Islam.  Kerana segala kesalahan mereka tidak perlu dihisab kecuali hutang-hutang yang mereka tinggalkan.

Saya juga ingin syahid seperti mereka, seperti mereka yang terbunuh di perjalanan ke Palastine,   di dalam kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara.  Walaupun mungkin dalam bentuk dan cara yang berbeza, syahid akhirat adalah idaman/matlamat saya.  Sesungguhnya saya takut akan balasan yang akan saya terima disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya.

Agh… Neraka, cukup menyiksakan.  Sedangkan dihiris pisau semasa memasak pun sakit rasanya, sedangkan tercucuk sirip/insang ikan pun sakitnya berpanjangan, inikan pula neraka yang lebih dahsyat sakitnya.

Setiap hari kita melakukan dosa, setiap perkataan yang kita lontarkan akan dikira, jelingan mata kita akan dikira kerana pastinya hati akan berkata-kata. Marahkan anak-anak juga akan dikira walaupun ia benar dan patut kerana selalunya dalam keadaan marah kita tak sempat ingatkan Allah.  Sekadar mampu menyebut dibibir nama Allah tapi dihati tidak terasa. Itulah hakikatnya saya dan saya sedang cuba untuk bermujahadah ke arah itu.

Justeru itu, saya amat mengkagumi semangat NGO terutamanya dari Malaysia.  Mereka mempunyai semagat jitu.  Antara lontaran kata-kata mereka yang membakar semangat saya, yang lebih kurang bunyinya

“ini hanya cebisan sahaja, sikit sahaja, mereka yang berada di Palastine lebih teruk dan lebih siksa/susah lagi”.

Betapa kuatnya jiwa-jiwa mereka, tidak merasa serik dan semangat mereka bertambah kuat untuk terus berjuang.  Bertuahnya mereka kerana Allah mencampakkan kekuatan yang luar biasa.  Sudah tentulah mereka bukannya calang-calang manusia.

Isteri Rantisi-Ummu Muhammad.

Dari ismamelaka.com

Saya amat mengkagumi pejuang-pejuang Palastine terutama Sheikh Ahmad Yasin dan Rantisi.  Setiap kali saya merasakan diri saya lemah dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas saya, saya akan mencari buku-buku yang boleh membangunkan kekuatan diri antaranya kisah pejuang-pejuang Palastine.  Kisah mereka entah berapa kali saya baca dan setiap kali saya membaca pasti air mata saya berjujuran keluar.  Kagum dengan kekuatan dalaman yang ada pada mereka.  Sedangkan kita di sini sedikit sahaja masalah yang melanda sudah rebah ke tanah. Kadang-kadang tidak mampu bangun untuk mengubah apa yang telah punah dan musnah. Read the rest of this entry »

Alighnment Lari

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, pastinya pelbagai perkara telah kita lalui.  Pelbagai rasa, warna mahupun baunya.  Ada ketika rasanya manis, ada ketikanya pahit bagai hempedu.  Ada ketika warna cantik dipandangan mata, ada ketikanya menyemakkan mata yang memandangnya.  Ada ketika baunya harum seharuman kasturi ada ketikanya nak muntah dibuatnya.  Begitulah hidup ini.  Pasti semua orang akan merasainya, tidak kira siapa dia, asal saja bergelar manusia yang bernyawa.

Walaupun telah dicuba dan diatasi serta diperbaiki mana yang tak digemari, kadang-kadang kita masih lagi terjerumus ke lembah tak ingin kita dekati.  Yalah, kita ini manusia ciptaan Ilahi.  Jadi janganlah angkuh dengan pendirian sendiri,  janganlah dicanangkan seantero duniawi, janganlah mendabik dada mengatakan ‘aku tak mahu gagal lagi’, ‘aku tidak akan susah lagi’, ‘aku tidak akan ulangi perkara itu lagi’, ‘aku tak mahu melihatnya lagi’, ‘aku tak mahu ke situ lagi’ dan pelbagai lagi.  Kerana hati kita adalah milik Allah jua. Hati kita boleh saja dibolak balikkan.  Jadi, berhati-hatilah dengan kata-kata terutamanya diri saya sendiri.  “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.  Namun demikian dalam berhati-hati itu kadang-kadang terlepas juga terutamanya diri saya.  Maafkan saya jika ada yang terasa.  Belum cukup istiqomah lagi, jadi…

Alighnment lari,

Adjustment dikehendaki,

Management diperbaharui.

Read the rest of this entry »

Madrasah Cinta Kita

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Si buta mengerak-gerakkan tongkat tidak menentu arahnya untuk mencari arah tuju yang betul, si bisu menggerak-gerakkan tangan dan jari jemarinya berulang-ulang kali dengan suara yang selari, aaaa….,  eeee …, oooo.. untuk menerangkan sesuatu supaya di fahami oleh insani.  Si sengau mengulang-ulangi percakapannya supaya lebih jelas pertuturannya untuk di fahami oleh manusiawi, eok eca peci cayant yaa..

Matanya di kencit-kencit, ingatkan ingin mengurat tapi itulah kecacatan semulajadi yang ada padanya.  Begitu juga si kaki tempang, si berot mulutnya, si kudung kaki atau tangannya atau kedua-duanya sekali.  Itulah lahiriah yang kita nampak akan kecacatan mereka.

Mengapa di hina mereka semua?  Mengapa di pandang rendah pada mereka semua?  Hebat sangatkah kita di mata makluk lain ciptaanNya? Read the rest of this entry »

Program Cuti Sekolah untuk anak-anak.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Cuti sekolah sudah pun bermula.  Setiap tahun kebiasaannya sebulan sebelum mereka bercuti fikiran saya sudah mula ligat memikirkan apa yang patut saya buat untuk musim cuti sekolah ini.  Semenjak anak saya sudah ada yang meningkat remaja, saya sudah mula memikirkan apa yang harus saya lakukan pada musim cuti sekolah.  Maklumlah anak-anak remaja ni bermacam-macam ragamnya.

Boleh di katakana setiap tahun saya tidak lupa menghantar mereka ke program motivasi.  Tapi untuk tahun ini tak tahu lagi nak hantar mereka atau tidak, sebab setiap tahun hantar tapi tiada perubahan pun, tapi rasa macam berminat pula dengan program motivasi kat blog Saifulislam.com.

Walaubagaimanapun nak solat Istikharah dulu.

Read the rest of this entry »

Kisah tanpa Nokhtah

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ibubapa impikan, QurRatulA’yun

Kuasa Allah, Kunfayakun.

Malam kelihatannya gelap hitam.  Tetapi masih ada bintang-bintang yang bertebaran di cakrawala, berkelip-kelipan yang menghiasi malam yang kelam, sang bulan pula membiaskan cahaya di celah-celah awan menerangi malam yang kegelapan.  Kepulan-kepulan awan mencorakkan suasana malam, kadang-kadang muncul dengan cahaya terang, kadang-kadang terlindung dek awan yang melintasi sang bulan, maka hilanglah cahaya malam untuk seketika waktu.  Begitulah keadaan malam sementara menunggu siang yang belum tentu terang benderang.  Alangkah hebatnya Tuhan Ar Rahman, ciptaannya tiada tandingan sentiasa memainkan peranan bertugas mengikut giliran yang telah di tetapkan.

Ya.., siang belum pasti terang dan malam pula tidak mesti hitam.  Malam yang mungkin teraba-raba mencari jalan serta arah tujuan tetapi siang tidak mungkin mudah seperti yang di sangkakan, bebas terbang melayang-layang tanpa perlukan panduan dan bantuan.  Jangan terlalu cepat membuat andaian dan khayalan.

Malam yang Kelam

Dinihari itu hujan rintik-rintik,  tiada bintang penyeri malam yang kelihatan.  Tiada juga bulan yang menyuluh malam yang kelam.  Kesejukan malam menusuk ke tulang rawan manakala sang katak pula mengalunkan lagu memanggil hujan, memecah suasana malam yang suram.

Read the rest of this entry »

Karamel Berhias Tamar Berbeluluk.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Minggu lepas saya menerima tetamu dari kaum keluarga sendiri.  Keluarga adik-adik, emak dan abah saya datang ke rumah untuk meraikan Hari Raya dengan menziarah kami sekeluarga pula.  Riuh rendahlah untuk seketika di rumah kami.

Kalau dia orang tak datang pun riuh rendah juga tapi kali ni lebih lagi sampai nak bercakap pun terjerit-jerit dek kerana berlawan dengan suara anak-anak saudara yang terlalu bising dan aktif.  Walaubagaimanapun rasa seronak, tapi sayang saya terlupa dan tak sempat nak ambil gambar cuma sempat ambil gambar anak buah yang paling awal datang dan mak saya, yang mana tak bagi ambil gambarnya kerana pakai ‘serekop’ aje.

Gambar emak dan anak buah.  Tengoklah tu…, emaknya letakkan pemerah bibir jadi tak boleh nak tutup mulutnya sebab takut pemerah bibirnya hilang.

Tahun ni saya masak set nasi dagang bersama ‘rendang ayam berpegaga’ dan 2 jenis pencuci mulut iaitu karemel special dan kek coklat bersalut badam.  Saya cuba mengikut sunah nabi iaitu makan manisan dulu sebelum makan yang berat-berat walaupun ia dinamakan pencuci mulut yang kebiasannya di makan selepas makan yang berat-berat.

Sempatlah juga saya mengambil gambarnya kerana pada masa tu mereka belum datang lagi.  Tapi bila pencuci mulut dah di letakkan ke tepi dan hidangan yang berat-berat mengambil alih, terlupa pula saya nak ambil gambarnya. Kerana belum sempat siapkan semua hidangan di atas meja, dah ada yang mencapai terutamanya keropak ikan.  Dah habis satu bekas walaupun yang lainnya belum siap di letakkan di atas meja.  Anak-anak kecil macam tulah, tambahan pula dia orang biasa makan yang berat-berat dulu baru makan yang ringan-ringan.  Saya pulak buat terbalik.

Manisan yang di berikan sebelum makan yang berat-berat.

Bukan senang nak memberi kesedaran, apatah lagi teguran pada orang lain.  Dengan anak-anak sendiripun tak menjadi inikan pula dengan orang lain yang lebih jauh hubungan kekeluargaan.  Kadang-kadang dengan kata-kata tidak menjadi jadi kita kena tunjukkan caranya atau berikan contoh dengan kita sendiri mesti melakukannya terlebih dahulu.

Oklah setakat ini dahlulu coletah saya.  Di bawah ni resepi karemel special dari saya.

Karamel Berhias Tamar Berbeluluk

Bahan-bahannya:

5 biji telur
½ cawan gula pasir.
1 tin susu cair
Secubit garam.
1 cawan Gula merah/enau/kabung/melaka(pilihlah salah satu dan di cairkan).

Kukusan.

Tamar/kurma
Halwa beluluk.
Atau
buah-buahan tin.

Caranya:

  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.  Kalau rasa nak kurang manis kenalah kurangkan gulanya.  Saya lebih suka kurangkan manisnya setakat manis-manis buah je atau lebih tawar lagi, sebab gula merah tu pun dah manis.  Kebiasaannya menggunakan 1 cawan gula pasir.
  2. Masukkan susu cair dan pukul sekali lagi.
  3. Sementara tu sediakan kukusan bersama airnya dan panaskan.
  4. Letakkan gula merah yang telah di cairkan ke dalam Loyang.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah di pukul ke dalam Loyang yang sama.
  6. Kukuslah sehingga ½ jam atau 45 minit.
  7. Setelah selesai angkat dan biarkan sejuk.
  8. Keluarkan dan hiaslah di sekelilingnya dengan buahan di atas(ambil buahnya sahaja).
  9. Siap.

*

*

*

  • Tahukah anda apa itu beluluk?
  • Ia adalah buah enau/kabung(niranya di buat gula enau/kabung) yang telah di rebus dan di buat halwa.  Di sini ia banyak di jual terutamanya di musim perayaan begini, di sepanjang perjalanan Kuala Pilah ke Seremban.  Ada yang di jual telahpun menjadi halwa, ada juga yang masih mentah.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Sentuhan Terakhir.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Menanti sudah, mencari dan memburu pun sudah hampir ke penghujungnya tapi masih ada peluang lagi untuk mendapatkan dan mengharapkan malam yang di tunggu-tunggu oleh insan-insan pencinta Allah dan Islam, insan-insani yang inginkan kehidupan yang baik di alam satu lagi.  Mencari dan memburu masih boleh di teruskan namun sentuhan-sentuhan terakhir itu lebih bermakna.  Sentuhan terakhir yang membolehkan kita memperbaiki amalan kita untuk malam seterusnya.

Sentuhan terakhir itu untuk mencantikkan, mengemaskan dan memperbaiki apa yang di rasakan kurang.  Cuba renung-renungkan apa yang kita buat itu sudah cukupkah untuk kita mendapatkan ‘klimak seribu bulan?. Tidak mungkin kita boleh hidup selama itu denga sentiasa mendapat kebaikkan dan ganjaran dari Allah tapi lihatlah bertapa Allah sayangkan kita hamba-hambanya dan sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita meraihnya.  Namun kebanyakkan dari kita tidak menghargainya malah tidak merasai apa-apa pun untuk itu.  Ganjarannya sehebat seribu bulan.  Dengan datangnya saat dan detik itu untuk mereka yang mendapatnya, seolah-olah kita baru di lahirkan, suci dan bersih yang mana menghapuskan segala-gala dosa kita.

Orang-orang yang menjumpai malam ini adalah orang-orang yang terpilih.  Terpilih kerana kehebatannya dalam keikhlasannya terhadap Ar Rahmannya.  Hanya orang tertentu sahaja mendapat saat itu.

Namun demikian bagi yang tidak mendapat detik itu bukanlah bermakna ia tidak mendapat ganjaran yang hebat dari Allah.  Kan kita semua tahu Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.  Selagi kita beramal dengan sentiasa mengingati Allah serta memohon keampunannya, dari Maghrib hingga terbit fajar di malam yang di nanti-nantikan itu,  pasti ada ganjarannya.

Kita semua pasti mendapat malam itu jika kita antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan berdoa selepas solat.  Kita tentu mengerjakan solat Maghrib dan Isyak sekurang-kurangnya.  Jadi kebanyakan dari kita pasti mendapat malam itu.

Tetapi yang lebih hebatnya kita mendapat detik itu dan merasainya kehebatan detik itu.  Malah dapat menzahirkan apa yang ada di kepala dan fikiran kita ketika detik itu.  Subhanalla…h.

Malam ini merupakan malam ke 27 Ramadhan.  Malam yang pernah disebutkan malam yang kemungkinan besar  akan terjadinya dan datangnya Lailatul Qadar.  Semoga kita semua dapat merasai saat dan detik itu.  Ameen.

Salah satu cara untuk kita memburu dan mencari malam LailatulQadar ialah dengan melihat langit di malamnya dan paginya(selepas subuh).

Malamnya adalah nyaman dan tenang manakala lepas subuh langitnya terang dan cerah(tiada awan) membiru.  Itulah yang saya dengar dalam ceramah Ustazah Siti Bahiah.  Dan banyak lagi tanda-tandanya tapi itulah yang paling senang dan melekat di hati saya.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah di khabarkan oleh seorang teman saya, “bahawa malam tadi(malam 27) adalah malam LailatulQadar” kerana sebelah paginya tiada satu tompok awanpun yang ada di langit.  Langitnya cantik dan membiru.   Manakala lepas subuhnya terang dan nyaman, tidak terlalu panas dan tidak terlalu mendung.  Saya terus melihat langit, memang ada benarnya sebab waktu itu, dalam pukul 9.45a.m hanya ada satu tompokkan kecil awan sahaja di langit.

Sejak dari itu setiap kali bulan Ramadhan saya sentiasa melihat ke langit samada malam, pagi maupun selepas subuh demi mencari kebenaran dan keagungan Ilahi.

Di bawah ini adalah hari-hari terakhir malam dan pagi Ramadhan tahun ini, yang sempat saya ambil gambarnya.  Setakat ini saya belum berjumpa lagi langit yang membiru.  Tapi sayangnya, malam ke 21 dan ke 22 saya tak terfikir nak ambil gambarnya.  Hanya selepas itu baru terfikir untuk menyimpan gambar dan di letakkan di dalam blog ini.  Masih ada 2 atau 3 malam yang berbaki, itu akan saya masukkan selepas raya nanti. InsyaAllah, jika ada peluang dan ruang.

Ramadhan 23.

Malam Sabtu. Sebelum subuh(cuma ada bintang yang mengamit malam)

Pagi Ahad.  Selepas subuh(lebih kurang 7.30a.m keatas).  Awannya bertompok-tompol di sana sini.

Ramadhan 24.

Pagi Isnin.  Lebih kurang sama macam hari Ahad.

Tak sempat ambil gambar(bateri kamera habis/kong) untuk sebelum subuh.  Tapi pada malam(dalam pukul 3.00 a.m ke atas), angin kencang(macam ribut)  dan hujan.

Ramadhan 25

Malam Isnin.  Sebelum subuh ada bulan yang membelah kegelapan malam ini.

Pagi Selasa.  Selepas subuh.  Walaupun ada sedikit kebiruan tapi awannya boleh di katakan meliputi keseluruhan langit(memutih).

Ramadhan 26

Malam Selasa sebelum subuh.  Gelap tapi di temani oleh bintang-bintang berkerlipan.

Pagi Rabu selepas subuh(begitulah juga awannya).

SEMOGA KITA SENTIASA DAN MASIH MENGINGATI, MENGINTAI, MENGHARGAI, MENCARI DAN MEMBURU MALAM ITU SAMBIL TERUS MEMBERIKAN SENTUHAN TERAKHIR YANG TERBAIK.  SEMOGA KITA SEMUA MENJUMPAI DAN MENJADI PEMBURU CEKAP DAN TEPAT YANG MENDAPAT HASIL BURUANNYA.  SEMOGA KITA TERUS BERUSAHA MEMBERIKAN SENTUHAN TERAKHIR YANG HEBAT UNTUK MALAM YANG INGIN KITA TEMUI DAN YANG KITA CARI DAN BURUI SELAMA INI.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Anakku, anakmu jua

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Ku sental, ku gesek dan ku tenyeh-tenyeh baju anak yang kedua dan ketigaku.  Baju mereka selalu sahaja ada bau yang tidak menyenangkan, kolarnya berjalur hitam dan kadang-kadang ada percikkan sambal berwarna merah serta calitan coklat di baju mereka.  Baju yang lain selalunya tak ada masalah untuk membasuhnya.  Tak banyak tompok-tompok kotoran di baju mereka.

Telah ku beli sabun yang terbaik untuk menghilangkan kotoran tersebut.  Telah ku letakkan Clorox untuk memutihkannya.  Telahku letakkan pewangi yang halal untuk menghilangkan bau busuknya.  Tapi setelah di cuci bersih, pabila di pakai semula ia kembali kotor dan berbau.  Apakah caranya lagi yang perlu ku lakukan?

Telah letih rasanya tanganku ini membasuhnya.  Tak larat rasanya.  Suami ku dah lama beritahu belilah mesin basuh supaya memudah membasuhnya.  Tapi aku yang tidak mahu mendengar kata, konon-kononnya nak membasuh dengan tangan sendiri, jadi nampaklah mana-mana tempat yang berkarat dan terlekat, yang hitam, kelabu dan pelbagai warna yang mencemari baju mereka.

Ku ingatkan dengan menggunakan tangan lebih bersih cuciannya. Ialah, membasuh dengan tangan kan sentiasa dibelek-belek dan mencari-cari di mana tempat kotornya.  Tapi tanganku telah terasa lenguhnya.  Sudah tidak mampu bertahan lagi. Sudah tidak larat lagi.  Rasanya ku terpaksa membeli mesin basuh selepas ini, untuk memudahkan urusanku.  Istiqomahku  membasuh menggunakan tangan setakat ini sahaja nampaknya.  Aku perlukan mesin basuh yang boleh mempercepatkan serta memudahkan ku membasuh kain supaya ia lebih bersih dan mudah di perah serta cepat keringnya. Setakat ini sahaja istiqomahku, ku perlukan cara yang lebih cangih, up to date dan moden untuk memudahkan kerja harianku.  Di tambah pula kerja-kerja harian ku bertambah sekarang ini.

Tugasan

Hari itu hari Jumaat.  Ada tugasan yang perlu ku selesaikan paginya.  Menghadiri perjumpaan tiga penjuru untuk dua orang anakku, di sekolah mereka.    Pertama kali ku menghadiri perjumpaan antara ibubapa, guru kelas dan murid di sekolah baru mereka.  Sebelumnya, suamiku yang selalunya menghadirkan diri.  Di tambah pula ada rasa ingin berkenalan dengan guru kelas anak-anakku.  Daripada cerita mereka, guru kelas mereka adalah perempuan belaka.  Boleh juga aku bercerita panjang dengan mereka, telah hatiku.

Mentari pagi itu menyinarkan cahayanya yang luar biasa.  Terang dan terik rasanya, seolah-olah memberi petanda baik padaku.  Sudah tentulah kain-kain di jemuran ku akan cepat keringnya, walaupun ku memerahnya dengan tangan sendiri, walaupun kelembapannya tinggi kerana tidak larat untuk ku pulas-pulas dengan tanganku.

Hari baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Tapi kehangatannya sudah terasa.  Solat Dhuha sudah boleh di kerjakan waktu ini,  namun hati ini berat untuk mengerjakannya.  “Alah…hh, balik nanti boleh lagi, takkan lama sangat, tentu masih ada waktu untukku”.  Hatiku berkata.

Perjalanan ke sekolah

Perjalanan menuju ke sekolah ku teruskan dengan kereta MPVku(Malaysian Perodua Vehicles… hi, hi, hi). Ku turunkan cermin keretaku seluas-luasnya kerana mengharapkan udara di luar menerjah ke dalam agar melegakan sedikit kehangatan tubuhku di pagi hari ini.

Aku memang jarang membuka penghawa dingin kereta, melainkan hari hujan.  Anak-anakku selalu merunggut bila terasa panas.

Jawapan ku senang aje,  “Besok kat Akhirat lebih panas dari sekarang ni.  Panasnya sikit aje ni, jauh lagi matahari dari kita.  Kat sana nanti matahari sejengkal aje”.  Mendengar jawapan yang sedemikian, semuanya senyap.  Agaknya malas nak dengar ceramahku.

Sampai di sekolah anak keduaku menunggu dengan kata-kata dan senyuman manisnya serta huluran tangannya.  Dia memang terkenal dengan ayat-ayat cintanya hingga guru-guru yang tak mengajarnya pun tahu akan perkara itu.  Ku teruskan ke biliknya.

Guru-guru anak-anakku

Sampai sahaja giliran ku berjumpa dengan gurunya.  Ku ucapkan salam dan huluran tangan tanda pengikat silaturahim.  Manis cikgunya semanis sikap dan tuturkatanya.  Di hulurkan keputusan peperiksaan anakku.  Ku perhatikan kertas itu dan ku tak hairan dengan keputusan yang di capainya kerana itulah jangkaan ku.  Tapi yang lebih penting yang ingin ku tahu ialah sikap mereka di sekolah yang belum sampai setahun mereka berada di situ.

Ku bertanya kepada cikgunya akan hal itu.  Memangnya kata-katanya masih berlapis dan di tapis, sesuailah dengan rupanya.

Tapi sesuatu yang aku rasa seronok pabila dia meleteri atau menasihati anakku di hadapanku.  Caranya seolah-olah sama sepertiku dengan anakku.  Aku jadi seronok dan suka sekali dengan caranya, seolah-olah dia menganggap anakku, anaknya juga.

“Apa yang cikgu cakap tu, semuanya saya dah cakap dah cikgu, tapi tak berkesan, tak de perubahan”. Kataku.

“Budak lelaki ni memang susah sikit, macam nilah juga saya cakap kat anak saya.  Saya pun ada anak lelaki, SPM tahun ni”, Jawapnya.

“Terima kasih cikgu, buatlah apa yang patut cikgu buat, saya tak kisah dan saya tak marah kalau nak rotan dan denda sekali pun”, jawap saya.

Terfikir juga di dalam hatiku, selama ini apa yang ku buat taklah melangkaui batasan yang sepatutnya.  Ialah, takut juga kalau caraku tidak kena.  Nanti hasilnya bukan lebih baik malah lebih teruk dan buruk pula jadinya.

Terima kasih cikgu kerana menganggap anakku seperti anakmu jua.

Ku melangkah pula ke bilik anak pertama ku.  Ku amat-amati guru kelasnya, rupanya seperti biasa di penglihatanku.  Ku bertanya padanya,  dia berkata dia pernah mengajar di As-Saa’diah.  Tapi rasanya bukan di situ ku jumpa dia.  Namun ku biarkan saje sebagai satu tanda tanya.

Soalan yang sama ku tanyakan padanya.  Jawapannya biasa sahaja.  Ok, takde apa-apa masalah.  Tapi ada satu soalan, yang mungkin untuk menguji anakku di hadapanku.  Mungkin menguji kejujurannya.

“selalu solat subuh tak?  Tanya gurunya yang merupakan guru bahasa Arab anakku.

“Solat sebab mak selalu kejutkan.  Jawap anakku.

Menurut anakku, memang itulah soalan yang di tanya setiap kali dia masuk kelas.  Mengira-ngira atau menelek-nelek siapa yang solat dan siapa yang tidak, kerana waktu subuhlah yang paling berat dan susah untuk di kerjakan solatnya.

“Kono kojut lagi”? Kalau dah kahwin ni, dah anak duo dah ni.  Harapkan omak yo lagi” Tersenyum dan seronok aku mendengar leteran ustazahnya dengan loghat nogorinya.

Alhamdulillah, anak pertamaku padaku telah melepasi waktu kritikal atau peralihan dari kanak-kanak ke zaman remaja.  Tidak banyak membawa masalah pada kami sekarang ini, walaupun sebelum ini ada juga.  Mungkin sudah mula berfikir mana yang baik dan yang tidak baik untuk dirinya.  Namun begitu, banyak teguran dan panduan yang perlu ku berikan untuknya supaya tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.  Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.  Aku sendiri pun mengharapkan teguran dan bimbingan dari orang lain terutamanya suamiku dan guru-guruku.

Walaupun aku di katakan sangat cerewet, banyak perkara yang anakku tak boleh lakukan.  Namun demikian mereka rapat denganku.  Setiap kali balik dari sekolah, belum sempat membuka pagar rumah, anakku dah mula bercerita apa yang berlaku di sekolahnya.  Sama sahaja mereka bertiga, suka bercerita denganku.  Kadang-kadang aku yang malas nak mendengar cerita mereka, antara dengar dan tidak je.  Maafkan aku, anak-anakku.

Anak ke duaku masih di dalam waktu kritikal manakala anak ke tigaku baru memasuki waktu kritikal dan waktu peralihan.  Pada penilaianku waktu peralihan dan kritikal anak-anak adalah antara dua belas tahun hingga ke enam belas tahun.

Sememangnya di waktu ini amat menduga, menguji ke sabaran dan keimananku.  Menaikkan suhu kepanasan badanku, meninggikan darahku, membuatkan ku tak senang duduk.  Waktu malam ku selalu terjaga, tidurku tak lena, bermimpikan yang tak ku suka.  Namun syukuralhamdulillah ku panjatkan pada Ilahi yang Maha Memberi, kerana tidurku tak lena, kerana malamku selalu terjaga, menjadikan aku selalu bangun dari tidurku untuk bermunajat padaMu.  Mungkin itu yang terbaik untukku dan mungkin itu juga kurniaan terbaik untukku dari yang Maha Esa.  Syukur Alhamdulillah.

Begitulah apa yang berlaku pada anak keduaku.  Setelah ku beritahu pada guru kelas abangnya tentang anak keduaku.  Dia pun terperanjat dan tidak menyangka dia ada adik.  Anak keduaku terkenal di sekolahnya kerana kehebatan sukannya.  Memang dia aktif bersukan dari sekolah rendah lagi.  Kalau boleh segala sukan ingin di ceburinya.

Maka bertambahlah cerita yang ku dengar, kalau sebelum ini guru kelasnya masih berlapis dan bertapis bila bercakap, tapi guru kelas abangnya, memberitahu lebih terang dan jelas, tentang adiknya.

“Ni mesti abangnya cover ni, tu sebab ceritanya tak sampai kek omak eh”.  Kata ustazah sambil memandang anakku yang membisu.

Patutlah cuaca hari itu terang dan cerah sekali, serta ada sedikit bahang kepanasannya di pagi hari itu.  Namun cuaca pagi hari tidak memudaratkan malah memberi banyak manfaatnya.  Begitulah pendapat yang ku dengar.  Harap-harap begitulah, apa yang telah terjadi.

Aku amat menghargai apa yang telah ku lalui hari itu.  Terima kasih kepada kedua-dua guru anak-anakku kerana menganggap anakku, anakmu jua.

Jiran-Jiranku.

Begitu juga dengan jiran-jirangku, kak D dan kak S.  Terima kasih ku ucapkan kerana sentiasa menganggap anakku, anakmu jua.  Tiada sebarang rasa marah dan dendam di hatiku.  Malah akulah orang yang bertuah kerana sentiasa di kelilingi oleh orang-orang yang baik-baik hati belaka.

Sentiasa mengingatkan dan menyedarkan kami sekeluarga, yang sentiasa memerhati dan menegur mana-mana yang tidak kena terutama tingkah laku anak-anakku yang tidak kami ketahui bila berada di luar sana.  Segala yang tidak baik yang anakku lakukan akan sampailah ke telingaku, bolehlah aku membetulkan keadaan sebelum ia parah jadinya.

Aku bangga dengan kak D dan kak S, mereka tidak seperti talam dua muka.  Di depanku baik tapi di belakangku di kutuknya.  Tidak, mereka tidak seperti itu.  Aku suka cara mereka kerana aku juga tak suka berpura-pura.  Talam dua muka itu adalah ciri-ciri orang hipokrik/munafik.  Aku tidak mau seperti itu dan aku tak mau juga orang yang hampir denganku seperti itu juga.  Jadi sama-samalah kita ingat mengingati, pesan berpesan, tegur-menegur antara satu sama lain, demi masa depan kita bersama.  Kita bukan hidup di sini sahaja, di akhirat lebih utama.

Ini jugalah anjuran Islam, sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga, sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain.  Kita ini manusia biasa, pasti ada salah serta silapnya dan kadang-kadang terlupa dan terleka.

Kalau salah janganlah dikata,

kalau di tegur itulah yang terbaiknya.

Telah di tegur, janganlah terasa serta marah pula,

hingga tak mau bertegur sapa,

sudah tentu bergaduh pula.

Kan kita ni hambaNya yang hina dina,

tentu ada salahnya di mana-mana,

janganlah ada rasa hebat di mata manusia,

janganlah suka merendahkan orang sahaja,

Semoga kita hidup aman bahagia.

—————————————————————————————

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

“Maka peringatkanlah kiranya peringatan itu berguna.  Nanti peringatan itu akan diterima oleh siapa yang takut”

(AL-A’la:9-10)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah bertanggungjawah dan setiap kamu akan di tanya tentang pertanggunganjawabnya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Roti Arab

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Resepi ini saya dapat dan belajar dari Kakak Zizah,  salah seorang jiran saya.  Dia adalah antara orang kuat kat surau di kawasan perumahan kami.  Bab memasak ni, kalau kat surau, tak de dia tak sah.

Suaminya pun merupakan salah seorang imam kat surau kami.  Tapi sekarang dia dah jarang datang ke surau sebab suaminya jadi imam ganti(kalau tak silap) untuk masjid Senawang.  Jadi dia pun ikut suamilah selalu ke masjid.  Suaminya bekerja di K.L.  Tapi masih mampu mengikuti dan bertugas di masjid Senawang.  Orang macam ini saya respect dan suka akan cara dia mengatur hidupnya.  Kebanyakan majlis kat masjid, kak Zizah dan suaminya adalah antara orang kuatnya.

Saya sesekali aje ke masjid sebab masih lagi joint program kat surau taman.  Maklumlah majlis ilmu yang macam ni kurang mendapat sambutan di taman-taman perumahan.  Kadang-kadang sedih juga, bila ustaz atau ustazah datang buat ceramah, orang yang datang boleh di kira dengan jari.  Cuba panggil Siti Nurhaliza ke, Mawi ke, rasanya tak cukup tempat orang datang.  Bukan saje surau yang penuh, padang taman ni pun rasanya penuh dengan lautan orang.   Begitulah lumrahnya, kehidupan ini.

Jadi  kalau ada program kat surau tu kenalah datang bagi meramaikan lagi tetamu di surau kami dan yang paling penting “Majlis Ilmu” perlu di hadiri untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita sambung cerita pasal Roti Arab.  Roti Arab ni sesuai di makan dengan kuah kari seperti kuah mee kari.  Kalau nak buat kuah khas untuk roti Arab ni boleh juga, lebih kurang sama macam kuah roti jala.  Jadi bila nak buat majlis atau ada tetamu datang(raya pun dah dekat) bolehlah sekalikan dengan kuah mee kari atau roti jala.

Itulah cara saya,  kalau nak buat majlis(bacaan yasin ke),  kalau nak banyakkan sikit menunya.  Buat kuah yang sama tapi boleh makan dengan berbagai masakan lainnya.  Antaranya seperti Roti Arab dan Mee kari serta sekali dengan roti jala.  Cuma tambah mungkin mee goreng ke, nasi goreng kampung ke serta 1 pencuci mulut dan air.

Roti Arab

700 gram tepung gandum(agak-agak jelah)

1 pek Mauripan

½ sudu kecil garam.

1 – 2 sudu besar majerin(apa sajelah asalkan sama dengan majerin)

3 sudu besar – ½ cawan susu pekat(ikutlah kalau suka manis, lebihkan sikit susunya)

2 – 3 cawan air suam(agak-agak jugak).

Minyak masak untuk mengoreng.

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air.
  2. Gaulkan hinga sebati dan rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh di canai dan di uli.
  4. Biarkan dalam 1 jam.

Setelah 1 jam

  1. Sediakan minyak masak di dalam kuali dan panaskan.
  2. Sementara tu bolehlah bulat-bulatkan tepung tadi seperti nak buat karipap(Tak kisahlah besar mana).
  3. Dan buatlah seperti kita nak buat karipap(rujuk gambar di bawah).

  1. Kepingan-kepingan tepung yang telah di bentuk bolehlah di goreng ke dalam kuali yang telah di panaskan tadi.
  2. Masaklah dengan api yang sederhana supaya ia ranggup di luar dan tahan lama kerangupannya.

Mee kari dan roti arab ni saya buat untuk keluarga.  Jadi 1 hari tak masak, makan ni je dari pagi sampai malam.  Sesiapa yang nak makan nasi makan je lauk baki semalam atau anak bujang tu kalau nak makan  nasi, dia orang masak sendiri, biasanya dia orang masak telur goreng atau ikan bilis goreng bercili dan makan dengan nasi panas.  Manakala sayurnya yang tak payah masak seperti timum, kobis, kacang panjang.  Apa-apa sayur yang boleh buat ulam yang ada kat rumah.  Saya dan suami pun selalu tumpang sekaki lauk mereka.

Selesai

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Jadi Tarzan

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Di hujung minggu yang baru lepas ni, saya dan keluarga berpeluang balik ke rumah mak dan mak mertua.   Seronok rasanya bila sesekali dapat balik ke kampung.  Di tambah sekarang ni musim buah-buahan.  Harap-harap kami sekeluarga bukanlah di kalangan yang di panggil saudara buah oleh  suami saya.  Suami saya ambil cuti pada hari Jumaat yang lepas kerana nak balik ke kampung.  Maklumlah hari Sabtu(petang) dan Ahad(pagi), anak-anak saya akan menghadiri kelas tuisyen bahasa Arab.  Jadi kena balik hari Jumaat, kalau tidak sekadar dapat menunjukkan muka sahajalah kat kampung.

Lepas solat Jumaat kami bertolak ke kampung.  Kami balik ke kampung saya dulu baru balik kampung suami.  Memang satu laluan tapi balik yang jauh sikit dulu.  Kebiasaannya beginilah caranya kami balik ke kampung, siap-siap masak di rumah barulah balik ke kampung.  Jadi kat kampung tak delah sibuk nak memasak je.  Jadi dapatlah berborak-borak dengan mak.   Saya memang tak boleh jumpa mak, ada je benda yang nak di ceritakan.  Rasanya tak cukup masa nak bercakap.  Kalau kat telefon pun macam tu, sampai kena ‘warning’ kat suami sebab bergayut lama sangat mengalahkan orang muda-muda sekarang ni.

Ada baikkanya juga bila suami mengingatkan tu sebab mula-mula cerita biasa-biasa je, cerita pasal keluarga sendiri dan bertanya khabar mak dan abah, tapi lama kelamaan cerita pasal orang lain pula, kan dah mengumpat pula jadinya.  Jadi ada peluang berjumpa saya gunakan masa yang sedikit itu untuk berbual dengan mak saya.  Saya cuba mengambil hatinya dengan melayan cerita-ceritanya, maklumlah orang tua cepat tersinggung.

Jadi saya cuba mengembirakan mereka dengan membawa apa yang mereka suka seperti hidangan untuk makan malam di bawah ini.

Bekalan yang di bawa semasa balik ke kampung.  Ada ayam panggang kegemaran abah saya, lauk kurma daging untuk anak-anak dan acar buah kegemaran mak.  Saya masak nasi beriani kat kampung tapi rencah dah siap-siap tumis kat rumah jadi bila sampai kampung terus je masak dalam rice cooker.  Nak tau caranya?  Nantilah suatu hari nanti saya akan beritahu.

Lepas makan malam kami terus ke rumah mak mertua.  Perjalanan lebih kurang ½ jam je.  Kami singah rumah kakak ipar ambil mak mertua.  Kerana sebelah malam dia tidur kat rumah kakak ipar, ialah tinggal seorang, manakala sebelah siangnya balik rumah sendiri.  Kakak ipar mengajar, jadi tak de sesiapa kat rumah bila siang, jadi dia nak balik rumah sendiri.  Taklah jauh dari rumah kaki ipar ke rumah mak mertua, lebih kurang 5-10 minit sampailah.  Tapi kesian jugak kat kakak ipar, pagi-pagi kena hantar mak mertua ke rumahnya manakala sebelah petang/malam ambil mak mertua, tidur di rumahnya.  Tapi kakak ipar saya memang baik, tak pernah dengar dia merunggut bercerita letih atau yang lain-lain… kerana maknya.  Kakak-kakak yang lain semuanya tinggal jauh.

Mak mertua saya memang tak nak duduk dengan anak-anaknya.  Kalau datang pun sekejap-sekejap aje ke rumah anak-anaknya.  Bila sakit, barulah dia tak balik rumah sendiri, sebelah siang pun kat rumah kakak ipar, tapi bila sakitnya berpanjangan kena bawa rumah kami,  sebab dia tak nak makan ubat.  Dengan suami saya, dia ikut je cakap suami saya, makan ubat ikut jadual yang telah di beri.   Dia pernah bercakap kat doktor sambil di dengar oleh suami saya, “ialah masa kecik-kecik anak ikut cakap kita, sekarang ni kita kena ikut cakap anak pulak”,  macam perli je, kata suami.

Jadi sampai rumah mak mertua, kami bersiap-siap untuk tidur je.  Bila pagi biasalah, beginilah aktiviti kami,

Anak saya Abdul Sodiq, memang suka tolong untuk mesin rumput, jadi suami bagi peluang dia mesin rumput, untuk memuaskan hatinya.  Selagi tak dapat selagi tulah dia menyibuk.

Anak saya Abdul Muiz, Siti Aisyah dan Abdul Haziq tengah “momoron” kata orang nogori.  Bab membakar sampah ni bagilah kat dia orang.  Kalau tak de daun kering, surat khabar lama yang wannya simpan pun habis di kerjakan.

Anak saya yang tua, Abdul Shofi deman dan kena gatal-gatal kat badanya.  Malu-malu kucing je tu..

Jadi dia duduk atas rumah aje.  Kalau tidak, dialah antara orang kuat, yang rajin menolong.  Apataknya, selalunya wan mereka akan bagi upah, tu sebab rajin.  Kalau kat rumah sendiri,  Allah je lah yang tau.. betapa susahnya nak suruh dia orang.  Agaknya sebab tak dapat upah.  Kena bebel lagi adalah.

Suami tengah ambil buah ciku dan anak tengah menyapu sampah.

Anak perempuan saya,  Siti Aisyah.

Gambar di atas, bila sampai di rumah buah yang telah di ambil terpaksa di keluarkan dari plastiknya, kalau tidak ia meruap dan cepat busuk.  Biasanya kami akan memanjangkan sedekah kepada jiran-jiran yang dekat dan yang rapat dengan saya.  Tapi tahun ni kami tak ambil banyak.  Dah tua, dah tak larat nak memanjat.

Percaya atau tidak inilah saya.  Berbezakan antara gambar di atas dengan gambar di bawahkan?   Ramai orang mengatakan saya seorang yang lemah lembut tapi yang sebenarnya di sebaliknya.  Mereka tak percaya dengan cerita saya.

Kalau musim buah beginilah saya.  Saya merupakan menantu yang paling muda kerana suami anak yang kecil sekali,  ‘anak omak’.  Jadi saya je yang sangup memanjat.  Suami  dan anak-anak pun tak sangup, setakat kat dahan yang rendah-rendah je.  Jadi yang tinggi-tinggi tu sayalah yang usahakan.

Panjat pokok manggis.  Suami tolong temankan setakat tu lah ketinggiannya.  Perut dah boroi, takut dahan merekah.  Kah! kah! kah!!..Jangan marah ye bang, kutuk-kutuk manja..

Kami sibuk ambil buah, mak mertua pulak sempat lagi menebas-nebas semak yang berhampiran.  Kuat lagi, padahal umur dah lebih 80 tahun.

Panjat pokok rambutan pulak.

Nasib baiklah pokok langsat tu tinggi dan suami tak bagi panjat.  Kalau tak lepas ni panjat pokok langsat pulak.  Lagipun dah waktu nak memasak untuk makan tengah hari.  Tak sempat.  Petangnya nak balik sebab suami akan kerja sebelah malam dan anak pula kena pergi tuisyen sebelah petang.

Lihatlah kebesaran Allah. Ada pokok yang berbuah di hujung dahan, ada juga yang berbuah di batang pokoknya.  Allahhu Akhbar ! Bertapa kerdilnya kita di dunia ini.  Betapa tingginya kita boleh memanjat, betapa tingginya kita boleh mendaki, betapa tingginya dan mulianya kita di sisi manusia serta macamana hebatnya sekali pun kita, akhirnya akan ke bawah juga, ke liang lahat yang cukup untuk memuatkan kita seorang sahaja.   Hanya amal sahaja yang boleh melapangkan kehidupan kita di sana nanti.  Semoga kita terutamanya saya, tidak ada sedikitpun sifat-sifat riya”, sombong, takabbur atau suka menunjuk-nunjuk.

Firman Allah yang bermaksud,

“Maka celakalah bagi orang-orang  bersembahyang, yang sentiasa lalai kepada sembahyangnya.  Mereka yang mengerjakan kebaikan minta di lihat orang”.

(al-Ma’un: 4-6)

“Dan mereka minta dibukakan (hatinya), namun kecewalah setiap orang yang menyombong diri dan keras hati.”

(Ibrahim: 15)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk Neraka Jahannam dengan menderita penuh kehinaan.”

(Al-Mu’min: 60)

dan sabda Rasullallah s.a.w.

“Allah azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan yang di lakukan dengan riya’, meskipun riya’nya sekadar debu sahaja,”

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.”

Semoga saya bukanlah dari kalangan orang yang Allah dan Rasulnya sebutkan di atas. Walaubagaimanapun masih ada lagi sifat-sifat di atas, harap-harap sebelum menghembuskan nafas terakhir ia akan hilang dan berubah. Astagfirullahhal’zim

Ameen, ameen.. Ya Robbal alamin.

Jadi Tarzan di musim buah je.  Lepas panjat satu pokok ke satu pokok lagi.  Kat rumah sendiri pun sesekali jadi tarzan jugak, bila panggil anak yang ada kat tingkat atas.  Bilalah…  saya boleh berubah untuk tidak menjadi tarzan lagi?  Tengah berusaha, tapi belum berjaya.  Doakan saya.

Walaupun dah bermacam-macam buah yang di bawah balik.  Nak juga beli buah mata kucing kegemaran saya,  jadi suami tolong belikan kat tepi jalan antara Seremban – Kuala Pilah.  Itulah manusia nikan, tak pernah cukup dan puas dengan apa yang ada.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Moyang dah tua, Moyang tak cantik.

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, dapat juga aku menjenguk wanku yang sudah lama tidak kutemui.  Walaupun terpaksa menangguhkan waktu berangat ke kampung dek kerana anakku yang ada program di sekolahnya sehingga pukul 10.30 malam.

Perjalanan di tangguhkan.

Juga rasa kesihan kepada suamiku yang terpaksa bekerja hingga lebih pukul 3.00a.m baru sampai ke rumah, dek kerana kes H1N1 yang terpaksa di kendalikannya.  Nampaknya H1N1 semakin bertambah di Malaysia ini.

Sesampainya suamiku di rumah kebetulan aku sudah pun bangun, jadi ku sediakan kopi O panas untuknya dan berbual-bual sehingga melangkaui pukul 4.00a.m.  Aku memberi cadangan, supaya membatalkan sahaja program untuk balik ke kampung.  Namun suamiku mengatakan masih boleh lagi meneruskan rancangan yang telah di atur seminggu lalu.

“Boleh lagi ni”.  Kata suamiku.  Tapi sebenarnya sedikit kebimbangan di hatiku takut-takut nanti mengantuk dan terkhayal semasa memandu.  Nanti perkara yang tidak baik pula akan menimpa.  Jadi, di sebelah siangnya aku membiarkan suamiku tidur.  Dalam pukul 11.00 p.m barulah kami bertolak ke kampung tempat ku di lahirkan.  Melepasi pukul 2.00a.m baru kami sampai ke kampung dan kira-kira pukul 2.30a.m kami menyambung tidur.

Embun Pagi.

Suasana pagi di kampung sungguh nyaman sekali.  Segar dan amat terasa kedinginan paginya.  Barulah dapat di rasai, di nikmati dan dihirupi, udara segar dikedinginan pagi di kampungku.  Suasana yang amat berbeza dari tempat tinggalku sekarang, maupun tempat tinggal ibubapaku dan ibu mertuaku.

Titisan embunnya terasa bagaikan hujan renyai-renyai mengetuk-ngetuk atap zink di rumah wanku.  Bunyinya.. tidak menyakitkan telinga pabila mendengarnya.   Di sini masih lagi boleh melihat manik-manik kecil yang suci bersih, yang menitis ke bumi.  Masih boleh di tadah dengan tangan untuk di sapukan ke muka juga untuk di minum airnya, masih yakin dengan kebersihannya.  Masih jelas kebersihan dan kesegaran walaupun di lihat dari jauh.

Berbanding dengan embun-embun di kota yang di selaputi habuk-habuk halus. Ya, embunnya suci bersih, tetapi telah di nodai dengan udara kotor yang berada di sekelilingnya.  Embun yang tertitis di atas dedaun yang telah diselaputi debu-debu kotor dan tidak sampai beberapa ketika pastinya embun itu di kelilinggi serta di selaputi dengan debu-debu yang berterbangan di udara kota pula.

Begitulah nasibnya anak-anak kita sekarang ini.  Di lahirkan dengan suci bersih sesuci embun di pagi hari, sebersih kain putih,  tetapi terlalu cepat menjadi kelabu dan berdebu dek persekitaran hidup yang di huninya.

Aku menjadi takut bila mengenangkan nasib anak-anakku di masa akan datang.  Rasanya di sini anak-anakku lebih selamat, tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan kami tinggal di sini.

Sememangnya persekitaran di sini yang masih tidak tercemar, masih lagi selamat.  Masih boleh merasai suasana embun pagi, manakala malamnya suci sepi.  Tiada bunyi hiruk pikuk di kota, tiada bunyi kenderaan yang mengganggu tidur kita di malam harinya.  Tiada risau akan kehilangan kenderaan dan barang berharga.  Masih tiada pencuri di sini, masih tiada kes pecah rumah di sini.  Masih tiada remaja yang berpeleseran di malam hari, masih tiada masalah remaja merempit, dadah dan berbagai lagi.  Masih lagi tiada gejala sosial yang dapat menembusi dan menguasi persekitaran di sini.  Kampung ini seolah-olah terpelihara, seolah-olah ada pendinding atau tabir di sekelilingnya.  Padahal keluar saje ke jalan besar, bila melangkah keluar sempadan kampung, semua perkara dah berlaku.  Masalahnya sama seperti di bandar, pelbagai gejala telah menular, telah meresap masuk ke dalam kehidupan mereka.

Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun aku cuba membentuk, menyedarkan dan mendidik, anakku Abdul Sodiq supaya ingin bersalaman dengan moyangnya dengan sukarela, kini berjaya.

Kalau sebelum ini, samada suamiku ataupun aku sendiri terpaksa menarik tangannya untuk di hulurkan kepada moyangnya. Walaupun anakku tidak mau bersalaman dengan wan ku, namun wan ku tidak menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan, seperti biasa senyum serta ketawa kecil dan tetap menghulurkan tangan.  Baginya tidak perlu mengambil hati sebab dia masih kecil dan belum tahu apa-apa.

Anak-anakku yang lain tiada masalah dengan perkara ini.  Terutamanya, anakku Siti Aisyah, dia mudah mengikut apa yang di beritahu tanpa membuat apa-apa alasan.  Dia akan ikut apa yang disuruh, mencium tangan serta mencium kedua-dua belah pipi moyangnya.  Dan apabila duduk berhampiran moyangnya dia akan mengurut-urut dan menyapu tangan moyangnya.  Begitu juga dengan anakku yang lain, bersalaman dan mencium tangan moyangnya.

Tetapi anakku Abdul Sodiq berlainan sedikit, dari umurnya lebih satu tahun hingga ke sekitar lima tahun, dia amat sukar untuk bersalaman dengan moyangnya.  Aku merasa hairan dengan sikapnya, padahal, seingatku aku tidak pernah berbuat begitu pada wanku.  Aku cuba memuhasabahkan diriku sendiri.

Setiap kali berjumpa dengannya aku akan mencium tangannya, memeluknya dan mencium kedua pipinya.  Aku amat sayang pada wanku kerana dialah yang banyak membantu kami semasa kami kecil dahulu.  Segala kesusahan kami sekeluarga dialah tempat kami mengadu dan berlindung.  Di manakah silapnya anakku jadi begini.  Aku sedih melihatkan gelagat anakku.

Pabila melihat muka dan tangan wan ku yang dah berkedut seribu, matanya sudah semakin mengecil dek kedutan yang menutupi  ruang matanya.  Sudah bongkak, bagaikan rukuk semasa bersolat, jalannya perlahan-lahan bagaikan anak baru belajar bertatih.  Sedih, pilu, kasihan dan pelbagai perasaan menerjah sanubari ku.  Bila merenung wajahnya, terasa sesuatu yang berat perlu ku tahan dan ku tampung supaya tidak meleleh dan keluar menitiskan ke lantai.

Semasa anakku berada di dalam kandunganku, maupun di masa-masa lain, aku rasa tiada yang pelik yang ku lakukan.  Aku rasa, aku tidak pernah memperlekehkan si peminta sedekah yang comot dan kusut masai ataupun orang-orang tua lainnya.  Yang ku ingat masa tu, aku memang suka sesuatu yang cantik dan bersih. Aku memang tidak suka melihat keadaan rumah ku yang tidak teratur, bilik air yang kotor dan dapur yang berterabur.  Aku cuba mencari-cari mana silapku.

Di tambah pula ketika itu aku sentiasa pergi ke majlis ilmu di setiap pagi.  Sentiasa di ingatkan dan di sedarkan oleh ustazahku.

Tentu ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan padaku tetapi tidak tercapai dek akalku untuk memikirkannya.  Pasti ada hikmat di sebaliknya.  Aku berserah… kepada yang Maha Memberi itu.

Moyang dah tua, Moyang busuk.

Kira-kira usianya dalam linkungan tiga ke empat tahun. Ketika bersendirian dengannya,  Aku cuba mengorek rahsia daripadanya.

“Sodiq, kenapa Sodiq tak nak salam dengan moyang bila jumpa moyang?  Aku bertanya padanya berulang-ulang kali.  Namun tiada jawapan daripadanya, di teruskan aje gelagatnya yang memang tidak pernah duduk diam.  Ada saje yang ingin di buatnya.

Jadi aku cuba menukar persembahanan dengan gaya percakapan yang lain pula.  “Sodiq…, kita kalau berjumpa dengan orang tak kiralah siapa, kawan-kawan ke, abang ke, pakcik ke, makcik ke, kakak ke,  kita kena salam.  Allah sayang,  Allah suka dengan orang yang suka bersalam bila jumpa orang sambil cakap Assalamu’alaikum.  Kita dapat pahala tau, nanti kita boleh masuk Syurga.  Kalau kita tak buat macam tu, nanti Allah tak suka dengan kita, bila kita selalu buat yang Allah tak suka, lama-lama Allah marah kat kita.  Jadi kita akan masuk Neraka.  Kat neraka tu tempat kita kena bakar.  Semua orang yang masuk kat Neraka akan di bakar dan akan rasa sakit dan akan menanggis dan menjerit-jerit, sakit… sakit… “

“Macamana rasanya bila kita kena api?  Macam tulah rasanya kat Neraka nanti.  Bukan kena sikit je, tapi satu badan…  Sodiq nak ke?  Aku bertanya tetapi pertanyaanku tak di jawabnya.  Dia diam tidak berkata sepatah kata..

Hilang akalku untuk menyedarkannya.  Anak kecil mana mungkin faham semua itu, fikirku.

Suatu ketika, aku bertanya lagi perkara yang sama.  Ku pujuk-pujuk, ku usap-usap kepalanya, ku peluknya erat-erat, ku lepaskan dan bertanya soalan yang sama.  Akhirnya dia menjawab juga, tetapi…  jawapannya membuatkan ku terduduk mendengarnya.

“Moyang tu dah tua, moyang tu busuk, moyang tu tak cantik”,  Menitiskan air mataku mendengarkan jawapan sebegitu.

“Astagfirullahhalazim…, Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah aku,  ampunkanlah dosa-dosaku yang telah kulakukan dahulu yang tidak ku ingati dan tidak kusedari akan perlakuanku yang menyebabkan anakku jadi begini.  Ampunkanlah dosa-dosaku, dulu, kini dan akan datang.

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengambil salah atas perbuatan kami, jika kami terlupa atau tersilap.  Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau letakkan tanggungan yang berat ke atas kami sebagaimana telah Engkau letakkannya ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami.  Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau letakkan ke atas kami bebanan tanggunjawah yang tiada pada kami daya untuk memikulnya.  Wahai Tuhan kami maafkanlah kami, ampunkan kami dan kasihanilah kami.  Sesungguhnya Engkaulah penaung kami, oleh itu kurniakanlah kemenangan kepada kami ke atas orang-orang yang kafir”.

“Wahai Tuhan yang Maha Hidup,  Wahai Tuhan yang mentadbir langit bumi, aku pohon pertolongan dengan rahmatMu, membetulkan segala keadaan diriku dan jangalah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata,  Engkaulah penaungku di dunia dan di Akhirat.  Wahai Tuhanku, matikanlahku sebagai seorang Muslim dan tempatkanku bersama-sama orang-orang yang soleh”.

“Wahai Tuhanku ampunkan dosaku, kejahilanku dan keterlaluanku dalam urusanku dan ampunkanlah dosaku yang Engkau lebih tahu dariku.  Wahai Tuhanku ampunkanlah kesalahanku yang ku lakukan secara sungguh-sungguh dan secara senda gurau dan ampunkanlah kesalahan-kesalahanku yang ku lakukan tanpa sengaja dan dengan sengaja dan semua dosa-dosa seperti itu ada padaku”.

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari suami dan keturunan kami, anak-anak yang menjadi cahaya mata dan jadikan keturunan kami pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.

“Ameen, ameen ya Robbilalamin”.

Aku cuba menerangkan padanya sejelas-jelasnya supaya dia boleh faham dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.

“Sodiq, semua orang akan jadi tua, semua orang akan jadi tak cantik bila dah tua,  Ibu juga akan jadi seperti moyang bila ibu dah tua.  Cuba tengok wan Esah(makku), dia pun dah nak jadi macam moyang kan?  Cuba tengok wan Juaseh(ibu mertuaku) dia pun macam moyangkan, cuma  dia tak bongkok dan tak jalan perlahan-lahan.  Sodiq pun kalau dah tua, jadi macam tu juga”.  Aku cuba menerangkan padanya.

Dengan ibu mertuaku dia tak macam tu, padahal usia wanku dengan ibu mertuaku sama sahaja.  Anakku selalu bercerita dengan ibu mertuaku jika mereka berjumpa, selalu bergurau senda dan ibu mertuaku suka melayang kerenahnya. Cuma bezanya mertuaku tidak bongkok tiga dan masih kuat berjalan jika di bandingkan dengan wanku.  Mungkin juga kami jarang berjumpa dengan wanku, menyebabkan anakku jadi begitu.  Memang kami jarang balik ke kampung.  Dalam setahun adalah satu atau dua kali sahaja bergantung pada keadaan.

“Kalau orang tu tak cantik, buruk ke, itu Allah yang jadikan,  Allah yang beri,  kita tak boleh tak suka kat dia.  Sodiq pun Allah yang jadikan, kita tak boleh lawan Allah, Allah ada kuasa macam Sodiq suka tengok kat tv tu, orang ada kuasa macam Power Rangers, tapi Allah lagi kuat dan berkuasa dari Power Rangers tu.  Allah boleh buat apa saje pada kita.  Macamana tiba-tiba Allah marah kat Sodiq sebab Sodiq tak suka orang yang tak cantik?  Tiba-tiba muka Sodiq berubah jadi buruk dah tak handsome lagi.  Tiba-tiba je muka Sodiq terkena minyak panas ke, air panas ke, terbakar ke, dah jadi tak cantik lagi.

“Jadi.. semua orang dah tak suka dengan Sodiqlah?.  Ibupun dah tak nak dekat dengan Sodiq, dah tak sayang Sodiq, dah tak nak peluk dan cium Sodiq lagi sebab Sodiq dah tak cantik, dah buruk.  Sodiq nak ke macam tu?  Tak de orang yang sayang dan nak dekat dengan Sodiq sebab Sodiq dah tak cantik, dah buruk”.  Aku cuba mengulang-ulang perkataan yang sama supaya dia boleh faham dengan peneranganku.  Anakku mendiamkan dan membatukan diri.

Aku pun tidak tahu samada anakku mengerti dan faham dengan kata-kataku.  Aku berusaha untuk menyedarkannya.  Itulah dayaku.  Aku tidak mampu memikirkan cara yang lain lagi.  Aku hanya pasrah kepada Allah.  Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas pada anak kecil yang tidak berdosa ini.  Yang masih tidak mengerti apa-apa.

“Lain kali, kalau jumpa moyang, Sodiq kena salam tau, kena cium tangannya, kena cium pipinya dan kalau boleh peluk moyang sekali walaupun moyang tak wangi tak bau macam minyak wangi.

“Ibu pun ada bau busuk bila lepas masakkan?  Macam bau ikan, hanyir”. Terangku lagi.

“Kita pun ada bau busuk bila tak mandi, bila tak gosok gigi.  Ibu pun bila cium sodiq ada bau busuk tapi ibu tak cakap kat Sodiq.  Ibu diam je.  Ibu tetap cium dan peluk Sodiq walaupun Sodiq busuk”.  Begitulah dengan moyang.  Dia pun tak tau dia ada bau macam tu”.

“Jadi kita tak boleh buat moyang macam tu.  Kalau kita jumpa orang yang dah tua selain moyang pun kita tak boleh buat macam tu.  Kita mesti hormat dan salam dengan mereka, tak kiralah macammana rupanya dan baunya. Lepas ni Sodiq kena salam dengan moyang tau”.

Dia mengangguk, “fahamlah agaknya”.  Kata hatiku sambil memeluknya dan menciumnya sambil berdoa di dalam hati.  Ya! Allah jadikanlah anakku ini anak yang baik dan berikanlah kefahaman yang jelas padanya.  Dia anak kecil yang tidak berdosa.

Setelah menghampiri setahun, baruku dapat balik ke tempat kelahiranku.

Alhamdullilah syukur kepada Allah yang tak terhingga, kepulanganku kali ini menampakkan perubahan yang amat ketara kepada anakku.

Syukur Alhamdullillah.

Sabda rasulullah yang bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,”

(Riwayat Muslim).

“Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”.

(at-Tahrim: 6)

Semoga anda mendapat ikhtibar dari cerita ini.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Anugerah dan Puisi untuk Ibu-ibu.

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Kali ini saya menyediakan puisi untuk anda.  Bagi sesiapa yang berminat dan ingin meletakkan puisi ini di blog atau web anda, silakan.  Semoga ia menjadi pencetus inspirasi anda.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Telefon Allah – 24434

Assalamualaikum, apa khabar semua.

Soalan-soalan yang di tanya oleh anak-anak kekadang menjadikan saya tidak tahu untuk memberikan jawapan yang tepat.  Di tambah pula mempunyai dua orang anak yang masih lagi dalam peringkat ingin tahu dan banyak tanya.  Sikap mereka kadang-kadang terlalu agresif dari perbuatan maupun percakapannya.  Tersalah cakap menyebabkan diri saya sendiri yang kena.

Mereka terlalu cepat meniru dan mengikut apa yand di cakap dan apa yang saya, abahnya maupun abang-abangnya lakukan.   Di tambah pula TV dan internet yang sememangnya setiap hari di tontonnya menjadikan mereka lebih advance dari kami ibubapanya.  Perkataannya dan tuturkatanya kekadang menjadikan saya terlopong mendengarnya.  Kalau perkara yang baik yang di katakan, Alhamdulillah dan jika perkara yang tidak baik, Astagfirullah.  Kekadang buntu di buatnya dengan kerenah anak-anak ini.

Suatu ketika saya pernah meminta tolong pada anak saya yang kecil,  Siti Aisyah.  “Aisyah boleh tolong ibu tak?” Tanya saya.

Apa jawapan yang saya dapat  “Ibu.., ibu tak boleh buat sendiri ke, ibu tak nampak ke Aisyah tengah buat apa ni?”

Sebenar itulah yang pernah saya cakap padanya sebelum dia bercakap begitu pada saya. Astagfirullahhal’azim.

Benarlah apa yang di katakan di dalam al-Quran ayat Ali-Imran 3:182 :yang bermaksud:

“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.

dan

“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”

(Al-Najm 53:39)

Kecanggihan teknologi menyebabkan soalan atau yang ditanyakan oleh anak-anak juga sama canggihnya.  Begitulah yang terjadi pada saya apabila di tanya,

“Ibu, ibu tau tak nombor talipon Allah?  Sodiq nak talipon Allahlah.  Sodiq nak tanya Dia sikit ni” .

Sememangnya dan selalunya banyak perkara saya kaitkan dengan Allah dan rasulnya.  Terlalu banyak bercerita dan mengaitkan dengan Allah menyebabkan soalan yang tidak di duga pula yang datang.

Jadi kita ibu bapa terpaksa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan terpaksa mengikuti perkembangan terkini kerana kadang-kadang terpaksa menangani kerenah mereka dengan cara terkini juga dengan tidak lupa mengaitkan dengan Allah dan Rasulnya.

Terpaksa pula memikirkan jawapan yang tepat untuk di jawab.  Saya mengatakan “Allah tak de talipon.  Allah jauh, kita tak boleh talipon dan jumpa Dia sekarang.  Besok lepas kita meninggal kita boleh jumpa Dia.  Tapi kita kena jadi orang yang baik baru boleh jumpa Dia”.  Itulah jawapan yang saya berikan padanya.

Anak saya yang kecil sekali(Aisyah) pun begitu.  Oleh kerana dialah satu-satunya anak perempuan saya dan kelasakkannya juga seperti anak lelaki.  Macam abang-abangnya juga.  Saya selalu beritahu dia “tak baik buat macam tu, berdosa, Allah tak suka atau nanti Allah marah”.  “Allah suka kalau kita jadi orang baik, tak suka gaduh-gaduh, tak suka marah-marah, tak suka jerit-jerit dan banyak lagi” , menyebabkan dia bertanya “Allah kat mana ibu.  Macamana nak jumpa Dia?” .  “Kenapa kita tak boleh jumpa Dia”.  Jawapan yang sama juga saya berikan seperti abangnya.

Jawapan yang sama, mungkin mereka tak puas hati dan menyebabkan mereka bertanya berulang-ulang kali di masa-masa lainnya.  Saya sendiri tidak dapat memikirkan jawapan yang lebih tepat untuk dijawab dan di beritahu kepada mereka.

Bila di tanya pada abahnya, jawapan yang hampir sama di berikan.  Dan akhirnya suatu hari, di tanyakan pula pada abang sulungnya.

“Abang Sopi…, abang tau tak nombor talipon Allah?.  Sodiq nak cakap dengan Dia ni”.  Tanya anak saya, Sodiq.

Dengan selambanya dia menjawab “cuba talipon 24434“.  Saya yang berada di dapur pada mulanya hairan juga.  Apalah nombor dan jawapan yang di berikannya.  Bisikan hati saya berkata.

Puaslah budak tu mendail talipon dengan nombor tersebut.  Tapi.. “tak de orang jawab pun bang”.  “Cuba lagi, cuba banyak kali”  Jawab anak sulung saya.

Di ikutkan je cakap abangnya.  Saya yang berada di dapur mendiamkan diri mendengarkan perkara tersebut.  Sebab saya tahu anak sulung saya memang suka menyakat adiknya hingga menanggis atau menjerit.

Kadang-kadang saya geram juga dengan perangai anak sulung saya, selagi adik dia(yang kecil dua orang tu..) tak menanggis samada di marah atau bergurau,  selagi tu lah dia tak berhenti mengenakan adiknya.  Samada bergurau atau bergaduh pasti di akhiri dengan tanggisan.  Memang kalau satu hari tak dengar suara menanggis tak boleh.  Begitulah kebiasaannya.

“Kalau satu hari tak bising tak boleh ke?”.  Itulah yang selalu saya bebelkan.

Saje je nak kenekan adiknya.  Itulah telahan saya pada awalnya.

“Tak dapat jugak bang”.  Itulah jawapan Sodiq.

“Tak dapat?”  Jawab anak sulung saya.

“Nombor 24434 tu bukan nombor talipon tapi  nombor 2 untuk solat Subuh sebab solat Subuh ada 2 rakaat, 4 tu untuk solat Zohur sebab kita kena solat 4 rakaat … ” Dan begitulah seterusnya dia menerangkan pada adiknya.

“Jadi lepas solat kita berdoa, masa tu tanyalah dan cakaplah dengan Allah apa yang kita nak cakap”.  “Kalau kita buat hari-hari semua solat tu pasti suatu hari nanti kita jumpa Allah”.  Kata anak sulung saya.

Selepas daripada itu anak saya tidak lagi bertanyakan soalan yang sama.  Mungkin itulah jawapan yang tepat untuknya.

Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Mencari Redhanya Manusia.

Assalamua’laikum, apa khabar semua.

Mendidik anak bagiku bukanlah sesuatu yang mudah.  Bercakap dan memberi nasihat memanglah mudah sebab tak jadi pada diri sendiri.  Itulah antara bisikan-bisikan hati (atau bisikan-bisikan iblis) terhadapku bila orang memberi nasihat.  ‘Belum rasa belum tahu’.  Di tambah pula mereka yang memberi nasihat itu masih muda belia masih belum berkahwin atau anak-anak masih kecil.  Mungkin kita dah buat yang terbaik tetapi pasangan kita macamana?  Kan kita perlukan kebersamaan di dalam mendidik anak-anak. Itulah di antara rasa dan perasaan yang sepatutnya di kikis pada diri kita.   Keegoan yang masih menebal di jiwa, suka menyalahkan orang lain serta tidak cuba memuhasabahkan diri sendiri.

Setelah lebih 17 tahun aku mendirikan rumah tangga, pelbagai pengalaman telah ku tempuh, ku kutip dan ku titipkan sebagai panduan/pedoman, ikhtibar, yang cuba ku sampaikan untuk mereka yang masih muda dalam berhadapan dengan kerenah anak-anak terutamanya. Pelbagai rasa yang telah ku lalui, pahit bagai hempedu, manis bak madu, masam bagaikan cuka, kelat bagaikan …. , tawar bak air mineral, masin bagaikan garam, dan pelbagai lagi.  Namun kepahitan hempedu itu boleh di jadikan ubat, madu memang banyak kebaikannya tetapi jika berlebihan mengambilnya setiap hari akan mengudang bahaya juga antaranya hidung berdarah(yang terjadi padaku). Begitu juga yang lain-lain, ada pro dan contranya.

Yang pasti air zam-zam tiada keburukannya, yang tiada rasa seumpamanya.  Apakah perkara yang serasa dengan air ini?  Mampukan kita bertindak seperti air zam-zam ini. Selagi kita bergelar manusia, tiada siapa yang sehebat air ini.  Serasa, sejernih dan semanfaatnya.  Tiada lagi ciptaan manusia yang mampu mencipta air sehebat air ini, mungkin menghampirinya ada, namun setulennya belum lagi.  Itulah kebesaran Ilahi

Air laut ada pasang surutnya, air sungai cepat berubah rupa, bau dan rasanya mengikut keadaan juga tempatnya, manakala air hujan tidak menentu turunnya.  Begitulah kita jika diumpamakan seperti air, selagi bergelar manusia biasa yang hina dina di sisiNya.  Namun yang pasti air zam-zam tetap sama dari dulu, kini dan selamanya.

Perasaan yang pelbagai, ada gembira, duka, cemas, malu, marah, geram dan bagai nak gila pun ada.  Namun perjalanan hidup masih lagi jauh jika umur masih panjang. Sudah tentu pelbagai perkara akan berlaku di masa akan datang.  Selagi hayat ada selagi kita bergelar ibu terutamanya, selagi itulah proses kematangan diri  berubah dan menapak terus menaiki anak tangga. Di mana di dalam mencari ‘kesempurnaan’ dan kebaikkan itu pasti melalui kekurangan, kelemahan dan ketidak elokkan di dalam perjalanan itu nanti.

Melalui highway lebih mudah jika di bandingkan jalan biasa yang ada kalanya berlopak, berlubang serta berliku. Jalan biasa yang bertar lebih mudah jika di bandingkan jalan bertanah merah namun jika kelumrahan kita melaluinya akan menjadikan kita lebih sabar, berhati-hati dan tidak mudah merunggut jika di bandingkan mereka yang telah biasa melalui highway, bila sesekali berhadapan situasi jalan tanah merah akan lebih mengelabah.

Begitulah umpamanya kita para ibu, pengalaman mendewasakan kita.  Kita sebagai ibu pasti sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak kita.  Yang terbaik akan sukar di capai jika kita terlalu cepat mengalah, terlalu berkeluh kesah.  Itulah pesanan untuk semua termasuk diriku yang mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti itu kerana kita hambaNya yang tidak sempurna.

Ya, harapan yang tinggi kita sandarkan pada anak-anak kita.  Tapi ingat …! bagaimana harapan yang menggunung tinggi kita kepada anak-anak kita begitulah tingginya harapan ibu bapa kita terhadap kita walaupun kita sudah mempunyai keluarga sendiri.  Jadi cerminlah diri kita sendiri  bila kita mengharapkan sesuatu dari anak-anak dan kita juga merupakan anak kepada ibu bapa kita. Terutamanya diriku, yang sudah jarang-jarang menjengah kedua ibubapaku di kampung dek kesibukan dengan keluarga sendiri dan persekolahan anak-anak yang masih berterusan walaupun masa bercuti.  Itulah alasanku pada ibubapaku.  Maafkan aku Ibu dan abah.

‘Anak-anaknya adalah cermin ibu bapanya’

Itulah antara ayat yang selalu ku dengar bila memperkatakan tentang topik ibu bapa daripada para ilmuan agama kita.  Itulah kebenarannya dan itulah yang paling sukar di terima oleh kebanyakkan orang termasuk diriku sendiri.

Apatah lagi apabila berlaku perkara yang kurang enak di dengar dan di lihat .  “Aku dah ajar dah, dah beri yang terbaik untuk mereka tapi tak taulah kenapa jadi macam ni”.

Begitulah kebanyakkan dari kita memberikan alasan. Tidak mau mengaku kekurangan diri, itulah keegoaan kita.  Sedangkan Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud :-

“Merendahkan diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu.   Dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu.  Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melainkan bertambah-tambah maka sedekahlah kamu agar Allah akan merahmatimu”

Apakah jatuh maruah kita jika kita mengakui kekuranggan kita.  Kalaupun kita rasa kita di pihak yang benar tidak bolehkah kita merendahkan diri kita sedikit dengan mengatakan “mungkin aku silap atau terlepas pandang”.

Itulah sebenarnya aku (dan mungkin bukannya anda) yang terlalu ingin MENCARI REDHANYA MANUSIA, keikhlasannya tiada, dengan mengenepikan redhanya Ilahi.

Mencari redhanya manusia tidak ke mana.  Kita terutamanya diriku perlu berubah untuk mencari redhanya Allah.  Pasangkan niat, kuatkan semangat “BERUSAHA MESTI, KEJAYAAN USAH DI NANTI, SERAHKANLAH PADA ILAHI”. Itulah diantara yang perlu ditanamkan di dalam hati dan sanubari, kerana kehidupan ini penuh liku dan duri. Tidak semudah yang diingini.

Sedangkan sebenarnya “terlalu sedikit orang yang benar-benar di uji oleh Allah,  kebanyakkannya adalah di sebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri”.

Itulah kata-kata ustazah Salbiah suatu ketika dulu.  Aku amat mengakui kebenarannya kerana di dalam Al-Quran Allah telah berfirman di ayat Ali-Imran 3:182 :

“Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya”.

dan

“Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakanya.”

(Al-Najm 53:39)

Aku selalu mendengar.  Bila anak-anak membuat sesuatu perkara yang buruk di luar pengetahuan kita pasti ada yang mengata tengoklah mak bapaknya atau macam maknya jugak…

“Baiknya budak ni, hormat pada orang tua” Tengok pulak emak abahnya, takkan tak tau.

Cuba kita fikirkan, bila anak suka melepak kat tembok ke atau mana-mana tempat sampai ke Maghrib tak balik-balik.  Tentulah ada yang kata “ya abah eh suka melepak kat kedai kopi”  dan banyak lagi cerita-cerita yang seumpamanya.  Itulah antara sketsa kehidupan kita.

Jadi  cermin-cerminlah diri kita bila anak membuat sesuatu yang tidak elok adakah kita melakukannya samada kita pernah melakukan juga suatu ketika dulu atau ketika ini atau suami kita pernah melakukannya.

Seperti di atas, perlakuan yang tidak sama tetapi kata kerja atau makna yang sama,  “melepak”.

Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah kerana setiap renungan dan fikiran yang bermanfaat itu Allah akan gantikan dengan pahala dan kebaikan yang tidak terhingga.

Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
May 2012
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.