Archive for the ‘Diri’ Category
Cuti sekolah….. cemburu……….
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Lama benar rasanya saya tidak menulis di blog ini. Sebenarnya tiada cerita, asyik cerita tentang diri sendiri dan keluarga nanti boleh menyebabkan sifat-sifat yang buruk pula terkeluar walaupun niat saya setakat ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk membuka aib sendiri/keluarga. Hanya sekadar memberi ruang orang lain untuk berfikir dan merenung sejenak tentang diri mereka sendiri jika perkara yang sama berlaku ke atas mereka. Rasanya tiada perkara yang keterlaluan samada yang baik maupun yang buruk yang saya nyatakan disini. Semua perkara-perkara yang biasa-biasa sahaja yang mungkin boleh dijadikan tauladan dan panduan untuk anda semua. Yang besar-besar tu samada baik atau buruk saya simpan sendiri.
Sudah beberapa hari cuti sekolah bermula tetapi masih lagi berkira-kira bila waktu yang sesuai untuk balik ke kampung. Program mendidik anak-anak untuk ke masjid pun konon-kononnya nak buat hari-hari masa cuti sekolah ini tapi masih tak dapat nak buat, cuma hujung minggu sahaja boleh pergi, sampaikan anak saya Sodiq dan Aisyah ingatkan, “kata nak pergi masjid hari-hari tapi kenapa tak boleh pergi”. Saya hanya katakan “Abang tak ikut sama jadi ibu rasa tak selesa kita je yang pergi”. Anak saya yang tua tiada di rumah walaupun tiap-tiap minggu balik rumah, manakala anak yang tengah tunggu SPM, berkerja dan selalu balik lepas Subuh jadi yang dah besar ni memang dah jarang pergi ke masjid maupun surau. Walaupun sebenarnya saya pergi ke masjid tu untuk mendidik anak-anak yang besar ni supaya tidak tinggalkan masjid/surau tetapi dengan keadaan mereka sekarang nampaknya semakin jauh mereka dari masjid/surau. Bila sesekali ajak mereka dah mula tak nak dan katanya “segan”. Kata ustazah Ruzimah, memanglah perempuan tak digalakkan pergi ke masjid tetapi kalau kita niatkan untuk mendidik anak-anak dapat pahala wajib. Tambah-tambah abah diaorang dah tak ada jadi sayalah yang bertanggunjawab mendidik mereka.
Kalau dulu mereka rajin menolong saya di rumah dengan membuat kerja-kerja rumah samada tolong basuh pinggan, menyapu atau mengemas kat laman tapi sekarang ni dah tak macam dulu lagi. Bila di suruh dah susah sangat nak buat dan kadang-kadang bila di suruh tu lambat sangat nak buat jadi saya buat sendiri, nak tunggu diaorang buat bakal semuanya bersepah atau tak diurus. Memang betullah kata orang-orang yang dah berpengalaman “masa kecil memang semuanya nampak rajin dan senang diajak/ditunjuk ajar tapi bila dah besar sebaliknya”. Tapi tak apelah kita dah buat yang terbaik yang boleh kita buat. InsyaAllah semuanya akan jadi baik.
Ingatkan hari ini nak balik kampung tapi tak taulah order on line banyak pula yang nak disiapkan. Anak-anak yang kecil dua orang ni dah merenggek nak balik kampung atau pergi berjalan-jalan. Kalau dulu abah mereka rajin melayan kerenah mereka tapi sekarang ni tak de sesiapa pula yang boleh diharapkan. Abang-abang diaorang pun dah sibuk dengan hal masing-masing. Nak harapkan saya, entahlah bila saya boleh berubah supaya suka pergi berjalan-jalan. Dari dulu dari umur 12 tahun saya sudah mula tak suka keluar rumah walaupun duduk-duduk sambil berbual-bual di depan rumah kat kampung. Itu sebab kalau kat kampung bila sesekali keluar atau pergi kenduri jadi perhatian, lagilah saya malas nak keluar, semua orang pandang semacam je. Tapi sekarang ni dah tak kisah orang pandang cumanya saja-saja nak keluar tanpa tujuan yang penting tu masih lagi tak suka. Bila difikir-fikirkan bagus juga tu, tak delah mata yang menjadi mata-mata.
Kalau dulu walaupun saya suka duduk di rumah, sesekali masih lagi ada rasa cemburu dari almarhum suami apatah lagi masa bekerja dulu. Ditambah pula dihujung-hujung usianya memang amat ketara sifat cemburunya. Dia selalu katakan pada saya, dia sayangkan saya dan tak nak kehilangan saya. Saya cuma katakan pada dia, “Nisah dah tualah bang, tak de siapa yang nak dee”. Masa tu tak terfikir pula dia pergi untuk selama-lamanya, tinggalkan saya.
Sekarang ni, suami tak ada tetapi anak-anak pula menampakkan sifat cemburunya. Anak saya Sodiq, kadang-kadang bila saya angkat kain kat depan rumah saya tak pakai purdah, keluar kejap je. Dia dah mula pesan, “Ibu, ibukan dah pakai purdah kalau keluar kat depan ni kenalah pakai juga”. Manakala anak saya yang tua itu pun macam tu, ada kata-katanya yang menandakan dia cemburu. Padahal pada saya, saya amat menjaga diri saya. Bukan saja menjaga aurat fizikal dan hati malah tulisan-tulisan dalam web dan fb pun saya cuba tapis supaya tidak keterlaluan. Tulisan pun ada aurat ke? He, he, he… Ni kena tanya pakar ni apa yang patut di tulis apa yang tak patut di tulis…
.
Walaupun saya telah menutup ruangan untuk berchating, walaupun saya tak pernah berchating dengan mana-mana lelaki dan wanita, walaupun saya tidak memberi peluang dan ruang untuk berchating samada dengan lelaki maupun perempuan tetapi kata-kata saya di dalam fb dan web ini tak sangka pula boleh membuatkan orang tertarik. Yang perempuan saya tak kisah sangat tetapi kalau lelaki tu bahaya juga. Tambah-tambah kalau lama tak menjenguk fb tu, entah siapa-siapa pula yang tak saya kenali menulis di wall saya padahal saya tak pernah kenal atau berbual malah berchating dengan mereka. Nampaknya nak balik kampung ni kena tutuplah fb tu untuk beberapa hari. Nanti boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka pula orang lain pada saya….
. Apa-apapun saya akan cuba perbaiki lagi tulisan saya supaya tidak menimbulkan rasa tertarik sesiapa membacanya terutamanya kaum lelaki. Kalau terdesak, nampaknya saya kena tutuplah semuanya…
Bila difikir-fikirkan semula memang ada benarnya kenapa mereka(suami dan anak-anak) cemburu. Sebenarnya mereka semua sayangkan saya.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Hijrah…..
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Harap Maaf. Ada beberapa artikel saya yang saya simpan( kadang-kadang terkeluar juga) dalam proses transfer data ke blogsport. Mana yang saya rasa tak sesuai dan berbentuk cerita peribadi dan keluarga tu saya telah pun transfer sikit-sikit ke blog saya di blogsport. Jadi kemungkinan blog ini dikhaskan untuk cerita-cerita yang umum. Harap maaf.
Hidup ini begitulah ada masa terpaksa membuat keputusan untuk kebaikkan diri sendiri, keluarga maupun umum tapi apapun yang di atas sekali ialah Allah. Semoga sentiasa ada yang mengingatkan samada secara teguran terus, sendiran, dari artikel dan sebagainya. Alhamdulillah dan terima kasih kerana anda memainkan peranan membetulkan yang tak betul kepada yang betul, yang kurang baik kepada yang lebih baik, yang baik kepada yang terbaik dan seterusnya. Saya menghargai segalanya dan tiada apa-apa yang tersimpan dan yang tersinggung di hati. Untuk itu saya ambil balik puisi lama yang ada di dalam blog ini, yang sesuai untuk di renungkan….
Hijrah…,
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.
Mujahadah….,
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin.
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.
Oleh itu…,
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bulatkan niat,
Kuatkan munajat.
Semuanya…,
Bukan kerana manusia,
Bukan ingin dipuja,
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.
Tapi untuk Allah yang Esa,
Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.
Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Bila Rindu Menyapa….
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Bila Rindu Menyapa…..
Bila Rindu Menyapa…..
Ku katakan pada diri,
Dia bukan milikmu, tetapi milik yang Maha Esa,
Tuhanku sampaikan salam rinduku pada dia,
Pasti DIA mampu membalasnya.
Bila Rindu Menyapa…..
Ku katakan pada diri,
Jangan ikutkan rasa, nanti kau kan merana,
Berdoa pada yang Esa, agar hilang derita.
Monolog rinduku terus mencari,
Pada si dia yang telah pergi,
Pada si dia yang tiada di sisi,
Al-marhum Suami.
Tuhanku,
Jika kau boleh memberi pilihan lagi,
Ku tak ingin semua ini terjadi,
Kerna aku tiada kekuatan diri.
Tuhanku,
Tolonglah, aku Hamba-Mu yang lemah,
Tolonglah, aku sering kali kalah
Tolonglah aku, dalam mujahadah,
Tolonglah aku, menentang nafsu yang gagah.
Tuhanku,
Tolonglah aku,
Jangan biarkan aku terumbang ambing
terus bertahan di dahan dan ranting
yang hampir reput dan kering.
Tuhanku,
Tolonglah aku,
Berilah aku kekuatan,
Menentang kekuatan syaitan,
Menjauh segala kelembutan bisikan,
Mengharung badai di lautan kehidupan,
Melawan ketakutan di belantara kehidupan,
Mengelak kerakusan di belukar kehidupan,
Menyelusuri kegelapan dalam suramnya kehidupan,
Menahan teriknya mentari dalam terangnya kehidupan,
Berlindung dari hujan batu, ribut petir cuaca kehidupan.
Bila Rindu menyapa….
Hanya pada-Mu aku bertanya,
Hanya pada-Mu aku bersuara,
Hanya pada-Mu aku bercerita,
Tiada daya dan upaya,
Hanya pada-Mu aku serahkan segala Cinta,
Kerana ku ingin jadi hamba-Mu yang setia.
Bila rindu menyapa…
Tiada daya dan upaya,
segalanya ku serahkan padaNYA,
yang Maha Agung kekuatan cintaNYA,
kerna rindu hakikiku hanya padaNYA,
Pada Penciptaku yang tiada taranya.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Salam Maal Hijrah 1433H.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Alhamdulillah kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 1432H. Cepatnya masa berlalu, rasanya baru sahaja suami pergi tetapi sudah menghampiri setahun. Almarhummah mak mertua saya telah pun setahun pergi meninggalkan kami sekeluarga manakala almarhum suami akan menghampiri setahun tidak lama lagi, telah pergi meninggalkan kami. Beza antara mak mertua dan suami pergi cuma 46 hari sahaja.
Masih ingat lagi kata-kata kakak ipar, ketika kami ingin pulang ke Seremban setelah menziarahi mak mertua yang terlantar, “Mak sedaya upaya nak bangun untuk melihat adik(suami yang kecil sekali, kata kakak ipar anak kesayangannya) balik ke Seremban”. Tetapi tiada siapa yang nak angkat(kakak ipar tak nak angkat sebab kasihan dia takut sakit/letih). Dia hanya memalingkan mukanya ke arah tingkap sambil melihat kereta kami bergerak keluar. Mungkin itu juga sebab/petanda jarak mereka pergi meninggalkan dunia ini tidak jauh bezanya.
Maklumlah setiap bulan kami sekeluarga balik kampung membersihkan dan memotong rumput rumah maknya, walaupun kadang-kadang saya tidak ikut(sibuk dengan tempahan, anak tuisyen). Saya pun lebih suka menolong berkemas di rumah mak mertua dari rumah mak sendiri. Nak tau kenapa? Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang pastinya diakan mak suami saya, jadi untuk mendapat redha suami dan kasih sayang suami dan akhirnya mendapat redha Allah, jadi kita kena buat baik kepada sesiapa sahaja yang suami kita sayang. Apatah lagi maknya dan keluarganya. Memang berbaloi apa yang saya buat sebelum ini, kerana di hujung usia mereka(suami dan mertua), mereka menunjukkan rasa kasih sayang berlebih-lebihan hingga saya pula yang tak selesa.
Memang di hujung-hujung usia mak mertua dia nampak lebih rapat dengan kami sekeluarga tetapi bukan bermakna dia tidak rapat dengan anak-anak yang lain. Kalau datang ke rumah kami pun lebih lama sedikit dari sebelumnya. Kadang-kadang bila abang ipar(biras) ada urusan ke Seremban/KL dia tiba-tiba kata nak ikut dan suruh abang singah/hantar ke rumah kami tanpa memberitahu dahulu. Biasalah suami saya selalu tak ada dirumah, saya pula bila waktu hari bersekolah ni memang selalu keluar rumah samada pergi ke surau atau urusan lain. Jadi bila dia datang saya tak ada di rumah. Kenalah telefon dan tunggu sekejap walaupun kadang-kadang abang ipar ada urusan kerja. Bila mak mertua berada di rumah saya pula, mana saya pergi dia nak ikut samada jemput anak sekolah atau pergi ke surau. Bila saya ajak je terus nak ikut tetapi kadang-kadang saya tak ajak dia walaupun ada di rumah saya, sebab takut dia letih/demam. Saya selalu ingat pesan kakak ipar, takut dia sakit/demam nanti yang susah kakak kat kampung yang kena jaga.
Saya juga tak terlalu berkira-kira dengannya. Kalau di kampung, saya selalunya suka tidur di dalam bilik dengan anak-anak kecil dan suami,yang besar tidur di ruang depan bersama mak mertua, tetapi setahun/dua tahun sebelum dia pergi, dia selalu ajak saya tidur sama-sama di ruang tamu/depan tv. Lama-lama tu saya perasan mungkin dia nak bermanja dengan anaknya(suami). Jadi kami tidurlah bersama-samanya diruang tamu kalau tak ada keluarga lain yang balik. Dia selalunya tidur sebelah saya/dekat dengan saya. Bila datang rumah kami pun dia nak tidur bersama-sama dengan saya, suami dan anak-anak tetapi bila saya beritahu suami dia kata, ” tak pelah tidurlah kat bilik yang dah disediakan untuknya”. Kadang-kadang saya perasan juga kalau ada apa-apa yang dia nak, dia tak cakap terus kat suami saya tetapi dia cakap dekat saya dulu. Mungkin juga kerana nak jaga hati saya, mungkin juga kerana suami saya selalunya tak berapa nak ikut cakapnya bila dia sendiri beritahu.
Apa-apa pun mak mertua saya memang seorang yang baik dan lemah lembut dengan anak-anaknya berbanding dengan saya yang selalu suka marah(tapi taklah menengking/herdik) anak-anak walaupun depan mak mertua. Tetapi mak mertua selalu sokong saya bila saya marah anak-anak, padahal saya tak pernah nampak dia marah dan bersungut tentang/dengan anak-anaknya. Dia pun tak pernah mengadu dan komen perkara-perkara yang tak elok tentang anak-anaknya. Saya selalu ingin jadi sepertinya dan berazam ingin jadi seperti mak mertua saya tetapi hingga setakat ini rasanya belum mampu sebaiknya.
Itulah azam saya untuk tahun baru Maal Hijrah yang akan datang tidak lama lagi, “Menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya, mampu memberi dengan penuh kasih sayang”. Sesungguhnya rasa kasih sayang itu kurniaan dan hadiah dari Allah, walaupun kadang-kadang rasa kasih sayang itu bukan pada orang yang sepatutnya kita sayang.
Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga apa sahaja yang ingin kita lakukan, matlamat utama kita ialah untuk mencari “REDHA ALLAH”, walaupun ia nampak “BERBEZA DARI BIASA”.

Terimalah segala ketentuan/takdir Allah untuk diri kita sendiri terutama untuk diri saya sendiri. Peringatan ini lebih untuk diri saya sendiri....
.
Ameen, ameen ya Rabbal alamin.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Bisikan…..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Ya Allah, apakah yang mengganggu fikiran ku ini? Adakah ini bisikan syaitan atau isyarat dari Mu Tuhan. Berikanlah aku jawapan agar hati ku tenang.
Ya Allah, jahatnya syaitan ini. Ku cuba tutup segala laluannya tetapi dia dapat juga meresap ke jiwaku. Astagfirullah hal ‘azim. Apakah caranya lagi perlu ku lakukan?
Ya Allah sesungguhnya aku insan yang lemah, tiada akal dan upayaku untuk melawannya. Berikanlah aku kekuatan untuk terus menghadapi segala pancaroba hidup ini. Sesungguhnya pada Mu Tuhan aku berserah.
Cuti Sekolah datang lagi
Di hujung-hujung musim persekolahan ini fikiran saya sudah mula ligat memikirkan apakah yang perlu dan patut saya lakukan untuk anak-anak di musim cuti sekolah. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya cuba menyediakan program untuk mereka. Ada kalanya menjadi ada kalanya tidak. Tak apalah asalkan saya berusaha mendidik mereka, berjaya atau tidaknya saya serahkan kepada Allah.
Ermmm, Anak saya yang pertama masih dalam cuti semester. Lama juga sehingga habis bulan Disember. Katanya nak kerja tapi setakat ini masih lagi ‘memeruk’ di rumah. Tidur dan berfb, itulah kerjanya. Sesekali tolong juga kemas-kemaskan depan rumah. Saya semenjak dua menjak ni malas sangat nak mencabut rumput depan rumah. Kalau dulu rajin juga membelek-belek bunga sebab suami rajin tolong, sekarang ni nak jemur kain kat depan pun rasa malas. Patutlah sebelum suami pergi dia dah siapkan ampaian di belakang rumah. Saya lebih selesa menjemur kain di belakang rumah tapi kalau hujan kena bawa ke depan supaya tak kena hujan.
Banyak perkara yang dia siapkan sebelum dia pergi. Banyak perkara juga yang dia ingatkan saya sebelum dia pergi. Walaupun pada peringkat awalnya saya tak perasan tapi lama kelamaan saya perasan juga. Ya…, itu semua adalah datangnya dari Allah cuma disampaikan oleh almarhum suami saya. Semoga dia juga mendapat ganjarannya atas apa yang dia lakukan di saat akhir-akhir hidupnya. Terima kasih Allah.
Saya selalu berfikir/teringat, sebelum ujian besar ini datang kepada saya, Dia(Allah) telah menyediakan pelbagai-bagai perkara untuk saya menghadapinya. Dia mendatangkan ujian-ujian yang kecil supaya saya bersedia untuk ujian yang lebih besar. Banyak perkara-perkara yang saya ingatkan pada almarhum suami tetapi akhirnya peringatan itu jugalah yang berguna untuk saya dan saya gunakan sekarang. Banyak perkara yang tak mahu saya lakukan dan saya larang ahli keluarga saya lakukan, akhirnya ia membawa kebaikkan pada kami sekarang ini. Banyak perkara kebaikan yang ingin saya lakukan dan tidak boleh saya lakukan dahulu akhirnya Allah mengizinkan saya lakukan sekarang ini. Dan banyak perkara juga yang saya usahakan tidak menjadi, dan selalu saya bertanyakan pada diri sendiri dimana silapnya? Saya tak nampak pun apa-apa kesilapan yang saya lakukan dan saya dah buat semua/apa yang Allah suruh tapi tak juga dapat? Akhirnya baru saya mendapat jawapannya sekarang ini. Syukur Allah atas segala-galanya walaupun suatu ketika dahulu saya sering bertanya pada diri sendiri maupun dengan almarhum suami, kenapa? mengapa? Banyak perkara yang terjawab sekarang ini. Semuanya adalah kerana ujian dan cubaan yang ingin KAU berikan padaku. Ku terima atas segalanya Allah, sekarang ini baru ku tahu kenapa dan mengapa.
Ehhh… melalut pulak cerita lain, sambung balik cerita pasal anak…. Ada juga yang kaum kerabat yang cadangkan kerja kat McD dan seumpamanya, tapi saya kurang setuju dan dia pun tak berapa suka, katanya pengurus suruh buang janggut. Itulah pengalaman kerja beberapa hari bekerja di McD semasa tunggu keputusan SPM dulu. Sayang sangat dengan janggutnya, dari sekolah lagi tak pernah di buangnya. Walaupun dulu dia bertukar dari Maahad ke sekolah agama biasa janggutnya tetap tidak dibuang, katanya cikgu tak marah. Tak apalah perkara yang baik taklah saya melarang.
Anak ke dua saya bakal menduduki SPM beberapa hari lagi. Perangainya lebih kurang sama je dengan abangnya dulu. Tak kisah, macam ok je tapi kalau tengok keputusan peperiksaan sebelum ni taklah bagus sangat. Ibunya juga yang kisah, suruh baca buku, suruh solat hajat, suruh baca yassin/ngaji banyak-banyak dan banyak lagi. Kalau tak diingatkan tak dibuat dan kadang-kadang saya marah juga dengan perangai dia.
Manakala anak ketiga saya ni, konon-kononnya nak hantar program cuti sekolah selama sebulan, yang pernah dia pergi dulu. Tapi dah besar ni, susah juga nak disuruh sebab dah pandai membantah/menolak. Kenalah pulak program yang disediakan program agama dan membetul bacaan semasa membaca al-Quran. Tak taulah boleh hantar atau tak dan mungkin yang dekat je, boleh berulang hari-hari.
Anak saya yang ke empat ni pun macam tu, tapi dia yang nak pergi. Tempatnya tak sama dengan abangnya. Tak boleh sama-sama tempat nanti bergaduh. Tapi rasa-rasanya hantar tempat yang sama dengan abangnya. InsyaAllah jika mereka setuju.
Bukannya tak mahu hantar yang dekat, berulang setiap hari tapi maklum ajelah cuti sekolah, orang lain seronak main di padang baik pagi atau pun petang tapi anak-anak saya pergi belajar. Tentulah daya tarikan main tu lebih kuat dan menyebabkan malas nak pergi tambah-tambah pula saya yang paksa. Padang pun depan rumah je, lagilah hati mereka meronta-ronta.
Entahlah, saya pun tak pasti, menjadi atau tidak perancangan saya tahun ini. Kalaupun tak menjadi tak apalah, sekurang-kurangnya saya paparkan di sini ada juga idea untuk orang lain buat perkara yang sama. Saya tak buat tapi orang lain buat insyaAllah dapat juga bahagian untuk saya.
Dua orang anak kecil saya ni, memang tahun hadapan saya nak sekolahkan di Madrasah. InsyaAllah, hati saya lebih kuat ke arah itu tapi belum Istikharah lagi. Tak apalah dia orang tidak dipandang hebat oleh orang tapi Allah memandang mereka. Asalkan ilmu agama mereka penuh di dada itu sudah cukup bagi saya. Nak harapkan saya yang mengajar, saya pun tak pandai. Setakat mengajar mereka mengaji tu bolehlah.
Bak kata ustaz-ustaz yang mengajar di sekolah pondok/madrasah, ” ilmu agama itu kena di dulukan, kalau itu dah selesai nanti kalau dia nak cari ilmu dunia/ambil SPM secara persendirian pun boleh, InysaAllah Allah akan tolong”.
Memang banyak yang saya dengar, walaupun mereka tak belajar lama(dari tingkatan 1 hingga 5) tapi mereka boleh berjaya dalam SPM macam orang lain juga dan berjaya juga masuk ke Universiti.
Betullah dengan ungkapan ini, “Jika kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita”. Dan itulah yang cuba saya lakukan, walaupun kadang-kadang saya juga tersasar dari landasannya tapi selalu ada yang menyedarkan dan mengingatkan. Terima kasih Allah kerana mendekatkanku dengan orang yang baik-baik. Terima kasih Allah atas segala-galanya. Sesungguh semuanya adalah datang dari Engkau, yang buruk maupun yang baik.
Entah bilalah saya boleh untuk tidak menulis tentang diri sendiri dan keluarga ni?
Itulah antara bisikan-bisikan yang sering mengganggu tidurku.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Labbaikallah….
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Kami sahut panggilan-Mu ya Allah, Kami Sahut tiada sekutu-MU, Ya Allah!
Kami sahut segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, ya Allah!
Tidak ada sekutu dengan-MU.
Allahhu Akhbar. Inilah satu-satunya keinginan saya yang masih belum tercapai. Semoga saya mampu mengumpulkan duit untuk ke sana secepat mungkin. Orang macam saya ni kena ada mahram jadi kena kumpul lebih sikit duit bolehlah bawa anak lelaki.
Teringat pesanan ustazah Ruzimah, kalau rukun Islam yang lima belum sempat dilaksanakan sebelum kita menghembuskan nafas terakhir, kita akan berada di mana? Padahal kita mampu sebenarnya untuk ke sana tetapi kita lebihkan hal-hal dunia. Baju dah tiga almari tapi masih nak lagi beli baju baru. Kereta dah ada tapi masih nak tukar kereta yang lebih cangih atau nak tambah lagi satu. Rumah dah ada tapi masih nak besarkan dan banyak lagi, padahal duit-duit tu dah boleh di simpan untuk pergi haji.
Kalau ada duit, masa pula yang tak ada. Katanya, terlalu takut meninggalkan perniagaan, pekerjaan atau anak-anak. Mana yang lebih penting cinta Allahkah atau cintakan perniagaan yang takut kerugian, atau perkerjaan yang mungkin bertimbun/hilang atau anak-anak yang masih kecil? Semuanya itu alasan menandakan kita belum benar-benar menyintai Allah lebih dari segala-gala. Katanya kalau kita benar-benar utamakan dan cintakan Allah kita sanggup kehilangan anak daripada kehilangan Allah, kita sanggup kehilangan segala-galanya kerana DIA. AllahhuAkhbar cintaku tak seutuh Rabbiatul Adawiyah terhadap MU ya Allah. Ampunkan Aku.
Tersentak saya mendengar kata-kata itu beberapa tahun dulu. Tapi apakan daya, kita sudah terlanjur melakukannya, hutang telah sedia ada di keliling pinggang, cumanya janganlah cuba menambah lagi apa yang dah ada, simpanlah duit untuk kita membuktikan bahawa kita ini hambaNya, sanggup susah keranaNya. Sekarang ini hutang dah tak banyak tapi duit yang ada setakat cukup makan aje. Tak apalah yang lain tak ada, asalkan kita mampu menuju kepada Allah yang satu yang kita sentiasa lafaz setiap hari. Inna solati……
Sebenarnya lafaz di atas ialah untuk mereka yang ingin menunaikan haji tapi untuk kita yang tak pergi ni pun sesuai juga. Kita sahutlah panggilan Allah dengan membuat apa yang di suruhNya dan menjauhi apa yang di larangNya sebaik mungkin.
Terkenang masa program Dhuha dengan ustazah Salbiah lebih sepuluh tahun dulu.
Satu pagi di program Dhuha di Taman Exora. Kami biasanya bertukar-tukar tempat program bergantung pada permintaan. Kadang-kadang di surau, kadang-kadang di Masjid dan kadang-kadang di rumah ahli Dhuha. Selepas solat Dhuha, solat hajat dan sesekali solat sunat Tasbih yang di pimpin oleh ustazah Salbiah, kami membaca kitab-kitab yang telah di bukukan semula ke bahasa Melayu. Maklumlah kami ni ramai yang tak pandai jawi termasuk saya.
Ustazah punya stail, biasalah kadang-kadang dia bacakan, kadang-kadang dia suruh anak muridnya bergilir-gilir membacanya. Satu ketika dia menyuruh saya membaca satu kitab, tak ingat kitab apa dan terselit sikit tentang haji. Saya pun bacalah dengan kuatnya supaya semua orang dengar. Lafaz di atas di baca beberapa kali, entah kenapa hati terasa hiba hingga menitiskan air mata, tiba-tiba sahaja, tidak mampu saya menahan, tersedu-sedu saya membacanya. Tak tahulah dari mana datang perasaan sedih itu padahal sebelumnya tiada apa-apa. Seingat-ingat saya tiada masalah dari rumah yang saya bawa ke situ. Tapi entahlah semuanya berlaku tanpa dirancang.
Walaupun ustazah tahu saya menanggis teresak-esak dan berjangkit kepada orang lain pula tetapi dia tidak menyuruh saya memberhentikan bacaan. “Aduh! ustazah ni”, dalam hati saya berkata-kata. Hingus sudah meleleh keluar, tiada sapu tangan untuk di sapu. Akhirnya saya lapkan sahaja di tudung. Saya membaca beberapa muka surat sehingga dia mengatakan cukuplah, sedangkan ketika itu mau sahaja saya melarikan diri tetapi tak berdaya rasanya untuk bangun.
Itulah, kadang-kadang saya tak ingin menanggis tetapi perasaan itu datang sendiri supaya menanggis serta mengalirkan air mata dan ada ketikanya saya ingin menanggis tetapi saya tidak boleh menanggis. Sebelum, ketika dan saat suami saya menghembuskan nafas terakhirnya, saya tidak boleh menanggis sedangkan orang sekeliling telahpun menanggis. Hinggakan semasa di dalam van jenazah semasa mengiringinya untuk di bawa ke taman tempat tinggal kami, saya bertanya pada diri di dalam hati, kenapa saya tidak menitiskan air mata. Padahal ketika itu saya tidak boleh membacakan untuk dia ayat-ayat suci(biasalah orang perempuan tiap-tiap bulan ada waktu cutinya). Biasanya dalam keadaan begini saya lebih sensitif. Saya seorang yang sensitif, terlalu mudah mengeluarkan air mata. Sehingga saya berdoa kepada Allah titiskanlah sedikit air mata saya untuknya ketika ini.
Akhirnya saya menitiskan sedikit air mata setelah saya sampai di Surau taman dan kawan-kawan datang memeluk saya. Dan sekali lagi selepas solat Jenazah, ketika kawan-kawan dari Jemaah ustazah Salbiah memeluk saya untuk mereka beredar dari surau.
Tetapi sebenarnya di sebalik apa yang berlaku ini, ada baiknya yang ingin Allah tunjukkan, mungkin bukan untuk saya tetapi untuk orang lain. Allah menutup keaiban diri saya daripada orang lain, dengan memandang baik pada saya, dengan pujian-pujian yang mengatakan saya seorang yang kuat, sabar, tabah dan cekal. Entahlah, saya sendiri tak merasai kebenaran, apa yang mereka katakan kerana saya tahu di mana kekurangan saya. Kadang-kadang apa yang saya paparkan kepada orang, menyebabkan orang tertipu sedangkan saya tiada niat untuk menipu. Padahal saya tak rasa pun seperti apa yang mereka cakapkan.
Yang ingin saya katakan disini, kadang-kadang kita tidak menduga sesuatu akan terjadi kepada kita, kadang-kadang apa yang kita rancang dan harapkan pada diri kita tidak terjadi walaupun telah puas kita berusaha tetapi perkara yang lain yang tak dijangka yang tidak ingin terjadi ia terjadi pula dan cuba kita melawannya tak terdaya rasanya untuk melawannya. Sakit jiwa ini rasanya.
Oleh kerana saya sudah ada pengalaman melawan kehendak hati, jadi saya tidak mahu tersiksa seperti sebelum ini. Iaitu melawan untuk tidak memakai niqab/purdah yang sejak zaman remaja lagi. Gerakkan hati itu sejak dari sekolah lagi, tetapi banyak perkara yang saya fikirkan menyebab saya tidak melakukannya. Apabila saya ingin mendirikan rumah tangga perasaan itu hilang. Akhir sekali dalam setahun sebelum suami pergi perasaan itu datang semula. Keinginan saya begitu kuat untuk berbuat demikian sehingga saya meminta izin pada suami, cumanya ketika itu dia tidak mengatakan ia atau tidak. Dia hanya diam. Selepas suami pergi perasaan itu begitu kuat menganggu sehingga menanggis saya melawannya, maklumlah saya seorang, banyak perkara yang perlu saya fikirkan, saya takut saya tidak kuat dengan kata-kata orang tetapi dalam pada itu saya juga tidak suka diganggu dengan pandangan yang saya sendiri tidak faham apa maksudnya. Samada yang memandang itu lelaki atau pun perempuan.
Selepas saya berjaya mengikut kata hati, saya rasa lebih tenang dan tidak peduli lagi samada orang pandang atau tidak. Tambahan sekarang ni saya banyak keluar rumah. Jadi saya rasa lebih selesa begini. Walaupun apa pandangan orang, saya sudah tidak peduli. Banyak cerita-cerita yang saya dengar sebelum ini menyebabkan saya tidak mahu menjadi seperti apa dan siapa yang mereka ceritakan. Antaranya, “Dia tu lepas jadi Janda, dari tudung labuh dah jadi singkat, dah pandai mekap-mekap dan banyak lagi, bila bercakap tergedik-gedik dan banyak lagi,”. Ah, saya tidak mahu seperti apa yang mereka gambarkan. Sebelum mereka mula mengata lebih baik saya tutup mulut mereka dengan cara saya. InsyAllah, saya mampu melakukannya. Setakat ini, insyaAllah nampak baik-baik belaka, tiada pandangan serong dari jiran tetangga. Saya senang dan tenang begini. Alhamdulillah.
Kebelakangan ini saya suka berfikir dan cuba mengaitkan sesuatu peristiwa yang berlaku sebelum ini dengan diri saya sekarang ini. Saya cuba mencari jawapannya. Mungkin sudah ada jawapannya sekarang ini, walaupun dulu saya tak tahu kenapa.
Memang benarlah, hati kita milik Allah jua. Takkan boleh kita melawan kehendak Allah cuma hanya mampu berdoa semoga tiada rasa-rasa yang boleh mengganggu perjalanan hidup kita. Ya, sememangnya saya berdoa dari dahulu lagi, ingin memiliki hati yang tenang dan bahagia. Tenang bila berhadapan dengan masalah, tidak cepat marah, melenting dan berkeluh kesah walaupun sebanyak mana sekalipun yang datang. Bahagia dengan kehidupan yang di lalui tanpa ada rasa-rasa yang tidak puas hati, tanpa rasa susah hati, tanpa rasa ingin mencari-cari dan menerima sahaja kententuan Ilahi. Mungkin itulah yang ingin Allah beri tetapi jalannya tidak sama seperti yang saya ingini. Entahlah, saya pun tak pasti. Sekarang saya hanya berserah pada Pencipta saya. Tak mahu dan tak mampu saya melawanNYA.
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN YANG TAK PERGI SELAMAT MEYAMBUT SERUAN ILAHI.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Hampir sama tetapi berbeza rupa dan rasa(2).
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
bersambung….
Terlalu sukar untuk menjadi sempurna tetapi usahakanlah menyempurnakan diri kita sendiri. Terlalu sukar untuk menjadi terbaik tetapi sentiasalah memperbaikki diri mengikut laluan yang telah ditunjukki Ilahi. Tunjukkan kesungguhan usaha kita kepada Allah. InsyaAllah Dia memberi yang terbaik daripada apa yang telah kita usahakan dalam memperbaikki diri kita.
Kita adalah apa yang kita usahakan.
Kalau kita perhatikan gambar kuih di atas sukar untuk kita mengungkapkan sesuatu tentangnya. Hanya mampu diungkap mengikut pandangan mata kita sahaja, kalau lebih-lebih nanti termasuk pula dalam perkara ‘pujian yang melampau’ dan mungkin juga masuk kepada perkara ‘Buruk sangka’.
Ya… daripada pandangan mata nampak cantik. Kata orang kita hanya mampu menilainya sekadar kemampuan mata memandang. Tambah-tambah lagi kalau kita menilainya dari jauh.
Tentang diri saya, sukar sebenarnya untuk saya menyatakan kebenarannya. Kadang-kadang jika di tulis yang baik-baik takut juga orang mengatakan saya ni baik sangat ataupun orang mengatakan, “macamlah dia je yang bagus/baik”. Tetapi jika di ceritakan yang tak elok, takut pula dikatakan menjaja keaiban diri sendiri atau tidak pandai menjaga maruah diri.
Ah…, ketepikan kata-kata manusia yang pentingnya Allah suka.
Sukar juga untuk kita menjadi orang yang berada di tengah-tengah atau dalam kesederhanaan. Buruk sangka pun tidak, memuji berlebihan pun tidak. Manakala yang empunya badan(yang kena puji) pula tidak terasa apa-apa, membanggakan diri tidak, sombong dan takabbur/riak pun tidak, ujub/perasan(yang orang lain tak tahu) pun tidak.
“Tuhanku, tolonglah aku, jadikanlah aku hambaMu yang sebenar-benarnya sebagai seorang hamba. Ya Allah, berilah yang terbaik untuk duniaku dan akhiratku”.
Percayalah, kita akan berjaya akhirnya dengan usaha dan doa yang baik yang di sukai oleh Allah.
Ingin saya kongsikan beberapa perkara yang biasa saya dengar dari mulut manusia untuk anda menilainya samada “sama tetapi berbeza rupa dan rasa” dengan saya.
1. “Di dahinya ada tanda hitam menandakan dia orang yang sentiasa sujud kepada Khalidnya tetapi kenapa perangainya macam ni…..” panjanglah lagi apa yang diceritakan cukuplah setakat ini saya nyatakan.
Kenapa terlalu cepat kita berburuk sangka, kan jalan mujahadah itu panjang? Mungkin dia masih lagi dalam memperbaikki dirinya sendiri tapi masih belum boleh melakukan yang sepatutnya. Sepatutnya kita katakan pada diri sendiri, “Hebatnya orang ini, sentiasa sujud pada Ilahi, tentunya dia dalam bermujahadah untuk memperbaikki dirinya sendiri”.
Kenapa harus kita mencari silapnya? Sepatutnya kita tanyakan pada diri sendiri, “Bolehkah aku melakukan sepertinya?”
Kenapa saya katakan begitu? Kerana suatu ketika dulu dan mungkin sekarang juga saya berburuk sangka dengan orang lain juga terutamanya kepada Allah pencipta saya. Dan juga kerana saya sendiri sebenarnya cuba memperbaikki salah satu perangai mazmumah saya sejak dari saya masih remaja lagi tetapi baru sekarang saya mampu mengubahnya. Lihatlah, lamanya saya cuba mengubahnya, lebih 20 tahun. Saya sendiri pernah bertanya pada diri sendiri dan kepada Allah kenapa saya tak boleh ubah peranggai yang satu ni? Apa lagi yang perlu saya lakukan ya Allah? Telah pelbagai cara saya lakukan, semuanya tidak menjadi.
Tetapi sekarang saya sudah tahu apa jawapannya/sebabnya. Dengan mengubah satu perkara baik yang mengikut kata hati saya, saya mampu mengubah banyak perkara bukannya satu perkara sahaja. Saya menafikannya selama ini apa yang patut saya lakukan(buruk sangka dengan Allah), kerana saya ingin mengikut jalan yang saya rasakan betul dan sesuai dengan keadaan semasa tetapi Allah lebih tahu apa yang betul/baik untuk saya. Tidak dinafikan juga usaha yang berterusan akhirnya saya berjaya juga mengubahnya… Terima kasih Allah kerana terus memberi peluang padaku dan tidak menarik semula hidayahmu sehingga ke hari ini, sehingga kutahu menghargai hidayahmu. Syukur Alhamdulillah.
Alangkah bagusnya kalau saya menurut kata hati sejak dulu lagi pasti semuanya baik dan tidak banyak perkara yang perlu saya lalui. Itulah firasat saya bila sesekali ia menerjah fikiran saya, tetapi semuanya yang terjadi telah pun ada di dalam takdir Allah untuk saya.
Tidak saya kesali apa yang terjadi. Sekarang baru saya nampak hikmah di atas apa yang terjadi kepada saya selama ini. Sekarang baru benar-benar saya mensyukuri apa yang terjadi walaupun suatu ketika dulu, saya selalu bertanya pada Ilahi, mengapa banyak perkara terpaksa saya lalui? kenapa saya yang mesti menghadapi semua ini dari dulu lagi, kenapa saya tak seperti mereka? Kenapa aku tak pernah puas/bahagia dengan apa yang ada? Dan banyak lagi pertanyaan tak terjawab ketika itu. Sekarang baru saya tahu jawapannya.
Sungguh! nikmat Allah yang mana lagikah ingin saya dustai? Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang lalu.
Terima kasih Allah, atas nikmat ini, nikmat yang tiada tandingannya di dunia ini. Nikmat rasa tenang dan bahagia. Kerana itulah yang saya inginkan selama ini tetapi jalannya tidak sama seperti yang saya gambarkan. Walaupun dugaan terus datang sekarang ini tetapi saya lebih tenang/tabah menghadapinya. Syukur ya Allah, ku redha dengan dugaan yang datang. Mudah-mudahan…
2. Kawan saya pernah berkata kepada saya, “Apalah ustazah tu, kalau dah pakai tudung labuh, pakai jelah walaupun kat mana. Ni sekejap labuh, sekejap tarik sana, tarik sini, sekejap pin sana pin sini.”
Saya hanya senyum tak tau nak cakap apa, walaupun saya tak berapa setuju dengan kata-kata kawan saya. Kerana saya pernah terdengar ustazah Zuraini kata “orang yang ingin berdakwah kena ada strategi juga untuk menarik orang lain ke arah kebaikkan, ada buku khas untuk strategi berdakwah. Asalkan dia tidak melebihi hadnya tak mengapa, contohnya kalau tudungnya masih lagi mengikut piawaian al-Quran, apa salahnya mungkin itu cara dia yang patut dia lakukannya mengikut niatnya. Kenapa terlalu cepat menilai/buruk sangka?
Jadi…, tanyalah diri sendiri, siapalah kita(jika kita orang yang kurang berilmu) ini untuk mempertikaikan mereka yang hebat di dalam bidangnya?
Tentang perasaan ujub/perasan dengan diri sendiri ni, sukar untuk dinyatakan, kerana diri kita sahaja yang tahu, itu pun setelah kita tahu apa itu ujub/perasan pada pandangan Islam. Pada mulanya ingin saya ulas lebih panjang tetapi bila difikirkan tak perlulah. Banyak buruk dari baiknya. Tetapi setelah berfikir, saya berani bercerita sedikit disini setelah membaca ungkapan yang ustaz Pahrol tulis di fbnya. Sekurang-kurangnya menyokong sedikit apa yang selalu saya katakan. Saya lebih suka mencari kesalahan/keburukkan diri sendiri daripada mencari kesalahan orang lain. Kata ustaz Pahrol,
“Mengaku akan kesalahan diri itulah yang paling sukar. Sedangkan itulah syarat utama dan pertama untuk melakukan perubahan. Ego, itulah musuh kita. Musuh kita ialah ‘keakuan’ kita.”
3. Cuma satu cerita sahaja yang ingin saya luahkan di sini. Suatu ketika dulu saya pernah/selalu di puji di khalayak ramai oleh seorang ustazah. Ustazah itu mungkin Ikhlas memuji saya tetapi bagaimana kawan-kawan saya yang lain yang mendengarnya. Kalau dah terlalu galak tu, mungkin ada yang kurang senang mendengarnya. Akhirnya saya katakan padanya, “Jom duduk rumah saya dua atau tiga hari, lepas tu baru tahu siapa saya sebenarnya.” Walaupun sebenarnya saya gembira dengan baik sangka yang ditunjukkan cumanya untuk menjaga hati saya sendiri supaya tidak terlalu perasan dan juga menjaga hati orang lain yang mendengarnya supaya tidak menyampah serta untuk mengelakkan sifat dengki dan tak suka dengan saya pula nanti…..
.
Sebenarnya saya amat jauh sekali dari apa yang digambarkan. Perwatakan kita di khalayak ramai masih lagi boleh di kawal tetapi bila bersama suami dan anak-anak, itulah wajah kita sebenarnya. Saya sedar siapa saya, saya tidak seperti apa yang anda sangkakan. Terlalu banyak yang buruk dari yang baiknya. Saya masih belum ikhlas dalam memperlihatkan keperibadian saya.
Saya tahu mereka yang menghargai saya itu(di alam maya), ikhlas orangnya. Kalau tidak pastilah mereka menguarkan-uarkan dikhalayak ramai. Pun begitu di dalam blog ini saya juga ada menceritakan sikit-sikit perangai saya yang kurang baik, itupun saya beritahu mana yang dirasakan boleh saya beritahu. Banyak lagi perkara yang saya sembunyikan. Cuma ingin saya nyatakan disini, saya tidak seperti apa yang anda gambarkan.
Semoga anda semua faham apa yang ingin saya sampaikan, walaupun sekadar membuat perbandingan sifat buruk sangka dan baik sangka.
*************************
Yang pastinya saya telahpun menghadam buku yang amat menarik perhatian saya. Apa yang saya rasai sekarang ini terjelma di dalam buku ini. Tentu penulisnya telah lama merasai apa yang sedang saya rasai. Tulisannya seakan mengambarkan “sama rasa tetapi berbeza rupa dan keadaannya”. Semoga saya tidak salah untuk merasai nikmat yang sama….
. bb guns igri
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Selamat Menyambut Eidul Fitri
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga anda semua berada didalam rahmat dan redha Allah.
Selamat tinggal Ramadhan dan Salam Syawal untuk anda semua yang mengenali saya samada di alam maya maupun di alam nyata.
“Kata-kata pada tulisan itu indah dan bermakna jika kita ingin mencari kebaikkannya, walaupun kadang-kadang kita merasa terkena, semoga mendapat ikhtibar di sebaliknya. Hadapilah kehidupan dunia untuk mencari keredhaan-Nya”.
Mohon maaf zahir dan badin di atas kata-kata dan tulisan saya yang mungkin membuatkan anda terasa.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Allah mencukupkan…
Assalamualaikum dan apa khabar…
“Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”.
(Ath-Thalaq: 3).
Syukur Alhamdulillah kepada Allah yang Maha Memberi segala nikmat. Nikmat iman, nikmat kesihatan dan keselesaan dan pelbagai nikmat kehidupan yang tidak dapat dihitung dan dikira banyaknya. Semoga kita semua sentiasa di dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur akan kurniaan ini.
Telah sebelas hari kita berada dibulan yang mulia dan penuh keberkathan ini. Terlalu cepat masa berlalu tetapi masih ada peluang dan ruang lagi untuk kita meningkatkan amalan kita di bulan ini. Semoga kita diantara orang yang sentiasa merebut peluang yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang di kasihi-Nya.
Walaupun pun tahun ini kami sekeluarga berpuasa, tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi saya tetap bersyukur atas kurniaan Ilahi. Allah menarik satu nikmat dari saya tetapi Dia memberi nikmat lain yang lebih berharga yang tiada tolok bandingnya. Sungguh….! tiada kata yang dapat saya lafazkan di sini. Sungguh benarlah, Allahlah cinta pertama saya. Baru sekarang dapat saya rasainya walaupun telah lama perkataan itu tertampal di blog ini.
TERIMA KASIH ALLAH atas kurniaan ini, semoga ENGKAU terus memberikan rasa-rasa sebegini hingga akhir hayatku. ameen…
Masih lagi bercerita tentang diri saya dan keluarga. Mohon banyak maaf saya tidak mampu mengelak dari bercerita tentang kami sekeluarga. Semoga ada manfaatnya dan semoga tiada niat yang buruk/mazmumah tersemat di hati saya juga tiada buruk sangka dari pengunjung blog ini akan tulisan-tulisan saya kebelakangan ini.
Saya sendiri sebenarnya sedang berfikir, inikah yang di katakan “niscaya Allah mencukupkan keperluan (hamba)nya” seperti ayat al-Quran di atas. Bayangkan sepanjang minggu lepas dari hari Isnin sampai jumaat, saya hanya memasak roti jala dan kuah kari, bubur jagung dan kurma untuk berbuka puasa atas permintaan anak-anak. Roti jala saya bahagikan 7 ke 8 keping setiap seorang. Cuma hari Rabu saya buat Mertabak yang tak berapa jadi. Hari berikutnya anak saya menyuruh saya masak roti jala semula. Saya cuba masak nasi dan lauk sekali dalam seminggu tu, tetapi tidak diusik oleh mereka, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak memasak lauk cuma nasi jika ada yang teringin makan untuk bersahur. Itu pun tak di makan melainkan kalau saya buat nasi goreng semasa sahur, baru dia orang makan. Wah! kalau macam ini jimat betullah puasa tahun ini. Dalam RM5.00 sahaja modal untuk satu hari.
Hari Sabtu, berbuka dan tidur semalam di kampung. Manakala hari Ahad baru saya memberi diaorang duit poket untuk mencari makanan kegemaran mereka di Bazaar Ramadhan. Tak masak nasi/lauk juga untuk hari Ahad tu …
.
Kalau tahun sebelum ini arwah suami selalu juga(bukan setiap hari) melayan kerenah anak-anak dengan pergi ke Bazaar Ramadhan. Mungkin juga beberapa tahun kebelakangan ini saya selalu mengingatkan arwah suami dan anak-anak tentang “berpuasa bukan bermakna bila berbuka kita makan semahu-mahunya”, seperti artikel saya pada tahun 2009 di http://ibumithali.com/2009/09/jus-tok-guru-bermadu-kasturi/.
Memang anak-anak saya samada yang besar dan yang kecil, tidak banyak meminta kebelakangan ini. Di tambah pula tahun ini saya selalu mengingatkan mereka “kita dah tak ada abah jadi kita tak boleh buat macam ada abah, kena beringat. Jangan terlalu ikutkan rasa dan hati masing-masing. Ya… memang kita masih cukup segalanya sekarang, tapi masa akan datang tak tau lagi. Takdir di tangan Allah. Lihat sahaja macam mana abah pergi, sihat walafiat, paginya boleh bawa van balik kampung. Sampai di kampung abah makan pulut kuning dan sambal tumis ikan bilis yang ibu buat dan bawa ke kampung. Katanya ” Sedap betul sambal tumis yang ibu buat…..”, tetapi beberapa jam selepas itu dia pergi berjumpa Ilahi tanpa kita sedari, tanpa tanda-tanda yang nyata”.
Jadi…, kita kena beringat, kita tak tahu apa akan jadi selepas ini. Itulah kata-kata yang selalu saya ungkapkan pada anak-anak saya.
Cukuplah setakat ini, saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir ini. Untuk pengunjung blog ini, doakan saya dan anak-anak semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Itulah nikmat yang perlu saya bajai hingga akhir hayat saya. ameen…
SELAMAT BERPUASA UNTUK ANDA SEMUA. MOHON BERBANYAK MAAF JIKA TULISAN-TULISAN SAYA YANG DULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG MEMBUATKAN ANDA TERSINGGUNG.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA.
Assalamualaikum dan apa khabar…
Aura Ramadhan….
Semakin jauh dunia daripadanya,
Semakin indah hari-hari yang dilaluinya,
Semakin mudah berhadapan Cabarannya,
Semakin mengharum bau-bau kehidupannya.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Perniagaan Online.
Assalamu’alaikum semua dan apa khabar?
Alhamdulillah, baru lepas menyiapkan tempahan “BELIAN POLA LANGSIR”. Dua tempahan(dari Terengganu dan Gemas) minggu lepas yang tak sempat saya siapkan, manakala satu lagi tempahan(Penang) yang di mesej dan emailkan semalam. Baru hari ini dapat saya settlekan kesemuanya. Mohon berbanyak maaf kepada anda yang membuat belian tetapi lambat sikit saya hantar. Ada juga mesej yang lambat saya jawab. Minggu lepas sibuk sikit. Sibuk dengan urusan anak2/keluarga sendiri. Sibuk sangat tidak juga.
Cumanya sekarang saya terpaksa menyusun jadual harian mengikut keutamaan. Perniagaan on line ni jatuh No. 3, kalau mengikut keutamaannya. Pertama urusan saya dengan Allah dan kedua urusan dengan anak2.
Keterangan yang saya nyatakan di sini juga bagi menjawab banyak pertanyaan daripada rakan-rakan samada yang telah lama saya kenali(sejak dari sekolah dan juga masa kerja dulu) maupun yang kenal di alam maya ini.
Alhamdulillah ramai yang mengambil berat dan bertanyakan khabar. Terima kasih banyak-banyak di atas keperihatinan anda semua. Cumanya ingin saya beritahu di sini, insyaAllah semuanya masih cukup, walaupun kebanyakkan orang risau(saudara mara dan jiran tetangga) tentang keperluan harian kami sekeluarga. Melihatkan saya seakan-akan tidak berkerja, dari mana datangnya duit ya? Duit pencen arwah suami tak banyak mana. Alhamdulillah saya tetap bekerja walaupun duduk di rumah. Saya menjalankan kerja secara online(Perniagaan di talian), lagipun saya tak berapa suka berjumpa dengan orang.
Jadi jual kat internet ajelah nampaknya. Saya harap lepas ni dapat mengubah perangai saya yang suka memerap dalam rumah je. Jadi…, kalau ada yang yakin dengan produk saya boleh beli, kalau tak yakin abaikan sahaja. Saya pun tidak memaksa sesiapa membeli barang saya dan tiada yang rasa terpaksa. Jika berjumpa dengan orang nanti mungkin mereka rasa terpaksa membeli, kerana kasihan. Rasanya cara saya ni menepati syariat. Mudah-mudahan… ameen.
“Duit?” banyak manapun tak cukup. Sikit ke, banyak ke sama je. Jadi saya mengambil keputusan mencukupkan apa yang ada. Mungkin juga Allah ingin saya membuat apa yang telah saya katakan di dalam blog saya di sini http://ibumithali.com/2010/01/alighnment-lari/ , bukan setakat pandai cakap je tetapi kena buat apa yang dicakap. Bersederhana. Berbelanja mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan.
Begitulah kata2 Ulama Islam, “Allah memberi mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan kita” jika kita ingin mencari redhanya. Begitu juga jika mengamalkan sunnah Nabi s.a.w, dari segi berpakaian, makan minum dan keperluan kehidupan. Jadi saya perlu “mengukur baju di badan sendiri, bukannya mengikut badan orang lain”.
Saya lebih mengutamakan apa yang perlu di utamakan. Jika ada kelapangan baru saya mengusahakan yang lainnya. Selalu berfacebook dan berblog ini juga merupakan salah satu usaha saya untuk menambah pendapatan.
Wallahhua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Jati Diri ISLAMI – Bhg 2
Assalamu’alaikum semua dan apa khabar?
Masih terngiang-ngiang di telinga saya dengan kata-kata ustazah Salbiah tentang pendidikan anak-anak, walaupun perkara yang diperkatakan itu sudah menghampiri sepuluh tahun yang lalu, di luahkannya semasa program yang dikendalikannya.
Katanya lebih kurang begini, “Kita sebagai ibubapa jika ingin menjadikan anak kita baik, berilmu dan beragama mestilah berusaha lebih dari 100% , 300% itu pun belum menjanjikan kejayaan pada kita. Kalau kita solat 5 waktu belum tentu anak kita boleh solat 5 waktu dan jangan terlalu mengharap mereka lebih baik dari kita”.
Dalam program yang lain pula dia pernah berkata, “Semasa saya belajar di al-Azhar, Mesir, salah seorang guru kepada ustaz(suami ustazah) adalah seorang yang buta matanya(kalau tak silap dah arwah masa dia bercerita tu), tetapi celik hatinya. Dia adalah seorang yang hafaz al-Quran. Boleh dikatakan setiap hari pukul 4.00 pagi, dia menunggu anak-anaknya di satu tiang di sebuah masjid di Mesir. Menunggu untuk memperdengarkan hafazan al-Quran daripada anak-anaknya. Kesemuanya anak-anaknya berjaya menghafaz al-Quran dan kebanyakkan mereka bekerja biasa sahaja, menjual dan membuka kedai buku-buku agama.” Hebatkan si buta ini?. Walaupun buta tetapi celik mata hatinya, berjaya mendidik anak-anaknya berbanding kita yang celik ini. Mungkin di sisi manusia tiada apa kelebihannya tetapi jika kita memandang jauh ke hadapan dan menilai mengikut pandangan Islam dan Allah, amat jauh bezanya kehebatannya berbanding kita.
Kata ustazah lagi, “Jadi…, jangan cepat menyalahkan takdir, jika ada yang sanggup buat setara ulama ini buat, tetapi anak kita tak jadi orang juga, baru boleh kita kata ‘sudah takdir saya, anak saya jadi seperti…..’. Kalau setakat usaha lebih kurang je, janganlah terlalu mudah nak salahkan takdir. Semuanya itu salah kita sendiri, bukannya takdir yang Allah tentukan, tetapi takdir yang kita pilih sendiri. “ Begitulah kata-kata ustazah Salbiah.
Sejak dari itu, saya takut nak menyatakan pada orang lain, “sudah takdir saya macam ini”. Apa-apa pun saya kena bermuhasabah diri saya sendiri dulu. Kalau pun ada keluhan dari saya(biasalah manusia biasa), di hujungnya saya akan tambah, mungkin belum cukup kuat usaha/ikhtiar lagi.
Apa pun saya juga berpegang dengan kata-kata ustazah Ruzimah, “Taufik dan hidayah itu, kerja Allah. Kita hanya mampu berusaha mengingatkan, menyedarkan dan memberi tunjuk ajar. Jangan cuba nak ambil alih kerja Allah”.
Walaupun sebenarnya saya selalu terbabas bahagian ini, kerana saya selalu mengatakan pada mereka, “Kenapa tak boleh buat/ikut, ibu bukannya suruh buat benda yang tak elok, ibu suruh buat perkara yang elok. Benda yang tak elok tu tak payah ibu suruh buat, tahu je macam mana nak buat, tak payah ibu ajar”.
dan lagi… “Ni ntah berapa kali ibu cakap, ntah berapa kali ibu ajar, tak juga boleh buat. Dari belum sekolah lagi ibu dah ajar, dah suruh buat, sampai sekarang masih tak boleh buat sendiri, masih kena ingatkan dan masih kena paksa juga”. Inilah antara bebelan saya kepada anak-anak saya. Allahhu akhbar, astagfirullah hal azim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mulut saya. Sungguh susah rasanya untuk membuang tabiat suka membebel pada anak-anak ni…
.
Saya sedang bermujahadah, semoga saya mampu membuangnya….
. Ya Allah jagalah mulutku ini supaya tidak terkeluar kata-kata yang tidak engkau sukai. Ameen …..
Firman Allah SWT. dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Taatilah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dari api neraka”.
Begitulah realiti kehidupan. Ada orang anaknya senang di bentuk, ada juga yang susah. Banyak perkara sebenarnya yang mempengaruhi perkara ini, antaranya keturunan, pemakanan, pengaruh kawan-kawan dan persekitaran. Begitulah yang saya ingat apa yang ustazah/ustaz katakan.
Walaupun susah untuk mendidik mereka, janganlah buruk sangka kepada Allah. Bak kata ustazah, “itu bermakna Allah mahu beri kita pahala lebih sikit daripada orang lain untuk kita. Lagi banyak usaha lagi banyaklah pahala yang kita dapat kerana mendidik mereka supaya menjadi anak yang berguna untuk agamanya. Kalau senang je anak tu buat baik tak payah disuruh-suruh tak de lah pahala wajib yang kita dapat iaitu pahala mendidik/menunjuk ajar anak-anak. Tak payah diajar, tau je apa dia nak buat.”
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”
Hadith riwayat Muslim
Semoga saya berjaya mendidik anak-anak saya sebagai pejuang-penjuang Islam. Hidup mempertahankan Agama Allah. Walaupun mati di pertengahan jalan, ia tetap dicatat oleh Malaikat sebagai Pejuang Islam. “Matilah dalam kemuliaan di sisi Allah, wahai anak-anakku”. Ameen, ameen…., ya Robbal alamin.
… MATI SYAHID….

Ziarah kubur arwah suami di Subuh yang hening(Pagi Jumaat, balik dari masjid terus ke sini, 6.30a.m). Ada takut ka? Saya tanya anak-anak. Hanya seorang yang menjawab "taklah".
Sabda Nabi SAW. maksudnya : “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya”
(Hadith Riwayat Muslim)
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah dinanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Imbasan
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Banyak juga kata-kata saya dalam blog ini seakan-akan mengambarkan ada sesuatu yang akan berlaku pada diri saya sebelum arwah suami saya pergi. Semacam saya tahu, walaupun sebenarnya saya tidak menjangkakan langsung. Kata-kata yang membuatkan saya berfikir semula dan seakan memberikan isyarat kepada saya supaya berhati-hati apabila melontarkan kata-kata.
Antaranya…,
Menyatakan tentang “Takdir Allah adalah yang terbaik”. Akhirnya saya sendiri kena menerima kenyataan bahawa takdir yang Allah berikan pada saya adalah yang terbaik untuk saya. Walaupun sebenarnya kata-kata itu saya tujukan untuk orang lain.
dan juga puisi-puisi yang saya tulis seperti di bawah ini.
Terjahan Semangat
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Alhamdulillah, saya masih mampu mencoretkan sesuatu di sini untuk renungan kita bersama, juga untuk kita terus berada di bawah naugan Ilahi.
Saya tidak tahu di mana harus ingin dimulakan. Saya ingin sekali menulis sesuatu tentang arwah suami saya. Sejak dulu lagi, sejak dia masih berada di dunia ini tapi tak tahu kenapa saya tidak boleh melakukannya.
Tambahan sekarang lagilah tidak mampu untuk saya lakukan. Saya masih lagi dibuai emosi. Saya tidak mahu terlalu emosianal, kalau boleh. Pun begitu saya ingin memberikan pada anda terjahan semangat, mungkin sebenarnya untuk diri saya sendiri.
Walaupun saya ditimpa musibah, tetapi saya adalah antara orang yang bertuah kerana semua orang yang berada disekeliling saya sentiasa memberi perhatian terutamanya keluarga disebelah arwah suami saya. Kakak-kakak ipar saya dan juga abang-abang ipar saya semuanya mengambil berat, juga anak-anak buah disebelah arwah suami semuanya menghulurkan bantuan. Juga tak lupa, emak abah saya dan adik-adik saya, terutama Wana dan Mazni yang sudi temankan kami(bermalam di rumah kami) .
Terima kasih banyak-banyak untuk mereka dan terima kasih untuk Allah kerana menghadirkan insan-insan yang mulia di sisi saya. Untuk mereka saya titipkan hadith dari rasulullah yang saya jumpa di dalam buku, untuk mereka semua yang membantu serta memberi semangat kepada kami sekeluarga,
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang menghibur orang yang ditimpa musibah(bala’) maka mendapat pahala sama dengan penderitaan itu.”
-at-Timirdzi-
dan
“Tiada seorang mukmin yang menghibur saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan diberi oleh Allah perhiasan kehormatan di hari Kiamat.”
-Ibnu Majah dan al-Baihaqi” Read the rest of this entry »
Muhasabah Diri
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Telah sebulan suami pergi meninggalkan saya dan anak-anak. Saya masih lagi di dalam zon bermuhasabah diri. Berbagai buku saya rujuk antaranya Bimbingan Mukminin, La Tahzan(Jangan Bersedih), Roh dan banyak lagi untuk memujuk diri sendiri maupun untuk mencari kesilapan diri.
Muhasabah amat perlu untuk kita memperbaiki diri dan keluarga. Muhasabah tidak sama dengan berkeluh kesah. Mungkin hampir sama tapi tidak serupa. Silap tafsiran mungkin orang menganggap kita berkeluh kesah(bergantung pada cara kita bercerita /menyampaikannya). Tidak sama sekali. Tidak saya kesali apa yang terjadi cuma saya sering memikirkan kesilapan diri sendiri untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Ilahi.
Sebagai hamba Allah atau manusia biasa ini, tiada rasa sedih maupun berkeluh kesah itu adalah mustahil bagi saya. Cumanya saya cuba meminimakan sehabis mungkin. Islam juga tidak menghalang untuk kita bersedih/berkeluh kesah asalkan tidak keterlaluan. Bagi saya ia boleh menerbitkan rasa insaf dan taubat pada diri sendiri maupun orang lain, asalkan kita tidak menjaja cerita-cerita yang kurang baik. Pun begitu saya sentiasa memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya.
Mengakui kesilapan diri adalah satu sikap yang terpuji tetapi bukan bermakna menghina diri, tidak juga cuba untuk mengaibkan diri sendiri, tidak juga untuk bercerita seantero duniawi. Cuma mencari masa bersunyi-sunyi dengan Ilahi untuk memohon keampunan dan juga taubat sejati.
Manakala menulis di sini adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan pada yang sudi. Semoga saya dijauhkan dari niat untuk menagih simpati .
Saya juga tercari-cari bagaimana yang di katakan berkeluh kesah juga bagaimana yang dikatakan tentang sabar. Maka saya menjumpainya di sini dan saya ambil sedikit apa yang di katakan tentang,
HADIAHKAN AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SUAMIKU.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Ya… Allah, hebatnya ujian dan dugaan yang Engkau berikan padaku. Aku redha menerimanya, kutahu takdir-Mu adalah yang terbaik untukku, pun begitu berilah kekuatan padaku menempuh hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya semuanya itu datangnya dari Engkau Ya… Allah dan kepada Engkaulah aku berserah. Ameen, ameen ya Rabbal Alameen.
Suamiku, Mohd Mustapha bin Mariam telah kembali kepada Penciptanya pada 4 Safar 1432H(8hb Januari, 2011) dalam pukul 2.00pm. Pergi meninggalkan saya dan anak-anak di usia 47 tahun secara mengejut tanpa sakit yang merbahaya. Jenazahnya selamat di kebumikan pada hari yang sama selepas solat Maghrib, di kawasan perkuburan Forest Height.
Kepada penggunjung blog ini, tolonglah hadiahkan sekurang-kurangnya al-Fatihah untuk suamiku. Semoga Allah mempermudahkan urusannya di sana(di alam Barzakh). InsyaAllah. Al-Fatihah. …..Ameen.
Salam Ma’al Hijrah
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hijrah…,
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.
Mujahadah….,
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin.
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.
Oleh itu…,
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bulatkan niat,
Kuatkan munajat.
Semuanya…,
Bukan kerana manusia,
Bukan ingin dipuja,
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.
Tapi untuk Allah yang Esa,
Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.
Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Rahmat di sebalik Musibah
Assalamualaikum dan apa khabar semua.
Semalam(Petang Jumaat), di taman saya dan taman-taman yang berhampiran berlakunya ribut dan hujan air batu. Kerana rintik-rintik yang jatuh tu sebesar guli. Begitulah kata suami saya kerana semasa hujang dan ribut tu terjadi, ketika kami mendengar kuliah yang di sampaikan oleh ustazah. Jadi taklah kami pergi meninjau ke luar tapi bila pokok yang masih lagi tegak tapi dah layu dek kerana di makan anai-anai tu tumbang barulah kebanyakkan kami menoleh keluar. Di tambah pula ribut petir dan terjadinya blackout di rumah saya ketika berlangsungnya majlis ilmu, tahlil dan doa selamat serta sedikit jamuan untuk kawan-kawan yang menghadiri Kuliah “Penawar bagi Hati”. Walaupun pada awalnya cuaca terang benderang dan tiada tanda-tanda nak hujan. Nasib baik jugalah mereka sempat sampai ke rumah saya, baru perkara tersebut berlaku. Mungkin inilah yang di katakan “Rahmat di sebalik musibah”.
Kata Kak Kam(salah seorang yang hadir).” agaknya dek kerana pergi belajar Agama tu sebab kereta akak yang di letakkan betul-betul di bawah pokok tu, tak dihimpapnya. Pokok tu boleh tumbang menyenget pulak.”
Walaupun pokok tu sebahagian dahannya jatuh ke dalam kawasan rumah saya tapi tak merosakkan apa-apa yang ada. Cumanya suami dan anak-anak bujang saya terpaksa menebang dan membersihkan pokok-pokok dan daun-daun. Allah nak bagi pahala lebih sikit pada mereka, kerana pokok tu bukan kami punya tapi jiran sebelah rumah kami. Kebetulan mereka pun tiada di rumah.
Sebenarnya bukan di hadapan rumah kami je pokok tumbang, ada satu lagi di kawasan taman kami. Manakala di belakang rumah kami atap rumahnya(taman lain) terbang di tiup angin dan juga ada jiran yang nak buat kenduri kahwin pun atap khemahnya terbang di tiup angin.
Secara kebetulan pula saya mengadakan majlis ilmu dan berlaku bentul-betul di hadapan rumah saya. Itulah petandanya “Rahmat di sebalik Musibah”.
Majlis yang saya adakan sempena keberangkatan emak saya untuk menunaikan haji pada 17hb ini, juga untuk anak saya yang sulung yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada bulan depan.
Emak saya walaupun dalam keadaan lemah dan sakit masih kuat semangatnya untuk menerima undangan dari Allah ke Mekah. Katanya, “kalau tak larat nanti upah ajelah.” Syukuralhamdulillah.
Kuasa dan Kehebatan Doa
Assalamualaikum dan apa khabar semua.
Aduh…. hebatnya kata-kata dan doa ini,
Rayuannya dengan alunan nama Allahnya terus menusuk ke kalbuku
Menjadikan air mataku turut mengalir
Kesekian kalinya aku terus mendengar dan menhayatinya
Jikapun tiada terjemahannya,
Alunan suaranya cukup mengkagumkan dan mengetarkan jiwaku
Tuhanku,
Teruskanlah KAU letakkan rasa-rasa sebegini ke kalbuku
Hatiku begitu bersemangat mendengarnya.
Hatiku begitu sayu mendengar
Menambahkan rindu dan cintaku pada-Mu.
Syukur Alhamdulillah.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Di Hari Kemenangan Ini

Maaf ku pohon di atas keterlewatan mengucapkan kata-kata yang penuh bermakna ini.
Assalamualaikum dan apa khabar semua.
Selamat Menyambut Hari Kemenangan untuk semua pengunjung blog ini dan ampun maaf saya pohon jika ada tulisan-tulisan saya selama ini menguris perasaan anda
Terima kasih untuk anda yang masih lagi berkunjung ke blog ini walaupun saya sudah lama tidak meluangkan masa untuk blog ini. Terima kasih juga atas kata-kata yang memberikan saya kekuatan untuk meneruskan coretan yang tak seberapa di blog ini.
Entah kenapa, hati ini begitu berat untuk melakarkan sesuatu di blog ini. Walaupun pada pergelangan tangan ini sudah mula baik dari terseliuh. Inilah bahana kerana nak mengangkat/membetulkan almari yang di rasakan tidak betul kedudukannya. Inilah juga bahananya kerana tidak mendengar cakap suami. Walaupun pada bulan puasa saya tidak mengindahkan tentang keadaan hiasan di rumah saya tetapi selepas balik dari kampung pada hari raya ke tiga mata saya sudah meliar melihat keadaan rumah. Hati sudah mula ingin mengubah apa yang ada di ruang tamu supaya ia kelihatan lebih cantik. Lalu saya mengajak semua ahli keluarga berkemas untuk mencantik dan membersihkan rumah. Begitulah hatiku masih lagi tidak mampu melawan nafsu yang bersarang di kalbuku.
Ingin saya mengenang kembali nastolgia di bulan puasa yang lalu.
Di hari-hari biasa saya selalunya diuji oleh Allah tentang hati, mungkin hati saya masih terlalu banyak kekotaran yang perlu dibersihkan, oleh itu Allah sedang mendidik/mengajar saya membersihkan hati. Tapi kebiasaannya di bulan puasa saya diduga dengan ketahanan fizikal. Kalau Ramadhan tahun lepas saya diuji dengan demam kali ini saya diuji juga. Tetapi sedikit berbeza dari biasa, namun masih berkisar dengan kekuatan fizikal juga soal hati supaya tidak cepat naik angin. Alhamdulillah saya mampu melawannya. Nak tau apa yang terjadi pada Ramadhan lepas?




















.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
