Gunting sendiri – Tudung Simple Ilham Nisha
Salam kasih di angin lalu, untuk anda yang masih lagi setia mengunjungi blog saya. Semoga anda semua berada di dalam rahmat dan redha Allah.
Saya ingin sekali mencoret sesuatu di blog ini tetapi “mood” nak tulis panjang-panjang tu tak berapa nak datang. Jadi saya ambil semula yang lama-lama untuk renungan anda yang berminat untuk membacanya atau yang berminat dengan jahitan.
Ada juga beberapa emel yang di hantar kepada saya beberapa bulan selepas suami pergi dan hingga minggu lepas yang bertanyakan tentang pola tudung, jualan tudung dan cara nak menjahit tudung yang ingin saya jual sebelum suami saya pergi dulu. Tapi entahlah, tak taulah nak cakap macamana sebab minat nak menjahit semula tu tak datang-datang. Ada masa dah rasa malas nak menjahit langsung, rasa nak pergi belajar Agama dan uruskan hal anak-anak tetapi kalau difikirkan nak cari duit lebih sikit kena jugalah menjahit. Itu yang tak tau nak cakap apa. Nanti kalau kata tak nak buat tapi tiba-tiba besok jual pula secara on line nanti apa pula yang difikirkan oleh mereka yang telah saya terlepas cakap. Itulah, apa-apa pun saya tak berani nak janji apa-apa, segalanya berkemungkinan.
Sebenarnya saya telah meminta tolong orang lain menjahit tudung dan saya hanya memotong kain untuk dijahit. Beberapa minggu sebelum suami pergi beberapa puluh tudung telah di siapkan tetapi saya tak puas hati dengan kekemasan jahitannya. Jadi saya sendiri buka/tetas jahitannya dan untuk membuka semula memakan masa yang lama. Untuk menyuruh orang yang menjahit tu membuka semula tak sampai hati pula. Ada yang telah rosak dan cacat dan terpaksa di ote, jadi saiz standard yang telah saya sediakan sudah tidak sama seperti yang di rancang(lebih kecil/pendek). Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak menjualnya kerana untuk menjahit semula memakan masa yang lama dan perlu mencari orang lain untuk menjahitnya. Untuk mendapatkan orang betul-betul mengikut standard yang saya hendak tu susah juga. Maka terperap/terbengkalai ajelah nampaknya. Saya jahit juga sikit-sikit untuk diri sendiri dan juga untuk ahli keluarga sendiri dan ada juga saya berikan saja dekat adik-adik saya supaya mereka jahit sendiri kat rumah masing-masing. Begitulah ceritanya….
.
Jadi inilah artikel lama yang mungkin sesuai untuk anda….
. Saya membiarkan sahaja tulisan yang lama yang mungkin tidak ada kena mengena dengan jahitan. Rasa sayang pula untuk membuangnya kerana ia menjadi kenangan dan simpanan untuk diri saya sendiri.
***************************
Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Sedikit sibuk dengan urusan “mengumpul bekalan untuk Akhirat”. Rupanya azam saya sebelum puasa tahun lepas baru tahun ini saya dapat merealisasikan. Alhamdulillah tahun ini saya tidak disibukkann dengan urusan jahit menjahit dan saya telah berjaya menjadualkan diri saya. Bukan tidak menjahit langsung, adalah sikit-sikit untuk diri sendiri.
Bagaimana dengan anda? Sudahkah mencapai apa yang anda harapkan? Sudahkah berjumpa dengan malam Lailatul Qadar?
Masih ada waktu yang berbaki beberapa hari lagi. Walaupun kita orang perempuan ni, ada waktunya kita tidak boleh bersolat dan membaca al-Quran tetapi berzikir kita masih berpeluang melakukannya. Jika semasa kita boleh melakukan solat kita sangup bangun awal untuk bertahajjud. Apa salahnya kita teruskan sahaja waktu bagun untuk bersolat itu kita penuhinya untuk berzikir. Atau waktu-waktu tengah memasak/memanaskan masakan untuk bersahur tu kita lakukan zikir-zikir yang kita ingat. Dan selang selikanlah dengan doa/pengharapan yang ingin kita sampaikan kepada Allah. InsyaAllah dapat juga keistimewaan yang diumpamakan 1000 bulan tu. Pastikan tiada satu malam dalam bulan Ramadhan ni kita tertinggal. Jadi, buat sahaja waktu-waktu yang masih kita berpeluang ini sehingga di malam Eidulfitri nanti, pasti kita dapat keistimewaan sebanyak 1000 bulan tersebut.
Memanglah sukar untuk mendapat detik-detik istimewa seperti yang diuar-uarkan itu(nampak atau rasa sesuatu yang berbeza dari biasa). Kita perlu meraih cinta Allah, barulah jadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t. Jadi, berusahalah untuk mendapatkan “cinta luar biasa” dari Allah. Bukan setakat di bulan Ramadhan sahaja kita mampu mempamerkan “cinta luar biasa” untuk Allah dan kepada Allah sahaja tetapi hari-hari biasa pun kita kena lakukannya. Barulah suatu hari nanti kita berjaya mendapat “cinta luar biasa-Nya”. InsyaAllah.
O.klah setakut ini dahulu coleteh saya. Saya ingin memberikan sedikit tips cara mengunting tudung yang simple, mungkin juga boleh digunakan untuk hari raya ini. Tak perlu dijahit tudung ini cumanya anda perlu hantar ke kedai jahit untuk jahit tepi yang kecil mengikut warna benang yang anda suka, untuk mencantikkan tudung anda. Jika tidak, bakar dengan lilin sahaja bahagian tepi kain tudung tersebut.
Anda boleh menggunakan kain yang biasa orang sekarang ini gunakan atau anda boleh juga menggunakan kain biasa orang gunakan untuk membuat tudung labuh atau kain tudung untuk budak sekolah. Dengan kata lainnya apa jenis kain pun ia boleh digunakan. Saya amat berharap apa yang saya tunjukkan ini mendapat ganjaran pahala sedekah dari Allah s.w.t, jika ada diantara anda yang mengguna pakai cara yang saya tunjukkan.
Ok. Mari kita lihat langkah-langkah di bawah ini.
Bahan-bahannya,
- Kain Bidang 60″- 1.5 meter
- Gunting
Cara-caranya.
- Gunting kain mengikut bentuk di bawah ini. Jika anda ingin membuat dua lapis, lipat dua kain tersebut dengan mempertemukan bucu-bucu kain yang bertentangan(seperti nak buat tudung labuh/bulat tu..) atau seperti cara nak pakai tudung 4 segi/bawal.
- Ukur panjang bahagian muka anda iaitu dari cuping telinga kanan ke cuping telinga kiri(lebih kurang 15 inci).
- Bahagikan 2 ukuran (lebih kurang 7/8 inci)
- Campurkan lebih kurang 12 inci untuk tali pengikatnya. Lebar untuk talinya lebih kurang 3/4 inci.
- Jadi lebih kurang 23 inci untuk bahagian hadapan yang perlu di potong.
- Guntinglah seperti gambar di bawah untuk menghasilkan talinya dan selebihnya adalah untuk bahagian hadapan dahi tudung/awning tudung.
- Sila rujuk gambar di bawah.
Cara pakainya rujuk gambar di bawah. Maaf, tak sempat nak cerita panjang-panjang. Saya harap dengan adanya gambar ni, anda sudah faham cara memakai tudung tersebut.

Tarikkan kehadapan dan pinkan di bawah dagu. Lipatan ke dalamnya lebih kurang 1 inci. sebelumnya pastikan bahagian bawah tudung sama panjang di kedua-dua belah. Pinkan juga di bahagian lain supaya bahagian dada anda tidak kelihatan. Kalau saya, saya lebih suka jahit terus supaya tak perlu memikirkan untuk meletakkan pin.

Anda juga boleh meletakkan pengeras 2 keping(spt gambar di atas) dan lipat/tindihkan sahaja bila memakainya. Lebar pengeras lebih kurang 2.5 inci. Kain Pengeras bergamnya boleh didapati di kedai alatan menjahit. Belilah yang berkualiti supaya gamnya tidak tanggal bila dibasuh.
Selamat Mencuba.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Artikel ini diterbitkan kali pertama bertarikh 5.9.2010.














.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
