Upgrade Kentang Putar & ColeSlaw Anda
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Jumaat lepas sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba, helwa taman kami mengadakan majlis doa selamat. Memang meriah dengan makanan dari ahli-ahli helwa taman kami, walaupun kehadiran tidaklah membanggakan. Biasalah majlis-majlis seperti ini memang kurang mendapat sambutan tambah pula di buat kat surau. Kalau kat rumah tu ramai sikit sebab jiran-jiran yang tak pernah/jarang pergi ke surau pun hadir sekali. Walaubagaimanapun Alhamdulillah.
Seperti yang telah saya beritahu pada artikel yang lepas, saya bercadang membawa set ayam panggang, iaitu ayam panggang, coleslaw, kentang putar dan roti arab. Resepinya semua ada dalam blog ini. Klik kat bahagian resepi dan carilah ya… Cumanya saya nak beritahu sedikit tambahan untuk menyedapkan lagi kentang putar dan coleslaw anda. Untuk resepi cara saya anda boleh lihat di sini untuk kentang putar dan di sini untuk coleslaw.
Untuk kentang putar tu saya cadangkan tambahkan sedikit mayonis dan gaulkan hingga rata. Tapi anak-anak saya tak suka kalau saya tambahkan apa-apa dalam kentang putar sekadar sedikit garam sahaja. Kalau search dalam internet ni ada yang kata tambah susu cair, terpulanglah pada anda. Oh ya satu lagi, sebaiknya gunalah kentang import dan semasa blend tu lama sikit supaya ia nampak lebih putih dari warna asal kentang tersebut.
Manakala untuk coleslaw pula, kata kak Zarimah(masa majlis doa selamat itu hari) untuk mengelakkan coleslaw tu terlalu berair, sebelum letak mayonis eloklah digaul dengan garam dan lemon dulu. Secara kebetulan coleslaw yang saya bawa tu berair sikit jadi dia beritahulah caranya. Kalau ikutkan cara saya, saya toskan dengan meletakkan di dalam peti sejuk sehari semalam. Tapi tu hari tak sempat, pagi jumaat tu baru saya mula nak meracik-racik kobis dan lobak. Terima kasih kak Zar, dapat juga tambahan ilmu. Maklumlah saya ni tak belajar secara formal cuma suka cuba-cuba je.
Oklah untuk hari ini, di bawah ni saya sertakan sedikit gambar semasa majlis tersebut. Sudi-sudikanlah.

bagi gambar perap ayam je ya... 2 ekor untuk surau, 1 ekor untuk orang kat rumah. Untuk gambar dah siap masak, carilah dalam blog ni ya...

Setakat ni jelah yang datang

Tengah menikmati pelbagai juadah

makan-makan
Secara kebetulan cikgu Hasni pakai tudung yang saya buat, jadi sempatlah saya ambil gambarnya bersama tudung.

Maaf, kabur sikit mungkin tak jadi nak jual kat internet lagi jadi gambar pun tak jadi juga, he..he..he..
Secara kebetulan saya baru je lepas berkemas. Jumpa pula majalah-majalah lama yang lebih 10 tahun umurnya. Pada mulanya dah letakkan tempat surat khabar lama yang nak dijual.
Ditegur oleh suami saya, “nak buang ke majalah ni?”
Saya kata ya, tapi lepas tu fikir balik, sayang pulak. Jadi saya ambil dan belek-belek maka terjumpalah sedikit info tentang kobis. Sesuai jugalah rasanya sebab saya pun baru cerita tentang coleslaw.
Tak sempat nak tulis, saya klik dengan kamera jelah. Nak jahit tudung ni, untuk diri sendiri sebab esok pagi nak pergi program ustazah Salbiah. InsyaAllah. Maklumlah tahun lepas saya kena perli dengan dia, sesekali jumpa dia masih pakai tudung yang saya joint program dia beberapa tahun yang lepas.
Kato eh, “dah naik kopam tudung tu dipakai eh la ie…”. Masa dia berceramah sambil tu menjeling pada saya. Saya ingatkan dia gembira masih guna tudung tu tapi sebaliknya pula. Agaknya saya perasan sendiri je, sebenarnya dia tak tujukan pada saya. Bukannya terasa cuma saje-saje nak beritahu kat sini.
Tahun ni tak pernah pergi lagi program dia, tahun lepas adalah 2/3 kali pergi. Jadi kali ni, kena pakai tudung baru sikit. Maklumlah duduk rumah je, jadi taklah sibuk nak tukar-tukar tudung. Masa raya je baru fikir nak beli tudung.
Oklah melalut pula. Berikut adalah infonya. Saya bagi kredit kat majalah SAJI. Sudikanlah membacanya…

Muka 1

muka 2

muka 3. Buntangkanlah mata tu ya..
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.

coleslaw nie boleh simpan brapa hari yer?
Akm Nisha…kak baru jumpa blok you.best blok nie..banyak pembelajaran yg boleh dikongsi bersama…tapi ejaan nama kak tu salah sket…bukan Zahrimah…..Zarimah.sebenarnye kawan lama kak panggil Zarr…bila sampai Alamanda macam2 ade…tapi Aiman tak kisah…hee..hee.nanti kite kongsi resepi ye
Wa’alaikummussalam Kak Zar,
Akhirnya jumpa juga blog ini. Terima kasih sudi baca-baca apa yang Nisha tulis. Maaf juga tersalah eja nama akak, kejap lagi Nisha betulkan.