Archive for August, 2010
Cara Menggantung Langsir – Pelmet
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Sudah dalam minggu ke dua kita di bulan Ramadhan ini. Semoga anda semua berjaya dalam pencarian dan target anda.
Di sini ingin saya meraikan pertanyaan samada melalui blog ini mahupun melalui emel yang dihantar kepada saya. Al-maklumlah tak lama lagi nak meraikan Hari Raya. Saya mengharapkan kepada anda yang meminati hiasan dalaman(langsir) berpuas hati dan terjawab segala persoalan yang mungkin tertanya-tanya di hati anda. Cara yang saya tunjukkan di bawah ini, saya ambil dari ebook Pelmet yang telah saya sediakan dan sudah pun dijual untuk anda yang meminati bidang jahitan langsir ini. Jika inginkan lebih lanjut lagi bolehlah anda berkunjung ke website http://www.hijab-batik.com.
Menggantung Pelmet.
1. Untuk penyeri pelmet, cara yang terbaik ialah menggunakan pelekat bertindih. Ia akan kelihatan lebih tegang, rata dan cantik jika anda menggunakan pelekat bertindih. Untuk menggunakan pelekat bertindih anda perlu menggunakan trek yang mempunyai permukaan selebar 1 inci bagi melekat salah satu pasangan pelekat bertindih tersebut di trek langsir anda. Anda boleh menggunakan gam yang bersesuaian atau terkuat untuk melekatkan pelekat bertindih ke trek anda. Gam tersebut biasanya boleh di dapati di kedai-kedai hardware yang berhampiran tempat anda.
2. Manakala pasangan pelekat yang satu lagi, di lekatkan pada bahagian atas Pelmet tersebut.
CINTA LUAR BIASA (bhg 2)
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hadith Qudsi-Nya yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah,

Rasullallah s.a.w bersabda “Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidak ada amal yang dikerjakan hamba-Ku, dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada-Ku, yang lebih Aku cintai, selain ibadah wajib yang Aku perintahkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.”
(HR Bukhari).
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
CINTA LUAR BIASA
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tiada kata yang mampu ku lakarkan
Hanya lagu memberi gambaran
Puisi akan menyusul kemudian
Untuk anda yang budiman
Semoga kedatangannya menambahkan keimanan
Juga ketakwaan yang tidak mampu ditawarkan
Oleh makluk bergelar hamba Tuhan
Selain pengabadian diri yang tiada tandingan
Untuk Tuhan semesta Alam, ya..Rahim ya..Rahman.
Salam Ramadhan untuk semua.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.
Upgrade Kentang Putar & ColeSlaw Anda
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Jumaat lepas sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba, helwa taman kami mengadakan majlis doa selamat. Memang meriah dengan makanan dari ahli-ahli helwa taman kami, walaupun kehadiran tidaklah membanggakan. Biasalah majlis-majlis seperti ini memang kurang mendapat sambutan tambah pula di buat kat surau. Kalau kat rumah tu ramai sikit sebab jiran-jiran yang tak pernah/jarang pergi ke surau pun hadir sekali. Walaubagaimanapun Alhamdulillah.
Seperti yang telah saya beritahu pada artikel yang lepas, saya bercadang membawa set ayam panggang, iaitu ayam panggang, coleslaw, kentang putar dan roti arab. Resepinya semua ada dalam blog ini. Klik kat bahagian resepi dan carilah ya… Cumanya saya nak beritahu sedikit tambahan untuk menyedapkan lagi kentang putar dan coleslaw anda. Untuk resepi cara saya anda boleh lihat di sini untuk kentang putar dan di sini untuk coleslaw.
Untuk kentang putar tu saya cadangkan tambahkan sedikit mayonis dan gaulkan hingga rata. Tapi anak-anak saya tak suka kalau saya tambahkan apa-apa dalam kentang putar sekadar sedikit garam sahaja. Kalau search dalam internet ni ada yang kata tambah susu cair, terpulanglah pada anda. Oh ya satu lagi, sebaiknya gunalah kentang import dan semasa blend tu lama sikit supaya ia nampak lebih putih dari warna asal kentang tersebut.
Manakala untuk coleslaw pula, kata kak Zarimah(masa majlis doa selamat itu hari) untuk mengelakkan coleslaw tu terlalu berair, sebelum letak mayonis eloklah digaul dengan garam dan lemon dulu. Secara kebetulan coleslaw yang saya bawa tu berair sikit jadi dia beritahulah caranya. Kalau ikutkan cara saya, saya toskan dengan meletakkan di dalam peti sejuk sehari semalam. Tapi tu hari tak sempat, pagi jumaat tu baru saya mula nak meracik-racik kobis dan lobak. Terima kasih kak Zar, dapat juga tambahan ilmu. Maklumlah saya ni tak belajar secara formal cuma suka cuba-cuba je.
Oklah untuk hari ini, di bawah ni saya sertakan sedikit gambar semasa majlis tersebut. Sudi-sudikanlah.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
