Wajik Durian

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Ramadhan hampir datang kembali.

Terlalu cepat masa berlari,

makin dekat waktu untuk bertemu Ilahi.

Harap amalan kita bertambah dari hari ke hari

Raikanlah Ramadhan dengan majlis yang diberkati

Oleh Ilahi yang Maha memberi lagi Maha Suci.

*****************************

Semalam pihak helwa taman kami baru sahaja mengadakan gotong royong di surau sempena menyambut Ramadhan.  Tapi saya terlupa pula membawa kamera untuk merakamkan kehebatan ibu-ibu taman kami berkemas di surau.  Bermacam-macam gaya.

Ibu-ibu di sini memang kreatif.  Bukan saja bab menghias rumah dan memasak perlukan kekreatifan tapi bab mengemas pun kena kreatif juga.  Bayangkan, syiling surau yang tinggi mampu di buang sawangnya hanya dengan melemparkan kain buruk lembap sahaja.  Dah tangga tak ada, manakala jika di panjat guna kerusi pun masih tak sampai lagi.

Sampai tersangkut kain buruk tu kat speaker berhampiran syiling.  Puaslah mencari batang kayu untuk menjoloknya.  Gunakan kerusi pun masih tak sampai.  Nasib baiklah ada yang tinggi  dan kurus sikit.  Jadi dapatlah saya menjolok kain buruk tersebut.

Memang begitulah sepatutnya ibu-ibu sekarang perlu kreatif dalam semua hal.  Apatah lagi dalam menangani masalah anak-anak sekarang ini. Bak kata orang-orang tua dulu, anak masa kecil memang tak banyak masalah setakat meragam dan sakit-sakit sahaja.  Tak melibatkan pihak luar tapi bila dah remaja dan dewasa “baru tahu langit tu tinggi atau rendah”.

OKlah kali ini saya tak bercadang untuk mengupas masalah  “Baru tahu langit tu tinggi atau rendah”,  mungkin lain kali.  Saya cuma nak beri resepi wajik durian yang baru saya sediakan untuk gotong royong semalam.

Wajik Durian

Wajik Durian

1 kg Beras pulut(dikukus)

1 biji kelapa/RM2.00 santan(ambil pati sahaja)

1kg gula atau 3/4 kg gula atau 1/2kg gula(ikut kemanisan yang anda suka)

2/3 keping gula Anau/melaka/merah

9/11 ulas durian

secubit garam

Caranya:

Baru lepas masukkan pulut kukus.

  1. Terbaiknya gunakanlah gula anau.
  2. Cairkan gula Anau dengan sedikit air
  3. Masukkan gula pasir.  Ikutlah kemanisan anda.  Kalau orang tua-tua kat kampung saya mereka buat menggunakan 1 kg gula tapi saya tak berapa suka terlalu manis.  Jadi saya kurangkan ke 3/4 ke 1/2 kg je.
  4. Cairkan gula dengan sedikit air.
  5. Masukkan santan.
  6. Masukkan garam
  7. Biarkan hingga berbuih(tinggal sedikit sahaja kuahnya/air gula) baru masukkan pulut kukus.
  8. masukkan pulut kukus.
  9. Masukkan durian
  10. Kacau hingga sebati
  11. Siap.

SELAMAT MENCUBA

Esok hari Jumaat pihak helwa taman saya akan mengadakan majlis meraikan kedatangan bulan Ramadhan dengan doa selamat dan kesyukuran.  Diadakan di surau taman kami.  Ahli dialu-alukan memberi sumbangan makanan untuk majlis tersebut. Jadi saya bercadang nak masak set ayam golek.  Tungguuu…..

Dah hampir nak buka puasa.  Selamat berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa hari ini.  Kita mendapat dua pahala hari ini iaitu puasa di bulan Syaaban dan juga untuk hari Khamis dengan syarat tidak lupa niat untuk kedua-duanya.  Dan janganlah ada kerana ada kelebihan sesuatu hari tertentu sahaja baru nak buat.   Seeloknya buat sahaja apa yang Allah suka dan jangan fikir sangat tentang kelebihannya atau bidaah atau tidaknya.  Yang penting kita buat kerana Allah. Ameen…


Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.



Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

4 Responses to “Wajik Durian”

  • izat says:

    sedapnya wajik durian

    nak dekat puasa, raya ni, dijemput shopping di blog saya

  • Ummu Husna says:

    Salam, Kak Nisha :)

    Saya memang peminat wajik…tapi semenjak Armarhumah bonda tak ada, dah lama tak merasa makan wajik. Biasanya setiap kali hari raya, pasti emak akan masak.

    InsyaALLAH, boleh cuba kali ni. Kena buat sendiri la pulakkan? Untuk anak-anak sendiri merasa pula. Dan supaya kuih muih tradisi lama ni tak hilang ditelan zaman. Cuma, boleh tak agaknya gantikan durian dengan lempuk? Durian fresh ada di UK ni tapi sedikit ya amat dan mahal.

    Apa pun, terima kasih atas perkongsian resepi ye kak :)

  • Nisha Kak Nisha says:

    Assalamualaikum izat.

    Terima kasih izat. Akak dah jenguk blog izat.

  • Nisha Kak Nisha says:

    Waalaikummussalam Ummu Husna.

    Cubalah Ummu Husna. Senang je buatnya dan tak banyak bahan. Akak tak pernah cuba guna lempuk. Tapi, apa salahnya kalau gantikan dengan lempuk. Secara kebetulan sekarang ni musim durian kat sini, jadi akak tambah durian. Kalau tak de durian akak tambah daun pandan je sebagai pewangi.

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
July 2010
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.