Rendang Pegaga Ayam

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Saya baru sahaja menyiapkan satu tudung yang ditempah oleh kawan setaman.  Ada sepuluh helai lagi yang perlu saya siapkan untuknya.  Dia menginginkan tudung yang boleh dipakai dengan senang dan cepat tetapi menepati ciri-ciri pemakaian tudung Islam yang sebenar.  Maklumlah cikgu duduk kat Seremban tapi mengajar di Rembau, jadi pagi-pagi tu nak cepat je..

Saya cuba membuat apa yang dimahukannya.  Jadi saya berikan nama ‘Tudung Ilham Nisha’.  Jadi berikut lebih kurang rupanya.

Pandangan dari belakang. Bahagian tepinya(utk bahagian bahu supaya boleh dipin), telah sedia dikedutkan supaya terhasilnya kedut(scallop). Bertujuan untuk mengurangkan bentuk-bentuk yang mungkin kelihatan di bahagian dada.

Bahagian kepalanya mempunyai pengeras dan juga ada bahagian penutup bawah dagu. Oleh kerana kain ni lembut/bergetah jadi saya membuat 2 lapisan/kepingan kain. Labuh tudung ini sehingga bawah pinggan. Jadi lebih kurang seperti tudung bulat biasa cuma menggunakan kain yang berbeza. Hanya sarung, terus terlekap di kepala, tak perlu pakai pin di kepala tetapi guna pin bahagian bahu untuk menetapkan kedudukannya.

Sebenarnya ada dua design.  Satunya tak perlu guna pin tapi lurus bulat bahagian bawahnya.  Satu lagi perlu guna pin di bahagian bahu supaya ia kelihatan berkedut/berscallop di bahagian dada.  Di masa akan datang saya akan cuba ambil gambar yang telah siap di pakai.  Modelnya masih tak ada….

Walaupun sebelum ini saya ada uar-uarkan dalam blog ini untuk menjual produk tudung dan telekung ilham saya sendiri,  tapi Allah/keadaan masih lagi tidak mengizinkan untuk meneruskan usaha saya.  Walaupun pada mulanya saya membuat target sekurang-kurangnya bulan July saya sudah boleh menjualnya secara online.

Inna lillah…  Buat masa sekarang saya masih lagi tak boleh meneruskan usaha itu.  Tambah-tambah pula hari sabtu yang lepas saya baru sahaja pergi berjumpa dengan guru-guru anak-anak saya.  Keputusan peperiksaan mereka sungguh mengecewakan hati saya.  Tambah-tambah pula anak saya yang tua akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.  Walaupun keputusannya ‘boleh tahan’ dan gurunya memberikan kata-kata pujian, namun jika keputusan begini yang dia dapat masa peperiksaan sebenarnya, rasanya tak sampailah hajat saya.

Jadi saya terpaksalah memikirkan satu jalan penyelesaian supaya anak saya mampu mendapat keputusan yang baik.  Rasanya saya terpaksa menghadap betul-betul dengan dia.  Nak tolong diajarkan, tak banyak yang boleh saya bantu, mungkin matematik dan BM sahaja yang boleh saya bantu.  Saya dulu sekolah biasa dalam aliran sains, manakala anak saya sekolah agama aliran sastera, jadi banyak perkara yang saya tak tau.

Saya memang suka jika mereka bertanyakan soalan matematik tapi yang menjadikan saya lemah ialah di tulis dalam bahasa inggeris, maklumlah dulu bahasa melayu je.  Keputusan matematik saya dulu pun boleh tahan juga tapi nasib saya kurang baik jadi tak kemana,  kat sini ajelah nampaknya.  Tapi semuanya ada hikmatnya, walaupun pada mulanya dulu saya tak boleh menerima kenyataan…

Itulah kisah dulu-dulu, jadi saya tak mahu perkara yang sama terjadi pada anak saya.  Walaubagaimanapun terserahlah pada Allah, jika itu ketentuan dari Nya, saya cuba menerimanya dengan redha.  InsyaAllah.

Jadi saya tengah berfikir-fikir ni…, haruskah saya teruskan dengan projek yang setengah jalan ni.. atau lupakan saja dan beri tumpuan pada anak-anak?  Jika betul-betul beri tumpuan pada anak pertama saya, saya kena baca dan ulangkaji semula apa yang dia belajar.  Maklumlah dah lama ditinggalkan.

Rasa-rasanya kena solat istikharah ni…

Untuk menghilangkan rasa buntu di kepala saya ni lebih baik saya beri anda yang mengunjungi blog ni resepi istimewa.  Semoga kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. ameen.

Rendang Pegaga Ayam bersama Pulut Kuning.

Rendang Pegaga Ayam

Rendang ayam pegaga saya ni lain sikit sebab saya tukar sikit bahannya dari biasa yang mak saya buat.  Biasalah kebanyakkan orang suka masukkan kerisik semasa masak rendangkan? Ttapi orang nogori jarang bubuh kerisik.  Jadi saya pun tak masukkan kerisik tapi saya tukar kerisik dengan kelapa parut yang dikisar halus.  Jadi lebih kurang macam kerisik jugaklah cumanya kerisik yang sebenar tu lambat sangat nak sediakan, kena goreng kelapa dan kemudian kena blend/tumbuk sampai minyaknya keluar.  Jadi yang ni tak perlu goreng cuma blend je bersama dengan bahan-bahan yang lain.  Nak tau caranya?  Teruskan bacaan anda…

Bahan-bahannya

Bahan A

Pucuk pegaga(ikutlah pilihan anda samada nak bubuh banyak atau sikit)

1/2 ekor Ayam

RM2.00 Santan

Garam(ikut rasa)

1/2 cawan Kichap masin/manis

1 atau 2 Asam keping

Bahan B

1 inci Halia

Lenkuas(ikut suka)

5 batang Serai(2 batang dimayang dan 3 batang dititik)

1 labu  Bawang besar

3/5 ulas bawang merah

3/5 ulas Bawang putih

Chilie api(ikutlah selera sendiri)

Segengam kelapa parut

Caranya.

1.  Pucuk pegaga hendaklah di basuh dan di toskan airnya.  Kalau nak cantik ambil bahagian daunnya je.  Tapi kalau nak lebih berkhasiat ambil semuanya.  Kalau mak saya dia gunakan dari akarnya, tapi kena basuh bersihlah.  Di potong 3, supaya tak terlalu panjang bila dimasak nanti.

2.  Ayam tu potonglah ikut cara anda tapi jangan kecil-kecil sangat nanti takut hancur pulak masa memasaknya, lainlah kalau anda gunakan ayam kampung/telur/tua.

3.  Blend bahan B.

4.  Masukkan semua yang diblend ke dalam kuali keringkan sedikit baru masukkan ayam.

5.  Masukkan santan, serai yang dititik dan asam keping.

6.  Bila kuahnya hampir kering baru masukkan pucuk pegaga. Oh ya.. jika anda menggunakan pegaga kasar, untuk menjadikan batang-batang pegaga tu lembut, hendaklah di ramas pegaga tersebut semasa anda membasuhnya.  Jika tidak, nanti dia akan keras/liat.

7.  Akhir sekali masukkan garam dan kichap.

8.  Angkatlah mengikut kebiasaan anda lakukan,  samada nak berkuah atau biarkan ia kering.

Ni... baru lepas letakkan pegaga

dah boleh angkat jika nak berkuah sikit rendangnya.

Semalam saya baru masak pajeri nenas. Saya juga menggunakan kaedah yang sama. Tak guna kerisik tapi sekadar kelapa yang diblend.

Jika ada yang dah  cuba tu boleh tak beritahu saya apa hasilnya.  OK ke KO.

Selamat Mencuba.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.


Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

2 Responses to “Rendang Pegaga Ayam”

  • maklang says:

    Assalamualaikum…

    selamat berkenalan…saya mencari cara menjahit riben. Walaupun sudah selalu menjahit riben tapi saya mencari teknik yang lebih baik dari saya, dan Alhamdulillah berjumpa disini…Terimakaseh ye..

    Nak tanya tudung yang dijahit tu, berapa sehelai upahnya>

  • Nisha Kak Nisha says:

    Waalaikumussalam
    Selamat berkenalan juga untuk maklang. Terima kasih kerana menghargai cara saya. Tapi maklang lagi pandai. Saya dah jenguk blog maklang, sungguh cantik hasil kerja tangan maklang. saya tak pandai macam tu..

    Tudung tu saya ambil antara rm10 – rm15. Upah je tak masuk harga kain.

    Wallahua’lam

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
July 2010
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.