Dari Seremban ke Gaza.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Program yang diadakan di surau taman saya baru-baru ini.
Hari Sabtu lepas(bukan hari ini), di Surau taman perumahan saya, telah diadakan ceramah Israk Mikraj yang bertajuk ‘Dari Seremban ke Gaza’.
Setiap kali berlakunya perkara besar yang tersebar diseluruh pelusuk dunia, yang berkisar tentang Palastine, pastinya ahli jawatan kuasa surau tidak lupa untuk mengingatkan dan menyedarkan para jemaah untuk sentiasa prihatin kepada saudara kita di sana, yang dilanda musibah.
Tahniah untuk ahli jawatan kuasa surau Taman Alamanda, Senawang, Seremban, yang sentiasa bergerak untuk kemaslahatan penduduk taman ini terutamanya.
Kali ini program tersebut telah disampaikan oleh pun Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang badan NGO ini bolehlah anda ke
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/
Saya kira, kebanyakan umat Islam yang prihatin dan mengharapkan Syurga Allah sebagai destinasi terakhirnya, pasti sudah tahu apa yang telah berlaku di Palastine. Betapa jahat dan kejam Israel sudah pun termaktub di dalam Al-Quran. Jika pun kita tidak melihat gambar dan video serta pelbagai media massa yang memaparkannya, kita tentu yakin dan percaya apa yang tertulis di dalam Al-Quran Kalammullah yang kita baca setiap hari.
….Pasti dan pasti, tiada ragu-ragu lagi…..
Dengan ini saya ingin mengajak pembaca blog ini yang perihatin tentang saudara-saudara kita di Palastine, marilah kita meningkatkan keimanan, ketakwaan dan kecintaan kita kepada Allah s.w.t dengan menambahkan lagi ‘koleksi keperihatinan’ kita terhadap seruan-seruan yang telah disampaikan dipelbagai media massa, ustaz/ustazah serta pencinta Islam dengan dikuatkan lagi oleh hadith di bawah :
Telah bersabda Rasul SAW. ,
“ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia kasih (mengutamakan) saudaranya sebagaimana ia kasihkan dirinya sendiri”.
Sebagai membuktikan keperihatinan kita terhadap saudara seIslam kita serta penambah rencah kesedapatan, kelazatan dan kenikmatan beribadat untuk Allah.
Marilah kita memboikot sekurang-kurangnya 3 produk yang yang tersenarai di bawah ini yang selalu kita gunakan selama ini. Semoga hati-hati kita menjadi lebih dekat dengan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t.

Antara cara kita menyatakan keperihatinan dengan apa yang berlaku ke atas saudara kita di Palastine.
Bolehlah anda mengantikan dengan produk-produk seperti di bawah ini. Produk-produk tersebut banyak terdapat di kedai-kedai produk halal(halal mall/mart) antaranya kedai produk segera keluaran orang-orang Islam ataupun saya panggil ‘kedai halal sejuk beku’.

cream/jel dan shampoo. Anak-anak bujang saya telah lama menyuruh saya membeli cream/jel rambut yang biasa berada di pasaran tetapi tidak saya belikan dan saya katakan pada mereka tak ada logo halal. Akhirnya berjumpa produk yang diingini di halal mart dan mereka sungguh seronok dan gembira dan mengucapkan terima kasih kepada saya.

Pelbagai lagi produk yang boleh kita dapati di halal mart. Air gas dari pengusaha muslim pun ada, cumanya air gas kat rumah saya jarang ada. Saya tak berapa mengalakkan anak-anak membeli air gas dan makanan ringgan yang tidak baik untuk kesihatan walaupun ia datangnya dari pengusaha muslim.
Kebanyakkan produk yang diboikot boleh kita gantikan dengan produk muslim di mana-mana di Malaysia ini. Cumanya, perlu ada rasa ingin bertukar dan berubah.
Kalau nak seribu, kalau tak nak seribu dalih.
Memanglah rasanya sedikit berbeza tapi sedikit demi sedikit ia akan menjadi biasa. Saya juga memakan masa yang lama untuk melakukannya. Untuk menukar Nescafe dan Milo kepada produk lain telah lebih 1 tahun saya lakukannya. Pada mulanya saya selang selikan membelinya antara yang boikot dan tidak. Sekarang mereka sudah boleh menerimanya terutama anak-anak saya yang kecil. Pada awalnya mereka tak nak minum produk berperasa coklat tu, tapi sekarang sudah boleh di ratah. Suami saya pun begitu juga.
Di rumah, saya menentukan apa yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan walaupun kadang-kadang suami saya tidak berapa setuju dengan cara saya. Tetapi akhirnya mereka boleh menerima setelah saya buktikan dengan dalil-dalil dari kitab-kitab dan dari kata-kata ustazah/ustaz.
Tentunya yang baik dan elok itu pahit, samada untuk menerima, memakan, mengamalkannya, tetapi itu diperingkat permulaan sahaja. Jika sudah biasa ia adalah satu perkara biasa.
Berubahlah demi merebut kasih sayang Pencipta kita, Allah s.w.t.

"Demi kerana MU ya Allah".
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
