Archive for July, 2010
Wajik Durian
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Ramadhan hampir datang kembali.
Terlalu cepat masa berlari,
makin dekat waktu untuk bertemu Ilahi.
Harap amalan kita bertambah dari hari ke hari
Raikanlah Ramadhan dengan majlis yang diberkati
Oleh Ilahi yang Maha memberi lagi Maha Suci.
*****************************
Semalam pihak helwa taman kami baru sahaja mengadakan gotong royong di surau sempena menyambut Ramadhan. Tapi saya terlupa pula membawa kamera untuk merakamkan kehebatan ibu-ibu taman kami berkemas di surau. Bermacam-macam gaya.
Ibu-ibu di sini memang kreatif. Bukan saja bab menghias rumah dan memasak perlukan kekreatifan tapi bab mengemas pun kena kreatif juga. Bayangkan, syiling surau yang tinggi mampu di buang sawangnya hanya dengan melemparkan kain buruk lembap sahaja. Dah tangga tak ada, manakala jika di panjat guna kerusi pun masih tak sampai lagi.
Sampai tersangkut kain buruk tu kat speaker berhampiran syiling. Puaslah mencari batang kayu untuk menjoloknya. Gunakan kerusi pun masih tak sampai. Nasib baiklah ada yang tinggi dan kurus sikit. Jadi dapatlah saya menjolok kain buruk tersebut.
Memang begitulah sepatutnya ibu-ibu sekarang perlu kreatif dalam semua hal. Apatah lagi dalam menangani masalah anak-anak sekarang ini. Bak kata orang-orang tua dulu, anak masa kecil memang tak banyak masalah setakat meragam dan sakit-sakit sahaja. Tak melibatkan pihak luar tapi bila dah remaja dan dewasa “baru tahu langit tu tinggi atau rendah”.
OKlah kali ini saya tak bercadang untuk mengupas masalah “Baru tahu langit tu tinggi atau rendah”, mungkin lain kali. Saya cuma nak beri resepi wajik durian yang baru saya sediakan untuk gotong royong semalam.

Wajik Durian
Read the rest of this entry »
Bekalan ke Destinasi Terakhir.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Ketika saya mencari-cari keputusan apa yang patut saya buat, Allah telah memilih manusia-manusia mulia untuk mengutuskan sesuatu untuk saya fikirkan. Terima kasih Allah dan terima kasih kepada manusia-manusia yang sentiasa menulis perkara-perkara yang baik untuk difikirkan serta dimanfaatkan bersama.
Saya begitu tersentuh dengan kisah si penjual tempe yang tersiar di blog Ros Illiyyuun. Panjang kisahnya, kalau nak baca pergi ke blog dia(klik di sini).
Begitu juga ustaz/ustazah yang melahirkan hasil tulisan yang baik untuk pengunjung blognya antaranya Ummu Husna dan Ummu Abbas yang begitu bermanfaat hasil tulisannya. Semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal dari “Pemberi Ilham” kepada mereka.
Ya.., sebagai manusia biasa yang hina dina di sisi Penciptanya, sering saje apa yang dirancang tidak terjadi seperti apa yang diharapkan. Bukannya sesekali perkara tersebut terjadi malah berkali-kali tetapi tidak bererti saya telah putus harap, cumanya saya sebagai manusia berdosa dan bernoda sekadar meluah rasa. Tanpa disedari tersalah kira dan terlepas bukan pada tempatnya. Pun begitu saya kira tidak mengaibkan diri sendiri tetapi dengan niat di hati ingin memberi ingatan pada yang sudi untuk berfikir demi kebaikan diri anda sendiri mahupun ahli keluarga sendiri.
Ya…, memang saya akui seperti kata “Genta-Rasa” dari ustaz Pahrol,
“…Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.
Dari Seremban ke Gaza.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Program yang diadakan di surau taman saya baru-baru ini.
Hari Sabtu lepas(bukan hari ini), di Surau taman perumahan saya, telah diadakan ceramah Israk Mikraj yang bertajuk ‘Dari Seremban ke Gaza’.
Setiap kali berlakunya perkara besar yang tersebar diseluruh pelusuk dunia, yang berkisar tentang Palastine, pastinya ahli jawatan kuasa surau tidak lupa untuk mengingatkan dan menyedarkan para jemaah untuk sentiasa prihatin kepada saudara kita di sana, yang dilanda musibah.
Tahniah untuk ahli jawatan kuasa surau Taman Alamanda, Senawang, Seremban, yang sentiasa bergerak untuk kemaslahatan penduduk taman ini terutamanya.
Kali ini program tersebut telah disampaikan oleh pun Tuan Haji Shamsuri Abdullah , Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan N.Sembilan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang badan NGO ini bolehlah anda ke
Web: http://www.aqsasyarif.com/
Blog http://jundaqsa.blogspot.com/
Saya kira, kebanyakan umat Islam yang prihatin dan mengharapkan Syurga Allah sebagai destinasi terakhirnya, pasti sudah tahu apa yang telah berlaku di Palastine. Betapa jahat dan kejam Israel sudah pun termaktub di dalam Al-Quran. Jika pun kita tidak melihat gambar dan video serta pelbagai media massa yang memaparkannya, kita tentu yakin dan percaya apa yang tertulis di dalam Al-Quran Kalammullah yang kita baca setiap hari.
….Pasti dan pasti, tiada ragu-ragu lagi…..
Rendang Pegaga Ayam
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Saya baru sahaja menyiapkan satu tudung yang ditempah oleh kawan setaman. Ada sepuluh helai lagi yang perlu saya siapkan untuknya. Dia menginginkan tudung yang boleh dipakai dengan senang dan cepat tetapi menepati ciri-ciri pemakaian tudung Islam yang sebenar. Maklumlah cikgu duduk kat Seremban tapi mengajar di Rembau, jadi pagi-pagi tu nak cepat je..
Saya cuba membuat apa yang dimahukannya. Jadi saya berikan nama ‘Tudung Ilham Nisha’. Jadi berikut lebih kurang rupanya.

Pandangan dari belakang. Bahagian tepinya(utk bahagian bahu supaya boleh dipin), telah sedia dikedutkan supaya terhasilnya kedut(scallop). Bertujuan untuk mengurangkan bentuk-bentuk yang mungkin kelihatan di bahagian dada.

Bahagian kepalanya mempunyai pengeras dan juga ada bahagian penutup bawah dagu. Oleh kerana kain ni lembut/bergetah jadi saya membuat 2 lapisan/kepingan kain. Labuh tudung ini sehingga bawah pinggan. Jadi lebih kurang seperti tudung bulat biasa cuma menggunakan kain yang berbeza. Hanya sarung, terus terlekap di kepala, tak perlu pakai pin di kepala tetapi guna pin bahagian bahu untuk menetapkan kedudukannya.
Sebenarnya ada dua design. Satunya tak perlu guna pin tapi lurus bulat bahagian bawahnya. Satu lagi perlu guna pin di bahagian bahu supaya ia kelihatan berkedut/berscallop di bahagian dada. Di masa akan datang saya akan cuba ambil gambar yang telah siap di pakai. Modelnya masih tak ada…. Read the rest of this entry »










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
