Pahit Manis Kehidupan

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Selesai sahaja cuti sekolah yang baru lepas terasa macam satu bebanan yang berat telah mampu diturunkan.  Walaupun masih ada rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguhnya,  walaupun pinggang masih terasa sakitnya tetapi sudah boleh  badan ini berdiri tegak.  Nafas pun sudah terasa lancar seperti sediakala.  Namun bukan bermakna tiada apa bebanan dan halangan yang bakal terjadi di masa akan datang.  Semuanya akan datang dan pergi bersilih ganti,  maka bersedialah kita untuk terus menghadapi segala ranjau duri kehidupan, asam garam kehidupan atau pahit manisnya kehidupan dan pelbagai perumpamaan yang boleh digunakan.

Di dalam sengsara pasti ada bahagia, di dalam suka pasti ada duka, susah tentu ada senangnya dan begitulah seterusnya.  Cumanya di sini ingin saya selitkan sedikit ‘memori cuti sekolah’ untuk tatapan anda semua.  Sedikit sebanyak yang telah saya lalui di musim cuti sekolah yang lalu.  Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tidak juga untuk membesarkan mana-mana pihak termasuklah diri saya sendiri.  Terimalah seadanya dan janganlah ada rasa curiga dan buruk sangka…

**********************

Biasalah musim cuti sekolah, dapat balik kampung sekejap.  Cadangnya nak balik Kuala Lipis tapi tak jadi.  Jadi saya penuhi dengan program di rumah bersama dengan anak-anak  seperti mengemas rumah dan mengemas laman rumah(mengubah kedudukan bunga kat laman).

Anak-anak tetap tak dibebaskan untuk keluar sesuka hati tapi diberi kebebasan untuk buat apa saje kat rumah asalkan tak keterlaluan.  Jadi mereka pun apa lagi, tidur lewatlah dan memasak apa yang mereka suka.

Kali ni anak pertama saya masak nasi goreng untuk atuk dan wannya.

Jadi.., inilah masakan kegemaran mereka(itu je yang mereka tau).  Anak kedua saya memberikan nama ‘nasi goreng burung hantu’ kerana kebiasaannya mereka memasak nasi goreng ni selepas pukul 12 malam.  Maklum jelah, burung hantukan mencari makan waktu-waktu macam tu.

Bezanya dengan nasi goreng yang saya buat ialah anak saya mencampurkan kentang yang di potong memanjang/dadu dan cili api yang di gunting-gunting.

Dek kerana tidur lewat, solat subuh pun dah nak habis waktu.  Dari masuk subuh dikejutkan hinggalah dah nak habis waktu baru bangun.   Lepas tu tidur balik, inilah yang menjadikan hati saya geram kat dia orang ni.  Nak selalu dimarah-marah dah besar panjang jadi marah dalam hati ajelah nampaknya dan doa juga supaya mereka boleh berubah suatu hari nanti.

*************************

Mak dan abah saya tengah makan nasi goreng masakan anak saya. Tu pun dah tengah malam mereka makan.

Sejak kebelakangan ni saya dan suami memang selalu mengambil mak dan abah untuk di bawa ke Bangi untuk berubat di Darul Syifa’.  Kami menghantar ke Bangi ke rumah adik.  Manakala adik saya pula yang temankan mak untuk berubat di sana.  Bila selesai, kami jemput mereka/adik hantar ke rumah saya untuk dibawa balik ke kampung pula.

Kesian mak, dah tua-tua pun masih tak sudah-sudah dengan masalah.  Lepas masalah dengan alam manusia, bermasalah pula dengan ‘alam jin’.

Kata mak saya, “cuma kaya dengan mati je yang mak tak rasa lagi, yang lain tu semuanya mak dah rasa”.

Memang betul pun, dari kecil hingga dah tua tak putus-putus dengan ujian.  Bukan kecil-kecil masalah, kalau saya jadi mak agaknya dah ‘gila’.  Ini pun dah dapat tempiasnya sikit-sikit, dah rasa tak tahan.  Saya merupakan anak yang tua sekali,  jadi apa-apa hal, sayalah tempat mak mengadu.  Kesian mak, semoga dengan ujian yang mak terima akan mengurangkan bebanan di akhirat kelak.  Ameen.

************************

Cuti sekolah ni, biasalah musim orang buat kenduri kahwin.  Jiran saya kak Sum meraikan perkahwinan anak  lelaki ke duanya.  Simple je, tak de sanding-sanding, jadi dia nak buat special sikit semasa ‘makan beradap’.  Biasalah, sayalah jadi sasarannya.  Saya memang tak pernah buatkan untuk orang(untuk adik-adik adalah) hiasan makan beradap ni, tapi kak Sum punya pasal sanggupkan jugalah tapi taklah macam anak pertamanya,  set hidangan makan beradap semuanya saya buat.  Jadi kali ni saya cuma gubah bunga meja dan hiasan buah-buahan untuk pengantin.  Senang je buatnya.  Cuma yang susah sikit nak buat bakul dari tembikai susu tu.  Jika diizinkan Allah suatu hari nanti saya akan tunjukkan caranya.

Inilah buah dan bunga yang saya gubah. InsyaAllah saya akan tunjukkan caranya untuk mengubah bunga dan buah tu ya.. Tapi saya ni tak belajar kat mana-mana mungkin caranya tak sama dengan orang yang belajar.

Inilah pasangan pengantin. Dua-duanya engineer.

Inilah ustazah Zuraini(pernah saya ceritakan dalam beberapa artikel saya), yang menghadiri kenduri kak Sum juga merupakan ustazah(masa sekolah menengah) kepada anaknya yang baru berkahwin. Dia juga merupakan ustazah kami yang pernah tinggal dan mengajar di taman kami. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada hari raya tahun lepas ketika saya berkunjung ke rumahnya.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.


Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

5 Responses to “Pahit Manis Kehidupan”

  • Ummu Husna says:

    Saqlam Kak Nisha,

    Saya antara yang berminat untuk belajar dari Kak Nisha. Memang meminati gubahan bunga dan buah-buahan ni, tapi ‘keras’ tangan :)

    Terima kasih kak atas perkongsian cerita. Ada manfaatnya buat saya yang memiliki anak-anak yang sedang menuju dewasa.

    Sama-sama kita saling mendoakan ye kak agar zuriat keturunan kita dilindungi Allah SWT dari sebarang kefasadan dan kemaksiatan dunia hari ini, ameen Ya Rabb.

  • Ummu Husna says:

    *saqlam, baca Salam…typo :)

  • Nisha Nisha says:

    Salam kembali ummu Husna,

    Terima kasih atas komen.

    Tangan yang keras boleh di lembutkan insyaAllah. Kak dulu pun tak pandai tapi suka tengok orang buat dan rajin cuba-cuba sendiri. Kalau nak dikirakan yang tak jadi lebih banyak dari yang jadi. Tapi bila dah biasa tu, taklah rasa susah.

    Ya…, sama-samalah kita berdoa. Lagi ramai yang perihatin dan mendoakan kita lagi ringan/kurang sikit masalahnya. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita.

    Jadi bagi mereka yang membaca artikel kak ni, tolong doakan anak akak yang tua(Abdul Shofi) supaya berjaya dengan cemerlangnya dalam SPM tahun ni ya.. Akak bercita-cita nak hantar dia ke Timur Tengah, walaupun nampak gayanya dia tak berapa kisah kat mana dia nak sambung belajar.

    Ameen.

    Wallahua’lam.

  • Makbonda says:

    Salam Nisa,
    Sampaikan salam makbonda pada ayahbonda Nisa,semoga tabah menghadapi ujian. Insan yang banyak menerima ujian dan dia redha akan bangkit dihari kiamat tanpa hisab.

  • Nisha Nisha says:

    Salam kembali Kak Makbonda.
    Terima kasih kak atas kata-kata semangat. InsyAllah saya akan sampaikan pada mereka bila berjumpa mereka nanti.

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
June 2010
M T W T F S S
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.