Harga Setitis Darah

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Jari-jemari ini telah lama ingin menari, ingin menulis sesuatu tentang Yahudi.  Namun saya cuba bersabar dan bertenang untuk beberapa ketika.  Ingin melihat dan membaca artikel dan komen-komen yang tertulis di blog-blog lain.  Kalau nak ikutkan darah muda sudah lama saya menghentam apa yang tersirat di dalam hati.  Namun, ketika ini saya sedang belajar menjadi seorang tua yang mampu bertenang dan berfikir sebelum melontarkan kata-kata.  Walaupun kekadang terserlah juga keceluparannya.

Ya.., dalam meniti perjalanan hidup yang tak tahu bila kesudahannya, kadang-kadang tergelincir, harap-harap saya tidak jatuh terus ke dalam gaun yang dalam kerana jika ingin bangkit semula amat payah rasanya.

Alhamdulillah dan tahniah bagi mereka yang syahid.  Amat bertuah mereka-mereka yang Syahid Akhirat, yang gugur dalam perjuangan menegakkan Islam.  Kerana segala kesalahan mereka tidak perlu dihisab kecuali hutang-hutang yang mereka tinggalkan.

Saya juga ingin syahid seperti mereka, seperti mereka yang terbunuh di perjalanan ke Palastine,   di dalam kapal bantuan kemanusian Mavi Marmara.  Walaupun mungkin dalam bentuk dan cara yang berbeza, syahid akhirat adalah idaman/matlamat saya.  Sesungguhnya saya takut akan balasan yang akan saya terima disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya.

Agh… Neraka, cukup menyiksakan.  Sedangkan dihiris pisau semasa memasak pun sakit rasanya, sedangkan tercucuk sirip/insang ikan pun sakitnya berpanjangan, inikan pula neraka yang lebih dahsyat sakitnya.

Setiap hari kita melakukan dosa, setiap perkataan yang kita lontarkan akan dikira, jelingan mata kita akan dikira kerana pastinya hati akan berkata-kata. Marahkan anak-anak juga akan dikira walaupun ia benar dan patut kerana selalunya dalam keadaan marah kita tak sempat ingatkan Allah.  Sekadar mampu menyebut dibibir nama Allah tapi dihati tidak terasa. Itulah hakikatnya saya dan saya sedang cuba untuk bermujahadah ke arah itu.

Justeru itu, saya amat mengkagumi semangat NGO terutamanya dari Malaysia.  Mereka mempunyai semagat jitu.  Antara lontaran kata-kata mereka yang membakar semangat saya, yang lebih kurang bunyinya

“ini hanya cebisan sahaja, sikit sahaja, mereka yang berada di Palastine lebih teruk dan lebih siksa/susah lagi”.

Betapa kuatnya jiwa-jiwa mereka, tidak merasa serik dan semangat mereka bertambah kuat untuk terus berjuang.  Bertuahnya mereka kerana Allah mencampakkan kekuatan yang luar biasa.  Sudah tentulah mereka bukannya calang-calang manusia.

Isteri Rantisi-Ummu Muhammad.

Dari ismamelaka.com

Saya amat mengkagumi pejuang-pejuang Palastine terutama Sheikh Ahmad Yasin dan Rantisi.  Setiap kali saya merasakan diri saya lemah dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas saya, saya akan mencari buku-buku yang boleh membangunkan kekuatan diri antaranya kisah pejuang-pejuang Palastine.  Kisah mereka entah berapa kali saya baca dan setiap kali saya membaca pasti air mata saya berjujuran keluar.  Kagum dengan kekuatan dalaman yang ada pada mereka.  Sedangkan kita di sini sedikit sahaja masalah yang melanda sudah rebah ke tanah. Kadang-kadang tidak mampu bangun untuk mengubah apa yang telah punah dan musnah.

Saya ingin memetik kata-kata isteri Dr Abd Azizi Rantisi yang mati syahid selepas sebulan menerajui pimpinan Hamas bagi mengantikan Sheikh Ahmad Yasin(klik di sini, juga di sini untuk artikelnya, yang pernah saya tulis). Berikut adalah kata-katanya yang saya petik dari buku Ahmad Yasin dan Rantisi Dalam Kenangan karya IBNU ISMAIL…,

Buku yang mampu membakar semangat juang dan juga mampu menitiskan air mata.

“Demi Allah, sesungguhnya saya sangat merasa bangga dan mulia berdiri di sini pada hari ini..  Pada hari ‘perkahwinan’ suami saya yang dijodohkan dengan 72 bidadari dari syurga…,  saya memohon kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa supaya membahagiakan suami saya bersama bidadari-bidadarinya”.

Rusya terus bermadah, “Sesungguhnya hati merasa sedih, sesungguhnya mata menitiskan air.  Perpisahan denganmu sememangnya menyedihkan kau wahai Abu Muhammad.  Akan tetapi aku memohon kepada Allah yang Maha tinggi lagi Maha Berkuasa supaya mengilhamkan kesabaran kepadaku, kepada anak-anakku dan kepada seluruh bangsa Palestin dan umat Islam.”

“Tiada apa yang saya mampu katakan selain daripada Ya Allah, berikanlah ganjaranMu kepada Gerakan Kebangkitan Islam(Hamas) di atas musibah yang menimpanya ini dan gantikanlah dia dengan yang lebih baik daripadanya.”

“Jika Abdul Aziz ketika hidupnya merupakan sumber kekuatan bagi HAMAS, maka sesungguhnya ketika Allah menetapkan ajalnya, demi Allah ia tidak akan mensia-siakn gerakkan Hamas, Allah pasti tidak akan membiarkan gerakan Islam ini…  Sesungguhnya Abdul Aziz telah pergi dan sebelumnya Syeikh Ahmad Yasin.  Tetapi di sana ada beribu-ribu Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Ar Rantis.”

Setelah berucapkan panjang, Rasya menutup ucapannya dengan kata-kata semangat, “Di hadapan kita tidak ada pilihan lain selain dari penentangan berterusan terhadap penjajah… Moga Allah memberkati rakyat ini.”

Ketika saya menitipkan kata-kata Ummu Muhammad ini, air mata saya terus mengalir tanpa mampu ditahan.  Betapa hebatnya isteri Rantisi, kagum…  Seorang isteri, ibu serta muslimah yang menepati cirri-ciri seorang pejuang.  Bagai langit dan bumi jika di bandingkan dengan kita terutamanya saya.

Buku yang mampu melonjakkan motivasi untuk menjadi ibu mithali

Rantisi

Anda tahu siapa itu Rantisi?

Dr Abdul Azizi Rantisi atau nama sebenarnya, Abdul Azizi Ali Abdul Hafiz Ar Rantisi  merupakan seorang pejuang HAMAS.  Telah di angkat menjadi ketua gerakan HAMAS setelah kematian Sheikh Ahmad Yasin.  Hanya sebulan sahaja menerajui gerakkan itu, akhirnya dia dibunuh dengan kejamnya bersama rakannya dalam sebuah kereta pada 17 April 2004 di jalan Al Jalaa’, Ghazzah.

Beliau merupakan seorang doktor perubatan kanak-kanak(pediatrik), sentiasa keluar masuk penjara dan mampu menyempurnakan hafazannya setelah berpeluang dikurung bersama Syeikh Ahmad Yasin.  Baginya penjara merupakan tempat tarbiyyah serta tempat beliau mengeratkan hubungannya dengan Allah.

Beliau sempat menyampaikan pidatonya yang begitu menggerunkan penjajah(Israel).

Katanya, “Ingin saya tegaskan kepada anda semua, agar sentiasa tenang.  Andainya ‘Rantisi’, Az Zahhar, Haniyyah, Nazzar Rayyan, Said Sayyam dan semuanya gugur  syahid,demi Allah kita akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini.”

“Tangan-tangan kita menggengam senjata di dunia, insyaAllah roh kita akan berpelukkan di sisi Allah.”

“Jesteru, silakan wahai Sharon dan para konspirator lakukan apa yang kamu mahu di sini, tetapi kami akan tetap meneruskan perjuangan ini.  Jalan kami memang sukar,namun inilah satu-satunya jalan yang akan menjayakan cita-cita kami.”

Lihatlah, betapa hebatnya manusia bernama Rantisi ini. Tanpa rasa gerun dan takut mencabar Israel yang ditakuti kebanyakkan negara di dunia ini.

Ya… sebenarnya Israel amat takut dan gerun dengan umat Islam. Sebab itulah mereka sanggup berhabis-habisan untuk memusnahkan Islam.  Mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit sehari untuk membunuh dan memusnahkan beberapa orang sahaja hamba-hamba kesayangan Allah.  Mereka merancang bertahun-tahun dan memperuntukkan berjuta-juta malah mungkin berbilion ringgit hanya untuk membunuh seorang pejuang Islam di Palastine.  Rantisi sendiri telah beberapa kali cuba untuk dibunuh tetapi banyak kali gagal.  Cuba anda fikirkan setiap kali mereka ingin membuat serangan terhadap orang yang mereka kehendaki berapa peruntukkan yang perlu mereka sediakan.  Itupun belum tentu misi mereka berjaya.  Sesungguh Allah sahaja penentu kejayaan mereka.  Hati-hati Israel itu milik Allah jua.  Jesteru dengan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah, sentiasa mengikut suruhan Allah dan menjauhi larangannya. Sentiasa memuliakan dan mengikut sunnah orang yang Allah sayangi,  pasti Allah akan bersama kita dan mendengar apa yang kita hajatkan.  InsyaAllah.

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah pertolongan kepada kami dan janganlah Engkau memberi pertolongan kepada orang lain untuk membinasakan kami.  Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kemenangan kepada kami dan janganlah Engkau memberi kemenangan kepada orang lain untuk membinasakan kami dan kurniakanlah daya ikhtiar untuk menyelamatkan kami dan janganlah Engkau kurniakan daya ikhtiar kepada orang lain untuk membinasakan kami.

Wahai Tuhanku, kurniakanlah hidayah kepada kami untuk menentang mereka yang berlaku zalim terhadap kami.  Wahai Tuhan kami kurniakanlah pertolongan kepada kami untuk menentang mereka yang berlaku zalim terhadap kami.  Wahai Tuhan kami jadikan kami orang yang sentiasa ingat kepada-Mu, sentiasa bersyukur kepada-MU, sentiasa takut kepada-MU, sentiasa taat kepada-Mu, sentiasa kasih mesra kepada-Mu dan sentiasa merayu dan berserah kepada-Mu.

Wahai Tuhan kami, terimalah taubat kami dan bersihkan dosa kami.  Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami dan teguhkanlah hujjah kami.  Wahai tuhan kami kurniakan hidayah kepada hati kami dan kesaksamaan kepada lidah kami dan hapuskan perasaan dendam dari dada kami.”

“Cukuplah Allah itu menjadi penolong kami.  Tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, kepada-Nyalah kami bertawakkal dan Dialah Tuhan Arash yang Agung.”

Oleh itu kita terutama wanita yang bergelar ibu, perlulah kuatkan semangat, tanamkan jihad di hati anak-anak kita, supaya suatu hari nanti mereka mampu menjadi pejuang-pejuang Islam, penegak agama Islam, menyinarkan roh Islam di seluruh alam ini kerana setitis darah pejuang Islam amat mahal harganya. Ameen.

Koleksi buku tentang Palastine

Harga Setitis Darah

Palastine
Darahmu, darah suci
Terus mengalir tanpa henti
Menggerunkan hati-hati Yahudi
Pejuanganmu tak kenal erti mati.

Palastine
Darahmu, darah merah gagah
Bukan darah menjadi barah
Darahmu yang tumpah di tanah
Menyuburkan semangat yang takkan punah.

Palastine
Darahmu, darah perjuangan
Seantero dunia memberi perhatian
Keberanianmu diberi penghargaan
Harga darahmu tidak mampu dihitungkan
Berbilion-bilion Yahudi memperuntukkan
Namun darah mu tidak mampu dihapuskan
Pasti harga darahmu di nilai Tuhan.

Palastine
Kau menitiskan darah-darah perwira
Kami sekadar mencurahkan kata-kata pujangga.

Palastine
Kau menjamah makanan untuk kekuatan jiwa
untuk menghasilkan darah merah menyala
Kami di sini makan tanpa hadnya
Menjadikan hati-hati kami buta.

Pakaianmu sekadar menutup aurat sahaja
Kami di sini berpakaian penuh bergaya
Menjadikan hati-hati kami terus leka.

Kau mendidik anak-anak menjadi pembela Agama
Kami di sini mendidik anak-anak menjadi kaya
Menjadikan hati-hati kami pentingkan diri sahaja.

Palastine
Ketika malammu dihiasi cahaya peluru
Malam di sini dihiasi neon yang bercelaru.

Palastine
Malammu tertegaknya solat munajat
Malam di sini bergegar dengan maksiat.

Palastine
Subuhmu dikejutkan dengan jerit pekik
Subuh di sini hanya muazim yang bertempik.

Palastine
Pemudamu bertahajjud dan berdoa
Pemuda kami berjaga untuk bersuka ria.

Pemudamu melontarkan batu-batu berkuasa
Pemuda di sini melontarkan botol-botol berdosa.

Pemudamu berani menghunuskan senjata
Pemuda di sini mencucuk jarum merbahaya.

Wahai bangsa Islam yang mulia
Marilah kita teguhkan rasa bersaudara
Simpulkan tali Islam dengan munajat bersama
Hapuskan maksiat yang datang melanda
Kuatkan iman di dada
Didiklah anak-anak menjadi pembela Agama
Hidupkan sunnah nabi yang mulia
Agar kita selamat di Akhirat yang kekal selamanya.

Wahai bangsa Islam yang mulia
Walaupun hati kita geram dan marah
Ingatlah dan lakukanlah kerana Allah
Teruskanlah perjuangan tanpa lelah
Tanpa putus asa dan rasa mengalah.

Wahai bangsa Islam yang mulia
Walaupun tiada darahmu yang tumpah
Namun keringgatmu mampu diperah
Nilainya juga mulia di sisi Allah.

*****************************************************************

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
June 2010
M T W T F S S
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.