Rojak Special Ilham Nisha

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sudah lama saya tak memberi resepi untuk blog ini dan semestinya juga untuk pengunjung setia blog ini.  Kali ini saya nak berikan resepi kegemaran ahli keluarga saya.

Pada saya, rojak merupakan makanan seimbang kerana semuanya ada.  Dan jangan lupa lebihkan sayurnya.  Mari kita cuba resepi ini.

Rojak Special Ilham Nisha

Rojak special Ilham Nisha

Untuk  kuah rojak segera

  1. 3 cawan Chilies sos
  2. 3-5 biji Kentang(rebus dan blend hancur)
  3. Tepung jagung(jika tak mahu gunakan kentang)
  4. Chile kering/api
  5. 2 gengam Kacang tanah goreng(blend halus)
  6. Bawang putih (3-5 ulas)
  7. Bijan (jika mau)
  8. 1 cawan gula
  9. Garam secukup rasa
  10. Air (lebih kurang 2/3 jug)

Untuk chekodoknya

  1. Mauripan
  2. Garam
  3. Udang
  4. Gula/susu pekat

Untuk rojaknya

  1. Mee kuning(melayu/halal punya ya…)
  2. Togee
  3. Tahu(Goreng dan potong dadu)
  4. Kentang( rebus separa masak dan goreng)
  5. Timun
  6. Chilie api(racik/potong)
  7. Lobak merah
  8. Sosej.
  9. Sengkuang
  10. Telur rebus/telur puyuh.

Cara menghasilkannya.

Kenapa minyak tu nampak berbuih ya? Ha..., hanya yang biasa memasak je tau apa sebabnya. Bila dah masak nanti potonglah dadu ya...

Pertama-tamanya kita mulakan untuk membuat chekodoknya.  Lebih kurang macam buat cucur udang iaitu…

Bancuh tepung dengan air, mauripan, garam, gula/susu pekat.  Dan masukkan udang sekali, jika udang tu besar, potonglah kecil-kecil. Jika anak udang tak perlulah potong, hanya perlu buang kepala dan bahagian ekornya sahaja.   Bancuhannya hendak pekat supaya masa mengoreng nanti tidak terlalu banyak serap minyak.

Biarkan untuk seketika supaya ia kembang dan naik.  Agak-agak dalam ½ atau 1 jam tu dah boleh goreng.

Untuk kuahnya

Leburkan je dalam periuk semua bahan di atas kecuali kentang/tepung jagung.  Kalau nak pedas letaklah chilie api/lada kering tapi kalau tak suka pedas chile sos tu pun dah cukup dah.  Tak perlu di tumis, jadi tunggulah hingga mengelegak.  Lepas tu tambahkan kentang yang telah diblend atau tepung jagung untuk memekatkannya.  Kuah yang dihasilkannya mengikut sukatan yang saya berikan tu banyak(sesuai untuk keluarga saya makan dari pagi hingga malam).

Untuk Rojak/sayurnya

Potonglah mengikut gambar di bawah ini…  Untuk telurnya belahlah mengikut kesukaan anda.  Jika guna telur puyuh tak perluh belah biarkan sebiji-sebiji.  Saya suka telur puyuh, jika ada.  Kalau buat kuah lodeh pun saya suka letak telur puyuh dalam kuahnya.  Walaubagaimanapun ikutlah selera anda….

Bahan-bahan yang telah dipotong/goreng.

Jadi bagi anda yang tak ramai dan tak pemakan tu kena kurangkanlah bahan-bahannya ya…

Selamat mencuba…

***************************************************

Jumaat baru lepas di dalam kuliah “Kitab Penawar bagi hati” kami baru sampai ke bab Pada Menyatakan pada Perut iaitu bab pemakanan dalam Islam.  Jadi saya berikan sedikit info-info dalam kitab tersebut…

Iaitu kita di larang makan sampai kenyang.  Kalau ikut sunah nabi pun kita kena “makan bila terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Kalau kenyang bersangatan tu jatuh hukumnya haram, kata ustazah Rozimah.  Kerana apa ya..  Mari kita baca sebab-sebabnya yang diberitahu dalam buku tersebut

  1. Kerana bahawasanya  banyak makan itu sebab bagi keras hati.
  2. Kerana bahawasanya pada banyak makan itu membangkitkan segala angota pada yang sia-sia dan pada kejahatan.
  3. Ada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan.
  4. Bahawasanya banyak makan itu sebab bagi sedikit ibadah, kerana bahawanya manusia itu apabila membanyakkan ia akan makan nescaya berat badannya dan mengantuk matanya.
  5. Bahawasnya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap  mengerjakan ibadat.
  6. Bahawasanya pada membanyakkan makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan syubhat.
  7. Bahawasanya padanya menyusahkan hati dan memenatkan badan pada mencarinya dan menyediakannya dan memakannya dan melepaskan daripada mudharatnya.
  8. Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati, kerana kesakitan dan kesusahan mati tiu sekadar kesedapan dunia.
  9. Bahawasanya padanya mengurangkan pahala akhirat.
  10. Bahawasanya padanya dihisab pada hari kiamat.

Maaf ya, saya ikut ayat dalam buku.  Ayat/bahasa kitab kuning, lain sikit bagi kita ni.  Jadi bagi mereka yang tak faham tu kena tanya ustaz/ustazah. Pergilah berguru takut nanti faham-taham sendiri berguru dengan syaitan pula. Wallahhua’lam.

Kebiasaannya setiap Jumaat saya menghadiri kelas Agama untuk para ibu-ibu di taman saya.  Saya jarang tinggal kelas ni samada kelas tajwid(al-Quran) maupun kelas untuk kitab “Penawar bagi Hati”, melainkan ada-ada hal yang tak dapat di elakkan.  Ada rasa rugi kalau tak hadiri kelas tersebut.

Walaupun mak saya maupun mak mertua saya datang saya akan pergi juga dengan membawa mereka bersama-sama mendengar kelas tersebut.  Jadi tak bolehlah jadikan alasan bila ada tetamu kat rumah untuk tidak hadir kelas.

Sebenarnya ini atas didikkan ustazah Salbiah menjadikan saya kurang memberi alasan untuk tidak hadir.  Katanya walaupun hujang lebat sekali pun, walaupun anak demam sekali pun tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak hadir kelas Agama terutamanya yang diwajibkan ke atas kita.  Jadi alasan letih tu tak boleh dipakai ya…

Walaupun kita dah tahu sekalipun kita patut hadir sebab yang mengajar tu tentu ada kelainannya dari apa yang dah kita belajar sebelum ini.  Kalau tak banyak, sikit mesti dapat ilmu baru.  Begitulah kata ustazah saya, Ustazah Salbiah Omar.

Bak kata ustazah Rozimah. “janganlah cepat perasan kita lebih tau dari orang lain, dah hebat, dah pandai, amalan dah lebih dari orang lain dan pelbagai lagi.  kalau ada rasa macam tu, bermakna ada yang tak kena pada diri kita”.

Jadi cepat-cepatlah bermuhasabahkan diri.  Sedangkan nabi Daud membenarkan(pendapat anaknya lebih bagus dari dia sendiri) kata anaknya nabi Sulaiman.  Imam Shafie /al-Ghazali pun mendapat ilmu dari orang yang merompak barang-barangnya(ketua perompak) inikan pula kita, orang biasa-biasa sahaja.  Lagipun saya sedar siapa saya berbanding anda semua.  Sekolah tak tinggi manapun….

Maaf ya.. bukan nak menunjuk-nunjuk bahawa saya rajin pengikuti pengajian agama.  Cuma nak memberitahu/mengingatkan para pengunjung blog ini bahawa mana yang didahulukan patutlah didahulukan. Kalaulah target kita “selamat di akhirat nanti”.

Kata Ustazah Rozimah pula(yang mengajar kitab “Penawar bagi hati”).  Amalan yang wajib tu kita boleh bercerita pada semua orang walaupun ada rasa ingin menunjuk-nunjuk dalam hati.  Sebab ia wajib.  Semua orang Islam mesti buat kalau tak buat berdosa.  Solat 5 waktu tu wajib(boleh beritahu semua orang), tapi solat bila depan orang berlama-lamaan berbanding sendirian tu lain bab ya.  Itu dah masuk nak menunjuk-nunjuk.

Jadi peringatan bagi anda yang selalu puasa sunat atau bangun malam tu, jika saje-saje nak beritahu kat orang tu bahaya ya…, takut-takut ada rasa riak di dalam hati menyebabkan amalan yang anda buat tidak mendapat apa-apa dari Allah Ta’ala.  Ini juga peringatan untuk saya sebenarnya sebab bab-bab dosa hati ni memang susah betul nak buang.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud :

“Beberapa banyak daripada yang sembahyang malam tiada ada baginya daripada sembahyangnya melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga”

O.k… jumpa lagi lain kali.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

4 Responses to “Rojak Special Ilham Nisha”

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
May 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.