Terima Kasih Stormreaders

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Klik pada gambar untuk membuat belian.

Hari ini, 17.04.2010, lebih kurang pukul 11.45a.m saya menerima bungkusan dari pos laju yang di hantar dari Stormreaders.  Syabas dan terima kasih Stormreaders kerana sampai tepat pada hari yang di janjikan.  Dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat.  Walaupun terdapat masalah pada e-store saya dan juga terpaksa menghabiskan duit topup saya menghampiri harga buku(dlm RM30.00) untuk menalifon ke Stormreaders supaya semuanya dapat dihantar seperti yang dijanjikan.  Walaupun saya bukanlah ahli/pengedar yang aktif namun mereka tetap melayan saya dengan baik.

**********

***

Tak de gambar buku “Hadiah buat Muslimah”.  Kamera rosak.  Jadi saya upload “tudung buat muslimah” yang bakal saya jual tak lama lagi.  Ada tudung bulat dan ada tudung separa bulat.  Ada juga set tudung(sarung tangan dan kaki dari kain yang sama).  Malangnya kamera rosak jadi tak bolehlah… buat masa sekarang.  Sepatutnya saya dah boleh uploadkan klip video untuk telekung, tak sempat nak buat klip video, kamera dah rosak.

Itulah satu-satunya kamera saya, yang saya gunakan untuk buat klip video, tapi malang, innalillah….  Mungkin Allah tak izinkan saya buat masa ini untuk saya menjual telekung dan tudung.  Mungkin juga tak jadi langsung.  Wallahhua’lam.

**********

***


Buku “Hadiah buat Muslimah” yang di tempah oleh kawan suami saya itu mungkin untuk dihadiahkan pada kawannya pada hari lahirnya pada esok(Ahad) hari.  Walaupun kebiasaannya Stormreader menggunakan perkhidmatan pos biasa yang berdaftar tapi saya lebih suka menggunakan pos laju kerana perkhidmatan yang lebih cepat.  Jadi saya terpaksa membuat panggilan telefon untuk memberitahu pihak Stormreaders.  Kalau guna pos biasa alamat tak  sampailah seperti yang dijanjikan.  Tapi tak apa walaupun rugi  demi memenuhi janji dengan pelanggan saya, saya sanggup lakukan.  Jadi bagi anda yang tak biasa menggunakan pos laju ingin saya beritahu di sini kelebihan  Pos Laju.

Kelebihan Pos Laju.

  1. Penghantaran hanya memakan masa 1 hari sahaja di dalam Semenanjung Malaysia dan lebih kurang 3 hari di Sabah dan Serawak.
  2. Sebelum 6.00pm setiap hari boleh membuat penghantaran kecuali hari ahad, manakala sabtu dan ahad untuk minggu pertama setiap bulan di tutup.  Mereka membuat perjalanan penghantaran pada waktu malam jadi esoknya dah sampai di hadapan rumah anda.
  3. Pos laju akan membuat serahan terus ke tangan anda kecuali jika orang tiada di rumah mereka akan tinggalkan notis untuk anda mengambilnya di pejabat pos laju ataupun anda boleh menalifon mereka supaya membuat penghantaran sekali lagi ke rumah anda.
  4. Pembayaran boleh di lakukan oleh penerima atau pun penghantar bungkusan tersebut dengan menandakan di borang tersebut atau beritahu pada kaunter yang pembayaran kos penghantaran adalah di tanggung oleh penerima, contohya.
  5. Jika anda mempunyai syarikat berdaftar, anda boleh membuat permohonan/pendaftaran account supaya anda boleh membuat bayaran secara bulanan.  Jadi anda tak perlu membuat pembayaran setiap kali membuat penhantaran cuma setiap bulan mereka akan menghantar invoice untuk anda membuat pembayaran.
  6. Setelah anda mempunyai akaun dengan pos laju, anda hanya perlu menalefon  pos laju yang berhampiran anda untuk mengambil barang yang ingin dihantar, jadi boleh anda jimatkan masa, tenaga dan minyakkan?
  7. Kosnya lebih tinggi sedikit dari pos biasa tetapi lebih cepat sampainya.  Lebihnya pun sedikit sahaja.

Perkhidmatan diutamakan, Pelanggan didahulukan.

K, k, k, k, k… OK ke KO?

Biasanya pelanggan akan mengharapkan barang yang dihantar lebih cepat sampai.  Jadi cara ini lebih baik.  Maklumlah mereka telah membayar wang terlebih dahulu tetapi barangnya tiada lagi.  Mungkin rasa ragu-ragu di hati mereka menjadikan mereka tidak sabar untuk melihat barang yang dibeli.

Perkhidmatan diutamakan, Pelanggan didahulukan.

Maka sebagai seorang peniaga on line kita kenalah meyakinkan dan berbuat sesuatu supaya mereka merasa yakin dengan kita.  Bukan setakat merasa yakin tetapi buktikan kita benar-benar serius dengan apa yang kita lakukan seperti :

  1. Melayan/menjawab segala e-mel/sms yang di hantar.
  2. Membuat penghantaran secepat mungkin, kalau boleh lebih awal daripada jangkaan.
  3. Jika kita tidak boleh menghantar seperti yang dijanjikan, hantarkan e-mel/sms susulan untuk memberitahu bahawa anda ada sedikit masalah untuk penghantaran kali ini.
  4. Selesaikan secepat mungkin masalah anda dengan pelanggan anda.  Jangan dibiarkan atau buat-buat tak tahu sahaja, kemungkinan besar anda akan menghadapi masalah/impaknya di masa akan datang.
  5. Jika mereka membuat panggilan, layan mereka dengan baik dan dengar apa yang nak di sampaikan.  Jangan cepat rasa anda sudah faham apa yang nak di perkatakan atau pun dengan kata kasarnya “berlagak pandai”.  Tapi akhirnya tidak sama seperti yang di harapkan oleh pelanggan anda.  Lainlah kalau mereka berkata dengan kasar.  Jika anda seorang yang berhemah tinggi  walaupun yang anda terima kasar sebaiknya anda tidak boleh membalas dengan kata kasar juga.
  6. Jika anda tidak mampu lakukan apa yang diingini berterus teranglah dan jawab dengan baik bukanya K, k, k, k, k…  OK ke KO?
  7. Jangan lupa ucapkan terima kasih dan mohon maaf jika ada apa-apa yang tak kena semasa anda berhubung dengan pelanggan anda.  Tak rugi apa-apakan?  Malah anda dianggap orang yang berbudi bahasa dan yang pentingnya dapat pahala.  “Budi Bahasa Budaya Kita”.
  8. dan banyak lagi…

Ini sebagai peringatan untuk diri saya, juga untuk anda yang membuat jualan secara on line.

Satu perkara yang selalunya dan belum boleh saya lakukan ialah, ada antara pelanggan saya yang hendak datang ke rumah untuk mengambil barang.  Ada yang nak singgah, yang datangnya dari Johor dan ada juga dari utara.  Ada juga dari dalam Negeri Sembilan.  Terima kasih banyak-banyak atas kesanggupan anda.  Namun mohon berbanyak-banyak maaf… setakat ini saya belum boleh tunaikan permintaan anda.  Bukannya saya tidak mahu berjumpa dengan anda tetapi waktunya tidak sesuai tambah-tambah pula jika masa tu anak-anak saya ada di rumah.  Malu rasanya… sebab masa tulah dia akan menyibuk dan menunjukkan kehebatannya yang “Berbeza dari Biasa”.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

2 Responses to “Terima Kasih Stormreaders”

  • ibunoor says:

    Salam ziarah ibumithali…

    Suka saya baca ‘sharing’ dari akak…Akka mmg seorang yang kreatif dan innovatif…teruskan ya ukhti…

  • Nisha Kak Nisha says:

    Terima kasih banyak-banyak atas kata-kata yang mengembalikan semangat walaupun semangat tu sedikit luntur.

    Wassalam.

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.