Bukan kerana Jenama

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Kebelakangan ini kebanyakkan akhbar, tv, radio mahupun di blog-blog banyak memperkatakan tentang masalah sosial di kalangan anak-anak remaja/muda.  Masalah membuang anak di merata tempat seolah-olah seperti membuang sampah.  Astaghfirullah…

Ya…  memang sungguh mencabar apabila berhadapan dengan anak muda/remaja sekarang ini.  Saya juga mempunyai anak-anak remaja dan pelbagai pengalaman yang telah saya tempuhi samada dengan anak sendiri, adik sendiri juga dengan anak remaja yang tak saya kenali siapa ibubapanya, juga yang saya kenali ibubapanya.  Ingin saya coretkan sedikit pengalaman saya yang berhadapan dengan mereka.  Semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda menghadapi kerenah anak-anak remaja.

Pastinya setiap dari kita, mengalami masalah yang sama ataupun berbeza, tapi masih lagi tidak berjumpa penyelesaiannya.  Mungkin pengalaman dan cara saya mengatasinya boleh memberikan anda sedikit ilham.

Jika pun ia satu kesilapan yang saya lakukan, mungkin boleh diambil ikhtibar supaya tidak terjadi kepada anda ataupun boleh dijadikan landasan untuk anda menangani masalah anak-anak anda suatu hari nanti.

Remaja di bandar dan di kampung.

Samada di bandar maupun di kampung masalah remaja tetap ada dan sama sahaja hebatnya.  Saya juga berasal dari kawasan luar bandar dan tinggal dikawasan Tanah Rancangan Felcra.  Kebanyakkan tempat tersebut termasuk tempat tinggal ibubapa saya sekarang ini merupakan sarang penagih dadah/pengedar dadah.  Begitu juga tempat tinggal saya sekarang.

Walaupun di taman saya masih lagi tidak ada masalah penagihan dadah.  Tapi masalah remaja berpelesiran memang di mana-manapun ada.  Kebetulan rumah saya berhadapan dengan taman permainan anak-anak.  Ia juga dijadikan tempat untuk anak-anak remaja ini berkumpul sesama mereka.  Anak-anak saya selalu memberitahu dan bercerita tentang apa yang mereka nampak di tempat permainan.  Kadang-kadang mereka ternampak botol-botal arak bergelimpangan.  Kadang-kadang mereka nampak remaja perempuan merokok.  Yang anak remaja lelaki merokok tu dah biasalah samada mereka kenali ataupun tidak.

Selalu saya ingatkan, “Perkara yang tak elok tu jangan diikut.  Jangan berkawan dengan kawan-kawan yang tak baik, walaupun tak buat tapi kalau dah bersama dengan mereka tu sama jelah.  Bayangkanlah walaupun tak merokok, kalau dah duduk sebelah dengan orang yang merokok, bau asapnya tetap juga melekat kat baju kita.  Mungkin dari jauh nampak macam kita yang merokok sebab asapnya semacam datang dari kita.  Ataupun ada bau rokok melekat kat baju jadi kalau balik rumah walaupun tak merokok mungkin ibu fikir sebenarnya anak ibu yang merokok.”

Dan juga selalu saya ingatkan pada mereka “Jangan selalu cari salah orang lain.  Fikirkan salah sendiri supaya tidak melakukan perkara yang sama.  Nanti selalu mengatakan salah orang tapi sebenarnya kita lebih teruk dari itu.”

Sememangnya taman permainan tersebut terutamanya bila waktu malam, waktu cuti sekolah, ada sahaja suara remaja yang bising dengan gelak ketawa.  Selalu juga ditegur oleh penduduk yang perihatin dan ada masanya terpaksa dipanggil polis untuk menyuraikan keadaan.  Biasalah mereka dalam keadaan mabuk agaknya.  Remaja yang melakukan perkara tersebut bukanlah remaja dari taman kami tapi dari taman-taman lain yang berhampiran.

“Dia orang tu bermotor beramai-ramai, di waktu petang berkumpul di salah satu sudut di taman.  Dalam ramai-ramai itu adalah seorang atau dua orang remaja perempuan.  Mereka dengan selambanya berpelukkan dan bercium dihadapan adik-adik kecil yang bermain di padang tersebut”.  Begitulah kata-kata anak saya yang juga remaja.

Saya hanya menjawab “Dah tau macam tu jangan dekat dan jangan tengok apa yang mereka buat.  Semua tu tak elok, berdosa dan haram.  Tengok pun berdosa”.  Perkara itu habis begitu sahaja.

Dengan kehendak Allah, pada cuti penggal pertama tahun ini(bulan lepas).  Perkara yang sama berlaku betul-betul di hadapan rumah saya.  Memanglah dari pagi(dalam pukul 10.00am) ada kedengaran bunyi bising budak-budak kat padang.  Tapi saya tak endahkan.  Sehinggalah tengahhari anak-anak saya makan bersama-sama dan berbual-bual sesama mereka.  Hari itu , suami saya bekerja, tiada di rumah.

Anak saya, Aisyah berkata, “kakak tu tak malukan. Tak pakai tudung dan duduk kat lelaki.”

Manakala anak saya Haziq pula cakap “Tu budak jahat….” Dan banyak lagi yang dibualkan.  Saya masih lagi tidak berminat untuk melihat apa yang terjadi di hadapan rumah saya.  Biasalah cuti sekolah memang mereka berada di ruang tamu untuk bermain dan nampak apa yang berlaku di padang di hadapan rumah saya.

Mereka terus bercerita sehingga saya rasa tertarik untuk melihat apa yang berlaku, di padang.  Selepas solat, waktu itu jam sudahpun menunjukkan lebih kurang 2.00p.m.  Bayangkan mereka berada di situ dari pagi hingga 2.00p.m. Tak taulah apa yang telah dibuatnya.  Nak kata riuh rendah kat padang tu memanglah tak boleh nak kata.  Tiba-tiba tergerak hati saya untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Hanya melihat di belakang tabir sahaja.  Bila melihat keadaan mereka memang geram dan marah walaupun pada asalnya saya tak kisah pun bunyi bising kerana dah biasa dengan keadaan seperti itu.  Lagipun saya tak pernah lihat dengan mata saya sendiri apa yang berlaku hanya mendengar cerita dari anak-anak dan jiran tetangga.

Lama juga saya memerhati dari dalam rumah.  Jiran sebelah rumah, yang nak keluar entah berapa kali menoleh ke arah remaja tersebut.   Saya mula dah rasa tak senang duduk melihat telatah mereka.  Bayangkan lebih kurang sepuluh orang remaja lelaki hanya ada 2 orang remaja perempuan. Mereka telah dipeluk/dicium sesuka hati mereka dan remaja perempuan tersebut membenarkan sahaja apa yang berlaku.  Sebelum ini, ada juga nampak semasa dalam perjalanan(dalam kereta) perkara yang sama berlaku tapi taklah rasa meluap-luap seperti ini,  hanya sekadar bercakap “apa nak jadi dengan budak sekarang ni?” dan kalau anak-anak ada sekali di dalam kereta saya akan pesan dengan mereka,

“Jangan buat macam tu,  walaupun ibu tak nampak tapi Allah nampak”.

Memang hati saya meluap-luap nak keluar pergi berjumpa remaja tersebut.  Tapi saya teringat pasal jiran saya yang menegur remaja(tak ingat pasal apa), akhirnya tingkap rumahnya pecah dibaling batu oleh kumpulan remaja tersebut.

Teringat pula tentang kuliah “Penawar bagi Hati”. Kata Ustazah Rozimah, “Apa yang kita nak buat mestilah kerana Allah.  Kalaupun kita melihat jiran atau sesiapapun contohnya berseluar pendek, jangan kita berkata-kata/mengutuk walaupun di dalam hati.  Tambah-tambah pula kita pergi bercerita dengan jiran yang lain lagilah berdosa, mengumpat jadinya, walaupun perkara yang baik.  Kerana apa yang kita kata tu biasanya apa yang kita tak suka atau apa yang bertentangan dari biasa.  Bukannya kerana Allah tak suka.”

Ialah betul juga bila kita tak suka atau marah tu tak sempat de… nak ingat dalam hati “aku marah ni kerana Allah marah/tak suka perkara tersebut”.  Masa tu ingatkan apa yang kita marah/tak suka je..

Tapi kali ni saya sempat bertenang dulu dan berdoa/niat pada Allah dalam hati “Ya  Allah aku ingin pergi kepada remaja-remaja tersebut untuk mencegah perkara yang lebih buruk lagi berlaku.  Ya Allah janganlah di timpa perkara yang tak diingini pada diriku dan anak-anakku.  Kau terimalah niat baikku ini”.  Maklumlah takut juga nanti , tiba-tiba serang saya semula atau mungkin dia kenal anak-anak saya, nanti dia buat yang bukan-bukan dengan anak-anak saya pula.

Saya terus pergi ke arah remaja tersebut.  Dekat je, hanya seberang jalan dari pagar rumah saya.  Saya pergi berseorangan dengan muka yang serius dan berdiri dekat dengan kumpulan mereka.  Memandang muka mereka satu persatu.  Ada yang memandang pada saya.  Ada juga yang memandang antara satu sama lain.  Ada juga yang selamba bermain daun terup tanpa menoleh pada saya.  Salah seorang remaja perempuan bertanya pada saya.

“Apa hal  makcik”.  Saya hanya senyum tanpa menjawab.  Berulang-ulang kali dia bertanya saya hanya senyum sambil memerhatikan tingkah laku mereka.  Lama juga saya duduk di situ sambil senyum, sambil memerhati.  Ada yang dah mula mengelabah tak tentu arah.  Namun saya tidak berkata sepatah katapun.  Akhirnya saya beredar dari situ tanpa mengeluarkan sepatah perkataan hanya memerhati apa yang mereka lakukan.  Dan terus mengangkat kain yang sudah kering di ampaian.  Tidak lama kemudian mereka terus beredar dari situ.

Mampukah saya tersenyum bila anak saya melakukan kesalahan?  Hanya tersenyum untuk memujuk hati nan lara.

Setakat hari ini tiada lagi bunyi bising dari mereka. Saya percaya perkara tersebut tidak habis di situ sahaja.  Saya ingin melihat cuti panjang yang akan datang, masihkah mereka ingin melepak di tempat yang sama?

Sehingga sekarang masih tiada apa-apa yang berlaku pada diri saya dan anak-anak saya.  Saya berdoa pada Allah semoga tiada rasa dendam di hati mereka(remaja tersebut).  Anak-anak remaja tersebut tak seorang pun saya kenali.  Saya pasti mereka bukanlah dari anak-anak taman saya.

Namun begitu saya teringat juga akan kata-kata ustazah Rozimah “Jangan mengata ataupun terdetik di dalam hati kita mengata anak orang lain.  Takut-takut nanti ia terjadi pada anak kita.  Kalau pun terlepas, beristighfarlah/mohon ampun pada Allah. Supaya perkara yang sama tidak berlaku pada anak kita”.

Sebenarnya itulah antara penyakit hati yang terlalu susah untuk dibuang, berkata-kata di dalam hati tentang orang lain. Dengan selalu beristighfar sahaja dapat menghapuskan segala lintasan hati kita.

Semoga niat saya benar dan untuk memberitahu didalam blog ini juga dengan niat benar demi memberi peringatan bersama samada untuk diri saya sendiri mahupun pembaca yang berkunjung ke blog saya.  Semoga apa yang kita lakukan tidak berpaling pada jalan Allah sesuai juga dengan firman Allah Ta’ala yang bermaksud…..

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas perbaikan dan taqwa!”

(Al-Maidah: 2)

Namun demikian saya tidaklah mengatakan anak saya semuanya baik belaka dan tidak melakukan kesalahan yang besar.  Baik remaja mahu yang dah tua tentu ada melakukan kesalahan samada yang besar ataupun kecil.  Seperti juga kata ustazah Rozimah, “Siapapun kita samada orang biasa, hafiz, ustaz, ulama pasti ada melakukan dosa samada yang besar atau kecil.  Cuma bagi yang berilmu dan bertakwa, dia mengaku kesilapannya dan cepat bertaubat.  Bagi yang tak ada ilmu tu selalunya rasa diri dia betul je.. dan tak rasa diri mereka bersalah terhadap Allah Ta’ala.”

Kaji Selidik.

Suatu ketika(5/6 tahun) dulu Ustazah Zuraini pernah mengingatkan kami yang mengikuti kuliahnya,  ketika tu anak saya masih lagi sekolah rendah.

Katanya “Jangan terlalu percaya kepada anak-anak kita.  Kadang-kadang di hadapan kita sahaja mereka baik tapi di belakang sebaliknya.  Walaupun di rumah kita tiada video lucah mahu pun set video player.  Mereka panjang akal, mungkin pergi ke rumah kawan-kawan dan sebagainya”.

Dalam hati saya berkata, “Tak mungkin anak saya akan melakukan demikian, saya dah ajar dan didik mereka dari kecil lagi”.

Pada masa itu dia telah membuat kaji selidik disalah satu kelas dia mengajar(salah satu sekolah menengah di kawasan Seremban).  Dia meminta jasa baik anak muridnya dengan hati yang penuh ikhlas mengaku apa yang ingin dia tahu tentang anak muridnya.  Dia menyuruh semua anak-anak muridnya(lelaki dan perempuan) menundukkan kepala ke meja, mengangkat/menegakkan salah satu tangan. Dengan hanya menyuruh mereka mengangkat jari sahaja, jika apa yang di tanya itu pernah dilakukannya.  Dengan cara itu tiada siapa yang tahu, rahsia anak muridnya melainkan dia(ustz) sahaja yang tahu.

Hanya dua soalan sahaja yang ditanya.  Soalannya, “Siapa yang pernah menonton video lucah, sila angkat Jari”.  Katanya, kesemua anak muridnya mengangkat jari.  Keduanya, “Siapa yang pernah melakukan zina, sila angkat jari”.  Katanya, hampir kesemuanya mengangkat jari.  Hanya 2/3 orang sahaja yang tidak mengangkat jari.  Dia amat terperanjat dengan keputusan yang dia dapat. Di dalam kelas tersebut ada ibubapanya yang dia kenal, dan dari kalangan orang yang baik-baik.

Itu kisah 5/6 tahun lepas.  Bagaimana dengan sekarang?

Memantau

Sekarang baru saya tahu, peringatan-peringatan tersebut amat berguna untuk saya pada masa ini.  Walaupun di rumah saya tiada set video dan juga tiada siaran Astro.  Saya tetap merasa curiga dan memantau apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka berkawan.  Walaupun sememangnya tidak boleh 100%,  saya berdoa dan mengharapkan Allah menjaga anak-anak saya.

Minggu lepas dalam radio IKIM program Nur Pagi ada memperkatakan tentang masalah remaja dan cara mengatasinya.  Perlbagai pendapat yang saya dengar.  Ada juga yang menberitahu cara-cara mereka mendidik anak-anak mereka dan ada juga mengatakan dengan cara yang mereka lakukan mereka tidak menghadapi masalah dengan anak-anak mereka. Alhamdulillah itu bahagian mereka dan mungkin cara mereka sesuai dengan anak-anak mereka.  Tapi bagi saya ini, tetap menghadapi kesukarannya.  Mungkin masih tak jumpa cara yang terbaik untuk anak-anak saya.  Walaupun pada mulanya saya percaya, saya tidak menghadapi masalah yang besar dengan anak-anak bujang saya.  Kerana pada saya, saya telah mendidik mereka dari awal lagi.  Saya sentiasa mendidik dan mengingatkan mereka dari kecil lagi tentang perkara yang baik mahupun yang tidak baik.  Sejak umur tujuh tahun,  mereka telah pun mula solat lima waktu.  Jarang sekali tinggal solat walaupun solat subuh.

Memang benarlah, apa yang kita harapkan dan jangkakan tidak semua mampu kita miliki.  Begitulah dengan saya.

Saya sendiri menghadapi masalah dalam hal ini terutamanya dengan anak-anak remaja saya yang tiga orang ini.  Bukannya saya tidak rapat dengan mereka, malah terlebih rapat yang kadang-kadang terlalu banyak yang ingin diceritakan kepada saya, tentang kawan-kawan mereka, tentang cikgu-cikgu mereka.  Kadang-kadang saya rasakan mereka mengambil kesempatan di atas kerapatan saya dengan mereka.

Apa yang saya inginkan dari mereka ialah mengikut cakap saya dengan tidak membuat apa yang dilarang oleh agama Islam.  Setelah saya mengikut pengajian dengan ustazah Rozimah barulah saya sedar apa yang saya lakukan sebenarnya salah, bak kata ustazah lagi “Kita sebagai ibubapa hanya mampu berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan jalan, mendidik dan memberikan ilmu agama samada mempelajari di sekolah mahupun di rumah, memberi contoh yang baik, memberi peringatan dan nasihat, namun untuk mengubahnya itulah adalah kerja Allah.  Jadi teruskanlah usaha dengan sentiasa meminta pertolongan Allah.  Jika kita telah memberi ilmu Islam yang sebaiknya insyaAllah suatu hari nanti mereka akan berubah dan selalunya mereka akan kembali ke situ(atas apa yang telah di beri).  Kita tak boleh mengubahnya, semuanya itu atas keizinan dari Allah. Jadi teruskan usaha dan bersabarlah ….  Itulah antara peringatannya.

Walaupun anak saya pergi ke surau untuk solat berjemaah.  Saya masih mencurigai mereka dan memantau mereka.  Dan akhirnya rasa curiga itu benar-benar terjadi apabila saya membuat sport check.  Secara kebetulan waktu itu suami saya belum balik dari kerja, manakala anak pertama saya tidak pergi ke surau.  Jadi anak ke dua saya pergi sendiri untuk solat Maghrib.  Ada rasa yang kurang enak pada diri saya, jadi saya pergi ke arah surau dan menunggu dari jauh hingga habis orang solat dan anak saya tiada di situ.  Saya tanyakan pada jiran, samada terlihat anak saya dalam surau.  Dia kata, “tak de”.  Saya tunggu dia di bawah pokok di padang.  Dahlah tak pergi solat di surau lepas tu balik lambat pula dari orang lain.  Memang benar, dia bukannya ke surau tapi ke tempat lain.

Kedua-dua anak saya juga pernah bersekolah di Maahad.  Anak pertama saya pernah melakukan kesalahan di sekolah bersama dengan kawan-kawannya yang lain, yang mana ibubapa kawan-kawannya bukan calang-calang orang.  Ada anak seorang ulama yang terkenal di Malaysia dan dikenali juga di tanah Arab.   Ada yang ibunya berpurdah, serta pensyarah.

Anak orang baik-baik.

Ini merupakan kesalahan pertama mereka kecuali seorang yang memang banyak kali melakukan kesalahan.  Jadi mereka dimaafkan.  Lihatlah! seorang sahaja anak yang bermasalah mampu mempengaruhi 5 orang lagi melakukan perkara yang tidak elok yang mana tak pernah mereka lakukan.  Kuatkan pengaruh-pengaruh negatif ni?  Dulu saya berfikir anak orang yang baik-baik tak mungkin melakukan kesalahan yang besar-besar.  Namun sekarang saya harus terima hakikat walaupun telah dididik dengan baik, walaupun anak siapa,  pengaruh persekitaran itu amat kuat dan ibubapa harus bersedia dengan perkara-perkara tersebut.

Saya juga telah dihubungi oleh guru-guru di sekolah mereka atas apa yang mereka lakukan.  Saya hanya marah dan berleter sahaja dengan anak saya.  Tapi anak ulama tersebut telah di sebat oleh bapanya, menurut kata anak saya.  Pada masa perkara itu berlaku saya memang cukup marah dan geram dengan anak saya.  Sekarang saya berfikir semula, semua perkara yang berlaku itu adalah peringatan dari Allah supaya kita tidak terleka dan juga merupakan didikan dari Allah untuk saya.  Juga didikan untuk anak-anak saya supaya menjadi lebih matang lagi dalam menilai mana perkara yang baik dan buruk.

Itulah antara yang mampu saya ceritakan.  Yang pastinya ini bukan kesalahan yang pertama dan terakhir.

Bagi saya, anak-anak yang berkawan dengan anak orang yang baik-baik bukan jaminan untuk anak kita tidak akan melakukan kesalahan yang besar-besar tetapi sekurang-kurangnya dengan berkat kebaikkan ibubapa yang bertakwa, kesalahan yang dilakukan boleh dikekang dengan segera dan tidak berlarutan menjadi barah.  Mereka semua tetap anak-anak remaja yang baru belajar melakar perjalanan hidup mereka. Jadi kita sebagai ibubapa harus teruskan dan tingkatkan usaha supaya lakaran mereka menjadi.

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

6 Responses to “Bukan kerana Jenama”

  • Makbonda says:

    Ya iman tidak di warisi.

    Dulu2,Suami makbonda pernah menegur sepasang couple di stesyen bas pada Ramadhan “Assalamualaiku….Dik…puasa tak?” terlerailah kedudukannya,makbonda tegur suami….”Apa abang buat camtu…esok anak-anak kita belum tentu.” Dia jawab “Kita tegur anak orang,mudah2an anak kita ada orang yang tegur nanti”

    Dalam musafir,kami berhenti maghrib di masjid Makmuriah,makbonda off,dihadapan kami parking, sekumpulan remaja meneruskan bersimbang di belakang tandas,ada yang merokok sehingga jemaah selesai maghrib,jamaah keluar mereka pun balik. Di rumah ibu2 bertamid,anak-anak ke Masid.

    Ya Allah selamatkanlah anak-anak dan zuriatku serta sahabat2 dari api neraka….Amin

  • Nisha Nisha says:

    Betul tu kak. Semoga kita sentiasa di bawah petunjuk Allah. Setiap kita pasti ada ceritanya yang tersendiri. Memberitahu untuk memberi kesedaran pada yang mahu mencari keredhaan Allah.

    Wassalam

  • Salam :) ,

    Perkongsian yg menarik.

    “Jangan mengata ataupun terdetik di dalam hati kita mengata anak orang lain. Takut-takut nanti ia terjadi pada anak kita. Kalau pun terlepas, beristighfarlah/mohon ampun pada Allah. Supaya perkara yang sama tidak berlaku pada anak kita”.
    Saya tertarik dengan ungkapan ini.

    InsyaAllah akan dijadikan panduan dalam melayari kehidupan ini.Salam ukhuwwah :)

    p/s: saya link kan blog ni ye, tq

  • Nisha Nisha says:

    Salam kembali Ros.

    Terima kasih sudi datang. Sebenarnya, ia juga peringatan untuk kak juga, ialah kita ni tak terlepas dari melakukan kesilapan.

    Terima kasih sudi linkkan blog akak. Nanti akan akak linkkan blog Ros pula.

    Wassalam

  • Salam, saya begitu teruja dengan penulisan puan ini, kerana sebagai guru dan ibu itulah hakikatnya, marilah kita sama-sama perbanyakkan doa semoga sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Ilahi serta banyakkanlah istighfar supaya hati kita bersih dari penyakit hati yang sentiasa menjelma di hati kita, terima kasih dan jazakillah dengan tazkirah ini,semoga puan diberkati Allah

  • Nisha Nisha says:

    Waalaikum Salam,
    Terima kasih ustazah. Semoga kita sama-sama di dalam lindungan dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah :) .

    Wassalam

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Masa Pemberian Ilahi
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Kata-kata Jengahan

ShoutMix chat widget
N/center>
Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • Tip Mendorong Anak Menyahut Segera Panggilan Ibubapa February 10, 2012
    “Ummi…,”  seorang anak memanggil saya. “Nanti dulu,”  begitulah lazimnya jawapan saya sama ada ketika sedang memasak, menguruskan hal-hal lain, menaip dan melayan tetamu.  Ataupun saya menyahutnya lambat.  Jika kebetulan saya tidak sibuk sahaja, saya akan segera menyahut dan menyelesaikan urusan … Continue reading → […]
    ummuabbas
  • BERJUANGLAH WAHAI ISTERI January 22, 2012
    “Ummi, tadi opah jatuh.” Kak ngah bercerita. Saya hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak peduli, tetapi cerita itu telah lama saya maklumi. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali dalam sehari, wanita tabah yang digelar ‘opah’ itu terjatuh tanpa sengaja. Salah mengatur langkah, mudah amat badannya yang kecil dan kurus itu jatuh ke lantai, tanpa dapat dikawal. […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled February 10, 2012
    DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG~Aku mencintai orang-orang soleh..sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka..aku berharap mendapatkan syafaat drpd mereka..~Aku benci orang-orang yang gemar melakukan maksiat..sekalipun aku juga pernah melakukannya.. ^^Imam Syafi'i^^ […]
    HANYA HAMBANYA
  • When you are Cornered – I Need YOU May 1, 2011
    There are times in life where we were left clueless with no choice at all… isn’t it? Only our faith will guide us to our destination… to a correct decision. And honestly…   I have never once thought that having to choose from many… to have been put in a place, cornered with 4 choices… […]
    Ibunoor
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak demam panas January 24, 2012
    JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangkuSemalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW February 11, 2012
    ‎ Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang p […]
    ::Umiliya6677::
  • ...Happy Birthday in Advance....;) February 10, 2012
    Assalamualaikumm.....Heppy besday in advance.....tau dah nanti mesti bukan ajer daddy yang terlupa...diri sendiri pun leh terlupa hari tua ni....ish ish ish....so...saje nak wish diri sendiri awal-awal...;)...pinjam gambar kek amira n qaseh...hepi besday... […]
    linda a.k.a ibusumaiyah
  • Berbahagianya kita menjadi UmatNya February 1, 2012
    Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,ataumembina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAWtidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnyaSering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dancantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Warna Warni Kehidupan January 29, 2012
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMalam ini, dengan ditemani dengan alunan nasihat dan peringatan dari nasyid Rabbani tahun 2000 - 2002, telah mengundang nostalgia kisah silam. Seperti ada skrin besar terpapar dalam minda untuk mengimbas kembali peristiwa dan rentetan perjalanan suka duka kehidupan.Agaknya beginilah juga kit […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Di Saat Ini Bashar Al Assad lah Yang Paling Ku Benci February 8, 2012
    Keganasan terbaru di Homs Syria menyaksikan 50 rakyat yang tidak berdosa, termasuk bayi, wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan berterusan selama lebih kurang 10 hari oleh tentera kerajaan. Tentera pro kerajaan Bashar berjaya mengepung bandar Homs, tumpuan kumpulan pemberontak dengan bertindak kejam membuat serangan balas terhadap pemberontakan tanp […]
    Tinta.Muallimah
  • DIA SUDAH PERGI... January 10, 2012
    Lembaran al-Qur'an diselak, mencari-cari surah al-Ra'd. "Ada al-Qur'an kecil tak?"Teringat soalan adik lelaki, Helmi ketika memandu untuk menghantar saya ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Bertarikh 1 Januari 2012."Ada..." Jawab saya sepatah. Sememangnya saya akan sisipkan al-Qur'an kecil ke dalam han […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.