Archive for April, 2010
Anggaran Ukuran valance/kepala langsir.
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Ketinggian langsir penyeri (Pelmet).
Berikut adalah jadual cadangan anggaran ketinggian pelmet(ia juga boleh di gunakan untuk penyeri lain seperti box pleat, scallop dll) mengikut ketinggian pelindung/penutup langsir anda.
JADUAL: CADANGAN ANGGARAN KETINGGIAN
PENYERI PELMET.
|
Ketinggian pelindung/penutup
|
Ketinggian penyeri |
Catatan |
| 1. hingga 85 inci
2. 85 inci - 95 inci 3. 95 inci - 105 inci 4. 105 inci ke atas |
15 inci - 17 inci
17 inci - 21 inci 21 inci - 23 inci 25 inci - 27 inci |
* ketinggian bahagian tepi(kiri & kanan) pelmet tidak melebihi separuh daripada ukuran tinggi pelindung/penutup. |
Contohnya : Oleh kerana Ukuran tinggi langsir pelindung/penutup kami 65 inci, kami memilih ketinggian penyeri pelmet 15 inci – 17 inci. Rujuk jadual di atas dan gambar rajah di bawah.

Rajah di atas menunjukkan contoh ukuran yang digunakan.
Untuk keterangan lebih lanjut sila layari hijab-batik.com bagi pembelian ebook Cara Menjahit Langsir ILHAM NISHA(set 2- Pelmet).
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi
Terima Kasih Stormreaders
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Hari ini, 17.04.2010, lebih kurang pukul 11.45a.m saya menerima bungkusan dari pos laju yang di hantar dari Stormreaders. Syabas dan terima kasih Stormreaders kerana sampai tepat pada hari yang di janjikan. Dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat. Walaupun terdapat masalah pada e-store saya dan juga terpaksa menghabiskan duit topup saya menghampiri harga buku(dlm RM30.00) untuk menalifon ke Stormreaders supaya semuanya dapat dihantar seperti yang dijanjikan. Walaupun saya bukanlah ahli/pengedar yang aktif namun mereka tetap melayan saya dengan baik.

**********
***
Tak de gambar buku “Hadiah buat Muslimah”. Kamera rosak. Jadi saya upload “tudung buat muslimah” yang bakal saya jual tak lama lagi. Ada tudung bulat dan ada tudung separa bulat. Ada juga set tudung(sarung tangan dan kaki dari kain yang sama). Malangnya kamera rosak jadi tak bolehlah… buat masa sekarang. Sepatutnya saya dah boleh uploadkan klip video untuk telekung, tak sempat nak buat klip video, kamera dah rosak.
Itulah satu-satunya kamera saya, yang saya gunakan untuk buat klip video, tapi malang, innalillah…. Mungkin Allah tak izinkan saya buat masa ini untuk saya menjual telekung dan tudung. Mungkin juga tak jadi langsung. Wallahhua’lam.
**********
***
Sukan PASTI peringkat Daerah Rembau
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Dengan niat untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang berbentuk Islami, ingin saya paparkan program PASTI peringkat Daerah Rembau. Tambah-tambah pula orang kuat PAS/PASTI mengharapkan setiap ibubapa yang menghantar anak-anaknya ke Tadika PASTI boleh mempromosikan produk-produk yang mereka sediakan, jadi saya mengambil kesempatan tersebut dengan menyiarkannya di blog saya.
Sudi-sudikanlah melihatnya….
Diadakan di padang Sekolah Rendah Senawang, Seremban pada 04.04.2010. Program tersebut di mulakan seawal 7.30a.m dengan perbarisan oleh anak-anak PASTI dari tadika PASTI diseluruh Daerah Rembau. Perbarisan tersebut di menangi oleh PASTI Al-Amal Taman Marida, tempat anak saya belajar. Malangnya tak dapat saya sertakan gambarnya, saya datang lewat. Anak-anak bujang saya yang tunggu adiknya pula, tak bawa kamera untuk merakamkan detik tersebut.
Banyak hadiah di bolot oleh Pasti Al-Amal Taman Marida. Walaupun sekolah tersebut tak ramai muridnya tetapi guru-gurunya sungguh berdedikasi dan mampu melahirkan anak-anak yang hebat dalam sukan mahupun pelajaran. Tahniah untuk cikgu Ros, Azizah dan Ummi.
Di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat saya ambil…

Antara ibubapa yang hadir.
Bukan kerana Jenama
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Kebelakangan ini kebanyakkan akhbar, tv, radio mahupun di blog-blog banyak memperkatakan tentang masalah sosial di kalangan anak-anak remaja/muda. Masalah membuang anak di merata tempat seolah-olah seperti membuang sampah. Astaghfirullah…
Ya… memang sungguh mencabar apabila berhadapan dengan anak muda/remaja sekarang ini. Saya juga mempunyai anak-anak remaja dan pelbagai pengalaman yang telah saya tempuhi samada dengan anak sendiri, adik sendiri juga dengan anak remaja yang tak saya kenali siapa ibubapanya, juga yang saya kenali ibubapanya. Ingin saya coretkan sedikit pengalaman saya yang berhadapan dengan mereka. Semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda menghadapi kerenah anak-anak remaja.
Pastinya setiap dari kita, mengalami masalah yang sama ataupun berbeza, tapi masih lagi tidak berjumpa penyelesaiannya. Mungkin pengalaman dan cara saya mengatasinya boleh memberikan anda sedikit ilham.
Jika pun ia satu kesilapan yang saya lakukan, mungkin boleh diambil ikhtibar supaya tidak terjadi kepada anda ataupun boleh dijadikan landasan untuk anda menangani masalah anak-anak anda suatu hari nanti.











.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
