Wadih
Assalamu’alaikum, apa khabar semua.
Tahukah anda kebanyakkan makanan Jepun adalah haram dimakan walaupun di sediakan oleh orang Islam dan restoran tersebut juga kepunyaan orang Islam? Yang menyebabkan haram dimakan adalah kerana sosnya mengandungi arak. Begitulah yang telah didedahkan oleh Majalah Al-Islam untuk bulan Mei 2009. Sudah puas saya mencari majalah tersebut di dalam simpanan di rumah saya namun tak tahu ke mana menghilangnya jadi saya tidak dapat buktikan apa-apa di sini.
Cubalah bertanya kepada yang arif tentang hal ini. Cuma sekadar peringatan kepada anda yang ingin mencari keredhaan Allah.
Saya sebenarnya sejak dari dulu lagi(masa kerja) teringin sangat makan makanan Jepun terutamanya sushi(betul ke ejaannya?), namun tidak pernah kesampaian. Tambah-tambah pula masa kerja, kawan-kawan asyik cerita pasal makan kat sana sini.
SyukurAlhamdulillah, rupanya ada hikmat disebaliknya. Namun demikian banyak lagi makanan lain yang shubahah. Antaranya yang berkenaan keju, kerana saya suka buat cheese kek dan juga pizza. Tapi sekarang dah ada orang melayu yang buat keju. Jadi rasanya lebih selamat.
Semoga kita semua sentiasa cuba memperbaiki diri dan pemakanan kita ke arah kebaikkan. Makanan yang haram dan shubahah adalah antara punca-punca menjadikan hati kita susah untuk dibentuk dan susah untuk menerima kebaikkan.
Jadi cubalah/rajin-rajinkanlah untuk memasak sendiri di rumah kerana air tangan ibu/isteri itu lebih memberi kebaikkan dan mengeratkan kasih sayang. Jangan lupa hembus dan tiup-tiup sikit masa masak tu ya.. Tiupkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Jadi mari kita cuba resepi ini…
WADIH

Bahan-bahan
- 100/200g Kacang Dal
- Segengam Ikan bilis
- 3 keping Chilie kering(digunting/potong dlm ½ inci)
- 1/2 labu Bawang besar/ 2/3 biji bawang merah
- Segengam Daun Kari
- Sesudu Minyak sapi
- Secukup rasa Garam
Caranya

- Rendam kacang Dal dalam 2/3 jam(lagi lama lagi bagus).
- Toskan airnya
- Kisar dalam blender untuk kering. Jangan terlalu hancur. Biar ada Dal yang kasar dan hancur juga.
- Campurkan bahan-bahan yang lain
- Gaulkan hingga sebati(ops silap – sekata)
- Kepalkan dan nipiskan seperti di dalam gambar.
- Goreng dengan api sederhana dalam minyak panas.
- Siap
Selamat mencuba
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.
Wassalam.
Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.










.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.
