Terlena di Lembah Hina

Assalamu’alaikum, apa khabar semua.

Sungguh nyenyak tidurnya si pemuda yang jika di amati amat tampan wajahnya. Wajah kuniaan Ilahi yang patut disyukuri.  Wajah yang menjadi kegilaan para gadis untuk ditatapi.  Wajah kebangaan ibubapanya semasa bayi.  Wajah kerlingan jiran tetangga kerana dia dicemburui.

Tapi sayang, ketampanannya tidak dihargai, kerana tidak di tatap di cermin peribadinya setiap hari iaitu dengan bermuhasabahkan diri sehingga ke hati dan sanubari  sehingga hilang segala seri. Sepatutnya setiap hari berkali-kali perlu dia mencerminkan diri, untuk menghindar dan mengurangkan jika ada palitan kotoran di dalam dirinya. Palitan najis yang mungkin mengundang bau yang tidak di gemari oleh orang sekelilingnya.  Palitan sisa makanan yang dimakannya tengahari tadi.  Palitan pen yang tidak sengaja terconteng dimukanya atau palitan serta percikan air lumpur yang tersimbah di mukanya semasa dalam perjalanan balik dari kerja serta pelbagai palitan lagi yang mungkin singgah di mukanya tanpa disedari.

Sayang, ketampanan wajahnya terlindung oleh mukanya yang kelihatan berserabut tidak terurus.  Dia telah pergi jauh di dunianya sendiri tanpa perlu memikirkan hal lain yang terjadi di sekelilignya.  Alam syurgawi baginya, alam yang sungguh menyeronokkan baginya tetapi sungguh hina bagi sesiapa yang berakal bila melihatnya.  Ya, alam khayalan bagi yang telah menikmatinya.  Sunggu…h!  ketagih di buatnya.  Sesiapa yang telah terjerumus ke lembah itu sungguh susah untuk melangkah keluar dari lembah itu.  Walaupun apa ayat yang di berikan, walaupun apa benda yang boleh dan mahu di sumbatkan tetapi pasti sumbatan itu tercampak keluar dan mampu mempengaruhi persekitarannya.  Begitulah kuat tersebarnya dan berkembangnya udara atau gas lembah hina itu.  Mengembang, terus mengembang dan terus merebak di persekitarannya serta mampu memlebarkan dan membesarkan lagi jajahannya.

Anak muda itu terlalu jauh perginya, sudah terlalu lena di lembahnya hingga tidak menghiraukan keadaan persekitarannya, hingga tidak merasa apa-apa dengan teguran, pujukkan dan nasihat dari orang yang berada di sekelilingnya.  Sudah tiada akal lagi ibubapanya, adik beradiknya, saudara maranya mahupaun jiran tetangganya untuk membantu.  Malah tidak di pedulikan lagi oleh sesiapa melainkan ibunya yang berhati dan bernaluri seorang ibu yang  sangat mengasihi anak-anaknya.  Walaupun siapa anak itu, “dia adalah anakku”.  Ohhh…!   Sungguh mulia hati ibu itu.

Dia adalah anakku

“Makkkk! Din nak duit sikit mak, din tak de duit ni”,  Kata anak itu.

“Manalah mak ada duit, abah kau bukannya banyak bagi mak duit,  Semalamkan mak dah bagi Din duit?  Jadi, habislah duit mak dah” kata ibunya.

“Kalau tak percaya carilah” tambah ibu itu lagi.

Sambil membaling-baling dan mengisai-kusai segala pakaian di dalam almari anak itu menjerit dan berkata, “Mak tu saje je kata tak de duit, tapi sebenarnya ada.  Entah mana disorokkannya”.

Setelah habis di taburnya segala benda di dalam bilik emaknya, dia beralih pula ke ruang yang lain.  Sambil kakinya menyepak-nyepak apa yang dapat manakala tangannya merewang tak tentu arah sehingga semuanya habis bersepah.  Setelah semua ruang di geledah dia menjenguk ke dapur pula.  Pinggan mangkuk banyak yang pecah. Mendengarkan keadaan seperti itu ibunya sudah resah tak tentu arah.  Apakah yang harus di lakukan?  Untuk menjerit meminta tolong, takut anaknya akan merapatinya dan membuat sesuatu padanya.  Untuk berlari keluar takut anaknya nampak nanti. Akhirnya dia menyerok di dalam timbunan kain-kain lama di bawah katil sambil berdoa kepada Allah.  Kesian ibu itu, semoga perlakuanmu di muliakan oleh Allah s.w.t.

Sambil memegang gelas yang pecah anaknya mencari ibunya yang entah ke mana perginya. Tidak nampak pada pandangan matanya.

Dia menjerit sesuka hatinya, “Makkkk! Nampak tak ni mak, baik mak bagi duit tu kalau tidak nahas mak.  Ya Allah! Manusia apakah yang patut di gelar pada pemuda itu atau adakah dia di kalangan binatang yang tidak berakal. Sanggup membuat ibunya seperti itu.

Ibunya yang menyorok di bawah katil menggigil ketakutan.  Hanya Allah yang tahu akan perasaannya. Telefon tiada di tangan untuk meminta bantuan. Jiran tetangga walaupun mendengar segala kekecohan sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku.  Sudah lali telingga mereka mendengarnya.  Manakala suaminya memang selalu tiada di rumah kerana mencari rezeki di perantauan.

Bila terdengar anaknya masuk ke biliknya, si ibu perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian.  Perlahan-lahan keluar dari rumah untuk meminta bantuan atau menyelamatkan diri.

Setelah berjaya keluar dari rumah dan cuba mengikut jalan belakang.  Alamak! pagar terkunci pula.  Untuk mencari kunci, tidak mungkin.  Keadaan tidak mengizinkan.  Jadi terpaksalah dia memanjat pagar tersebut untuk mengelakkan diri dari perkara yang tak diingini berlaku pada dirinya.  Kesian…n, ibu tua yang sudah berumur lima puluhan masih sanggup memanjat pagar.  Apakan daya untuk keselamatan diri, terpaksa lakukan juga.

Berjayalah dia melepasi satu halangan dan menyoroklah dia di belakang rumah jiran yang sudah tidak berpenghuni lagi.  Mungkin dia selamat di situ untuk beberapa ketika.

Begitulah lumrahnya anak muda ini bila tidak dapat apa yang di hajati.  Di tambah pula abahnya tiada di rumah.  Lagilah mengila jadinya. Bagaikan hilang akal dan pertimbangan.  Sanggup membuat ibunya seperti itu. Syaitan apakah yang telah merasuk fikirannya?  Apakah dia sedar ataupun tidak, orang yang di perlakukan seperti binatang itu ialah ibunya yang sangat dimulia oleh Allah.  Apakah boleh di terima ‘kegilaan’ anak muda ini jika sesuatu yang tidak di ingini berlaku pada ibunya?

Ingatlah, fikirkanlah!

Wahai anak muda!  Tidak mampukah kau berfikir secara waras.  Apakah yang kau lakukan itu benar atau sebaliknya.  Bagaimanakah kau sanggup memperlakukan ibumu seperti itu?  Tidak ingatkah suatu ketika nanti kau juga bakal menjadi ibu dan ayah kepada anak-anakmu?  Adakah kau sanggup diperlakukan seperti itu suatu hari nanti?

Ingatlah derhaka kepada Ibubapa amat besar dosanya.  Balasan pasti di dunia ini jika kamu tidak menginsafinya.  Bertaubatlah sebelum terlambat.

Wahai Ibu!  Apakah yang telah kau lakukan sehingga anakmu sanggup melakukan seperti itu padamu?  Adakah kau mendidik anakmu dengan sempurna atau inikah balasan di atas dosa-dosamu dahulu?  Fikirkanlah dan cubalah bermuhasabahkan dirimu.  Bertaubatlah sebelum terlambat.

Wahai abah!  Apakah tugasmu semata-mata mencari rezeki sahaja tanpa menghiraukan apa yang terjadi pada anak-anakmu mahupun isterimu?  Apakah didikkanmu tidak di perlukan oleh si anak dan isterimu?  Apakah kau telah berjaya menjalankan tanggungjawabmu dengan sempurna?  Bertaubatlah sebelum terlambat.

Wahai jiran tetangga, saudara mara yang terdekat apakah yang harus engkau lakukan.  Sekadar mendengar dan melihat sahaja apa yang terjadi tanpa perlu membuat sesuatu yang boleh mengubah keadaan?  Bertaubatlah sebelum terlambat.

Ingatlah wahai manusia!  Kita hadir di dunia ini penuh dengan amanah dan tanggunjawab yang perlu dibereskan.  Itupun jika kita mahu selamat di Alam yang kekal Abadi nanti.  Bertaubatlah sebelum terlambat.

Wahai anak muda ingatlah,  kita hidup tidak lama.  Entah esok lusa akan pergi jua.  Jadi bersedialah untuk hari yang seterusnya.  Bertaubatlah sebelum terlambat.

*****************************************************

Khas untuk anak-anakku.

Wahai anak-anak kesayangan ibu iaitu Abdul Shofi, Abdul Muiz, Abdul Haziq, Abdul Sadiq dan Siti Aisyah, janganlah dijejaki langkah anak muda di atas kerana ibumu tidak semulia dan setabah ibu itu.

Khas untuk diriku sendiri.

Adakah aku sudah berbuat baik kepada kedua ibubapaku selayaknya?  Adakah aku di kalangan anak-anak yang derhaka kepada kedua ibubapaku?

Semoga Allah mengampunkan segala-gala dosa-dosaku terutama dosaku terhadap kedua ibubapaku dan juga suamiku.

Tuhanku, sesungguhnya aku tahu aku tidak layak ke SyurgaMu namun bukan bererti aku sanggup ke NerakaMu, ya Allah.  Oleh itu cucurilah rahmatMu ke atasku, Ya Allah Ya Tuhanku.

Ameen.

***************************************

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Semua dosa diakhirkan hukumannya menurut kehendak Allah hingga ke hari kiamat, kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa, maka balasannya dipercepatkan Allah hukumannya kepada siapa yang melakukannya.”

(Riwayat Hakim)

Dan lagi…

“Ya Rasulullah!  Sesungguhnya ayahku bermaksud hendak mengambil hartaku.  Maka Nabi s.a.w menjawab:  Engkau dan hartamu adalah milik ayahmu”.

(Riwayat ibnu majah dan Thabarani)

Dan lagi…

“Tidak ada suatu bencana yang menimpa orang Mukmin, kecuali akan dihapuskan baginya dari dosanya, kendatipun hanya sebilah duri yang menusuk dirinya.”

(Riwayat Muslim)

**************************************

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas perbaikan dan taqwa!”

(Al-Maidah: 2)

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Share and Enjoy:
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Ma.gnolia
  • YahooMyWeb
  • Add to favorites
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • MSN Reporter
  • RSS
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz

Leave a Reply

Cinta Pertamaku
Cinta Ke Duaku
Cinta Ke 3 dan ke 4ku
PENGUMUMAN
JUALAN POLA TUDUNG DIBERHENTIKAN SEMENTARA WAKTU KERANA TERPAKSA MENYIAPKAN TEMPAHAN YANG LAIN. HARAP MAKLUM DAN MOHON BERBANYAK MAAF.
Jangan lupa ucapkan…
Jangan lupa baca…
Untuk di Sedekahkan

Allah berfirman bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah(di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya. Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Syaitan menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir); Sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas(kurniaannya) lagi Maha Mengetahui. Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Dan barang siapa yang di berikan hikmah sesungguh telah di berikan kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. Apa sahaja yang kamu nafkahkan atau apa sahaja yang kamu nazarkan, sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang penolong pun baginya. Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalahd baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan lebih baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267-271)

Hadith Qudsi, Allah berfirman bermaksud:

"Hai anak Adam, hulurkanlah(apa-apa yang ada padamu) nescaya engkau akan dihulurkan pula(apa-apa yang engkau perlukan").

Salahuddin Al Ayubi
"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia".
Kata-kata Luahan
Masa Pemberian Ilahi
March 2010
M T W T F S S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Anak Soleh/Solehah
Masa utk Diwarnai…
SAUDARA KITA
EBOOK LANGSIR

Pola Langsir

Menggunakan Pola
Hiasan Dalaman
Membaca Al-Quran.

Mari kita amalkan membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 tahun Qhatam 1 Al-Quran atau 1 bulan 1 juzuk atau 1 hari 1 muka surat Al-Quran untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

Dialah ibuku
Mertuaku-Dlm Kenangan
Anak Muda
  • SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU... April 5, 2012
    Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepad […]
    Noraslina binti Jusin
  • Untitled May 3, 2012
    Kata Syeikh Ahmad Yasin,"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakk […]
    HANYA HAMBANYA
  • Didiklah dengan kasih sayang December 16, 2011
    Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah.Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang […]
    Al-Atiff
  • Anak kembar March 11, 2012
    Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihiTapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kak […]
    »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»
  • RAMADHAN KALI INI (1432H) August 3, 2011
    Assalamualaikum, wm.wbt RAMADHAN KAREEM! AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lalu, semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin. Tahun ini tah […]
    ustazah
  • Untitled May 12, 2012
    Jika hati tidak mampu menangisi dan menginsafi penderitaan orang lain di atas dunia hari iniMakaTangisi dan insafilah diri tatkala teringat penderitaan yang mungkin dihadapi di hari kemudian.Tidak ada yang kekal dan abadi kecuali Dia Yang Maha Kekal lagi Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui.SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBA […]
    ::Umiliya6677::
  • Daun Kesum Hidup Sebatang...Daun pegaga Hidup 2 Tunas..heheh May 15, 2012
    Ini daun kesum yang di cuba semai untuk kali ke 3@4? , kali ini saya gunakan teknik, rendam dahulu batang daun kesum itu hingga berakar dan kemudian semai dalam pasu then siram serta pastikan tanah sentiasa basah...pasu diletakkan dibawah net hitam pada kedudukan mendapat cahaya matahari pagi & redup bila matahari terik...:)Banyak yang di semai, dua ni j […]
    linda@ibusumaiyah@tuttyfruity
  • Guru oh guru May 15, 2012
    Di suatu kursus beberapa tahun yang lampau,Makbonda duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekerja yang baru dikenali, dia cantik,bergaya,lipstiknya mungkin mahal dan berjenama,tudungnya juga uptodate,aroma minyak wanginya dapat dihidu oleh beberapa baris peserta dihadapan dan belakang,apa lagi dikiri dan kanan.Sempat bersembang dengannya waktu-waktu kekoso […]
    Makbonda Hasimah Hj Zailani
  • Yaumul Mizan May 15, 2012
     Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang senantiasa berpegang teguh pada sunnah Baginda sampai hari kiamat. Mizan atau timbangan adalah alat untuk mengukur sesuatu berdasarkan berat dan ringan. Adapun mizan di akhir […]
    Menyelami Lautan Hati Seorang Wanita
  • Jom Analisis Kuning-Merah. Sapa menang ???? May 12, 2012
    Assalamualikum semua. Lu pikir la sendiri... Kuning BERSIH 3.028 April 12 Gelombang  Merah Najib   11 Mei 12 Objektif Keadilan  Pilihanraya bersih dgn 8 tuntutan  penambahbaikan  SPR Tunjuk power dan pengaruh Najib Rosmah Cara Duduk-bantah  aman di Dataran Merdeka. Tapi di halang. Berkumpul bersorak sorai aman d Stdium Bukit Jalil Kerjasama Polis Tiada. Kerj […]
    Tinta.Muallimah
  • TERIMA KASIH CIKGU...ULANG SIAR... May 16, 2012
    6 TahunSaya mula menuntut ilmu secara rasmi ketika berusia 6 tahun. Alhamdulillah, dalam kepayahan dan kesusahan menghadapi keperitan hidup, emak dan ayah berusaha gigih bagi memberi peluang kepada saya untuk mengenali sekolah pertama iaitu tabika KEMAS. Ketika itu saya merupakan anak kelima dari lapan adik beradik. Saya bersyukur kerana berpeluang menghirup […]
    Ros Illiyyuun
stats counter
wordpress stats
Peringatan Bersama
"Firma Allah yang bermaksud, .......Katakanlah (wahai Muhammad): ” jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri(atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,-(jika semuanya itu ) adalah perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berhijrah untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq(derhaka)”........ (Surah At-Taubah: ayat 24)".
Untuk Ibu-ibu

Ibu Mithali

Tidurnya...

Berbantalkan Al-Quran,

Bertilamkan Sejadah,

Berselimutkan Telekung.

Ibu Mithali...

Shopingnya, di Masjid dan Surau.

Pakaiannya, dari Tafsiran Al-Quran.

Resepinya, dari ustaz dan ustazah.

Makanannya, bacaan Al-Quran.

Minumannya, Hadith Rasullallah.

Mandiannya, solat-solat yang di perintah.

Ibu Mithali...

Kebahagiannya, bersama suami tercinta,

serta anak-anak yang disayangi,

Tanggisannya, Tahajjud di tengah malam,

Marahnya, semerdu alunan Musabaqoh.

Ibu Mithali...

Ketakutannya, godaan dan hasutan syaitan,

Kegagalannya, pasrah kepada Allah

Kemenangannya, mati fi sabilillah.

Nukilan : Nisha.
Pizza Faridah
.....Khas untuk orang Seremban. Pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi Kak Faridah...., tel 012-2243696.